Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Program : Program My Second Home


Tarikh : April 2021
Masa : Sebelum 7.15 pagi
Tempat : Dewan Milinium, SK Pandan Jaya
Objektif :
1. Mengeratkan hubungan murid dan warga sekolah.
2. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
3. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
4. Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada asset sekolah sekaligus
merekaakan lebih menyayangi dan berasa seronok untuk datang ke sekolah.

Kumpulan Sasaran : Murid SK Pandan Jaya


Perbelanjaan : Hadiah Murid.
Guru bertanggungjawab :
1. En.Veerah A/L Subramaniam (GBK)
2. Guru bertugas mingguan
3. Pengawal keselamatan sekolah.
Pengisian : Memberi token kepada murid yang hadir ke sekolah
sebelum 7.15 pagi.

Laporan Pelaksanaan Program:

Program My Second Home yang dijalankan bertujuan untuk mengeratkan


hubungan murid dengan warga sekolah. Program ini dapat menarik semangat murid
datang ke sekolah dengan seronok. Program ini juga dapat menjiwai amalan penyayang
adalah budaya guru. Tambahan pula, program ini meningkatkan kedatangan murid ke
sekolah, murid berasa sekolah merupakan rumah kedua dan murid berasa sekolah adalah
tempat yang selamat dan sejahtera. Program ini dapat dilaksanakan mengikut tentatif
program ini.
Pada permulaan murid dapat taklimat daripada guru Bimbingan dan Kaunseling
sekolah tentang tujuan dan cara pelaksanaan program ini. Murid-murid juga diberitahu
peraturan dan penghargaan program ini.

Pada permulaan, murid dapat satu boring ganjaran yang mempunyai tarikh
persekolahan. Murid yang dating ke sekolah sebelum 7.15pagi akan dapat cop dan token
tersebut boleh tebus pada hujung bulan dengan hadiah yang disediakan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling.

Sepanjang program ini dijalankan, murid dapat memberi sambutan yang baik.

Masalah yang Dihadapi:

Masalah yang timbul dari pelaksanaan program ini ialah segelintir murid
hilangkan borang ganjaran.

Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan :

Cadangan penambahbaikan adalah mengingati murid menyimpan boring ganjaran


dengan selamat. Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mendapat
kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………….. ………………………………………………
(ENCIK VEERAH A/L SUBRAMANIAM) (PUAN JULIYANA BINTI HERMAN)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Pandan Jaya. SK Pandan Jaya.
LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai