Anda di halaman 1dari 2

Refleksi BIG Semester 6

Muhammad Afiq Bin Mohamed @ Ghazani


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia atas hendak-Nya
dapat saya menyertai program Bina Insan Guru (BIG) Semester 6 Ceramah anjuran
Jabatan Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan Islam dengan jayanya. Setinggi
penghargaan kepada barisan pensyarah serta jurulatih yang telah bersusah payah
melayan kerenah kami sebelum ,semasa dan selepas program ceramah BIG ini
berlangsung. Ucapan tahniah juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
telah berjaya menamatkan program yang berlangsung pada 2 Oktober 2015
bertempat di Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi IPG Kampus Pendidikan Islam.
Pada program BIG kali ini, saya
telah ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis bagi ceramah slot yang pertama.
Pada pukul 8.00 pagi, kami diminta untuk berkumpul di dalam bagi sesi pendaftaran
peserta. Borang kehadiran peserta telah diedarkan melalui ketua kuliah. Setelah itu,
para peserta mendengar sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Tuan Haji
Rosli, merangkap pensyarah kanan Unit Kokurikulum. Dalam taklimat ringkas
tersebut, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kerana dapat hadir awal ke
dewan tepat pada masanya dan memberikan kerjasama yang baik. Setelah itu,
beliau berpesan agar sentiasa menjaga disiplin dan memberikan sepenuh perhatian
semasa

sesi

ceramah

sedang

berlangsung.

Sementara

menunggu

panel

penceramah, saya membuat persediaan untuk memancar persembahan grafik dan


menyediakan kamera untuk mengambil gambar.
Panel penceramah bagi slot 1 disampaikan oleh Encik Mokhtar Bin Ishak,
pensyarah dari Unit Kokurikulum. Tajuk ceramah beliau ialah Guru Sebagai
Penyelidik. Dalam ceramah yang disampaikan, beliau menegaskan bahawa
menjalani kehidupan yang bergelar seorang pendidik penuh dengan cabaran dan
dugaan. Kesabaran dan daya tahan yang tinggi perlu ada dalam jiwa dan diri
seorang guru. Tugas-tugas seorang guru juga bukan mudah untuk dilaksanakan.
Kompetensi

seorang

profesionalisma.

guru

iaitu

pedagogi,

keperibadian,

sosialisasi

dan

Seterusnya, panel penceramah bagi slot 2 disampaikan oleh Dr Saayah Binti


Abu, pensyarah dari Jabatan Penyelidikan dan Profesionalisme. Ceramah yang
disampaikan berkaitan dengan guru inovasi. Sebagai seorang bakal pendidik, daya
kreativiti yang tinggi perlu diaplikasikan dalam pengajaran bagi memastikan
pengajaran lebih menarik dan teratur. Dalam slot ini juga, penceramah ada
membuat pelbagai aktiviti yang berteraskan inovasi seperti membuat model
helikopter menggunakan kertas A4 dan meminta semua peserta membuat inovasi
menggunakan sampul surat yang dibekalkan.
Pelbagai perkara yang dapat saya pelajari dan pengalaman yang telah saya
perolehi sepanjang menjalani program ini. Antaranya ialah saya dapat mempelajari
bidang tugas seorang guru bukanlah mudah seperti yang dijangkakan. Bagi saya,
pengetahuan am yang diperolehi ini sangat berguna kepada saya sebagai seorang
bakal guru yang akan berhadapan dengan mmasyarakat luar. Sebagai seorang
pelatih guru, rasa cinta terhadap profesion guru perlu diterapkan bagi membentuk
jati dan sahsiah diri yang unggul. Sepanjang menjalani program ini juga, saya dapat
menyedarkan diri saya untuk lebih berfikiran terbuka dan matang dalam melihat
tugas guru dengan aspek yang lebih meluas. Terbuktilah bahawa program ini
banyak memberikan manfaat dan kebaikan dan bertindak sebagai kayu ukur dalam
membantu menjadikan seorang guru yang gemilang.
Jelaslah bahawa program BIG ini dapat membuka mata, hati dan jiwa guru
pelatih dengan memberikan pendedahan awal terhadap struktur yang telah lama
digunapakai. Dengan bantuan program ini, membuatkan rasa cinta saya kepada
profesion perguruan ini semakin mendalam dan berkekalan hendaknya. InsyaAllah!

Anda mungkin juga menyukai