Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGARAH PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5

Bismillahi rahmanirrahim, Terima kasih saudara Pengacara Majlis Yang Dihormati Tuan Guru Besar Tuan Md Nasir Bin Yang Dihormati Penolong Kanan

Yang Berbahagia Pn Che Som Binti Baharom Penyelaras Bina Insan Guru Semester 5, IPG Kampus Perlis

Yang Berbahagia Pn Sodah Binti Haji Ahamad Mentor Pengajian Agama (A) Semester 5

Yang Berusaha barisan Jawatankuasa Kerja, Guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita berkumpul dalam majlis penutup bagi program Lawatan Penanda Aras Bina Insan Guru Siri 5. Saya mewakili pihak IPG Perlis khususnya warga kelas Pengajian Agama (A) merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan Guru Besar meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada hari yang berbahagia ini dan seterusnya menyempurnakan majlis penutupan program Lawatan Penanda Aras Bina Insan Guru Siri 5. Pada kesempatan ini juga, saya mengalu-alukan kehadiran warga SK Seri Dusun bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Hadirin yang dihormati sekalian, Program Lawatan Penanda Aras - Bina Insan Guru (BIG) Siri 5 ini sebenarnya merupakan satu manifestasi untuk mewujudkan interaksi dua hala di antara kami para guru pelatih dengan pihak sekolah bagi berkongsi pengalaman dan idea yang bermanfaat untuk diaplikasikan semasa kami memasuki bidang pendidikan sepenuhnya apabila berada di sekolah nanti.

Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan 2020. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah yang berjaya adalah merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Oleh itu, dalam lawatan penanda aras pada hari ini, kami telah memfokuskan kepada beberapa elemen penting bagi pembentukan sebuah sekolah yang berjaya seperti ciri-ciri kepimpinan Guru Besar, pengurusan, iklim dan budaya sekolah seterusnya infrastruktur dan prasarana yang disediakan.

Selaras dengan itu, kami juga telah mensasarkan beberapa objektif penting untuk dicapai menerusi program Lawatan Penanda Aras ini . 1. Memberi kemahiran kepada guru-guru pelatih dalam mengendalikan dan menguruskan program. 2. Mengetahui cara pengurusan sekolah cemerlang dan kriteria yang perlu dipenuhi dalam menjadikannya sekolah yang cemerlang. 3. Membina jati diri dan ketahanan guru pelatih sebagai seorang guru dalam berhadapan dengan cabaran dunia pendidikan. 4. Memperkayakan idea-idea dan pemikiran di kalangan guru-guru pelatih dengan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama guru cemerlang.

Hadirin yang dihormati sekalian, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja yang bekerja keras dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan yang lain. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan kerjasama serta menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Tuan Guru Besar dan warga SK Seri Dusun yang sudi menerima kehadiran kami pada hari ini. Besar harapan saya agar program yang dianjurkan ini dapat melahirkan insan guru yang berkualiti dan berketrampilan tinggi. Semoga bentuk kerjasama dan komitmen yang terjalin ini, dapat diteruskan pada masamasa akan datang bagi menjayakan program seumpamanya.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai