Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Wakil Semester 8 Majlis Sedetik Waktu, Seribu Kenangan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat kita berkumpul pada majlis makan malam ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang telah menganjurkan majlis ini dan memberi ruang kepada saya bagi menyampaikan ucapan mewakili rakan-rakan yang lain. Hadirin sekalian. Masa begitu pantas berlalu dan terus bergerak ke hadapan. Rupa-rupanya kami sudahpun menjangkau usia lima tahun setengah melanjutkan pengajian di IPG ini. Begitu banyak pengalaman yang telah ditimba dan kenangan yang telah kami lalui bersama. Oleh itu, pada kesempatan ini izinkan saya untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua barisan pensyarah dan juga staf yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dalam mendidik kami menjadi insan yang berilmu dan berakhlak. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat kami balas dengan wang ringgit namun usaha untuk melahirkan generasi yang bertamadun akan kami teruskan selaras dengan kesinambungan dan kesaksamaan peranan seorang pendidik. Segala jasa baik dan budi kalian akan kami kenang dan kami akan mempraktikkan nilai-nilai murni yang telah ditunjukkan oleh kalian. Malah, budi baik kalian akan dijadikan contoh teladan dalam usaha mencorak peribadi anak bangsa. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor kami iaitu Puan Roslizah binti A.Samad atas segala bimbingan dan nasihat yang telah diberikan sepanjang kami berada di IPG ini. Beliau antara insan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam mempersiapkan diri menjadi pendidik yang berjiwa murobbi. Semoga segala kebaikan akan dibalas dengan keberkatan hidup dan ganjaran pahala oleh-Nya. Pada kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua barisan pensyarah dan staf terhadap kekhilafan kami sepanjang kami berada di bawah bimbingan kalian semua. Halalkanlah segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada kami selama ini. Kepada semua rakan-rakan, saya ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan yang akan datang, semoga kita semua lulus dengan cemerlang, dan teruskan usaha dalam menjadi seorang pendidik yang berjaya. Saya akhiri ucapan dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai