Anda di halaman 1dari 3

ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Majlis mengalu-alukan kedatangan semua guru ke dewan tan sri ramli


Diminta semua guru untuk duduk ditempat yang telah disediakan oleh pihak
jawatankuasa serta menjaga penjarakan sosial sepanjang majlis ini berlangsung.

Assalamualaikum  wbt dan Salam Malaysia prihatin

Yang Berusaha, en. Ahmad tazalyy bin mohamad zain pengetuan sekolah raja dr.nazrin
shah kg. gajah.

Alfadil ustaz ahmad munawair bin solehuddin penolong kanan pentadbiran

En. nor jaffry shah bin hashim penolong kanan kokurikulum.   

Barisan ketua bidang

Dan seterusnya rakan-rakan guru yang dihormati sekalian.


                

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya  maka kita
diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan
fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali
ke 1 bagi tahun 2020.

BACAAN DOA

Rakan-rakan guru sekalian.

Yang mengerakkan kita hadir ke sini adalah DIA Yang Maha Kuasa
Tahniah dan bersyukurlah kerana Dia memilih kita untuk berada dalam satu majlis ilmu
pada petang ini.
Diharapkan agar semua guru dapat melapangkan seketika jiwa ,ikhlaskan hati bagi
sama-sama kita menambahkan sedikit ilmu demi memastikan visi dan misi sekolah
dicapai dengan jayanya.

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan segala hormatnya dijemput  alfadil
ustaz shahrullizzan bin Mohd tamizi bagi memimpin bacaan doa. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.

Amin yarabbal alamin


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada alfadil ustaz atas kesudian beliau dalam
memimpin bacaan doa sebantar tadi.

Melihat teruna terkelu lidah


Menjadi sejarah satu kenangan
Orang di nanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan

Bagi pihak majlis,  mengalu-alukan kedatangan tuan penceramah iaitu encik saharuddin


bin bajuri dari sek. Men. Lambor kiri atas kesudian tuan untuk  bersama-sama bagi
berkongsi ilmu kepada warga pendidik sarjana. Semoga setiap ilmu yang disampaikan
oleh tuan dapat kami gunakan dalam setiap urusan yang akan kami jalankan di
sekolah yang tercinta ini.

Hadirin sekalian,

Ingin juga  dibacakan disini  objektif  Ladap diadakan. Selain kita dapat menjana gaya
berfikir untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, Latihan Dalam Perkhidmatan atau
singkatannya Ladap ini juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pelaksanaan dalam menjalankan tugas. Selain itu, program ladap ini juga dapat
membantu setiap staf membina keyakinan diri dalam bidang tugas masing-masing serta
mempertingkatkan budaya kerja yang mantap. Mudah-mudahan dengan ilmu yang
diperolehi dalam program hari ini dapat diselitkan dalam minda kita demi kebaikan
bersama.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya dengan rasa rendah diri ingin menjemput tuan
penceramah bagi menyampaikan taklimat

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selesai bengkel

Berkejar-kejaran ombak di laut


Menyentuh pantai berpasir bersih
Budi tuan disebut-sebut
kerja selesai dan terima kasih.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En saharuddin bin bajuri atas taklimat
yang sungguh jelas berkaitan dengan tajuk perancangan strategik

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa

Rumusan keseluruhan bengkel.


1.
2.
3.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin sekalian
Atur cara seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih
dari pihak kami atas kesungguhan pihak tuan dalam merungkai tajuk yang begitu
penting ini.
Majlis mempersilakan Yang Berusaha tuan pengetua en.ahmad tazalyy bin mohamad
zain diiringi penolong kanan pentadbiran al fadhil ustaz ahmad munawir bin solehuddin
bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada tuan penceramah kita pada petang
ini.majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan berakhirnya majlis penyerahan sijil penghargaan sebentar tadi maka secara
rasminya program ladap kali pertama ini melabuhkan tirainya.

PENUTUP
Syabas diucapkan kepada semua atas kesabaran dan perhatian yang diberikan
sepanjang slot Ladap kali ini berlangsung. Mudah-mudahan  ada sesuatu yang
telahpun kita perolehi pada majlis hari ini .

Dewan tan sri ramly tempat bertemu


Girangnya rasa hati tak terkira
Baliklah guru membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara.

Kita tutup majlis kita dengan


Bacaan surah al ansr dan tasbihkarafah.

Anda mungkin juga menyukai