Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN PERDANA

KRS & TKRS BAGI TAHUN 2022.

Terima kasih pengerusi majlis,

 Yang dihormati Encik A.Zamri bin Husin ,Timbalan PPD Pembangunan

Murid Daerah Manjung,

 Yang Berusaha Encik Azharul Nizam bin Zahari ,Penolong PPD

Pembangunan Bakat Murid Daerah Manjung,

 Yang Berusaha Puan Fadila Binti Muhamat Yusup,

Pengetua SMK Batu 10

 Barisan Utama kepimpinan Seketeriat KRS Daerah Manjung,

 Tuan Muhammad Ali bin Abd Kadir dan Tuan Abdullah Bakri bin Busu.

 Puan Hazni binti Ahmad , Pegawai Tadbir KRS dan

 En Shahrul Idham bin Shaharudin ,Pegawai TKRS

Selaku Pengerusi Perkhemahan Perdana,

Barisan Seketeriat KRS dan TKRS Manjung, jurulatih2, dan para kadet

Perkhemahan KRS Daerah Manjung yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Salam Sejahtera ,Alhamdulillah,

segala pujian bagi Allah dan salam sejahtera keatas junjungan kita Nabi Muhammad

saw dengan IzinNYa Kita dapat Bersama - sama pada hari ini dalam majlis penutup

Perkhemahan KRS peringkat Daerah Manjung.


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada

pihak urus setia kerana mengundang saya untuk merasmikan majlis penutup ini. Syabas

dan Tahniah di atas pengajuran kem ini.

Hadirin dan para kadet yang disayangi,menjadi harapan saya dan para

pegawai agar semua kadet yang terlibat pada perkhemahan ini dapat

mengaplikasikan sebaik mungkin ilmu yang telah dipelajari selama berada disini

supaya dapat melahirkan pelajar yang bersahsiah dan mempunyai jati diri sekaligus

dapat meningkatkan prestasi akademik sekolah .Saya yakin segala ilmu yang para

kadet pelajari dan perolehi sepanjang tempoh perkhemahan ini sedikit sebanyak

juga akan menjadi titik tolak kepada permulaan menjadi seorang pemimpin yang

disegani . Saya juga berharap agar objektif Perkhemahan yang telah dirancang

dapat dicapai setelah melalui tempoh 3 hari 2 malam di sini. Saya difahamkan

objektif kem ini adalah untuk membentuk sahsiah mulia dan cemerlang serta jati diri

yang tinggi di kalangan kadet-kadet.

Selain itu, perkhemahan ini juga dapat membantu kadet membina ketahanan

mental, Fizikal, emosi dan jasmani serta dapat mempraktikkan kawad kaki dengan

baik dan dapat memupuk budaya KRS yang mampu mengurangkan masalah disiplin

di sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan,Para kadet yang dikasihi, amalan disiplin yang baik,

dan kepimpinan yang berhemah dalam kalangan kadet mencerminkan identiti

sesebuah sekolah . Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar para kadet yang hadir

pada hari ini dapat berkongsi ilmu yang diperoleh dengan rakan-rakan yang lain

agar ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama demi kepentingan sekolah khasnya.

Saya sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan

kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan Perdana KRS ini.

Dengan itu Saya dengan rasminya menutup PERKHEMAHAN PERDANA KRS

DAERAH MANJUNG BAGI TAHUN 2022.

Sekian, Wabilahithaufiqwalhidayah,wassalamualaikum

waramatulallahiwabarakatuh….

Salam Hormat dan jumpa lagi.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai