Anda di halaman 1dari 23

• One such approach was introduced by Robert

Stake in 1967 in what was to become known


as the “countenance model for educational
evaluation.” This approach built on Tyler's
notion that evaluators should compare
intended and observed outcomes, but it
broadened the concept of evaluation by
calling for examination of ...
• Pendekatan Model penilaian Stake s
Countenance iaitu Model Penilaian yang
dibangunkan oleh Robert Stake (Stake, 1967).
Pengertian Countenance adalah merujuk
kepada keseluruhan, sedangkan pengertian
lain adalah sesuatu yang disenangi. Sanjaya
dan Lubis (2013) menjelaskan model
penilaian countenance dianggap model
penilaian yang cukup memadai untuk menilai
sebuah proses pelaksanaan pembelajaran
secara kompleks.
• Stake menawarkan latar belakang konsep bagi
membangunkan pelan penilaian program pendidikan
dan bukan produk pendidikan.
• Dalam model penilaian ini, Stake (1967) menekankan
dua elemen penting dalam penilaian iaitu keterangan
dan penghakiman, dan kedua-duanya adalah penting
jika pendidikan program dibangunkan adalah untuk
difahami (Deepwell, 2002; Stake, 1967).
• Model penilaian Stakes Countenance menyasarkan
untuk menguasai kerumitan sesebuah inovasi
pendidikan atau perubahan dengan membandingkan
hasil yang dinginkan dengan hasil yang diperhatikan
pada beberapa peringkat operasi.
• Kesesuaian di antara hasil yang dinginkan
dan diperhatikan memberi asas untuk menilai
berjaya atau tidak dalam pada masa yang
sama mengambil kira hasil yang tidak dingini.
Ringkasan model matriks data Stake ditunjuk
seperti berikut (Deepwell, 2002; Stake, 1967,
1969).
• Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
diperkenalkan dalam sistem pendidikan
kebangsaan merupakan satu bentuk
pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan
rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• PBS bertujuan untuk melihat kemajuan
pembelajaran serta pencapaian prestasi
seseorang murid secara adil dan saksama serta
mendapatkan gambaran keseluruhan tentang
potensi murid.
• PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik
dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan
autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses
pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran
yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang
berasaskan sekolah .

• Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan


merangkumi:
• Pentaksiran Sekolah
• Pentaksiran Pusat
• Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
• Pentaksiran Psikometrik
• Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina,
ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran
yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,
pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan
tugasan, tugasan rumah dan ujian.

• Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa,


direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh
guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan
yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata
pelajaran.
• Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di
peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan
dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan
dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani
dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum
(contohnya penglibatan sebagai ahli
kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK
Surau tempat murid tinggal dan aktiviti
bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak
luar selain sekolah).
• Seperti juga di Malaysia, sistem persekolahan di
Singapura terdiri daripada enam tahunsekolah
rendah, lima tahun sekolah menengah dan
peringkat pengajian tinggi.
• Para pelajar menghadiri sekolah rendah bermula
usia tujuh tahun sehingga berakhir dengan
mengambil peperiksaan nasional iaitu Primary
School Leaving Examination (PSEL).
• Selepas sekolahrendah, pelajar biasanya menghadiri
sekolah menengah selama lima tahun. Pada akhir
sekolah menengah, para pelajar mengambil
peperiksaan Singapore-Cambridge GCE’O’Level,
dan keputusan daripada peperiksaan tersebut
menentukan jenis laluan yang dikejaroleh mereka.
• Kementerian Pendidikan Singapura telah
menetapkan objektif pendidikannya
untukmenghasilkan pelajar yang
berkeyakinan tinggi, mampu berkomunikasi
dengan efektif danberdikari. Oleh itu
Program Pembelajaran Aktif (Programme for
Active Learning PAL)diperkenalkan.
• Pentaksiran ini lebih melihat potensi pelajar dengan
mengukur kemampuanmereka dan melihat
pembangunan keyakinan diri dalam melaksanakan
tugasan dan aktiviti(Berinderjeet Kaur, 2005).
• Maka dengan ini pendidikan di Singapura
diperkenalkan denganSubject Based Learning bermula
pada tahun 2008 bagi menggantikan EM1, EM2 dan
EM3 (English and Mother Tongue at 1st, 2nd and
3rdlangue)stream di seluruh sekolah rendah di
Singapura. SBL diperkenalkan untuk memastikan
bahawa pelajar dinilai berdasarkan keupayaan diri
mereka sendiri bergantung kepada minat dan
kecenderungan tersendiri. Iniadalah bertujuan untuk
membantu pelajar-pelajar merealisasikan potensi diri
mereka
• Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di
peringkat sekolah dan/atau pusat untuk
mengukur kebolehan (innate ability and
acquired ability) semulajadi murid,
kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat,
kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum
• Dalam SBB, para pelajar sekolah rendah di
Singapura diberi pilihan untuk
mengambilsubjek standard atau subjek asas,
bergantung kepada kekuatan pelajar tersebut.
Sebagai
• Contoh, jika seseorang pelajar itu mempunyai
kelebihan dalam subjek Bahasa Inggeris dan
Matematik tetapi sangat lemah dalam Bahasa
Ibunda
• dan Sains, pelajar tesebut bolehmemilih untuk
mengambil dua mata pelajaran yang kukuh di
peringkat standard dan duamata pelajaran yang lemah
di peringkat asas sahaja. Dengan itu, pelajar tersebut
boleh menumpukan mata pelajaran yang kuat
manakala membina asas-asas dalam mata
pelajaranyang lemah.

• Markah dalam mata pelajaran asas ditaksir lebih


rendah daripada mata pelajaranstandard sebagai
markah keseluruhan PSLE kerana mengambil kira
perbezaaan kandunganpembelajaran dalam subjek
standard dan subjek asas. Subjek peringkat asas
merangkumikira-kira 75% daripada kurikulum
standard sekolah.
• Dua kategori pentaksiran diperkenalkan di
Singapura ialah penilaian berterusan atau
Continuous Assessment(CA) dan penilaian
semester atau Semester Assessment(SA)
• Penilaian berterusan (CA) - Mengumpul
maklumat dari pelajar tentang kesesuaian
kaedah pengajaran yangdigunakan dan
keberkesanannya.-Mengenalpasti kesukaran
pembelajaran di kalangan pelajar agar guru
bolehmerancang pengubahsuaian yang lebih
efektif-Mendapat tindak balas dari pelajar
• Penilaian semester (SA)- Penilaian semester
berbentuk sumatif yang diadakan di akhir
semester atau padaakhir tahun.- Tujuan
penilaian semester ialah untuk mengenalpasti
tahap pencapaian pelajar bagikeseluruhan
tajuk yang telah pelajar pelajari sepanjang
penggal
• PBS di Hong KongSistem persekolahan di Hong
Kong agak berlainan daripada sistem
persekolahan di Malaysia.Sekolah rendah di Hong
Kong adalah selama 6 tahun mulai dari umur 6
hingga 11 tahun.
• Pelajar sekolah rendah diajar enam subjek iaitu
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina,
Matematik,Pengajian Am, Muzik, Seni Visual dan
pendidikan fizikal.
• Seterusnya, pelajar akan memasuki sekolah
menengah selama 7 tahun pada umur 12 hingga
18 tahun. Dalammenengah rendah, pelajar diajar
mata pelajaran tambahan seperti sejarah, geografi
dan sains
• dan mata pelajaran lain. Manakala, menengah atas lebih
selektif, dan pelajar boleh memilihaliran dan bilangan subjek
yang dikehendaki.Sejak dari tahun 2000, kerajaan Hong Kong
telah membuat pembaharuan pertamadalam perlaksanaan
sistem pendidikan secara besar-besaran dengan
memperkenalkan budaya baru dalam sistem pentaksiran. Ini
kerana, sistem pendidikan dahulu lebih bersifat
kompetitifdan selektif telah mendapat kritikan hebat dari
orang ramai (Yu, Kennedy, Fok, & Chan,2006).

• Oleh itu, Sistem pentaksiran berasaskan sekolah telah


diperkenalkan dengan satu pendekatan yang dipanggil core-
competence (kecekapan teras) iaitu satu pendekatan di
manakemahiran asas dan pengetahuan akan dijadikan rujukan
untuk pentaksiran pembelajaran para pelajar. Guru
digalakkan untuk mempelbagaikan mod pentaksiran yang
berbeza untuk
• memberi kesesuaian kepada tujuan
pembelajaran para pelajar di sekolah.
Antaranya ialah pemerhatian prestasi pelajar
dalam bilik darjah, pentaksiran kendiri dan
rakan sebaya,perlaksanaan potfolio atau
penyertaan kerja projek untuk menggalakkan
pembelajaran dalamcara yang lebih fleksibel.
• Sistem pentaksiran di sekolah menengah di
Hong Kong juga turut mendapat beberapa
pembaharuan. Peperiksaan Hong Kong dan
Lembaga Penilaian atau Hong Kong
Examinationdan Assessment Authority (HKEAA)
telah menukar sistem pentaksiran dahulu
kepada sistem pentaksiran yang baru.
Pada sistem pendidikan dahulu, sekolah menengah mempunyai
duapeperiksaan awam iaituHong Kong Certification of
Education Examination (HKCEE) danHong Kong Advanced Level
Examination (HKALE). HKCEE diambil apabila pelajar beradadi
tingkatan 5 (17 tahun) manakala HKALE bagi para pelajar tingkatan
7 (19 tahun).

Pendidikan Hong Kong telah memansuhkan kedua-dua peperiksaan


ini dan menggantikannyadengan Hong Kong Diploma of Secondary
Education Examination (HKDSE) di mana parapelajar tingkatan
empat tahun 2009 adalah menjadi kumpulan pertama pada masa
itu.Peperiksaan HKDSE direka untuk menilai pencapaian calon
dengan kebolehan yang berbeza,yang diambil dari tingkatan 4
hingga tingkatan enam sekolah menengah.

Dengan itu, parapelajar akan tamat pengajian dan boleh


menyambung pengajian ke peringkat yang lebihtinggi setahun lebih
awal. Antara pentaksiran selama 3 tahun dalam HKDSE adalah

Anda mungkin juga menyukai