Anda di halaman 1dari 11

Konsep PBS

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan
membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di
peringkat sekolah ini dikenali sebagai PBS.
Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep
penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. PBS lebih bersifat
formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru
dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini
memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid
serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti
kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.
Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang
diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah
dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang
murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Penilaian sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini
memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali
digunakan untuk membuat pemilihan.

Perkaitan Antara PBS dan Penilaian Berpusat


PBS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa
melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya
jika perlu. PBS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek aspek yang
tidak dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat
tentang pencapaian murid di seluruh negara. PBS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam
sistem penilaian.
PBS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping
memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

Melalui PBS guru akan dapat :

mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa
kesemasa;

mengetahui keberkesanan pengajarannya;

merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan

menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Ciri-ciri PBS

PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak
terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan
diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid
meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang
dalam penilaian di peringkat pusat.
PBS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut:
A. Dikendalikan oleh guru

menilai muridnya sendiri


B. Berasaskan Kriteria
C. Formatif
D. Pelbagai kaedah
E. Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara Menyeluruh
F. Menekankan Perkembangan Individu
G. Bersistem
H. Menggalakkan Penilaian Kendiri
I. Membolehkan Tindakan Susulan

Perbezaan Pentaksiran/Pengukuran/Pengujian
Jenis /
Perbezaan

Pengujian

Pengukuran

Pentaksiran

Pengertian

Proses menentukan

Proses menentukan

Proses membuat analisi dengan

perubahan tingkah laku

peringkat pencapaian dan


kedudukan di antara
pelajar

mentafsir hasil pengukuran

Menentukan pencapaian
pelajar dalam sesuatu
pembelajaran

Membuat perbandingan
pencapaian dan
kedudukan di antara
pelajar dalam penguasaan
pembelajaran

Memberi maklumat tentang


penncapaian pelajar,objektif
pelajaran, kaedah mengajar dan
kurikulum

Kegunaan

Untuk menempatkan
pelajar dalam kumpulan
yang sesuai

Untuk pengelasan,
pensijilan dan
menempatkan pelajar
dalam jurusan yang sesuai
dan untuk penyelidikan

Untuk membaiki rancangan


mengaar,kurikulum, pengesan
punca kelemahan dan membuat
ramalan

Bentuk

Pemerhatian,ujian, lisan
dan bertulis

Ujian bertulis dengan


markah dan gred

Jadual / gred berdasarkan teknik


perangkaan

Masa

Selepas sesuatu atau


beberapa pelajaran

Selepas beberapa
pelajaran

Sebelum, semasa dan selepas


satu atau beberapa pelajaran

Proses
Perlaksanaan

persediaan ujian
pentadbiran
pemeriksaan

Proses pengujian
merekod markah/gred

Proses pengukuran
Proses penganalisaan
Proses interpretasi
Melapor tindakan

Tujuan

PBS beri kelebihan guru untuk menilai murid


9 Mei 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services6


http://www.sinarharian.com.my/nasional/pbs-beri-kelebihan-guru-untuk-menilai-murid-1.278590

SPPBS

<1/1>
KUALA LUMPUR - Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang memberi kelebihan kepada guru untuk menilai
prestasi murid dilaksanakan kerajaan atas dasar kepercayaan, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin
Senin.
Justeru beliau berkata, para guru tidak sepatutnya menolak atau menganggap PBS perlu diserahkan kepada orang lain
untuk
melaksanakan
program
itu.
"PBS sebenarnya profesional autonomi yang memberi guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran
tapi apa yang saya terkilan dan tak faham kenapa guru tak mahu, dia boleh tolak," katanya ketika membentangkan kertas
kerja sempena Seminar Transformasi Pendidikan Nasional 2014 di Universiti Malaya di sini hari ini.
Amin berkata disebabkan ketidakfahaman guru mengenai PBS dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
secara
menyeluruh
menyebabkan
mereka
merasakan
PBS
sesuatu
yang
membebankan.
Selain itu, beliau berkata walaupun pelan itu mengandungi perubahan yang besar dalam struktur pendidikan, sistem dan
budaya, namun secara mudah pelan itu sebenarnya hanya memfokuskan hasil di dalam bilik darjah.
"Pelan ini jika tidak dapat mengubah apa yang berlaku di bilik darjah, budaya pembelajaran dan pengajaran tidak
mengubah anak didik kepada hasrat yang kita cadangkan, saya secara peribadi berkata ia akan gagal," katanya.
Seminar dua hari bertemakan 'Strategi Mentransformasikan Pendidikan Nasional, itu antara lain bertujuan menjana
strategi ke arah merealisasikan pelan pembangunan pendidikan selain mengenal pasti isu yang mempengaruhi kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Bernama

http://blogbakalcikgu.blogspot.com/2013/05/tugasan-1-pentaksiran-berasaskan-sekolah.html

WEDNESDAY, 15 MAY 2013

Tugasan 1 ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..di sini kami ada memuat naik tugasan 1 kami. Tajuk tugasan 1
kami ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )
1.0 Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang
akademik dan bukan akademik.
PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di
akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah . terdapat beberapa komponen PBS dalam pentaksiran
kebangsaan iaitu, Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik.
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran
kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam
tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah
dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti
jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya
penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan
aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan
(innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah,
minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

2.0 Mengapakah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan di Sekolah


Setiap sistem pendidikan yang dijalankan tersebut mempunyai sebab-sebab tertentu dalam meningkatkan
tahap akademik para pelajar. Oleh itu, pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) ini di sekolah rendah
mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan Akta Pendidikan dan mesyuarat
jemaah menteri.

Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan)
1997, Bahagian 11, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :
a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;
b. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan
tentang peperiksaan; dan
c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan
menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
Seterusnya pula ialah mesyuarat jemaah menteri merupakan salah satu punca kuasa yang menyebabkan
perlaksanaan sistem PBS ini. Sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya
penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah(PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada
pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran(assessment of
learning).
Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) telah
mengeluarkan:
a.

Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran
Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 -KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22Februari
2011.

b.

Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran
Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 -KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14
Februari 2011.

c.

Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di
Sekolah Rendah dan Menengah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.

d.

Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011:Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.

3.0 Kelebihan dan Kekurangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

3.1 Kelebihan Penilaian Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Rujukan Standard


Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada Penilaian Berasaskan Sekolah.
Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan Stardard Prestasi demi untuk menambahbaikan kepada pentaksiran

sekolah sedia ada. Melalui kaedah ini, guru dapat melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian
prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan
boleh buat atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama


Selain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai
individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data
kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak
yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insane
yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan Negara dan bangsa
mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Mendidik guru berintegriti


Disamping itu juga, kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah mendidik guru berintegriti. Merujuk kepada
maksud integriti dalam Kamus Dwibahasa DBP, 1985, integrity ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan
keutuhan. Oleh itu, integrity adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu. Guru sebagai penjawat
awam perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya.
Oleh hal demikian, dengan melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid dengan penuh
ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang guru tersebut. Penilaian berasaskan sekolah ini
memerlukan kejujuran, keutuhan mental dan fizikal, kesempurnaan dalam melakukan tanggungjawab dan tulus
adalah penting bagi melancarkan lagi proses tersebut. Maka, tanggungjawab seseorang guru amat berat dalam
mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada
masyarakat dan Negara kita.

Mudah merujuk pencapaian murid


Seterusnya ialah mudah untuk merujuk pencapaian murid dalam sesebuah kelas mahupun sekolah. Sistem
penilaian berasaskan sekolah berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua data-data tentang murid-murid akan
disimpan rapi. Oleh itu, jika ingin membuat perbandingan pencapaian yang lepas dengan yang terbaru guru hanya
perlu membuka data-data tersebut dan sudah mendapat maklumatnya. Dengan ini, terlalu mudah untuk guru
membuat laporan dan tidak perlu membelek-belek dan mencari fail yang tersimpan data-data murid-murid. Selain
itu, guru juga dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang cemerlang dan lemah. Dari situ, guru-guru berkenaan
dapat memperbaiki prestasi murid yang lemah kearah cemerlang dan meningkat dalam pencapaian pembelajaran
mereka.

Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran


Kelebihan penilaian berasaskan sekolah juga adalah dapat menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran
dan pengajaran di sekolah. Melalui proses penilaian berasaskan sekolah ini, akan berlaku pertumbuhan dan
perkembangan terhadap murid-murid. Pertumbuhan menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihal atau proses
tumbuh (tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang), tumbesaran. Oleh itu boleh dirumuskan pertumbuhan
ialah merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti atau mengalami
sedikit peruhan pada tahap kematangan. Manakala, perkembangan pula mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah
perihgal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar dan membiak. Daripada maksud ini, boleh dirumuskan
perkembangan adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif. Ianya
berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran. Oleh itu, murid-murid akan bertambah
pengetahuan am dan semakin bijak menilai sesuatu. Hal ini kerana guru lebih banyak mendedahkan murid-murid
dengan soalan-soalan yang menguji minda mereka. Sekiranya mereka tidak tahu sesuatu maksud mereka akna
berusaha untuk menerokai ataupun menanyakan guru. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan murid-murid
semakin cemerlang.

3.2 Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Membebankan guru
Setiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan kelemahan. Hal yang sama juga berlaku dalam
pentaksiran berasaskan sekolah. Pertama sekali kelemahan pentaksiran berasaskan sekolah ialah membebankan
guru-guru disekolah. Hal ini demikian kerana terdapat kelemahan dalam sistem yang ditubuhkan. Antara
kelemahannya ialah guru perlu mengekod band murid-murid. Jika setiap guru mengajar dalam 120 orang murid
dalam satu sekolah, maka hal ini akan membebankan. Kenapa saya menyatakan begitu kerana guru bukan sahaja
memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja malah tanggungjawab lain yang ditanggung lagi terlalu banyak.
Masa yang diberikan juga amat terhad. Selain itu, hal ini juga pernah dinyatakan dalam dada-dada akhar tentang
perungutan guru-guru tentang beban ini. Disamping itu juga, sekiranya pentaksiran ini tidak dapat disiapkan di
sekolah, guru akan membawa pulang kerja ini kerumah dan ini akan mengganggu masa guru tersebut bersama
keluarga. Maka, jelaslah bahawa pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.

Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS


Pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua guru perlu ada jalur lebar atau
dalam kata lain broadband untuk menyiapkan program ini. Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan
pentaksiran berasaskan sekolah berlaku apabila jika seseorang guru melakukan aktiviti mengekod band-band murid
kedalam data, dan berhenti seketika untuk melakukan tugas lain. Kemudian guru tersebut ingin menyambung
kembali tugas itu, beliau perlu bermula dari awal dan menekan butang next sehinggalah sampai rekod yang
terakhir. Hal ini amat menyukarkan guru dan telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi jika jalur lebar yang
ada adalah lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh guru dalam blog dan akhbar-akhbar yang lepas dan
mengharapkan pihak berkenaan ubah proses ini kearah yang lebih cepat dan maju.

Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anak


Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah band iaitu dari band 1 hingga band 6. Berbeza
dengan sebelum ini yang menggunkan gred iaitu gred A, B, C dan seterusnya. Pengggunaan band ini tidak disukai
oleh para ibu bapa kerana mereka tidak dapat mengetahui lebih terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak.
Sesetengah ibu bapa yang kurang pandai pula tidak tahu apa itu band?, anak-anak lemah dimana? Dan sebagainya
persoalan yang timbul dalam fikiran ibu bapa. Selain itu, melalui penggunaan pentaksiran berasaskan sekolah ini
juga menyebabkan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Hal ini berlaku kerana takut anakanak akan gagal pada masa peperiksaan sebenar. Disamping itu juga, ibu bapa tidak dapat tahu terperinci tentang
tahap kecerdasan anak-anak kerana guru sahaja yang menyimpan maklumat murid-murid yang sebenar dan ibu bapa
hanya dapat maklumat yang umum sahaja. Tuntasnya, kelemahan ini amat dikesali oleh ibu bapa kerana mereka
menginginkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku iaitu ibu bapa tidak dapat mengukur tahap
kecerdasan anak-anak mereka.

4.0 Aktiviti dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Aktiviti Membaca
Guru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang besar kepada murid-murid. Murid yang terdedah kepada
pembelajaran ke arah pembacaan yang aktif akan lebih bersifat survival, berdikari dan lebih bijak dalam proses
berfikir dan penyelesaian masalah (Raja Abdullah Yaacob : 2008).
Guru-guru boleh merancang P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif dalam bentuk kerja kursus, tugasan
pembentangan, gerak kerja berkumpulan, berkongsi artikel, majalah atau akhbar dalam kelas, bicara buku,
pertandingan bercerita, aktiviti drama atau persembahan boneka. Dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS), aktiviti pengayaan pembacaan aktif seperti lakonan, bercerita, forum, debat, sketsa dan
pembentangan sewajarnya disuburkan semula di sekolah-sekolah.
Sebagai contoh, dalam subjek Bahasa Melayu, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat
murid untuk membaca. Contoh aktiviti membaca yang boleh dianjurkan ialah:
Membaca beramai-ramai dalam perhimpunan khas.
Membaca secara korus di hadapan kelas.
Membaca secara individu di hadapan kelas.
Membaca dalam kumpulan.
Sesi bercerita berpandukan bahan bacaan dari Pusat Sumber Sekolah

Contoh aktiviti :
Kelas : 2 Mawar

Kemahiran : Membaca
Standart : Band 1 (Tahu)
Pernyataan Standart: Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Tindakan
Guru
Sebelum

Guru
menyediakan
RPH.

Menyediakan
Alat
Bantu
Mengajar.

Memaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu mengenai aktiviti yang bakal dijalankan.

Meminta murid untuk membawa buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2 ketika kelas
diadakan.

Semasa

Meminta
murid
untuk
membuka
buku
teks
pada
halaman
3:
BERTANDANG
KE
RUMAH
SABRINA

Memberi masa kepada murid untuk membaca teks Bertandang ke rumah Sabrina.

Guru
dan
murid
akan
bersoal
jawab.

Kemudian guru akan meminta murid untuk menuturkan dialog dengan intonasi yang sesuai.

Guru
mendengar
tuturan
murid
di
dalam
kelas.
Selepas

Guru

Kemudian

Markah

akan
guru akan
penilaian

membuat
penilaian
dengan
mengelaskan pelajar kepada baik, sederhana dan
murid
akan
direkodkan
oleh

teliti.
lemah.
guru.

Tindakan
Murid
Sebelum

Membuat
persediaan
sebelum
memulakan
aktiviti.

Membawa
buku
teks
seperti
yang
diminta
oleh
guru.
Semasa

Murid membuka buku teks pada halaman 3 seperti yang diarahkan oleh guru di dalam kelas.

Murid menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk membaca teks yang
terdapat
di
dalam
buku
teks
Bahasa
Melayu
tingkatan
2.

Murid akan mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Seorang demi seorang murid akan menuturkan dialog dengan intonasi yang sesuai.
Selepas

Murid
akan
dinilai
oleh
guru.

Selepas itu, murid akan diberitahu pencapaian mereka dalam aktiviti membaca.

Murid yang lemah akan mengulang band. Manakala murid yang baik akan meneruskan ke band 2.

Murid yang lemah akan dinilai sehingga melepasi band dan layak untuk pergi ke band seterusnya.

5.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan. Anjakan paradigma yang berlaku ini
bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak

wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan
dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman
akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini.
Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih
wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk
memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara.

6.0 Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Lamanweb rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Diakses daripada
http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=353:pentaksiran
berasaskan-sekolah&catid=19
Sumber diakses daripada http://smkvaldor.blogspot.com/2013/03/apa-itu-pentaksiran
berasaskan-sekolah.html

Anda mungkin juga menyukai