Anda di halaman 1dari 3

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

 pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi


mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif, sebagai
pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

 Pentaksiran sekolah- pentaksiran bd Sejak tahun 2016

 melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran.

 mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan


penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan.

 Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di
bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM).

 Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang
penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam
kurikulum.

 Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk


perbandingan atau persaingan antara murid.

 Objektif PBD

 Melalui PBD, guru dapat:

 mengesan pengetahuan sedia ada murid

 mengesan perkembangan murid secara menyeluruh

 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam

 pembelajaran dari semasa ke semasa

 mengetahui keberkesanan PdP

 merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP

 menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

Melalui PBD, murid dapat:


 mengesan perkembangan diri

 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran

 meningkatkan pencapaian pembelajaran

PBD yang meliputi pelbagai kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid.
Aspek yang ditaksir ini termasuklah aspek nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam
dunia hari ini, di samping perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seperti
dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran.

 Pengetahuan
 Kemahiran berfikir
 Kemahiran berbahasa
 Kemahiran mengira
 Kemahiran belajar
 Kemahiran bersosial
 Kemahiran manipulatif
 Kemahiran amali
 Kemahiran kinestatik
 Kreativiti
 Kesihatan dan kecergasan
 Amalan nilai murni
 Sikap

Pentadbir Sekolah

 Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang


merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS
 Menyediakan peralatan, bahan dan jadual
 Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS
 Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod
 Menjalankan pemantauan dan penyelarasan

Guru

 Menjadi pemudah cara dalam proses


pembelajaran-pengajaran-pentaksiran
 Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk
mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran
 Menyediakan instrumen pentaksiran
 Memberi maklum balas tentang pencapaian murid
 Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat
yang diperoleh
 Mengumpul rekod dan data pencapaian murid

Murid

 Mengetahui dan memahami standard prestasi


 Mengetahui perkara yang perlu dikuasai
 Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai
 Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan

Ibu Bapa

 Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem


pentaksiran
 Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak
 Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual
differences)
 Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan

Anda mungkin juga menyukai