Anda di halaman 1dari 2

Apakah PBD?

 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk
pembelajaran dan tentang pembelajaran.

2. Bila PBD bermula?


 PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun
2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?


 PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK),
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

 PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata
pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan
murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam
pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?


 Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.

 Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.

5. Mengapakah PBD penting?


 PBD dapat membantu guru dalam:

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh


ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran
iv. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
6. Bagaimanakah PBD dilaksanakan?
 PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan
melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan

 Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan
Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

7. Apakah pertimbangan profesional?


 Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang
dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam
pembelajarannya.

8. Bagaimanakah PBD dilaporkan?


 Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail
Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta
dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang


dilaksanakan?
 Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata
pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran
yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama
mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.

Anda mungkin juga menyukai