Anda di halaman 1dari 3

FAQ : Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Sumber : https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim-
menu/kurikulum/kurikulum

1. Apakah PBD?
 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

2. Bila PBD bermula?


 PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016,
PS mula dikenali sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?


 PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

 PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran.
PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia
bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru
menambah baik pengajaran mereka.

4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?


 Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.

 Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan
dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.

5. Mengapakah PBD penting?


 PBD dapat membantu guru dalam:

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh


ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran
iv. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

6. Bagaimanakah PBD dilaksanakan?


 PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui
pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan

 Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard
Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

7. Apakah pertimbangan profesional?


 Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat
oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi
dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.

8. Bagaimanakah PBD dilaporkan?


 Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel
yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid
dan ibu bapa.

9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang


dilaksanakan?
 Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata
pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang
digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam
melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.

10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?


 Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:

i. Pengetua/Guru Besar
ii. Penolong Kanan Pentadbiran
iii. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv. Penolong Kanan KoKurikulum
v. Penolong Kanan Petang
vi. Penolong Kanan Pendidikan Khas
vii. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
viii. Ketua Panitia
ix. Guru Cemerlang
x. Jurulatih Utama
xi. Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS

11. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?


 Sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
12. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan
KSSM?
 Buku Panduan
 Portal http://bpk.moe.gov.my/
 JPN
 PPD

13. Adakah BPK menyediakan rekod transit?


 Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku catatan guru, senarai
semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat merekod yang sesuai.

14. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid dalam


PBD?
 Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dan dimuat naik ke
portal BPK.

15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua Tahun dan
Tingkatan?
 Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR
(Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan yang baharu
ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu
untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.

 Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada
tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.

16. Mengapakah tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan PBD?
 PBD merupakan sebahagian daripada kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi dan
pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap
mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat
pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016
manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.

17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan


Keseluruhan?
 Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi
menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan
ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu
pada akhir tahun persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai