Anda di halaman 1dari 11

FAQ

Pentaksiran Bilik Darjah


Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) Semasa
(PBD) Perintah Kawalan Pergerakan (Pkp)

Bahagian Pembangunan Kurikulum


1. Adakah PBD masih diteruskan dalam tempoh PKP?
PBD berlaku secara formatif dan sumatif, sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan
tentang pembelajaran dalam proses PdP. Selagi proses PdP berlaku secara dalam talian, PBD
juga dijalankan secara dalam talian.

2. Adakah format templat pelaporan PBD berubah?

Format templat pelaporan PBD TIDAK berubah. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah
pentaksiran dengan menggunakan bentuk komunikasi dan aplikasi yang bersesuaian untuk
mentaksir murid.

2
3. Bagaimana PBD dilaksanakan secara dalam talian?
PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP. PBD dilaksanakan melalui pelbagai
kaedah pentaksiran seperti:
• Pemerhatian
• Penulisan
• Lisan

Kerja projek, kuiz, pembentangan dan lain-lain aktiviti pembelajaran boleh dilakukan secara dalam
talian dengan menggunakan pelantar pembelajaran yang disediakan oleh KPM iaitu MOE-DL atau
pelantar pembelajaran lain yang sesuai di mana guru boleh akses kepada Google Classroom dan
pautan aplikasi seperti Quizizz dan sebagainya.

3
4. Bagaimana pentaksiran secara pemerhatian dijalankan secara dalam talian?

Pentaksiran secara pemerhatian boleh dijalankan dengan menggunakan aplikasi yang sesuai
seperti Google Classroom, Skype, Hangouts, Google Meet atau mana-mana aplikasi yang sesuai
di mana guru boleh memerhati proses kerja murid seperti dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual. Murid boleh membuat rakaman video proses melengkapkan sesuatu tugasan atau
eksperimen yang diberikan oleh guru dan guru memberikan maklum balas kepada murid
berdasarkan rakaman video. Guru juga boleh memerhati tingkah laku murid melalui interaksi
murid dengan guru atau interaksi murid dengan murid melalui aplikasi yang bersesuaian.

4
5. Bagaimana pentaksiran secara lisan dijalankan secara dalam talian?

Pentaksiran secara lisan boleh dijalankan apabila guru mendapatkan maklum balas daripada
murid tentang pembelajaran secara lisan. Guru juga boleh bertanyakan soalan yang efektif
untuk mencungkil pemahaman murid tentang sesuatu perkara yang dipelajarinya. Kaedah ini
boleh dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi yang sesuai dalam talian seperti Skype,
Google Classroom, Hangouts atau mana-mana aplikasi yang sesuai.
Aplikasi WhatsApp juga boleh digunakan untuk mentaksir bacaan, cara sebutan dan intonasi
murid. Murid boleh merekod dan menghantar hasil kerja dengan menggunakan aplikasi
WhatsApp.

5
6. Bagaimana pentaksiran secara bertulis dijalankan secara dalam talian?
Pentaksiran secara bertulis melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil penulisan murid
seperti karangan, laporan projek, latihan bertulis dan sebagainya. Guru boleh menyemak dan
memeriksa hasil penulisan murid melalui pelbagai aplikasi yang sesuai dalam talian seperti
Google Classroom, WhatsApp, Hangouts atau mana-mana aplikasi yang sesuai.
Guru boleh menyemak hasil kerja murid dengan memberikan komen yang boleh dilakukan dalam
dokumen Microsoft Word sekiranya murid tersebut mempunyai komputer riba. Hasil kerja murid
boleh diemel kepada guru dan guru boleh mengemel hasil kerja yang telah disemak kepada
murid.

6
7. Bolehkah pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya dijalankan
secara dalam talian?
Boleh. Bagi pentaksiran kendiri, murid boleh menilai kerja mereka dan bertanya kepada guru
melalui emel, aplikasi WhatsApp, Skype atau mana-mana aplikasi yang sesuai. Bagi pentaksiran
rakan sebaya, murid boleh mentaksir hasil kerja rakan mereka melalui emel, aplikasi WhatsApp,
Skype atau mana-mana aplikasi yang sesuai yang memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi antara satu sama lain.

8. Bagaimana PBD dilaporkan?


PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel seperti yang sedia ada tanpa
sebarang perubahan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah.

7
9. Perlukah Pelaporan PBD pada pertengahan tahun dilakukan?
Ya, pelaporan PBD dilakukan sebanyak dua kali, iaitu di pertengahan tahun dan di akhir tahun.
Pelaporan PBD tidak perlu dicetak dan dilapor kepada ibu bapa mengikut keperluan sekolah.

10. Bagaimana jika PBD tidak dapat dijalankan secara berkesan semasa
tempoh PKP ini?
PBD telah berlaku sebelum PKP dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dan secara berterusan.
PBD dijalankan mengikut keperluan dan keupayaan guru serta kemudahan akses internet
dan kemudahan peranti murid yang sedia ada. Guru tidak harus berasa tertekan dan harus
bertanggungjawab melaksanakan PdP dan PBD dengan sebaiknya.
Guru mempunyai masa yang cukup untuk merancang dan melaksanakan pelbagai kaedah
dan aktiviti PdP yang akan membolehkan PBD dilaksanakan dalam tempoh PKP.

8
11. Bagaimana melaksanakan PBD secara dalam talian jika mempunyai
murid yang ramai dalam satu kelas?
PBD boleh dijalankan secara dalam talian dalam kumpulan kecil iaitu 5 atau 6 orang murid
dalam satu-satu masa supaya pentaksiran boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru
boleh menetapkan ahli dalam kumpulan dan bersama-sama dengan murid dalam kumpulan
tersebut pada satu masa yang ditetapkan.

12. Bagaimana PBD dijalankan jika tiada akses internet dan murid serta
ibu bapa tidak dapat dihubungi?
Bahan PdP dan pentaksiran secara hardcopy boleh disediakan dengan bantuan JPN dan
PPD serta dihantar kepada murid melalui ibu bapa (atau secara pos jika perlu).

9
13. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang
dilaksanakan sekurang-kurangnya pada peringkat asas?
Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua
mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen
pentaksiran yang boleh digunakan secara dalam talian mengikut kreativiti guru. Guru dalam
panitia yang sama juga boleh melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka secara
dalam talian dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.

14. Bolehkah PBD dijalankan jika tiada PdP?


PBD tidak boleh dijalankan jika tiada PdP sebab PBD adalah sebahagian daripada proses
PdP dan dilaksanakan secara berterusan.

10
Terima kasih!

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Anda mungkin juga menyukai