Anda di halaman 1dari 7

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

1. Apakah PBD?

 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai
pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

2. Bila PBD bermula?

 PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011.
Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?

 PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik
iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam
PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum
(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

 PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua
mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid
dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid
dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka

4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?

 Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.

 Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di
sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.

5. Mengapakah PBD penting?

 PBD dapat membantu guru dalam:

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh


ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran
iv. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
6. Bagaimanakah PBD dilaksanakan?

 PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan

 Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran,


berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

7. Apakah pertimbangan profesional?

 Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran


murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam
pembelajarannya.

8. Bagaimanakah PBD dilaporkan?

 Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan


dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat
sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan?

 Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia


semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan
instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan
moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional
terhadap murid.

10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?

 Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:

i. Pengetua/Guru Besar
ii. Penolong Kanan Pentadbiran
iii. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv. Penolong Kanan KoKurikulum
v. Penolong Kanan Petang
vi. Penolong Kanan Pendidikan Khas
vii. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
viii. Ketua Panitia
ix. Guru Cemerlang
x. Jurulatih Utama
xi. Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS

11. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?

 Sekurang-kurangnya 2 kali setahun

12. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSM?

 Buku Panduan
 Portal http://bpk.moe.gov.my/
 JPN
 PPD

13. Adakah BPK menyediakan rekod transit?

 Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku
catatan guru, senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat merekod yang
sesuai.

14. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid dalam PBD?

 Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dan
dimuat naik ke portal BPK.

15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua Tahun dan Tingkatan?

 Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan
kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun
2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan
Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan
2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.

 Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020,
Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.

16. Mengapakah tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan PBD?
 PBD merupakan sebahagian daripada kurikulum. Kurikulum terdiri daripada
kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan
pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling yang berasingan.
Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala
surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.

17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?

 Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata
pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut.
Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran
tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.
Muat Turun Lampiran Pelaksaan PBD
Secara Dalam Talian 2021 - BPK

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian


Pendidikan Malayasia (KPM) telah memuat naik Lampiran
Tambahan, Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah secara
dalam talin.

Lampiran tersebut merupakan nilai tambah kepada


Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi ke-2
2019.

Konsep PBD dalam talian adalah sama seperti konsep PBD


dalam Bab 2, melalui penggunaan aplikasi yang sesuai.
Kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan bertulis
masih kekal dan sesuai digunakan, namun begitu guru
perlu mengubah suai kaedah pentaksiran agar bersesuaian
dengan PdP yang dijalankan. Internet merupakan medium
komunikasi utama PBD secara dalam talian.

Terdapat beberapa kaedah pentaksiran yang dicadangkan:

1. Kaedah pemerhatian - Google Meet, Telegram,


WhatsApp, Zoom atau aplikasi lain bagi membolehkan guru
memerhati dan mentaksir proses kerja murid dalam setiap
mata pelajaran.

2. Kaedah lisan - Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan


menggunakan aplikasi dalam talian yang sesuai seperti
Google Meet, Microsoft Teams, Zoom, WhatsApp,
Telegram atau aplikasi lain yang boleh digunakan untuk
mentaksir jawapan murid secara lisan. Murid juga boleh
merakam dan menghantar hasil kerja dengan
menggunakan aplikasi tersebut.

3. Kaedah bertulis - Pentaksiran secara bertulis melibatkan


aktiviti menyemak dan memeriksa hasil penulisan murid
seperti karangan, laporan projek, latihan bertulis dan
sebagainya melalui pelbagai aplikasi dalam talian seperti
Telegram, Zoom, WhatsApp, atau aplikasi yang lain. Guru
boleh menyediakan lembaran kerja dengan menggunakan
aplikasi Google Docs, Google Slides, Google Forms atau
aplikasi yang sesuai.

4. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya.

4.1 Pentaksiran kendiri - dilaksanakan dengan murid


mentaksir hasil kerja mereka sendiri. Murid boleh bersoal
jawab  dengan guru melalui pelbagai aplikasi seperti
Google Meet, WhatsApp, Telegram, e-mel dan lain-lain.

4.2 Pentaksiran Rakan Sebaya - dilaksanakan dengan murid


mentaksir hasil kerja rakan mereka. Pentaksiran rakan
sebaya juga memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi antara satu sama lain melalui Google Meet,
WhatsApp, Telegram, e-mel dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut contoh dan kaedah pelaporan, anda


boleh muat turun dokumen lengkap lampiran tersebut di
laman web BPK atau klik sahaja di bawah:

Anda mungkin juga menyukai