Anda di halaman 1dari 1

Dasar MBMMBI yang menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalamBahasa Inggeris (PPSMI) – yang rata-ratanya didapati banyak


bermasalah sejak dilancarkan pada tahun 2003 – bukan sahaja prinsip pendidikan
yang bestari, tetapi pelan tindakan untuk menjamin pelestarian warisan linguistik
bahasa Melayu. Hal itu dikatakan demikian kerana dasar tersebut, yang bermula
pada tahun ini, akan memastikan generasi muda Malaysia cekap dalam penggunaan
bahasa Inggeris – bahasa antarabangsa terpenting pada masa ini – melalui
pendekatan yang lebih berwaspada tentang imperialisme bahasa Inggeris yang,
kalau tidak diselenggarakan dengan baiknya, akan menyebabkan peminggiran
bahasa Melayu di tanah watannya sendiri. Walau bagaimanapun, perkara yang
lebih penting tentang dasar tersebut ialah generasi muda kita akan terus
menyokong dan menghayati peranan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Oleh
itu, dasar tersebut akan memastikan aspek budaya pada ekologi linguistik negara
yang ikut diwarnai bahasa Inggeris, khususnya yang berkenaan dengan jati diri
budaya negara Malaysia, akan terus dilindungi dalam era globalisasi, yang sudah
memperlihatkan peminggiran banyak bahasa, lebih-lebih lagi yang kecil dan tidak
terkecuali juga beberapa bahasa besar, oleh bahasa antarabangsa itu.

Anda mungkin juga menyukai