Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU 2 (10 14 JULAI 2017)

1. MASALAH

Minggu ini merupakan minggu kedua saya berpraktikum di Sk Kuala Lanar. Masalah yang
dihadapi pada minggu ini ialah aspek pengurusan masa semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Terdapat aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana
masa tidak mengcukupi semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

2. ANALISIS

Masalah ini timbul disebabkan saya tidak dapat menguruskan pembahagian masa untuk
setiap aktiviti secara sistematik dan berkesan. Adakalanya saya mengambil masa yang
terlalu lama dalam set induksi yang menyebabkan aktiviti di langkah 1 menjadi singkat dan
kurang berkesan. Selain itu, ia juga mengganggu objektif pembelajaran untuk setiap aktiviti
sekiranya tidak dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut Frood (1973), pengurusan masa adalah perancangan masa yang berkesan
sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan
masa aktiviti kuliah, rehat, belajar, riadah dan bertanggungjawab.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI


Saya perlu memperbaiki aspek pengurusan masa saya dari semasa ke semasa. Saya
seharusnya memperbaikinya dengan memperbanyakkan membaca buku-buku
berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.
Bagi memastikan bahawa setiap aktiviti berkumpulan tidak melebihi masa yang
ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajara tentang masa yang
diperuntukkan. Saya akan sentiasa mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada
pensyarah dan guru pembimbing serta guru-guru lain yang lebih berpengalaman agar
masalah yang dihadapi ini dapat diselesaikan dengan segera.

4. TEMPOH MASA
Saya akan cuba bertindak secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah ini.
Pengurusan masa yang baik akan menjamin kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan secepat mungkin, maka
segala objektif yang ditetapkan akan sukar dicapai.

5. PENILAIAN KEJAYAAN
Saya telah meminta bantuan daripada guru pebimbing serta kerjasama daripada
pensyarah pebimbing dalam memberi penilaian tentang kejayaan saya disamping
meminta pandangan daripada rakan sebaya. Segala kelemahan akan diperbaiki dari
semasa ke semasa mengikut keperluan.

6. TINDAKAN SUSULAN
Saya telah mencari solusi bagi masalah ini dengan menyediakan rancangan pengajaran
harian awal pada masa yang ditetapkan. Saya juga akan mengambil kira tahap kognitif
dan kecenderungan murid dalam merancang aktiviti yang sesuai agar masa yang
diperuntukkan mengcukupi untuk murid menjalankan aktiviti tersebut.

Anda mungkin juga menyukai