Anda di halaman 1dari 5

Kajian tindakan masalah membaca

1. KAJIAN TINDAKAN TAJUK: PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA


DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN UKONG
LIMBANG, SARAWAK.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun
1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya dan
untuk menunaikan inovasi kurikulum ini, banyak guru khas pemulihan telah ditempatkan di sekolah
rendah. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ini, 3 kemahiran asas telah ditekankan yang perlu
dikuasai oleh pelajar iaitu Kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Kemahiran 3M merupakan
tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam Kajian Tindakan ini, kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun 2 telah
dikenalpasti tahap pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap
pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca murid Tahun 2. Pendekatan Kaedah yang
digunakan ialah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dan kaedah fonik telah digunakan untuk
meningkatkan kemahiran membaca. Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap kemahiran,
tindakan diambil untuk mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka memahami teks yang
dibaca.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah murid-murid masih
belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada di dalam tahun dua ataupun
tahun yang seterusnya. Masalah ini juga sekarang mendapat perhatian umum. Keadaan ini semakin
lama semakin membimbangkan apabila ramai pelajar gagal membaca walaupun sudah memasuki
sekolah menengah. 1

Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring
manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. kebiasaan
murid akan menyebut sesuatu suku kata semasa membaca dengan berulang-ulang tetapi masalah
ini bukan disebabkan oleh gagap. Malah terdapat juga murid yang tidak mengenal huruf. Masalah
tidak mengenal huruf ini menjadi punca utama kebanyakkan kanak-kanak gagal membaca dengan
baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid akan menyebut sesuatu perkataan dengan
sesuka hati atau dengan meneka sahaja. Hal ini akan menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak
akan bermakna atau berlainan makna. Selain itu, murid-murid juga seringkali salah sebut huruf atau
perkataan. Salah sebutan ini biasanya terjadi akibat murid-murid ini tidak mengenal huruf ataupun
tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam
kontek ayat. Permasalahan seterusnya ialah murid-murid suka membaca huruf, perkataan atau
frasa secara terbalik atau songsang. Contohnya seperti “bala” disebut “laba”. Permasalah yang
dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca ini perlu diatasi dengan segera
sebelum murid-murid ini melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Dalam situasi ini jika murid
tersebut masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca maka mereka akan ketinggalam dalam
kurikulum biasa dan seterusnya akan tercicir dalam bidang pelajaran juga. Jika keadaan ini tidak di
kawal dengan segera, keadaan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah. Murid-murid
akan meningkat ke peringkat sekolah menengah tanpa masalah akademik mereka pada peringkat
sekolah rendah dapat diselesaikan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, siapakah yang patut
dipersalahkan dalam hal ini?.

4.0 TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai kemahiran
membaca. Berbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan peringkat
nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan
kecemerlangan pendidikan sekolah rendah dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah. Namun
demikian, selepas fasa pertama KBSM didapati ramai pelajar yang masih gagal dalam menguasai
kemahiran 3M. Keadaan ini sangat menakitkan apabila semakin ramai pelajar yang gagal membaca
walaupun sudah memasuki sekolah menengah. 2

Oleh yang demikian, penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah
kemahiran membaca murid tahun 2 di sekolah Kebangsaan Ukong, Limbang ini menguasai
kemahiran membaca. Kajian ini melibatkan empat jenis ujian yang melibatkan murid-murid
membaca perkataan-perkataan mengikut konsonan dan vokal tertentu dan juga kemahiran
membaca teks pendek. Kemudian murid-murid akan dianalisis mengikut kefahaman mereka
terhadap setiap ujian yang telah dijalankan.

4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Dalam metodologi pendidikan ini akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian, sasaran kajian,
batasan kajian, dan juga instrumen kajian.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian tindakan ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan awal. dalam
tinjauan awal terhadap murid Tahun 2 SK Ukong Limbang, pencapaian murid dalam kemahiran-
kemahiran asas membaca dikenalpasti. Ujian awal (diognostik) dilaksanakan. Antara ujian yang
dilaksanakan ialah ujian 1 iaitu ujian membaca perkataan suku kata KVKV, ujian 2 ialah ujian
membaca perkataan KVKVK, ujian 3 ialah ujian membaca perkataan VKVK, ujian 4 ialah membaca
teks pendek.

4.2 Sasaran Kajian


Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah terdiri daripada 30 orang murid tahun 2 Sekolah
Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak. Murid tahun 2 ini terdiri daripada murid-murid yang belum
menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Murid telah mengenal huruf vokal dan konsonan,
namun belum berapa fasih membaca suku kata perkataan dengan lancar.

4.3 Batasan Kajian

Aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan
murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak. Fokus kajian ini ialah untuk
memperkukuhkan kemahiran membaca KVKV, KVKVK, VKVK, dan teks mudah agar pelajar boleh
membaca pada aras seterusnya. Faktor murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca dengan
lancar juga dikaji. 3

4.4 Instrumen Kajian

Instumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan-soalan ujian diognostik yang merangkumi 4
bahagian iaitu, ujian pertama ialah ujian membaca perkataan suku kata KVKVK, ujian yang kedua
ialah ujian membaca perkataan KVKVK, ujian yang ketiga ialah ujian membaca perkataan VKVK,
dan ujian yang ke empat ialah ujian membaca teks pendek iaitu 15 hingga 20 patah perkataan..
Setiap ujian ini dianalisis keputusannya bagi mengenalpasti kelemahan yang dihadapi. 

5.0 ANALISIS DATA KAJIAN

Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 14 Februari 2011 yang melibatkan 30 orang murid tahun 2
Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak.. Murid-murid ini didedahkan dengan kemahiran
membaca. Dalam tinjauan awal, pencapaian pelajar dalam kemahiran- kemahiran asas membaca
dikaji.

Ujian dagnostik awal telah dilaksanakan

Ujian 1: membaca perkataan suku kata kvkv

Ujian 2: membaca perkataan kvkvk

Ujian 3: membaca perkataan vkvk

Ujian 4: membaca teks pendek

Analisis data ujian 1:

pencapaian Tahap frekuansi peratus


0-8 Sangat lemah 12 11.1
9-16 lemah 52 48.2
17-24 sederhana 37 34.2
25-32 baik 4 3.7
33-42 Sangat baik 3 2.8

Dari data yang diperolehi sebanyak 6.5 peratus murid sahaja yang dapat menguasai kemahiran ini
dengan baik manakal 59.3 peratus berada pada tahap lemah. ini menunjukkan murid masih belum
dapat menguasai kemahiran membatangkan suku kata. 

Analisis data ujian 2:

pencapaian Tahap frekuansi peratus


0-8 Sangat lemah 12 11.1
9-16 lemah 52 48.2
17-24 sederhana 37 34.2
25-32 baik 4 3.7
33-42 Sangat baik 3 2.8

Daripada data yang diperolehi daripada ujian ini mendapati, hanya 3.7 peratus murid sahaja yang
dapat menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan 68.5 peratus masih belum menguasai
kemahiran membaca KVKVK. Hal ini kerana murid-murid masih tidak dapat membatangkan suku
kata sebelum menyebut keseluruhan perkataan. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak dapat
membaca perkataan yang telah diberikan

Analisis data ujian 3:

pencapaian Tahap frekuansi peratus


0-8 Sangat lemah 12 11.1
9-16 lemah 52 48.2
17-24 sederhana 37 34.2
25-32 baik 4 3.7
33-42 Sangat baik 3 2.8

Daripada ujian ini pula, adalah didapati sebahagian murid iaitu sebanyak 54.6 peratus boleh
memberi membaca VKVK dan hanya 17.6 peratus masih belum menguasai kemahiran ini. hal ini
kerana murid-murid lebih mengenal huruf vokal yang terdiri daripada a.e,i,o dan u tetapi masih
lemah dalam menguasai huruf konsonan yang lain.

Analisis data ujian 3:

pencapaian Tahap frekuansi peratus


0-8 Sangat lemah 12 11.1
9-16 lemah 52 48.2
17-24 sederhana 37 34.2
25-32 baik 4 3.7
33-42 Sangat baik 3 2.8
Daripada ujian yang terakhir iaitu kemahiran membaca teks didapati sebahagian murid iaitu
sebanyak 54.6 peratus boleh memberi membaca teks dan hanya 17.6 peratus masih belum
menguasai kemahiran ini.

5.0 CADANGAN TINDAKAN

Bagi cadangan tindakan ini, tindakan awal yang boleh dijalankan bagi membantu murid- murid ini
menguasai kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV dan KVK
ialah dengan mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai. Dalam kajian ini, pengkaji
mencadangkan kaeadah pembelajaran masteri. Kaedah pembelajaran masteri ini dilaksanakan
dengan mewujudkan beberapa Stesen Bacaan di dalam kelas di mana, guru menggunakan
beberapa sudut di dalam bilik darjah sebagai stesen bacaan. Di setiap stesen bacaan ini disediakan
dengan pelbagai bahan bacaan seperti kad suku kata, kad perkataan, kad ayat, dan cerita-cerita
pendek. Tujuan stesen ini diwujudkan ialah untuk memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi
masa terluang mereka selepas mereka selesai melakukan sesuatu aktiviti. Bagi murid-murid yang
telah berjaya membaca bahan-bahan yang disediakan di setiap stesen dengan lancar, bolehlah
diberikan ganjaran sebagai peneguhan positif kepada murid-murid berkenaan. Contoh-contoh setiap
stesen adalah ditunjukkan seperti dibawah:

9.0 KESIMPULAN

Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya
memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini. justeru, guru perlu memperkemaskan
diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan. Hal ini demikian kerana,
pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata tidak mencukupi, oleh
itu, guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Daripada kajian
yang telah dijalankan, didapati bahawa kemahiran membaca murid Tahun Dua dapat ditingkatkan
dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran guru. Terdapat juga faktor yang
mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan kadar kehadiran mereka untuk datang
kesekolah. Penggunaan kaedah diagnostik ini akan dapat membantu guru untuk mengesan
ketidakbolehan membaca murid. Kesimpulan yang dibuat berdasarkan kepada hasil analisis
daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada pelajar. Kesimpulan juga berdasarkan
perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah yang
dikaji dan perbandingan dibuat.

BIBLIOGRAFI

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. 9

Anda mungkin juga menyukai