Anda di halaman 1dari 4

Saya terkejut 

apabila mendengar berita itu


Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
Atau Saya hendak makan mee atau nasi lemak
Dan Saya dan adik bermain di taman
Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Kata hubung digunakan untuk menghubungkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal.

CONTOH KATA HUBUNG:-


1. Apabila 
Ayat  contoh:
a. Semua  murid  berdiri  tegak  apabila   bendera  Malaysia  dinaikkan.
b. Apabila  hujan  reda,perlawanan  itu   pun disambung  semula.

2. Atau 
Ayat  contoh:
a. Kamu  suka  minum  teh  atau   kopi?
b. Gadis  itu  kehilangan  rantai  atau  cincin?

3. Dan
Ayat  contoh:
a. Ali  dan  Muthu  bermain  badminton  di   situ.
b. Saya  membasuh  muka  dan  menggosok  gigi.

4. Jikalau/jika/kalau
Ayat  contoh:
a. Jikalau  kamu  belajar   dengan  bersungguh-sungguh,  tentu  kamuakan  berjaya.
b. Jikalau  kamu  gagal,cubalah  lagi.
  
5.Kecuali/melainkan 
Ayat  contoh:
a. Seng  Chong  suka  makan  semua   jenis  buah-buahan tempatan  kecuali  
langsat.
b. Semua  orang  hendak  pergi  kecuali   Ahmad.

6.Lalu 
Ayat  contoh:
a. Dia  mengambil  galah  lalu  menjolok   buah  mangga  itu.
b. Dia  masuk  ke  dalam  bilik  itu lalu  memasang  lampu.

7.Sebab/kerana 
Ayat  contoh:
a. Adik  saya  menangis  sebab  perutnya  lapar.
b. Anjing  itu  mati  sebab   dilanggar  lori.

8.Sebelum 
Ayat  contoh:
a. Kerja  kamu  mestilah  siap   sebelum  pukul  5.00  petang.
b. Sebelum  menjawab,dia  menjawad   soalan-soalan  dengan  teliti.

9.Tetapi
Ayat  contoh:
a. Pokok  mangga  itu  sudah   besar,  tetapi  masih  belum  berbuah.
b. Dia  ingin  membeli  sebuah   rumah,  tetapi  tidak  mampu.

10.Sambil
Ayat  contoh:
a. Abang  mendengar  muzik  sambil   menulis  surat.
b. Sambil  berbual-bual,mereka  bergurau   senda.
11.Supaya/agar
Ayat  contoh:
a. Bacalah  dengan  kuat  supaya   dapat  didengar  oleh  semua  murid.
b. Dia  membubuh  baja  agar   pokok  itu  cepat  membesar.

12.Setelah/selepas
Ayat  contoh:
a. Selepas  membuat  eksperimen,perbincangan  pun  diadakan.
b. Dia  berasa  letih  selepas  sibuk  bekerja  sepanjang   hari.

13.Sungguhpun/walaupun
Ayat  contoh:
a. Sungguhpun  cuaca  kurang  baik,pertandingan  itu  tidak   ditangguhkan.
b. Dia  tidak  berputus  asa,  walaupun  dia  sudah   gagal.

14.Sejak/semenjak 
Ayat  contoh:
a. Sejak  bangunan  yang  baru  didirikan,murid  di   sekolah  itu                      
bertambah  ramai.
b. Semenjak  diberi  nasihat,sikapnya  telah  berubah.

15.Serta 
Ayat  contoh:
a. Mereka  minum  teh  serta  makan  nasi  lamak.
b. Orang  itu  tamak  serta  kedekut.

16.Hingga/sehingga
Ayat  contoh:
a. Dia  memalu ular  itu  hingga  mati.
b. Kami  akan  menunggu  di  sini  sehingga  dia   datang.

17.Sementara
Ayat  contoh:
a. Mereka  berbual-bual  di  situ  sementara  menunggu   hujan  reda.
b. Kami  menyajikan  makanan  di  atas  meja  sementara                                
menunggu tetamu  datang.

18.Manakala
Ayat  contoh:
a. Dia  rajin  manakala  adiknya  malas.
b. Gajah  hidup  di  darat , manakala  ikan  hidup   di  dalam  air.

19.Tentang
Ayat  contoh:
a. Mereka  sedang  berbincang  tentang  hal  yang  amat   penting.
b. Beliau  akan  bercakap  tentang  kemajuan  sekolah   ini.

20.Yang
Ayat  contoh:
a. Pemuda  yang  berjaja  buah-buahan  itu  sangat   rajin.
b. Dia  mendapat  hadiah  yang  istimewa.
21.Lagi
Ayat  contoh:
a. Murid  itu  bijak  lagi  rajin.
b. Istana  itu  besar  lagi  cantik.

22.Selain
Ayat  contoh:
a.  Selain  menternak  ayam,Puan  Wong  juga  menanam   sayur-sayuran.
b. Selain  menjemput  saudara  mara, dia  juga  menjemput   semua  kawannya.

23.Maka
Ayat  contoh:
a. Disebabkan  kesombongannya ,maka  dia  dibenci  orang.
b. Dengan  keberanian  pemuda  itu,  maka  budak  yang   hampir  mati            
lemas  itu  diselamatkan.

24.Malah/malahan
Ayat  contoh:
a. Selepas  makan  ubat,pesakit  itu  tidak  sembuh, malah keadaannya  bertambah 
tenat.
b. Dia  bukan  sahaja  bijak, malahan  rajin  pula.

25.Sedangkan
Ayat  contoh:
a. Bagaimana  pencuri  memasuki  rumah, sedangkan pintu rumahnya  dikunci.
b. Wai  Kong  tidak  mahu  makan  ubat,sedangkan  dia   belum  sembuh  lagi.

26.Bahawa
Ayat  contoh:
a. Budak  itu  menyatakan  bahawa  keluarganya  miskin.
b. Kami  mengetahui  bahawa  dia  berbohong.

27.Bahkan
Ayat  contoh:
a. Bukan  kami  sahaja ,bahkan  murid  yang  terbijak   pun  tidak  dapat  menjawab 
soalan  itu.
b. Datuk  saya  bukan  sahaja  tidak  tahu   menulis,bahkan  tidak  tahu  membaca.

28.Selagi
Ayat  contoh:
a. Kanak-kanak  itu  dibenarkan  masuk  sekolah  rendah,selagi   umurnya      
belum  cukup  enam  tahun.
b. Talian  telefon  di  rumahnya  tidak  akan  disambung   semula  selagi  bil    
telefonnya  belum  dibayar.

29Asalkan
Ayat  contoh:
a. Kanak-kanak  boleh  masuk  ke  kawasan  itu  asalkan   diringi  oleh             orang 
dewasa.
b. Kamu  boleh  meminjan  buku  itu  asalkan  tidak   mengotorkannya.

Anda mungkin juga menyukai