Anda di halaman 1dari 1

Jadual 5 Purata min dimensi antara muka dan navigasi

Item Pernyataan Min

i. Penggunaan menu membantu interaktiviti secara 4.0


dua hala

ii. Struktur persembahan pengajaran adalah mudah 4.04


diikuti

iii. Antara muka skrin adalah mesra pengguna, 4.0


bersesuaian, menarik dan konsisten

iv. Reka bentuk navigasi/ikon adalah intuitif dan 4.04


mudah dicam

v. Kesesuaian reka bentuk menu dengan antara muka 4.0


pengguna

Min 4.0

Berdasarkan jadual di atas, dimensi antara muka merangkumi elemen teks, ikon, grafik,
warna dan lain-lain aspek visual perisian multimedia. Manakala navigasi adalah berkaitan dengan
kebolehan bergerak melalui pengisian perisian. Antara muka yang baik dan kemudahan navigasi
yang intuitif membantu pengguna memberi perhatian terhadap pengisian pembelajaran dan
secara tidak langsung menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Reka bentuk antara muka dan
navigasi perisian multimedia pendidikan ini mengambil kira aspek interaktiviti menu yang intuitif
dengan kesesuaian reka bentuk antara muka dan warna paparan di samping struktur
persembahan yang mudah diikuti. Konsep reka bentuk antara muka dan kemudahan navigasi ini
membantu memberi kesan terhadap pembelajaran yang afektif. Data dalam Rajah 5
menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian antara muka
dan navigasi perisian multimedia pendidikan yang dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa
antara muka dan navigasi yang disediakan dalam perisian multimedia pendidikan ini adalah
sangat baik bagi dimensi yang dikaji dengan min purata bagi dimensi ini ialah 4.5. Hal ini
menunjukkan bahawa perisian multimedia yang dibangunkan telah mengambil kira aspek-aspek
kualiti antara muka dan navigasi perisian yang memberi keluwesan kepada pengguna untuk
menggunakan perisian multimedia ini.

Anda mungkin juga menyukai