Anda di halaman 1dari 11

Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)


Semester 3, Ambilan Jun 2018

APLIKASI VIDEO CERITERA MERDEKA PEMBELAJARAN SEJARAH


TAHUN 5

Nur Arina binti Mohamad


Jabatan Sejarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

A. PENDAHULUAN

B. DAPATAN ANALISIS PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

C. KEKUATAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

D. KELEMAHAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL

E. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

F. PENUTUP
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

APLIKASI VIDEO CERITERA MERDEKA PEMBELAJARAN SEJARAH


TAHUN 5

Nur Arina binti Mohamad


Jabatan Sejarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

A. PENDAHULUAN
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pantas dan meluas memberi
impak kepada semua aspek kehidupan tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Oleh
hal yang demikian, pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
perlu dimanfaatkan sebagai alat yang praktikal bagi menambah kualiti kaedah pengajaran
sedia ada. Kehadiran teknologi maklumat dan komunikasi memberi peluang kepada guru
mata pelajaran Sejarah untuk menggayakan pengajaran serta dapat menarik minat murid
untuk menghayati sejarah (Shakila et.al, 2016). Lantaran itu, perubahan dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) Sejarah perlu menitikberatkan penguasaan kemahiran abad ke-
21 dengan mengadakan lebih banyak aktiviti yang berpusatkan murid dan mendedahkan
murid dengan kehendak global pada masa kini sebagai persediaan dalam menghadapi
cabaran dalam dunia sebenar (Ainun et.al, 2017). Antara ciri-ciri guru abad ke-21 yang
perlu dipenuhi oleh guru masa kini adalah menguasai kurikulum yang diajar, mahir dan
berketerampilan dalam pedagogi, memahami perkembangan murid, dan juga
menggunakan teknologi terkini (Baharuddin et.al, 2015). Justeru itu, guru pada era
perkembangan teknologi pada masa kini seharusnya menguasai teknologi maklumat dan
komunikasi dan menerapkannya di dalam proses pengajaran bagi memastikan proses
penyampaian maklumat kepada murid dapat disampaikan dengan efektif.
Sehubungan dengan itu, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital, THE
PATRIOTS telah dibangunkan dengan menggunakan platform aplikasi WIX yang
bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Pakej THE PATRIOTS ini, dibangunkan untuk tajuk 7:
Perjuangan Kemerdekaan Negara mengikut standard kandungan 7.3 Sejarah
Kemerdekaan Negara 1957 bagi mata pelajaran Sejarah Tahun 5 berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 5. Pakej ini juga menyediakan tapak
yang menggabungkan klip-klip video bahan pengajaran yang bersesuaian dengan
standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Oleh hal yang demikian, saya telah
menghasilkan klip video Ceritera Merdeka pada halaman MALACCA di bawah standard
pembelajaran 7.3.4 Menyatakan detik-detik pengisytiharan kemerdekaan dan K7.3.7
Menyatakan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara. Ceritera Merdeka
mengandungi 5 klip video iaitu Brain Booster, Sinar Merdeka, Glory of Malaya,
Dirgahayu Tanah Airku dan Superb Mind. Klip video pertama yang dinamakan Brain
Booster telah dihasilkan bagi menerangkan tentang konsep kemerdekaan yang perlu
difahami oleh murid. Klip video ini mengambil kira pengetahuan sedia ada murid dengan
mengaitkan sambutan Hari Kebangsaan dengan peristiwa bersejarah detik-detik
pengisytiharan kemerdekaan. Seterusnya, klip video kedua dan ketiga dihasilkan bagi
mencapai standard pembelajaran 7.3.4 iaitu menyatakan detik-detik pengisytiharan
kemerdekaan. Klip video kedua ini dinamakan sebagai Sinar Merdeka manakala klip
video ketiga dinamakan sebagai Glory of Malaya. Kedua-dua klip video ini menerangkan
tentang rombongan kemerdekaan ke London sehingga peristiwa pemahsyuran
kemerdekaan di Stadium Merdeka. Selain itu, klip video keempat dihasilkan bagi
mencapai standard pembelajaran K7.3.7 iaitu menyatakan kepentingan mempertahankan
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

kedaulatan negara dan klip video ini dinamakan sebagai Dirgahayu Tanah Airku.
Berdasarkan klip video Dirgahayu Tanah Airku, murid dapat mengetahui kepentingan
mempertahankan kedaulatan negara bagi membolehkan rakyat hidup dalam keadaan
aman dan sejahtera. Klip video kelima pula merupakan klip video interaktif yang
menggunakan aplikasi H5P. Klip video ini dinamakan sebagai Superb Mind yang
dihasilkan bertujuan untuk menguji kefahaman murid pada akhir pembelajaran.

B. DAPATAN ANALISIS PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DIGITAL
Penilaian pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran Sejarah
Tahun 5 di bawah tajuk 7: Perjuangan Kemerdekaan Negara ini dilaksanakan berdasarkan
instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu
memberi respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert
dengan pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak
setuju, 3 = Memuaskan, 4 = Setuju, 5 = Sangat tidak setuju). Purata skor penilaian
terhadap pakej pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam
Jadual 1 di bawah berdasarkan kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandungan 3 4.0 5.0 4.7
Pedagogi 3 4.0 5.0 4.6
Kualiti Media 3 4.0 5.0 4.4
Kreativiti Pakej 3 4.0 5.0 4.3

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan
dalam bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min
terhadap konstruk (i) Pengisian/Kandungan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Penyataan Min

i. Kandungan pengajaran dan 5.0


pembelajaran bertepatan dengan
standard kandungan dan standard
pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

ii. Kandungan pengajaran dan 5.0


pembelajaran mengambil kira
pengetahuan sedia ada murid.

iii. Kandungan pengajaran dan 4.0


pembelajaran bersesuaian dengan
tahap kognitif murid.

iv. Kandungan pengajaran dan 4.3


pembelajaran berupaya untuk
merangsang minat dan perhatian
murid.

v. Kandungan pengajaran dan 5.0


pembelajaran menepati objektif
pembelajaran yang dikehendaki.

Min 4.7

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk pengisian atau kandungan merujuk


kepada kandungan bahan pengajaran yang disediakan bersama di dalam pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital THE PATRIOTS. Kandungan yang disediakan ini
mengambil kira aspek ketepatan dengan standard kandungan dan standard pembelajaran,
tahap kognitif murid, pengetahuan sedia ada murid, rangsangan minat dan perhatian
murid serta menepati objektif pembelajaran yang dikehendaki. Data dalam Jadual 2
menunjukkan bahawa penilai memberikan respons positif terhadap penilaian pengisian
atau kandungan pakej. Penilai sangat bersetuju dengan pengisian atau kandungan yang
disediakan dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini dengan min purata
4.7. Hal ini menunjukkan bahawa pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
dibangunkan ini telah mengambil kira aspek-aspek kandungan pembelajaran yang
mempunyai maklumat yang mencukupi dan menepati sukatan pelajaran.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(ii) pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Penyataan Min
i. Pedagogi yang digunakan dapat 4.7
merangsang pemikiran murid.
ii. Pedagogi yang digunakan dapat 4.3
mengukuhkan kefahaman murid
berkaitan isi pelajaran.
iii. Pedagogi yang digunakan dapat 4.7
menyokong penerapan elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).
iv. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan 5.0
langkah pengajaran yang berstruktur.
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

v. Pedagogi yang digunakan bersesuaian 4.3


dengan tahap kognitif murid.
Min 4.6

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk pedagogi merujuk kepada kaedah yang


digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran. Dalam konstruk ini, pedagogi
yang digunakan mengambil kira aspek merangsang pemikiran murid, menyokong
kemahiran berfikir aras tinggi murid (KBAT), bersesuaian dengan langkah pengajaran
dan tahap kognitif murid serta berkaitan dengan isi pelajaran. Data dalam Jadual 3
menunjukkan bahawa penilai memberikan respons positif terhadap penilaian pedagogi
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan. Penilai sangat bersetuju
dengan konstruk pedagogi yang disediakan dalam pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital ini dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.6. Hal ini
menunjukkan bahawa pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
dibangunkan telah mengambil kira pendekatan pedagogi berkesan yang mencakupi
pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Penyataan Min
i. Klip video yang dihasilkan dapat 4.3
mengintegrasikan elemen multimedia
dengan baik.
ii. Pemilihan font dan tulisan dalam klip 4.3
video adalah jelas dan bersesuaian.
iii. Pemilihan gambar dalam klip video 4.3
adalah menarik dan bersesuaian dengan
tajuk.
iv. Pemilihan audio atau muzik dalam klip 4.3
video latar yang bersesuaian dan
menarik.
v. Kandungan klip video mencapai objektif 4.7
pembelajaran dan standard
pembelajaran yang dikehendaki.
Min 4.4

Berdasarkan jadual 4 di atas, konstruk kualiti media merujuk kepada kualiti


penghasilan media yang mengambil kira pengintegrasian elemen multimedia, aspek
pemilihan font, audio atau muzik latar serta kandungan media yang dapat mencapai
objektif pembelajaran yang dikehendaki. Data dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa
penilai memberikan respons positif terhadap penilaian kualiti media pakej yang
dihasilkan. Penilai bersetuju dengan konstruk kualiti media yang disediakan dengan min
purata 4.4. Hal ini menunjukkan bahawa pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
yang dibangunkan mengambil kira kualiti media yang mengandungi elemen yang
menekankan aspek kualiti bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik dan
menyeronokkan.
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(vi) Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5
tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Penyataan Min
i. Reka letak antara muka pakej bahan 4.3
pembelajaran adalah menarik dan
tersusun.
ii. Pakej bahan pembelajaran dapat 4.3
menggabungkan pelbagai elemen
multimedia.
iii. Pemilihan elemen multimedia dalam 4.0
pakej dapat meningkatkan
keberkesanan mesej atau kandungan
pembelajaran.
iv. Pakej bahan pembelajaran 4.0
mengandungi ciri-ciri interaktif yang
bersesuaian.
v. Mengandungi elemen bantuan atau 5.0
manual kepada pengguna pakej.
Min 4.3

Berdasarkan jadual 5 di atas, konstruk kreativiti pakej merujuk elemen kreatif


pembangunan pakej. Elemen kreativiti pakej termasuklah aspek reka letak muka pakej
yang menarik dan tersusun, dapat menggabungkan pelbagai elemen multimedia dengan
mempunyai ciri-ciri interaktiviti yang tidak berjujukan, dapat meningkatkan
keberkesanan mesej kandungan serta mempunyai panduan pengguna. Data dalam Jadual
5 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap penilaian
kreativiti pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan. Penilai
bersetuju dengan konstruk kreativiti pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini
dengan min purata bagi konstruk ini ialah 4.3. Hal ini menunjukkan bahawa pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan mengambil kira aspek kreativiti
pakej yang menarik minat pengguna untuk menggunakan pakej pengajaran dan
pembelajaran digital ini.
Kesimpulannya, dapatan analisis pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi ialah konstruk
kandungan min 4.7. Hal ini menunjukkan bahawa konstruk kandungan merupakan
domain yang memenuhi spesifikasi yang signifikan dalam disiplin ilmu berkaitan dengan
mata pelajaran yang dikhususkan. Kandungan berkaitan mata pelajaran yang dimuatkan
dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital merupakan asas yang utama bagi
menyampaikan konsep dan fakta yang perlu dikuasai oleh murid. Perkara ini adalah selari
dengan kajian yang menyatakan bahawa kandungan dalam mata pelajaran merupakan
elemen penting yang memberi impak terhadap keberkesanan pengajaran dan juga
pencapaian murid (Muhamad Hafizan & Anuar, 2017).

C. KEKUATAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

Kekuatan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital dapat dilihat dari segi
kandungan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira pengetahuan sedia ada
murid. Pengetahuan sedia ada murid dirangsang dengan cara mendorong murid berfikir
tentang sambutan kemerdekaan yang disambut pada tahun ini. Soalan yang berkisar
tentang tema Hari Kebangsaan diutarakan bagi membolehkan murid memahami mesej
kemerdekaan yang ingin disampaikan. Seterusnya, guru mengaitkan pengetahuan murid
tentang peristiwa masa lalu tentang maklumat berkaitan detik-detik pengisytiharan
kemerdekaan. Hal ini bertepatan dengan kajian yang menyatakan ahli konstruktivisme
berpendapat bahawa pembelajaran bermakna seharusnya bermula dengan pengetahuan
sedia ada murid (Subadrah & Malar, 2005).
Selain itu, pedagogi yang digunakan dapat menyokong penerapan elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pelbagai jenis variasi soalan aras rendah dan
aras tinggi diintegrasikan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi
mengembangkan proses intelektual murid. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
adalah berpusatkan murid dengan memastikan penglibatan murid secara aktif dalam PdP
melalui tugasan dan soalan yang mencabar pemikiran. Teknik penyoalan diterapkan
sebagai satu kaedah untuk membudayakan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam
kalangan murid. Tambahan pula, kaedah dan pendekatan yang dipilih dilihat tidak
tertumpu kepada satu strategi semata-mata kerana keperluan murid adalah berlainan
antara satu dengan yang lain (Atan Long, 2005). Pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan misalnya pembelajaran secara kontekstual yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu diterapkan dengan
tujuan agar murid dapat menggunakan pengetahuan sedia ada dalam situasi yang
berlainan. Sebagai contoh, pengalaman murid dalam menyambut Hari Kemerdekaan
dikaitkan dengan pembelajaran yang berkaitan dengan detik-detik pengisytiharan
kemerdekaan. Strategi kajian masa depan turut diterapkan untuk merangsang murid
berfikir tentang sesuatu isu dan menjangkakan kesan akibat sesuatu peristiwa. Murid
dirangsang untuk berfikir tentang kepentingan dalam memelihara kedaulatan negara. Hal
ini bertujuan supaya murid dapat mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa sejarah
yang telah dipelajari.
Di samping itu, pedagogi yang digunakan bersesuaian dengan langkah
pengajaran yang berstruktur. Kriteria ini dapat dilihat pada peristiwa detik-detik
pengisytiharan kemerdekaan yang dijelaskan mengikut kronologi. Setiap klip video yang
dihasilkan adalah tersusun dan dipaparkan mengikut urutan peristiwa. Susunan dan
jumlah maklumat yang dipersembahkan juga adalah mudah difahami serta tidak
membebankan audien dengan informasi yang terlalu padat. Hal ini adalah bertepatan
dengan prinsip teori kognitif multimedia yang menyatakan maklumat perlu disediakan
dalam keadaan yang sangat teratur atau bersegmen (segmentation principle). Apabila
bahan multimedia disusun atur dengan baik, maka akan memudahkan penyampaian
maklumat terutamanya pembelajaran konsep baharu (Mayer et.al, 2001). Pedagogi yang
diintegrasikan dengan bantuan bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang disusun
secara teratur dan sistematik menjadikan proses penerimaan maklumat oleh murid lebih
efektif dan berkesan.
Kekuatan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini juga dapat dilihat
pada pengintegrasian animasi 3D bagi klip video yang dihasilkan pada halaman
MALACCA. Aplikasi Renderforest digunakan bagi menghasilkan klip video yang
berunsurkan animasi bagi menghasilkan paparan visual yang menarik perhatian
pengguna. Animasi dalam video berupaya untuk menyampaikan konsep yang kompleks
secara visual dan dinamik bagi memudahkan penerangan tentang sesuatu maklumat
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

(Jamalludin & Zaidatun Tasir, 2003). Klip video beranimasi yang dihasilkan merupakan
cara yang efektif untuk menarik perhatian pengguna dan berpotensi menjadikan
penyampaian fakta Sejarah yang lebih ceria dan menarik. Di samping itu, klip video yang
dihasilkan adalah interaktif dengan menggunakan aplikasi H5P. Video yang interaktif
membolehkan pengguna menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan dengan menekan
butang tertentu dan jawapan akan dipaparkan berdasarkan pilihan pengguna. Perisian
multimedia yang bermutu tinggi ini membenarkan pengguna memilih apa yang hendak
diketahui dan pengguna juga dapat mengawal sendiri pembelajarannya.
Seterusnya, pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
menggunakan perisian WIX ini membolehkan pembina pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran untuk berinteraksi dengan pengguna. Tambahan pula, pengguna pakej tidak
terhad kepada guru dan murid sahaja bahkan orang ramai juga berupaya untuk mengakses
perisian WIX ini bagi tujuan menambahkan ilmu pengetahuan. Kelebihan perisian WIX
ini adalah membolehkan pembina pakej mengemaskini bahan dan sumber maklumat di
dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa. Pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan turut membenarkan pengguna
untuk membaca, menyimpan, mengklasifikasi, memberi komen serta memberikan
kelebihan kepada pengguna untuk berkongsi alamat laman web yang bersesuaian untuk
dilayari bersama pengguna lain (Trevino & Harrison, 2005).

D. KELEMAHAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL
Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan jika dilihat dari aspek
pemilihan font dan tulisan secara keseluruhannya adalah bersesuaian dan jelas untuk
dibaca oleh pengguna. Namun begitu, terdapat sebahagian klip video yang dihasilkan
kurang sesuai dari segi pemilihan font dan tulisan serta paparan tulisan yang kurang jelas
apabila ditayangkan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, terdapat templat media yang
menggunakan aplikasi Renderforest tidak membolehkan pemilihan font yang bersesuaian
mengikut kehendak pengguna. Misalnya, tulisan dalam klip video menggunakan huruf
besar dari awal hingga akhir klip video. Perkara ini memberi kesan kepada pengguna
terutamanya murid sekolah rendah dari segi kemahiran menulis. Pemilihan font
mempengaruhi literasi murid dari segi kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil
dalam struktur ayat.
Selain itu, pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan
kurang menerapkan ciri-ciri multimedia yang mengandungi elemen animasi. Teknologi
animasi merupakan satu cara yang berkesan untuk menyampaikan maklumat yang
kompleks kepada pengguna. Secara umumnya, animasi merujuk kepada satu paparan
visual yang bersifat dinamik yang merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek
agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada
dasarnya adalah statik (Abdul Rahman, 2000). Dengan bantuan animasi, penyampaian
maklumat akan menjadi lebih mudah dan pantas serta mampu untuk menceriakan sesuatu
proses penyampaian pengajaran. Persembahan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital akan kelihatan lebih realistik berbanding penggunaan teks semata-mata di samping
dapat memfokuskan perhatian penonton kepada isi kandungan yang hendak disampaikan.
Elemen animasi yang merupakan multimedia yang dinamik ini dilihat kurang ditonjolkan
secara maksima dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
dibangunkan.
Di samping itu, soalan-soalan yang dinyatakan di dalam klip video kurang mencabar
pemikiran murid dalam menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Soalan-soalan
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

berkaitan isu semasa misalnya tidak diketengahkan di dalam penghasilan klip video dan
menyebabkan murid tidak dapat mencapai keupayaan kognitif yang optimum. Soalan-
soalan yang dinyatakan juga tidak dipelbagaikan mengikut aras kesukaran dan boleh
menyebabkan murid yang mempunyai aras kecerdasan yang tinggi mudah untuk berasa
bosan dan kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
E. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penambahbaikan yang boleh dilakukan khususnya dalam klip video yang dihasilkan
adalah dari segi penggunaan font dan tulisan yang bersesuaian. Kajian oleh (Attewell,
2005) menyatakan bahawa pemilihan font yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proses
pembelajaran adalah font san serif. Di samping itu, dari segi kriteria teks, saiz font yang
bersesuaian bagi reka bentuk skrin ialah 21 (Clark, 2005). Hal ini bertujuan supaya
pemaparan tulisan dalam klip video di hadapan bilik darjah adalah jelas dan tidak kabur.
Maka, penghasilan video perlu menitikberatkan pemilihan font dan tulisan yang
bersesuaian digunakan agar memenuhi aspek kemudahbacaan dan kebolehbacaan jenis
muka taip yang dipilih. Muka taip yang sempurna membolehkan penyampaian maklumat
dapat disampaikan dengan sempurna. Selain itu, elemen animasi dalam pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital perlu diadaptasikan secara maksima bagi
menjadikan persembahan maklumat yang lebih terserlah dan menjanjikan keseronokan
kepada murid khususnya. Penggunaan animasi dalam media berpotensi untuk menjadikan
sesuatu persembahan kelihatan lebih hidup, dinamik dan mampu menarik perhatian ramai
pengguna (Yahya & Dayang, 2011). Seterusnya, pedagogi yang diterapkan perlu disusuli
dengan penerangan yang lebih lanjut oleh guru bagi membimbing murid yang lemah.
Guru perlu mengaitkan jawapan murid dengan topik yang akan dipelajari pada hari
tersebut agar murid dapat membuat interpretasi dengan tepat. Penerangan yang lebih
lanjut perlu dimasukkan bagi mengukuhkan kefahaman murid (Saridah Hussein, 2006).
Oleh hal yang demikian, penggunaan latar suara adalah signifikan dalam memudahkan
guru membuat penerangan kepada murid dan meningkatkan kualiti media yang pelbagai.
Soalan-soalan yang berupaya untuk merangsang kemahiran berfikir murid juga
seharusnya diketengahkan namun perlu disesuaikan dengan aras kesukaran soalan dari
mudah kepada sukar dan bersesuaian dengan keperluan murid. Penghasilan klip video
perlu mengintegrasikan variasi soalan yang bersesuaian dengan aras kognitif murid yang
pelbagai. Pada akhir klip video, soalan-soalan yang berpotensi untuk menjana idea dan
pemikiran kritis murid perlu diimplementasikan bagi membolehkan murid berfikir dan
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Secara tidak langsung,
hal ini dapat menggalakkan pengajaran yang berpusatkan murid dan tidak berfokuskan
kepada pengajaran guru semata-mata. Aktiviti secara berkumpulan juga perlu digalakkan
dengan menyatakan di dalam video tugasan yang harus diselesaikan oleh murid melalui
perbincangan bersama rakan-rakan. Melalui aktiviti ini, amalan kolaboratif antara murid
dapat diterapkan dan murid dapat berinteraksi serta berkongsi idea bersama rakan-rakan
(Parkinson & Redmond, 2002). Di samping itu, penilaian terhadap murid perlu
dilaksanakan secara terancang bagi menentukan murid yang memerlukan penggayaaan
dan pemulihan pada akhir pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk menilai kefahaman dan
menganalisa tahap perkembangan intelektual murid yang pelbagai. Penilaian terhadap
murid dapat dilakukan dengan menambahkan aktiviti penilaian di dalam pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital misalnya dengan menggunakan aplikasi seperti
KAHOOT! dan VoxVote.

F.PENUTUP
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan dengan


menggunakan platform aplikasi WIX adalah signifikan dalam menyediakan kemudahan
dan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid yang berbeza dari segi keupayaan
kognitif dan visual. Pakej THE PATRIOTS ini telah diuji dan dinilai keberkesanannya
dari konstruk pengisian atau kandungan, pedagogi, kualiti media dan kreativiti pakej.
Analisis data yang diperoleh daripada penilaian oleh penilai memberikan gambaran yang
jelas dari aspek kekuatan dan kelemahan pakej yang telah dibangunkan. Hal ini dapat
memudahkan proses penambahbaikan pakej dan klip video yang dihasilkan untuk
digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang menggabungkan pelbagai elemen multimedia yang interaktif
ini dilihat relevan sebagai usaha untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Tambahan pula, pakej yang dibangunkan adalah berpandukan
kepada reka bentuk instruksi bagi memenuhi keperluan dan gaya pembelajaran murid
yang berbeza. Hal ini bagi meraikan kepelbagaian murid yang pelbagai keperluan dan
membantu murid terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

RUJUKAN

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad.
(2017). Pembelajaran Abad ke-21 dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi
dan Pencapaian Bahsa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 7(2), 77-88.

Abdul Rahman. M. H. (2000). Media Pengajaran: Penghasilan Bahan Pengajaran


Berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Attewell, J. (2005). Mobile Technologies and Learning: A Technology Update and


Learning Project Summary. London: Learning and Skills development Agency.

Baharuddin M. H., Ahmad A.R. & Yakub N.M. (2015). Pengajaran dan Pembelajaran
Sejarah Abad ke-21: Isu dan Cabaran. Proceeding of the 7th International
Seminar on Regional Education, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Clarkson, A. (2005). Educating the Creativity Imagination: A Course Design and Its
Consequences. Jung: The e-Jurnal of the Jungian Society for Scholar Studies,
1(2). 88-120.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 5. Bahagian


Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Long, A. (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mayer, R. E., Heiser, J., & Lonn, S. (2001). Cognitive Constraints on Multi-Media
Learning: When Presenting More Material Results in Less Under-Standing.
Journal of Educational Psychology, 93(2), 187–198.
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

Muhamad Hafizan Mohd Suhairi dan Anuar Ahmad. (2017). Pengaruh Pengetahuan Isi
Kandungan Terhadap Aplikasi Pengajaran Yang Berkesan Dalam Kalangan
Guru-Guru Sejarah. International Conference on Global Education V “Global
Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”, 27- 34.

Parkinson, A. & Redmond, J.A. (2002). Do Cognitive Affect Learning Performance in


Different Computer Media. Dublin, Ireland: Department of Computer Science,
Trinity College.

Saridah Hussein. (2006). Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua Matra Terhadap Pelajar
Tingkatan Dua. Open University Malaysia. Tesis Sarjana.

Shakila Yacob, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus & Rosilawati Zainol. (2016). Potensi di
Luar Tempurung: Halatuju Digitalisasi Sejarah di Malaysia. Malaysia Journal
Society and Space, 12(13), 61-73.

Subadrah Nair & Malar a/p Muthiah (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima
Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Treviño, L. K., & Harrison, D. A. (2005). Ethical Leadership: A Social Learning


Perspective For Construct Development And Testing. Organizational Behavior
and Human Decision Processes, 97(2), 117-134.

Yahya, O., & Dayang Raini, P. (2011). Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa
Mengajarkan Kemahiran Bacaan dan Kefahaman Dalam Kalangan Murid Tahun
4 Di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 27–49.

Anda mungkin juga menyukai