Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 2

DAPATAN ANALISIS VIDEO 3-6

KEKUATAN PAKEJ PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6-7

KELEMAHAN PAKEJ PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7

PENUTUP 8

RUJUKAN 9

1
PENULISAN ESEI

2.0 PENDAHULUAN
Arena ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah membawa
pengaruh yang cukup besar terhadap kepesatan pembangunan negara
dalam pelbagai bidang khasnya dalam bidang pendidikan. Usaha murni
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadikan TMK sebagai
platform dan medium utama untuk menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran merupakan satu usaha yang cukup baik. Menurut Vespanathan
(2015) pengaplikasian komputer dan perisian yang tepat dan betul mampu
memantapkan lagi proses PdP berdasarkan keperluan dan kehendak
semasa. Perisian pengarangan multimedia seperti Exe (e-learning XTHML)
dan Macromedia Authorware merupakan antara perisian multimedia yang
terbaik untuk menyampaikan input dan menghasilkan projek yang interaktif
kerana perisian tersebut melibatkan pengintegrasian unsur teks, video, grafik,
animasi dan audio. Kajian-kajian dalam negara yang dan luar negara juga
membuktikan bahawa penggunaan TMK seperti perisian pengajaran
multimedia mampu meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam
akademik[ CITATION Jam03 \l 1033 ]. Perisian eXe merupakan alat
pengarangan berasaskan persekitaran web yang membantu guru-guru untuk
mereka bentuk dan menghasilkan bahan PdP berasaskan web. Berdasarkan
perisian eXe yang telah dinilai, tajuk pakej tersebut ialah padanan objek.
Tajuk yang dipilih oleh pengarang pakej merupakan salah satu subtopik di
dalam tunjang sains dan teknologi iaitu matematik awal. Pakej ini memberi
pendedahan dan penekanan tehadap keupayaan memadankan objek
berdasarkan warna, bentuk dan saiz. Manakala, tujuan penghasilan pakej
ialah kanak-kanak dapat memadankan 3 objek berdasarkan warna dan
bentuk dengan tepat. Pada pandangan saya, pemilihan perisian eXe sebagai
platform dan medium untuk mengajar bentuk dan warna merupakan pilihan
yang tepat kerana memudahkan guru untuk menyampaikan input disebabkan
murid dapat melihat perbezaan warna dan bentuk-bentuk tersebut dengan
jelas melalui kesan visual yang telah dikarang.

3.0 DAPATAN ANALISIS VIDEO

2
Penilaian pakej pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik Awal
murid prasekolah enam tahun di bawah tajuk Padanan Objek ini dilaksanakan
berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk
berikut:

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian pakej pengajaran dan pembelajaran
yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu memberi respon
dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat tidak sesuai; 2 = Tidak
Sesuai; 3 = Sederhana; 4 = Sesuai; 5 = Sangat Sesuai ). Purata skor penilaian
terhadap pakej pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan
dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian pakej pengajaran dan pembelajaran

N Minimum Maksimum Min


Pengisian/Kandungan 3 4.7 5 4.8
Pedagogi 3 4.7 4.8 4.7
Kualiti Media 3 4.5 5 4.8
Kreativiti Pakej 3 4.8 5 4.9

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min.

Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (i)
Pengisian/Kandungan pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert
5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan

3
Ite Pernyataan Min
m
i. Kandungan bersesuaian dengan tahap umur. 5
ii. Kandungan dapat membantu murid memahami topik yang diajar. 5
Kandungan menggunakan pendekatan yang induktif (spesifik ke
iii. umum) 4

iv. Kandungan yang menepati objektif. 5


v. Kandungan yang memberi peluang kepada murid untuk meneroka. 5
vi. Kandungan yang bersesuaian dengan pembelajaran abad ke 21 5

Berdasarkan jadual 2 di atas saya dapat merumuskan bahawa pakej yang telah
dihasilkan mempunyai purata min yang baik dalam aspek kandungan. Isi
pembelajaran yang diketengahkan membantu murid-murid untuk memperoleh input
yang baru di samping memberi peluang kepada mereka untuk meneroka pengajaran
tersebut. Kandungan yang bersesuaian dengan tahap umur dan menggunakan abad
ke 21 telah membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran. Namun
pengarang kurang berjaya untuk menyusun atur pemeringkatan isi pembelajaran
secara induktif.

Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi

Ite Pernyataan Min


m

i. Arahan dan penerangan yang jelas. 4

ii. Pembelajaran berpusatkan murid. 4

iii. Pengaplikasian konsep belajar sambil bermain. 4

iv. Pembelajaran secara kontekstual. 5

v. 5
Penilaian secara formatif (kuiz) untuk menguji keberkesanan PdP

vi. Penggunaan laras bahasa yang mudah difahami. 5

4
Berdasarkan jadual 3 di atas purata min dalam konstruk pedagogi kelihatan sedikit
merosot. Antara instrumen dalam konstruk ini yang perlu ditambah baik ialah
daripada aspek arahan di dalam pakej, penglibatan pelajar dan pengaplikasian
konsep belajar sambal bermain. Walaubagaimanapun, dalam konstruk pedagogi
juga pengarang berjaya menghasilkan pembelajaran secara konstektual dan
mempunyai berbagai kuiz sebagai penilaian.

Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii)
Kualiti Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media

Ite Pernyataan Min


m

i. Penggunaan jenis media yang pelbagai 5


(audio,video,graf etc)

ii. Tulisan yang jelas dan mudah dibaca. 5

iii. Paparan yang lancar tanpa gangguan. 4

iv. Pemilihan media yang mempunyai unsur nilai murni. 4

v. Unsur-unsur yang dapat menarik perhatian murid 5


(muzik, seni, permainan)

vi. Sumber media yang terkini. 5

Berdasarkan jadual 4 di atas konstruk kualiti media telah menunjukkan purata min
yang agak baik berbanding konstruk sebelum ini. Kepelbagaian dan pengintegrasian
media yang dipilih untuk mengarang pakej telah memberikan impak yang besar
terhadap kualiti media. Namun terdapat sedikit kepincangan pada instrument ketiga
dan keempat di mana pengarang kurang menerapkan unsur nilai murni dalam pakej
serta paparan yang kurang lancar.

Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5
tahap.
Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej

5
Ite Pernyataan Min
m
i. Kombinasi warna yang sesuai. 5
ii. Penyusunan topik dan subtopik yang sistematik. 5

iii. 5
Penggunaan animasi yang dapat menarik perhatian murid.

iv. 4
Wujud unsur inovasi dalam pakej.
Pakej yang boleh meningkatkan motivasi murid untuk menjawab
v. 5
soalan.
vi. Keupayaan kreativiti pakej dalam membantu keberkesanan PdP 5

Berdasarkan jadual 3 di atas konstruk kreativiti juga turut tidak ketinggalan dalam
purata minnya. Kebijaksanaan dan kreativiti pengarang ketika memilih kombinasi
warna untuk gambar dan animasi-animasi bergerak akan menyebabkan murid-murid
tidak cepat merasan bosan bahkan lagi gembira untuk meneroka perisian. Instrumen
keempat kurang berkesan apabila pengarang tidak menyelitkan unsur-unsur inovasi
dalam perisian iaitu hanya menggunakan kaedah-kaedah yang lama seperti lagu dan
audio.

4.0 KEKUATAN PAKEJ PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan, pakej yang telah dihasilkan


mempunyai kekuatan dalam beberapa aspek terutamanya kandungan dan kreativiti
pakej. Setelah meneliti satu persatu, saya mendapati bahawa pengarang berjaya
menghasilkan pakej yang terperinci meliputi semua tajuk yang diberikan. Pakej yang
dihasilkan sarat dengan input-input dan pengetahuan yang perlu diberikan kepada
murid-murid terutamanya dalam bidang matematik awal ini. Hal ini disokong oleh Esa
Ahmad (2013), yang berpendapat bahawa penggunaan TMK memudahkan PdP
dijalankan bagi murid-murid sekolah rendah dalam mata pelajaran matematik
dibandingkan dengan PdP guru berbantukan kapur dan cakap dalam bilik darjah.
Selain itu, kekuatan lain yang Berjaya ditonjolkan oleh pengarang juga ialah dalam
aspek kreativiti pakej. Berdasarkan ulasan daripada ketiga-tiga penilai, pakej yang
dihasilkan amatlah menarik kerana diselitkan dengan media-media lain seperti audio,
gambar, video dan sebagainya. Pengarang pakej telah menunjukkan kreativitinya
dalam mengolah cara untuk memperkenalkan warna melaui lagu dan permainan.
Menurut Ahmad Esa et al (2007) para pengajar mempelbagaikan kaedah

6
penyampaian dengan beberapa cara atau menggabungkan beberapa kaedah
supaya tahap kefahaman menjadi lebih tinggi bukannya dengan penulisan nota
semata-mata. Oleh itu, jelaslah bahawa pakej yang dihasilkan mempunyai kekuatan
dalam konstruk kandungan dan kreativiti pakej.

5.0 KELEMAHAN PAKEJ PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Setelah menilai pakej yang dihasilkan saya mendapati bahawa kelemahan yang
terdapat dalam pakej tersebut ialah pedagogi. Antara instrumen dalam konstruk
pedagogi ialah berkaitan arahan. Arahan yang diberikan dalam penghasilan pakej
kurang jelas dan tidak terperinci. Sebagai contoh, audio yang digunakan pengarang
untuk memberikan arahan atau meneraangkan sesuatu topik agak perlahan dan
kadangkala tersekat-sekat. Elemen arahan ini merupakan elemen yang cukup
penting sebagai panduan kepada murid-murid untuk menggunakan perisian tersebut.
Menurut Agudo, J.E Sanchez, H. dan Sosa, E (2005) kemudahan perisian yang baik
adalah bersesuaian dengan tahap pelajar. Tambahan pula, kebolehan pelajar untuk
berinteraksi dengan perisian atau program multimedia merupakan ciri utama
kecanggihan sesuatu system multimedia (Noriati et al; 2012). Oleh yang demikian,
penghasilan pakej yang mempunyai arahan yang jelas amatlah penting kerana pakej
ini akan diguna pakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
prasekolah. Selain itu, penghasilan pakej juga mempunyai kelemahan dalam aspek
kualiti media. Hal ini disebabkan pengarang tidak mempunyai software iaitu program
komputer yang tertentu untuk memuat naik media secara bermutu dan berkualiti.
Media yang berkualiti tinggi amatlah penting dalam melicinkan proses pengajaran
dan pembelajaran sekali gus untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Menurut
Ismail (2002), perisian multimedia boleh jadi pemudah cara yang kuat bagi
pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun konstruk kualiti ini tidaklah
begitu menjejaskan pakej pembelajaran yang dihasilkan.

6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, pakej pengajaran yang dihasilkan oleh pengarang menepati


kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam instrumen penilaian. Pengarang
berjaya menghasilkan pakej yang mampu memudahkan kanak-kanak untuk
memahami isi pembelajaran di samping mendorong minat dan motivasi mereka

7
untuk belajar. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa konstruk yang perlu
ditambahbaik supaya pakej pengajaran lebih berkesan dan mewujudkan
pembelajaran yang lebih bermakna kepada kanak-kanak. Penghasilan pakej juga
telah mencapai objektif yang telah ditetapkan serta melahirkan suasana
pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.

8
RUJUKAN

Agudo, J.E Sanchez, H., & E. Sosa. (2005). Recent Research Developments in Learning
Technologies. Adaptive hypermedia systems forEnglish learning at Pre-school., 2.

Ahmad Esa, Baharom Mohamad, & Siti Nasrah Mukhtar. (2007). Peranan Multimedia di
dalam Pembelajaran Kanak-Kanak. Seminar Kebangsaan JPPG 2 (p. 4). Seremban:
Universiti Tun Hussein Onn.

Ahmad Esa, Mohd Sharin, Abdul Karim, & Mohamad Suhaimy. (2013). Keberkesanan
Persisian Multimedia Interaktif Kokurikulum Melalui Teori Kecerdasan Pelbagai
Dalam Aktivti Unit Beruniform. 3.

Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Sanon Printing
Corporations Sdn Bhd.

Jamalludin Harun, & Zaidatun Tasir. (2003). Adobe Photoshop 7 : Fotografi Digital, Web &
Multimedia . Kuala Lumpur: Venton Pub.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin
Wan Hassan. (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam ,
Selangor: Oxford Fajar.

Supramaniyam, V. (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam


Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Luar
Bandar Negeri Johor . 3-4.

Anda mungkin juga menyukai