Anda di halaman 1dari 16

BAB 4 : STRATEGI

PENINGKATAN
PROFESIONALISME
KEGURUAN
Filzah Amira
Nurul Husna
Diyana
Perancangan Projek-
Projek Khas
Faktor dalam merancang projek khas.
• Salah satu usaha untuk meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah.

• Mengekalkan program pembelajaran yang menarik dan terkini yang banyak


menggunakan teknik, strategi dan pendekatan yang bersesuaian dengan
keadaan semasa yang lebih menjurus kepada perkembangan ICT.

• Mengekalkan hubungan yang baik dengan keluarga yang berpotensi

• Membekalkan dan menawarkan program pembelajaran yang berkualiti dan


kondusif kepada kanak-kanak.

• Menyumbangkan kepada kesedaran komuniti tentang perlunya mengetahui


kepentingan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
LAWATAN
 Melalui lawatan-lawatan penanda aras atau ’benchmark’ ke sekolah-sekolah cemerlang, dapat
menerapkan Budaya Perkongsian Ilmu.
 Tujuannya ialah untuk melihat bidang-bidang kecemerlangan yang dicapai terutama dalam
bidang akademik.
 Guru dapat melaksanakan integrasi ilmu dan mendapatkan khidmat pementoran daripada
guru-guru cemerlang dari sekolah lain.
 Perkongsian dalam bentuk kepakaran dapat dilaksanakan kemudian diaplikasikan di sekolah
sendiri seterusnya menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.
 memberi peluang kepada guru untuk mencari kelemahan dan membuat penambahbaikan
melalui teguran serta cadangan membina yang diberikan oleh rakan sekerja lain.
 guru dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran guru lain dalam mencari kaedah paling
berkesan bagi P&P yang dijalankan.
SEMINAR
• Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menjadikan tugas guru semakin mencabar dan
berbeza.

• Penguasaan ICT serta memiliki sifat-sifat berakhlak mulia dan berani akan meningkatkan profesionalisme.
• Seminar dan kursus yang dianjurkan oleh KPM dan JPN perlu dihadiri.

• Dapat membantu guru meningkatkan prestasi dalam tugasan yang semakin canggih.

• Peningkatan kemahiran juga akan bertambah apabila guru berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang
tidak berkesempatan dan berpeluang menghadiri kursus tersebut.
SUKANEKA
ALAM
SEKITAR
PAMERAN
PENYEDIAAN KERTAS
PROJEK
1. Tajuk Kertas Kerja
Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat / objektif program.
2. Tujuan
Nyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada;
- Kelulusan / Makluman / Perbincangan / Lain-lain.
- Untuk siapa dikemukakan.
3. Objektif
Nyatakan objektif / matlamat yang ingin dicapai.
- Dinyatakan mengikut keutamaan [maksimum 5].
4. Maklumat Projek
- Tarikh / Hari
- Masa
- Tempat
- Kerjasama / Bantuan mnna-mana pihak
- Tema
5. Penyertaan
Nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini sama ada pelajar
pengajian tinggi, kakitangan, pelajar sekolah, masyarakat umum atau lain-lain.
6. Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur
- Carta Organisasi
- Struktur Organisasi [lengkap dengan nama penuh, No. Pelajar dan Jawatan]
- Peranan dan Tugas Ahli Jawatan Kuasa
7. Aturcara Program
Nyatakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir program termasuk
acara Perasmian dan Penutup dengan memasukkan maklumat terperinci, Perasmi
dan Jawatan, Penceramah, Tajuk Syarahan dan lain-lain.
8. Penceramah
Senaraikan cadangan nama penceramah / pembentang / pengerusi beserta
maklumat terperinci seperti alamat, pekerjaan, alamat majikan dan lain-lain.
9. Sokongan
Perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Dekan / Pengetua / Penasihat / YDP MPP
- mana yang berkenaan bagi tujuan komen / pandangan dan sokongan.
10. Belanjawan
- Anggaran Pendapatan
- Anggaran Perbelanjaan [Nyatakan dengan terperinci]
11. Penutup
Nyatakan harapan dan terima kasih atas pertimbangan untuk diluluskan /
seumpamanya. Tulis nama, jawatan dan tandatangan Pengerusi / Pengarah Program
PENULISAN LAPORAN
BERASAKAN AKTIVITI
Perkara
a. Nama Projek / Aktiviti
Nyatakan nama projek / program yang telah dijalankan.

b. Pendahuluan
Pendahuluan menerangkan secara ringkas tentang objektif, matlamat dan latar belakang program yang dirancang. Cara senang,
pendahuluan di Laporan Program adalah sama dengan yang di Kertas Kerja (atau Cadangan) Program

c. Tarikh / Hari
Nyatakan tarikh aktiviti bermula dan berakhir. Jika ada perubahan, boleh nyatakan dalam kurungan.

d. Tempat
Tempat utama aktiviti dilaksana. Tempat bagi setiap aktiviti yang dirancang untuk dijalankan adalah tidak perlu melainkan yang
utama sahaja. Jika berlaku perpindahan tempat atau tempat utama program lebih dari satu, senaraikan mengikut yang mana
dahulu didatangi.

e. Perasmi Pembukaan*

f. Perasmi Penutupan*
*Jika ada / berkaitan

Ceritakan secara ringkas siapa yang datang merasmi, jam berapa dan sedikit intipati ucapan perasmi serta simbolik perasmian.
g. Penyertaan
Nyatakan jumlah yang telah mengikuti program/aktiviti tersebut mengikut pecahan, yang mana perlu.
Contohnya, berapa lelaki berapa perempuan, berapa warga sekolah berapa orang kampung dan sebagainya.

h. Perjalanan Projek / Aktiviti beserta perincian


Penceritaan kronologi perjalanan program sebaiknya adalah ringkas tetapi padat dan menyentuh aspek-
aspek penting (situasi/kejadian) program, contohnya ucapan perasmian, masalah yang berlaku, aktiviti
lewat/ditunda dan sebagainya. Untuk lebih lanjut, boleh lihat di Sampel Laporan Projek.

i. Penilaian Projek / Aktiviti


- Sama ada mencapai objektif atau tidak
- Masalah yang dihadapi (sebelum, semasa dan selepas)
- Cadangan memperbaiki
Bahagian ini pula bahagian yang 'kritikal' untuk Ketua AJK atau Bahagian yang diwujudkan dalam organisasi
AJK Pelaksana, untuk rekod (laporan) dokumentasi bagi tujuan post-mortem serta rujukan akan datang.
Ketua perlulah melaporkannya dengan jujur dan tepat untuk memudahkan perbincangan penambah baikkan
pada masa akan datang. Dari sini juga penilaian keseluruhan tentang kejayaan penganjuran sesuatu program
itu diukur, diteliti dan ditentukan.

j. Gambar-gambar terpilih
Gambar-gambar tersebut hendaklah signifikan; iaitu mempunyai perkaitan dan makna yang penting yang
berlaku dalam program. Ia bermula sebelum, semasa dan di penghujung program serta di susun mengikut
tertib tadi.

Anda mungkin juga menyukai