Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU

1.0 PENGENALAN

Pada minggu yang lalu, seramai 59 orang siswi pendidik IPG Kampus
Perempuan Melayu Melaka semester lima yang terdiri daripada unit Pemulihan,
Bahasa Arab, Sejarah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak telah menyertai Program
Bina Insan Guru (BIG) siri dua tahun 2018. Program BIG pada kali ini telah diadakan
di Sedanan Outdoor Camp, Taman Negeri, Tebong, Melaka. Program ini telah
diadakan selama 5 hari iaitu dari 16 Julai sehingga 20 Julai 2018 di bawah seliaan
Unit Kokurikulum. Matlamat utama penganjuran program BIG ini adalah untuk
menekankan kepada pembelajaran luar bilik darjah secara alamiah di samping
membentuk sahsiah serta kuasa professional yang tinggi dalam kalangan guru
pelatih.
Secara ringkasnya, program BIG pada kali ini telah berjaya memupuk
semangat kerjasama yang tinggi dalam diri guru pelatih. Antara aktiviti-aktiviti yang
menekankan aspek kerjasama yang telah dijalankan semasa program berlangsung
ialah aktiviti gotong royong, mendirikan khemah, membina rakit, memasak dan lain-
lain. Secara tidak langsung hubungan silaturahim antara para peserta juga dapat
dieratkan memandangkan terdapat sesetengah kumpulan yang ahlinya terdiri
daripada berbagai unit.

2.0 HURAIAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN SERTA MANFAATNYA


2.1 INTERAKSI SOSIAL BERSAMA PIHAK SEKOLAH
Aktiviti interaksi sosial bersama pihak sekolah telah menjadi aktiviti pembuka
tirai program BIG pada kali ini. Unit Sejarah dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah
memilih SK Selandar sebagai destinasi untuk sesi interaksi sosial bersama pihak
sekolah pada kali ini. Sepanjang interaksi tersebut pelbagai pengalaman dan input
yang saya telah peroleh terutamanya ketika mengendalikan majlis persmian dan
penutupan memandangkan saya menggalas tanggungjawab sebagai pengacara
majlis pada sesi tersebut. Nilai kepekaan amatlah penting semasa menjadi
pengacara majlis memandangkan terdapat beberapa situasi yang memerlukan kita
mengubah struktur ayat pada skrip tersebut secara spontan. Selain itu, saya juga
dapat menambah pengalaman dalam mengendalikan aktiviti bersama kanak-kanak
prasekolah. Kanak-kanak kelihatan gembira dan tertarik dengan aktiviti yang telah
kami jalankan iaitu aktiviti menari dan aktivti mengecop menggunakan bahan semula
jadi. Kesimpulannya, pengalaman menjadi pengacara majlis dan mengajar kanak-
kanak prasekolah dapat diaplikasikan pada masa akan datang.
2.2

Rajah 1: Sesi interaksi bersama kanak-kanak prasekolah.

PERANAN GURU TERHADAP KOMUNITI SETEMPAT


Slot peranan guru terhadap komuniti setempat pula memerlukan semua siswi
pendidik bekerjasama untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar
Masjid Al-Iffah. Siswi pendidik telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut tempat-tempat yang perlu dibersihkan. Contohnya, kumpulan 1 telah
ditugaskan untuk membersihkan bilik mesyuarat manakala kumpulan 2 di dalam
masjid, kumpulan tiga dan empat perlu membersihkan stor, kumpulan 5 di dapur dan
kumpulan 6 di koridor. Pengajaran yang saya peroleh semasa slot ini berlangsung,
semua ahli kumpulan perlu bekerjasama dan tidak memilih kerja agar tugasan dapat
disiapkan dengan baik dan cepat. Sebagai seorang guru yang professional sikap
memilih kerja itu perlulah dielakkan dan dijauhkan supaya pihak pentadbiran mudah
untuk berurusan dengan guru tersebut disebabkan sikap yang telah ditunjukkan.
2.3 PENGURUSAN KHEMAH
Selain itu, setibanya kami di tapak perkhemahan kami dikehendaki untuk
Rajah 2: Peserta sedang melakukan aktiviti gotong royong
mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-maisng. Semasa khemah dipasang,
saya dapat melihat betapa pentingnya semangat kerjasama sesama ahli kumpulan.
Hal ini demikian kerana, untuk mendirikan sesebuah khemah salah seorang ahli
kumpulan perlu memegang tiang, seorang lagi mengikat tali dan ahli-ahli yang lain
perlu menarik kain bumbung dan lantai khemah supaya tidak kendur dan runtuh.
Semangat kerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri dalam aktiviti pengurusan
khemah turut dapat dilihat apabila hujan yang lebat telah menyebabkan khemah
basah akibat dimasuki air. Pada ketika ini semua ahli kumpulan perlu berusaha untuk
menyelamatkan barang-barang yang terdapat di dalam khemah tersebut dan bukan
barang persendirian mereka sahaja. Daripada situasi ini kita dapat melihat
bagaimana seorang guru tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri bahkan
perlu mengutamakan murid-murid atau rakan sejawat dalam beberapa perkara.

Rajah 3: Peserta
setiap kumpulan mendirikan khemah.

2.4 ABSEILING
Seterusnya, salah satu aktiviti yang agak mencabar dan berisiko tinggi dalm
program BIG kali ini ialah aktiviti Abseiling. Berdasarkan pengalaman pertama saya
melakukan aktiviti ini, saya dapat simpulkan bahawa konsep pantang berundur
sebelum berjuang amatlah penting pada ketika itu supaya kita tidak memberi alasan
untuk tidak melakukan aktiviti tersebut. Hal ini demikian kerana, ketika di sekolah
nanti sekiranya pihak pentadbiran mengarahkan kita untuk memegang amanah atau
tanggungjawab yang besar seperti mengurus pasukan bola sepak sekalipun kita
tidak boleh menolak malah perlu berfikiran positif lantas melaksanakan amanah atau
tugas yang telah
diberikan dengan
baik.

2.5 AMALAN PEMAKANAN SIHAT


Slot amalan pemakanan sihat juga turut ditekankan dalam program BIG pada kali
ini. Dalam sesi tersebut kami telah diberi pendedahan mengenai cara membaca
maklumat-maklumat nutrisi yang tertera pada makanan tersebut. Aktiviti ini amatlah
bermanfaat dan berguna kepada para peserta kerana peserta dapat membuat
banding beza antara satu produk dengan produk yang lain. Pada pendapat saya slot
amalan pemakanan sihat ini sedikit sebanyak telah membantu para peserta untuk
memilih makanan yang lebih sihat dan bermutu tinggi. Buktinya, sebagai guru
prasekolah kami semestinya akan ditugaskan untuk merancang menu untuk
dihidangkan kepada murid-murid. Oleh itu, ilmu pengetahuan dan kemahiran
membuat perbandingan antara produk-produk amatlah penting supaya kanak-kanak
mendapat nutrisi yang secukupnya.
2.6

Rajah 5: Peserta sedang mendengar taklimat amalan


pemakanan sihat.

KEWARGANEGARAAN DAN PERPADUAN


Seterusnya, semasa aktiviti kewarganegaraan dan perpaduan pula para peserta
telah diminta untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan kemahiran
interpersonal seperti persembahan sketsa dan debat. Tujuan utama diadakan slot
kewarganegaraan dan perpaduan ini adalah untuk mencungkil dan mengasah bakat
sedia ada peserta dalam bidang pengucapan awam. Aktiviti ini amatlah penting
untuk membantu para peserta memperoleh pengalaman berucap di hadapan
khalayak ramai. Hal ini akan membantu para peserta meningkatkan keyakinan diri
sekali gus dapat menyampaikan maklumat di hadapan orang ramai dengan lebih
berkesan. Oleh sebab itu, seorang guru yang baik dan berkualiti perlulah mempunyai
kemahiran interpersonal yang tinggi.

2.7 KEYAKINAN DI AIR


Semasa berada di Sedanan Outdoor Camp, kami juga diminta untuk terjun dan
berendam di dalam air tasik yang agak dalam terdapat dua refleksi yang sempat
saya kutip sebagai pengalaman semasa aktiviti ini iaitu, yang pertama, setiap
peserta perlu ada keyakinan pada diri sendiri. Hal ini demikian kerana pada peringkat
awal saya agak teragak-agak dan tidak yakin untuk melangkah terjun ke dalam tasik
namun apabila melihat peserta-peserta lain yang telah berjaya membuat aktiviti
tersebut saya turut meyakinkan diri sendiri bahawa saya boleh melakukannya. Hasil
bantuan dan kata-kata semangat daripada jurulatih turut mendorong saya untuk
melangkah terjun ke dalam tasik tersebut. Yang kedua, pada sesi petang kami turut
diminta untuk menghasilkan sebuah rakit yang mampu memuatkan semua ahli
kumpulan kami. Aktiviti berakit ini turut memberikan impak yang besar kerana saya
dapat melihat semua ahli kumpulan saya telah bertungkus lumus mengikat buluh dan
tong rakit tersebut dengan bimbingan jurulatih. Kejayaan kami mendapat tempat
pertama dalam acara perlumbaan rakit menambahkan lagi rasa kegembiraan dan
kepuasan menghasilkan rakit tersebut walaupun pada mulanya saya agak ragu-ragu
terhadap kebolehan ahli kumpulan saya. Antara perkaitan yang dapat dibuat ialah
sebagai seorang guru kita tidak boleh memandang murid-murid sebagai individu
yang tidak mengetahui apa-apa lantas ragu-ragu terhadap kebolehan mereka. Hal ini
demikian kerana kadangkala mereka dapat menghasilkan sesuatu yang di luar
jangkaan kita.

Rajah 6: Peserta sedang membuat aktiviti rakit manusia di dalam air.

2.8 KEMBARA DAN IKHTIAR HIDUP

Pada hari kelima berada di sana, kami telah diarahkan untuk melakukan aktiviti
kembara hutan dan ikhtiar hidup. Kenangan yang tidak boleh dilupakan sepanjang
aktiviti ini ialah perjalanan di dalam hutan agak mencabar kerana jalannya yang agak
licin akibat hujan yang lebat pada sebelah malamnya. Hasil tunjuk ajar dan bantuan
daripada jurulatih dan rakan-rakan maka kami dapat mengharungi segala cabaran di
dalam hutan tersebut. Manakala, ketika sesi ikhtiar hidup pengajaran yang dapat
saya peroleh adalah sebagai seorang guru kita perlu menanamkan sifat kesabaran
yang tinggi dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang. Hal ini demikian
kerana, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku semasa kami melakukan
aktiviti ini iaitu salah seorang ahli kumpulan kami secara tidak sengaja telah
menumpahkan telur dadar yang merupakan hidangan utama kami.
Walaubagaimanapun, ahli-ahli yang lain tetap bersabar dan telah mencari solusi-
solusi lain untuk masalah tersebut. Kejayaan kami menghasilkan pelbagai lauk pada
akhir sesi ikhtiar hidup
walaupun tiada telur telah
membuktikan bahawa kami
mampu menjadi seorang guru
yang kreatif dan inovatif.

Rajah 7: Peserta sedang menjalani aktiviti kembara hutan.

2.9 TAZKIRAH
Sesi tazkirah pula merupakan sesi yang banyak memberikan input kepada para
peserta tentang kepentingan menyeimbangkan nilai kerohanian seiring dengan
perkara-perkara lain. Kelainan sesi tazkirah yang dibawa pada sesi kali ini iaitu
tazkirah yang disampaikan dalam bentuk persembahan sedikit sebanyak telah
mingkatkan keberkesanan input yang ingin disampaikan dalam setiap slot tazkira h.
Kejayaan ustaz menghubungkaitkan sesi persembahan dan kisah sirah Rasulullah
telah memberi gambaran kepada kami mengenai cara terbaik dalam mendidik murid
- murid ialah dengan cara mengikut teladan Rasulullah s.a.w.

Figure 8: Tazkirah daripada kumpulan 9.

3.0 ANALISIS SWOT


Secara kesimpulannya, sepanjang lima hari berkampung di Sedanan Outdoor
Camp saya dapat menyimpulkan terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan
cabaran yang diperoleh sepanjang program BIG berlangsung. Antara kekuatan tersebut
ialah nilai-nilai keguruan telah berjaya diterapkan dalam setiap aktiviti BIG pada kali ini
terutamanya daripada aspek kerjasama dan nilai kerohanian. Hal ini disebabkan semua
peserta telah bekerjasama dalam setiap tugasan atau aktiviti yang telah dijalankan bagi
memastikan program berjalan lancar seperti yang telah dirancang serta peserta dapat
menghayati serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan semasa sesi tadabbur alam
dan slot kerohanian. Selain itu, kekuatan lain yang telah diperoleh dalam BIG kali ini
ialah kemudahan dan kelengkapan seperti alatan memasak, alatan aktiviti abseiling
serta aktiviti air mencukupi serta selamat untuk digunakan. Rentetan itu, semua peserta
dapat melakukan aktiviti dengan selamat tanpa sebarang kecelakaan. Seterusnya,
pemilihan tempat BIG pada kali ini juga sesuai dan memenuhi kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan dalam Ringkasan Maklumat Kursus MPU 3112.

Manakala kelemahan dalam program BIG pada kali ini pula ialah ketiadaan
peruntukan kewangan pada saat-saat akhir. Hal ini telah menyebabkan sedikit
peselisihan faham berlaku dalam kalamngan peserta. Walaubagaimanapun, hal ini telah
dapat diselesaikan dengan baik. Kelemahan lain yang telah didapati sepanjang program
ialah sikap guru pelatih yang tidak mempunyai sifat kesukarelawan telah menjadi salah
satu faktor yang mengganggu pengurusan masa perjalanan program. Segelintir peserta
hanya memberi kerjasama sekiranya tugas tersebut ialah melibatkan kumpulan atau
jawatankuasanya sahaja, sedangkan tugas tersebut turut boleh dibantu oleh peserta lain
sekiranya peserta lain berkelapangan. Kelemahan yang seterusnya ialah kegagalan
peserta memasang khemah dengan baik telah menyebabkan air hujan dapat
menembusi lapisan dalam khemah dan menyebabkan lantai khemah basah.

Selain daripada kelemahan dan kekuatan, kita juga dapat melihat bahawa
terdapat beberapa peluang dan ancaman yang boleh didapati daripada program
tersebut. Antara peluang dalam program BIG kali ini ialah membantu para peserta dalam
aspek pengurusan program. Selain itu, BIG pada kali ini juga telah memberi peluang
kepada para pelajar untuk mencungkil bakat dan meningkatkan keyakinan peserta
dalam sesuatu perkara yang baru. Manakala dalam aspek ancaman pula keadaan cuaca
yang tidak menentu telah menyebabkan aspek keselamatan peserta terjejas. Selain itu,
kehadiran serangga yang berbahaya seperti lebah dan lalat turut menjadi ancaman
kerana terdapat beberapa orang peserta yang telah disengat dan makanan dimasuki
lalat. Sebagai penambahbaikan untuk program BIG akan datang para peserta perlu
disediakan makanan yang lebih bernutrisi dan berkhasiat. Hal ini demikian kerana,
peserta memerlukan tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak
sepanjang hari tersebut. Selain itu, peserta juga perlu berfikir secara lebih kreatif dan
kritis untuk mengaitkan segala aktiviti yang telah dilaksanakan dengan bidang profesion
keguruan. Hal ini akan memperlihatkan dengan lebih jelas kesinambungan aktiviti
tersebut dan rasional mengadakannya.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, program BIG pada kali ini telah memberikan kenangan dan
pengajaran yang cukup bermakna kepada semua peserta terutamanya sebagai
persediaan untuk menghadapi fasa praktikum yang akan tiba tidak lama lagi. Kejayaan
jurulatih menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan peserta sedikit sebanyak dapat
diaplikasikan ketika bekerja sebagai seorang guru pada masa akan datang. Segala
kenangan dan pengalaman yang diperoleh akan disematkan dan disimpan sebagai
kenang-kenangan.

Anda mungkin juga menyukai