Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 2- LAPORAN REFLEKTIF

Berdasarkan pengalaman menyertai program Bina Insan Guru yang lalu, terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
Dalam konteks ini, teknik SWOT digunakan bagi menilai keberkesanan program dan aktiviti yang
dijalankan. Selain itu, beberapa cadangan penambahbaikan juga dinyatakan bagi membolehkan
guru pelatih memperbaiki kelemahan yang timbul sepanjang program ini berlangsung.

1.0 KEKUATAN

Salah satu kekuatan program dapat dilihat berdasarkan slot ‘Interaksi Sosial Bersama
Warga Sekolah’. Melalui aktiviti yang dirancang, guru pelatih berpeluang meningkatkan
kemahiran sosial semasa berinteraksi dengan murid mahupun guru di sekolah tersebut.
Seterusnya, melalui slot ‘Peranan Guru Terhadap Komuniti Setempat’, saya berupaya
memperkasakan nilai-nilai murni dan akhlak mulia sebagai seorang guru sepanjang
melaksanakan aktiviti membersihkan kawasan masjid. Di samping itu, kekuatan program dapat
ditonjolkan berdasarkan slot ‘Keyakinan di Air’. Hal ini kerana melalui aktiviti tersebut, saya
berupaya untuk melatih diri agar sentiasa tenang dan bijak dalam mengawal situasi terutama bagi
saat-saat yang getir. Tambahan lagi, slot ‘Absailing’ juga melatih guru agar sentiasa bersedia
menghadapi cabaran dalam apa jua keadaan. Hal ini amat penting kerana profesion keguruan
sememangnya tidak lari daripada pelbagai cabaran yang semakin hebat. Seterusnya, slot
‘Kembara Hutan’ yang dijalankan berpeluang meningkatkan daya tahan guru pelatih terutamanya
dari aspek fizikal dan mental. Hal ini kerana aktiviti tersebut sememangnya memerlukan kekuatan
fizikal dan mental berikutan pelbagai liku-liku hutan yang agak mencabar. Bukan itu sahaja, salah
satu kekuatan program Bina Insan Guru yang telah dilalui ialah slot Tazkirah Subuh yang
sememangnya memiliki nilai-nilai kerohanian yang tinggi. Berdasarkan slot tersebut, guru pelatih
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta memperbaiki sahsiah diri sebagai seorang bakal
guru. Dalam konteks persekitaran sekolah, saya perlu mempraktikkan kesemua amalan nilai yang
positif yang diperoleh sepanjang menjalani program Bina Insan Guru semasa menjalankan tugas
sebagai seorang guru.

2.0 KELEMAHAN

Bagi menilai keseluruhan program, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki
agar objektif program Bina Insan Guru tercapai dengan jayanya. Antaranya, berdasarkan slot
‘Interaksi Sosial bersama Warga Sekolah’, pengurusan aktiviti murid yang tidak begitu sistematik
menyebabkan pelaksanaan aktiviti di sekolah kurang terkawal. Seterusnya, kekurangan
kepakaran guru pelatih dalam pemasangan khemah menyebabkan kebanyakan khemah bocor
terutama semasa hujan lebat. Di samping itu, kegagalan guru pelatih mematuhi arahan dan masa
yang ditetapkan turut menganggu kelancaran aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain itu, bagi slot
‘Keyakinan di Air’, ciri-ciri keselamatan yang kurang lengkap berikutan terdapat beberapa
‘buoyancy aid’ yang tidak mempunyai wisel. Berdasarkan slot ‘Berakit’ pula, guru pelatih yang
kurang mahir dalam pemasangan tali pada rakit menyebabkan tempoh masa untuk menghasilkan
rakit menggunakan buluh adalah lebih lama. Hal ini juga akan mengakibatkan rakit yang terhasil
tidak dapat digunakan dengan sebaiknya. Seterusnya, antara kelemahan lain yang dapat
dikenalpasti ialah penggunaan PA System yang kurang berkesan juga menganggu kelicinan
aktiviti atau slot tertentu contohnya semasa majlis perasmian.

3.0 PELUANG

Sepanjang menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan slot yang telah ditetapkan, saya


berpendapat bahawa banyak peluang yang dapat diperolehi dan memberi kesan positif terhadap
program Bina Insan Guru secara keseluruhannya. Pertama, kesesuaian tempat iaitu di Sedanan
Outdoor Camp sememangnya memberi pengalaman yang lebih sebenar kepada guru pelatih.
Hal ini kerana lokasi tersebut amat bertepatan dengan setiap slot yang dilaksanakan merangkumi
aktiviti darat mahupun aktiviti di air. Justeru, guru pelatih berpeluang melakukan setiap aktiviti
dengan lebih baik dan berkesan. Berdasarkan slot ‘Interaksi Sosial bersama Warga Sekolah’ dan
‘Peranan Guru Terhadap Komuniti Setempat’ pula, aktiviti yang dijalankan berupaya memberi
peluang kepada guru pelatih untuk membina keyakinan diri dalam bersosialisasi dengan
masyarakat setempat. Secara tidak langsung, guru pelatih dapat memantapkan lagi sahsiah serta
peribadi sebagai seorang guru. Seterusnya, slot ‘Etiket Sosial dan Protokol’ pula memerlukan
komitmen guru pelatih agar sentiasa peka terhadap situasi sekeliling. Dalam konteks ini, guru
pelatih perlu akur terhadap protokol yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung, slot ini
berupaya memantapkan lagi disiplin diri setiap guru pelatih. Selain itu, kebanyakan aktiviti yang
dijalankan terutamanya seperti aktiviti berakit, kembara dan ikhtiar hidup berpeluang mewujudkan
nilai kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan mahupun rakan-rakan yang lain. Hal ini amat
penting kerana kerjaya sebagai seorang guru sememangnya memerlukan individu yang boleh
memberi komitmen tinggi dalam kerja berpasukan. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan seperti
‘Absailing’ dan Kembara Hutan berpeluang membentuk individu yang fleksibel dan bersedia
menerima setiap arahan dengan baik.
3.0 ANCAMAN

Setiap aktiviti yang dijalankan sememangnya tidak lari daripada ancaman tertentu yang tidak
dapat dijangka. Sebagai contoh, cuaca yang kurang baik pada hari tertentu sedikit sebanyak
mengganggu kelancaran aktiviti terutama bagi slot ‘Kembara Hutan dan Ikhtiar Hidup’ di mana
jalan yang dilalui agak licin dan membahayakan. Bukan itu sahaja, faktor cuaca juga
menyebabkan slot tertentu terpaksa ditangguhkan seketika bagi memberi laluan kepada guru
pelatih menguruskan khemah yang bocor. Seterusnya, faktor masa yang agak singkat
menyebabkan guru pelatih perlu mengehadkan aktiviti tertentu. Sebagai contoh, bagi slot
‘Interaksi Sosial bersama Warga Sekolah’, tempoh masa yang diperuntukkan bagi melaksanakan
aktiviti bersama murid adalah terhad. Justeru, saya dan rakan-rakan perlu mempercepatkan dan
bijak mengurus masa bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan
sebaiknya. Bukan itu sahaja, kami juga tidak berpeluang untuk bergaul dengan lebih rapat
bersama guru-guru di sekolah yang terlibat. Berdasarkan slot ‘Kewarganegaraan dan Perpaduan’
pula, persembahan yang dijalankan tanpa menggunakan mikrofon menyebabkan isi
persembahan tidak dapat disampaikan dengan baik sekiranya guru pelatih tidak memiliki lontaran
suara yang baik. Di samping itu, ancaman utama yang turut diperolehi sepanjang program Bina
Insan Guru tersebut ialah terdapat serangga dan binatang yang berbahaya seperti tebuan dan
juga lipan. Justeru, guru pelatih perlu sentiasa berhati-hati dalam menjaga keselamatan diri dan
rakan-rakan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi kelemahan dan masalah yang timbul sepanjang program Bina Insan Guru
berlangsung, terdapat beberapa cadangan yang dapat diutarakan supaya matlamat dan objektif
program dapat dicapai. Antaranya, guru pelatih perlulah melakukan perancangan yang lebih rapi
pada masa akan datang bagi memastikan segala aktiviti dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Sebagai contoh, buku program perlulah dihasilkan sebelum program berlangsung dengan lebih
awal agar tidak berlaku kecelaruan maklumat serta lebih sistematik. Bukan itu sahaja, guru pelatih
juga mempunyai pengurusan yang lebih sistematik terutama bagi melaksanakan sesuatu aktiviti
terutamanya aktiviti bersama murid. Contohnya, bagi slot di sekolah, kami perlu memiliki
perancangan yang lain atau backup planner sekiranya berlaku sesuatu masalah yang tidak
diingini. Selain itu, guru pelatih juga perlu memantapkan lagi kemahiran-kemahiran tertentu
seperti kemahiran dalam memasang khemah serta mahir dalam aktiviti tali sebelum menjalani
program Bina Insan Guru supaya aktiviti yang perlu dilaksanakan lebih mudah dan berjalan
dengan lancar. Seterusnya, guru pelatih juga hendaklah meningkatkan pengetahuan secara lebih
meluas dalam pelbagai bidang. Hal ini kerana kebanyakan aktiviti sememangnya memerlukan
guru pelatih berkongsi ilmu pengetahuan sedia ada bagi menyelesaikan tugasan yang diberi
contohnya bagi slot Tazkirah Subuh. Berdasarkan cadangan-cadangan yang telah diberi,
diharapkan guru pelatih berupaya memperbaiki segala kelemahan yang wujud agar dapat
membentuk guru yang berkebolehan dalam pelbagai bidang.
LAMPIRAN
Gambar 1: Slot Interaksi Sosial bersama Pihak Sekolah

Gambar 2: Slot Aktiviti Berakit di Tasik Sedanan Outdoor Camp

Gambar 3: Guru pelatih menunggu giliran bagi slot Keyakinan di Air


Gambar 4: Guru pelatih menunggu giliran bagi aktiviti Absailing.

Gambar 5: Aktiviti Kembara Hutan dan Ikhtiar Hidup yang dijalankan di dalam kumpulan
masing-masing.
\

Gambar 6: Peserta mengemas kem dan mengurus peralatan perkhemahan sebelum pulang
ke kampus.

Gambar 7: Buku program Bina Insan Guru yang dijadikan buku panduan peserta.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA

TAJUK PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)


TARIKH 16 HINGGA 20 JULAI 2018 (SIRI 2)
TEMPAT SEDANAN OUTDOOR CAMP, TAMAN NEGERI MELAKA, HUTAN SIMPAN
BUKIT SEDANAN, TEBONG, 75150 MELAKA
NAMA NUR SYAKIRAH BINTI ABD SAMAD
PELAJAR
AHLI KUMPULAN 2
KUMPULAN - FARAHANIS MARDHIAH BINTI MOHD AZIRAN.
- FILZAH AMIRA BINTI NORMUFZAWI
- NAJIHAH BINTI NATRI
- NOOR HAZIRAH BINTI AHMAD WAKINUDDIN
- NUR ADIBAH BINTI ISMAIL
- NUR SYAKIRAH BINTI ABD SAMAD
- SAQIFAH BINTI ABDUL RAZAK
- SITI NOORLIYANA BINTI KAMARUDDIN
- SITI NUR HUSNA BINTI MOHD EZANI
- WAN NORATIKAH BINTI WAN HASSAN
NAMA ENCIK HISHAMUDDIN BIN BASIRON
PENSYARAH

Gambar:

Anda mungkin juga menyukai