Anda di halaman 1dari 20

SJHK 3083 SEJARAH

ISLAM SEHINGGA
DAULAH ABBASSIYAH
PENSYARAH: TN. HJ. ABDUL KHALID BIN OSMAN
DISEDIAKAN OLEH: - NUR DAYANA BINTI MOHD ZUBIR
- NUR SYAKIRAH BINTI ABD SAMAD
TAJUK: MENILAI SUMBANGAN SEJARAH
ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN
ISLAM HADHARI DI MALAYSIA
KONSEP HADHARI
• Bahasa: Berasal dari perkataan Arab
‘ha-da-ra’ yang bermaksud
bertamadun atau al-Islam al-Hadhari,

Hadhari disebut sebagai civilizational Islam


dalam bahasa Inggeris.
• Istilah: “yang bertamadun” atau Islam
yang menekankan aspek tamadun.
APA ITU
ISLAM “Suatu pendekatan pembangunan manusia,
masyarakat dan negara yang bersifat
HADHARI? menyeluruh, berdasarkan kepada
perspektif tamadun Islam”

Ajaran Islam yang memfokuskan kaedah untuk


meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan
mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi
cabaran alaf baharu seperti:
- Ledakan maklumat
- Dunia tanpa sempadan
- Ekonomi global
- Budaya materialism
- Krisis identiti
- Jati diri
- Penjajahan pemikiran
ISLAM HADHARI DI MALAYSIA

Konsep Islam
Hadhari Rasional:
diperkenalkan oleh Untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya
mantan Perdana rakyat beragama Islam supaya memahami
Menteri, Dato’ Seri seterusnya mempraktikkan Islam secara
Abdullah Ahmad menyeluruh sehingga dapat membina kemajuan
Badawi pada 23 beracuankan prinsip dan ajaran Islam.
September 2004.
Visi Objektif
Misi
•Menjadikan Malaysia •Melahirkan individu dan
sebagai sebuah negara •Melaksanakan agenda masyarakat yang
Islam yang dicontohi, pembangunan negara dan mempunyai kekuatan
iaitu sebuah negara ummah berlandaskan spiritual, akhlak,
maju mengikut acuan pendekatan Islam yang intelektual, rasional,
sendiri. universal, maju, damai, berdaya saing.
bertamadun, bertoleransi Inovatif serta cekap
dan seimbang. menangani cabaran-
cabaran semasa.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ra’d ayat 11
yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib


sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa-
apa yang ada pada diri mereka”

Pendekatan Islam Hadhari ialah Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan


kesinambungan kepada Dasar kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada
pembinaan peradaban yang memberi fokus kepada
Penerapan Nilai-Nilai Islam (DPNI)
usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui
yang telah diperkenalkan oleh penguasaan ilmu, pembangunan insan dan
Kerajaan pada tahun 1985. pembangunan fizikal.
10 PRINSIP
ISLAM HADHARI

Keimanan dan
Kerajaan adil dan Rakyat berjiwa Penguasaan ilmu
ketakwaan kepada
amanah merdeka pengetahuan
Allah SWT

Pembangunan Pembelaan hak


Kehidupan Keutuhan budaya
ekonomi seimbang kumpulan minoriti
berkualiti dan moral
& komprehensif dan wanita

Pemeliharaan Kekuatan
alam semula jadi pertahanan
Sepanjang sejarah
pemerintahan Islam, sejak dari  Penguasaan ilmu pengetahuan
zaman Rasulullah SAW  Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
sehingga berakhirnya  Pemeliharaan alam semula jadi
pemerintahan Islam di bawah
kerajaan Turki Uthmaniyyah,  Kekuatan pertahanan
pelbagai iktibar yang diambil
sebagai panduan kepada
perkembangan Islam Hadhari
di Malaysia.
PENGUASAAN ILMU
PENGETAHUAN

 Sejarah Islam menunjukkan bahawa kota-kota besar yang masyhur adalah disebabkan
kegiatan keilmuan mereka yang berjalan dengan rancak.
 Contoh yang paling jelas ialah kewujudan pusat-pusat ilmu, Baitul Hikmah di Baghdad
dan banyak perpustakaan di wilayah yang dikuasai Islam sama ada di timur atau barat
membuktikan kecemerlangan umat Islam dalam penguasaan ilmu pengetahuan.
 Berdasarkan kegemilangan kerajaan Islam terdahulu, penguasaan ilmu pengetahuan
sememangnya aspek yang paling penting dalam membangunkan sesebuah kerajaan.
Pendekatan Islam Hadhari menyeru rakyat
Malaysia supaya menjadi umat peneroka ilmu
dalam pelbagai bidang.

Antara pembangunan nilai yang ditekankan:


- Mendalami ilmu fardhu ain
- Menguasai semua bidang ilmu fardhu kifayah
- Memantapkan integrasi ilmu melalui program
dwipengkhususan
- Membina masyarakat melalui pendekatan ilmu

Kerajaan mempertanggungjawabkan agensi


seperti Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
(JAPIM) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) untuk
memberi pendedahan dan kefahaman mengenai
penguasaan ilmu pengetahuan mengikut sasaran
tertentu.
TERAS DASAR MODAL INSAN

Melaksanakan langkah
Menambahbaik sistem bagi merapatkan jurang
Mewujudkan unversiti
penyampaian pendidikan prestasi antara sekolah
bertaraf antarabangsa
dan latihan luar bandar dengan
sekolah bandar

Membina masyarakat yang


Menyediakan lebih banyak inovatif dengan keupayaan
peluang dan akses kepada Sains dan Teknologi yang
pendidikan, latihan dan kukuh dan memiliki
pembelajaran sepanjang kemampuan memperoleh
hayat yang berkualiti dan menggunakan
pengetahuan
Antara ciri dan nilai yang dibangunkan melalui Islam
Pembelaan hak kumpulan Hadhari:
minoriti dan wanita - Memberi perhatian kepada kumpulan etnik dan
golongan minoriti.
- Memberi keadilan dan hak yang sewajarnya
kepada kaum wanita
- Memberi perhatian kepada ibu tunggal

Sejarah Islam: Sumbangan terhadap Malaysia:

•Mengangkat martabat dan hak •Dapat dilihat dalam undang-undang


wanita. dan perlembagaan negara.
•Wanita berperanan penting dalam •Buktinya, menerusi Perlembagaan
pembangunan negara. Persekutuan, 2000: Bahagian Kedua,
•Contoh: Aisyah, Asma’, Nusaibah. Perkara 8 yang menyebut tentang
•Di Andalusia:wanita menjadi penyalin kebebasan hak asasi dan
karya agung dan bertugas di gedung kesamarataan tanpa ada
ilmu. diskriminasi.
•Melalui Islam Hadhari, wanita juga
digalakkan terlibat dalam pendidikan
berterusan sesuai dengan slogan
‘Pendidikan Sepanjang Hayat’.
Pemuliharaan
alam semulajadi

Sejarah Islam menekankan Sumbangan Malaysia telah


menandatangani 2 deklarasi
Islam: kepentingan terhadap yang melibatkan alam sekitar:
masyarakat Malaysia Deklarasi Rio De Janeiro
memahami Huquq al- (1993) dan Protokol Kyoto
(1997)
Alam (hak-hak alam).
Perlakuan dan Melalui ASEAN, Malaysia
perbuatan yang berusaha memastikan negara-
menyalahi hak-hak negara ASEAN bebas dari
tersebut adalah senjata nuklear.
dilarang sama sekali.
Malaysia turut mengadakan
Deklarasi Langkawi bagi
menjamin keutuhan dan
pembangunan selaras dengan
kehendak alam.

Pada tahun 2007, Kementerian


Pertanian dan Industri Asas Tani
telah melaksanakan kempen
penggunaan racun yang rendah
risiko dan bengkel kaedah
penggunaan baja baru organik
secara meluas.
KEKUATAN PERTAHANAN

 Dalam menelusuri sejarah Islam, kekuatan pertahanan yang ada


berjaya mengekalkan khilafah Islamiyyah sehingga tahun
1924M, iaitu berakhir kira-kira 85 tahun lalu.
 Antara contoh jelas dapat dilihat ketika Salahuddin al-Ayyubi
dan tenteranya menawan kembali kota Baitul Maqdis daripada
tentera salib.
 Ini membuktikan bahawa kekuatan pertahanan dan ketenteraan
adalah aspek penting dalam dunia hari ini.
Islam Hadhari Antara usaha jangka masa panjang
Berdasarkan prinsip
turut yang diambil oleh pihak kerajaan:
Islam Hadhari iaitu
memfokuskan kekuatan pertahanan,
pertahanan  Melancarkan Satelit Asia Timur
kerajaan Malaysia telah Malaysia, iaitu Measat-1 dan
secara mengambil langkah
konvensional. Measat-2.
untuk melengkapkan  Menghantar angkasawan
dan menguasai Malaysia pertama, iaitu Datuk Dr.
pertahanan pada tahap Sheikh Muszaphar Shukor untuk
yang diperlukan. menyertai misi aeroangkasa
pada tahun 2007.
 Kesimpulannya, sumbangan Sejarah Islam terhadap pembangunan
dan kecemerlangan Malaysia jelas terpancar melalui huraian yang
telah dikemukakan terutamanya dalam perkembangan Islam
Hadhari yang menjadi dasar kerajaan.
 Justeru, jelaslah bahawa kegemilangan Sejarah Islam telah memberi
satu panduan kepada sesebuah kerajaan yang memerintah untuk
membangunkan negara dalam pelbagai aspek.
Bibliografi

Khadijah Hambali. (2004). Islam Hadhari Dalam Konteks Ketamadunan, Budaya dan
Agama di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 1-20.
Khairuddin Muhammad. (1979). Sejarah Islam Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mahayudin Yahya. (2001). Tamadun Islam. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Roslan Nor. (2010). Meneladani Sejarah Umat Islam Dalam Membentuk Masyarakat
Hadhari Yang Gemilang Abad ke-21. Jurnal Hadhari 2, 19-40.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai