Anda di halaman 1dari 5

Laporan perbincangan hasil simulasi pengajaran mikro

1.0 Pengenalan

Analisis kekuatan dan kelemahan bagi setiap pengajaran adalah perlu


dilakukan setiap guru agar mereka dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan
semasa mereka melakukan proses pengajaran dan pembelajaran agar mereka
dapat membaiki kesilapan mereka untuk menambahbaik lagi kualiti pengajaran.
Berdasarkan video pengajaran mikro yang telah dilakukan, terdapat bebarapa
kekuatan dan kelemahan yang boleh dikenalpasti.

2.0 Kekuatan

Antara kekuatan dalam pengajaran mikro adalah guru sentiasa melakukan


pergerakan semasa mengajar di dalam kelas (K1). Buktinya pada minit 0.32, 0.54,
dan 1.11 (B1) guru sentiasa melakukan gerakan dengan berjalan ke arah pelajar, ke
arah bahan eksperimen dan semasa mengajar di hadapan kelas. Pergerakkan yang
dilakukan adalah pergerakan guru ke hadapan, kebelakang, kiri dan kanan, dan
pergerakkan tangan semasa menyampaikan proses pembelajaran dan pengajaran.
Tindakan guru sebegitu akan memberikan kesan positif di dalam bilik darjah sebagai
contoh guru akan menghasilkan suasana belajar yang aktif. Pergerakkan guru dalam
kelas juga akan memberi kesan positif kepada tumpuan pelajar di dalam kelas
dimana pelajar akan sentiasa fokus dengan guru kerana guru sentiasa melakukan
pergerakkan dihadapan kelas. Guru yang mengajar secara statik akan
menyebabkan pelajar cepat untuk merasa bosan apabila belajar (H1). Hal ini juga
akan menyebabkan minat dan perhatian mereka akan tertumpu sepenuhnya
terhadap aktiviti pengajaran guru. Guru yang pasif di dalam kelas akan
menyebabkan suasana di dalam kelas sunyi. Tambahan lagi, pergerakkan guru di
dalam kelas melambangkan kesedia guru untuk mengajar dengan yakin dan
bersungguh-sungguh (Abd. Rahim, Abd Rashid, 1999). Menurut Abd. Rahim, Abd
Rashid, (1999) (R1), menyatakan kelemahan daya tumpuan dan fokus murid dalam
pembelajaran adalah disebabkan suasana bilik darjah yang tidak ada pergerakkan
(S).

1
Selain itu, kekuatan yang dapat dikenalpasti adalah guru menggunakan nada
suara yang kuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (K2).
Perkara ini boleh dilihat pada minit 1.05,1.34 dan1.57 (B2) dimana guru menaikkan
nada suara semasa memberi arahan dan semasa berkomunikasi berssama pelajar.
Komunikasi antara guru dan pelajar adalah sangat penting bagi melaksanakan
proses pengajaran dan pembelejaran di dalam kelas dengan berkesan(H2). Oleh itu,
pengawalan nada suara yang baik dan teratur adalah sangat penting bagi
memastikan maklumat atau info yang ingin disampaikan oleh guru dapat diterima
oleh pelajar dengan berkesan. Berdasarkan video, guru dapat mengawal nada suara
dengan baik dan telah menyebabkan pelajar dapat memahami apa yang ingin
disampaikan dan secara tidak langsung proses pembelajaran berlaku dengan
berkesan. Selain itu, penggunaan nada suara yang tinggi, jelas dan tepat semasa
memberi arahan akan menyebabkan pelajar akur akan arahan yang diberikan. Hal
ini akan mengurangkan lagi masalah disiplin di kalangan pelajar kerana pelajar
dapat menumpukan perhatian dalam proses PdP. Ini juga dapat dibuktikan oleh
Noraini Idris (2005) (R2), menyatakan guru perlu menekan dan meninggikan suara
untuk memberikan kefahaman kepada murid(S2).

Seterusnya guru menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam proses


pdp dimana pelajar sendiri akan mengendalikan bahan atau alat untuk menguji
sesuatu(K3). Bukitnya, pada minit 3.05,3.33 dan 4.02 (B3) setiap kumpulan mula
untuk menguji bahan untuk merekod nilai yang didapati. Dalam proses menguji
pelajar akan timbul rasa ingin tahu dan mereka akan mencuba untuk melibatkan diri
secara aktif dalam proses pdp. Interaksi pelajar dengan bahan akan mencetuskan
lagi sifat ingin tahu mereka (H3). Hal ini akan memberi kesan dalam kehidupan
harian mereka dimana mereka akan menggunakan sifat ingin tahu mereka untuk
meneroka sesuatu yang lain menggunakan konsep yang sama yang telah dipelajari
di dalam kelas. Menurut Bruner, J. S. (1999) (R3) kanak-kanak dianugerahkan dengan
sifat ingin tahu dan cara yang terbaik untuk mereka memahami persekitaran adalah
melalui interaksi dengan rangsangan atau komunikasi bersama dengan ibu bapa
atau kanak-kanak yang lain (S3). Oleh itu jelaslah bahawa dengan rangsangan
ataupun BBM akan memberi dorongan kepada pelajar untuk meningkatkan lagi sifat
ingin tahun mereka.

2
3.0 Kelemahan

Walaubagaimanapun, guru hanya memberi respon pendek kepada pelajar


yang memberikan jawapan (L1). Perkara ini boleh dilihat pada minit ke 7.05 dan
7.17 (B1) dimana guru hanya memberikan respond “betul tu”. Perkara ini berulang
lagi sepanjang proses perbincangan bersama pelajar. Tidakan sebegini boleh
mengurangkan motivasi pelajar untuk menjawab soalan di dalam kelas (H1).
Sebaliknya guru perlulah memberikan respon yang menunjukkan guru menghargai
jawapan yang diberikan seperti “Bagus Hayati.Jawapan kamu betul tetapi jawapan
kamu kurang tepat. Bolehkah kamu terangkan lagi dengan lebih mendalam?” atau
“Berikan tepukan kepada Zuhaily. Jawapan kamu tepat sekali” (C1) . Dengan
respond sebegini yang diberikan ,maka pelajar akan rasa dihargai atas jawapan
yang telah diberikan. Respond yang diberikan juga akan meningkatkan motivasi
pelajar yang lain untuk cuba menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Menurut
Crow, L. D. dan Crow, L. (1980) (R1), pelajar perlu diberikan bimbingan dan motivasi
untuk meningkatkan lagi semangat mereka untuk belajar (S1).

Selain itu juga, guru juga tidak mengurus soalan yang menguji mencungkil
kemahiran berfikir aras tinggi (L2). Buktinya pada minit ke 6:34 (B2) guru hanya
bertanyakan soalan pada aras kemahiran yang rendah iaitu mengingat. Soalan
tersebut hanya menguji aras pemikiran pertama berdasarkan aras pemikiran
taksonomi bloom. Soalan pada aras pertama adalah pada tahap kemahiran
mengingat dan tidak menanyakan soalan pada tahap seterusnya seperti tahap
menganalisis, mengaplikasi dan seterusnya (H2). Guru seharusnya menyediakan
soalan yang hendak ditanya terlebih dahulu sebelum memulakan sesi PdP. Hal ini
untuk memastikan soalan yang diberikan dapat menguji tahap berfikir aras tinggi
pelajar. Pelajar juga seharusnya dibiasakan dengan soalan aras tinggi supaya
mereka dapat membiasakan diri untuk menjawab soalan kemahiran berfikir aras
tinggi (C2). Secara tidak langsung pelajar dapat memahami konsep dengan lebih
mantap. Menurut Chew Fong Peng dan Shashipriya Nadaraja (2014) (R2)
menyatakan bahawa masalah kemahiran berfikir ini adalah kelemahan utama dalam
sistem pendidikan negara di mana sistem yang sedia ada hanya melahirkan pelajar

3
yang kurang berkemampuan dalam mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan
pemikiran kritikal dalam konteks di luar akademik (S2). Oleh itu, para guru
seharusnya melatih pelajar agar mampu untuk mengaplikasikan ilmu pengatahuan
dan pemikiran kritikal dalam konteks di luar akademik dengan memperbanyakkan
soalan pemikiran kritikal.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, setiap guru perlulah mengenalpasti setiap kelemahan dan


kekuatan dalam pengajarannya agar mereka dapat membaiki dan menambahbaik
lagi kualiti pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
sempur. Guru yang tidak dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pengajaran
mereka akan memberikan impak buruk kepada pelajar itu sendiri dimana objektif
pembelajaran tidak dapat dicapai. Oleh itu, setiap guru perlulah menganalisis
kekuatan dan kelemahan pengajaran supaya dapat meneganlpasti kekurang yang
telah dilakukan dan boleh diperbaiki pada masa yang akan datang.

4
Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
AMusliha Salma Mohd Radzi. (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui
pembelajaran berasaskan masalah. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Bruner, J. S. (1999) . The Processes of education (12 th ed.). Cambridge, MA:
Harvard University Press.
Chew Fong Peng & Shashipriya Nadaraja. (2014). Pelaksanaan kemahiran berfikir
kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di sekolah
menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (2): 10-24.
Crow, L. D. dan Crow, L. (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noraini Idris.(2005).Penyelidikan dalam pendidikan.Petaling Jaya: McGraw-Hill (M).

Anda mungkin juga menyukai