Anda di halaman 1dari 20

SCES3033: Bumi dan Angkasa Lepas

Amali 2: Pergerakan Bulan

Tajuk: Mengkaji fasa-fasa bulan dan waktu terbit dan terbenam bulan

Tujuan: Untuk mengkaji fasa-fasa bulan, waktu terbit dan terbenam bulan.

Objektif:

1. Mengkaji i fasa-fasa bulan, waktu terbit dan terbenam bulan.


2. Mengkaji perubahan azimuth dan altitude bulan.
3. Mengkaji kecerahan bulan melalui fasa-fasa bulan.
4. Mengkaji bentuk permukaan bulan melalui fasa-fasa bulan.

Pengenalan:

Bulan merupakan satelit semula jadi bumi. Bulan dipercayai terbentuk kira-
kira 4.5 billion tahun dahulu iaitu tidak lama selepas pembentukan bumi. Pelbagai
teori yang mengatakan tentang proses kejadian bulan. Isipadu bulan hanyalah 0.012
berbanding jisim bumi. Di bulan tiada kewujudan udara ataupun air. Oleh itu, tiada
hakisan berlaku di bulan kerana ketiadaan air dan udara serta kawah yang ada pada
permukaan bulan yang telah terbentuk sekian lama masih lagi kekal dan tidak
berubah.

Bulan mengelilingi bumi dari arah barat ke timur dan pada masa yang sama,
bumi berputar pada paksinya. Hal ini menyebabkan muka bulan yang menghadap ke
bumi selalu sama, dan separuh lagi tidak pernah berhadapan dengan bumi (Zainal,
2004).

Bulan mengambil masa 27 1/3 hari untuk berputar mengelilingi Bumi.


Persamaan masa bagi putaran Bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya
untuk mengelilingi Bumi disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan
juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi juga mempengaruhi putaran Bulan atas
paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan.
Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan
berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar
berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan
bertukar dalam siri fasa-fasanya. Contohnya, apabila Bulan betul-betul berada di
antara Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil
bulan baru. Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi
berada di antara Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.

Fasa bulan merujuk kepada perubahan keadaan bentuk bulan terang yang
dapat dilihat dari Bumi. Fasa Bulan berbeza mengikut perubahan kedudukan Bumi,
Bulan dan Matahari. Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri seperti Matahari.
Cahaya yang kelihatan pada Bulan adalah cahaya Matahari yang dipantulkan oleh
Bulan ke Bumi. Bahagian yang terkena cahaya Matahari inilah yang dapat dilihat
pada waktu malam. Fenomena ini boleh difahami melalui Rajah 1 seperti yang
ditunjukkan di bawah.

Gambar Rajah 1: Pantulan cahaya matahari oleh bulan ke bumi menyebabkan fasa
bulan

Untuk melengkapkan satu siri fasa Bulan akan mengambil masa lebih kurang
29.5 hari yang mana setiap malam bentuk Bulan yang dapat dilihat dari Bumi akan
sentiasa berubahubah. Terdapat empat fasa utama Bulan yang bermula dengan
anak Bulan, Bulan separa, Bulan Purnama dan Bulan Separa Lama. Fasa Bulan
penuh adalah bermula dari Anak bulan, Bulan Sabit, Bulan Separa, Purnama Baru,
Bulan Purnama, Purnama Lama, Bulan Separa Lama dan Bulan Sabit Lama.

Bahan dan radas:

1. Altitude tracker

2. Azimuth tracker

3. Kompas

4. Jam

5. Aplikasi ‘The moon’

Prosedur:

1. Tarikh yang sesuai ditetapkan untuk menjalankan pemerhatian bulan iaitu


bermula pada 2/3/2018 sampai 15/2/2018.
2. Tempat untuk pemerhatian bulan dipilih iaitu di depan White House IPG
Kampus Pendidikan teknik.
3. Setiap hari pada pukul 5:00 am akan dimulakan mencatatkan data
pemerhatian bulan dalam jadual dan data seterusnya selepas 20 minit
sehingga dapat 7 bacaan.
4. Sudut azimut dan altitud bulan ditentukan dengan menggunakan kompas dan
altitud tracker serta direkodkan di dalam jadual yang ditetapkan.
5. Bentuk dan corak bulan yang dapat diperhatikan dengan menggunakan mata
kasar seterusnya direkodkan di dalam jadual.
6. Langkah 3 hingga 5 diulang selama 2 minggu pada lokasi dan masa yang
sama.
7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan
Langkah Berjaga-jaga:

1. Pastikan tempat yang dipilih untuk pemerhatian bulan tiada halangan seperti
bangunan, pokok dan lampu jalan raya.
2. Pastikan tempat bagi menjalani amali adalah sama pada setiap hari serta
selaraskan ketinggian untuk aktiviti pencerapan.
3. Pastikan waktu yang dipilih selepas bulan terbit supaya bulan dapat dilihat
sepenuhnya.

Keputusan:

Lokasi: White House IPG Kampus Pendidikan Teknik


Masa: 5.00 pagi hingga 7.00 pagi

Jadual 1: Keputusan cerapan bulan selama 14 hari


Analisis data & Perbincangan:

Tugasan berkenaan pergerakan bulan memberi pengalaman dan pengetahuan baru


kepada saya. Selama ini saya sekadar mengetahui tentang fasa-fasa bulan sahaja.
Kini saya sudah mahir mengenai fasa-fasa bulan, tahap kecerahan bulan dan bentuk
permukaan bulan ketika bulan berputar mengelilingi bumi.

Melalui pemerhatian saya selama dua minggu, iaitu bermula pada 2 Mac 2018
sehingga 15 Mac 2018 iaitu pada Jam 5 pagi sehingga 7 pagi setiap hari, saya
dapati terdapat 4 jenis fasa bulan yang dapat dilihat sepanjang tempoh saya
mengendalikan amali ini iaitu fasa bulan penuh, bulan purnama lama, bulan separa
penuh dan bulan sabitlama. Berikut ini ialah jadual kekerapan perubahan fasa bulan
dan histogram, sepanjang tempoh pemerhatian saya

1. Analisis terhadap Polar Koordinat

Bagi polar koordinat yang dihasilkan di dalam Rajah 1, saya menggunakan


set warna yang berbeza bagi menunjukkan hari yang berbeza selama 14 hari. Polar
koordinat tersebut menunjukkan corak yang terbentuk iaitu di dalam bulatan yang
mewakili peredaran bulan yang beredar di dalam orbitnya mengelilingi bumi. Dengan
penghasilan polar koordinat yang telah dihasilkan, hasil dapatan dan analisis dapat
dilihat dan dikenalpasti di mana nilai nilai altitud bertambah jika bulan berada di
langit barat dan berkurang selepas bulan memasuki langit timur. Berbeza pula
dengan nilai azimuth yang semakin menurun dan berkurang.

Nilai altitud bulan akan sentiasa berubah mengikut kedudukan dimana bulan
itu berada dalam suatu masa. Jika bulan berada di sebelah barat, didapati bahawa
nilai altitud semakin menurun. Sepertimana data yang telah diambil pada bermula
9/3/2018 sehingga 15/3/2018, julat nilai penurunan adalah antara 2° hingga 5° setiap
20 minit. Hal ini kerana bulan bergerak bermula dari timur bergerak ke sebelah barat
bumi. Bulan akan dilihat semakin menuruni ke garisan ufuk bumi jika berada di
sebelah barat. Oleh itu, bulan akan terbenam di sebelah barat bumi.

Sebaliknya, jika bulan berada di sebelah timur, didapati bahawa nilai altitud
semakin menaik. Sepertimana data yang telah diambil bermula pada 2/3/2018
sehingga 8/3/2018, nilai kenaikan adalah sekitar 2° hingga 8° setiap 20 minit.
Dengan pergerakan bulan yang bergerak dari timur ke barat, didapati bahawa bulan
akan terbit di sebelah timur dan terus menaik melalui pemerhatian yang dibuat
daripada bumi. Oleh itu, pergerakan bulan adalah semakin lambat. Jika pergerakan
bulan semakin lambat, maka masa untuk bulan terbit dan terbenam juga semakin
lambat.

Nilai azimut adalah nilai yang diukur dari garisan mengufuk bumi bermula dari
0° utara hingga 359° utara dalam putaran melawan arah jam. Nilai azimut didapati
semakin menurun samada bulan berada di sebelah barat atau timur bumi. Julat
perubahan adalah sekitar 2° hingga 6° setiap 20 minit. Penurunan nilai azimuth
disebabkan oleh perbezaan kedudukan kawasan pemerhatian di permukaan bumi
dengan kedudukan bulan. Kedudukan kawasan pemerhatian (Malaysia) berada
hampir kepada garisan khatulistiwa manakala garisan pergerakan bulan adalah di
bahagian hemisfera utara bumi. Oleh itu, bulan hanya dapat dilihat di bahagian
hemisfera utara sahaja dari kawasan pemerhatian. Maka, mengikut sudut kompas,
bulan akan bergerak arah lawan jam dan nilai yang dibaca pada kompas juga
semakin menurun.

Pengukuran nilai azimuth

2. Analisis terhadap nilai Altitud


Jadual 2: Nilai altitud untuk hari yang berbeza selama 14 hari pada jam 6.20 pagi.

Tarikh Altitud (º)

2/3/2018 14

3/3/2018 27

4/3/2018 38

5/3/2018 51

6/3/2018 61

7/3/2018 67

8/3/2018 71

9/3/2018 68

10/3/2018 -

11/3/2018 51

12/3/2018 41

13/3/2018 31

14/3/2018 21

15/3/2018 17
Graf nilai altitud melawan hari
300

250

200

150
Darjah

100

50

0
ar ar ar ar ar ar ar ar ar ar ar ar ar ar
M M M M M M M M -M -M -M -M -M -M
2- 3- 4- 5- 6- 7- 8- 9- 10 11 12 13 14 15

Analisis:

- Nilai altitud bulan semakin meningkat daripada 2/3/2018 sehinggga 8/3/2018 dan
menurun daripada 9/3/2018 sehingga 15/3/2018
- Nilai azimuth bulan semakin menurun daripada 2/3/2018 sehingga 15/3/2018
- Pada hari 10/3/2018 nilai altitud dan azimuth tidak dapat diambil kerana hujan
dan awan tebal menutupi cahaya bulan.
- Data setiap hari dari 2/3/2018-15/3/2018 menunjukkan bulan semakin ke arah
timur dari barat.

Interpretasi :

1. Nilai altitud yang meningkat daripada 2/3/2018 sehinggga 8/3/2018 dan menurun
daripada 9/3/2018 sehingga 15/3/2018 menunjukkan bahawa bumi berpusing
dari barat ke timur lebih cepat dari bulan beredar dari barat ke timur.
2. Fasa bulan bermula daripada bulan penuh menuju ke fasa anak bulan
3. Pergerakan bulan adalah semakin lewat setiap hari maka waktu terbit dan
terbenam juga akan lambat.
Perbincangan:

Ketika bulan beredar mengelilingi bumi, dapat diperhatikan bahawa nilai


altitud bulan yang dilihat daripada bumi meningkat daripada 14° pada 2/3/2018
sehingga 71° pada 8/3/2018 dan menurun sehingga 17° pada 15/3/2018. Hal ini
kerana pada hari pertama iaitu 2/3/2018 sehinnga pada 8/3/2018, bulan telah berada
di langit barat dan telah melepasi tahap altitud maksimum. Pada masa ini, bulan
sedang terbenam ke ufuk barat. Manakala, altitud bulan meningkat pada hari
9/3/2018 sehingga 15/3/2018 menunjukkan bahawa bulan berada di sebelah timur.
Hal ini dapat dinyatakan bulan baru sahaja terbit daripada ufuk langit timur. Segala
pemerhatian terhadap kedudukan altitude dilakukan pada waktu yang sama.

Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan bahawa bulan beredar dari


barat ke timur semasa berputar mengelilingi bumi. Pada masa yang sama juga bumi
turut berputar mengelilingi matahari pada paksinya iaitu dari barat ke timur. Bumi
dikatakan berputar dari barat ke timur lebih cepat daripada Bulan beredar dari barat
ke timur kerana peredaran bulan adalah 13.2° sehari atau 0.5° sejam berbeza pula
putaran bumi pada paksinya iaitu 360° sehari atau 15° sejam. Oleh itu, pemerhati di
Bumi akan melihat Bulan terbit dari timur bergerak ke barat setiap hari seperti
pergerakan bintang.

4. Analisis terhadap nilai Azimuth

Jadual 2: Nilai azimuth untuk hari yang berbeza selama 14 hari pada jam 6.20 pagi.

Tarikh Azimut (º)

2/3/2018 279

3/3/2018 274

4/3/2018 269

5/3/2018 261
6/3/2018 248

7/3/2018 232

8/3/2018 190

9/3/2018 159

10/3/2018 -

11/3/2018 129

12/3/2018 121

13/3/2018 115

14/3/2018 109

15/3/2018 105

Graf nilai azimuth dan altitud melawan hari


80

70

60

50

40
Darjah

30

20

10

0
ar ar ar ar ar ar ar ar ar ar ar ar ar ar
2-
M
3-
M
4-
M
5-
M
6-
M
7-
M
8-
M
9-
M
0-M 1-M 2-M 3-M 4-M 5-M
1 1 1 1 1 1
Analisis:

- Nilai azimuth bulan semakin menurun daripada 2/3/2018 sehingga 15/3/2018


- Pada hari 10/3/2018 nilai azimuth tidak dapat diambil kerana hujan dan awan
tebal menutupi cahaya bulan.
- Data setiap hari dari 2/3/2018-15/3/2018 menunjukkan bulan semakin ke arah
timur dari barat.

Interpretasi :

1. Nilai azimuth yang berkurang secara kosisten menunjukkan bahawa bulan


yang diperhatikan sedang berada di langit barat dan akan terbenam
kemudian berada di langit timur dan terbenam
2. Fasa bulan bermula daripada bulan penuh menuju ke fasa anak bulan
3. Pergerakan bulan adalah semakin lewat setiap hari maka waktu terbit dan
terbenam juga akan lambat.

Perbincangan:

Ketika bulan beredar mengelilingi bumi, dapat diperhatikan nilai azimuth


sentiasa berkurang setiap hari selama 14 hari pemerhatian dijalankan iaitu
berkurang daripada 279° pada 2/3/2015 sehingga 105° pada 15/3/2018. Azimuth
yang berkurang secara kosisten menunjukkan bahawa bulan yang diperhatikan
sedang berada di langit barat dan akan terbenam. Kemudian bulan bergerak
memasuki langit timur. Hal ini kerana, pergerakan bulan adalah semakin lewat setiap
hari. Jika pergerakan bulan semakin lewat, maka masa untuk bulan terbit dan
terbenam juga semakin lambat. Seterusnya, Bulan beredar mengelilingi Bumi 1
pusingan bersamaan dengan 360º telah menggunakan 27.3 hari.

360 º ÷ 27.3=13.18º
Daripada pengiraan tersebut, saya mendapati bahawa Bulan telah beredar
sebanyak 13.18º setiap hari dari pandangan angkasa. Manakala, Bumi berputar
360º sehari atau 24 jam (Anna Claybourne, 1999).

60 minit ÷ ( 360 º ÷ 24 jam ) =4 minit

13.18 º × 4 minit=52.72 minit

Dengan ini, Bumi berputar 1º telah menggunakan 4 minit. Apabila Bulan


beredar sehari, Bumi perlu masa yang lebih banyak iaitu 52.72 minit untuk menemui
Bulan di kedudukan yang sama pada hari keesokannya. Oleh itu, bulan semakin
lambat terbit di sebelah timur setiap hari.

Bulan sentiasa beredar mengeliling Bumi dari barat ke timur setiap bulan.
Peredaran Bulan mengambil 13.18º sehari. Manakala, Bumi berputar 360º sehari
atau 15º sejam dari barat ke timur. Semasa altitud Bulan meningkat Bulan sedang
naik semakin tinggi dan akan pergi ke langit barat. Semasa altitud menurun pula,
menunjukkan Bulan dalam proses terbenam ke ufuk Barat. Kesimpulannya, Bumi
berputar lebih cepat daripada Bulan beredar (Norizan Ahmad & Tan, 2014). Oleh itu,
Bulan akan terbit di timur, kemudian beredar dan terbenam di barat .

3. Analisis terhadap fasa-fasa bulan

Jadual 2: Fasa-fasa bulan yang diperhatikan selama 14 hari berturut-turut bermula


2/3/2018 sehingga 15/3/2018

Tarikh Fasa bulan Permukaan bulan (bentuk arnab)

2/3/2018 Bulan purnama penuh Kelihatan

3/3/2018 Bulan purnama lama Kelihatan

4/3/2018 Bulan purnama lama Kelihatan

5/3/2018 Bulan purnama lama Kelihatan

6/3/2018 Bulan purnama lama Kelihatan


7/3/2018 Bulan purnama lama Kelihatan

8/3/2018 Bulan separa penuh Terdapat di belakang bayang

9/3/2018 Bulan separa penuh Terdapat di belakang bayang

10/3/2018 - -

11/3/2018 Bulan sabit lama Terdapat di belakang bayang

12/3/2018 Bulan sabit lama Terdapat di belakang bayang

13/3/2018 Bulan sabit lama Terdapat di belakang bayang

14/3/2018 Bulan sabit lama Terdapat di belakang bayang

15/3/2018 Bulan sabit lama Terdapat di belakang bayang

Analisis:

4. Fasa bulan purnama penuh dapat dilihat pada 2/3/2018


5. Fasa bulan purnama lama dapat dililhat bermula 3/3/2018 sehingga 7/3/2018
6. Fasa bulan separa penuh dapat dilihat bermula 8/3/2018 sehingga 9/3/2018
7. Fasa bulan sabit lama dapat dilihat bermula 11/3/2018 sehingga 15/3/2018
8. Fasa bulan pada 10/3/2018 tidak dapat dilihat kerana waktu tersebut hujan
dan awan tebal menutupi cahaya bulan.
9. Terdapat bentuk arnab pada permukaan bulan

Interpretasi:

1. Fasa-fasa bulan yang berubah semasa beredar mengelilingi bumi setiap.


2. Fasa-fasa bulan dapat dilihat kerana bulan berputar setiap hari relatif dengan
bumi.
3. 4 fasa yang dapat dilihat bermula dengan fasa bulan purnama penuh
kemudian bulan purnama lama, seterusnya bulan separa penuh dan akhir
sekali fasa bulan sabit lama.

Perbincangan:

Fasa bulan merujuk kepada perubahan keadaan bentuk bulan terang yang
dapat dilihat dari Bumi. Fasa Bulan berbeza mengikut perubahan kedudukan Bumi,
Bulan dan Matahari. Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri seperti Matahari.
Cahaya yang kelihatan pada Bulan adalah cahaya Matahari yang dipantulkan oleh
Bulan ke Bumi. Bahagian yang terkena cahaya Matahari inilah yang dapat dilihat
pada waktu malam (Crelin dan Evans, 2009).

Untuk melengkapkan satu siri fasa Bulan akan mengambil masa lebih kurang
29.5 hari yang mana setiap malam bentuk Bulan yang dapat dilihat dari Bumi akan
sentiasa berubahubah. Terdapat empat fasa utama Bulan yang bermula dengan
anak Bulan, Bulan separa, Bulan Purnama dan Bulan Separa Lama. Fasa Bulan
penuh adalah bermula dari Anak bulan, Bulan Sabit, Bulan Separa, Purnama Baru,
Bulan Purnama, Purnama Lama, Bulan Separa Lama dan Bulan Sabit Lama.
Pantulan cahaya matahari pada permukaan bulan menyebabkan bentuk bulan
berubah apabila bulan mengorbit bumi (Fowler, 1992). Jadi, pada hari yang berbeza
bentuk yang diperhatikan adalah berbeza.

Bulan bukan berputar setiap hari tetapi satu putaran penuh untuk bulan
merupakan jumlah yang sama dengan satu orbitan penuh (Carlowicz, 2007). Jadi,
bulan berputar setiap hari disebabkan oleh bumi yang berputar, dengan bumi
berputar mengikut arah jam, bulan yang diperhatikan akan berputar mengikut lawan
jam (Fowler, 1992). Dengan itu, pada setiap hari bulan akan berputar sedikit-dikit
selepas 20 minit mengikut arah lawan jam. Dengan itu, arnab yang terdapat pada
permukaan bulan sepatutnya berputar mengikut arah lawan jam. Oleh itu,
pemerhatian yang dibuat tidak tepat.
4. Analisis orientasi bulan dan bentuk permukaan bulan

Gambar rajah 2: Fasa-fasa bulan yang diperhatikan dengan perubahan bentuknya


yang ketara pada tarikh yang tertentu

2/3/2018 3/3/2018 8/3/2018 11/3/2018

Tarikh Fasa bulan

2/3/2018 Bulan purnama penuh

3/3/2018 Bulan purnama lama

8/3/2018 Bulan separa penuh

11/3/2018 Bulan sabit lama

Analisis:

1. Fasa bulan purnama penuh dapat dilihat pada 2/3/2018


2. Fasa bulan purnama lama dapat dililhat pada 3/3/2018
3. Fasa bulan separa penuh dapat dilihat bermula 8/3/2018
4. Fasa bulan sabit lama dapat dilihat bermula 11/3/2018
5. Terdapat bentuk arnab pada permukaan bulan

Interpretasi:
1. Fasa-fasa bulan yang berubah semasa beredar mengelilingi bumi setiap.
2. Fasa-fasa bulan dapat dilihat kerana bulan berputar setiap hari relatif dengan
bumi.
3. 4 fasa yang dapat dilihat bermula dengan fasa bulan purnama penuh
kemudian bulan purnama lama, seterusnya bulan separa penuh dan akhir
sekali fasa bulan sabit lama.

Perbincangan:

Menurut Carlowicz (2007), menyatakan bahawa fasa-fasa bulan yang


berbeza-beza bentuknya dapat dilihat oleh pandangan manusia daripada Bumi.
Permukaan bulan yang disinari oleh cahaya matahari kelihatan berubah setiap hari
disebabkan oleh bulan berputar setiap hari relative kepada bumi. Hal ini
menyebabkan pemerhati di Bumi hanya akan dapat melihat bahagian permukaan
bulan yang akan disinari oleh cahaya matahari dan menghadap ke arah pandangan
pemerhati. Jika dilihat daripada angkasa lepas, cahaya matahari akan senitasa
menyinari separuh bahagian bulan yang menghadap Matahari. Oleh itu, daripada
pandangan kita di bumi menyebabkan kita dapat melihat fasa bulan yang berbeza-
beza bentuknya.

6. Analisis tompokan (bentuk arnab) pada permukaan bulan

Tarikh Fasa bulan Permukaan bulan (bentuk arnab)

2/3/2018 Bulan purnama penuh Kelihatan

3/3/2018 Bulan purnama lama Kelihatan

4/3/2018 Bulan purnama lama Kelihatan

5/3/2018 Bulan purnama lama Kelihatan

6/3/2018 Bulan purnama lama Kelihatan

7/3/2018 Bulan purnama lama Kelihatan

8/3/2018 Bulan separa penuh Terdapat di belakang bayang


9/3/2018 Bulan separa penuh Terdapat di belakang bayang

10/3/2018 - -

11/3/2018 Bulan sabit lama Terdapat di belakang bayang

12/3/2018 Bulan sabit lama Terdapat di belakang bayang

13/3/2018 Bulan sabit lama Terdapat di belakang bayang

14/3/2018 Bulan sabit lama Terdapat di belakang bayang

15/3/2018 Bulan sabit lama Terdapat di belakang bayang

Analisis:

7. Fasa bulan purnama penuh dapat dilihat pada 2/3/2018


8. Fasa bulan purnama lama dapat dililhat pada 3/3/2018
9. Fasa bulan separa penuh dapat dilihat bermula 8/3/2018
10. Fasa bulan sabit lama dapat dilihat bermula 11/3/2018
11. Terdapat bentuk arnab pada permukaan bulan

Interpretasi:

4. Fasa-fasa bulan yang berubah semasa beredar mengelilingi bumi setiap.


5. Fasa-fasa bulan dapat dilihat kerana bulan berputar setiap hari relatif dengan
bumi.
6. 4 fasa yang dapat dilihat bermula dengan fasa bulan purnama penuh
kemudian bulan purnama lama, seterusnya bulan separa penuh dan akhir
sekali fasa bulan sabit lama.

Perbincangan:
Menurut Carlowicz (2007), menyatakan bahawa fasa-fasa bulan yang berbeza-beza
bentuknya dapat dilihat oleh pandangan manusia daripada Bumi. Permukaan bulan
yang disinari oleh cahaya matahari kelihatan berubah setiap hari disebabkan oleh
bulan berputar setiap hari relative kepada bumi. Hal ini menyebabkan pemerhati di
Bumi hanya akan dapat melihat bahagian permukaan bulan yang akan disinari oleh
cahaya matahari dan menghadap ke arah pandangan pemerhati. Jika dilihat
daripada angkasa lepas, cahaya matahari akan senitasa menyinari separuh
bahagian bulan yang menghadap Matahari. Oleh itu, daripada pandangan kita di
bumi menyebabkan kita dapat melihat fasa bulan yang berbeza-beza bentuknya

Kesimpulan:

Fasa-fasa bulan adalah bergantung kepada kedudukan bulan yang berubah


semasa beredar mengelilingi bumi dan mengikut pantulan cahaya matahari pada
permukaan bulan. Waktu terbit dan terbenam bulan adalah bergantung kepada
putaran bumi contohnya bumi berputar dari barat ke timur, maka bulan akan terbit
dari timur ke barat. Seterusnya, bulan akan lambat terbit di dalam purata 50 minit
pada setiap hari.
Rujukan:

Anna Claybourne (1999). The Usborne Encyclopedia of Planet Earth. New York,

Amerika: Usborne Publishing Ltd.

Carlowicz, M. (2007). The moon. New York: Harry N. Abrams.

Crelin, B. dan Evans, L. (2009). Faces of the moon. Watertown, MA: Charlesbridge.

Fowler, A. (1992). So that’s how the moon changes shape! (rookie read-about

science). Chicago: Childrens Press Chicago.

Norizan Ahmad & Tan, M. W. (2014). Nota Ringkas: Bumi dan Angkasa Lepas Edisi
ke 2. Negeri Sembilan: Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Teknik.

Zainal, B. (2004). Ilmu Falak Edisi Kedua . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai