Anda di halaman 1dari 15

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,

Besut, Terengganu Darul Iman.

AMALI 3

BUMI DAN ANGKASA LEPAS

(SCES 3033 )
NAMA GURU PELATIH: MINDY LIM MIM

ANGKA GILIRAN:

NO. KAD PENGENALAN : 960831-07-5096


KUMPULAN/UNIT: 2 PISMP - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)

KOD DAN MATAPELAJARAN KURSUS:SCES 3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

NAMA PENSYARAH KURSUS : ENCIK ROSDI BIN OMAR

TARIKH SERAH: 30 MAC 2016

AMALI 3: MATAHARI

Tajuk:

Tempat Matahari Terbit

Tujuan:

Mengkaji perubahan pada kedudukan dan masa matahari terbit.

Pengenalan:

Matahari adalah bintang biasa, seperti yang kita boleh lihat pada waktu malam, dan
semua benda yang hidup di muka bumi ini memerlukan matahari. Tanpa tenaga haba dan
cahaya dari matahari, kehidupan tidak akan wujud. Walaupun kita mendapat sumber dari
dalam tanah yang boleh digunakan untuk tujuan mendapatkan tenaga haba dan cahaya,
seperti arang batu, minyak dan gas, yang merupakan sisa tumbuhan dan haiwan yang
besar dalam berjuta-juta tahun dahulu tetapi ia tidak sama dengan haba dan cahaya yang
dihasilkan oleh matahari.

Matahari terbit adalah peristiwa dimana sisi teratas matahari muncul di atas horizon
di barat. Matahari terbit tidak sama dengan fajar, iaitu keadaan langit mulai terang, beberapa
waktu sebelum matahari muncul, dan mengakhiri twilight (peristiwa cahaya samar-samar
dari matahari terlihat mulai akhir waktu senja hingga fajar). Oleh sebab pembiasan cahaya
(refraksi) atmosfera, matahari masih dapat terlihat sementara berada di bawah horizon,
matahari terbit dan matahari terbenam adalah dari satu sudut pandang, ilusi optik. Matahari
juga muncul lebih besar di horizon, tetapi hal ini merupakan ilusi optic lainnya, sama dengan
ilusi bulan. Revolusi matahari ke barat mengitari bumi setelah keluar dari horizon
disebabkan putara bumi ke timur, sesebuah revolusi berlawanan jarum jam ketika dilihat dari
atas Kutub Utara.

Putaran bumi inilah menyebabkan bumi mengalami malam dan siang. Setiap sejam,
disimpulkan bahawa bumi membuat putara sebanyak 15 darjah. Putaran bumi yang hanya
15 darjah setiap 1 jam tidak boleh dirasai oleh penduduk bumi kerana putaran bumi ini
berlaku dengan sangat perlahan. Bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari pada

kecondongan 23.5 . Kecondongan bumi inilah menyebabkan perubahan musim yang

berlaku di permukaan bumi.

Selain itu, pergerakan matahari dan bintang-bintang di langit adalah disebabkan


putaran bumi. Tambahan lagi, pergerakan ekliptik matahari adalah disebabkan oleh
peredaran bumi mengelilingi matahari. Pergerakan bumi ini boleh diperhatikan dengan
memerhatikan perubahan siang dan malam bumi. Dengan melihat ke arah kutub utara,
sebenarnya bumi berputar pada arah lawan jam. Permukaan bumi yang menghadap
matahari menyebabkan sebahagian bumi menjadi siang manakala sebahagian lagi adalah
malam. Jam 12 tengah hari menandakan separuh hari siang manakala 12 tengah malam
menandakan separuh hari malam.

Matahari pula terbenam lebih kurang pukul 7 malam waktu Malaysia da


menyebabkan sebahagian permukaan bumi adalah gelap iaitu tidak menghadap matahari
dan jam 7 pagi pula matahari terbit. Sebenarnya matahari terbit dari timur ke barat, dan arah
ini perlu dinyatakan dalam bentuk putaran iaitu timur adalah satu arah putaran dan barat
pula arah yang bertentangan walau di mana kita berada. Corak putaran bumi yang
menyebabkan matahari kelihatan terbit dari timur dan terbenam di barat.Hal ini adalah
kerana bumi berputar dari barat ke timur.

Hipotesis:

Matahari terbit dari timur dan terbenam ke barat.

Radas:

1. Sebuah Kamera
2. Jangka sudut
3. Jadual pemerhatian

Prosedur:

1. Sebuah tempat yang sesuai telah dikenal pasti untuk melihat matahari terbut dalam
tempoh masa lebih kurang dua minggu.
2. Masa pemerhatian yang sesuai telah dipilih mengikut waktu terbit matahari.
3. Pemerhatian telah direkodkan.
4. Data dianalisis dan ditafsir.
5. Laporan pemerhatian direkodkan dengan jadual, carta atau rajah yang sesuai
dengan data yang diperolehi.

Dapatan:

Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian terhadap kedudukan matahari terbit


selama 5 minggu.

Tarikh Mula : 17 Mac 2016

Tarikh Akhir : 30 Mac 2016

Lokasi : IPG Kampus Sultan Mizan

Masa : 7.30 pagi

Tempoh pemerhatian: 2 minggu

Hari Gambar Azimuth Altitud


Tarikh
Masa
1 Matahari berada 106 1
17/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
2 Matahari berada 106 1
18/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
3 Matahari berada 106 1
19/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
4 Matahari berada 105 1
20/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
5 Matahari berada 104 1
21/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
6 Kedudukan matahari Kedudukan
22/03/2016 tidak jelas matahari tidak
7.30 pagi jelas

7 Kedudukan matahari Kedudukan


23/03/2016 tidak jelas matahari tidak
7.30 pagi jelas

8 Matahari berada 103 1


24/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
9 Matahari berada 103 2
25/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
10 Matahari berada 102 2
26/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
11 Matahari berada 106 2
27/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
12 Matahari berada 102 3
28/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
13 Matahari berada 100 3
29/03/2016 dari arah utara (ikut
7.30 pagi
jam)
13 Kedudukan matahari Kedudukan
30/03/2016 tidak jelas matahari tidak
7.30 pagi jelas

Perbincangan:

Saya telah membuat pemerhatian terhadap kedudukan matahari terbit selama 2


minggu bermula dari 17 Mac hingg 30 Mac 2016. Saya telah menjadikan pokok kepala
sebagai panduan untuk mengira kedudukan azimuth matahari. Kedudukan matahari dan

pokok kepala adalah 135 dari arah utara (mengikut arah jam). Beza antara kedudukan

matahari dan pokok kepala menjadi panduan untuk saya mendapatkan kedudukan dan
perubahan azimuth matahari sepanjang kajian saya. Bagi mendapatkan nilai altitude, saya
menjadikan bumbung kantin sebagai panduan untuk mengukur perubaan ketinggian aras
matahari. Daripada hasil pemerhatian yang telah saya lakukan, kedudukan matahari terbit
tidak sama dan ia berubah mengikut satu pola tertentu. Ini adalah disebabkan oleh

kecondongan paksi bumi pada 23.5 . Matahari terbit dari sebelah timur dan terbenam ke

sebelah barat. Keadaan ini adalah disebabkan oleh putara bumi pada paksinya dari barat ke
timur mengikut arah lawan jam.

Panjang siang dan malam di bumi adalah berbeza di sesuatu kawasan. Hal ini

mempunyai kaitan antara kecondongan paksi bumi iaitu pada 23.5 . Sebenarnya

kecondongan bumi inilah menyebabkan kejadian musim-musim di hemisfera utara dan


selatan serta menyebabkan siang dan malam pada hari-hari dalam musim-musim tertentu
adalah berbeza sama sekali.

Panjang siang atau malam ini adalah sebenarnya bergantung kepada ekliptik
Matahari. Contohnya, apabila seseorang itu berada pada kutub utara, pada waktu siang,
Matahari adalah tinggi di langit pada musim panas manakala rendah pada musim sejuk.
Oleh itu, cahaya Matahari pada musim sejuk adalah lebih tersebar. Seterusnya, Matahari
pada musim panas terbit dari arah timur utara dan terbenam pada arah barat utara iaitu
menghabiskan sebanyak lebih 12 jam di langit. Manakala, Matahari musim sejuk terbit pada
arah timur selatan dan terbenam pada arah barat selatan. Tempoh masa Matahari terbit dan
terbenam ini adalah kurang daripada 12 jam. Ini menyebabkan hari siang pada musim sejuk
adalah lebih pendek berbanding siang pada musim panas.

Sebaliknya, terdapat juga keadaan di Bumi di mana Matahari terbit adalah selama 24
jam malah Matahari terbenam juga 24 jam. Keadaan yang luar biasa ini adalah disebabkan
oleh kecondongan Bumi pada orbit mengelilingi Matahari. Di sebelah utara pada artic circle
bermaksud pada ketika ini Matahari boleh dilihat sepanjang musim panas. Keadaan ini
berlaku disebabkan kedudukan kutub utara Bumi yang berada hampir dengan Matahari.
Manakala waktu malam hanya berlaku pada musim sejuk disebabkan kecondongan paksi
Bumi yang menyebabkan cahaya Matahari langsung tidak diterima di bahagian ini.

Hal ini adalah berbeza sama sekali kepada bahagian-bahagian Bumi yang berada di
garisan khatulistiwa. Bumi yang berputar secara condong menyebabkan kawasan
khatulistiwa menerima cahaya Matahari hampir sama sepanjang tahun. Disebabkan inilah,
kawasan khatulistiwa tidak mengalami 4 musim serta mempunyai panjang waktu siang dan
malam yang sama. Hal ini adalah kerana Bumi berada betul-betul pada garisan equinox.

Ekliptik Matahari adalah laluan lintasan Matahari yang tidak dapat dilihat dengan
mata kasar. Altitud pula adalah ketinggian sesuatu objek atau jarak sudut sesuatu objek
relatif kepada garisan horizon. Azimuth pula adalah sudut mendatar yang dikira mengikut
arah jam daripada arah rujukan, kebiasaannya utara, dengan satu titik di garisan horizon
yang menyilangi satu titik altitud bagi objek tersebut. Rajah berikut menunjukkan bagaimana
untuk mendapatkan nilai altitude dan azimuth.
.

Ekliptik, azimuth serta altitud mempunyai perkaitan antara satu sama lain setiap hari
di tempat yang berbeza dan musim. Pertamanya, satah ekliptik mempunyai perkaitan
dengan perubahan suhu Bumi. Paksi putaran adalah 23.5 yang condong bersudut tepat
dengan satah ekliptik. hal ini berlaku kerana paksi putaran Bumi tidak berserenjang dengan
satah orbit, Paksi khatulistiwa tidak selari dengan satah ekliptik, tetapi membuat sudut kira-
kira 23 hingga 26, yang dikenali sebagai kecondongan paksi. Sudut kecondongan seperti
ini menyebabkan beberapa kawasan di Bumi mengalami berubah musim pada masa-masa
tertentu.

Rajah di atas boleh memperjelaskan lagi situasi di mana satu hemisfera adalah
sentiasa condong menghampiri Matahari manakala satu hemisfera lagi sentiasa menjauhi
Matahari. Dengan kata lain, ekliptik Matahari yang tidak selari dengan satah khatulistiwa
inilah menyebabkan ada bahagian di Bumi pada masa tertentu mengalami musim-musim
yang berbeza-beza antara satu tempat ke tempat yang lain. Hemisfera yang condong lebih
dekat kepada Matahari menerima lebih banyak sinaran Matahari dan mengalami suhu
musim panas. Manakala, hemisfera yang condong lebih jauh daripada Matahari menerima
sedikit sinar langsung dan suhu yang lebih rendah iaitu musim sejuk. Jika paksi putaran
selari atau berserenjang dengan satah ekliptik, Bumi tidak akan mengalami apa-apa musim.

Contohnya, perkara seperti ini boleh dilihat apabila hemisfera utara mengalami
musim panas manakala hemisfera selatan mengalami musim sejuk pada bulan Jun.
Keadaan ini dikenali sebagai solstis musim panas. Pada waktu ini, hemisfera utara adalah
lebih tertumpu ke arah Matahari. Perkara seperti ini boleh dilihat pada bulan Disember
sehingga Mac. Altitud dan azimuth Matahari pada ketika ini adalah berbeza antara hemisfera
selatan dan hemisfera utara. Di sebabkan kecondongan pada paksi Bumi iaitu (23.5), hal
ini menyebabkan bahagian hemisfera utara menerima cahaya Matahari lebih jauh dan
berada jauh dari Matahari berbanding hemisfera selatan iaitu pada masa ini menerima
cahaya Matahari secara dekat. Secara ringkasnya, hemisfera utara mengalami musim
sejuk, manakala hemisfera selatan mengalami musim panas pada hujung Disember, iaitu
bermula dari 21 atau 22 Disember. Musim ini dipanggil sebagai winter solstice. Solstis
berasal daripada perkataan sun dan stationary. Manakala summer solstice pada
hemisfera utara pula berlaku pada 21 atau 22 Jun.

Matahari juga dilihat berada di kedudukan atas kepala relatif kepada pemerhati yang
berada di kawasan yang berada di hemisfera selatan ini pada hujung bulan Disember ini.
Kedudukan paling tinggi ini dikenali sebagai zenith. Zenith Matahari pada jangka masa ini

berada pada altitud 90 (altitud tertinggi daripada horizon). Orang-orang yang berada di

hemisfera selatan ini akan melihat Matahari berada di kedudukan atas kepala, namun ini
tidak berlaku kepada orang-orang yang berada di bahagian khatulistiwa dan juga di
hemisfera utara.

Hal ini berlaku kerana ekliptik Matahari pada ketika ini tidak berada pada kedudukan
paling dekat dengan Khatulistiwa dan juga Hemisfera utara. Jadi bahagian yang lebih utara
daripada hemisfera selatan akan melihat altitud Matahari adalah lebih rendah kerana
Matahari tidak berada hampir dengan bahagian itu (khatulistiwa dan hemisfera utara) dan
kawasan itu tidak menerima lebih cahaya Matahari. Oleh sebab itu, orang di kawasan
khatulistiwa dan hemisfera utara melihat kedudukan Matahari adalah lebih rendah daripada

90 .

Pada bulan Mac pula, ekliptik Matahari akan berada di khatulististiwa. Hal ini
menyebabkan altitud dan azimuth Matahari relatif kepada pemerhati akan berbeza antara
pemerhati di bahagian hemisfera selatan, khatulistiwa dan juga pemerhati di hemisfera
utara. Pada bulan ini secara khususnya, hemisfera utara mengalami musim bunga atau
dipanggil sebagai spring equinox. Equinox bermaksud sama iaitu tempoh masa bagi
malam dan siang adalah sama.

Seterusnya pada 21 atau 22 Jun, ekliptik Matahari akan paling hampir di hemisfera
utara yang mana hemisfera utara akan lebih condong dan lebih dekat kepada Matahari.
Perbezaan altitud dan azimuth Matahari pada ketika ini menyebabkan perbezaan pada
bahagian-bahagian Bumi. Dengan kata lain, ketika hemisfera utara mengalami musim panas
iaitu summer solstice, hemisfera selatan pula mengalami musim sejuk. Pada bulan
September pula, Matahari berada tepat di garisan khatulistiwa. Pada ketika ini, tempoh
masa semua tempat di Bumi bagi siang dan malam adalah sama panjang. Pada bulan
September ini dipanggil sebagai fall equinox pada hemisfera utara dan spring equinox
pada hemisfera selatan.
Walaupun tidak setiap tempat di dunia mempunyai empat musim, namun terdapat
beberapa tempat di Bumi mempunyai musim yang berbeza-beza. Sesetengah orang berfikir
bahawa musim-musim berlainan adalah disebabkan oleh jarak yang berbeza-beza antara
Bumi dari Matahari kerana ia akan melalui orbitnya. Namun, perbezaan musim ini di
hemisfera utara dan di hemisfera selatan adalah disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi
mengenai Matahari, yang mengorbitnya. Planet kita mempunyai kecondongan sebanyak
23.5 kepada satah ekliptik selain azimuth dan altitud yang berbeza-beza.

Kesan peredaran Bumi mengelilingi Matahari serta kecondongan paksinya juga


menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun, iaitu musim bunga, musim
panas, musim luruh dan musim dingin. Empat musim yang nyata ini biasanya berlaku di
pertengahan garisan lintang dan tidak berlaku di kawasan tropika kerana matahari sentiasa
berada tinggi di langit. Di kawasan Garisan Artik dan Garisan Antartik, musim bunga dan
musim luruh sangat pendek, manakala musim panas dan musim sejuknya agak panjang.
Negara-negara yang mengalami kejadian empat musim yang nyata ialah Negara-Negara
Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

Musim panas ialah musim tahun yang ditakrifkan sebagai bermula dari bulan Jun
sehingga bulan September di hemisfera utara, dan dari Disember sehingga Mac di
hemisfera selatan. Bagaimanapun, mengikut adat kebiasaan metereologi, ia ditakrifkan
sebagai tiga bulan penuh antara bulan-bulan Jun dan Ogos di hemisfera utara dan antara
bulan-bulan Disember dan Februari di hemisfera selatan. Di Ireland, ia bermula seawal 1
Mei, tetapi di banyak negara, ia dianggap bermula pada 1 Jun, walaupun terdapat juga
negara-negara yang memulakannya selewat 1 Julai. Secara am, perubahan-perubahan
musim berlaku lebih awal di kawasan-kawasan pantai dan oleh itu, kawasan-kawasan yang
terletak berhampiran dengan lautan akan memulakan musim panas lebih awal daripada
kawasan-kawasan pedalaman. Musim panas biasanya dilihatkan sebagai musim yang
mempunyai hari yang paling panjang dan paling panas dalam tahun kerana waktu siangnya
lebih panjang pada tahap yang berbeza-beza. Di bahagian-bahagian Asia Selatan dan
Tenggara yang mengalami monsun, musim panas dikatakan berlaku antara Mac hingga Mei
atau awal Jun, iaitu waktu terpanas dalam tahun tersebut, yang diakhiri dengan musim
hujan. Musim panas juga adalah musim kebanyakan tumbuhan menghasilkan buah dan
sayuran.

Musim sejuk atau musim dingin adalah salah satu daripada empat musim di zon
beriklim sederhana. Kalendar Barat mengikut pemahaman astronomi menyatakan bahawa
musim sejuk bermula pada solstis musim sejuk dan berakhir pada ekuinoks musim bunga.
Jika dihitung secara meteorologi, musim sejuk bermula dan tamat lebih awal daripada
tarikh-tarikh tersebut (biasanya pada permulaan bulan yang ada ekuinoks atau solstis
berkenaan) dan merupakan musim yang paling singkat waktu siangnya dan paling rendah
suhunya. Apapun, musim sejuk menampakkan cuaca sejuk dan, terutamanya di latitud atau
altitud lebih tinggi, salji dan ais. Suhu purata terendahpada musim ini biasanya dialami pada
bulan Januari di hemisfera utara manakala di hemisfera selatan di bulan Julai.

Musim Bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon sederhana,
serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas.
Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di hemisfera utara dan September,
Oktober, dan November di hemisfera selatan. Musim bunga bermula di Vernal Ekuinoks
pada 20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara dan 22 September 22 atau 23 Septermber di
hemisfera selatan dan bertahan sehinggalah 21 atau 22 Jun di hemisfera utara dan 21 atau
22 Disember di hemisfera selatan.

Musim Luruh atau Musim Gugur adalah salah satu dari empat musim di daerah
beriklim sederhana. Musim ini adalah musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk.
Dalam zon berhawa sederhana, musim luruh adalah musim di mana kebanyakan tumbuhan
menggugurkan daun-daun mereka. Ia juga merupakan musim di mana hari siang bertambah
pendek dan bercuaca dingin terutama di latitud utara. Secara astronomi, ia bermula dengan
ekuinoks pada 23 September di hemisfera utara dan 21 Mac di hemisfera selatan, dan
berakhir pada solstis musim dingin pada 21 Disember di hemisfera utara dan 21 Jun di
hemisfera selatan. Namun, meteorologis menghitung bulan-bulan Mac, April, dan Mei di
hemisfera selatan, dan September, Oktober, dan November di hemisfera utara sebagai
Musim Luruh. Suatu pengecualian definisi ini ditemukan di Kalendar Ireland di mana mereka
masih mengikuti putaran Celtic, di mana musim gugur dihitung dari bulan-bulan Ogos,
September, dan Oktober. Ringkasan mengenai kejadian 4 musim adalah seperti berikut:

Tarikh Keduduka Kejadia Musim yang Dialami Tempoh Siang dan Malam
n Matahari n
Hemisfera Hemisfera
Utara Selatan
21 Mac Tegak di Ekuinoks Musim Musim Siang dan malam sama
Garis bunga luruh panjang
Khatulistiwa (Feb-Apr) (Feb-Apr)

21 Jun Tegak di Solstis Musim Musim Kutub Utara 24 jam siang.


Garis panas Dingin Kutub Selatan 24 jam malam.
Sartan (Mei-Jun) (Mei-Jun) (Siang lebih panjang di
(Hemisfera Hemisfera Utara)
Utara)

23 Tegak di Ekuinoks Musim Musim Siang dan malam sama


Sept Garisan luruh bunga panjang
Khatulistiwa (Ogs-Okt) (Ogs-Okt)

22 Dis Tegak di Solstis Musim Musim Kutub Utara 24 jam malam


Garisan dingin panas Kutub Selatan 24 jam siang
Jadi (Nov-Jan) (Nov-Jan) (siang lebih panjang di
(Hemisfera Hemisfera Selatan)
Selatan)
Kesimpulan:

Matahari terbit dari timur dan terbenam ke barat. Tetapi tempat terbit Matahari tidak
sama pada setiap hari kerana kecondongan paksi Bumi iaitu pada 23.5. Kecondongan
paksi Bumi juga menyebabkan panjang siang dan malam di Bumi adalah berbeza pada
sesuatu kawasan. Selain itu juga, kejadian 4 musim di hemisfera utara dan hemisfera
selatan juga disebabkan kecondongan paksi Bumi semasa mengelilingi Matahari.

Dalam sistem koordinat geosentrik, Matahari disifatkan beredar di satah ekliptiknya


pada arah timur. Sebenarnya keadan ini adalah kesan daripada peredaran Bumi
mengelilingi Matahari. Oleh kerana putaran Bumi berlaku pada sudut 23.5 daripada paksi
tegaknya, maka satah ekliptik Matahari juga condong pada sudut tersebut. Perubahan
kedudukan Matahari pada satah ekliptik boleh dikesan berdasarkan latar belakang zodiak
bintang yang berlainan pada sepanjang tahun. Pergerakan ini memberi kesan terhadap
perubahan musim di Bumi. Pada 21 Mac setiap tahun, Matahari berada di buruj hamal
(Aries) yang menandakan permulaan musim panas di hemisfera utara Bumi. Pada 22 Jun,
Matahari berada pada kedudukan maksimum langit utara iaitu 23.5, menandakan
permulaan solstis musim panas. Pada 23 September, Matahari melintasi garisan
khatulistiwa. Peristiwa ini dinamakan ekuinoks musim luruh. Matahari akan berada pada
kedudukan langit selatan pada 22 Disember serentak dengan musim dingin bagi negara-
negara di hemisfera utara. Selepas ini Matahari akan bergerak menuju khatulistiwa dan
berada berada semula di titik ekuinoks pada 21 Mac. Dengan ini lengkap satu pusingan
Matahari beredar di ekliptiknya yang mengambil masa 365.24219 hari (365 hari 5 jam 48
minit 45.3 saat) tempoh masa ini dinamakan tahun tropika yang menjadi asas kepada
penyediaan taqwim syamsiah..
Rujukan

Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. (2006). Longman Teks Pra-U STPM Geografi Alam
Sekitar Fizikal. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ini Buktinya Matahari akan Terbit dari Barat. (2015). Diperoleh daripada 29 Mac 2016
daripada http://makassar.tribunnews.com/2015/04/17/ini-buktinya-matahari-akan-
terbit-dari-barat

Mengapa Matahari Berwarna Merah Saat Terbit dan Terbenam. (2013). Diperoleh pada 30
Mac 2016 daripada http://www.ceritakecil.com/ilmu-pengetahuan-
dasar/artikel/Mengapa-matahari-berwarna-merah-saat-terbit-dan-terbenam-4

Ana Diah. (2013). Sistem Suria. Dilayari pada 30 Mac 2016 daripada
http://sistem8suria.blogspot.my/p/blog-page.html

Anda mungkin juga menyukai