Anda di halaman 1dari 1

Masalah pencapaian yang rendah dalam suatu topik matematik seringkali dihadapi oleh

pendidik matematik. Kesilapan konsep matematik adalah jawapan yang diperoleh guru dalam
mengenal pasti punca-punca kelemahan murid dalam suatu topik matematik. Murid sering
memperoleh tahap pencapaian yang rendah dalam topik nombor perpuluhan Pembelajaran nombor
perpuluhan sukar difahami dan seringkali dianggap sukar oleh murid-murid. Ini adalah disebabkan
murid terkeliru dengan cara penyebutan nombor perpuluhan kerana mengalami masalah dalam
istilah matematik. Justeru, pemahaman konsep nombor perpuluhan perlu diberi perhatian oleh para
guru matematik. Kegagalan memahami konsep dalam sesuatu topik merupakan faktor utama dalam
pencapaian matematik . Oleh sebab itu, kegagalan pelajar dalam menguasai konsep nombor
perpuluhan menjadi faktor penghalang pemahaman murid dalam topik ini. Guru matematik harus
memberi penekanan terhadap topik ini bagi memastikan kemahiran dalam topik perpuluhan dapat
dikuasai dengan sepenuhnya Hal ini mendorong saya membina satu inovasi digital yang bertujuan
untuk menyelesaikan masalah pelajar dalam penyelesaian yang membabitkan penambahan nombor
perpuluhan, penolakan nombor perpuluhan dalam kalangan murid

Nombor perpuluhan dan operasi ke atas nombor perpuluhan adalah antara tajuk-tajuk yang
didapati sukar oleh pelajar-pelajar (Carpenter et. al; 1981; Hart, 1981; Hiebert & Wearne; 1986; Aida
Suraya, 1991). Salah satu faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar menghadapi kesukaran adalah
kekurangan pengetahuan konseptual yang diperlukan. Pengetahuan konseptual merujuk kepada
kebolehan murid untuk membuat perkaitan antara maklumat-maklumat yang dipelajari (Hiebert &
Wearne, 1986). Kekurangan pengetahuan konseptual menyebabkan pelajar-pelajar ini terpaksa
memilih untuk menghafal petua dan prosedur berkaitan nombor perpuluhan (Bell, Swan & Taylor,
1981; Fishbein et. aI., 1985; Nesher & Peled, 1986). Petua dan tugas selalunya dikaitkan dengan ciri-
ciri luaran sesuatu tugas dan bukan konsep asas.

Anda mungkin juga menyukai