Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 2: Penghasilan Produk

Tajuk : Pengawetan kering - Pokok Misai Kucing

Pengenalan :

Untuk pengawetan kering, spesimen tidak direndam dalam sebarang bahan


pengawet. Walau bagaimanapun, spesimen yang diawet secara kering tidak boleh bertahan
lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi perhatian. Tempat
penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran sebarang perosak.

Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara
pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan. Koleksi spesimen
tumbuhan-tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil
herbarium.

Herbarium merupakan suatu spesimen dari bahan tumbuhan yang telah dimatikan
dan diawetkan melalui cara tertentu dan dilengkapi dengan data-data mengenai tumbuhan
tersebut. Herbarium memiliki beberapa fungsi, iaitu sebagai rujukan, dokumentasi dan
sebagai pusat penyimpanan data. Herbarium merupakan sumber rujukan tiga dimensi,
herbarium bukan hanya mendefinisikan suatu tumbuhan, namun segala sesuatu dari
tumbuhan berkenaan. Herbarium yang baik selalu mempunyai maklumat seperti nama
saintifik dan nama tempatan tumbuhan berkenaan, nama pengumpul, serta dilengkapi
keterangan lokasi asal spesimen dan keterangan tumbuhan tersebut untuk kepentingan
penelitian dan identifikasi.
Kelebihan herbarium kering adalah dapat bertahan lama sedangkan kelemahan
herbarium kering mudah rosak jika tidak dijaga, memerlukanbiaya yang besar dan tidak
dapat diakses dari jarak jauh. Waktu yang diperlukan untuk melakukan pembuatan
herbarium minimal selama 4 minggu, agar mendapatkan hasil yang baik. Faktor-faktor
yangmempengaruhi koleksi herbarium adalah tempoh masa pembuatan herbarium, tempat
penyimpanan dan faktor lingkungan seperti suhu.

Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering kebanyakkannya tumbuhan


berkayu yang boleh diawetkan terutama daun dan bunganya untuk dijadikan spesimen
herbarium. Keadaan ini adalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika disimpan
dikendalikan dengan sempurna. Kebiasaannya, pengawetan dalam bentuk kering ini adalah
sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah. Tumbuhan yang terpilih untuk
diawet secara kering ialah pokok misai kucing kerana ianya mempunyai banyak kegunaan
perubatan.

Tujuan:

Untuk mengawet tumbuhan secara kering

Alat dan Radas:

1. Sejenis spesimen tumbuhan (Pokok misai kucing)


2. Kertas akbar lama
3. Papan lapis
4. Pemberat (bata)

Prosedur:

Pengawetan tumbuhan melibatkan proses-proses berikut:

1. Pengumpulan mengumpul tumbuhan


Spesimen yang sesuai seeloknya
yang mempunyai daun, akar, buah
atau bunga yang segar dan sihat
dipilih.
Tumbuhan itu dipastikan supaya
bersaiz kecil dan tidak melebihi
kertas A4 yang digunakan.
2. Penekanan menekan / mengapit tumbuhan
Spesimen disusun secara mendatar
di antara kertas akhbar lama.
Bahagian seperti daun dan bunga
pastikan terbuka untuk mudah dilihat.
Bahagian daun perlu diselang-selikan
antara bahagian yang terlentang dan
tertiarap.
Papan lapis diletakkan di bahagian
atas dan bawah susunan spesimen
itu. Untuk menambah tekanan,
pemberat diletakkan di bahagian atas
susunan.
3. Pengeringan mengeringkan tumbuhan
Bahagian-bahagian daun dan bunga
biasanya cepat kuncup dan layu,
oleh itu, spesimen dikeringkan dalam
udara biasa tetapi kertas akhbar
mestilah sentiasa ditukar selang
sehari dan berat pemberat sentiasa
ditambah selama kira-kira 2 minggu.
Proses ini dilakukan sehingga
spesimen betul-betul kering.
4. Pemanjangan menyusun dan melekat
Spesimen yang kering disusun
5. Pengelasan mengenalpasti spesimen
Rujukan dibuat untuk mengenalpasti
spesimen daripada internet yang
banyak memberikan maklumat.
6. Pelabelan melabel herbarium
Spesimen tadi dilabel dengan tepat
seperti nama saintifik, nama am,
nama keluarga, ciri-ciri dan
kegunaan.
Label diletakkan pada satu sudut
herbarium itu (bahagian bawah).

Penyimpanan menyimpan herbarium


Spesimen yang telah siap dilabel,
bertujuan untuk menjaga spesimen
daripada rosan dan tahan lama.
Spesimen kemudian disimpan elok
dan disusun kemas.
Untuk memastikan herbarium tahan
lama, ia hendaklah sentiasa disimpan
dalam keadaan yang gelap, kering
dan sejuk.

Gambarajah berlabel yang lengkap:

Bunga

Daun

Dahan

Perbincangan:
Tumbuhan yang terpilih untuk diawet secara kering ialah Pokok Misai Kucing
kerana ianya mempunyai banyak kegunaan perubatan. Pokok Misai Kucing ialah pokok
herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia
merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai
kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga
mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai
pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga
berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing
berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun
pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai
Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3
hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan
tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan
sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah
pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang
sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu
menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Hampir keseluruhan bahagian Pokok Misai Kucing boleh digunakan. Kehebatan


penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat
seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin,
kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid.
Pokok Misai Kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan
mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain itu, ia juga dapat membantu tubuh badan
kita mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Ia juga tidak mendatangkan
masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Tambahan pula, ia
dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain
dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and
nephritis, arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah).Pokok Misai Kucing
terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar
kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth
muscle pada dinding organ dalaman di samping sifat antiseptiknya.

Kesimpulan:

Bagi pengawetan tumbuhan secara kering, spesimen tidak direndam dalam


sebarang bahan pengawet. Walau bagaimanapun, spesimen yang diawet secara kering
tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi
perhatian.

Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara
pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan. Koleksi spesimen tumbuh-
tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil
herbarium.
Rujukan

Farah Hidayah. (2013). Khasiah dan Manfaat Pokok Misai Kucing. Dilayari pada 3
September 2016 daripada http://risyanajwa.blogspot.my/2013/09/khasiat-manfaat-
pokok-misai-kucing.html

Khasiat Herba untuk Kesihatan. Dilayari pada 2 September 2016 daripada


http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pokok-misai-kucing.html

Mie Gombak. (2016). Khasiat Pokok Misai Kucing. Dilayari pada 3 September 2016
daripada http://rayyanhaikkal.blogspot.my/2016/01/khasiat-pokok-misai-kucing.html

Pokok Misai Kucing. Dilayari pada 2 September 2016 daripada


https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Misai_Kucing

Anda mungkin juga menyukai