Anda di halaman 1dari 10

AMALI : PENGAWETAN SPESIMEN TUMBUHAN SECARA KERING

PENGENALAN :

Untuk pengawetan kering, spesimen tidak direndam dalam sebarang


bahan pengawet. Walau bagaimanapun, spesimen yang diawet secara
kering tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan
berterusan kurang diberi perhatian. Tempat penyimpanan harus kering,
gelap, bebas daripada kehadiran sebarang perosak.

Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai


sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat
dikekalkan.

Koleksi

spesimen

tumbuh-tumbuhan

yang

dikeringkan,

disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium.

Herbarium merupakan istilah yang pertama kali digunakan oleh Turnefor


(1700) untuk tumbuhan ubat yang dikeringkan sebagai koleksi. Luca Ghini
(1490-1550) seorang Professor Botani di Universitas Bologna, Italia adalah
orang pertama yang mengeringkan tumbuhan di bawah tekanan dan
melekatkannya di atas kertas serta mencatatnya sebagai koleksi ilmiah.

Herbarium berasal dari kata hortus dan botanicus, ertinya kebun botani
yang dikeringkan. Secara ringkasnya herbarium adalah koleksi spesimen
yang telah dikeringkan, biasanya disusun berdasarkan sistem klasifikasi
(Onrizal, 2005).

Herbarium merupakan suatu spesimen dari bahan tumbuhan yang telah


dimatikan dan diawetkan melalui cara tertentu dan dilengkapi dengan
data-data mengenai tumbuhan tersebut. Herbarium memiliki beberapa
fungsi,

iaitu

sebagai

rujukan,

dokumentasi

dan

sebagai

pusat

penyimpanan data. Herbarium merupakan sumber rujukan tiga dimensi,


herbarium bukan hanya mendefinisikan suatu tumbuhan, namun segala
sesuatu

dari

tumbuhan

berkenaan.

Herbarium

yang

baik

selalu

mempunyai maklumat seperti nama saintifik dan nama tempatan


tumbuhan berkenaan, nama pengumpul, serta dilengkapi keterangan
lokasi

asal

spesimen

dan

keterangan

tumbuhan

tersebut

untuk

kepentingan penelitian dan identifikasi.

Kelebihan herbarium kering adalah dapat bertahan lama sedangkan


kelemahan herbarium kering mudah rosak jika tidak dijaga, memerlukan
biaya yang besar dan tidak dapat diakses dari jarak jauh. Waktu yang
diperlukan untuk melakukan pembuatan herbarium minimal selama 2
minggu,

agar

mendapatkan

hasil

yang

baik.

Faktor-faktor

yang

mempengaruhi koleksi herbarium adalah tempoh masa pembuatan


herbarium, tempat penyimpanan dan faktor lingkungan seperti suhu.
Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering kebanyakkannya
tumbuhan berkayu yang boleh di awetkan terutama daun dan bunganya
untuk dijadikan spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan
boleh

disimpan

dengan

lama

jika

disimpan

dikendalikan

dengan

sempurna. Kebiasaannya, pengawetan dalam bentuk kering ini adalah


sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah. Tumbuhan yang

terpilih untuk diawet secara kering ialah pokok paku pakis kerana ianya
mudah didapati.

PROSES PENGAWETAN TUMBUHAN SECARA KERING.

Pengawetan tumbuhan dilakukan melibatkan proses-proses berikut:

1.

Pengumpulan

Spesimen tumbuhan yang dipilih dan di pungut ialah Pokok Paku pakis.
Spesimen ini telah

diambil

di

Kampung

Lanai

Kupang

Kedah.

Spesimen yang diambil dipastikan segar dan sihat. Beberapa bahagian


penting juga dikenal pasti

terdapat

pada

tumbuhan

dikumpul.

Antaranya daun, batang dan akar.

2.

Penekanan

Selepas spesimen pokok paku pakis dikumpulkan, spesimen telah disusun


secara mendatar di antara surat khabar lama. Setiap bahagian tumbuhan
dipastikandiletak

elok

dan

terkembang

agar

mudah

dilihat.

Kemudiannya lagi,bahagian daun juga diselang selikan antara bahagian


yang terlentang dan tertiarap. Selepas spesimen tumbuhan disusun rapi,
sekeping papan nipis

diletakkan di bahagian atas dan bawah susunan

spesimen. Kemudiannya,

spesimen itu diketatkan di antara papan

nipis lain menggunakan alat pengetat.

Setelah

ditekan, spesimen itu kemudiannya di bawa ke bilik


lagi menggunakan alat pemberat lain.

seminggu
untuk

spesimen
ditekankan

3.

Pengeringan

Pengeringan spesimen dilakukan di bawah alat tekanan dan alat


pemberat. Pemberat dan alat tekanan digunakan membantu menekan
dan mengeluarkan cecair di dalam spesimen untuk menjadi kering. Surat
khabar yang digunakan untuk mengalas spesimen turut ditukar selang
seminggu.

4.

Pemanjangan (Susun dan Lekat)

Setelah spesimen kering, spesimen diletakkan di atas mounting board


yang berwarna putih berukuran 30 x 40 cm. Warna cerah seperti putih
digunakan bertujuan agar bahagian-bahagian tumbuhan itu jelas dapat
dilihat. Spesimen dilekatkan di atas mounting board menggunakan gam
(glue stick).

5.

Pengelasan

Dalam mengenalpasti spesimen, pengumpul telah pun melakukan


beberapa rujukan dan pencarian maklumat dari pelbagai sumber.
Antaranya daripada sumber internet yang banyak memberikan maklumat
yang mencukupi. Selepas, maklumat diperolehi, tumbuhan spesimen
dapat dikenalpasti dan diketahui
kegunaannya serta lain-lain lagi.

6.

Pelabelan

dari segi nama, ciri-ciri, sifat dan

Selepas pemerolehan maklumat mengenai spesimen dibuat, spesimen


pokok paku pakis dilabelkan. Segala maklumat dijadualkan dan dilabelkan
di sebelah kanan bawah spesimen.

7.

Penyimpanan

Spesimen yang telah siap dilabel dibalut kemas dengan plastik lutsinar
agar bertujuan untuk menjaga spesimen daripada rosak dan tahan lama.
Spesimen kemudiannya disimpan elok dan disusun kemas.

AMALI : PENGAWETAN KERING

Tajuk : Pengawetan Spesimen Tumbuhan Secara Kering


Tujuan : Untuk mengawet tumbuhan secara kering
Bahan/Radas :
1. Sejenis spesimen tumbuhan (Paku pakis)
2. Kertas akhbar lama
3. Papan lapis
4. Tali
5. Pemberat (bata)
6. Kertas tebal (mounting board), pembalut plastik, gam (glue stick)
Prosedur :
Pengawetan tumbuhan melibatkan proses-proses berikut :
1. Pengumpulan mengumpul tumbuhan

Memilih spesimen yang sesuai


seeloknya yang mempunyai
daun, akar, buah atau bunga
yang segar dan sihat.

Memastikan tumbuhan itu


bersaiz kecil dan tidak
melebihi kadbord yang
digunakan.
2. Penekanan menekan / mengapit tumbuhan

Menyusun spesimen secara


mendatar di antara kertas
akhbar lama. Bahagian
seperti daun dan bunga
pastikan terbuka untuk
mudah dilihat. Bahagian daun
perlu diselang-selikan antara
bahagian yang terlentang dan
tertiarap.

Meletakkan papan lapis di


bahagian atas dan bawah
susunan spesimen itu. Untuk
menambah tekanan, ketatkan
ikatan di antara papan lapis
dan letakkan pemberat di
bahagian atas susunan.
3. Pengeringan mengeringkan tumbuhan

Mengeringkan tumbuhan di
bawah cahaya matahari
selama kira-kira 2 minggu.
Kertas akhbar mestilah
sentiasa ditukar selang dua
hari.

Pengeringan spesimen
dilakukan di bawah alat
tekanan dan alat pemberat.
Pemberat dan alat tekanan
digunakan membantu
menekan dan mengeluarkan
cecair di dalam spesimen

untuk menjadi kering.

Proses ini dilakukan sehingga


spesimen betul-betul kering.

4. Pemanjangan menyusun dan melekat

Menyusun spesimen yang


telah kering di atas kertas
mounting board yang
berwarna putih berukuran
30x40 cm.

Melekatkan spesimen
menggunakan gam (glue
stick).

5. Pengelasan mengenalpasti spesimen

Membuat rujukan untuk


mengenalpasti spesimen
daripada internet yang
banyak memberikan
maklumat.

6. Pelabelan melabel herbarium

Melabel spesimen tadi dengan


tepat seperti nama saintifik,
nama tempatan, lokasi
ditemui, nama pengumpul,
dan tarikh.

Label diletakkan pada satu


sudut herbarium itu (bahagian

bawah).

7. Penyimpanan menyimpan herbarium

Spesimen yang telah siap


dilabel,dibalut kemas dengan
plastik lutsinar bertujuan
untuk menjaga spesimen
daripada rosak dan tahan
lama. Spesimen kemudiannya
disimpan elok dan disusun
kemas.

Untuk memastikan herbarium


tahan lama, ia hendaklah
sentiasa disimpan dalam
keadaan yang gelap, kering
dan sejuk.

Perbincangan :
PAKU-PAKIS SECARA UMUM
Paku-pakis

(pteridofit)

merupakan

golongan

tumbuhan

bervaskular,

mempunyai floem dan xilem, dan tidak mengeluarkan bunga, biji atau
buah, tetapi menghasilkan beriburibu spora yang terbentuk di dalam
pundi spora yang dikenali sebagai sporangium. Setiap sporangium
dipenuhi dengan spora-spora mikroskopik dan kumpulan sporangium ini
membentuk tompokan bulat, berbentuk hati ataupun tersusun secara
memanjang di bahagian permukaan bawah (abaksial), hujung atau tepi
daun.
Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sorus dan ia dilindungi oleh
indusium padasesetengah spesies. Apabila matang, spora yang kelihatan
seperti debu-debu halus ini akan bebas dan disebarkan. Satu lagi ciri unik
yang dapat membezakan paku-pakis daripada tumbuhan lain ialah

kewujudan 'krozier'. Krozier ini merupakan fron mudayang bergulung


seperti cangkuk ataupun gelungan tali (Wee 1997).
EKOLOGI PAKU-PAKIS
Tumbuhan paku-pakis boleh hidup di pelbagai habitat di seluruh dunia
kecuali dikawasan kutub yang diliputi ais sepanjang tahun. Daripada lebih
kurang 12,000 spesies paku-pakis yang direkodkan, 65% daripadanya
dipercayai terdapat di kawasan tropika. Kadar curahan hujan yang tinggi
serta tahap dedahan cahaya matahari merupakan antara faktor kekayaan
tumbuhan paku-pakis di kawasan tropika terutamanya di kawasankawasan pergunungan dan juga kawasan hutan semulajadi.
Paku-pakis terestrial di kawasan terdedah
Paku-pakis jenis ini biasanya mudah dijumpai di sekeliling kita samada
hidup secara bersendirian ataupun memhentuk semak. Ianya dapat
beradaptasi pada persekitaran kering yang berpanjangan dan mempunyai
fron yang lebih tebal dan keras.

Paku-pakis terestrial di kawasan terlindung


Secara keseluruhannya, spesies yang hidup di kawasan terlindung
biasanyamempunyai daun yang lebih nipis. Mereka banyak ditemui di
kawasan yangteduh seperti di pinggir hutan dan di lantai hutan yang
mempunyai kadarkelembapan yang tinggi.

Paku-pakispemanjat
Paku-pakis jenis ini mempunyai rizom yang kurus dan menjalar di atas
tanahserta memanjat pangkal dan batang-batang pokok. Ia bukan sejeni
sepifit kerana akarnya berada di dalam tanah.

Epifit
Tumbuhan paku-pakis ini hidup atau menumpang pada permukaan batang
atau cahang pokok. Bagi paku-pakis epifit, ia hidup dengan berpaut pada
kulit

kayu pokok

sahaja

dan tidak

bersifat parasit

kerana

ianya

mengumpul makanan dan aimya sendiri.

Kesimpulan :
Bagi pengawetan tumbuhan secara kering, spesimen tidak
direndam dalam sebarang bahan pengawet. Walau bagaimanapun,
spesimen yang diawet secara kering tidak boleh bertahan lama sekiranya
langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi perhatian.
Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai
sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat
dikekalkan. Koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan,
disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium.

Anda mungkin juga menyukai