Anda di halaman 1dari 10

KESUKARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN ANALISIS KESILAPAN

NEWMAN
PENGENALAN

Pengajaran pengetahuan matematik sering kali dihubungkaitkan dengan asas


mengenal nombor bagi meningkatkan pengajaran konsep matematik. Mengikut Valsa
Koshy (2003), sesi pengajaran konsep matematik merupakan satu usaha yang
kompleks. Melalui asas mengenal nombor ini, guru pemulihan khususnya dapat
mengaplikasikan kemahiran semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain itu,
murid dapat membina pertalian antara fahaman tak formal dan intuitif dengan bahasa
matematik iaitu tatatanda, simbol, persetujuan dan istilah matematik yang sering
dikaitkan sebagai abstrak. Konsep-konsep nombor dan operasi asas amat penting bagi
memahami konteks dalam mata pelajaran matematik di sekolah rendah.
Walau bagaimanapun, matematik yang sering kali disebut queen of sciences ini
kerap menjadi mata pelajaran paling tidak diminati oleh murid-murid dan prestasi
menjadi lemah serta merudum. Kelemahan dalam matematik sebenarnya berpunca
daripada salah tanggapan dan kesukaran dalam pembelajaran matematik itu sendiri.
Tulisan ini memfokuskan salah tanggapan yang berlaku melibatkan tiga orang
murid atau responden terpilih melibatkan kesukaran pembelajaran matematik.
Penyelesaian, langkah-langkah, dan strategi termasuklah aktiviti sesuai bagi mengatasi
masalah ini turut dibincangkan. Seterusnya, keperluan ujian diagnostik dan analisis
kesilapan Newman sebagai alat bantu yang sangat efektif dalam mengatasi salah
tanggapan dan kesukaran dalam matematik juga dihurai dalam tulisan ini.
tiga jenis kesukaran belajar yang boleh dikesan menggunakan Analisis Kesilapan
Newman
Saya memilih 3 orang responden iaitu murid arus perdana untuk diuji tentang
kesukaran pembelajaran matematik dan salah tanggapan yang berlaku terhadap mata
pelajaran tersebut. Soalan-soalan diberikan dan masa tertentu telah diperuntukkan
1

supaya pada akhirnya, dapatan atau hasil dapat dianalisis dengan baik. Kesukarankesukaran ini akhirnya dicadangkan strategi dan langkah-langkah sesuai untuk
mengatasinya.
Salah tanggapan ialah masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka. Prosedur
yang saya gunakan untuk menganalisis kesukaran pembelajaran matematik dan salah
tanggapan ini adalah melalui hasil ujian yang dijalankan semasa praktikum fasa kedua
dan pemerhatian ke atas murid tersebut.
1. Permasalahan dan salah tanggapan matematik (responden pertama)
Responden pertama, Ahmad Safwan telah mengalami beberapa kesukaran
dalam mata pelajaran matematik apabila diberikan soalan. Rumusan keseluruhan bagi
permasalahan ini sebagaimana berikut:

i)

Pemahaman yang kurang lengkap dalam fakta-fakta nombor

Responden pertama tidak mampu melakukan komputasi asas apabila tidak


berupaya menterjemahkan masalah tersebut ke dalam ayat matematik dengan tepat.
Murid gagal untuk mengingati kembali dengan efisien fakta-fakta asas seperti ini
termasuklah kelemahan bagi mengaplikasikan simbol operasi asas. Murid kelihatannya

seolah-olah tidak memahami soalan dan akhirnya gagal menentukan operasi yang betul
dan merancang cara mencari penyelesaian.
Kelemahan dalam komputasi/ pengiraan

Harfiahnya, responden seolah-olah memahami konsep matematik tetapi tidak


konsisten dalam pengiraan. Responden melakukan kesilapan dengan menggunakan
teknik penyelesaian operasi yang salah. Dalam konteks soalan yang diberikan ini, murid
juga kurang teliti dalam mencari jumlah bagi hasil darab.

ii)

Kesukaran dalam memindahkan pengetahuan

Responden kurang berkemahiran dalam pemindahan konsep matematik yang


abstrak atau aspek konseptual dengan kenyataan. Kefahaman mengenai perwakilan
simbol adalah penting bagi murid mengingati sesuatu konsep dan hal ini tidak berlaku
3

kepada murid ini. Dia cenderung untuk tidak memahami soalan dan permasalahan
matematik, seterusnya tidak dapat menggunakan simbol secara tepat untuk
menyelesaikannya.

2. Permasalahan dan salah tanggapan matematik (responden kedua)


Responden kedua, Nur Farhana juga telah mengalami beberapa kesukaran
dalam mata pelajaran matematik apabila diberikan soalan. Secara umumnya, salah
tanggapan yang dimiliki oleh murid ini lebih kurang sama sahaja dengan
kecenderungan yang dilakukan oleh murid pertama. Rumusan keseluruhan bagi
permasalahan yang terpilih merujuk kepada setiap soalan diberikan ini sebagaimana
berikut:
i)

Masalah membuat perkaitan

Responden ini mungkin telah mengalami kesukaran untuk membuat perkaitan


dalam pengalaman matematik. Responden menghadapi kesukaran untuk membuat
4

perkaitan antara nombor dengan kuantiti seterusnya menyukarkan murid untuk


mengingat kembali dan membuat aplikasi dalam situasi yang baru. Dalam konteks
soalan di atas, murid sepatutnya membuat operasi darab tetapi melakukan kesilapan
kerana menggunakan operasi bahagi dan murid tidak memahami masalah matematik
yang diajukan.

ii)

Kefahaman yang kurang lengkap mengenai bahasa matematik

Bagi soalan ini, saya cenderung untuk membuat hipotesis bahawa kelemahan
murid menyelesaikan permasalahan disebabkan kurang mahir membaca, menulis, atau
bercakap dan sememangnya latar belakang responden pernah belajar di kelas
pemulihan. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah atau
terminologi tidak dapat dicerap dengan baik oleh mereka di bilik matematik. Contohnya,
soalan ini mengandungi istilah bagi berat iaitu kilogram dan gram yang mungkin tidak
diingati konsepnya. Jadi, responden gagal untuk memahami masalah dan tidak
berupaya menentukan operasi dengan betul.

iii)

Kurang kosentrasi dan fokus dalam menyelesaikan masalah matematik

Responden tidak memiliki konsentrasi ketika proses menjawab soalan


dijalankan. Murid hilang konsentrasi apabila merasakan bahawa soalan menjadi
semakin sukar dan semakin susah untuk difahami. Maka, apabila konsentrasi sudah
hilang atau kurang, sudah pasti mereka akan membuat kesilapan kerana mereka tidak
memberikan tumpuan, malahan bersikap sambil lewa untuk menyelesaikan masalah.
Secara tidak langsung, dalam konteks ini, responden gagal memahami masalah kerana
sepatutnya tidak operasi darab untuk mencari jumlah.
3

Permasalahan dan salah tanggapan matematik (responden ketiga)


Responden ketiga, Atiqullah turut mengalami beberapa kesukaran dalam mata

pelajaran

matematik

apabila

diberikan

soalan.

Rumusan

keseluruhan

bagi

permasalahan yang terpilih merujuk kepada setiap soalan diberikan ini sebagaimana
berikut:

i)

Tidak berminat menyelesaikan soalan matematik yang sukar

Masalah responden ketiga ini ialah ketidakupayaan untuk memahami kehendak


soalan dan gagal menentukan operasi yang harus digunakan. Saya mentafsirkan
masalah ini berkaitan dengan minat yang tidak mendalam terhadap subjek matematik.
Apabila saya mengedarkan soalan kepadanya, kelihatan responden tidak berminat dan
cuba berbuat bising. Oleh itu, jika sudah tersemai perasaan tidak berminat untuk
menyelesaikan soalan matematik, sudah pasti mereka akan menjawabnya dengan
sambil lewa. Maka umumnya, bagi responden ketiga ini, kesilapan dalam pembelajaran
matematik berpunca daripada minatnya sendiri.

ii)

Tidak memahami kehendak soalan

Responden ketiga juga mengalami masalah untuk memahami kehendak soalan


dan bersikap pasif. Dia mengambil masa terlalu lama pada satu-satu soalan walhal
tidak memahami apa yang ditanya. Apabila konsep matematik dan soalan tidak
difahami, maka dari sinilah kesilapan komputasi akan berlaku. Kadar kefahaman yang
amat rendah boleh menyebabkan kesilapan dalam pengiraan. Dalam konteks ini,
responden tidak memahami soalan yang disoal dan tidak guna operasi darab untuk
mencari jawapan sedangkan soalan berkaitan jelas dengan topik pendaraban.

iii)

Kecuaian dalam memahami idea matematik secara keseluruhan

Kesilapan yang dilakukan responden juga sering kali kerana kecuaian dalam
memahami idea matematik. Responden mahu menjawab dengan cepat sehingga
tersalah kira. Dalam isu soalan di atas, operasi yang digunakan adalah betul, tetapi
murid gagal mencari jumlah yang tepat kerana sikap cuai berlaku dalam diri sendiri.

Rancangkan satu sesi temu bual menggunakan Analisis Kesilapan Newman bagi
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah
berperkataan.
Menyamakan penyebut dalam menjawab soalan penolakan pecahan nombor
bercampur merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh murid. Kajian ini
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan penolakan
nombor bercampur yang melibatkan proses pengumpulan semula. Data dikumpulkan
menggunakan instrumen ujian pra dan pos, temu bual dan pemerhatian secara
berstruktur. Dapatan hasil analisis data akan dijadikan perbandingan sebelum dan
selepas kaedah "mixed written method" diperkenalkan. Hasilnya, seramai 4 daripada 7
orang sampel berjaya menjawab semua soalan ujian pos dengan betul manakala tiga
orang lagi masing masing dengan satu kesalahan sahaja.
Bahasa matematik berbeza dengan bahasa yang digunakan seharian kerana
terdapat istilah matematik membawa pengertian yang spesifik. Banyak perkataan biasa
menjadi istilah dalam matematik, tidak kurang juga banyak simbol-simbol yang
mempunyai makna masing-masing yang perlu diketahui.
Contohnya : kurungan ( ),Tambah +, Peratus % dan lain-lain.
Selain itu, kesukaran matematik juga adalah dalam memahami kehendak atau
pengertian ayat matematik, misalnya perkataan dua tambah lima boleh menjadi
seperti :
2 + 5 = ? dan lain-lain.
Dari segi masa, dalam bahasa Melayu, waktu 12.35 tengahari boleh disebut dua
belas tiga puluh lima, manakala apabila mereka melangkah dalam rendah atas dan
mempelajari bahasa Inggeris hal yang sama akan disebut twenty-five to one, atau

thirty-five past twelve. Guru harus menerangkan bahawa dua-dua kaedah penyebutan
waktu adalah betul.

Memudahkan komunikasi dalam menyampaikan idea matematik


Guru harus menggunakan ayat yang mudah difahami dan cuba untuk mengelakkan
dari menggunakan ayat-ayat yang panjang. Guru juga perlu berhati-hati dalam
menggunakan istilah dan bahasa supaya kanak-kanak faham dan dapat mengelakkan
kekeliruan.

Selain

itu,

guru

perlu

menimbangkan

dengan

teliti

bila

patut

memperkenalkan konsep-konsep yang formal dan simbol-simbol matematik.

5.0

KESIMPULAN
Akhirnya, semua pihak perlu menyedari kepentingan mata pelajaran matematik

dan pencapaian murid dapat diukur melalui amalan pentaksiran yang konsisten di
peringkat sekolah kerana proses tersebut membantu guru untuk mengenal pasti salah
tanggapan atau kesukaran murid dalam pembelajaran matematik. Guru yang kreatif
berupaya menonjolkan aktiviti ideal di dalam P&P matematik sekaligus meningkatkan
prestasi akademik murid-muridnya.

10

Anda mungkin juga menyukai