Anda di halaman 1dari 30

BUKU PANDUAN KEPIMPINAN PROGRAM

LITERASI DAN NUMERASI (PLaN)


Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

BUKU PANDUAN
KEPIMPINAN PROGRAM LITERASI
DAN NUMERASI (PLaN)

Institut Aminuddin Baki


Kementerian Pendidikan Malaysia
2022
AKRONIM
DELIMA Digital Educational Learning Initiative Malaysia
DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
FUFT Follow up and Follow Through
GB Guru Besar
IAB Institut Aminuddin Baki
KPI Key Performance Indicator
KPPM Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
LINUS Literasi dan Numerasi
MoLIB Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza
PBD Pentaksiran bilik darjah
PdPc Pengajaran dan Pemudahcaraan
PGB Pengetua dan Guru Besar
PLaN Program Literasi dan Numerasi
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua
SoW Scheme of Work
TOV Take off Value
TP Tahap Penguasaan
KANDUNGAN
01
PENGENALAN
Latar Belakang
Mandat
Matlamat dan Objektif
Fokus Aktiviti PLaN
Peranan Institut Aminuddin Baki:
Matlamat dan objektif jerayawara PLaN
Kerangka Modul dan Kumpulan Sasaran PLaN

02
MENGAKSES PLaN DARI PORTAL DELIMA
Pautan untuk masuk ke portal DELIMa

03
DIMENSI PENYELIAAN DAN PENILAIAN INSTRUKSIONAL
Peranan Guru Besar
Menetapkan hala tuju
Mengurus program instruksional
Amalan penyeliaan yang berkesan
Pencerapan pengajaran
Jenis-jenis penyeliaan
Penyeliaan klinikal lima langkah
Senarai semak penyeliaan klinikal

04
BIMBINGAN INSTRUKSIONAL BERDASARKAN SKPMg2
Fokus PLaN berasaskan Standard SKPMg2
Takrif bimbingan instruksional
Model Impact Cycle (Jim Knight, 2017)
Big Four (Jim Knight, 2017)
Pendekatan-pendekatan Bimbingan Instruksional: bimbingan terarah,
dialogikal, fasilitatitif

05
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pentaksiran bilik darjah (PBD)
Strategi pentaksiran
Evidens pentaksiran

06
ISU DALAM PENYELIAAN
07
LANGKAH KE HADAPAN (WAY FORWARD)
Fokus Guru Besar Selepas Menghadiri Jerayawara PLaN

BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN TAMBAHAN


01 PENGENALAN
LATAR BELAKANG

Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia
(PPPM: 2013-2025)
mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan
meletakkan ENAM aspirasi
murid bagi memastikan
murid terhasil adalah
holistik dan seimbang

Apa itu PLaN ?

PLaN adalah akronim kepada Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah atau
Primary Literacy and Numeracy Program. PLaN ialah program sokongan pengajaran
dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk
murid Tahun 2 dan Tahun 3. Program PLaN diperkenalkan mulai bulan Mac tahun
2019 bagi menggantikan program LINUS 2.0 (Program di bawah Inisiatif Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tahun 2013 – 2025) yang telah
dimansuhkan pelaksanaannya sehingga tahun 2018.
Mandat PLaN

A. Surat Siaran KPM Bil. 14/2018 bertarikh 19 Disember 2018 berkaitan Pemansuhan
Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap I (Tahun 1,
Tahun 2 dan Tahun 3) Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai
Tahun 2019

B. Hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Kebolehlaksanaan


Agenda Literasi dan Numerasi Nasional Bilangan 1/2019 bersetuju untuk
melaksanakan PLaN di sekolah terpilih berdasarkan syor Kajian 2018 yang
dipengerusikan oleh KPPM bertarikh 5 Mac 2019. Mulai tahun 2020, Program
Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) dimulai dengan 800 sekolah di
seluruh negara yang dikenal pasti daripada data UPSR tahun 2016 hingga 2019.

Matlamat PLaN

Objektif PLaN

Objektif PLaN adalah untuk memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh
menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu Tahap
Penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik. Objektif ini bagi memastikan murid:
Mempunyai kebolehan berkomunikasi
Berupaya melahirkan idea melalui Bahasa
Berketrampilan melalui Bahasa
Berupaya melakukan operasi asas Matematik
Tahu dan faham asas Matematik
Fokus Aktiviti PLaN

Peranan Institut Aminuddin Baki (IAB)

Berdasarkan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian


Kebolehlaksanaan Agenda Literasi dan Numerasi Nasional Bilangan 1/2019 bersetuju
untuk melaksanakan PLaN di sekolah terpilih berdasarkan syor Kajian 2018 yang
dipengerusikan oleh KPPM bertarikh 5 Mac 2019 telah meminta IAB bagi
menambahbaik latihan pengurusan instruksional pentadbir di sekolah. Bagi
melaksanakan mandat yang telah ditetapkan, IAB melaksanakan dua aktiviti utama
iaitu
Program Jerayawara Program Literasi dan Numerasi (PLaN)
Program Follow-Up Follow-Through (FUFT) kepada sekolah-sekolah terpilih

Matlamat Jerayawara PLaN (IAB)

Menjajar semula peranan pemimpin pendidikan selaras dengan Program Literasi


dan Numerasi Sekolah Rendah.

Objektif Jerayawara PLaN (IAB)

A. Mengenal pasti dasar-dasar Program Literasi dan Numerasi (PLaN)


B. Mengenal pasti pelaksanaan penyeliaan klinikal dan penilaian instruksional dalam
konteks PLaN
Kerangka Modul PLaN

Kumpulan Sasaran

Peserta Jerayawara PLaN merupakan pentadbir sekolah terpilih yang telah dikenal
pasti mempunyai ramai murid tahap 1 mengalami kesukaran menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira pada peringkat sekolah masing-masing. Pentadbir
adalah terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Ketua-Ketua
Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
02 MENGAKSES PLaN DARI PORTAL
DELIMA
Pautan untuk masuk ke portal DELIMa
https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
03 DIMENSI PENYELIAAN DAN
PENILAIAN INSTRUKSIONAL
Peranan Guru Besar dalam Kepimpinan Instruksional PLaN

Pemimpin instruksional harus memaparkan ciri-ciri kepemimpinan dalam segala


aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam sekolah di samping
meletakkan langkah-langkah kawalan untuk memastikan agar aktiviti yang dirancang
tidak terkeluar daripada landasan yang dikehendaki (James dan Balasandran, 2022).
Standard 1.1.4, 1.1.5, dan 1.1.6 dalam SKPMg2 (2017) pula merakamkan peranan
PGB menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan, pencerapan, dan
pemantauan kemajuan dan pencapaian murid secara sistematik dan terancang.

Guru Besar selaku pemimpin instruksional di sekolah boleh merujuk kepada


Kerangka-kerangka Kepimpinan Instruksional (contoh: Hallinger dan Murphy, 1985)
sebagai panduan untuk mereka menerapkan PLaN dalam sekolah masing-masing.

Menetapkan Hala Tuju PLaN

Rajah 1
Kerangka Kepimimpinan Instruksional (Hallinger dan Murphy, 1985)

Mendefinisikan Mengurus Program Membentuk Iklim


Misi & Visi Instruksional yang Positif
Sekolah

Merangka Memantau Menyelia Melindungi Mengekalkan


Matlamat Kemajuan dan Menilai Masa Visibiliti yang
yang Jelas Murid Pengajaran Instruksional Tinggi

Menyampai Menyelaras Memberi Memberi


Matlamat Kurikulum Insentif utk Insentif kpd
Sekolah Belajar Guru

Mempromosi
Pembangunan
Profesional

Mengurus Program Instruksional

Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran (Key


Performance Indicator - KPI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Matematik bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan kemajuan dan
pencapaian murid mereka bagi memastikan usaha yang berterusan ke arah
meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan
mengira. Dengan penetapan KPI, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat
dipastikan ke arah membina asas hala tuju pencapaian sekolah. Pegawai JPN dan
PPD tidak terkecuali dalam bekerjasama membantu pihak sekolah agar sasaran tahap
penguasaan murid yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya TP3 tercapai. Hala tuju
yang telah dijana perlu disampaikan dan dihayati oleh semua warga sekolah di bawah
pimpinan Guru Besar.

Amalan Penyeliaan yang Berkesan

Penyeliaan merupakan domain utama dalam amalan kepimpinan instruksional selari


dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1987 menjelaskan bahawa tanggungjawab seorang
pengetua adalah melakukan pemantauan dan penyeliaan secara langsung terhadap
guru di sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003 pula menjelaskan pengetua
sebagai pemimpin instruksional bertanggungjawab membuat pemantauan berterusan
memastikan guru dapat memanfaat teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2, 2017) yang
diperkenalkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) turut menekankan
aspek pemantauan dan penyeliaan pengetua terhadap pengajaran guru-guru dalam
kelas (IAB, 2020: 11).

Guru besar selaku pemimpin instruksional perlu melaksanakan aktiviti penyeliaan


yang melibatkan pencerapan, pemantauan, dan penilaian. Setiap aktiviti
penyeliaan perlu dicatat dalam bentuk log atau jurnal sebagai eviden dan untuk
rujukan pada masa hadapan. Ini kerana penyeliaan adalah fungsi pengurusan yang
penting untuk tujuan penambahbaikan instruksional di sekolah.

Pencerapan Pengajaran

Proses pencerapan yang dilaksanakan oleh guru besar bukanlah bertujuan untuk
mencari kesalahan terhadap pengajaran guru, tetapi merupakan satu proses bagi
membangunkan potensi pengajaran guru. Antara lain tujuan guru besar membuat
pencerapan adalah seperti berikut:

melihat sejauh mana proses pengajaran itu memberi impak positif kepada
penerimaan murid
melihat bagaimana hasil yang diperolehi di akhir pengajaran
melihat apa yang berlaku dalam kelas
pemahaman murid kepada kandungan pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan oleh guru
memerhati alat bantu mengajar yang digunakan bersesuaian atau tidak
melihat sejauh mana kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru itu berkesan
atau sebaliknya.

Menurut Glickman et al. (2005), pencerapan adalah fungsi yang saling melengkapi
yang mesti dilaksanakan oleh pemimpin sekolah untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berkesan. Terdapat lima tujuan
utama pencerapan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah berikut.
Melalui proses pencerapan, guru besar dapatlah membuat kesimpulan mengenai
kualiti, kaedah dan strategi yang digunakan sama ada bersesuaian atau perlu
penambahbaikan lagi. Proses pencerapan ini amat penting dalam membantu dan
membangunkan potensi pengajaran guru agar lebih berkesan dan efektif pada masa-
masa akan datang.

Fokus dalam Pencerapan Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Kualiti proses pembelajaran Adakah proses pembelajaran dan pemudahcaraan


dan pemudahcaraan membantu mencapai objektif pembelajaran?

Adakah penyampaian dan bimbingan guru


Kompetensi guru membantu peningkatan penguasaan murid dalam
Literasi dan Numerasi?

Penguasaan murid Adakah tahap penguasaan murid meningkat?

Penggunaan sumber Adakah sumber sokongan seperti MOLIB/bahan


sokongan sokongan lain digunakan secara optimum?

Jenis-jenis Penyeliaan

Bagi memastikan proses penambahbaikan dapat dijalankan secara berterusan guru


besar boleh melaksanakan pelbagai jenis penyeliaan. Rajah berikut menunjukkan
jenis-jenis penyeliaan yang boleh dibuat oleh guru besar. Walaupun demikian, fokus
pelaksanaan PLaN oleh IAB adalah kepada pelaksanaan penyeliaan klinikal.
Perkembangan penyeliaan klinikal bermula dalam tahun 1970an, oleh Cogan (1973)
dan Goldhammer (1969) yang memberi idea bahawa pengajaran guru boleh
dipertingkatkan dengan bantuan penyeliaan melalui kegiatan-kegiatan terancang,
iaitu dirancang khusus untuk “merawat” kelemahan-kelemahan dalam pengajaran
guru yang telah dikenalpasti setelah mereka diperhatikan semasa menjalankan
pengajaran mereka. Ia boleh dikatakan sebagai proses pembetulan. Fokus
penyeliaan klinikal adalah kepada teknik pengajaran dan tidak secara langsung
kepada pengurusan sekolah. Titik permulaan proses adalah data yang konkrit yang
didapati melalui pemerhatian semasa guru benar-benar menjalankan pengajaran dan
bukannya teori tentang apa yang sepatutnya dijalankan (IAB, 2020: 17).

Terdapat banyak pendekatan atau teknik penyeliaan klinikal yang boleh digunakan.
Bagi tujuan ini, model Glickman, Gordon dan Ross-Gordon (2004) yang terdapat lima
langkah dicadangkan.

Penyeliaan Klinikal Lima Langkah


Glickman, Gordon, dan Ross-Gordon (2004)
Senarai Semak Penyeliaan Klinikal Lima Langkah

LANGKAH KETERANGAN CONTOH AMALAN


DALAM PLAN
i. Berlaku sebelum 1. Pastikan guru
LANGKAH 1 pemerhatian kelas menggunakan bahan
dijalankan sokongan seperti KPI
Sidang Pra PLaN sekolah, profil
ii. Membincang dan
Pemerhatian murid, DSKP, MOLIB,
menentukan perkara
SoW dan bahan
yang akan difokuskan
sokongan lain yang
semasa pemerhatian
relevan dalam
iii. Menyetujui perkara yang penetapan:
akan difokuskan semasa a. Objektif
pemerhatian b. Aktiviti
iv. Membincangkan RPH c. Jenis pentaksiran
yang disediakan oleh
guru (sesuai dengan 2. Pastikan guru
PlaN dan SKPMg2: menggunakan
Standard 4) pendekatan secara
berfokus dan terbeza
v. Merupakan ‘kontrak’ yang mengikut tahap
disepakati bersama-sama penguasaan dan
kecenderungan murid
i. Penyelia memerhati, 1. Pendekatan yang
LANGKAH 2 mencatat dan merekod diambil oleh guru
semua aktiviti yang (adakah berfokus dan
Pemerhatian berlaku dengan terperinci terbeza)
ke atas perkara yang 2. Bimbinhan kepada
telah disetujui sebagai murid yang tidak
fokus pemerhatian menguasai literasi dan
numerasi
ii. Perkara yang tidak
3. Keberkesanan
direkod tidak boleh
pengajaran
dibincangkan
(Pencapaian objektif
iii. Penyelia boleh mencatat pengajaran).
segala kelemahan dan 4. Kecekapan penggunaan
kekuatan guru serta masa.
respon murid untuk 5. Penggunaan bahan
perbincangan sokongan/ ICT
(kejelasan, penuh
bermakna, cukup atau
tidak)
6. Pentaksiran PBD yang
dilaksanakan

**Aspek pemerhatian ini


telah dipersetujui terlebih
dahulu semasa langkah
Pra Pemerhatian
i. Melihat dan menterjemah 1. Penyelia menganalisis
LANGKAH 3 data yang direkodkan data pemerhatian
untuk menjadi maklumat proses pembelajaran
Analisis dan dan pemudahcaraan
ii. Merangka strategi
Strategi (pdpc) serta bagaimana
tindakan sidang pasca
guru menangani murid
pencerapan
belum menguasai
*Isu dihadapi guru literasi dan numerasi
*Kekuatan/kelemahan
guru
*Soalan yang hendak
ditanya
*Cadangan
penambahbaikan
*Kesimpulan
iii. Ini merupakan ‘intipati’
penyeliaan klinikal
i. Memberi guru peluang
LANGKAH 4 untuk membuat refleksi
kendiri
Sidang Pasca
ii. Membincangkan dapatan
Pemerhatian
analisis selepas
pencerapan dengan guru
berkenaan (seperti
ketetapan fokus
pemerhatian)
iii. Memberi guru peluang
untuk memberikan
cadangan
penambahbaikan
iv. Mengenal pasti alternatif
penambahbaikan dan
penetapkan tindakan
susulan yang perlu
diambil berdasarkan sesi
bimbingan bagi tujuan
pemerhatian akan datang
(kontrak baru)
i. Penyelia membuat
LANGKAH 5 refleksi kendiri tentang
keberkesanan proses
Analisis Sidang penyeliaan klinikal yang
Pasca telah dilaksanakan
Pemerhatian
ii. Ini merupakan
'conscience’ penyeliaan
klinikal

Kelebihan Pelaksanaan Penyeliaan Lima Langkah

1. Penyelia dan guru membina kepercayaan, rasa hormat dan melaksanakan


amalan bertukar kepakaran untuk kebaikan bersama (trust, respect and
reciprocity)
2. Guru diberi kuasa menentukan perkara yang akan diselia dan direkod
3. Guru diberi kuasa menentukan keputusan yang memberi kesan kepada
pengajarannya
4. Proses penyeliaan klinikal berterusan untuk satu tempoh waktu
5. Penyelia dan guru bersama-sama mengamalkan budaya refleksi

Isu-isu yang Dikenal pasti melalui Penyeliaan


• Kekangan masa
• Salah anggapan
• Penurunan kuasa namun tidak mendapat maklum balas dari penyelia yang
dilantik
• Tidak menggunakan garis panduan
• Guru berpengalaman tidak perlu diselia
• Sikap tidak professional penyelia kerana kurang mahir dalam bimbingan dan
mentoring
• Penyeliaan yang dijalankan hanya berfokus kepada pengajaran guru tanpa
mengambil kira aspek pembelajaran murid kerana menganggap ada perkaitan
rapat antara dua aspek ini.Jika pengajaran berlaku dengan baik, dengan
sendirinya pembelajaran dianggap berlaku
04 BIMBINGAN INSTRUKSIONAL
BERDASARKAN SKPMg2
Institut Aminuddin Baki memberi fokus kepada peranan guru besar sebagai
pemimpin instruksional berasaskan Standard 1: Kepimpinan dan Standard 4:
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Standard 1: Kepimpinan

1.1 PGB sebagai peneraju


1.2 PGB sebagai pembimbing
1.3 PGB sebagai pendorong

Standard 4: Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

4.1 Guru sebagai Perancang


Guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik

4.2 Guru sebagai Pengawal


4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran secara profesional dan
terancang
4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan
terancang

4.3 Guru sebagai Pembimbing


4.3.1 Guru membimbing murid secara profesional dan terancang

4.4 Guru sebagai Pendorong


4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran secara profesional dan terancang
4.4.2 Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran secara profesional dan terancang

4.5 Guru sebagai Penilai


4.5.1 Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang

4.6 Murid sebagai Pembelajar Aktif


4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara
Bimbingan Instruksional

Bimbingan instruksional digunakan bagi tujuan pembangunan PdPc guru dan ia juga
merupakan sub amalan guru besar dalam kepimpinan instruksional yang selari
dengan anjakan ke 5 dan ke 4 PPPM. Sebagai pemimpin instruksional, guru besar
berperanan memastikan pemantapan PdPc guru secara berterusan. Setelah proses
penyeliaan, proses bimbingan guru perlu diadakan untuk meningkatkan keupayaan
pembangunan kendiri guru dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.

Knight (2007) mengatakan bahawa bimbingan instruksional adalah proses


memberikan sokongan dan insentif yang berbeza kepada setiap guru supaya mereka
dapat melaksanakan amalan terbaik dan berkesan dalam bilik darjah. Bagi
menjayakan pelaksanaan bimbingan instruksional, pembimbing (coach), guru besar
dan guru-guru mempunyai peranan yang berbeza dan setiap daripada mereka harus
memahami peranan masing-masing.

Guru besar selaku pembimbing instruksional merupakan rakan kongsi atau rakan
pembelajaran guru untuk membantu mereka meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran supaya murid menjadi lebih berjaya. Bagi tujuan ini, guru besar
bekerjasama dengan guru untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang realiti
semasa, mengenal pasti matlamat, memilih strategi mengajar untuk memenuhi
matlamat, memantau kemajuan, dan menyelesaikan masalah sehingga matlamat
dipenuhi.

Peranan Pembimbing dalam Pelaksanaan Bimbingan Instruksional

Reiss (2007) menjelaskan pembimbing (coach) adalah seorang individu, satu proses,
satu peranan dan satu profesion manakala Toll (2004) menjelaskan coach ialah
individu yang membantu guru mengenal pasti bagaimana guru berupaya
mengaplikasi pengetahuan yang mereka ada, membantu guru lebih efektif iaitu
memantapkan keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dan menyokong
guru agar mereka terus menambahbaik pengetahuan dan kemahiran (IAB, 2020: 41).

Knight (2007), Marsh, et al. (2008) pula menyimpulkan bahawa seorang pembimbing
perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan peranan dalam membantu guru seperti
peranan sebagai data coach, pembekal sumber (resource provider), kaunselor,
mentor, pakar kurikulum (curriculum specialist), pakar pengajaran (instructional
specialist), penyokong bilik darjah (classroom supporter), fasilitator pembelajaran
(learning facilitator), pemimpin sekolah (school leader), dan pemangkin perubahan
(catalyst for change).

Neumerski (2012) telah mengenal pasti lima peranan utama pentadbir sekolah (guru
besar) dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan bimbingan instuksional iaitu
sebagai komunikator, fasilitator, pemimpin instruksional, pelajar dan penilai.
1. Peranan Sebagai Komunikator
Tujuan: Untuk membina pemahaman berkaitan model bimbingan, rancangan
peningkatan sekolah, dan inisiatif daerah termasuk tetapi tidak terhad kepada:
• Menyatakan tujuan dan komponen model bimbingan kepada staf
• Memimpin dan berkomunikasi dengan staf mengenai daerah dan inisiatif
pembangunan yang berkaitan dengan model bimbingan
• Mengekalkan penggunaan Model Instructional Coaching

2. Peranan Sebagai Fasilitator


Tujuan: Merancang dan menyelaraskan pembelajaran profesional secara
kolaboratif termasuk tetapi tidak terhad kepada:
• Memupuk persekitaran yang aman dan amanah
• Menyelaraskan pembelajaran profesional dengan Rancangan
Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Program)
• Memudahkan akses ke proses model bimbingan

3. Peranan Sebagai Pemimpin Instruksional


Tujuan: Untuk menyokong jurulatih dan guru dalam model bimbingan termasuk
tetapi tidak terhad kepada:
• Melaksanakan inisiatif sekolah dan daerah
• Pertemuan dengan jurulatih sekolah dan pasukan kepemimpinan secara
berkala untuk memeriksa data sekolah dan membantu dalam perancangan
seluruh sekolah (termasuk pembelajaran profesional)
• Bertindak sebagai penyokong kuat pembelajaran pelajar berdasarkan data
yang digunakan untuk memberitahu arahan
• Berkongsi penyelidikan amalan terbaik
• Berkomitmen untuk bertemu dengan jurulatih atau pelatih secara berkala untuk
menyokong peranan mereka

4. Peranan Sebagai Pelajar


Tujuan: Untuk mempromosikan dan memodelkan pembelajaran profesional
termasuk tetapi tidak terhad kepada:
• Melibatkan peluang membaca dan belajar secara profesional
• Menyertai secara aktif dalam kitaran pengajaran dan pembelajaran

5. Peranan Sebagai Penilai


Pengetua bertanggungjawab untuk menilai jurulatih.

Kitaran Bimbingan Instruksional (Impact Cycle)

Jim Knight (2017) telah memperkenalkan kitaran bimbingan instruksional (impact


cycle) yang merupakan satu panduan pelaksanaan bimbingan instruksional yang
mudah diikuti.

Terdapat tiga langkah utama yang perlu dilaksanakan oleh pembimbing iaitu
mengenal pasti, belajar amalan terbaik dan penambahbaikan berterusan. Ketiga-tiga
langkah ini boleh dilaksanakan tanpa urutan mengikut keperluan bimbingan guru.
Dalam mengenal pasti isu terdapat tiga aktiviti yang dilaksanakan iaitu mengetahui
realiti semasa, menetapkan matlamat dan merancang strategi pengajaran. Langkah
seterusnya adalah belajar iaitu perkongsian amalan terbaik dan terdapat dua aktiviti
utama iaitu model (i watch you/ you watch me) dan catatan senarai semak. Langkah
ketiga adalah penambahbaikan berterusan terhadap guru yang dibimbing yang
mempunyai empat aktiviti iaitu penetapan hala tuju guru yang dibimbing, memantau
kemajuan guru berkenaan, melaksanakan program peningkatan guru dan membuat
tindakan susulan.

Realiti
KENAL
Semasa
PASTI
Matlamat

Strategi
Pengajaran

Hala tuju

Kemajuan PENAMBAH Senarai


BELAJAR
-BAIKAN Semak
Peningkata Permodelan
n
Tindakan
ONE PAGE INSTRUCTIONAL COACHING (OPIC)

OPIC adalah model instructional coaching yang dibangunkan oleh Jamelaa, Hanifah,
Wan Shamsuddin dan Mastura, (2019) merupakan satu inovasi yang diubah suai dari
gabungan model continuum (Norwood dan Burke,2011), big four (Knight, 2007) dan
impact cycle (Knight, 2007). OPIC merupakan projek rintis di SMK Bentong mengikut
kesesuaian amalan di sekolah. Sehubungan dengan itu OPIC merupakan kaedah
yang mempermudahkan proses instructional coaching mengikut acuan Malaysia dan
yang dilaksanakan oleh pentadbir terhadap PdP guru dengan lebih terancang dan
sistematik. Antara elemen yang ditekankan dalam OPIC adalah lima langkah utama
iaitu dimulai dengan membuat temu janji, mengenal pasti isu, perkongsian amalan
terbaik dan membuat penambahbaikan berterusan dan refleksi.

BIG FOUR (Jim Knight, 2017) dalam Pencerapan

1 Adakah pengurusan bilik darjah dalam kawalan ?


Tingkah laku
2 Adakah guru memahami kandungan, menyediakan rancangan
Kandungan dan memahami maklumat mana yang lebih penting ?

3 Adakah guru menggunakan amalan pengajaran yang menjamin


Pengajaran setiap murid menguasai kandungan ?

4 Adakah guru dan murid mengetahui sekiranya murid telah


Pentaksiran menguasai kandungan?
Bilik Darjah

Pendekatan-pendekatan Bimbingan Instruksional

Sebagai pembimbing instruksional, guru besar boleh menggunakan pendekatan


terarah, dialogical, atau fasilitatif mengikut keperluan guru yang dibimbing.

Bimbingan Terarah (Directive Coaching) – pemimpin instruksional mengandaikan bahawa


guru yang dibimbing tidak mengetahui teknik-teknik atau kemahiran tertentu dan yang
demikian memerlukan bimbingan daripda mereka.
Bimbingan Dialogikal (Dialogical Coaching) – Pembimbing dialogikal bertanya soalan-
soalan yang mencabar, mendengar dan berfikir bersama coachee, di samping bekerjasama
dengan mereka untuk menetapkan matlamat yang akan memberi kesan mendalam kepada
murid. Mereka boleh mengamalkan corak kitaran bimbingan berupa ’The Impact Cycle’, yang
memacu perbualan mengenai realiti semasa dengan realiti yang diingini guru dalam bilik
darjah.
Bimbingan Fasilitatif (Facilitative Coaching) – Pembimbing fasilitatif menganggap coachee
sebagai setara (equals) dengan mereka dan mampu membuat kesemua keputusan semasa
sesi bimbingan. Pembimbing fasilitatif menggalakkan coachee untuk berkongsi idea secara
terbuka dengan cara mendengar secara empati, memparafrasa, dan mengajukan soalan
reflektif (James dan Balasandran, 2022).
05 PENILAIAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP
bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan
proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang
berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah
menambah baik PdP tersebut. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi
gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran
yang ditetapkan dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran
bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya
maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa
untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan
pencapaian murid dalam pembelajaran (BPK, 2018: 5)

Sehubungan dengan itu, PBD merupakan fokus utama yang perlu diberikan oleh guru
besar bagi mengenal pasti tahap pengusaan murid dan seterusnya aspek-aspek
penguasaan yang perlu diberi bimbingan kepada murid. Antara lain peranan
pentadbir adalah seperti berikut:

Memahami konsep, kepentingan dan cara pelaksanaan PBD


Memimpin dan membimbing guru dalam melaksanakan PBD
Mengeluarkan arahan di peringkat sekolah bagi pelaksanaan PBD
Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan PBD
Memantau pelaksanaan PBD dalam kalangan guru
Mengeluarkan arahan pelaporan pelaksanaan PBD
Mengeluarkan arahan membuat intervensi sebagai tindakan susulan ke atas
murid (jika ada)

Strategi Pentaksiran

PBD melibatkan tiga bentuk iaitu Pentaksiran untuk Pembelajaran, Pentaksiran


sebagai Pembelajaran dan Pentaksiran tentang Pembelajaran. Ia boleh dilaksanakan
dalam cara-cara berikut:

pemerhatian Soalan Kerja Demonstrasi Skala cara


betul/salah rumah
Soalan Borang
soalan aneka Kerja
OBJEKTIF

projek
EVIDENS

respons penilaian
pilihan kumpulan
pendek kendiri

Soalan
pemadanan Peta Poster Kerja
respons
konsep berpasangan
terbuka
Evidens Pentaksiran

Evidens PBD boleh diperolehi dalam bentuk-bentuk berikut:

kerja Lembaran Digital Portfolio Pameran Showcase Kertas Rakaman Gambar


rumah kerja soalan

Pertimbangan Profesional dalam Pelaksanaan PBD

Pertimbangan profesional ialah pertimbangan yang dibuat menggunakan


pengetahuan profesional terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi
pengetahuan, kemahiran, nilai, bukti pencapaian, strategi pengajaran, kaedah
pentaksiran, serta kriteria dan standard yang ditetapkan. Pertimbangan profesional
memerlukan guru membuat keputusan secara beretika dan bertanggungjawab
mengenai tahap penguasaan murid, berdasarkan analisis dan rumusan maklumat
terhadap pembelajaran. Guru menggunakan pengetahuan, pengalaman, input murid
dan mengamalkan tanggungjawab profesional dalam membuat pertimbangan
profesional (BPK, 2018: 30).

Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan tentang bidang atau disiplin ilmu,
pedagogi serta pentaksiran melalui pembacaan dan perbincangan secara profesional
dengan rakan pendidik lain untuk meningkatkan kompetensi dalam membuat
pertimbangan profesional (BPK, 2018: 30).

Pertimbangan profesional merupakan satu proses yang berterusan sepanjang proses


PdP. Guru dapat melakukan pertimbangan profesional berdasarkan kekerapan
pemerhatian dan interaksi dengan murid pada satu tempoh yang sesuai.
Membentuk Persekitaran yang Menyokong Pembelajaran Murid

Persekitaran yang menyokong pembelajaran murid terkandung dalam dimensi


membentuk iklim sekolah yang positif dalam kerangka-kerangka kepimpinan
instruksional. Guru besar boleh secara langsung dan tidak langsung memupuk
suasana pembelajaran yang positif di sekolah masing-masing. Menurut Hallinger dan
Murphy (1985), guru besar dapat mempengaruhi sikap murid dan guru dengan
mewujudkan satu sistem yang memberi pengukuhan kepada usaha-usaha yang
produktif dan pencapaian akademik murid.

Antara aspek-aspek yang boleh dilakukan untuk membentuk persekitaran yang


menyokong pembelajaran murid adalah seperti berikut:
06 ISU DALAM PENYELIAAN
FOKUS DALAM PENCERAPAN PROSES PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN
Kualiti proses Adakah proses pembelajaran dan
pembelajaran dan pemudahcaraan membantu mencapai objektif
pemudahcaraan pembelajaran?

Adakah penyampaian dan bimbingan guru


Kompetensi guru membantu peningkatan penguasaan murid
dalam Literasi dan Numerasi?

Penguasaan murid Adakah tahap penguasaan murid meningkat?

Adakah sumber sokongan seperti


Penggunaan sumber
MOLIB/bahan sokongan lain digunakan secara
sokongan
optimum?

ISU-ISU YANG DIKENAL PASTI MELALUI PENYELIAAN


• Kekangan masa
• Salah anggapan
• Penurunan kuasa namun tidak mendapat maklum balas dari penyelia yang
dilantik
• Tidak menggunakan garis panduan
• Guru berpengalaman tidak perlu diselia
• Sikap tidak professional penyelia kerana kurang mahir dalam bimbingan dan
mentoring
• Penyeliaan yang dijalankan hanya berfokus kepada pengajaran guru tanpa
mengambil kira aspek pembelajaran murid kerana menganggap ada
perkaitan rapat antara dua aspek ini.Jika pengajaran berlaku dengan baik,
dengan sendirinya pembelajaran dianggap berlaku
07 LANGKAH KE HADAPAN
(WAY FORWARD)
Fokus Guru Besar Selepas Menghadiri Jerayawara PLaN

1. Melaksanakan peranan sebagai pemimpin instruksional dalam pelaksanaan


PLaN

Membina KPI PLaN sekolah berdasarkan TOV panitia mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
Mengurus pelaksanaan PLaN mengikut mandat yang telah ditetapkan
Mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran seterusnya
membantu peningkatan penguasaan muris

2. Memberi fokus kepada pelaksanaan penyeliaan dan penilaian instruksional

Pelaksanaan penyeliaan klinikal mengikut 5 Langkah Penyeliaan Klinikal


Amalan guru berpandu SKPMg2 Standard 4: Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (4.1 hingga 4.5) serta respon murid dalam pencerapan
diberikan tumpuan
Guru menggunakan bahan sokongan dalam penyediaan Rancangan Pelajaran
Harian dan penentuan aktiviti pentaksiran. Bahan sokongan seperti berikut:

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP)


Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MOLIB)
Scheme of Works (SoWs)

Guru menggunakan kaedah berfokus dan terbeza sebagai pendekatan


pengajaran mengikut tahap penguasaan dan kecenderungan murid
Guru Besar melaksanakan bimbingan Instruksional kepada guru yang diselia
berdasarkan data pencerapan
Menggunakan data penyeliaan termasuk pencerapan dalam menilai
keberkesanan pendekatan dan bimbingan kepada murid

3. Menyediakan semua bukti tindakan guru besar dalam penyeliaan dan


penilaian instruksional
Bibliografi dan Rujukan Tambahan

BPK (2018). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Bahagian


Pembangunan Kurikulum, KPM.
Glickman, C. D., Gordon, S. P., & Ross-Gordon, J. M. (2004). Supervision and
Instructional Leadership: A Developmental Approach., MA: Pearson. Boston
Hallinger, P. and Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management
behaviour of principals. The Elementary School Journal, 86, 217-247.
IAB (2020). Kepimpinan instruksional pemangkin pembangunan guru melalui
instructional coaching. Institut Aminuddin Baki, KPM.
James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2022). Kepimpinan instruksional: Satu
panduan praktikal. PTS Publications.

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/plan?pli=1&authuser=2
https://www.youtube.com/watch?v=XdDuzaiOCkc
https://www.youtube.com/watch?v=2BhOhn-vLW8
https://www.youtube.com/watch?v=XIzztZbWHOo
https://www.youtube.com/watch?v=LL8STfl7A94
Video pemugaran literasi BM dan numerasi
https://sumberku.moe-dl.edu.my/kit-pemugaran-literasi-dan-numerasi
Kit pemugaran literasi dan numerasi
https://sumberku.moe-dl.edu.my/kit-pemugaran-literasi-dan-numerasi
Kit pemugaran literasi BM
https://docs.google.com/presentation/d/1rGWHZO6wsG-
mf2TiqRkRwD3ExVcFW_gG/edit#slide=id.p3
Kit pemugaran numerasi
https://docs.google.com/presentation/d/13FVG3qraixyJN8KrysZmDlc0dq2U8Hl_/edit
#slide=id.p1
GARIS PANDUAN PBD
https://unitldp.ipsah.edu.my/images/files/PBD_Edisi_2.pdf
GARIS PANDUAN
https://drive.google.com/file/d/1QRzVCK7eMBGug8qED4a0adqpDY-gxsJX/view

Buku-buku yang boleh di baca:


TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai