Anda di halaman 1dari 12

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

3.0

CABARAN GURU DALAM MEMASTIKAN MURIDNYA MENGUASAI

KEMAHIRAN PENAAKULAN YANG BAIK DAN CARA MENGATASINYA

Kemahiran Penaakulan adalah kemahiran membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil
dan saksama.

Kemahiran digunakan untuk meningkatkan keberkesanan, membuat

interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan. Kemahiran penaakulan


juga perlu memastikan murid dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang
diberi. Di bawah ini dibincangkan empat cabaran yang perlu ditangani oleh guru dalam
memastikan kemahiran penaakulan yang baik dapat diterap dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

3.1

Miskonsepsi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka.
Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir
membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah
ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada
mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan.
Dengan ini, miskonsepsi merupakan satu cabaran yang perlu diatasi oleh guru dalam
meningkatkan kemahiran penaakulan murid-muridnya terutama dalam Matematik. Untuk
mengatasi cabaran atau masalah ini, konsep matematik murid perlu diperkenalkan oleh guru
kepada muridnya dengan pelbagai bentuk, kaedah dan pendekatan dalam pengajaran dan
pembelajarannya. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit kerana
menurut seorang professor dan ahli psikologi Robert Gagne mengatakan bahawa,
pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian
iaitu :
i)

Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.

ii)

Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

iii)

Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan
untuk membuat perbezaan dan generalisasi.

iv)

Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematikk


yang tepat.

Contoh yang boleh diambil dalam cabaran ini ialah sewaktu mengajar tajuk Bentuk
Dan Ruang. Dalam konsep geometri atau bentuk ini, ianya memerlukan murid mempunyai
daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk. Kefahaman ini hanya boleh
dibina oleh murid melalui aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada murid untuk
meneroka pemahaman mereka tentang konsep geometri. Ramai di kalangan murid tidak
dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman tentang bentuk dan ruang
kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan manipulatif. Dengan ini boleh dikatakan
mereka agak kurang atau lemah dalam kemahiran penaakulan.

Di sekolah rendah, terdapat 4 subtajuk dalam tajuk Bentuk Dan Ruang (geometri)
yang perlu dikuasai oleh murid iaitu elemen titik, garis, ciri-ciri bentuk 2 dimensi, ciri-ciri
bentuk 3 dimensi dan pengukuran manakala kesukaran atau miskonsepsi yang
berkemungkinan dialami oleh murid adalah pelbagai.

Antaranya adalah kesukaran

mengenalpasti dan keliru nama-nama bentuk 2D dan 3D, kesukaran melibatkan kedudukan
rajah, kesukaran memahami ciri-ciri bentuk rajah, kesukaran membayangkan bentangan dan
banyak lagi. Miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku ini merupakan cabaran besar yang
perlu ditangani secara bijak oleh guru-guru.

Sebagai

contoh,

soalan meminta murid

mengira

atau mencari perimeter

(menggunakan rumus perimeter) satu bentuk 2-D (contohnya bentuk kuboid) tetapi jawapan
murid ialah mereka telah mengira mengikut rumus panjang x lebar iaitu mencari luas.

Contoh soalan:Rajah di bawah menunjukkan satu segi empat tepat.

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

Hitung perimeter segi empat tepat ini.

Jawapan murid ialah : Perimeter = Panjang x Lebar (pxl)


= 8 cm x 9 cm
= 72 cm2

Jawapan sepatutnya : Perimeter = Ukur keliling


= 8 cm + 9 cm + 8 cm +9 cm
= 34 cm

Daripada contoh di atas, dapat dilihat kemungkinan murid salah mengenalpasti atau
kesukaran murid memahami sesuatu konsep iaitu antara Luas dan Perimeter. Bagi mengatasi
cabaran miskonsepsi di atas, guru perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid
yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang
berusaha membimbing murid mengikut perbezaan aras kecerdasan.

Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru
matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan
bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep
disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah
a) Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization)
b) Terlalu memudahkan (oversimplification)
c) Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion).
d) Salah mengenalpasti (misidentifying)
e) Salah faham (misunderstanding)
f) Salah maklumat (misinformation)
g) Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs)
h) Salah faham konsep (conceptual misunderstands)
i) Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)
3

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

j) Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method
incorrectly explained)

dalam pembelajaran matematik. Masalah kesukaran bahasa untuk memahami sesuatu


simbol atau tatatanda matematik akan menyebabkan berlakunya salah konsep. Kesukaran
yang dikenalpasti sehingga menimbulkan miskonsepsi ialah murid tidak dapat memahami
bahasa dalam soalan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak dapat memahami kehendak
soalan dan sukar untuk mereka menterjemah soalan penyelesaian masalah kepada ayat
matematik. Contoh soalan diambil dalam tajuk Pecahan:-

Di dusun Pak Ali telah menanam beberapa pokok durian dan pokok 3.2

Tidak

Memahami Bahasa Dalam Soalan Penyelesaian Masalah

Kemahiran penaakulan ataupun kemahiran penyelesaian masalah adalah antara komponen


penting yang diberi tumpuan dalam mata pelajaran matematik di sekolah seperti yang tertulis
dalam Sukatan Pelajaran Matematik (KPM 2000, 2002). Begitu juga dengan, dalam
Principles and Standards for School Mathemeatics, National Council of Teacher of
Mathematics (NCTM 2000), telah menyarankan supaya kemahiran penyelesaian masalah
diberi fokus utama dalam mendidik murid-murid.

Menurut Meor (2001), bahasa memainkan peranan penting rambutan ditanam di


suatu lorong sepanjang 4000 m.

daripada panjang lorong itu ditanam dengan

pokok durian dan selebihnya merupakan pokok rambutan. Hitung panjang (dalam m)
lorong itu yang ditanam dengan pokok rambutan.
Jawapan murid =

x 4000 m

= (5 X 3000)
= 2500 m
Jalan Penyelesaian :

Walaupun jalan kerja yang ditunjukkan oleh murid betul, namun ia bukanlah jawapan yang
sebenar bagi soalan yang diberikan. Murid perlu kembali semula melihat soalan dengan
mencari maklumat yang diberikan. Murid perlu mencari panjang lorong bunga rambutan dan

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

bukannya panjang lorong pokok durian. Kiraan

yang dibuat oleh murid itu adalah untuk

panjang lorong pokok durian dan bukannya pokok rambutan.

Cara mengatasi cabaran ini, seorang guru bolehlah menerangkan kepada murid
menggunakan cara yang disarankan oleh Model Polya. Di dalam model Polya, kemahiran
penyelesaian masalah merupakan suatu proses, yang melibatkan empat langkah utama iaitu
memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak
kembali. Selain itu juga gambaran yang jelas boleh digunakan oleh guru bagi membantu
murid memahami bahasa yang digunakan dalam soalan penyelesaian masalah. Memberi
gambaran yang sebenar seperti memperlihatkan dalam bentuk garis nombor atau gambar.
Penggunaan pelengkap bagi pecahan ditekankan kepada murid. Di bawah ini ditunjukan cara
penyelesaian mengikut langkah dalam Model Polya.

i)

Memahami masalah Murid perlu mamahami kiraan

adalah untuk panjang

lorong pokok durian.

Pokok durian

ii)

Merancang penyelesaian - Murid merancang yang perlu dicari adalah panjang


lorong pokok rambutan

Pokok rambutan =

iii)

Melaksanakan penyelesaian Murid melaksanakan kiraan dalam mengambil


kiraan pokok rambutan dan bukannya pokok durian,
Jalan pengiraan

x 4000 m

= (3 X 3000)
5

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

= 1500 m
iv)

3.3

Semak semula - Murid diminta untuk menyemak semula pengiraan mereka.

Penggunaan Bahasa dan Istilah Matematik

Bahasa matematik juga menimbulkan kesukaran kepada murid kerana ia berbeza dengan
bahasa biasa. Bahasa matematik mempunyai makna yang tersendiri dan digunakan dalam
konteks matematik yang tertentu.

Bahasa dan ayat Matematik yang khusus melibatkan

penjelasan pola-pola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Di


samping itu, banyak istilah matematik yang digunakan dalam kurikulum matematik tidak
dapat difahami oleh murid. Kekeliruan tentang istilah juga merupakan satu masalah yang
dihadapi oleh murid yang menyebabkan mereka tidak dapat memahami maksud istilah
tersebut.

Perwakilan dengan menggunakan simbol-simbol, tatatanda dan istilah-istilah


Matematik merupakan bahasa asing kepada murid kerana mereka perlu menghafal dan
memahami simbol yang jarang digunakan dalam kehidupan mereka seharian (Radatz, 1979).
Matematik adalah mata pelajaran yang abstrak, maka pembentukan sesuatu konsep
matematik tidak akan berjaya dengan kaedah penghafalan sahaja. Masalah sebegini mungkin
tidak akan dihadapi oleh murid yang berada pada aras kebolehan yang tinggi. Namun bagi
para murid yang berada pada aras kebolehan yang rendah, mereka merasakan Matematik ini
adalah sukar untuk dikuasai dan membosankan (Mohd Salahuddin Salleh, 2006).

Contohnya dalam konteks mempelajari tajuk geometri (bentuk dan ruang), bahasa
geometri melibatkan terminologi-terminologi yang khusus dan memerlukan perhatian dan
kefahaman yang betul sebelum digunakan dengan berkesan.

Kesilapan penggunaan

terminologi geometri yang betul akan membawa kepada kesalahan dalam menjawab soalan.
Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan
maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Contohcontoh terminologi atau istilah yang menjadi kekeliruan murid sekolah rendah antaranya
seperti :-

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

Terminologi Geometri

Bahasa Mudah

poligon

bentuk yang mempunyai garis lurus sahaja

kubus

kiub

pentagon

bentuk sisi lima

hexagon

bentuk sisi enam

vertex

bucu

satah

Permukaan rata

Pepejal(bentuk 3D)

bongkah

Oleh

itu,

adalah

menjadi

cabaran

bagi

guru-guru

untuk

memilih

dan

menggunakan istilah dan bahasa matematik yang sesuai dengan kematangan umur murid
semasa mempelajari konsep geometri dengan berkesan.

Bagi mengatasinya, guru-guru

digalakkan memperkenalkan istilah dan bahasa matematik daripada mudah kepada kompleks
dan mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Jadi, guru-guru mestilah
menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengikut aras pemikiran mereka serta
boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian seterusnya dapat meningkatkan lagi kemahiran
penaakulan mereka.

3.4

Kaedah Pendidikan Tradisional

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat, mengatakan bahawa
pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah memerlukan kaedah yang sesuai supaya
tidak menimbulkan rasa takut di dalam diri pelajar. (Hairulazim,2002). Oleh itu, guru perlu
bijak menggunakan kreativitinya serta inovatif dalam menyampaikan isi pengajaran
terutamanya tentang penyelesaian masalah agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang efektif dan kondusif.

Dalam proses penaakulan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh seorang guru
terutamanya guru Matematik. Kemahiran kognitif murid perlu dijana dengan baik agar
mereka dapat menggunakan kemahiran yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah
Matematik. Melalui fakta-fakta, ciri-ciri atau model-model yang diberikan, murid boleh
membuat hubungkait, membuat penyiasatan dengan tekaan atau telahan. Murid juga
hendaklah dilatih untuk memberi penerangan mengikut logik akal dengan cara menganalisis,
7

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

membuat pertimbangan, menilai dan membuat justifikasi terhadap semua aktiviti yang
dilaluinya.

Guru seharusnya menggalakkan penemuan-penemuan baru dalam konsep

penaakulan dan pembuktian ini supaya mereka dapat memahami konsep penaakulan.

Menjadi cabaran bagi guru-guru untuk lari dari menggunakan kaedah pendidikan
tradisional yang hanya menggunakan buku teks dan papan putih.

Selain menjadikan

pembelajaran matematik bersifat hambar dan murid juga tidak dapat mengasah kemahiran
visualisasi dan komunikasi dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah tradisional ini
perlu diubah dengan memberi peluang kepada murid itu sendiri untuk menyiasat dan
meneroka sendiri maklumat yang perlu mereka cari.

Guru perlulah kreatif mencipta aktiviti yang menarik dan sesuai dengan isi pelajaran
supaya bermakna kepada murid. Dengan cara ini kemahiran penaakulan pada diri murid itu
secara tidak langsung dapat dipertingkatkan iaitu mengecam penaakulan sebagai perkara
penting dalam matematik, membuat dan menyiasat masalah matematik, memperkembangkan
penaakulan dan bukti dalam permasalahan dan memilih serta menggunakan pelbagai cara
penaakulan.
Contoh diambil dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk wang di mana topik ini
juga membantu murid-murid dari segi penaakulan matematik. Kemahiran mengenal wang
amat penting kerena ia adalah salah satu kemahiran yang digunakan dalam kehidupan kita
seharian. Kita memerlukan wang untuk mendapatkan keperluan harian kita seperti makanan
dan minuman, tempat tinggal dan perkhidmatan. Oleh itu, kemahiran mengenal wang adalah
antara kemahiran yang wajib dikuasai sedari tahap 1 lagi.

Berikut adalah contoh dalam topik wang yang berkaitan dengan penaakulan matematik:

Harga sebuah buku tulis adalah RM 0.70. Jika harga meningkat 1.5 kali, berapakah
harga bagi 15 buah buku tulis yang sama?

Penyelesaian :Harga sebuah buku tulis adalah: RM0.70.


Selepas harga ditingkatkan: 1.5 kali ganda daripada harga sebenar
8

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

Cari harga untuk 15 buah buku latihan.


= (1.5 x RM 0.70) x 15
= RM 1.05 x 15
= RM 15.75
Jawapan: Harga bagi 15 buku tulis adalah RM 15.75

Daripada soalan ini, murid boleh menaakul bagaimana mencari harga selepas harga
buku tulis ditingkatkan.

Dengan menggunakan jawapan itu, murid perlu berfikir untuk

mencari harga bagi 15 buah buku tulis. Penaakulan matematik amat penting dalam soalan ini
untuk menyelesaikan masalah di atas ini. Tetapi persoalan di sini, adakah murid gemar atau
suka dengan cara atau kaedah tradisional yang guru jalankan di sini. Jawapannya, pasti tidak
kerana murid pasti akan bosan dengan pelajaran dan ini akan menyebabkan mereka semakin
malas untuk berfikir.

Bagi mengatasi cabaran di atas, salah satu cara untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran tajuk Wang yang menarik dan bermakna ialah melalui kaedah pembelajaran
secara kaedah inkuiri penemuan dan kontekstual. Kaedah Inkuiri Penemuan merangkumi
semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui jawapan melalui
pengalaman murid meneroka sendiri dengan guru sebagai pemudahcara atau fasilitator.
Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat
perbandingan dan mencari ciri-ciri sama untuk membuat generalisasi. Dalam pembelajaran
matematik, murid-murid boleh memahami sesuatu konsep matematik melalui aktiviti
menyiasat, mengumpul maklumat dan menganalisa maklumat (Mok Soon Sang, 1996).

Murid lebih mudah memahami sesuatu konsep matematik jika mereka sendiri yang
menjalankan penyiasatan untuk mencari jawapan kepada masalah yang mereka hadapi.
Kaedah inkuiri penemuan akan membantu murid lebih mudah memahami sesuatu konsep dan
dapat menyimpan pengetahuan itu dalam ingatan mereka bagi tempoh masa yang lama jika
mereka sendiri yang bertindak untuk mendapatkan jawapan atau jalan penyelesaian.
Keberkesanan kaedah inkuiri penemuan yang digunakan akan membantu murid memahami
konsep matematik dengan lebih jelas. Contohnya, aktiviti kumpulan dilaksanakan bagi
meneroka ciri-ciri yang ada pada setiap jumlah wang kertas. Penggunaan model atau ABM
wang dalam aktiviti berkumpulan akan membantu murid memegang, mengenalpasti nilai dan

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

warna wang kertas, mengenalpasti ciri-ciri seterusnya mencari jumlah menggunakan rumus
yang sesuai.

Kefahaman murid terhadap konsep matematik yang sedang ditaakulkan boleh


didengar dan perlu difahami oleh gurunya. Selain itu, aktiviti melukis juga boleh
dilaksanakan sebagai aktiviti komunikasi matematik bagi membantu guru mengetahui tentang
tahap kemahiran penaakulan matematik murid-muridnya. Ini menunjukkan bahawa proses
penaakulan matematik sebagai tonggak dalam melaksanakan pengjaran dan pembelajaran
boleh dibantu dengan aktiviti lisan dan aktiviti melukis.

Seterusnya guru perlu menukar teknik pembelajaran daripada kaedah tradisional


kepada pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran kontekstual merupakan pembelajaran
yang membantu guru mengaitkan konsep dengan kehidupan nyata, dan mendorong murid
membuat hubungan antara pengetahuannya dan kehidupannya sehari-hari.

Contohnya,

aktiviti jual-beli boleh dijalankan sewaktu mengajar topik wang ini. Guru boleh memulakan
pengajaran dengan menyuruh murid meneka jumlah wang dalam tabung dan ini akan
meningkatkan kemahiran berfikir dan juga kemahiran menaakul pada setiap murid kerana
mengikut Jean Piaget, pelajar pada peringkat umur 7 hingga 10 tahun peringkat kognitif
mereka masih lagi berada di tahap operasi konkrit.

Oleh yang demikian, guru-guru

hendaklah menggunaan objek konkrit contohnya sampel wang kertas untuk membantu murid
supaya lebih jelas konsep wang. Jadi, jelaslah bahawa guru matematik seharusnya
menggalakan penemuan-penemuan baru dalam konsep penaakulan dan pembuktian ini
supaya setiap murid kita dapat memahami konsep dan kemahiran penaakulan yang lebih baik.

4.0

KESIMPULAN

Kemahiran Penaakulan merupakan kemahiran membuat pertimbangan secara logik, rasional,


adil dan saksama.

Kemahiran ini digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dalam

pembelajaran, membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, kesimpulan serta membuat


keputusan dan menyelesaikan masalah. Di sekolah rendah, murid didedahkan dengan asas
penaakulan dan pembuktian sahaja, namun apabila mereka berada di sekolah menengah,
perkara yang lebih kompleks perlulah diajar di mana mereka telah pandai untuk

10

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

menggunakan pelbagai aplikasi lain dalam penaakulan dan pembuktian ini ketika di sekolah
menengah.

Maka, sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenalpasti
masalah atau cabaran serta sentiasalah berusaha mencari kaedah, teknik, dan strategi yang
sesuai dan menarik agar murid faham dan tidak menghadapi kesukaran atau miskonsepsi
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di mana ini seterusnya dapat meningkatkan
kemahiran penaakulan dalam diri setiap murid. Cabaran-cabaran atau masalah ini harus
ditangani dengan sebaik mungkin demi memantapkan penguasaan modal insan negara
dengan pengetahuan dan kemahiran penaakulan yang tinggi bidang sains dan matematik yang
mana ia menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.

11

KRM3053_Kemahiran Dalam Matematik

RUJUKAN

Abd. Razak Habib, Abd. Rashid Johar, Abdullah Mohd Noor & Puteh Mohamad. (1996).
Pelaksanaan KBSM dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Sains Sosial
disekolah. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. Institut
AminuddinBaki, 9-11 Disember.
Aida Suraya Md. Yunus, Sharifah Mohd Nor & Habsah Ismail. (1992). Analisis kesilapan
masalah-masalah berkaitan nombor perpuluhan dan pecahan bagi pelajar Tahun Lima
sekolah rendah.Jurnal Pendidik dan Pendidikan 12: 15-33.
Baharin Shamsudin (1990). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk
Sekolah Rendah Buku . Kuala Lumpur : DBP, KPM
Jamil A, Norlia G, Norhashimah S. (11-12 Oktober 2008). Seminar Pendidikan Sains dan
Matematik : Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia
Lim K.L, Khaw A.H, Seah A.K. satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Maktab Perguruan Batu Lintang :
Jabatan Matematik
Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim:
Universiti Perguruan Sultan Idris
Mok Soon Sang (1993). Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12

Anda mungkin juga menyukai