Anda di halaman 1dari 7

BAB 2: PERANCANGAN PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK

2.1 Masalah Pembelajaran Matematik dalam kalangan murid pemulihan

1) Operasi Asas

a) tidak faham konsep/simbol


Keliru dengan simbol tambah (+).
Tidak tahu bahawa jawapan bagi 2 + 5 adalah sama dengan 5 + 2.
Tidak dapat membuat penambahan secara bentuk lazim.
Contohnya: 23
+1 8
311
Pelajar keliru terhadap operasi tambah dan darab iaitu dengan simbol + dan x

b) tidak faham nilai tempat


c) tidak mahir dalam operasi bahagi berbaki.
d) keliru dengan nombor yang hampir sama bentuk
e) tidak dapat menulis ayat matematik berdasarkan gambar.
f) tidak faham ayat matematik

2) Penyelesaian Masalah
Proses bagaimana individu menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan
segala pemahaman untuk mengenal pasti suatu keadaan yang berbeza dan luar
biasa dari keadaan lazimnya berlaku.

a) Kesukaran untuk memahami sesuatu penyataan masalah.


Jika seseorang tidak memahami masalah yang diberi, dia tidak dapat
membentuk perwakilan untuk masalah tersebut.
b) Kesukaran untuk menentukan cara penyelesaian masalah.
Murid pemulihan tidak dapat menentukan apakah maklumat yang diberi serta
objektif yang hendak dicapainya.
Adakalanya, murid tahu kehendak soalan tetapi mereka tidak tahu kaedah untuk
menyelesaikan masalah tersebut dengan baik.
c) Kesukaran untuk memahamai sesuatu masalah yang abstrak.
Murid menghadapi masalah untuk memahami maksud soalan, menghubungkan
maklumat dengan operasi, menjalankan operasi dan mendapatkan penyelesaian
yang dikehendaki.

3) Fobia Matematik
Satu bentuk kecenderungan emosi yang mengakibatkan rasa takut, cemas, gugup
dengan kemampuan mereka untuk menguasai ilmu matematik.

a) Sebab-sebab murid pemulihan fobia dengan Matematik adalah seperti berikut:


Asas penguasaan SIFIR yang lemah.
Teknik Penguasaan yang tidak betul.
Kurang minat terhadap mata pelajaran Matematik.
b) Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi
keupayaannya dalam matematik

4) Memori
Keupayaan untuk menerima maklumat yang diutarakan secara lisan atau secara
visual, memproses maklumat, menyimpan dalam ingatan dan mengingat kembali
apa yang telah didengar atau diamati.

a) Cepat lupa
b) Sukar untuk mengingati nama, angka dan nilai nombor.
c) Sukar untuk memahami sesuatu konsep.
d) Tidak dapat mengingat kembali apa yang pernah didengar atau diamatinya.
e) Tidak dapat mengingat turutan nombor yang disebut secara lisan.
f) Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor.

5) Metakognitif
Pengetahuan pelajar tentang kemahiran, strategi-strategi dan sumber-sumber yang
diperlukan untuk melaksanakan tugasan.

a) kebolehan menyelesaikan masalah


b) mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai.
c) menyusun maklumat yang telah dipelajari.
d) membuat kesimpulan strategi untuk situasi yang sesuai.
e) Murid tidak memahami perbendaharaan kata yang biasa digunakan. Contohnya
turutan menaik dan menurun.
f) Kelemahan dalam mengingat kembali fakta penambahan dan pendaraban dalam
semua tahap kebolehan.

6) Tanggapan Visual / Auditori

a) (Visual) Ketidakbolehan murid dalam mengasingkan secara visual akan persamaan


dan perbezaan yang ada pada objek-objek, bentuk-bentuk,nombor-nombor dan
simbol-simbol.
Murid juga tidak boleh mendiskriminasikan simbol-simbol, angka, bentuk,
geometri dan nombor-nombor yang sama. Contohnya, murid akan melihat
nombor 6 seakan-akan nombor 9.
Murid juga seringkali menulis angka dengan terbalik. Contohnya,murid akan
menulis 15 sebagai 51.

b) (Auditori) Ketidakbolehan murid mengenal dan membezakan bunyi sebutan yang


didengar, ketidakbolehan mengenal arah bunyi yang didengar.
Contohnya, murid pemulihan akan keliru dengan angka atau nombor yang
didengar oleh mereka.Misalnya, mereka akan keliru dengan nombor 3 dan 9.

7) Bahasa

Apabila murid mempunyai masalah dalam bahasa,maka mereka akan


menghadapi kesulitan dalam memahami konsep-konsep dan istilah yang terdapat
dalam matematik.
a) Tidak memahami istilah istilah dalam matematik seperti pecahan wajar, titik
perpuluhan, nombor perdana, kelajuan
b) Menghadapi masalah dalam membaca angka, nombor dan ayat matematik.

8) Diskalkulia

Masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran


kemahiran aritmetik. Contoh masalah diskalkulia:

a) Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan


b) Nilai besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23
dan 32
c) Membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair
d) Mengira wang atau melihat masa
e) Membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah,
orientasi dan organisasi ruang
f) Menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati
langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik
g) Lemah dalam pengiraan spontan.

Faktor berlakunya Diskalkulia?

Wujud sejak lahir atas faktor genetik

- Kecederaan pada otak sebelah kiri berdekatan dengan telinga.

- kerana otak kiri berfungsi menterjemahkan angka-angka

Pendedahan awal matematik yang terdesak

pendedahan sebelum kanak-kanak bersedia untuk menerima konsep matematik


menyebabkan kanak-kanak berasa bimbang apabila berhadapan dengan soalan
matematik dan menjadi fobia

Faktor pengajaran di sekolah

Pelajar yang lemah tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan sepunuhnya
kerana guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran seperti yang ditetapkan.

Bagaimana untuk mengajar kanak-kanak Diskalkulia?


a) Memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap.
b) Mengenalpasti mereka faham akan soalan atau latihan yang ditujukan
c) Mementingkan kefahaman konsep
d) Mengkaitkan contoh dengan kehidupan harian dan bahan maujud
e) Menggunakan bahasa yang senang difahami
f) Memberi penghargaan dan pujian, elakan melabel dan memarahi mereka depan
khalayak ramai.
g) Menggunakan BBM yang pelbagai.

2.2 Diagnosis Masalah Pembelajaran dalam Matematik

1) Kenalpasti salah konsep dan pola ralat


tidak dapat menterjemahkan soalan yang berbentuk ayat atau maklumat kepada
persamaan atau ketaksamaan matematik
kesukaran dalam masalah matematik yang dinyatakan dengan perkataan
berbanding masalah yang melibatkan simbol dan angka
Bahasa matematik
Kekeliruan tentang istilah

2) Pentaksiran Kendiri

Guru perlulah melakukan pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau.


Bentuk pentaksiran yang dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti kepada
murid dan maklum balas murid perlulah tepat dan dapat memberi maklumat tentang
pengetahuan dan pemikiran yang dilakukan oleh murid.
Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran dan penilaian yang
dilakukan.
Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang
standard dan rubrik yang ada dan guru dapat mengenalpasti masalah kemahiran
matematik yang dihadapi oleh murid.

3) Temubual

a) Masuk ke dalam persekitaran murid.


Memahami situasi yang berkaitan dengan kajian (masalah yang dihadapi
murid) sebelum membolehkannya masuk ke dalam persekitaran yang
sebenar (proses pembelajaran yang sukar untuk murid fahami)
b) Memahami bahasa dan budaya murid.
Memahami bahasa dan budayya murid agar maklumat yang diterima
difahami.
c) Menentukan bagaimana untuk tampil sendiri.
Bersifat dua hala dengan kawalan yang kurang dari guru.
Kesinambungan perbualan bergantung kepada penemuduga itu sendiri.
d) Mengesan pemberi maklumat.
Memastikan murid boleh bercakap dengan penemubual.
Penemubual boleh bertindak sebagai penterjemah bahasa dan budaya.
e) Mendapatkan kepercayaan dan membina hubungan yang baik.
Penting kerana jika wujud kepercayaan dan hubungan yang baik, barulah
murid bersedia berkongsi maklumat secara mendalam dan jelas.
f) Mengumpul bahan-bahan yang empirikal / kukuh.
Penyimpanan nota sepanjang proses temubual (sukar).
Cara terbaik menggunakan rakaman audio. Namun terdapat satu keadaan di
mana murid tidak mahu rakaman dilakukan.
Oleh itu, nota perlu diambil secara cepat dan lengkap setelah selesai
temubual.

4) Menyelesaikan pengurusan grafik

Pengurusan Grafik membantu guru atau pelajar memvisualkan bagaimana


mereka berfikir tentang konten atau isi kandungan sesuatu bidang kajian.
Pengurusan Grafik merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang boleh
digunakan untuk mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat sesuatu
idea.
a) Pengurusan grafik digunakan dalam:
Membanding Beza
Membuat Kategori
Meneliti Bahagian-Bahagian kecil dan Keseluruhan
Menerangkan Sebab
Membuat Ramalan
Membuat Periksa Andaian
Menjana Idea
Menyelesaikan Masalah

b) Melalui pengurusan grafik, guru dapat:


Menerangkan sebab murid mempunyai masalah dalam kemahiran
tertentu
Mengkategorikan kelemahan-kelemahan murid mengikut kemahiran

5) Menggunakan ujian

a) Ujian diagnostik Matematik


Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan bagi sesuatu topik dan kemahiran.
Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan
kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid
Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus terhadap
individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik
Membolehkan guru merancang program serta bahan bantu mengajar yang
bersesuaian mengikut tahap murid.
b) Ujian yang dirancang perlulah dirancang dengan teliti, cermat, dan sempurna supaya
dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan.
c) Disebabkan itu, borang Jadual Penilaian Ujian perlulah disediakan.
d) Sebelum mentadbirkan ujian diagnostik ini, guru perlulah memastikan bahawa
kemahiran yang hendak diuji mestilah telah diajar dan kemahiran-kemahiran perlulah
disusun dari senang kepada yang susah.

2.3 Pengajaran Pemulihan Matematik

1) Konsep

Memberi pelbagai jenis latihan yang mudah dan menarik untuk menolong murid-
murid memperkukuhkan konsep dan kemahiran matematik.
Oleh itu, sebelum memulakan pengajaran matematik, guru perlu:
i. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah
ii. Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai yang dijangkakan dapat
menghasilkan pengajaran pemulihan yang berkesan.
iii. Membuat analisis masalah pembelajaran
iv. Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran
v. Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran

2) Pengetahuan prosedur (algoritma)


Satu ilmu pengetahuan berkenaan ciri-ciri dan prosedur yang digunakan oleh
seseorang dalam melaksanakan kerja harian atau kerja berkaitan matematik dan
juga simbol yang digunakan untuk mewakili matematik.

Algoritma: Tatacara langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah dalam


masa yang tidak terhad.

a) Pemahaman prosedural merujuk kepada satu tahap pemahaman yang


kebanyakannya melibatkan fakta dan algoritma dan tidak memerlukan ilmu
pengetahuan yang mendasari idea.
b) Melibatkan keupayaan membaca dan melukis graf, membuat binaan geometri
dan menjalankan kemahiran bukan pengiraan seperti pembundaran (Effandi
2007).
c) Pengetahuan tentang simbol-simbol matematik yang melibatkan kedua-dua
pengetahuan iaitu pengetahuan tentang sistem simbol dalam matematik dan
syarat-syarat penggunaannya.

*Guru perlu mengajar murid memahami satu langkah / konsep sebelum memasuki
ke peringkat yang lebih kompleks*

3) Penggunaan model dan bahan konkrit.

A. Model ialah bahan gentian yang menyerupai bahan sebenar.

2 Jenis Model

1. model fizikal
Replika atau tiruan dari objek pada dunia sebenar yang berupa perwakilan fizikal.
Lebih besar atau lebih kecil dibandingkan dengan keadaan sebenar tetapi
mempunyai sifat yang sama.
Contoh : peta topografi

2. model matematik
Model yang menggunakan sistem, angka, atau rumus sebagai perwakilan.
Ditunjukkan dengan variabel, dan aktiviti oleh fungsi.
Fungsi tersebut yang menghubungkan variabel yang ada.
Bergantung dari ketepatan formula persamaan matematik.

B. Bahan konkrit ialah bahan sebenar yang boleh dipegang dan disentuh dan
dirasai.
Contoh: Abakus, Blok Atribut, Blok Asas 10, Bentuk polyhedron

Ciri-Ciri Bahan Konkrit dan Model

Jimat dan menarik


Menepati
Sesuai
Mencabar
Mudah Alih
Praktikal

Anda mungkin juga menyukai