Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : “Surat Cinta”

Surat cinta merupakan satu aktiviti yang memupuk nilai kejujuran didalam bersahabat. Didalam
aktiviti ini, peserta program akan meluahkan apa yang terpendam didalam hati masing-masing
kepada sahabat-sahabat mereka. aktiviti ini juga melatih peserta untuk bersikap positif
menerima kutukan, rungutan ataupun pujian.

Objektif :

1. Memupuk nilai kejujuran dikalangan peserta.


2. Memupuk nilai fikiran postif jika berhadapan rungutan, kutukan ataupun pujian.
3. Memperbaiki diri pada masa hadapan.
4. Mengeratkan ukhwah dikalangan peserta dan organisasi.

Masa:

Tiada peruntukan masa.

Prosedur :

1) Setelah aktiviti treasure hunt selesai, peserta akan diberikan sehelai sampul surat. Peserta
dikhendaki menulis nama mereka diatas setiap sampul surat berkenaan.

2) Sampul surat yang telah ditulis nama akan diserahkan semula kepada fasilitator.

3) Fasilitator akan menerangkan aktiviti surat cinta.

4) Surat-surat peserta digantung disuatu tempat dan fasilitator meminta supaya setiap peserta
menulis tentang perasaan mereka sama ada berupa penghargaan ataupun teguran kepada
sahabat-sahabat mereka yang lain didalam kumpulan.

5) Masa yang diberikan adalah sepanjang masa terluang diantara aktiviti “treasure hunt” dan
malam “talentime”.
6) Setiap orang harus menulis dengan jujur perasaan mereka pada setiap ahli kumpulan.
Peserta juga dibenarkan menulis kepada peserta lain di dalam program ini.

7) Pada akhir malam “talentime” peserta dibenarkan untuk mengambil sampul surat yang
tertera nama mereka.

8) Fasilitator menutup aktivit dan membuat konklusi.

Anda mungkin juga menyukai