Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan:

Isu-isu pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi Nombor dan Operasi secara
umunya telah dianggap sebagai suatu perkara yang akan berlaku setiap kali
berlakunya proses PdP mata pelajaran Matematik di sekolah rendah. Kebiasaannya
isu-isu yang timbul adalah seperti miskonsepsi, kesilapan, kesukaran dan lain-lain.
Keadaan ini berlaku kerana murid perlu mempelajari konsep dan memerlukan
kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. Isu-isu timbul apabila
ilmu sesuatu konsep telah tersalah anggap dan menghadapi kesukaran dalam
proses penerapan konsep dalam pengalaman mereka dalam kehidupan seharian.
Masalah atau kesukaran yang dimaksudkan ialah murid-murid yang berpencapaian
rendah menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat dan
menggunakan pelbagai kemahiran matematik serta keupayaannya adalah terhad
dalam pencapaian. Di samping itu pula, miskonsepsi pula bermaksud pemahaman
konsep matematik oleh kanak–kanak secara salah atau tidak tepat tetapi berlaku
secara sistematik.Dalam tugasan ini, perbincangan tentang isu-isu pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi Nombor dan Operasi yang dihadapi oleh murid dalam
menguasai tajuk “perpuluhan” akan diperbincangkan.

2.0 Isu-isu pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi Nombor dan Operasi:

Terdapat pelbagai isu-isu PdP yang timbul semasa proses PdP dalam tajuk
perpuluhan bagi Tahun Empat. Walaubagaimanapun, isu-isu ini bukanlah suatu
perkara yang asing lagi bagi sesebuah sekolah dan dapat dikawal serta dibendung
dengan baik.

2.1 Miskonsepsi perpuluhan:

Konsep pecahan dengan konsep nombor perpuluhan sudah memang tidak


asing sekali di antara satu sama lain. Nombor perpuluhan boleh ditukarkan ke dalam
bentuk nombor pecahan dengan menggunakan penyebutnya 10, 100 dan 1000.
Terdapat beberapa kesukaran dan kesilapan yang kerap kali dilakukan oleh murid
sehingga akhirnya menjadi punca kepada masalah kemahiran dalam tajuk
perpuluhan. Berdasarkan artikel yang pertama, kesilapan yang dilakukan adalah
menyatakan nilai tempat bagi nombor perpuluhan. Murid ini kebiasaannya mengenal
nombor bulat, dan menganggap semua digit yang dilihat sebagai nombor bulat.
Walaubagaimanapun, kenyataannya adalah setiap digit itu membawa nilai yang

1
tertentu berdasarkan kedudukannya di dalam setiap nombor. Sebagai contoh, nilai
tempat bagi digit 5 dalam nombor 44.656 yang sebenar adalah perseratus tetapi
murid telah memberi jawapan yang salah iaitu ratus.

Berdasarkan artikel yang kedua, kesilapan yang dilakukan adalah murid


berfikir bahawa nombor perpuluhan yang terdiri daripada deretan nombor yang lebih
panjang mewakili nombor yang lebih besar. Hal ini terjadi terjadi disebabkan mereka
masih tidak menguasai konsep nilai tempat dalam perpuluhan dengan sepenuhnya.
Masalah ini dapat dikesan apabila mereka menukarkan kedudukan nombor tersebut
apabila tambah. Sebagai contoh, berdasarkan lampiran pada soalan nombor 5 iaitu
78 + 12.23, sesetengah murid meletakkan 12.23 dibahagian atas dan 78 dibahagian
bawah. Apabila ditanyakan sebab mereka melakukan sedimikian, mereka menjawab
bahawa 12.23 lebih besar berbanding 78.

Oleh itu, berdasarkan kedua-dua artikel tersebut, murid tersebut tidak


merasakan bahawa jawapannya adalah salah kerana beranggapan bahawa setiap
digit adalah nombor, sedangkan digit-digit tersebut mempunyai nilai-nilai yang
tersendiri.

2.2 Kesukaran dalam perpuluhan:

Berdasarkan artikel pertama, kesukaran yang dihadapi dalam tajuk


penambah dan penolakkan unit dalam perpuluhan ialah apabila nombor bulat dan
nombor bentuk perpuluhan digabungkan. Sebagai contoh, berdasarkan lampiran
pada soalan nombor 5 iaitu 78 + 12.23, sesetengah murid yang tidak menguasai
konsep nilai tempat akan memperoleh jawapan yang salah. Murid-murid ini
menganggap 78 adalah sama nilainya dengan .23 dengan menyamakan kedudukan
78 dan .23 tersebut. Murid yang telah menguasai konsep akan mewujudkan titik
pada nombor 78 terlebih dahulu agar menjadi 78.00 sebelum membuat pengiraan
dalam bentuk lazim. Kemudian, barulah nombor tersebut digabungkan dengan
nombor bentuk perpuluhan.

Berdasarkan artikel kedua, kesukaran yang dihadapi ialah kekurangan


pengetahuan konseptual yang diperlukan. Pengetahuan konseptual yang
dimaksudkan adalah merujuk kepada kebolehan murid untuk menghubungkaitkan
maklumat-maklumat yang telah dipelajari. Hal ini telah menyebabkan murid-murid

2
lebih memilih kepada kaedah menghafal petua dan prosedur berkaitan dengan
nombor perpuluhan. Kelemahan yang ada pada kaedah penghafalan ini adalah
penghafal hanya mengetahui ciri-ciri luaran sesuatu tugasan dan bukan konsep
asas. Oleh itu, jika terdapat perubahan terhadap soalan, mereka tidak dapat
menggunakan petua dan prosedur dengan betul lalu menghadapi kesukaran
menyelesaikan masalah.

3.0 Rancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan


resos:

Berdasarkan kepada isu-isu pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang timbul,


pembinaan sebuah resos telah dilaksanakan dengan jayanya bagi memenuhi
kehendak dan keperluan isu-isu tersebut. Penghasilan resos ini adalah khusus untuk
digunakan dalam operasi penambahan dan penolakkan perpuluhan tahun 4 sahaja
yang menghadapi isu-isu tersebut. Resos ini dihasilkan hasil daripada cadangan
langkah mengatasi miskonsepsi perpuluhan yang dicadangkan dalam artikel pertama
di mana konsep diatas kertas ditukar menjadi konsep maujud.

Pada permulaan kelas, beberapa soalan diberikan kepada murid untuk


dijawab oleh mereka di mana soalan tersebut mengandungi pelbagai tahap soalan
seperti dalam lampiran. Kemudian, analisis soalan tersebut dengan mendalam
terlebih dahulu. Kesan murid yang mengalami masalah serius dengan isu-isu
tersebut. Pada waktu kelas yang seterusnya, asingkan murid tersebut daripada
rakan-rakannya yang telah menguasai konsep perpuluhan. Sebelum penggunaan
resos, murid akan diberikan penerangan secara ringkas dan padat tentang konsep
nilai tempat perpuluhan secara teori terlebih dahulu. Buat semula soalan yang
dijawab salah dengan menggunakan resos agar mereka sedar akan kesalah yang
dilakukan. Dengan penggunaan resos, murid akan dibimbing untuk melihat
perbezaan antara nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan secara
amali. Berdasarkan rajah 1, murid perlu menyusun kesemua cawan ke dalam lubang
yang disediakan mengikut perumah yang telah disediakan. Berdasarkan soalan yang
diberikan, murid perlu menentukan nilai tempat setiap digit bagi set nombor soalan.
Kemudian pusingkan cawan tersebut mengikut soalan dan cawan yang tidak
digunakan diasingkan ke tepi kecuali cawan di bahagian jawapan seperti rajah 2.
Kirakan hasil jawapan bagi soalan tersebut dan cawan di bahagian jawapan akan
dipusingkan manakala cawan yang tidak digunakan akan diasingkan ke tepi. Susun

3
semula kesemua cawan-cawan tersebut seperti rajah 1 dan ulang aktiviti tersebut
dengan pelbagai soalan yang lain.

Rajah 1: Resos

Rajah 2: Pemusingan dan pengasingan cawan

4
4.0 Cadangan penambahbaikan:

Semasa menjalani PBS selama seminggu di SK Tan Sri Ghazali Jawi baru-
baru ini, sebuah kajian kes telah dilaksanakan di dalam sebuah kelas darjah 4 iaitu
kelas 4 Jaya. Kajian kes ini melibatkan seramai 30 orang murid yang diuji dengan
operasi penambahan dan penolakkan nombor perpuluhan. Rata-rata murid dapat
menjawab persoalan ini dengan tepat. Berikut merupakan data bilangan murid yang
mampu menjawab soalan sebelum dan selepas memperkenalkan projek inovasi
kami :-

Bil. Pelajar
Sebelum Selepas
Status
100% 20 30
<100% 10 -
Rajah 3: Status Pencapaian Murid 4 Jaya

Mereka juga menunjukkan minat yang mendalam ketika diajukan dengan pelbagai
soalan yang lain seperti dalam lampiran yang melibatkan proses penambahan dan
penolakan nombor perpuluhan. Secara keseluruhan, resos menunjukkan hasil yang
positif daripada dan kepada murid tahun 4 Jaya. Selepas tamat penggunaan resos,
`murid banyak memberikan komen yang baik. Walaubagaimanapun, murid turut
memeberi beberapa komen pernambahbaikan yang boleh dilakukan agar proses
penggunaan resos tersebut menjadi lebih lancar.

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah tambah lagi dua nilai
tempat pada resos. Hal ini kerana resos yang diciptakan hanya mempunyai nilai
tempat perseribu, perseratus, persepuluh, sa, puluh, ratus dan ribu sahaja. Menurut
Shamrizal Fauzi (2015), murid matematik tahun 4 telah belajar nilai tempat sehingga
puluh ribu. Oleh itu, bagi mengikut standard pembelajaran ini, enam buah lubang lagi
perlu ditebuk supaya dapat mengwujudkan nilai tempat bagi puluh ribu dan
persepuluh ribu. Dengan penambahbaikan ini, cukuplah keperluan murid untuk
menguasai nilai tempat bagi matematik tahun 4.

Selain itu, penggunaan untuk operasi pendaraban dan pembahagian juga


merupakan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada resos tersebut. Hal ini
kerana resos yang diciptakan hanya mempunyai kebolehan dalam operasi
penambahan dan penolakkan sahaja. Menurut Lin. L (2017), murid matematik tahun

5
4 telah belajar pendaraban dan pembahagian nombor perpuluhan. Oleh itu, bagi
mengikuti standard pembelajaran ini, beberapa lagi buah lubang lubang perlu
ditambah dibahagian bawah resos supaya dapat mengwujudkan kawasan pengiraan
pendaraban dan pembahagian. Dengan penambahbaikan ini, cukuplah keperluan
murid untuk menguasai operasi pendaraban dan pembahagian nombor perpuluhan
bagi matematik tahun 4.
Seterusnya, mengubah kedudukan anak panah juga merupakan
penambahbaikan yang boleh dilakukan pada resos tersebut. Hal ini kerana
kedudukan anak panah kini adalah terlindung dibelakang cawan. Kesannya murid
tidak dapat melihat nombor yang hendak digunakan lalu menyebabkan murid perlu
mengelilingi resos tersebut untuk melihat nombor yang digunakan dan memakan
ruang yang besar untuk menggunakan resos tersebut. Menurut Che Nidzam Che
Ahmad (2016), persekitaran fizikal bilik darjah yang sempat sedikit sebanyak akan
mengganggu prestasi murid di dalam bilik darjah. Oleh itu, bagi mengatasi masalah
ini, penambahbaikn yang boleh dilakukan adalah dengan mengalihkan anak panah
tersebut ke bahagian depan cawan. Dengan penambahbaikan ini, tiadalah
penggunaan ruang yang terlalu besar dan murid dapat menggunakan resos tanpa
perlu bergerak secara aktif.

Penambahbaikan yang lain ialah menjadikan resos boleh melekat di dinding.


Hal ini kerana resos memerlukan pandangan atas. Jika resos tersebut diletakkan di
kawasan yang tinggi, maka murid perlu memanjat sesuatu benda agar mereka dapat
melihat resos daripada pandangan atas resos. Dengan adanya kebolehan melekat di
dinding, murid tidak perlu lagi memanjat untuk melihat resos tersebut tetapi dengan
melihat begitu sahaja mereka dapat melihat pandangan atas resos. Menurut Izny
Atikah (2012), pergerakan murid yang terlalu aktif di dalam bilik darjah sedikit
sebanyak akan mengganggu proses PdP murid dan bilik darjah yang lain di samping
membahayakan murid itu sendiri. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini,
penambahbaikn yang boleh dilakukan adalah dengan memasangkan pencangkuk
pada resos tersebut agar dapat digantungkan di mana-mana kawasan dalam bilik
darjah. Dengan penambahbaikan ini, tiadalah pergerakan yang terlalu aktif dan
membahayakan dapat terwujud dan proses penggunaan resos menjadi lebih
selamat.

6
5.0 Penutup:

Kesimpulannya, isu-isu pengajaran dan pembelajaran bagi Nombor dan


Operasi ini hendaklah ditangani dengan menggunakan resos secara berkesan oleh
guru dan pihak sekolah. Oleh itu, guru haruslah mengambil langkah untuk
merancang satu bentuk pengurusan isu-isu pengajaran dan pembelajaran bagi
Nombor dan Operasi dengan penggunan resos yang berkesan mengikut kebolehan
guru dan persekitaran bilik darjah masing-masing. Pengetahuan yang luas di dalam
pengurusan isu-isu pengajaran dan pembelajaran bagi Nombor dan Operasi
ditambah dengan pengalaman yang sedia ada sudah pasti dapat membantu guru
mensintesis satu pengurusan isu-isu pengajaran dan pembelajaran bagi Nombor dan
Operasi dengan penggunaan resos yang fleksibel dan efektif untuk kegunaan sendiri
di dalam bilik darjah masing-masing.

7
Rujukan:

Shamrizal Fauzi. (2015). Dskp KSSR matematik tahun 4. Dirujuk pada 10 September
2018 daripada https://www.slideshare.net/shamrizalfauzi/dskp-kssr-matemati
k-tahun-4.

Lin. L. (2017). Nota Matematik Tahun 4. Dirujuk pada 10 September 2018 daripada
https://kupdf.net/download/nota-matematik-tahun-4_589d75c16454a73036b1
e94a_pdf.

Izny Atikah. (2012). Masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.
Dirujuk pada 10 September 2018 daripada https://www.slideshare.net/iznyatik
ah/5-masalah.

Aida Suraya Md. Yunus, Sharifh Mohd. Nor & Habsah Ismail. (2012). Analisis
Kesilapan Masalah-Masalah Berkaitan Nombor Perpuluhan dan Pecahan.
Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Mohd Maiki. (2013). HBMT3103 pecahan dan perpuluhan : masalah dan


penyelesaian. Terengganu: Open University Malaysia.

8
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai