Anda di halaman 1dari 35

1.

0 Pendahuluan:

Aktiviti perkhemahan ini merupakan program yang wajib dilaksanakan pada


setiap tahun yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap, Institut Pendidikan Guru (IPG)
seluruh negara. Program ini wajib disertai oleh semua pelajar guru tahun 1 semesta 2
PISMP Ambilan Jun 2017 yang menjadi ahli-ahli unit beruniform pengakap IPG Kampus
Pulau Pinang (IPGKPP). Pada tahun ini, pihak Unit Beruniform Pengakap IPGKPP
berhasrat untuk mengadakan program ini tiga hari dua malam di luar kawasan kampus
yang bermula pada 7 sehingga 9 September 2018.

Program ini dilaksanakan adalah selaras dengan kehendak Institut Pendidikan


Guru Malaysia (IPGM) yang inginkan setiap pelajar guru menyertai aktiviti kokurikulum di
dalam dan di luar kawasan kampus. Pengalaman yang ditimba melalui program ini bakal
dikongsikan dan diaplikasikan oleh pelajar guru apabila memasuki alam tenaga
pengajar.

Perkhemahan secara amnya merupakan sebuah aktiviti mendirikan khemah


sebagai tempat perlindungan yang sementara yang hanya mempunyai kemudahan asas
yang minima tetapi selesa. Perkhemahan ini merupakan aktiviti yang sangat
menyeronokkan kerana dapat mendekatkan diri dengan suasana alam semula jadi di
samping dapat memberikan pengalaman yang luas, bermanfaat dan berfaedah kepada
peserta.

2.0 Nama Program:

Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang 2018

1
3.0 Tujuan:

Kertas kerja disediakan dan dikemukan kepada Pengarah IPGKPP, Tuan Haji
Khalid Bin Haji Ahmad adalah untuk mendapatkan kelulusan melaksanakan program
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang 2018 dan
memohon sedikit peruntukkan kewangan dan pengangkutan daripada pihak IPGKPP.

4.0 Tema:

Pengakap Dan Alam Terus Bersatu

5.0 Falsafah:

Aktiviti perkhemahan ini merupakan misi untuk memberikan latihan kepimpinan


yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni
dan mengeratkan hubungan persaudaraan sesama ahli pengakap dan melahirkan
individu yang bersepadu dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan berteraskan profil berikut:

a. Disiplin dan akhlak diri


b. Sopan santun
c. Budi bahasa
d. Bertanggungjawab
e. Keberanian dan keyakinan diri
f. Komitmen dan pengorbanan
g. Daya usaha
h. Daya tahan diri

2
6.0 Rasional:

Perkhemahan yang dijalankan akan dapat memperkukuhkan disiplin dan akhlak


diri, membentuk sifat bersopan santun, berbudi bahasa, serta bertanggungjawab
terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam menjadi warga yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara di samping akan dapat mendedahkan kepada
peserta tentang alam semula jadi.

7.0 Matlamat:

Antara matlamat program ini adalah untuk:

a. Memberikan pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam
diri seorang pelajar guru.
b. Meningkatkan keyakinan diri, mengukuhkan rohani dan menguji ketahanan fizikal
dan mental setiap peserta apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
c. Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri dan kelemahan diri untuk
mengorak langkah ke tahap lebih tinggi.
d. Menyedarkan dan menginsafkan diri peserta terhadap kepentingan menghargai
barang keperluan am yang telah disediakan yang serba lengkap.
e. Menanamkan sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah
dan sesuai untuk mengisi masa lapang.
f. Menanamkan sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran
matang dalam melakukan sesuau perkara.
g. Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari ke dalam dunia realiti agar dapat
memahami kegunaan sesuatu teori.

3
8.0 Objektif:

Antara objektif program ini adalah untuk:

a. Menggalakkan interaksi nasional, memahami budaya dan kepercayaan yang


pelbagai serta menghormati budaya masing-masing. (CS6) (CTPS7) (TS3)
b. Membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan berkerja secara
efektif bersama peserta lain untuk mencapai objektif yang sama. (PLO4) (TS1)
c. Meningkatkan sikap bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah
dilakukan secara berkumpulan. (PLO5) (TS5)
d. Menggalakkan pengamalan sikap beretika di samping mempunyai rasa
tanggungjawab terhadap perserta yang lain. (PLO8) (EM3)
e. Meningkatkan kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti
antara satu sama lain. (LS3) (CTPS6)
f. Mengaplikasikan dan mempamerkan pengetahuan dan kefahaman yang
berkaitan dengan teori dan prinsip-prinsip yang dipelajari ke dalam bentuk
kemahiran praktikal. (PLO1) (PLO2) (PEO1) (PEO2) (CTPS3)

9.0 Konsep Perkhemahan:

Antara konsep perkhemahan yang ingin dibawakan dalam program ini adalah:

a. Pemantapan integrasi.
b. Semangat berpasukan.
c. Khidmad dan kerja amal.
d. Penerapan amalan nilai murni.
e. Peningkatan kerohanian dan moral.

4
10.0 Kumpulan Sasaran:

Program ini mensasarkan semua pelajar guru tahun 1 semesta 2 PISMP Ambilan
Jun 2017 yang menjadi ahli-ahli unit beruniform pengakap IPG Kampus Pulau Pinang
(IPGKPP). Jumlah peserta lelaki adalah 36 orang manakala peserta perempuan adalah
17 orang sahaja yang menjadikan jumlah kesemua peserta 53 orang sahaja seperti
dalam lampiran 1. Tambahan pula, program ini akan ditemani 7 orang fasilitator lelaki
dan 3 orang fasilitator perempuan yang merupakan pensyarah di IPGKPP yang
menjadikan jumlah kesemua fasilitator seramai 10 orang sahaja seperti dalam lampiran
2.

11.0 Cadangan Tarikh:

Program ini akan diadakan pada hari jumaat, 7 September 2018 sehingga hari
ahad, 9 September 2018. Program ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dan
masa perlaksanaannya melibatkan waktu siang dan malam.

12.0 Cadangan Lokasi:

Program ini akan diadakan di Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang. Rasional pemilihan
tempat ini adalah kerana:

a. Sesuai untuk didirikan khemah dengan bentuk muka bumi persisiran pantai dan
berhampiran dengan masjid.
b. Keadaan pantai yang landai dan ombak yang sederhana.
c. Keluasan pantai yang luas sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti.
d. Kedudukan berdekatan dengan kawasan perkampungan yang mempunyai
kemudahan awam yang lengkap.
e. Masih mempunyai alam semula jadi yang masih belum tercemar.

5
13.0 Perasmian dan penutupan:

Program Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang


2018 ini akan dirasmikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, Encik Abdul Latip Bin Abdul
Rahman dalam Majlis Perasmian Perkhemahan Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang
2018 yang bakal diadakan secara kecil-kecilan. Majlis ini akan berlangsung di Dewan
Angsana selama 15 minit untuk memberi peluang kepada perasmi memberikan ucapan
sekaligus merasmikan program perasmian ini sebelum peserta bergerak pergi ke lokasi
program.

Manakala Majlis Penutupan Program Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap


IPG Kampus Pulau Pinang 2018 pula akan dirasmikan oleh Ketua Penghulu Pantai Batu
Feringghi, Encik Ahmad Zamzami Bin Ahmad. Majlis ini akan berlangsung di
perkarangan dewan yang disediakan berdekatan dengan tapak perkhemahan. Majlis ini
akan dilangsungkan selama 15 minit untuk memberi peluang kepada perasmi
memberikan ucapan sekaligus merasmikan penutupan program ini sebelum peserta
bergerak pulang ke IPGKPP.

6
14.0 Jawatankuasa Induk:

Jawatankuasa Bidang Tugas


Penaung:
Tuan Haji Khalid Bin Haji Ahmad Memberikan sokongan terhadap apa jua
penambahbaikan supaya program ini
mencapai matlamat.

Penasihat:
Encik Abu Zaki Bin Romli Memberikan kata putus ataupun idea
terhadap perjalanan program ini sama ada
dari segi pelaksanaan, jawatankuasa
ataupun apa jua yang dirasakan perlu.

Pengerusi:
Muhammad Najwan Bin Halim Menguruskan perjalanan program seperti
mesyuarat pra program, pemantauan dan
lain-lain.

Naib Pengerusi:
Nor Izzah Diyana Binti Zazlan Membantu tugas pengurusi.

Setiausaha:
Abdul Muizz Bin Mohd Ramzi Menyediakan kertas kerja serta minit-minit
mesyuarat, maklumat-maklumat program
dan hal-hal lain yang berkaitan.

Bendahari:
Ali Imran Bin Omar Mengendalikan segala urusan yang
berkaitan dengan kewangan program
seperti kutipan yuran, bayaran dan lain-
lain.

7
15.0 Jawatankuasa Kecil:

Jawatankuasa Bidang Tugas


Ketua Perkhemahan:
Muhammad Najwan Bin Halim a. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti
dan kelancaran perkhemahan.
b. Mengeluarkan peraturan perkhemahan.
c. Menguatkuasa peraturan perkhemahan.
Penolong Ketua Perkhemahan:
Nor Izzah Diyana Binti Zazlan a. Membantu sepenuhnya tanggungjawab dan
tugas ketua perkhemahan.
b. Menjalankan tugas ketua perkhemahan
semasa ketiadaannya.
Urusetia dan Jemputan:
1. Ahmad Fauzan Bin Abu Talib a. Membantu setiausaha.
2. Nurul Atikah Binti Saari b. Menyediakan surat jemputan kepada para
tetamu jemputan perkhemahan.
c. Menyediakan jadual aktiviti, laporan aktiviti
dan kain rentang perkhemahan.
d. Menghebahkan maklumat terkini.
e. Mengendalikan acara majlis perasmian dan
penutupan.
Pengurus Peserta dan
Pengangkutan:
1. Wan Rohaizad Bin Wan Zulkefli a. Mengambil pendaftaran peserta.
2. Ungku Zulfarahin Binti Ungku b. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik
Zakaria peserta.
c. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa.
d. Memungut yuran pendaftaran ketika sesi
pendaftaran.
Tapak Perkhemahan:
1. Mohamad Amirul Fahmi Bin a. Menyediakan pelan tapak perkhemahan.
Zainal b. Menentukan tapak yang akan digunakan
2. Nabilah Amani Binti Md Rusdi oleh peserta dan fasilitator jika hujan.
c. Menentukan kedudukan tapak bilik air.

8
d. Memastikan tapak khemah sentiasa dalam
keadaan yang sesuai dan selamat
digunakan.
Khemah dan Peralatan:
1. Amsyar Haikal Bin Amran a. Menyediakan senarai semak peralatan yang
2. Aida Fitri Bawati Binti Bandar perlu dibawa.
b. Menyediakan khemah yang mencukupi.
c. Memastikan komponen khemah dan
peralatan yang berkaitan mencukupi.
Penyelaras Aktiviti:
1. Muhammad Fahmi Syafiq Bin a. Menyelaras perjalanan aktiviti dan
Selamat pertandingan.
2. Aimi Athirah Binti Abdul Haris b. Merancang aktivit-aktiviti yang akan
diadakan.
c. Memastikan semua aktiviti berjalan lancar.
d. Memastikan setiap aktiviti ada fasilitator
yang bertugas.
e. Menyediakan peralatan dan halangan yang
bersesuaian bagi aktiviti yang akan
diadakan.
f. Mengemas dan menyimpan semula
peralatan yang telah digunakan selepas
sesuatu aktiviti.
Makanan dan Minuman:
1. Alif Murshed Bin Dzulkarnain a. Menguruskan makanan dan minuman untuk
2. Nabiha Ulfa Binti Mohamad Rodzi peserta dan fasilitator.
b. Memastikan makanan berada dalam
keadaan bersih.
c. Memastikan pengagihan makanan berjalan
lancar.
d. Menyediakan jadual waktu makan serta
menu masakan.
e. Memastikan semua aktiviti memasak di
kalangan peserta berjalan lancar.
f. Memastikan fasilitator memasak masakan
mengikut jadual dan menu yang ditetapkan.

9
Disiplin dan Kerohanian:
1. Awangku Syaiful Anwar Bin a. Menguruskan disiplin peserta.
Awang Setara b. Memastikan perkhemahan berjalan dengan
2. Siti Ayunni Imana Binti Hassim suasana harmoni.
c. Menyediakan jadual bertugas waktu solat.
d. Menyedia dan mengendalikan aktiviti-aktiviti
yang berbentuk kerohanian.
Keselamatan dan Kecemasan:
1. Muhammad Akmal Bin Zainisham a. Menubuhkan unit kawalan.
2. Anis Anira Binti Zainuddin b. Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti
rawatan yang mencukupi.
c. Menyediakan jadual pengawasan dan
kawalan keselamatan.
d. Mengawal keselamatan peserta dalam
perjalanan pergi dan balik dari masjid untuk
solat jumaat.
Penyelaras Persembahan:
1. Muhammad Hafizul Helmi Bin Md. a. Menentukan jenis persembahan dan syarat-
Razeif syaratnya.
2. Siti Nor Anawiah Binti Rusli b. Memberikan taklimat kepada peserta dan
fasilitator sebelum melakukan persembahan.
c. Melantik hakim-hakim persembahan.
d. Menguruskan perjalanan persembahan.
e. Menyiapkan hiasan pentas untuk majlis
perasmian dan penutupan.
Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi: a. Menyediakan kemudahan elektrik dan
1. Muhammad Arif Safwan Bin peralatan siaraya secukupnya.
Suhaidi b. Mengemaskini peralatan yang telah
2. Nurul Natasya Binti Hanafi digunakan dan disimpan pada tempat yang
sesuai.
c. Merakam gambar dan video sepanjang
perkhemahan.
d. Menyediakan laporan dokumentasi.
e. Menyediakan ‘pamplet’ mudah berkaitan
perkhemahan.

10
Hadiah dan Cenderamata:
1. Muhammad Aslam Bin Abdul a. Menyediakan hadiah dan cenderamata
Hashim kepada peserta, fasilitator dan para tetamu.
2. Nur Athirah Binti Mohd Afandi b. Menguruskan majlis penyampaian hadiah.
Kebersihan:
1. Muhammad Hazim Bin Mohtadza a. Memastikan kebersihan tapak
2. Azra Afifah Binti Alias perkhemahan, bilik air dan tapak aktiviti
berada dalam keadaan baik dan bersih
selepas digunakan.
Pengurus Fasilitator:
1. Encik Abu Zaki Bin Romli a. Mengambil pendaftaran fasilitator.
2. Puan Rohaya Binti Jusof b. Mencatat kehadiran fasilitator bertugas.
c. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik
fasilitator.
d. Memungut yuran pendaftaran ketika sesi
pendaftaran.
Tugas-Tugas Khas:
1. George Ng Weng Heng a. Menjaga kebajikan peserta dan fasilitator
2. Hazimah BInti Sofian b. Membantu ahli jawatankuasa yang lain.

16.0 Sumber Perbelanjaan dan Bayaran Penyertaan:

Antara sumber perbelanjaan yang bakal diterima untuk program ini adalah:

a. Bayaran pendaftaran RM50.00 setiap peserta dan fasilitator.


b. Peruntukan kewangan dan pengangkutan daripada pihak IPGKPP.
c. Peruntukan kewangan dan peralatan daripada pihak Persekutuan Pengakap
Malaysia Negeri Pulau Pinang (PPMNPP).
d. Tajaan peralatan daripada ibu bapa peserta dan fasilitator seperti:
i. Khemah
ii. Peralatan memasak
iii. Lain-lain peralatan.
e. Tajaan tapak perkhemahan dan dewan daripada ketua kampung.

11
17.0 Anggaran Penerimaan dan Perbelanjaan:

Perkara Kuantiti Jumlah Tindakan


Penerimaan
1. Bayaran pendaftaran RM50 x 63 orang RM3150.00
2. Peruntukan kewangan dan
pengangkutan IPGKPP
3. Peruntukan kewangan dan
peralatan PPMNPP
4. Tajaan peralatan ibu bapa
peserta dan fasilitator
Jumlah RM3150.00
Perbelanjaan
1. Bayaran aktiviti RM400.00
2. Makanan dan minuman RM30 x 63 orang RM2000.00
3. Sewa khemah dan alatan Tajaan ibu
bapa peserta
dan fasilitator
serta
peruntukan
PPMNPP
4. Sewa tapak perkhemahan Tajaan ketua
dan dewan kampung
5. Pengurusan khemah dan 3 helai kain x RM10
dewan +
20 bunga hiasan x RM3 RM100.00
+
2 jamuan tetamu x RM5
6. Hadiah dan cenderamata RM10 x 1 buah
+ RM199.00
RM3 x 63 buah
7. Pengangkutan Peruntukan
- Pergi dan balik IPGKPP
8. Kelengkapan keselamatan Peruntukan
dan ‘First Aid’ PPMNPP

12
9. Simpanan kecemasan 1 tabung simpanan x RM301.00
RM301
10.Banner RM50 x 3 buah RM150.00
Jumlah RM3150.00

18.0 Menu Makanan dan Minuman:

Jumaat, 7 September 2018 Menu


Makan tengah hari Nasi + Sup ayam + Air sirap
Makan malam Nasi + Sup ayam+ Air sirap
Sabtu, 8 September 2018 Menu
Sarapan pagi Biskut + Air tea
Makan tengah hari Nasi + Tom yam ayam + Air sirap
Makan malam Nasi + Tom yam ayam + Air sirap
Ahad, 9 September 2018 Menu
Sarapan pagi Biskut + Air milo
Makan tengah hari Nasi ayam + Air sirap bandung

19.0 Tentatif dan Jadual Tindakan Program:

Hari Pertama: Jumaat, 7 September 2018


Masa Perkara Tindakan
8.30 pagi Sesi pendaftaran JK Pengurus Peserta dan
Pengangkutan dan JK Pengurus
Fasilitator
9.00 pagi Majlis perasmian JK Khemah dan Peralatan, JK
Urusetia dan Jemputan, JK
Elektrik, Siaraya dan Dokumentasi
dan JK Tugas-Tugas Khas
9.30 pagi Bertolak ke tapak perkhemahan JK Pengurus Peserta dan
Pengangkutan

13
11.00 pagi Dijangka tiba dan taklimat umum Ketua Perkhemahan, Penolong
Ketua Perkhemahan, JK Elektrik,
Siaraya dan Dokumentasi dan JK
Penyelaras Aktiviti
11.30 pagi Mendirikan khemah JK Tapak Perkhemahan, JK
Khemah dan Peralatan, JK Tugas-
Tugas Khas, JK Elektrik, Siaraya
dan Dokumentasi dan JK
Penyelaras Aktiviti
12.30 petang Persiapan diri, makan tengah hari JK Makanan dan Minuman, JK
dan solat jumaat Disiplin dan Kerohanian, JK
Keselamatan dan Kecemasan dan
JK Kebersihan
2.30 petang Perhimpunan patrol dan upacara Ketua Perkhemahan dan
naik bendera Penolong Ketua Perkhemahan, JK
Elektrik, Siaraya dan Dokumentasi
dan JK Penyelaras Aktiviti
3.00 petang Aktiviti 1: JK Khemah dan Peralatan, JK
Pengenalan kepada ikatan dan Kebersihan ,JK Disiplin dan
simpulan dan penyediaan gajet Kerohanian, JK Keselamatan dan
mudah alih Kecemasan, JK Tugas-Tugas
Khas, JK Penyelaras Aktiviti dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi
5.00 petang Persiapan diri dan solat asar JK Disiplin dan Kerohanian, JK
Keselamatan dan Kecemasan dan
JK Kebersihan
6.00 petang Riadah petang dan pembersihan JK Disiplin dan Kerohanian, JK
pantai Keselamatan dan Kecemasan dan
JK Kebersihan
7.00 petang Persiapan diri, solat maghrib, JK Disiplin dan Kerohanian, JK
program insaniah dan solat isyak Keselamatan dan Kecemasan, JK
Penyelaras Aktiviti, JK Tugas-
Tugas Khas, JK Kebersihan dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi

14
9.00 malam Persediaan diri dan makan malam JK Makanan dan Minuman, JK
Keselamatan dan Kecemasan dan
JK Kebersihan
10.00 malam Aktiviti 2: JK Khemah dan Peralatan, JK
Isyarat hutan dan kembara malam Kebersihan ,JK Disiplin dan
Kerohanian, JK Keselamatan dan
Kecemasan, JK Tugas-Tugas
Khas, JK Penyelaras Aktiviti dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi
12.00 malam Tidur dan berehat JK Keselamatan dan Kecemasan
dan JK Tugas-Tugas Khas
Hari Kedua: Sabtu, 8 September 2018
5.30 pagi Persiapan diri, solat subuh dan JK Disiplin dan Kerohanian, JK
program insaniah. Keselamatan dan Kecemasan, JK
Penyelaras Aktiviti, JK Tugas-
Tugas Khas, JK Kebersihan dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi
7.00 pagi Aktiviti 3: JK Khemah dan Peralatan, JK
Senamrobik dan berjogging Kebersihan ,JK Disiplin dan
Kerohanian, JK Keselamatan dan
Kecemasan, JK Tugas-Tugas
Khas, JK Penyelaras Aktiviti dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi
8.30 pagi Sarapan pagi JK Makanan dan Minuman, JK
Keselamatan dan Kecemasan dan
JK Kebersihan
9.30 pagi Aktiviti 4: JK Khemah dan Peralatan, JK
Pengenalan kepada kompas dan Kebersihan ,JK Disiplin dan
pandu arah dan explorace Kerohanian, JK Keselamatan dan
Kecemasan, JK Tugas-Tugas
Khas, JK Penyelaras Aktiviti dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi

15
12.30 petang Persiapan diri, makan tengah hari JK Makanan dan Minuman, JK
dan solat zohor Disiplin dan Kerohanian, JK
Keselamatan dan Kecemasan dan
JK Kebersihan
1.30 petang Aktiviti 5: JK Makanan dan Minuman, JK
Pengenalan kepada ikhtiar hidup, Khemah dan Peralatan, JK
penyediaan gajet memasak dan Kebersihan ,JK Disiplin dan
memasak menggunakan gajet Kerohanian, JK Keselamatan dan
Kecemasan, JK Tugas-Tugas
Khas, JK Penyelaras Aktiviti dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi
5.00 petang Persiapan diri dan solat asar JK Disiplin dan Kerohanian, JK
Keselamatan dan Kecemasan dan
JK Kebersihan
6.00 petang Riadah petang dan pembersihan JK Disiplin dan Kerohanian, JK
pantai Keselamatan dan Kecemasan dan
JK Kebersihan
7.00 petang Persiapan diri, solat maghrib, JK Disiplin dan Kerohanian, JK
program insaniah dan solat isyak Keselamatan dan Kecemasan, JK
Penyelaras Aktiviti, JK Tugas-
Tugas Khas, JK Kebersihan dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi
9.00 malam Persediaan diri dan makan malam JK Makanan dan Minuman, JK
Keselamatan dan Kecemasan dan
JK Kebersihan
10.00 malam Aktiviti 6: JK Makanan dan Minuman, JK
Unggun api dan BBQ Khemah dan Peralatan, JK
Kebersihan ,JK Disiplin dan
Kerohanian, JK Keselamatan dan
Kecemasan, JK Tugas-Tugas
Khas, JK Penyelaras Aktiviti dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi

16
12.00 malam Tidur dan berehat JK Keselamatan dan Kecemasan
dan JK Tugas-Tugas Khas
Hari Ketiga: Ahad, 9 September 2018
5.30 pagi Persiapan diri, solat subuh dan JK Disiplin dan Kerohanian, JK
program insaniah. Keselamatan dan Kecemasan,
JK Penyelaras Aktiviti, JK Tugas-
Tugas Khas, JK Kebersihan dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi
7.00 pagi Aktiviti 7: JK Khemah dan Peralatan, JK
Senamrobik dan jungle tracking Kebersihan ,JK Disiplin dan
Kerohanian, JK Keselamatan dan
Kecemasan, JK Tugas-Tugas
Khas, JK Penyelaras Aktiviti dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi
8.30 pagi Sarapan pagi JK Makanan dan Minuman, JK
Keselamatan dan Kecemasan
dan JK Kebersihan
9.30 pagi Aktiviti 8: JK Penyelaras Persembahan, JK
Perancangan dan latihan Kebersihan ,JK Disiplin dan
persembahan penutup Kerohanian, JK Keselamatan dan
Kecemasan, JK Tugas-Tugas
Khas, JK Penyelaras Aktiviti dan
JK Elektrik, Siaraya dan
Dokumentasi
12.30 petang Persiapan diri, makan tengah hari JK Makanan dan Minuman, JK
dan solat zohor Disiplin dan Kerohanian, JK
Keselamatan dan Kecemasan
dan JK Kebersihan
1.30 petang Istiadat turun bendera dan JK Tapak Perkhemahan, JK
mengemas peralatan Khemah dan Peralatan, Ketua
Perkhemahan, Penolong Ketua
Perkhemahan, JK Elektrik, Siaraya
dan Dokumentasi dan JK
Penyelaras Aktiviti

17
3.30 petang Majlis penutupan JK Khemah dan Peralatan, JK
Urusetia dan Jemputan, JK
Elektrik, Siaraya dan Dokumentasi
dan JK Tugas-Tugas Khas
5.00 petang Persiapan diri dan solat asar JK Disiplin dan Kerohanian, JK
Keselamatan dan Kecemasan dan
JK Kebersihan
6.00 petang Bertolak balik ke IPGKPP JK Pengurus Peserta dan
Pengangkutan

20.0 Penutup:

Pihak kami amat mengharapkan program yang dirancang ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan jayanya serta memenuhi semua objektif dan matlamat yang
digariskan. Selain itu, adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini
dapat melahirkan pelajar guru yang kental jiwanya, bersih, cemerlang, gemilang,
terbilang dan bersemangat.

Pihak jawatankuasa dengan sedaya upaya merancang dan berusaha untuk


memastikan program ini dapat direalisasikan dengan jayanya tanpa berlaku sebarang
kemalangan dan masalah yang tidak diingini. Walaubagaimanapun, program ini tidak
akan berjaya jika tiada kesungguhan yang diberikan oleh pelajar guru sendiri untuk
melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusunatur serta sokongan dan dorangan
yang telah diberikan oleh pelbagai pihak.

Dengan berakhirnya program ini nanti, semoga tema “Pengakap Dan Alam Terus
Bersatu” dapat direalisakan semasa proram ini berlangsung. Tambahan pula, semoga
segala bahan, ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah dilalui akan dipraktikkan
dan menjadi sumber rujukan untuk kegunaan pada masa akan datang.

18
Disediakan oleh,

....................................................

(ABDUL MUIZZ BIN MOHD RAMZI)

Setiausaha,

Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang 2018,

Unit Beruniform Pengakap IPGKPP.

Disemak oleh,

......................................................

(MUHAMMAD NAJWAN BIN HALIM)

Pengerusi,

Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang 2018,

Unit Beruniform Pengakap IPGKPP.

Disahkan oleh,

....................................................

(TUAN HAJI KHALID BIN HAJI AHMAD)

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,

Bukit Combee, Jalan Sultan Azlan Shah,

11700 Pulau Pinang

19
Lampiran 1

Senarai Nama Pelajar Guru Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus
Pulau Pinang 2018 (Lelaki):

BIL. NAMA CATATAN

1. Muhammad Aslam Bin Abdul Hashim


2. Mohd Izzuddin Bin Baknan
3. Muhammad Hafizul Helmi Bin Md. Razeif
4. Awangku Syaiful Anwar Bin Awang Setara
5. Muhammad Akmal Bin Zainisham
6. Mohamad Amirul Fahmi Bin Zainal
7. Muhammad Arif Safwan Bin Suhaidi
8. Wan Rohaizad Bin Wan Zulkefli
9. Ahmad Fauzan Bin Abu Talib
10. Muhamad Kamil Bin Mohamad Yussuf
11. Muhammad Najwan Bin Halim
12. Ahmad Zamzami Bin Mohd Yazid
13. Muhammad Al-Afiqq Bin Idris
14. Ali Imran Bin Omar
15. Abdul Muizz Bin Mohd Ramzi
16. Alif Murshed Bin Dzulkarnain
17. Muhammad A'zam Fikrie Bin Azahari
18. Muhammad Fahmi Syafiq Bin Selamat
19. Amsyar Haikal Bin Amran
20. Muhammad Amirul Adnin Bin Md Ali

21. Muhammad Khairil Johari Bin Mohamed Ibrahim

22. Muhamad Adib Bin Sulaiman


23. Muhammad Faiz Bin Mohd Asri
24. Muhammad Syafiq Bin Suib
25. Mohd Faizul Bin Kamarudin
26. Mohd Afiq Syafiq Bin Md Alhusain i

20
27. Muhammad Hafiz Bin Amir

28. Mohammad Izzul Faiz Lau Bin Muhammad Lau

29. Muhamad Safwan Bin Mamat


30. Muhammad Afiq Bin Abdul Malik
31. Muhammad Aimaani Bin Abd. Wahid
32. Muhammad Hazim Bin Mohtadza
33. Muhammad Faiz Bin Rashidi
34. George Ng Weng Heng
35. Aiman Farhan Najmi Bin Mohd Noor
36. Mohamad Syahmi Bin Saad

Senarai Nama Pelajar Guru Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus
Pulau Pinang 2018 (Perempuan):

BIL. NAMA CATATAN

1. INTAN SYAKIRAH BINTI SALLEH

2. AIMI ATHIRAH BINTI ABDUL HARIS

3. NURUL ATIKAH BINTI SAARI

4. NURUL HALIZA BINTI AZIZ

5. NOR IZZAH DIYANA BINTI ZAZLAN

6. AMIRAH NUR IZZATI BINTI ARIFFIN

7. AZRA AFIFAH BINTI ALIAS

8. NORIZATY BINTI MOHAMAD YUSOP

9. HAZIMAH BINTI SOFIAN

10. NABIHA ULFA BINTI MOHAMAD RODZI

11. NUR ATHIRAH BINTI MOHD AFANDI

21
12. UNGKU ZULFARAHIN BINTI UNGKU ZAKARIA

13. AIDA FITRI BAWATI BINTI BANDAR

14. NURUL NATASYA BINTI HANAFI

15. SITI NOR ANAWIAH BINTI RUSLI

16. SITI AYUNNI IMANA BINTI HASSHIM

17. NABILAH AMANI BINTI MD RUSDI

22
Lampiran 2

Senarai Nama Fasilitator Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus


Pulau Pinang 2018 (Lelaki):

BIL. NAMA CATATAN


1. Encik Abu Zaki Bin Romli
2. Encik Abdul Hadi Bin Abd Rahman
3. Encik Muhaimin Bin Murad
4. Encik Shahzan Bin Solihin
5. Encik Amirul Bin Sakir
6. Encik Ilhan Bin Azam
7. Encik Hannan Bin Fadzil

Senarai Nama Fasilitator Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus


Pulau Pinang 2018 (Perempuan):

BIL. NAMA CATATAN


1. Puan Rohaya Binti Jusof
2. Puan Siti Aisyah Binti Zainal
3. Puan Zuriana Binti Azali

23
Lampiran 3

Undang-Undang Perkhemahan:

1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh.


2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 12.00 malam kecuali jika
terhadap aktiviti yang dilakukan selepas waktu tersebut atas arahan fasilitator atau
jawatankuasa bertugas pada waktu tersebut.
3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi lelaki dan
sebaliknya kecuali kepada fasilitator atau jawatankuasa bertugas.
4. Ahli pengakap hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikuti prinsip
yang terkandung dalam undang-undang pengakap.
5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api mahupun ubat nyamuk di dalam khemah
kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kebakaran dan peserta lemas dengan asap
ubat nyamuk.
6. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada fasilitator atau
jawatankuasa bertugas sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan
sendiri.
7. Peserta dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap setiap kali melakukan
aktiviti.
8. Beratur ketika ingin mengambil makanan dan buangkan sisa makanan ke dalam tong
sampah yang disediakan.
9. Sentiasa menjaga tingkah laku dan percakapan bagi mengelakkan tanggapan negatif
daripada penduduk setempat.

24
Lampiran 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG,

BUKIT COMBEE, JALAN SULTAN AZLAN SHAH,

11700, PULAU PINANG. Tel: 03-83126666

Ruj. Kami: IPGKPP/18/PUBPIPGKPP2018/4

Ruj. Tuan:

Tarikh: 6 Oktober 2018

Kepada:

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,

Bukit Combee, Jalan Sultan Azlan Shah,

11700 Pulau Pinang 6 Oktober 2018

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN DAN PENGANGKUTAN BAGI


MENJAYAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP IPG KAMPUS
PULAU PINANG 2018

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Beruniform Pengakap IPGKPP akan mengadakan


sebuah program perkhemahan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 7 – 9 September 2018 (Jumaat – Ahad)

Tempat : Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang

Masa : Sepenuh masa

Peserta : 63 orang pelajar guru dan 10 orang fasilitator

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik tuan supaya dapat
memberikan peruntukan kewangan dan pengangkutan agar segala aktiviti yang
dirancang dan perjalanan pergi dan balik berjalan dengan lancar dan selamat.
4. Pelajar guru yang bertanggungjawab menguruskan perkhemahan tersebut ialah
Muhammad Najwan Bin Halim. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi
beliau di talian 019-5062326.

Sekian, terima kasih.


25
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

.....................................

(ABDUL MUIZZ BIN MOHD RAMZI)

Setiausaha,

Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang 2018,

Unit Beruniform Pengakap IPGKPP.

26
Lampiran 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG,

BUKIT COMBEE, JALAN SULTAN AZLAN SHAH,

11700, PULAU PINANG. Tel: 03-83126666

Ruj. Kami: IPGKPP/18/PUBPIPGKPP2018/5

Ruj. Tuan:

Tarikh: 6 Oktober 2018

Kepada:

Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang,

Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang,

No.1, Solok Scotland

10450, Georgetown, Pulau Pinang 6 Oktober 2018

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN DAN PERALATAN BAGI


MENJAYAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP IPG KAMPUS
PULAU PINANG 2018

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Beruniform Pengakap IPGKPP akan mengadakan


sebuah program perkhemahan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 7 – 9 September 2018 (Jumaat – Ahad)

Tempat : Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang

Masa : Sepenuh masa

Peserta : 63 orang pelajar guru dan 10 orang fasilitator

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik tuan supaya dapat
memberikan peruntukan kewangan dan peralatan agar segala aktiviti yang dirancang
dapat dijalankan dengan sempurna.
4. Pelajar guru yang bertanggungjawab menguruskan perkhemahan tersebut ialah
Muhammad Najwan Bin Halim. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi
beliau di talian 019-5062326.

Sekian, terima kasih.


27
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

.....................................

(ABDUL MUIZZ BIN MOHD RAMZI)

Setiausaha,

Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang 2018,

Unit Beruniform Pengakap IPGKPP.

28
Lampiran 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG,

BUKIT COMBEE, JALAN SULTAN AZLAN SHAH,

11700, PULAU PINANG. Tel: 03-83126666

Ruj. Kami: IPGKPP/18/PUBPIPGKPP2018/6

Ruj. Tuan:

Tarikh: 6 Oktober 2018

Kepada:

Ketua Jabatan HEP,


Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,

Bukit Combee, Jalan Sultan Azlan Shah,

11700 Pulau Pinang 6 Oktober 2018

Tuan,

SURAT JEMPUTAN MENJADI PERASMI DALAM MAJLIS PERASMIAN


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP IPG KAMPUS PULAU PINANG
2018

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Beruniform Pengakap IPGKPP akan mengadakan


sebuah program perkhemahan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 7 – 9 September 2018 (Jumaat – Ahad)

Tempat : Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang

Masa : Sepenuh masa

Peserta : 63 orang pelajar guru dan 10 orang fasilitator

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik tuan supaya dapat
menjadi perasmi dalam Majlis Perasmian Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap
IPG Kampus Pulau Pinang 2018 yang akan berlangsung pada 7 September 2018
bertempat di Dewan Angsana pada jam 9.00 pagi.
4. Pelajar guru yang bertanggungjawab menguruskan perkhemahan tersebut ialah
Muhammad Najwan Bin Halim. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi
beliau di talian 019-5062326.

29
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

.....................................

(ABDUL MUIZZ BIN MOHD RAMZI)

Setiausaha,

Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang 2018,

Unit Beruniform Pengakap IPGKPP.

30
Lampiran 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG,

BUKIT COMBEE, JALAN SULTAN AZLAN SHAH,

11700, PULAU PINANG. Tel: 03-83126666

Ruj. Kami: IPGKPP/18/PUBPIPGKPP2018/7

Ruj. Tuan:

Tarikh: 6 Oktober 2018

Kepada:

Ketua Penghulu Pantai Batu Feringghi,


No. 53, Jalan Ahmad,

Batu Ferigghi, Georgetown

11100, Pulau Pinang 6 Oktober 2018

Tuan,

SURAT KEBENARAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


PENGAKAP IPG KAMPUS PULAU PINANG 2018, PERMOHONAN PENAJAAN
TAPAK PERKHEMAHAN DAN DEWAN SERTA SURAT JEMPUTAN MENJADI
PERASMI DALAM MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
PENGAKAP IPG KAMPUS PULAU PINANG 2018

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Beruniform Pengakap IPGKPP akan mengadakan


sebuah program perkhemahan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 7 – 9 September 2018 (Jumaat – Ahad)

Tempat : Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang

Masa : Sepenuh masa

Peserta : 63 orang pelajar guru dan 10 orang fasilitator

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik tuan supaya dapat
membenarkan pihak kami mengadakan aktiviti di tempat berkenaan, dapat menjadi
penaja tapak perkhemahan dan dewan yang akan digunakan untuk melansungkan
aktiviti dan majlis penutupan serta menjadi perasmi dalam Majlis Penutupan
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang 2018 yang

31
akan berlangsung pada 9 September 2018 bertempat di dewan yang ditetapkan
pada jam 3.30 petang.
4. Pelajar guru yang bertanggungjawab menguruskan perkhemahan tersebut ialah
Muhammad Najwan Bin Halim. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi
beliau di talian 019-5062326.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

.....................................

(ABDUL MUIZZ BIN MOHD RAMZI)

Setiausaha,

Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap IPG Kampus Pulau Pinang 2018,

Unit Beruniform Pengakap IPGKPP.

32
Lampiran 8

Cadangan Pelan Tapak Perkhemahan:

Ampaian (L) Khemah Memasak Ampaian (P)

Khemah Khemah
Khemah
Tandas (L) Fasilitator Fasilitator Tandas (L)
Peralatan
(L) (P)

Khemah Khemah
Pelajar Pelajar
Tapak Aktiviti
Guru (L) Guru (P)

33
Lampiran 9

Senarai Peralatan Yang Diperlukan:

1. Peralatan untuk makan (Sudu, garpu, cawan, pinggan dan sebagainya)


2. Peralatan untuk memasak (Senduk, kuali, pisau, cerek dan sebagainya)
3. Khemah
4. Dapur memasak
5. Generator
6. Kit Peti kecemasan
7. PA System
8. Kompas
9. Tali
10. Mancis dan pemula api
11. Lampu suluh dan bateri
12. Plastik sampah
13. Belerang
14. Pisau perkhemahan
15. Rempah ratus
16. Wisel
17. Sarung tangan
18. Baju hujan

34
Lampiran 10

Kawasan Pantai Batu Feringghi:

35

Anda mungkin juga menyukai