Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan:

Pada zaman kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, sistem

pendidikan Malaysia juga turut terkena tempiasnya dan penggunaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) makin giat dijalankan secara terancang

dan bersesuaian. Hal ini kerana adalah untuk membolehkan pelajar dan guru

bersedia dalam penguasaan dan penggunaan teknologi semasa di samping dapat

meningkatkan kecekapan proses PdP. Penyataan ini disokong oleh Yusof & Sani

(2011) yang menyatakan penggunaan komputer di sekolah-sekolah dapat dijadikan

sebagai salah satu daripada bahan bantu pengajaran dan sebagai satu kemahiran

yang amat diperlukan pada masa hadapan bagi meningkatkan keberkesanan

pengurusan tugas PdP di kalangan guru. Oleh itu, dalam penulisan ini dapat dilihat

sejauh manakah sistem rangkaian komputer dapat meningkatkan kecekapan

seorang guru dalam menguruskan sumber pendidikan.

2.0 Pro:

Dalam penggunaan sistem rangkaian komputer yang semakin giat digunakan

dalam menguruskan sumber pendidikan, terdapat beberapa pro yang dapat dilihat

dalam meningkatkan kecekapan seorang guru dalam menguruskan sumber

pendidikan. Antaranya, dengan penggunaan sistem rangkaian komputer, dapat

mengawal dan menyimpan bahan-bahan pengajaran dalam kuantiti yang banyak.

Hal ini dapat dilaksanakan dengan adanya rangkaian tanpa wayar seperti internet

yang kini semakin kerap digunakan di serata dunia. Hal ini menjadikan bahan-bahan

pengajaran yang hendak di simpan untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang

dapat disimpan di storan-storan tambahan yang ada di internet dalam kuantiti yang

tanpa had. Sebagai contoh, Cloud, Google Drive, Gmail, Edmodo, Schoology dan

lain-lain. Hal ini turut disokong oleh McKenzei (2003) yang menyatakan bahawa satu

1
keunikan Internet adalah dapat menyimpan maklumat dan berkongsi maklumat

secara percuma dan tanpa batasan.

Selain itu, penggunaan sistem rangkaian komputer dapat mempercepatkan

suatu proses penghantaran yang cekap terhadap sesuatu sumber pendidikan

kepada penerimanya. Hal ini kerana dengan adanya peralatan yang tertentu seperti

switches, dapat menentukan arah yang tepat untuk menghantar sesuatu maklumat

tanpa sebarang keciciran sewaktu penghantaranya yang menjadikan suatu proses

penghantaran itu menjadi cekap dan pantas. Oleh itu, seseorang penerima itu tidak

lagi perlu menunggu dalam jangka masa yang lama untuk menerima sesuatu

maklumat dan proses penghantaran semula menjadi lebih mudah di samping

menjimatkan masa. Hal ini disokong oleh Vespanathan Supramaniyam (2015) yang

menyatakan sistem rangkaian komputer merupakan sistem yang canggih yang boleh

digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalus dan

menyampaikan malumat secara pantas dan tepat.

Pro yang lain ialah sistem rangkaian komputer dapat digunakan pada bila-bila

masa yang dikehendaki. Hal ini kerana sistem rangkaian komputer boleh bekerja 24

jam sehari selagi sistemnya tidak dimatikan. Peralatan-peralatan yang ada pada

sistem tersebut telah diprogramkan dengan programmingnya yang tertentu yang

menjadikan peralatan-peralatan akan sentiasa menjalankan kerja-kerja yang telah

diprogramkan dengan betul secara konsisten. Oleh itu, pengguna dapat

menguruskan sumber pendidikan dengan mudah di samping dapat menjimatkan

masa untuk melakukan tugas yang lain kerana tidak perlu menunggu waktu sesuatu

sistem itu boleh digunakan semula. Hal ini disokong oleh Hasril (2009) yang

menyatakan sistem rangkaian komputer boleh menjalakan tugasan-tugasan yang

sama secara berulang kali tanpa rasa bosan dan boleh berkerja 24 jam sehari tanpa

henti.

2
3.0 Kontra:

Dalam penggunaan sistem rangkaian komputer yang semakin giat digunakan

dalam menguruskan sumber pendidikan, terdapat beberapa kontra yang dapat dilihat

dalam meningkatkan kecekapan seorang guru dalam menguruskan sumber

pendidikan. Antaranya, sistem rangkaian komputer memerlukan kos yang tinggi

untuk mewujudkannya di sesebuah sekolah untuk digunakan oleh para guru dalam

menguruskan sumber pendidikan dengan cekap. Hal ini dilihat dari segi kos

penyediaan peralatan, penyelenggaraan dan pemasangan, dan perisian-perisian

yang terlibat dengan sistem tersebut yang tidak murah harganya di pasaran dan

semakin meningkat kecanggihannya dan harganya dari semasa ke semasa seperti

kable, switch, hub, router dan sebagainya. Tambahan pula, kos pembangunan

sistem rangkaian komputer ini dipengaruhi oleh keluasan sesuatu kawasan yang

hendak dibangunkan sistem ini. Semakin luas kawasan yang ingin dibangunkan

sistem rangkaian komputer, semakin tinggi kos yang perlu dikeluarkan oleh pihak

sekolah untuk melaksanakannya. Hal ini disokong Ting & Woo (2005) yang

menyatakan salah satu kekangan dan cabaran penggunaan sistem rangkaian

komputer dalam pendidikan adalah sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk

membangunkan kemudahan-kemudahan sistem rangkaian komputer yang semakin

meningkat.

Kontra yang lain ialah sistem rangkaian komputer memerlukan seseorang

guru mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya supaya seseorang

guru dapat menguruskan sumber pendidikan dengan cekap. Hal ini kerana terdapat

beberapa perisian yang perlu dikendalikan dan perlu dilakukan penetapan semula

setiap kali melakukan sesuatu fungsi tertentu. Sebagai contoh, seorang guru ingin

menghantar sesuatu sumber pendidikan kepada seorang guru yang lain, guru

tersebut perlulah melakukan proses perkongsian fail dengan betul agar fail itu tidak

3
terdedah kepada pihak yang lain yang ada dalam sistem rangkaian tersebut di

samping guru tersebut perlu menetapkan sama ada fail tersebut boleh diubahsuai

oleh guru yang lain itu atau hanya membenarkan guru tersebut melihatnya sahaja.

Tambahan pula, kemahiran-kemahiran ini sebenarnya dipengaruhi oleh sikap

seseorang guru yang mahu menerima atau menentang perubahan yang ada pada

teknologi maklumat dan komunikasi kini yang menentukan sama ada guru tersebut

dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang sukar ini ataupun tidak. Hal ini

disokong oleh Johan @ Eddy Luaran (2013) yang menyatakan sistem rangkaian

komputer merupakan sebuah sistem yang sukar difahami dan dikendalikan, maka

seseorang guru perlulah terlebih dahulu menguasai ilmu pengetahuan sistem

rangkaian komputer dan mempunyai sikap positif terhadap sistem rangkaian

komputer terlebih dahulu supaya dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang

terdapat padanya.

4.0 Penutup:

Kesimpulannya, benarlah bahawa sistem rangkaian komputer dapat

meningkatkan kecekapan seorang guru dalam menguruskan sumber pendidikan. Hal

ini dapat dilihat dengan adanya lebih banyak pro berbanding kontra di dalam

penulisan ini dan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kecekapan

seorang guru dalam menguruskan sumber pendidikan. Oleh itu, adalah lebih penting

seseorang itu menguasai kemahiran-kemahiran yang ada pada sistem rangkaian

komputer ini di samping menguasai lebih banyak kemahiran yang berkaitan dengan

komputer. Hal ini kerana terdapat pelbagai faedah dan kesan positif yang dapat

dirasai apabila telah menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan

komputer yang salah satunya ialah sistem rangkaian komputer.

4
Rujukan:

Johan @ Eddy Luaran. (2013). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi

Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia. Selangor:

Universiti Teknologi MARA.

Mohd Hasril Amiruddin. (2009). Kemudah, Sikap dan Kemahiran Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas

Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

McKenzei, J.K. (2003). Past, Present, and Future of Computer-Tailored Nutrition

Education. Amerika: American Journal Of Clinical Nutrition.

Ting, K.S. & Woo, Y.L. (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional:

Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Johor:

Universiti Teknologi Malaysia.

Yusof Boon & Sani Ngatimin. (2011). Penggunaan Makmal Komputer Dalam

Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Vespanathan Supramaniyam. (2009). Penggunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di

Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Johor. Johor: Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai