Anda di halaman 1dari 2

Abdul Muizz Bin Mohd Ramzi,

Pismp Ambilan Jun 2017 Matematik 5,


Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,
Bukit Coombe, Jalan Sultan Azlan Shah,
11700 Pulau Pinang.

Encik Sobri Bin Saad,


Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee, Jalan Sultan Azlan Shah,
11700 Pulau Pinang. 18 Februari 2019

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR KE KELAS

Merujuk perkara diatas, saya Abdul Muizz Bin Mohd Ramzi dari kelas Matematik 5 telah tidak
hadir ke kelas pada;

Tarikh: 18 Februari 2019 (Isnin)


Masa: 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari
Subjek: TMKS3072 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
Pembelajaran Abad Ke-21
Tempat: Bilik ISO
Pensyarah: Encik Sobri Bin Saad (TMK)

2. Sebelum saya menyatakan alasan, saya ingin mohon maaf kerana saya tidak hadir ke
kelas. Pada malam ahad tersebut, saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan tidur. Saya
mengalami tekanan dan gangguan tidur yang menyebabkan saya terus berfikir tanpa henti
tentang kerja kursus subjek Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran (PRKA) yang perlu
hantar pada hari tersebut. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membuat kerja kursus
sehinggi disiapkan. Dalam kekhusyukkan membuat kerja kursus tanpa disedari malam sudah
lewat dan kerja kursus masih belum disiapkan. Saya cuba kembali tidur tetapi masih saya
tidak dapat tidur. Hal ini menjadikan saya membuat keputusan untuk meneruskan kerja kursus
tersebut. Pada pagi tersebut, saya bangun seawal 6.30 pagi. Walaubagaipun, badan terasa
sungguh penat dan rasa mengantuk masih tidak hilang. Ketika waktu rehat iaitu 10.00 pagi
sehingga 10.30 pagi, saya mengambil keputusan untuk tidur seketika di surau. Setelah
sedarnya saya dari tidur didapati jam menunjukkan pukul 12 tengah hari lalu saya bergegas
ke kelas dan kelas sudah tamat.

3. Saya ingin meminta maaf di atas kejadian ini dan kekurangan saya yang tidak pandai
menguruskan masa serta kurang disiplin. Saya berharap pihak tuan dapat memaafkan saya
serta kerjasama daripada pihak tuan untuk memberi pertimbangan ke atas kesalahan saya
ini.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

____________________
(Abdul Muizz Bin Mohd Ramzi)
Pismp Ambilan Jun 2017 Matematik 5,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai