Anda di halaman 1dari 15

1. Sila perkenalkan diri anda dan ceritakan serba sedikit latar belakang anda.

Ini biasanya soalan pertama yang ditanya oleh penemuduga sebaik sahaja anda
duduk.
Sebenarnya soalan ini ditanya kerana beberapa tujuan iaitu:
o Untuk menenangkan anda ( siapa yang tidak berasa gementar semasa di temuduga
bukan?)
o Melihat sikap ramah mesra anda.
o Mengesan masalah dalam diri anda.
Jangan ambil ringan semasa menjawab soalan ini kerana  pandangan pertama (first
impression) penemuduga terhadap anda amat penting.
Tips : Pastikan jawapan anda pendek dan ringkas (sekitar 2-3 minit sahaja)
Ceritakan secara ringkas (sebaiknya dalam bahasa inggeris):
 Nama penuh anda.
 Asal dan tempat menetap sekarang.
 Ceritakan perihal keluarga (perkerjaan ayah dan ibu,bilangan adik beradik
etc).
 Latar belakang akademik anda ( keputusan peperiksaan sekolah dan
universiti).
 Latar belakang Kepimpinan semasa di sekolah dan di universiti.
 Ceritakan nilai-nilai murni yang terdapat didalam diri anda.
 Ceritakan harapan dan keinginan anda untuk menjawat jawatan yang
dipohon.
2.Kenapa anda yang harus kami pilih?Apakah kelebihan anda?
Soalan ini kelihatan mudah namun sebenarnya agak sukar untuk menjawabnya.
Tidak percaya?
Cuba anda jawab soalan ini.Seolah-olah seperti masuk ” bakul angkat sendiri”

bukan? 
Tips : Kaitkan kelebihan yang anda ada dengan skop tugasan jawatan yang bakal dipegang.
Contoh jawapan:
 Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk
mengenali dan menyelesaikan masalah yang sukar.
 Saya juga memiliki tahap keyakinan yang jitu  serta berkebolehan untuk
berkomunikasi dengan baik dan mampu menerima maklumat dan sebarang
tugasan dengan baik.
 Saya mampu berkerja sebagai satu pasukan dan mampu menyokong ahli-ahli
pasukan untuk mencapai misi dan visi jabatan/agensi/kementerian.
 Saya juga seorang yang bijak menggunakan masa dan menguruskan urusan
secara teratur.
 Akhir sekali,saya juga adalah seorang pekerja yang berdedikasi dan memliki
keinginan yang membara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh
jabatan /agensi/kementerian ini.
 Justeru itu saya yakin saya adalah calon yang terbaik untuk memegang
jawatan ini.
3.Apakah kelemahan anda yang perlu kami ketahui?
Soalan ini agak “tricky”.
Secra logiknya takkan anda ingin memberitahu kelemahan diri.
Namun jika mengatakan diri anda tiada kelemahan maka anda akan di anggap
sebagai seorang yang kurang jujur. (Nobody perfect,is it?)
Tips : Topengkan kekuatan sebagai kelemahan.
Sebagai contoh..
o Sebagai manusia biasa,saya juga mempunya kelemahan namun ia tidaklah
seteruk yang disangkakan.
o Saya seorang yang tegas,saya inginkan ia sempurna dan menetapi masa.
Mungkin akan ada yang tertekan denga sikap saya namun saya yakin ia
bermanfaat untuk kemajuan syarikat/jabatan.
o Saya juga seorang yang cerewet. Maksud saya,saya cerewet dan teliti dengan
buti-butir projek.Saya tidak akan terima dan mulakan sesuatu projek melainkan
saya tahu secara detail tentang projek tersebut.
Anda juga boleh beritahu kelemahan yang lalu yang telah berjaya anda
perbaiki dan atasi.
4.Mengapa anda berminat berkerja dengan kerajaan?
Penemuduga ingin melihat sejauh mana anda mengetahui tentang budaya berkerja
dalam sektor awam.
Contoh jawapan:
 Berjaya menempatkan diri didalam sektor kerajaan merupakan satu
kebanggaan bagi diri saya kerana secara langsung saya dapat berbakti kepada
negara yang say cintai.
 Bidang pekerjaan di sektor awam juga merupakan minat dan cita-cita saya
sejak di universiti lagi ditambah pula kedua orang tua saya merupakan penjawat
awam yang sudah berbakti sejak 30 tahun yang lalu.
 Selain itu,saya ingin membalas jasa kerajaan yang telah memberikan saya
bantuan dan peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi sebelum
ini.
 Dan tidak dapat dinafikan juga berkerja di sektor awam mebeikan saya
jaminan masa depan buat saya dan keluarga.
 Risiko untuk kehilangan kerja amatlah rendah berbading berkerja di sektro
swasta ditambah pula dengan krisi ekonomi yang sedang melanda kini.
 Disamping itu,terdapat banyak faedah-faedah tambah seperti cuti tahuna,cuti
bersalinan,KWSP,kemudahan melakukan pinjaman bank dan sebagainya.
 5.Mengapakah anda meninggalkan pekerjaan terakhir anda?
Sudah pasti terdapat pelbagai sebab (khasnya sebab yang kurang baik)
mengapa anda meninggalkan pekerjaan lama.
Namun,cuba seboleh yang mungkin memberikan jawapan yang  positif untuk soalan
ini.
Tips : Jangan sekali-kali menceritakan keburukan majikan lama anda ketika temuduga!
Terangkan tentang matlamat kerjaya anda (matlamat jangka panjang dan pendek)
dan bagaimana pekerjaan yang anda sedang pohon meneyediakan persekitaran yang
lebih untuk kemajuan karier anda.
Dan nyatakan juga terdapat banyak sudut positif dari pekerjaan lama anda yang
anda boleh aplikasikan dalam jawatan yang anda pohon.
Disini penemuduga cuba untuk menilai komitmen yang anda bakal beri kepada
pekerjaan baru dengan menilai sikap anda terhadap majikan lama.
CONTOH SOALAN TEMUDUGA BERKAITAN JAWATAN
YANG DIPOHON

 6.Setakat yang anda maklum,apakah tugas yang bakal anda pikul?


Untuk menjawab soalan ini anda perlu arif dengan deskripsi tugas yang anda pohon.
Jawapan anda mencerminkan kesungguhan anda untuk memikul jawatan tersebut.
Untuk jawatan dalam SPA,sila rujuk bahagian deskripsi tugasan di dalam laman web
rasmi SPA:
Deskripsi Tugas Jawatan Dalam SPA
7.Apakah yang anda pelajari di universiti  dan kaitannya dengan tugas jawatan…?
8.Soalan berkaitan peranan jabatan dan kementerian.
Bergantung kepada jawatan yang anda pohon.
Skop soalan:
o Huraikan fungsi jabatan dan kementerian……?
o Apakah yang anda faham tentang peranan kementerian berkenaan?
o Senaraikan piagam pelanggan kementerian/jabatan…….
9.Soalan berkaitan perkhidmatan awam.
 Apakah peranan yang dimainkan oleh SPA? Sila rujuk sini untuk Latar
Belakang SPA
 Apakah cabaran yang sedang dihadapi oleh sektor awam malaysia.
 Bagaimanakah untuk menangani gejala rasuah yang menular di dalam sektor
awam.
CONTOH SOALAN TEMDUGA BERKAITAN
KENEGARAAN & DASAR KERAJAAN

Tips :Sila beri jawapan yang mununjukkan anda menyokong dasar kerajaan .
10.Kerajaan memperkenalkan konsep KPI.Apakah KPI dan fungsinya?
Sila Rujuk SINI  dan SINI  untk maklumat berkaitan KPI
11.Selain KPI, apakah langkah tambahan yang membolehkan majikan menilai serta
mengukur kemampuan seorang pekerja.
12.Apakah yang anda faham tentang konsep 1 Malaysia.Apakah pendapat anda
tentang konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri ini. 
Rujukan untuk Konsep 1 Malaysia
13.Apakah tema bajet tahun ini.Nyatakan intipati penting di dalam bajet yang
dibentangkan (terutamanya melibatkan kementerian yang anda pohon)
Rujukan untuk Bajet 2015
14.Senaraikan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
15.Apakah yang anda faham tentang GST.Bagaimanaa ia dapat membantu dalam
pengurusan negara.
Rujukan untuk GST
16.Huraikan dengan ringkas maksud dan peranan GTP yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri.
Rujukan untuk  GTP
17.Senarai perdana menteri dan peranan utama yang telah dimainkan oleh mereka.
18.Nama menteri dan timbalan manteri serta carata organisasi kementerian .
(jawatan didalam kementerian yang dipohon)
19.Apakah visi dan misi kementerian ……?
20.Apakah kempen-kempen yang telah dianjurkan okeh kementerian ……?
21.Huraikan tentang Rukun Negara
CONTOH SOALAN TEMUDUGA BERKAITAN ISU SEMASA
(DALAM & LUAR NEGARA)

Contoh Isu Semasa Dalam Negara


22.Jelaskan konflik yang berlaku di Lahad Datu.
23.Apakah keputusan yang berlaku di dalam Pilihan Raya Umum  Ke-13?
24.Apakah yang anda faham tentang tragedi malang yang menimpa MH370 dan
MH17?
25.Apakah isu perkauman yang hangat dibangkitkan dewasa ini?
26.Apakah tema hari kemerdekaan tahun ini?
Contoh Isu Semasa Luar Negara
27.Krisi yang berlaku di antara Ukraine dan Russia.
28.Usaha menuntut kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom.
29.Krisi yang berlaku di Syria.
30.Campurtangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.
SOALAN PENUTUP
31.Adakah anda mempunyai sebarang persoalan yang ingin ditanyakan kepada saya?
Ini merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh penemuduga sebelum mengakhiri sesi
temuduga dengan anda.
Dan ini juga merupkan peluang anda untuk mengakhiri sesi temuduga anda dengan
cemerlang.
Salah satu jawapan terbaik adalah dengan bertanyakan peluang anda untuk
menjawat jawatan yang dipohon.
Selain itu ucapkan terima kasih kepada pihak penemuduga kerana memberi anda
peluang dan lahirkan keterujaan anda untuk menjawat jawatan berkenaan sekiranya
dipilih.
Akhir kata,semoga contoh soalan temuduga ini dapat membantu sedikit sebanyak sesi
temuduga yang anda akan lalui nanti.

Kami ucapkan selamat berjaya untuk anda. 


Nota : Koleksi contoh soalan temuduga ini merupakan perkongsian yang diambil
sebahagiannya daripada blog-blog termasuk Nukilan Gadis Kampung, Jaringan
Niaga, Jawatan Kerajaan Terkini, & Cpintrass.
TIPS TAMBAHAN…
Menjawab soalan temuduga dengan baik hanyalah satu aspek daripada beberapa
aspek penting lain yang dinilai ketika temuduga.
Jika anda tidak menjaga aspek-aspek ini dengan baik,terdapat kemungkinan juga
untuk anda gagal!
Ingin tahu apakah aspek-aspek itu?
3 Peringkat Temuduga Kerja Kerajaan

3 peringkat temuduga kerja kerajaan

Dalam sesi temuduga khususnya temuduga kerja kerajaan, ianya berjalan dengan
beberapa peringkat. Peringkat ini diwujudkan untuk memudahkan sesi temuduga
kerja kerajaan berjalan dengan lancar di samping membantu calon-calon temuduga
bersiap sedia dengan sepenuhnya. Berikut ialah 3 peringkat temuduga kerja
kerajaan yang biasanya dijalankan.

Penemuduga akan meminta anda memperkenalkan diri dan latar belakang


akademik termasuk sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.
Nyatakan nama syarikat dan pengalaman kerja yang pernah anda miliki termasuklah
perkara-perkara yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.

Bercerita mengenai latar belakang keluarga, adik beradik dan kampung


memperlihatkan anda seperti individu yang tidak matang. Penemuduga akan melihat
sejauh mana tahap fokus anda dengan kaitan jawatan yang dipohon.

Sudahkah anda bersiap sedia untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan?

 
Peringkat pertama temuduga

Panel temuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan jawapan yang diberikan


calon sebagai cara pengembangan soalan. Salah satu aspek yang bakal ditanya
ialah keputusan akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah subjek
atau mata pelajaran yang dipelajari.

Sekiranya anda memohon jawatan sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik


Gred M41 atauPeguasa Kastam Gred W41, maka anda akan ditanyakan subjek
atau mata pelajaran yang berkaitan dengannya contohnya pengurusan organisasi
atau penyelesaian masalah. Penglibatan anda dalam bidang ko-kurikulum turut
memainkan peranan untuk menyokong jawapan anda.

Anda sebagai calon perlu mengemukakan jawapan yang berkaitan. Berikan poin-
poin yang boleh menguatkan lagi jawapan anda. Ini tidak terkecuali dengan tugas
atau kerja yang anda lakukan sekarang.

Anda mungkin sedang bekerja sebagai seorang juruwang di sebuah pasaraya


sementara mendapat tawaran yang setimpal dengan kelayakan anda. Sekarang
anda memohon untuk menjadi Akauntan W41 atau Penolong Akauntan W27. Anda
perlu menghubungkan pengalaman kerja sebagai juruwang dengan skop kerja
jawatan yang dipohon. Dengan pengalaman kerja tersebut, ia sudah mendedahkan
anda kepada atmosfera kerja, mengurus, mengaudit dan melaporkan kepada ketua
yang bertugas.

Kenapa minta kerja kerajaan walau sudah ada kerja?

Sudah ramai yang sedia maklum tentang kelebihan kerja kerajaan. Namun anda
harus menjawab dengan soalan yang mencerminkan kematangan anda. Panel
penemuduga akan menilai sama ada anda serius atau sekadar lompat-lompat kerja.
Jawapan yang tidak matang bakal menjerat diri sendiri. Elakkan daripada anda
dilabelkan sebagai orang yang tidak setia, kejar pangkat, mengejar gaji tinggi,
kurang kemahiran khusus atau interpersonal.

 
Peringkat kedua temuduga

Pada peringkat ini, panel penemuduga akan membuat penilaian kepada kemahiran
pengetahuan anda dengan skop kerja yang diminta. Selain itu, gerak gaya anda
menjawab turut diambil kira. Kaedah anda membentangkan jawapan menerusi
gerakan mata, gaya tangan ketika bercakap, kadar yakin ketika soalan dijawab dan
bagaimana anda menunjukkan minat pada kerjaya yang dipohon.

Kelemahan yang dikesan di kalangan graduan

Menjawab soalan tanpa rujukan fakta adalah satu kelemahan. Ini membuatkan anda
menjawab dalam keadaan yang tidak yakin. Lakukan kajian dengan merujuk kepada
beberapa fakta yang boleh menyokong jawapan anda. Biar pun anda tidak boleh
menjawab dengan tepat, anda masih boleh menggunakan fakta yang berkaitan
sebagai sandaran.

Ada sebahagian soalan yang meminta pandangan anda secara bebas. Anda
perlukan jawapan yang menampilkan keyakinan anda disusuli dengan riak wajah
dan gerakan tangan. Kenali soalan-soalan yang bakal mengubah jawapan dan
keyakinan anda dari panel penemuduga. mereka mungkin akan memprovokasikan
anda.

“Anda tidak memiliki kelayakan untuk menjawat kerja yang dipohon”.

Seharusnya anda berikhtiar untuk menenangkan diri. Jika tidak bagaimana anda nak
berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar di masa hadapan? Anda perlu
bertindak untuk menonjolkan bakat untuk memberikan sumbangan. Tampilkan
keghairahan untuk belajar dan elakkan penggunaan perkataan yang boleh
mensabotaj diri sendiri.

Sebahagian besar panel temuduga mahu menilai bakat untuk dipertimbangkan pada
jawatan yang dipohon. Anda tidak perlu menjadi hebat tapi jadilah seorang calon
yang berbakat. Semasa ditemuduga, anda perlu memperlihatkan kebolehan dan
keupayaan anda. Bukan hasrat untuk bertindak bongkak, tetapi cukup untuk
memperlihatkan diri anda yang dinamik dengan jawatan yang dipinta.
Elakkan daripada anda nampak tertekan semasa temuduga. Anda tidak ada apa-
apa kesalahan dengan penemuduga. Jadi tenangkan diri dan bersahaja. Sematkan
dalam minda yang anda sedang mengadakan perbincangan dengan rakan sekelas
sahaja. Jika anda tenang, ia adalah kredit kepada anda kerana anda mencerminkan
diri sebagai seorang yang boleh menerima dan bekerja dalam tekanan.

Peringkat ketiga temuduga

Peringkat ini biasanya berkaitan dengan soal bayaran gaji. Dalam kerja kerajaan,
kadar gaji sudah ditetapkan mengikut kelayakan kelulusan PMR, SPM,
STPM/diploma dan ijazah. Kadar kenaikan tahunan beserta elaun-elaun yang lain
juga mengikut gred.

Soalan terakhir yang ditanya oleh panel penemuduga ialah “Anda ada apa-apa
soalan?”

Sebagai seorang calon penjawat awam, anda seharusnya menjawab atau


membalas kembali dengan bertanyakan soalan.

Jika anda katakan tiada soalan, maka anda sebenarnya sudah mensia-siakan
peluang untuk mendapatkan maklumat berharga dari panel penemuduga. anda
boleh tanyakan pada panel penemuduga berkaitan dengan ciri-ciri peribadi yang
diperlukan sebagai penjawat awam, tips untuk kekal bermotivasi sebagai penjawat
awam atau paling kurang kriteria yang diperlukan untuk diterima sebagai penjawat
awam.

Selepas sesi temuduga anda berakhir, ucapkan terima kasih kepada panel
penemuduga kerana meluangkan masa untuk anda diuji, disoal dan dinilai semasa
temuduga. Ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka. Sedikit
sebanyak ia mencerminkan sikap positif anda yang berbudi bahasa dan tidak
emosional biar pun tidak berjaya dalam temuduga.
7 Punca Resume Anda Dihumban Ke Longkang

7 punca resume anda dihumban ke longkang

Dalam laporan artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda 7 punca resume anda
dihumban ke longkang. Kesilapan-kesilapan ini dikelaskan sebagai kes yang amat
kritikal kerana kerap dilakukan berulang kali dan tidak ada usaha yang serius untuk
penambahbaikan penulisan resume yang dilakukan.

Saya mengambil inisiatif ini untuk menulis artikel bagi membantu anda dengan
menyenaraikan 7 kesilapan utama yang sudah mulai serius di kalangan pemohon
pekerjaan. Oleh itu, sebelum ianya menjadi lebih teruk, anda perlu membaca dan
mengelakkan 7 kesilapan utama ini. Jika tidak, resume anda bakal dihumban ke
dalam longkang oleh bakal majikan anda.

1. Copy & paste resume. Perkara ini terjadi apabila anda mengambil satu contoh
resume dari rakan-rakan yang sudah mempunyai resume. Perkara pertama yang
anda lakukan ialah membuat perubahan pada maklumat tersebut kepada perkara
yang berkaitan dengan diri anda. Seterusnya, informasi akademik dan ko-kurikulum
juga turut diubah.

Namun anda lupa satu perkara yang perlu diubah iaitu susunan dalam resume
tersebut. Anda lupa untuk meneliti susunan standard dalam penulisan resume.
Pemeriksaan harus dilakukan kerana resume rakan-rakan anda tidak semestinya
menjadi contoh yang terbaik. Jadi elakkan sikap copy & paste resume dan mulakan
penulisan resume yang serius.

2. Crowded data. Adakalanya anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan


kepakaran anda sekaligus diterima bekerja dalam syarikatnya dengan secepat yang
mungkin. Jadi anda pun berfikir untuk memasukkan keseluruhan pencapaian yang
pernah anda miliki bermula dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah
hinggalah ke peringkat universiti.

Ini bukanlah perkara yang tepat kerana anda hanya perlu memasukkan pencapaian
yang berkaitan dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja. Paling tidak pun
pastikan ianya berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon.
3. Tulisan atau font yang fancy. Anda pasti mahukan resume yang benar-benar
menarik perhatian majikan. Jadi anda akan mengambil inisiatif untuk mencantikkan
resume anda. Salah satu aspek yang bakal disentuh ialah jenis tulisan atau font.
Anda hanya perlu gunakan font yang standard untuk penulisan resume iaitu Arial,
Times New Roman dan Tahoma.

Menggunakan font atau tulisan yang fancy hanya akan mengelirukan majikan anda
contohnya font atau tulisan tersebut berkerawang seperti rekaan tulisan kad
jemputan kahwin. Ini akan menyebabkan resume anda diketepikan dan dilontarkan
ke bakul sampah. Siapa pula yang hendak baca tulisan yang berlingkar-lingkar jika
ianya hanya menyakitkan mata pembaca?

4. General resume. Anda mempunyai satu resume dan ianya akan dihantar ke


bakal majikan anda disebuah syarikat. Resume yang sama juga anda hantar kepada
satu lagi syarikat yang lain. Ini merupakan satu strategi yang salah untuk memohon
pekerjaan kerana resume anda bersifat umum atau general. Setiap syarikat
mempunyai kriteria jawatan yang berbeza dan cara penilaiannya juga tidak sama.

Perlu diingat bahawa pembaca resume tersebut juga mempunyai tahap pemikiran
yang berbeza. Kaedah yang terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari
satu permohonan kerja, hasilkan satu resume untuk satu permohonan. Pastikan
setiap resume yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria jawatan yang
dimahukan oleh sesebuah syarikat.

 
Bagaimana nak kerja kalau resume anda dihumban ke dalam longkang?

5. Guna lebih dari 2 warna. Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam
resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan resume, hanya perlu gunakan
warna dengan kadar yang minimum, iaitu warna hitam dan putih sahaja. Paling tidak
pun pada bahagian gambar pasport sahaja. Untuk membezakan seksyen dalam
resume, anda hanya perlu gunakan fungsi bold pada tulisan-tulisan yang tertentu.
Tidak perlu meletakkan warna yang menyakitkan mata.

6. Cover letter/surat iringan. Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya
perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri anda, mengapa dan kenapa anda
memohon jawatan di syarikat tersebut. Terdapat beberapa kes di mana pemohon
meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga memakan 2
hingga 3 helai kertas lalu menenggelamkan resume yang dihantar.

Sebahagian daripada maklumat di dalam resume telah diterangkan secara panjang


lebar dalam surat iringan. Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda untuk
meneliti resume anda sekaligus beralih kepada resume pemohon yang lain.
7. Tidak faham keperluan jawatan. Dalam satu bidang jawatan, pasti ada
beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja seorang pegawai
operasi tidak sama dengan seorang akauntan. Sekiranya jawatan yang ditawarkan
ialah pereka bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka grafik biar pun nama
jawatannya hampir sama. Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan
logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat tetapi kreatif, pasti skop kerja dan
tugasannya tidak sama. Elakkan daripada membuat andaian sendiri dan carilah
sumber rujukan kerja yang dipohon dengan tepat.

Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggungjawab
dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko
kerja yang tidak layak dengan kelulusan dan kemahiran anda. Bayangkan jika anda
menerima tawaran kerja tersebut, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak
dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.

Kesimpulan

Menyediakan resume untuk memohon pekerjaan bukanlah perkara yang main-main.


Dari resume anda akan dinilaikan untuk diambil bekerja. Dari resume jugalah anda
akan ditemuduga. Pendek kata apa yang anda tulis dalam resume sebenarnya
mencerminkan tentang diri anda, sikap anda dan tahap pengetahuan anda. Biar pun
anda memiliki kelulusan yang tinggi seperti diploma atau ijazah tetapi tidak tahu
menulis resume atau menulis resume seperti acuh tidak acuh bakal memberi impak
kepada kerjaya anda.

Sekiranya anda benar-benar mahukan kerjaya yang serius, menjamin masa depan
dan kemajuan dalam kerjaya, anda perlu mengambil serius dengan corak penulisan
resume anda. Satu cara yang paling mudah untuk menghasilkan resume yang
berkualiti ialah dengan merujuk kepada panduan penulisan resume yang telah
digunakan dalam industri pekerjaan.

Ramai rakyat Malaysia yang sukses dalam kerjaya masing-masing telah


mendapatkan panduan ini. Jadi saya cadangkan anda mendapatkan panduan
resume tersebut  supaya anda tidak menghadapi masalah di masa hadapan. Terus
klik pada link di bawah untuk masa depan kerjaya anda :

Anda mungkin juga menyukai