Anda di halaman 1dari 16

www.separaperubatan.

com

Temuduga Separa Perubatan

Modul 0 : Ebook Percuma

Ebook ini dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987 Undang-undang


Kerajaan Malaysia

Penafian dan Hak

Ebook ini adalah hak milik Temuduga Separa Perubatan sepenuhnya.

Anda tidak dibenarkan sama sekali menyalin atau mencetak semula malah mengedarkannya secara
percuma kepada sesiapa samada melalui apa jua kaedah media bercetak atau elektronik sekali pun.

Ebook ini hanya sah untuk didapati dari http://www.separaperubatan.com

Anda sama sekali tidak mempunyai hak untuk menjual atau mengedarkan ebook ini secara percuma
dengan apa cara sekalipun. Ebook ini hanya boleh didapatkan secara sah melalui laman rasmi
Temuduga Separa Perubatan seperti yang dinyatakan di atas.

Sekiranya anda mendapat ebook ini bukan melalui laman tersebut, sila daftarkan diri anda di sana
untuk menjadikan diri anda sebagai pembaca yang sah. Dengan membuat pendaftaran, terdapat
lebih banyak informasi, tips dan panduan yang bakal anda perolehi dari masa ke semasa.

Setiap kandungan yang terdapat dalam ebook Temuduga Separa Perubatan ini diterbitkan adalah
bertujuan untuk berkongsi maklumat yang berkaitan dengan Temuduga Separa Perubatan. Ianya
tidak boleh dianggap sebagai nasihat professional. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab bagi
sebarang kerugian yang ditanggung oleh pembaca setelah menggunakan maklumat yang terkandung
dalam ebook ini.

Informasi-informasi yang terkandung dalam ebook ini adalah sah diwaktu ia ditulis dan akan
dikemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang berkaitan dengan temuduga, pihak kami mengalu-
alukan sebarang soalan yang boleh anda kemukakan melalui email berikut
separaperubatan@gmail.com

Semoga anda memperoleh manfaat daripada perkongsian maklumat ini dan seterusnya berjaya
semasa menghadapi kehidupan yang bahagia kelak. Insya-Allah.

Keluaran pertama: 2012

Hak Cipta Terpelihara © Temuduga Separa Perubatan


www.separaperubatan.com

EBOOK PERCUMA

Persiapan Sebelum ,
Semasa dan
Selepas Temuduga
Sebelum Dipanggil Temuduga

Apabila pihak SPA membuka jawatan kosong, calon-calon yang telah disenarai pendek akan
menerima surat panggilan temuduga. Setelah anda menerima surat tersebut, sila:

1. Buka surat panggilan itu dengan cermat. Jangan gopoh membukanya dkhuatiri anda
terkoyak surat tersebut dan tidak dapat membaca isi kandungannya.

2. Simpan surat panggilan itu dalam fail atau ditempat yang mudah untuk dicari atau dicapai.
Jangan simpan surat tersebut dalam pakaian. Dikhuatiri anda membasuh pakaian anda tanpa
menyedari surat panggilan itu tersimpan di situ.

3. Baca dan fahami isi kandungan surat panggilan itu dengan teliti. Jangan abaikan satu perkara
sekalipun agar anda tidak terlepas pandang perkara penting yang cuba disampaikan.

4. Simpan surat panggilan itu sehingga anda selesai menjalani temuduga. Jangan dibuang surat
itu kerana anda memerlukan surat tersebut sebagai rujukan dan semasa sesi temuduga

Pada kebiasaannya, sekeping surat panggilan temuduga mengandungi maklumat seperti berikut
yang perlu diberi perhatian iaitu..

1. Kenyataan pelawaan kepada calon bagi menghadiri sesi temuduga untuk jawatan yang
berkaitan.

2. Tarikh, masa dan lokasi untuk sesi temuduga yang bakal dijalankan.
www.separaperubatan.com

3. Kenyataan berkenaan dokumen-dokumen (asal dan salinan fotostat) penting yang perlu
dibawa bersama semasa sesi temuduga. Antaranya adalah..
i. Kad pengenalan
ii. Sijil kelahiran
iii. Sijil kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan
Malaysia seperti Sijil Kerakyatan Bapa (jika berkenaan)
iv. Sijil kelulusan persekolahan; PMR atau setaraf; SPM atau setaraf; STPM atau setaraf;
dan sijil-sijil berkaitan dengan jawatan yang dipohon
v. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika
berkenaan)
vi. Sijil berhenti sekolah
vii. Sijil/diploma/ijazah beserta transkrip daripada pusat-pusat pengajian

4. Kenyataan arahan yang meminta anda untuk melekatkan sekeping gambar berukuran
pasport pada Borang Maklumat Tambahan yang dikembarkan.

5. Kenyataan arahan yang meminta anda untuk mengesahkan setiap salinan dokumen yang
perlu diserahkan kepada panel penemuduga semasa sesi temuduga nanti.

6. Kenyataan arahan yang meminta pegawai dalam perkhidmatan agar menyertakan salinan
kenyataan perkhidmatan (termasuk kenyataan cuti) dan laporan Nilaian Prestasi yang
dikemaskini bagi tempoh dua tahun.

7. Kenyataaan yang memaklumkan sekiranya anda gagal mengemukakan dokumen seperti


dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk
lantikan.

8. Kenyataan yang mengarahkan agar anda berpakaian sopan semasa menghadiri temuduga.

Peringatan pertama: Salinan Dokumen

- Jangan bertanguh untuk membuat arahan ini. Sediakan sebanyak tiga salinan bagi setiap
dokumen yang diminta. Asingkan ketiga-tiga salinan itu dan pastikan salinan yang dibuat
dalam keadaan bersih dan tidak rosak. Anda perlu mebuat salinan yang diminta sahaja
seperti yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga.

Peringatan kedua: Pengesahan Salinan Dokumen

- Kemudian, setiap salinan yang anda fotostat tadi perlu mendapat pengesahan daripada
pihak yang berkenaan. Kebiasannya, anda boleh mendapatkan pengesahan daripada
penghulu, pegawai kumpulan A, guru besar, pengetua atau mana-mana pihak yang
dinyatakan dalam surat panggilan temuduga. Jangan membuat pengesahan palsu kerana ia
boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.
www.separaperubatan.com

Peringatan ketiga: Susunan Dokumen

- Selepas anda menyediakan salinan dokumen, sila susun dokumen-dokumen tersebut ke


dalam fail lutsinar mengikut keutamaan. Perkara ini bagi memudahkan panel penemuduga
menyemak dokumen yang diminta mengikut urutan. Anda boleh membuat senarai semak
(checklist) agar tiada dokumen yang anda tertinggal.

Peringatan keempat: Larangan

- Jangan bawa dokumen sulit milik syarikat majikan lama semasa temuduga.
- Jangan bawa dokumen yang tidak dikehendaki seperti slip gaji kerja semasa.
- Jangan bawa dokumen yang tidak tersusun dan tanpa fail.
- Jangan ambil remeh hal yang berkaitan dengan dokumen.

Sehari Sebelum Temuduga

Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana telah berjaya dipanggil untuk temuduga pembantu
tadbir. Jadi, sebelum anda melangkah pergi ke tempat temuduga, di bawah ini saya senaraikan
beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar persediaan temuduga anda berjalan dengan
lancar.

1. Kenalpasti Lokasi Temuduga


Perkara ini seperti tiada masalah bagi kebanyakan calon temuduga. Tetapi, adakah anda
yakin bahawa anda arif lokasi sebenar tempat temuduga nanti. Sekiranya anda tidak
yakin, sila kenalpasti terlebih dahulu tempat tersebut agar anda tidak menghadapi
masalah ketika menuju ke sana. Dengan mengetahui lokasi tempat temuduga dengan
tepat, ia bakal memudahkan anda dalam membuat keputusan sama ada ingin menuju ke
sana menggunakan kenderaan sendiri ataupun pengangkutan awam. Kemudian, anda
juga boleh merancang untuk bertolak ke sana pada waktu yang sesuai supaya dapat
menepati masa.

2. Kemaskan Penampilan Diri


Perkara ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi ekspresi positif
terhadap diri anda kepada panel penemuduga. Bagi kaum lelaki, sekiranya rambut, misai
atau janggut anda panjang, sila potong pendek supaya anda kelihatan professional. Bagi
kaum wanita yang berambut panjang, anda perlu ikat rambut anda agar rambut itu tidak
mengganggu ketika proses temuduga. Jika anda jenis yang mudah berpeluh, pastikan diri
anda tidak berbau dengan mengenakan haruman lembut agar panel penemuduga
merasa seronok ketika bertemuduga dengan anda. Tak salah untuk mengeluarkan
sedikit kos sebelum ditemuduga agar diri anda berketrampilan dengan lebih
menyakinkan.
www.separaperubatan.com

3. Pakaian Untuk Temuduga


Perkara ini juga berperanan dalam memberi eksperi positif terhadap diri anda kepada
panel penemuduga. Ini kerana, pakaian menggambarkan peribadi anda secara kasarnya.
Oleh itu, di bawah ini, saya sediakan beberapa gambar etika pemakaian ketika
menghadiri temuduga untuk dijadikan rujukan.
Jika mengikut kepada kod etika pakaian yang dicadangkan oleh badan professional,
calon lelaki haruslah memakai kemeja berlengan panjang, berwarna lembut, bertali
leher gelap, berseluar gelap, berstokin gelap dan juga berkasut gelap.
Manakala bagi calon wanita pula, mereka harus memakai baju berwarna putih dan
berkot gelap, berseluar atau berskirt gelap, dan berkasut gelap. Atau, untuk tampil
dengan lebih sopan, calon wanita disarankan memakai baju kurung atau kebaya.
www.separaperubatan.com
www.separaperubatan.com

Oleh itu, sila patuhi kod etika pakaian semasa menghadiri temuduga agar anda tidak tergolong
dalam kalangan calon yang tidak digemari oleh panel penemuduga. Tambahan pula, bukankah anda
inginkan jawatan yang dimohon? Jadi, sila ambil serius terhadap perkara ini.
www.separaperubatan.com

4. Aspek Penilaian
Perkara ini berkaitan dengan aspek-aspek yang dinilai oleh panel penemuduga. Untuk
pengetahuan anda, kebanyakan calon temuduga yang gagal adalah disebabkan
mengabaikan perkara ini. Mereka tidak ambil peduli aspek-aspek yang dinilai dan
diperhatikan oleh panel penemuduga. Mereka beranggapan bahawa panel penemuduga
hanya mahu melihat mereka menjawab soalan yang ditanya dengan betul sahaja. Jika itu
yang anda fikirkan, ketahuilah bahawa fikiran anda itu adalah salah sama sekali. Di
bawah ini, saya sertakan, aspek-aspek penting yang sering dinilai oleh panel
penemuduga. Sila ambil perhatian dengan perkara ini. Jika boleh, catatkan perkara di
bawah ke atas kertas dan tampalkan di dinding yang mudah dilihat agar anda peka
dengan perkara-perkara tersebut.

i. Adakah anda berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik?


ii. Adakah anda seorang yang berfikiran terbuka ataupun mudah melatah?
iii. Adakah anda mampu berhadapan dan menangani tekanan tanpa menyebabkan
diri anda hilang pertimbangan?
iv. Adakah anda mampu memikul setiap tanggungjawab yang diberikan?
v. Adakah kelayakan akademik atau pengalaman anda relevan dengan jawatan
yang ditawarkan?
vi. Adakah anda mampu menyesuaikan diri apabila diserap masuk ke dalam sektor
kerajaan kelak?
vii. Adakah anda seorang yang menepati masa?
viii. Adakah anda seorang yang bersikap jujur?

Sekiranya perkara-perkara di atas anda dapat tonjolkan dengan sempurna, maka tidak
hairanlah anda bakal dinilai dan dikategorikan oleh panel penemuduga sebagai calon
terbaik untuk jawatan tersebut.

5. Cakna dan Peka Dengan Isu Semasa


Perkara ini berkaitan dengan tahap pengetahuan am anda sebagai bakal penjawat
awam. Isu-isu semasa adalah perkara yang biasa ditanya oleh panel penemuduga
semasa sesi temuduga dijalankan. Oleh itu, limpahkan minda anda dengan isu-isu
semasa agar panel penemuduga sedar bahawa anda ialah seorang cakna dan peka
terhadap perkara yang berlaku di sekeliling. Untuk mengetahui isu-isu semasa, anda
boleh ketahui melalui dua saluran iaitu suratkhabar tempatan dan internet.
www.separaperubatan.com

Di Hari Temuduga

Hari ini adalah hari yang paling penting dalam hidup anda. Inilah hari yang anda nanti-nantikan
selama ini. Inilah hari yang akan menentukan masa depan anda. Inilah hari yang bakal mengubah
diari hidup anda buat selama-lamanya. Oleh itu, berikan perhatian anda sepenuhnya terhadap
perkara-perkara yang perlu anda lakukan semasa hari temuduga.

1. Tidur dan Bangun Awal


Pastikan anda tidur awal pada malam sebelum temuduga agar anda tidak terbabas dan
terlewat daripada sampai ke tempat temuduga. Apabila anda bangun awal, minda anda
akan lebih cergas dan cerdas daripada biasa. Tambahan pula, dengan bangun awal, anda
tidak akan terburu-buru untuk bersiap-siap ke tempat temuduga. Dalam masa yang
sama, fikiran anda akan lebih tenang dan bebas daripada pemikiran yang negatif.

2. Kemas dan Segak


Sebaik sahaja anda bangun awal, anda dapat membuat pertimbangan yang lebih baik
dalam soal kekemasan pakaian. Jika anda bangun lewat, anda pasti akan mencapai apa
sahaja yang boleh dipakai walaupun pada malam sebelum itu anda telah menyediakan
segala-galanya. Sebelum bergerak ke tempat temuduga, pastikan pakaian anda adalah
pakaian terbaik yang menepati kod etika pakaian yang telah dibincangkan dalam topik di
atas.

3. Sarapan
Sila pastikan perut anda tidak kosong sebelum menuju ke tempat temuduga. Jika anda
seorang yang tidak bersarapan, anda boleh ambil gula-gula sebagai sumber glukosa yang
mampu memberikan anda tenaga. Sekiranya anda bercadang untuk bersarapan, jangan
pula anda makan sehingga terlampau kenyang. Perkara ini boleh menyebabkan anda
mengantuk dan merasa malas. Cukuplah bersarapan dengan secawan teh dan sandwich.

4. Periksa Dokumen
Sebelum anda bergerak ke tempat temuduga, semaklah dokumen anda buat kali yang
terakhir. Gunakan senarai semak semasa membuat semakan agar anda betul-betul pasti
bahawa setiap dokumen yang diminta telah pun anda sediakan. Jangan biarkan diri anda
diherdik oleh panel penemuduga sebagai seorang pelupa. Sekiranya anda diherdik
semasa temuduga, ia bakal menutup peluang anda untuk mendapat jawatan tersebut.

5. Bersifat Tenang dan Yakin


Sebaik sahaja anda tiba di ruangan menunggu, duduk dan sapalah calon-calon yang lain.
Jangan pula anda sombong dengan menjauhkan diri daripada mereka. Apabila anda
menegur calon-calon yang lain, ia dapat meredakan sedikit ketegangan yang melanda
dalam diri anda pada ketika itu. Jangan membanding-bandingkan diri anda dengan calon
yang lain kerana ia mampu menjatuhkan keyakinan anda. Apabila anda tidak tenang dan
tidak yakin, maka dengan mudahnya panel penemuduga dapat membuat keputusan
bahawa anda bukanlah calon yang mereka cari.
Bagi anda yang beragama Islam, di bawah ini merupakan tips hilangkan gemuruh yang
saya dapatkan daripada seorang Ustaz. Sila amalkan tips ini agar anda tidak gemuruh
semasa ditemuduga.
www.separaperubatan.com

i. Baca surah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali.


ii. Baca surah Al-Kafirun sebanyak tujuh kali.
iii. Berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W sebanyak tujuh kali.
iv. Kemudian, berzikir.

6. Adab Ketika Masuk Ke Dalam Bilik Temuduga


Tatacara 1: Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Anda boleh tunggu sehingga
panel penemuduga memberi arahan masuk tetapi situasi ini bergantung kepada
kedudukan panel yang berada dalam bilik itu.
Tatacara 2: Berikan ucapan ‘Assalamualaikum’ atau ‘Selamat Pagi’ atau Selamat Petang’
kepada panel penemuduga. Jangan pula anda menjerit atau membesarkan suara anda
semasa memberi ucapan salam.
Tatacara 3: Berjalan masuk dengan langkahan yang yakin dan senyumlah kepada panel
panemuduga. Jangan angkat tangan atau melambai-lambai ke arah panel penemuduga
seraya untuk memberi tanda hormat.
Tatacara 4: Hulurkan tangan untuk bersalam sekiranya panel penemuduga yang berbuat
demikian dahulu. Semasa berjabat tangan, applikasikan genggaman yang kuat untuk
menunjukkan tahap keyakinan anda kepada mereka. Jangan pula anda genggam
sehingga menyakitkan tangan panel atau menggoyangkan tangan secara melampau.
Tatacara 5: Hulurkan fail yang mengandungi dokumen-dokumen anda kepada panel
penemuduga. Anda tidak perlu menunggu arahan daripada mereka untuk berbuat
demikian. Hulurkan fail tersebut dengan menggunakan kedua-dua belah tangan anda
dengan cara yang terhormat.
Tatacara 6: Jangan duduk selagi panel penemuduga tidak menyuruh anda berbuat
demikian. Sekiranya panel memulakan temuduga tanpa menyuruh anda duduk terlebih
dahulu, ajukan permintaan untuk duduk kepada mereka dan ucapkan terima kasih.
Kadang-kadang, panel terlupa untuk menyuruh anda duduk.
Tatacara 7: Sila duduk dalam posisi yang tegak tanpa mengalihkan kerusi. Jangan
tongkatkan kepala anda dengan siku di sisi meja. Jangan duduk bersilang atau
mengoyang-goyangkan kaki anda. Jangan cuba untuk membaca surat-surat atau
dokumen-dokumen yang berada di hadapan panel penemuduga.
Tatacara 8: Untuk adab semasa dalam bilik temuduga ke lapan ini, ianya lebih kepada
tatacara anda menjawab soalan dan bercakap. Tatacara yang saya maksudkan adalah
seperti berikut:
i. Jangan mulakan sesi temuduga mengikut kehendak anda. Perkara ini seharusnya
anda serahkan bulat-bulat kepada panel penemuduga.
ii. Jangan menjawab soalan yang ditanya secara tergopoh-gapah atau dalam
bahasa yang tidak difahami. Sila jawab dengan bahasa yang mudah dan teratur.
iii. Jangan meninggikan suara anda semasa menjawab soalan yang diajukan atau
menjawab dengan menggunakan bahasa yang kasar. Sila jawab dengan sopan
dan menggunakan suara yang jelas agar tidak timbul unsur-unsur perbalahan.
iv. Jangan memandang ke arah siling atau lantai ketika menjawab soalan yang
ditanya. Sila pandang tepat ke arah mata panel penemuduga untuk
menunjukkan bahawa anda yakin dengan jawapan yang anda berikan.
v. Jangan panggil atau sebut nama panel penemuduga semasa menjawab soalan.
Sebaliknya, gunakan gelaran yang disandang oleh panel tersebut. Sekiranya
panel membawa gelaran Dato’, maka gunakan panggilan Dato’ semasa
menjawab soalan yang ditanya.
www.separaperubatan.com

vi. Jangan menyampuk semasa panel penemuduga sedang bercakap atau


berbincang sesama mereka. Jika anda menyampuk, anda mungkin akan dimarahi
nanti.
vii. Jangan mengunyah sesuatu ketika anda dalam bilik temuduga kerana ia mampu
menghalang anda daripada bercakap dengan lancar.
viii. Jangan bercakap bohong sekiranya anda tidak tahu jawapan kepada soalan yang
ditanya. Jika anda tidak tahu, nyatakan sahaja anda tidak tahu dan mohon maaf
kepada panel yang bertanyakan soalan itu. Anda boleh menggunakan ayat
berikut, “Saya minta maaf panel kerana tidak mengetahui jawapan untuk soalan
tersebut. Saya akan berikan jawapan kepada panel melalui emel susulan nanti”.
ix. Jangan menggelabah apabila anda ditekan (provoke) oleh panel penemuduga.
Perkara ini biasa dilakukan oleh mereka untuk menilai tahap kecekalan anda
apabila bertugas nanti. Sila bersikap tenang dan jawab soalan yang ditanya
dengan munasabah.
www.separaperubatan.com

Selepas Proses Temuduga

Sekarang, anda seharusnya berasa lega kerana telahpun melepasi proses temuduga yang amat
meletihkan itu. Anda sepatutnya merasa bangga kerana berjaya melalui proses temuduga tersebut
dengan jayanya. Tetapi, adakah usaha anda setakat itu sahaja? Jadi, di bawah ini saya senaraikan
beberapa perkara susulan yang boleh diambil tindakan.

1. Jangan Kecewa dan Sesal


Kadang-kadang, apa yang anda rancang tidak berjalan mengikut perancangan yang telah
anda tetapkan. Mungkin semasa ditemuduga, banyak kesilapan yang anda timbulkan.
Tetapi, anda jangan pula kecewa dan merasa sesal terhadap kesilapan yang telah anda
lakukan. Ini kerana, anda telah pun berusaha sehabis baik. Oleh itu, jadikan kesilapan
yang anda lakukan itu sebagai satu pengajaran dan tidak akan mengulanginya lagi
apabila menghadapi temuduga yang lain.

2. Tawakal dan Terus Bertawakal


Anda telah pun berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam temuduga yang anda
jalani. Jadi, tiba masanya untuk anda bertawakal pula. Buat anda yang beragama Islam,
panjatkan doa anda kepada Allah S.W.T agar mendapat kelulusan dalam temuduga yang
lepas. Ingat! Temuduga adalah satu urusan bersama manusia. Tetapi, penentunya
adalah daripada Allah dan bukannya daripada manusia-manusia itu.

3. Semak Keputusan
Pada kebiasaannya, keputusan temuduga akan keluar selepas sebulan atau lebih
daripada tarikh temuduga yang anda jalani. Persoalannya, bagaimana anda dapat tahu
bahawa keputusan telah keluar? Jadi, di bawah ini, saya nyatakan tiga saluran yang
boleh anda gunakan untuk semak keputusan temuduga.
i. Melalui internet – Saluran yang pertama adalah di portal rasmi SPA sendiri. Anda
boleh semak sama ada keputusan temuduga anda sudah keluar ataupun belum
melalui link berikut:
http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Keputusan_Temu_Duga. Apabila
anda masuk sahaja ke laman tersebut, sila pilih nama jawatan iaitu Pembantu
Tadbir dan masukkan nombor kad pengenalan anda dalam kotak yang telah
disediakan untuk membuat semakan.
ii. Hubungi Kementerian/Jabatan – Melalui saluran ini, anda boleh tahu lebih cepat
daripada portal Rasmi SPA. Terlebih dahulu, anda perlu kenalpasti
Kementerian/Jabatan yang bakal mengambil anda bekerja. Hubungi
Kementerian/Jabatan tersebut. Tetapi, atas sebab-sebab tertentu,
Kementerian/Jabatan itu mungkin tidak dapat memberikan jawapan kepada anda
dan meminta anda tunggu sehingga portal rasmi SPA yang mengeluarkan
keputusan tersebut.
iii. Surat SPA – Anda juga boleh tahu keputusan temuduga dengan menunggu surat
daripada pihak SPA. Tetapi, saya mengalakkan anda menyemak keputusan melalui
dua saluran di atas. Ini kerana, terdapat kemungkinan surat yang dihantar lambat
tiba ke rumah anda dan menyebabkan anda lambat mengetahui keputusan
temuduga tersebut.
www.separaperubatan.com

Setelah Keputusan Temuduga Keluar

Pada hari keputusan temuduga keluar, anda pasti akan berdebar-debar. Anda pasti merasa gelisah.
Anda pasti merasa takut untuk menyemak keputusan temuduga yang anda terima. Jika anda merasa
sebegitu, itu adalah perkara normal.

Apa yang perlu anda buat, tetapkan hati anda dan katakan, “Aku terima apa sahaja keputusan yang
bakal aku dapat nanti!”. Ya.. Itulah perkara yang sepatutnya anda lakukan. Ini kerana, macam mana
anda nak tahu keputusan temuduga jika anda tidak menyemaknya? Jadi, jangan gentar dan
semaklah keputusan yang telah keluar itu.

Sekiranya anda lulus dan dilantik untuk menjawat jawatan pembantu tadbir, TAHNIAH saya ucapkan.
Tetapi, sekiranya keputusan yang anda terima adalah gagal, jangan bersedih dan jangan berduka. Ini
kerana, anda boleh cuba lagi pada masa akan datang. Tambahan pula, anda sangat beruntung
kerana telah melalui sebuah proses temuduga yang tak dapat dilalui oleh beratus-ratus ribu orang
lain di luar sana. Jadikan pengalaman yang anda lalui itu sebagai satu pengajaran agar anda dapat
perbaikinya dalam temuduga yang seterusnya.
www.separaperubatan.com

Penutup

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menerima
permohonan jawatan kosong untuk sektor kerajaan. Para pemohon boleh membuat permohonan
dengan mengisi Borang Pendaftaran SPA8i yang boleh diakses melalui portal rasmi SPA. Untuk
membuat permohonan jawatan kosong yang ditawarkan oleh sektor kerajaan, para pemohon perlu
membuka sebuah akaun pencari kerja di portal tersebut dan mengisi butiran selengkapnya ke dalam
borang yang telah disediakan.

Ingat! Setiap kesalahan dan kesilapan yang anda lakukan bakal merisikokan diri anda daripada
dipanggil temuduga untuk jawatan dalam Separa Perubatan. Sekiranya anda serius dalam
mendapatkan jawatan dalam Separa Perubatan, sila teliti dan baca berulang kali informasi-informasi
yang terkandung dalam modul ini.

Selepas anda selesai membaca modul ini, jangan bertangguh untuk membuka modul-modul yang
terdapat dalam pakej ebook ini agar anda dapat menyediakan diri dengan baik sebelum dipanggil
untuk temuduga jawatan dalam Separa Perubatan.

Untuk mendapatkan maklumat lebih detail dan bermanfaat untuk Temuduga Separa Perubatan anda
sila layari :

www.separaperubatan.com/halamantempahan

Antara modul yang terdapat jika anda membeli Modul Separa Perubatan adalah seperti berikut :

Modul 1 Pengenalan Separa Perubatan

Modul 2 Rahsia Kejayaan Temuduga

Modul 3 Soalan-Soalan Separa Perubatan

Modul 4 Soalan Peperiksaan Khas Psikologi

Modul 5 Resume Separa Perubatan

Modul 6 Pelengkap Modul Separa Perubatan


www.separaperubatan.com

Modul Bonus

Modul Bebas Hutang

Modul Teknik Efektif Mencari Kerja

Modul Teknik Pengurusan Masa

Modul Sihat Mengikut Rasulullah

Untuk kejayaan anda sila layari untuk mendapatkan ebook tersebut

www.separaperubatan.com/halamantempahan

ps* ebook ini khas bagi mereka yang betul-betul ingin mengikuti Latihan berikut sahaja :-

Latihan Jurupulih Perubatan Anggota


Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
Latihan Jururawat
Latihan Jururawat Masyarakat
Latihan Jururawat Pergigian
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Juru X-Ray
Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Penolong Pegawai Perubatan
www.separaperubatan.com

Salam sukses,

Shekh Mohd Haqimie Bin Shekh Husain

Admin separaperubatan.com

No. Tel.: 019-9531866

Email: separaperubatan@gmail.com

www.separaperubatan.com

Anda mungkin juga menyukai