Anda di halaman 1dari 14

PERINTAH AM BAB C - CUTI

PERINTAH AM BAB C
CUTI

PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 dalam
Perlembagaan).

[Berkuatkuasa mulai dari 1hb. Januari, 1974]

1. PENGENALAN.

1.1 DEFINISI

1.1.1 Cuti

Cuti bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan


meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus
perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

1.1.2 Cuti rehat

Cuti Rehat bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan
yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember.

1.1.3 Cuti Sakit

Cuti Sakit bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab
perubatan dan dengan mengemukakan Sijil Sakit dari seorang pegawai
perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima dan diberi bagi sakit
atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.

1.1.4 Perkhidmatan Yang Melayakkan

Perkhidmatan yang melayakkan bermakna perkhidmatan yang diambil kira


bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari
masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk
cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa
gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar.

Page 1
PERINTAH AM BAB C - CUTI

1.1.5 Sanak Saudara

Sanak saudara bermakna adik beradik, ibu bapa dan lain-lain saudara-mara
yang rapat kepada pegawai.

1.1.6 Sijil Sakit

Sijil sakit bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai
perubatan Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintah-perintah
Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh
Kerajaan.

1.2 Dasar Cuti Rehat

Adalah menjadi tujuan Kerajaan bahawa cuti rehat diambil pada tiap-tiap
tahun oleh pegawai-pegawai untuk tujuan kecekapan dan juga untuk
kepentingan pegawai-pegawai itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah
menyediakan, seberapa yang boleh, jadual giliran bercuti bagi kakitangan di
bawah jagaannya.

1.3 Kebenaran Ketua Jabatan bercuti di luar Malaysia

Seseorang pegawai yang hendak menggunakan semua atau sebahagian


daripada cuti rehatnya di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatannya atau dari Kuasa
Tertentu jika ia seorang Ketua Jabatan.

2. JENIS-JENIS CUTI

2.1. CUTI KERANA PERKHIDMATAN (P.A.C 6)

Cuti Rehat

Cuti Separuh Gaji

Cuti Tanpa Gaji

2.1.1. Cuti Rehat (P.A.C 7)

a. Dasar Cuti Rehat


Kepentingan pegawai-pegawai
Kecekapan pegawai

b. Cuti Rehat untuk keluar Negara perlu mendapat kelulusan Ketua Jabatan

c. Kelayakan Cuti Rehat pegawai

Page 2
PERINTAH AM BAB C - CUTI

d. Jadual Kelayakan Cuti Tahunan (P.A.C 8(a))

Kadar Cuti Rehat Era Sistem Saraan Malaysia Mulai 1 November 2002

GRED BAWAH GENAP & LEBIH


10 TAHUN 10 TH

Pengurusan Tertinggi 30 35

Gred 31 54 30 35

Gred 21 30 25 30

Gred 1 - 20 20 25

Kadar Cuti Rehat Tahunan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik
Mulai 1 September 2005

GRED BAWAH GENAP & LEBIH


10 TAHUN 10 TH

Pengurusan Tertinggi 30 30

Gred 31 54 30 30

Gred 21 30 25 30

Gred 1 - 20 20 25

Lantikan baru mulai 1 September 2005


Tarikh kuatkuasa mulai 1 September 2005
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005

Page 3
PERINTAH AM BAB C - CUTI

Kadar Baru Cuti Tahunan Bagi Pegawat Perkhidmatan Awam (Lantikan Tetap)
Yang Dilantik Mulai 1 Januari 2009

GRED BAWAH GENAP & LEBIH


10 TAHUN 10 TH

Pengurusan Tertinggi 25 25

Gred 31 54 25 25

Gred 21 30 25 25

Gred 1 - 20 20 25

Lantikan baru mulai 1 Januari 2009


Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2009
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008

Kadar Baru Cuti Tahunan Bagi Pegawat Perkhidmatan Awam (Lantikan


Kontrak dan Sementara) Yang Dilantik Mulai 1 Januari 2009

GRED BAWAH
10 TAHUN

Pengurusan Tertinggi 25

Gred 31 54 25

Gred 21 30 25

Gred 1 - 20 20

Lantikan baru mulai 1 Januari 2009


Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2009
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008

Page 4
PERINTAH AM BAB C - CUTI

NOTA: Sila rujuk Pekeliling-Pekeliling terkini - kelayakan Cuti.

e. Perkiraan Kelayakan Cuti Rehat

Jumlah kelayakan mengikut Gred X bulan perkhidmatan


12 bulan

f. Cuti Rehat Dibawa Kehadapan

Anggota dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya yang berkelayakan


dalam tempoh 2 tahun perkhidmatan ke tahun ke tiga. Cuti tahun
pertama yang tidak dapat dihabiskan dalam tahun ke tiga akan luput
pada akhir tahun ke tiga.

Permohonan perlu kelulusan JPN / sokongan Ketua Jabatan

g. Gantian Cuti Rehat

Mulai 01 Januari 2009 pegawai yang berkelayakan Cuti Rehat boleh


mengumpul cuti tersebut sehingga 150 hari.

Cuti rehat boleh dikumpul tidak melebihi 1/2 dari kelayakan cuti dalam
tahun semasa / maksimum 15 hari. Kelulusan daripada Ketua Jabatan
dengan menggunakan borang Lampiran A.

Dibayar semasa bersara berdasarkan gaji terakhir diterima termasuk


elaun-elaun tetap

2.1.2 Cuti Separuh Gaji (P.A.C 13(a) (ii) (bukan guru) dan P.A.C 51(a) (ii) (guru)

Cuti Separuh Gaji hanya boleh diambil atas sebab kesihatan sanak
saudara yang rapat kepada pegawai itu.

Surat pengesahan hospital kerajaan yang mengesahkan perlu penjagaan

Kadar cuti 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang


melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari.

Jumlah kelayakan 180 hari sepanjang perkhidmatan

Kuasa melulus 14 hari oleh Ketua Jabatan dan selebihnya Kuasa Tertentu
(KPM) dalam satu tahun kalendar.

Page 5
PERINTAH AM BAB C - CUTI

2.1.3 Cuti Tanpa Gaji

Cuti tanpa gaji boleh di luluskan oleh Ketua Jabatan sebanyak 30 hari bagi
tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tapi tidak melebihi 360 hari.

Kelayakan :

a. Layak memohon cuti tanpa gaji ialah selepas 6 bulan perkhidmatan


yang melayakkan.

b. Urusan sendiri dalam Malaysia selepas 6 bulan perkidmatan yang


melayakkan dan telah habis menggunakan cuti rehat yang
berkelayakkan.

c. Urusan sendiri luar Malaysia selepas 6 bulan perkhidmatan yang


melakyakkan dan telah habis menggunakan cuti rehat yang
berkelayakkan.

d. Tiada gaji bagi tempoh tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa sebab
yang munasabah

e. Boleh mengulang semula kemudahan cuti tanpa gaji jika belum


mencapai had maksimum

2.1.4 Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan (P.P 14/2005)

Tujuan: Kemudahan untuk mengikut pasangan berkhidmat dan berkursus


di luar Negara.

Kelayakan

a. Bertaraf Tetap

b. Pasangan berkhidmat/ bertukar / berkursus bagi tempoh melebihi 6


bulan

c. Pasangan adalah suami/isteri yang sah

d. Sekiranya pasangan bekerja dengan syarikat swasta, syarikat


tersebut hendaklah berdaftar dengan kerajaan Malaysia.

Tempoh

a. 3 tahun terus menerus atau berperingkat-peringkat

b. Boleh dipohon semula selepas 3 tahun

Page 6
PERINTAH AM BAB C - CUTI

Kuasa melulus: Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.2 CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN

Cuti Sakit

Cuti Sakit Lanjutan

Cuti Pemulihan dan Kuarantin

Cuti Bersalin

Cuti Kecederaan

Cuti Tibi, Kusta dan Barah

2.2.1 Cuti Sakit (PA.C 15/17(a))

Perlu Sijil sakit (Doktor Kerajaan / Swasta)

Cuti sakit 90 hari setahun (kerajaan dan swasta)

Sijil sakit swasta tidak melebihi 15 hari setahun (pesakit luar) dan 180 hari
(pesakit dalam/dimasukkan ke dalam wad)

Boleh diberi 90 hari lagi dengan kuasa tertentu sekiranya masih sakit.

Pegawai berkenaan boleh menghabiskan cuti rehat yang masih ada


sekiranya telah menghabiskan semua cuti sakit yang ia berkelayakkan.

Tidak boleh diberi sebarang cuti lagi jika semua yang dia layak telah diberi
sehingga diperiksa oleh Lembaga Perubatan.

Sekiranya seorang pegawai itu telah mengambil cuti sakit melebihi 45 hari
setahun ,untuk tiga tahun berturut-turut , ketua jabatan boleh meminta
sebuah Lembaga Perubatan ditubuhkan bagi memeriksa kesihatan
pegawai berkenaan.

Jika masih tidak sihat ia boleh disarakan dengan perakuan Lembaga


Perubatan

Layak mendapat cuti sakit sekiranya jatuh sakit semasa sedang bercuti
rehat di dalam Malaysia.

Sakit semasa cuti rehat di luar Malaysia tidak layak menerima cuti sakit
melainkan dia jatuh sakit pada tarikh dia patut pulang ke Malaysia atau

Page 7
PERINTAH AM BAB C - CUTI

sakitnya berlanjutan ke tarikh tersebut. (Kecuali di Singapura rujuk surat


daripada JPA bil. JPA(S)223/8/3 Klt.15(9) bertarikh 21/10/10)

Pegawai mesti dimasukkan ke hospital

Permohonan disokong oleh Sijil Sakit dari Pegawai Perubatan Negeri


berkenaan. Balik ke Malaysia sebaik sahaja dia sihat.

Sakit semasa cuti tanpa gaji / separuh gaji di Malaysia atau di luar Malaysia
tidak layak mendapat cuti sakit.

2.2.2. Cuti Sakit Lanjutan (PA. C. 22)

Seseorang pegawai yang telah diperakukan oleh sebuah Lembaga


Perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk
sihat semula bagi perkhidmatan selanjutnya, dan pada pandangan
Lembaga tersebut ia memerlukan masa berehat, maka Lembaga bolehlah
mengesyorkan ia diberi satu tempoh yang tidak melebihi 3 bulan. Untuk
tujuan ini Ketua Jabatan bolehlah memberi pegawai itu apa-apa cuti sakit
mengikut Perintah Am 17 atau cuti rehat yang ia masih ada lagi. Sekiranya
semua cuti-cuti ini telah habis, ia boleh diberi cuti separuh gaji mengikut
Perintah Am 13 ataupun cuti tanpa gaji mengikut Perintah Am 14 jika cuti
separuh gajinya pula telah habis.

Selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang
berkelayakan ketika itu telah digunakan, anggota yang masih tidak sihat
untuk bertugas semula boleh diberi Cuti Separuh Gaji sehingga 90 hari
dengan perakuan Lembaga Perubatan. Sementara menunggu Laporan
Lembaga Perubatan, sijil sakit boleh diterima bagi tujuan Cuti Separuh Gaji
tersebut. Anggota hendaklah diberi Cuti Tanpa Gaji jika tidak
mengemukakan sijil sakit bagi tempoh menunggu Laporan Lembaga
Perubatan berkenaan.

Seseorang pegawai yang telah diluluskan cuti sakit lanjutan tanpa gaji
boleh di beri elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebebnaran
Kuasa Tertentu.

Jika pegawai masih tidak sihat, dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan
sebagai ada harapan untuk sembuh anggota itu masih boleh diberi cuti
sakit, iaitu secara Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi
Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji.

2.2.3 Cuti Pemulihan dan Kuarantin (PA. C 24)

Seseorang pegawai yang balik dari luar negara melalui negara yang ada
wabak penyakit merebak akan dikuarantin dan layak bergaji penuh.

Page 8
PERINTAH AM BAB C - CUTI

2.2.4 Cuti Bersalin (P.P. 14/2010)

Layak untuk anggota wanita yang dilantik tetap sahaja.

Kelayakan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya

Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di


antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.

Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun,


pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari
tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh
dijangka bersalin. Pegawai perlu mengemukakan dokuman sokongan
daripada hospital/klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh
dijangka bersalin bersama-sama dengan borang permohonan.

Bagi Pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang
daripada 90 hari, semasa penggal sekolah, guru hendaklah menghabiskan
kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki, mengambil Cuti
Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari dan mengambil Cuti Bersalin Tanpa
Gaji setelah menggunakan kemudahan tersebut atau menggunakan Cuti
Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh
sepertimana yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15
Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.

Bagi Pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang
daripada 90 hari, semasa cuti penggal sekolah guru hendaklah
menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki dan
bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.

Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji menjaga anak selama
1,825 hari (5 Tahun) dan boleh diambil sekali gus atau sebahagian-
sebahagian. Tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak bermula pada tarikh
selepas tamatnya tempoh cuti bersalin.

Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu


mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah
layak untuk diberi Cuti Bersalin.

2.2.5 Cuti Kecederaan (P.A.C 27)

Kecederaan semasa menjalankan tugas rasmi dan bergaji penuh dan perlu
disahkan oleh doctor bahawa kecedraan itu adalah akibat semasa
menjalankan tugas rasmi.

2.2.6 Cuti Tibi, Kusta dan Barah (P.A.C 30)

Page 9
PERINTAH AM BAB C - CUTI

Mendapatkan rawatan perubatan percuma termasuk pengecualian


bayaran wad dalam hospital kerajaan.

Cuti sakit bergaji penuh tidak melebihi 24 bulan bagi barah dan kusta
dengan perakuan sijil sakit.

Cuti sakit bergaji penuh tidak melebihi 12 bulan bagi tibi

i. Selebihnya boleh diambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan

ii. Kelulusan tambahan diperlukan bagi cuti yang melebihi had di atas

iii. Bagi pesakit yang memerlukan rawatan di Yayasan Bukan Kerajaan perlu
mendapat kelulusan Kementerian terlebih dahulu di atas tanggungan
sendiri

2.3 CUTI HAJI (PA C 34)


Diluluskan oleh Ketua Jabatan

Tempoh 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan cuti kelepasan am

Jika lebih, mohon cuti rehat/tanpa gaji/cuti rehat khas

Sekali dalam perkhidmatan

Telah disahkan dalam jawatan

Pegawai sementara yang berkhidmat tidak kurang dari 6 tahun secara berterusan

Surat pengesahan dari Tabung Haji/ Syarikat yang diiktiraf oleh Tabung Haji

Cuti haji akan mengurangkan kelayakan cuti rehat/cuti rehat khas pada tahun
berkenaan.

2.4 CUTI BERKURSUS / BELAJAR

Seseorang pegawai yang telah dipilih atau dibenarkan oleh Kerajaan untuk
mengikuti apa jua jenis kursus latihan atau pengajian yang diakui sama ada dengan gaji penuh,
separuh gaji atau tanpa gaji dan sama ada untuk kursus diploma, ijazah asas, lepasan ijazah
atau kursus lanjutan, boleh diberi cuti bagi jangkamasa berikut:

Bagi tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademi dan rehat yang jatuh dalam
masa kursus itu;

Page 10
PERINTAH AM BAB C - CUTI

Bagi tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik selepas kursus
mengikut jalan yang paling dekat; dan

Bagi tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dilelakkan yang
disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan setempat.

Kelayakan :

i. Sah dalam jawatan

ii. Mendapat kebenaran dan pelepasan dari ketua jabatan

iii. Mendapat kelulusan kementerian bagi bidang kursus yang hendak diambil

2.5 CUTI TIDAK BEREKOD (PA. C 40 - 46)

Cuti Gantian

Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja


lebih masa atau sebarang bayaran khas lain sebab dipanggil bertugas lebih masa
pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan minguan. Layak kepada
pegawai dalam kumpulan sokongan yang tidak mendapat bayaran lebih masa dan
pegawai dalam pengurusan tertinggi dan kumpulan pengurusan dan professional.

Syarat

i) Arahan dikeluarkan oleh Ketua Jabatan untuk tugas lebih masa

ii) Tugas lebih daripada masa bekerja biasa atau masa kecemasan, hari cuti am
atau hari kelepasan mingguan

iii) Corak-corak kerja lebih masa menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/1991:
a) Kerja-kerja kecemasan
b) Kerja mustahak yang tidak boleh ditangguh kepada hari berikutnya
(memudaratkan perkhidmatan jika ditangguh)
c) Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi bidang tugas
biasanya
d) Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa terhad
e) Bertugas 9 jam kerja lebih masa bersamaan 1 hari cuti gentian

iv) Bagi pegawai yang diarah membuat perjalanan maka hari yang digunakan
untuk perjalanan tidak melayakkan untuk diberi cuti gantian.

Cuti Latihan Pasukan sukarela

Pegawai hendaklah ahli pasukan sukarela seperti di Lampiran A menurut PAC 41.
Ketua Jabatan boleh lulus tidak melebihi 30 hari dan 2 hari bagi perjalanan pergi
dan balik. Cuti selebihnya tolak cuti rehat jika tidak kemukakan ke Bahagian
Sumber Manusia, KPM untuk pertimbangan/kelulusan. Dihadkan bagi tujuan

Page 11
PERINTAH AM BAB C - CUTI

menghadiri latihan atau khemah tahunan sahaja samada di dalam atau di luar
negeri. Perlukan surat arahan rasmi dari Pemerintah Pasukan Sukarela yang
menyatakan tempoh diperlukan dan kelulusan cuti tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.

Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan


Pegawai hendaklah ahli pertubuhan/persatuan dibenarkan oleh KPPA seperti
diLampiran B dalam PAC 42(a) dan ahli persatuan kebajikan dan sukan di Jabatan
Kerajaan yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPA.
Ketua Jabatan boleh lulus tidak melebihi 14 hari dan 2 hari bagi perjalanan pergi
dan balik. Cuti selebihnya guna cuti rehat/tanpa gaji. Aktiviti hanya dalam Negara
sahaja dan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan adalah seperti berikut:

i) Kursus Latihan

ii) Khemah latihan tahunan

iii) Mesyuarat ajung tahunan

iv) Mesyuarat luar biasa

v) Seminar

vi) Aktiviti sukan

Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama

Pegawi yang merupakan ahli syarikat kerjasama yang membuat akuan untuk
memegang jawatan di dalam Syarikat Kerjasama. Pegawai-pegawai yang menjadi
ahli Syarikat Kerjasama. Dihadkan untuk kursus latihan, seminar dan mesyuarat
Syarikat Kerjasama sahaja dan aktiviti-aktiviti syarikat kerjasama hendaklah
diluluskan oleh Ketua Pengarah Kemajuan Kerjasama, Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kelayakan:

i) Tempoh 2 bulan untuk kursus sahaja

ii) Akuan memegang jawatan selama 2 tahun

iii) Ketua Jabatan hanya boleh meluluskan aktiviti dalam Negara sahaja dan untuk
aktiviti luar Negara hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha, KPM

Cuti menghadiri peperiksaan

Pegawai mengambil peperiksaan yang boleh membaiki peluang hidupnya.


Diluluskan pada hari peperiksaan sahaja. Pegawai yang memohon perlu
mengemukakan slip kebenaran menduduki peperiksaan berkenaan.

Cuti mengambil bahagian dalam sukan

Page 12
PERINTAH AM BAB C - CUTI

Seseorang pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam sebarang


perlawanan olehraga atau sukan diperingkat negeri atau antarabangsa boleh diberi
cuti tidak berekod bagi masa yang betul-betul diperlukan untuk mengambil
bahagian dalam perlawanan tersebut sahaja tetapi tidak melebihi 30 hari. Cuti itu
akan diberi di atas budi bicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan. Sebarang cuti lagi yang diperlukan lebih daripada ini akan
ditimbangkan oleh Ketua Setiausaha Negara mengikut budi bicaranya sendiri.

Cuti isteri bersalin


Pegawai lelaki yang isterinya bersalin layak diberi cuti isteri bersalin selama 7 hari
bermula pada hari bersalin. Sekiranya waktu bersalin telah melepasi waktu pejabat
rasmi maka cuti isteri bersalin akan bermula pada keesokannya. Cuti ini termasuk
semua cuti rehat dan hari-hari kelepasan am. Kelulusan cuti tersebut adalah
tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Cuti urusan kematian ahli keluarga

Pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat layak diberi cuti tanpa rekod bagi
tujuan untuk menziarahi jenazah dan urusan pengkebumian. Maksud ahli keluarga
terdekat adalah suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung kepada
anggota berkenaan. Kelulusan cuti hanya bagi tempoh 3 hari sahaja bermula dari
tarikh kematian atau hari berikutnya jika ahli keluarga meninggal selepas waktu
pejabat rasmi.

2.5 CUTI REHAT KHAS

Diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang bertugas sebagai


guru serta mengajar di sekolah/ Matrikulasi/ Institusi Pendidikan tidak termasuk
guru besar atau pengetua. Cuti sambilan diganti dengan cuti rehat khas yang
berkuatkuasa mulai 1 Mac 2004. Kadar cuti 7 hari dalam satu tahun kelendar. Cuti
rehat khas yang tidak dapat dihabiskan berdasarkan tempoh perkhidmatan yang
melayakkan.dibenarkan untuk dikumpul bagi pemberian gantian cuti rehat
(GCR). Cuti rehat khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
hadapan. Jumlah yang boleh dikumpul terhad kepada 150 hari.

2.6 BILA LEMBAGA PERUBATAN BOLEH DIPANGGIL

Apabila seseorang pegawai didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan


semua cuti sakit biasanya.

Apabila seseorang Pegawai Perubatan berpendapat bahawa tiada harapan


pegawai menjadi sihat untuk bertugas.

Apabila pegawai telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih bagi tempoh 3
tahun berturut-turut

Page 13
PERINTAH AM BAB C - CUTI

Apabila kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragukan.

Apabila pegawai telah tercedera semasa bertugas.

Apabila pegawai disahkan mengidap penyakait tibi, kusta atau barah.

Apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan di


luar negara kerana tiada rawatan sedemikian dalam negara.

Page 14

Anda mungkin juga menyukai