Anda di halaman 1dari 84

Rahsia Lulus Temuduga

Kerja Kerajaan
Apa Perlu Buat Sebelum, Semasa & Selepas Temuduga

- Tim Infokerjaya -
www.Kerja-Kerajaan.com
DISCLAIMER
E-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim
Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana
bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis sebagai
panduan persediaan kepada anda yang bakal menghadapi temuduga di sektor
kerajaan sepenuhnya. Panduan di dalam ebook ini tiada kena mengena
dengan maklumat sulit atau pendedahan rasmi daripada pihak tertentu. Isi
kandungan dikumpul, disusun dan ditulis semula bertujuan untuk memudahkan
calon temuduga dalam persediaan mereka menghadapi temuduga di sektor
kerajaan. Panduan lengkap “Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan” ini telah
terbukti membantu mereka yang menghadiri temuduga kerja kerajaan..

AMARAN
• E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya Resources.
• Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau
Menjual e-book ini kepada Pihak Lain.
• Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan
tindakan undang-undang.
• Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim
Infokerjaya Resources Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui
laman web www.Kerja-Kerajaan.com
• Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan
sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari
www.Kerja-Kerajaan.com sahaja.
• Jika Anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di
dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh
 

www.Kerja-Kerajaan.com
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 6
- Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam 8
- Statistik Permohonan 9
- Proses Pemilihan SPA – MyRecruitment 11
- Panduan Memohon Jawatan di Sektor Awam 13
- Kenapa Tidak Dipanggil Temuduga? 14
- Ada Ijazah, Nak Minta Kerja Untuk SPM Boleh? 16
- Dipanggil Temuduga 17
- Sebab – Sebab Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan 18
- Satu Cerita... 21

PERSEDIAAN SEBELUM HARI TEMUDUGA 24


TINDAKAN PERTAMA 25
- Baca dan fahami surat temuduga 25
- Buat salinan fotokopi 27
- Dapatkan Pengesahan bagi Setiap Salinan Fotokopi 27
- Susun Dokumen Mengikut Turutan 27
- Simpan Dokumen Di Tempat Yang Selamat 27
- Menyediakan ‘Resume’ 28

TINDAKAN KEDUA 29
- Kenali Dan Fahami Jawatan Yang DiPohon 29
- Minat ? 30
- Perancangan dan Persediaan 31

TINDAKAN KETIGA 33
- Jadikan Diri Sebagai Orang Berilmu 33
- Mengenali dan Memahami Diri Sendiri 35
- Ketahui Soalan-Soalan Jangkaan 37
- Tingkatkan Penguasaan Dalam Bahasa Inggeris (Short Technique) 40
- Menguruskan Nota 42
- Belajar Dengan Menulis 43

TINDAKAN KEEMPAT 45
- Interview Test 45
- Menjaga Keselamatan dan Kesihatan Diri 47
- Ketahui Lokasi Temuduga 48
- Persediaan Sehari Dua Sebelum Temuduga 49
SEMASA HARI TEMUDUGA 55
SEWAKTU BERSIAP 56
- Bangun Tidur 56
- Lihat Beg Anda 57
- Bertolak Awal 57

APABILA TIBA DI TEMPAT TEMUDUGA 58


- Tenangkan Diri 58
- Daftar Awal 59
- Menunggu di luar Bilik Temuduga 59

SEMASA SESI TEMUDUGA 60


- Masuk Ke Dalam Bilik Temuduga 60
- Apabila Duduk 60
- Apabila Berkata-kata 61
- Perkenalkan Diri 62
- Apakah tugas / kerja anda sebelum ini? 62
- Tak tahu Jawapan? 63
- Pertanyaan Mengenai Politik 64
- “Mengapa kami perlu memilih anda?” 64
- Sanggupkah anda ditugaskan ke mana-mana yang diperlukan? 67
- Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja 67
- Sessi Seterusnya 67
- Mengapa Nak Kerja Kerajaan? 68
- Kelemahan Calon Semasa Menjawab Soalan 70

AKHIR TEMUDUGA 71

SELEPAS TEMUDUGA 72
- Bedoa kepada Tuhan 73
- Bila Keputusan Temuduga Keluar? 73
- Keputusan Temuduga – Lulus? Gagal? Simpanan? 74
- Salah Anggapan Calon-Calon Penemuduga.. 77
- Tips – tips motivasi 80
- Menghilangkan rasa nervous /gugup/gemuruh 80

PENUTUP 82

5
PENGENALAN
Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa
hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalam
sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia
terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan
ataupun pengajian di universiti.

Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri.


Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta.
Ada betulnya apa yang difikirkan oleh orang ramai mengenai bekerja di sektor
awam. Tetapi tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam ini begitu tinggi
cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan negara
berjalan dengan lancar.

Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan
di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerian
mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan
kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan
ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan


kepada sesiapa pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya.
Jadilah ahli perniagaan jika mahu kaya! Sebenarnya walaupun tidak
memperolehi pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam
memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.

Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan meyumbangkan khidmat


mereka demi membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini.
Mereka ini lebih dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang diberikan
ini. Penjawat-penjawat awam diterapkan nilai – nilai integriti yang tinggi dalam
melaksanakan kerja mereka seharian.

6
Tidak dapat dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari
tugasnya masing-masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng
tetapi itu hanyalah segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak
lama mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja ataupun
merengkok dalam penjara.

Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan


dan kelebihan berbanding pekerja di sektor swasta. Ini semua adalah demi
menjaga kebajikan kakitangan sektor awam juga. Pelbagai usaha dilakukan
oleh kerajaan demi hal ini.

Selain itu juga, pekerja sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri
yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia.
Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal
kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan
pangkat dan macam-macam lagi.

Kerajaan amat peka dengan tuntutan-tuntutan yang di buat oleh CUEPAC


ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, biasanya tuntutan –
tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah pelbagai kebajikan untuk
penjawat awam disediakan.

7
Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam

Tedapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai


sektor awam. Di antaranya adalah:

1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam
sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan
keluarga yang lebih bahagia.

ANDA TIDAK TERUJA KE? Dan bermacam-macam lagi kebaikan yang boleh
anda fikirkan sendiri. Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk
jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam semakin meningkat pada
setiap tahun.

8
Statistik Permohonan

Menurut statistik yang dikeluarkan di dalam laporan tahunan SPA 2011,


didapati permohonan bagi apa-apa jawatan yang diiklankan oleh sektor awam
pada tahun 2011 mengalami penurunan namun bilangan yang memohon
adalah LEBIH 1.1 juta permohonan! Yang dipanggil temuduga pula adalah
sekitar 150,000 orang.

Ramai bukan? Anda mungkin telah beberapa kali dipanggil temuduga oleh
sektor awam bukan? Dan tahukah anda hanya berapa ramai sahaja yang akan
terpilih dan lulus dalam temuduga tersebut. Pada tahun 2011, hanya 36,810
orang sahaja yang terpilih dan dilantik untuk berkhidmat di sektor awam.
Tahukah anda bahawa bilangan kekosongan di sektor awam (persekutuan)
adalah lebih kurang 38,000 sahaja!!. Ini adalah termasuk bagi semua
kumpulan jawatan. (rujukan 2010). Cuba pula anda lihat permohonan pada
2011 dibawah :

Jadual Menunjukkan statistik permohonan untuk jawatan di sektor awam


adalah seramai 1,123,692 orang!

9
Dari peringkat permohonan, sehinggalah temuduga, hanya seramai 36,810
orang calon sahaja yang terpilih untuk dilantik berkhidmat di sektor awam.
Berikut merupakan statistik yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Malaysia di salam Laporan Tahunan SPA 2011.

10
Proses Pemilihan SPA – MyRecruitment

Mungkin ada yang tidak pernah mendengar bahkan mungkin juga tidak
mengetahui dengan terma yang dipanggil “MyRecruitment”. Apakah yang
dimaksudkan dengan terma ini sebenarnya? MyRecruitment sebenarnya
merujuk kepada Kaedah Pengambilan Secara Profiling iaitu merupakan
kaedah pengambilan kakitangan awam yang dijalankan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengisi kekosongan ataupun keperluan
sumber manusia di dalam sektor kerajaan ataupun juga dikenali sebagai
sektor awam di Malaysia.

Apa pula tujuannya? MyRecruitment ini diwujudkan dengan tujuan untuk


mengesan calon yang mempunyai profil yang sesuai dari aspek
personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan juga kemahiran yang
berpadanan dengan sesuatu bidang tugas. Padanan antara keperibadian
dan tugas serta jenis pekerjaan adalah penting bagi menjamin kepuasan
dalam menjalankan tugas dan meningkatkan motivasi kerja serta
pencapaian produktiviti yang tinggi.

Pelaksanaan MyRecruitment ini membolehkan proses pemprofilan calon


dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil Sepanjang
Masa (e-SMSM) dan disenarai pendek mengikut syarat asas dalam
sesuatu skim perkhidmatan. Setelah melepasi penyenaraian pendek
tersebut, calon dikehendaki melalui proses-proses saringan yang
berikutnya.

Untuk pengetahuan anda, perlaksanaan ataupun implementasi


MyRecruitment ini melibatkan empat (4) proses saringan sebelum calon
yang berjaya melepasinya ditawarkan lantikan. Apakah proses tesebut?
Ianya melibatkan proses Tapisan Awal, Peperiksaan, Penilaian
Kompetensi, dan Temuduga.

Tapisan Awal merupakan proses saringan yang pertama dalam


MyRecruitment. Proses ini mengkehendaki para calon untuk mendaftar
secara atas talian (Online) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA). Permohonan yang telah dilakukan oleh para calon akan di tapis
terlebih dahulu dengan meneliti samada calon yang memohon memenuhi
syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipoho oleh mereka.

11
Peperiksaan proses yang berikutnya buat calon-calon yang melepasi
tapisan awal. Mereka dikehendaki untuk menduduki peperiksaan untuk
tujuan menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon
secara khusus, dan daya menyelesaikan masalah, serta kemahiran
bahasa yang di miliki oleh mereka. Selain itu, ujian sahsiah juga minat akan
dijalankan juga pada tahap ini. Tidak ketinggalan juga jian psikologi
juga aptitud yang akan diuji di peringkat ini. Untuk proses ini, ia akan
dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Seterusnya ia proses Penilaian kompetensi (Competency Assessment)


dimana calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui
sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek
Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang
dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi
dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris atau pun bahasa
bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan
seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain.

Melalui kaedah peperiksaan dan penilaian kompetensi ini, hanya calon-


calon yang ideal dari segi psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi
sahaja akan layak untuk dipanggil temu duga. Kaedah ini juga
membolehkan bilangan calon dipanggil temu duga lebih rendah
dan proses temu duga dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih
singkat. Untuk peringkat ini. Ia mungkin akan dijalankan samada oleh pihak
kementerian atau jabatan itu sendiri ataupun dijalankan oleh pihak
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Temuduga merupakan proses yang terakhir dimana Suruhanjaya


Perkhidmatan Awam sendiri yang memainkan peranan untuk menjalankannya.
Ianya diadakan dengan tujuan untuk menilai kesesuaian dan perwatakan calon
dengan keperluan sesuatu jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu
sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.

Diantara kriteria-kriteria yang dilihat ialah sahsiah dan minat yang berkaitan,
kelayakan akademik yang sesuai, keterampilan, dan kesesuaian dengan bidang
tugas yang dikehendaki. Setelah selesai urusan temu duga, calon terbaik di
kalangan calon-calon berkualiti ini akan diperakukan untuk lantikan sebagai
salah seorang pegawai ideal.

12
Panduan Memohon Jawatan di Sektor Awam

Kami percaya anda yang sedang membaca ebook ini pasti tahu untuk mengisi
borang permohonan online bagi sektor awam bukan, betul tak? Semua orang
tahu mengisi borang tersebut. Sekarang ni kita berada dalam zaman IT.
Sebagai rakyat Malaysia, anda semua pasti sering menggunakan komputer
dan internet.

Lagipun mereka yang memohon jawatan kerajaan pasti tahu menggunakan


komputer, bukan! Akan tetapi jika anda tidak tahu ataupun tidak biasa
menggunakan borang online ini, dapatkanlah bantuan daripada mereka yang
arif. Sebelum anda mengisi borang tersebut, bacalah terlebih dahulu panduan
mengisi borang secara online pada bahagian Panduan.

Baca, fahamkan dan kemudian isikan borang online tersebut berhati-hati. Baca
apa-apa informasi yang ada dalam laman web tersebut untuk menambahkan
pengetahuan anda mengenai permohonan bagi jawatan kerajaan. Elakkan
daripada membuat kesalahan. Sebelum mengesahkan pendaftaran tersebut,
semak 2 ke 3 kali kemudian sahkannya setelah anda benar-benar berpuas
hati. Jadi, anda telah berjaya mengisi borang dan memohon jawatan yang
anda inginkan dalam laman web tersebut!

Jika memohon di laman web SPA, anda akan menerima pengesahan


pendaftaran serta-merta. Mulai 4 Ogos 2010, SPA tidak akan menghantar
Surat Akuan Pendaftaran Permohonan kepada pemohon. Pemohon adalah
digalakkan untuk mencetak Makluman Pendaftaran sebagai rujukan.
Makluman Pendaftaran tersebut akan dipaparkan sejurus selepas pemohon
menghantar Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i).

Pemohon perlu bersedia dengan sijil-sijil yang berkaitan sebelum mengisi


Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i), kesilapan mengisi
borang boleh menyebabkan pendaftaran anda ditolak. Ikut panduan
semasa ingin memohon kerja di sektor awam. Contohnya di laman web SPA,
panduannya telah diberikan.
 

13
Kenapa Tidak Dipanggil Temuduga?

Borang permohonan dah diisi banyak kali, tapi masih tidak dipanggil – pangil
temuduga. Apa sebabnya ye? Sebab – sebabnya adalah:

1. Kesilapan Dalam Mengisi Permohonan

Ramai calon yang mengisikan borang permohonan dengan tidak


melihat syarat dan kelayakan diperlukan untuk jawatan tersebut. Adakah
sijil/diploma/ijazah mereka berkaitan atau tidak. Adakah had umur
mereka layak untuk memohonnya? Kebanyakan mengisi borang
permohonan tanpa membaca syarat dan kelayakan dengan teliti.
Sebolehnya, mereka mohon seberapa banyak jawatan dalam sektor
awam. Memang tiada masalah, tapi pastikan ianya mengikut keutamaan
dengan kelayakan yang anda miliki dan pastikan borang diisi dengan
betul dan tepat.

2. Jawatan Yang Dipohon Tiada Kekosongan

Ya, jika jawatan tersebut kurang kekosongan ataupun langsung tiada,


memang susah untuk dipanggil temuduga., Dan sudah pasti yang
dipanggil temuduga tidak ramai. Walaupun begitu, ada juga jawatan –
jawatan khas dalam badan kerajaan tertentu ada yang memerlukan staf
yang ramai. Contohnya, jawatan Pegawai / pembantu/ pen.pegawai
tadbir adalah satu jawatan yang amat popular yang diperlukan oleh
semua kementerian/jabatan kerajaan. Jadi, kekosongan bagi jawatan
ini memang tinggi berbanding yang lain. Contoh lain adalah jawatan
jururawat.

3. Pendaftaran Pemohon Telah Luput Tempoh Sahnya

Dah daftar lama dah, tapi bila tak dipanggil temuduga dalam setahun
anda tak ‘update’nnya. Dan masih menunggu panggilan temuduga.
Ianya adalah mustahil. Apabila habis tempoh setahun, terus saja
update pendaftaran/permohonan anda. Lebih baik ianya diupdate
setiap 6 bulan jika masih tidak dipanggil temuduga (ni berdasarkan
pemerhatian kami). Dan satu lagi, jika anda baru saja habis
menghadiri temuduga atau mendapat keputusan sebagai calon
simpanan, seeloknya anda terus saja update pendaftaran/permohonan
anda.

14
4. Jawatan Terhad, Tapi Permohonan Ramai

Permohonan begitu ramai, anda terpaksa bersaing. Pada masa ini,


kelayakan anda menjadi taruhan. Maksudnya, jika anda ada ijazah, CGPA
akan dijadikan tapisan. Pemohon yang memiliki CGPA yang teratas
akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Maksudnya, jika jawatan itu
memerlukan 600 orang untuk ditemuduga, maka senarai calon yang 600
calon/pemohon yang teratas CGPA akan dipanggil temuduga terlebih
dahulu. Tapi itu sekiranya kekosongan yang ada adalah terhad. Sekiranya
kekosongan adalah banyak, tiada syarat CGPA dikenakan. Mereka yang
layak akan dipanggil temuduga.

5. Kelayakan Sijil/Diploma/Ijazah Dari IPTS/IPTA/Oversea Tidak


Diiktiraf

Jika sijil anda tidak diiktiraf oleh JPA, memang anda tidak akan dipanggil
temuduga. Jadi, pastikan kelayakan anda diiktiraf untuk memasuki sektor
awam. Tak tahu samada ianya diiktiraf atau tidak? Semak di link ini

http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

6. Tidak Lepas Peperiksaan Khas

Ada jawatan tertentu yang memerlukan peperiksaan khas atau ujian


khas sebelum dipanggil temuduga. Jadi ramai juga yang tidak lepas
peperiksaan ini. Ada ujian menguji pengetahuan, ada ujian fizikal
dan ujian bakat. Jika berjaya lulus peperiksaan, baru dipertimbangkan
untuk dipanggil temuduga pula. Tapi ianya tidak bererti sekiranya anda
berjaya peperiksaan, anda kompem dapat temuduga. Ianya dipilih
berdasarkan senarai markah tertinggi. Jawatan PTD, penguatkuasa, dan
lain – lain boleh dijadikan contoh.

Itulah antara sebab – sebab utama yang kami kaji kenapa ramai tidak
dipanggil temuduga kerja kerajaan. Mungkin ada beberapa sebab lagi, tapi ini
sudah cukup untuk menerangkannya.

15
Ada Ijazah, Nak Minta Kerja Untuk SPM Boleh?

Dari dulu sejak ebook RLTKK dikeluarkan, kami sering terima email yang
bertanya sebegini:

“Saya ni ada ijazah, boleh ke apply jawatan yang memerlukan kelayakan


diploma? “Saya ni diploma, nak apply yang SPM boleh tak?

“Saya ni ada ijazah, boleh tak jika saya mohon jawatan yang memerlukan
SPM?

Ya..Inilah soalan – soalan yang sering bermain – main di dalam fikiran mereka..
Nasib baik tiada yang tanya “Saya ni ada SPM, boleh tak saya apply jawatan
yang memerlukan Ijazah?...

Untuk jawatan tetap biasanya memang boleh, tapi ada syaratnya. Anda boleh
memohon jawatan yang lebih rendah dari kelayakan anda dengan syarat : -

• Tidak melebihi satu level dari kelayakan anda miliki.

Maknanya, jika anda ada degree, anda boleh apply untuk jawatan
diploma. Tapi tidak boleh apply untuk jawatan berkelayakan SPM. Hanya
satu level di bawah saja dibenarkan! Begitu juga halnya jika anda ada
diploma/STPM, anda boleh apply jawatan yang berkelayakan SPM. Tiada
masalah…

• Perlu memiliki kelulusan/sijil yang diperlukan bagi jawatan


tersebut.

Anda ada degree, tapi tiada diploma (ada sijil matrikulasi saja), maka
anda tidak layak apply jawatan bagi diploma. Maknanya, jika anda apply
bagi jawatan berkelayakan Diploma, anda perlu miliki sijil diploma. Jika
apply jawatan yang berkelayakan STPM, perlu ada sijil STPM.
AMARAN : kelayakan di peringkat matrikulasi tidak dinilai setaraf
dengan kelayakan Diploma/STPM.

Jadi, sebelum anda apply mana – mana kekosongan jawatan, sila kaji dulu
kelayakan yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Jangan terus mohon saja,
nanti tak dipanggil temuduga, marah pula. Hehehehe..

16
Ada kes seorang calon yang memiliki ijazah, tapi apply jawatan yang perlukan SPM.
(dia isi borang online dengan gunakan SPM saja, tak bagitau ada ijazah). Bila dia
dipanggil temuduga, apabila panel semak dokumen – dokumennya, didapati dia
memiliki ijazah. Apa kata panel tersebut?

“Awak ni tak tahu ke yang jawatan ni untuk SPM, tapi awak ni ada ijazah..Kenapa
awak datang juga ye…Lebih baik awak balik saja..”

Belum apa – apa dah disuruh balik. Mengapa? Sebabnya dia telah gagal patuhi syarat
yang telah diberikan. Ada ijazah tapi apply jawatan SPM. Sebenarnya nak sorokkan
ijazah tu boleh, tapi jangan sampai terkantoi. Apapun, bersikap jujur adalah lebih
baik dalam menghadapi situasi sebegini. Sikap jujur akan lebih memberikan seribu
ketenangan kepada anda semasa temuduga nanti.

Untuk makluman anda, semasa temuduga, maklumat peribadi yang diisikan anda
semasa memohon temuduga ada dalam laptop panel penemuduga. Mereka akan
menyemaknya semasa menemuduga anda. Jika anda tipu, HABISLAH..dalam kerja
kerajaan ini, kejujuran amat dititik beratkan!!

Dipanggil Temuduga

Anda telah dipanggil untuk menghadiri temuduga oleh sektor awam melalui
surat? Jika ya, anda adalah seorang yang amat bertuah! Bukannya senang
untuk seseorang dipanggil temuduga. Tahniah diucapkan kepada anda!
Kenapa kami berkata sedemikian ? Sebenarnya, meskipun anda hanya baru
saja dipanggil untuk ditemuduga, sebenarnya anda sudah melangkah sebelah
kaki ke alam kerjaya sebagai penjawat awam. Anda sudah memiliki peluang
terbaik!

Kemudian, apakah yang harus anda lakukan?

“Set”kan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat
pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa
minda. Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan
kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang bakal anda lalui nanti dan
seterusnya akan mencapai kejayaan. Nak berjaya, fikirkan kejayaan.

Tetapkan bahawa:

“Jika tiada kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan
wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan. Anggap
ianya adalah yang pertama dan yang terkhir dalam hidup anda.”

17
Waktu – waktu sebelum hari temuduga tersebut amatlah penting
sebenarnya. Persediaan yang bijak diperlukan sebelum menghadapi
temuduga tersebut. Tanpa membuat sebarang persediaan ataupun persiapan
yang dilakukan sambil lewa sahaja akan menyebabkan lebih 90%
kebarangkalian untuk anda gagal dalam temuduga tersebut. Itulah hasil
yang diperolehi daripada kajian yang kami buat melalui temuramah kepada
mereka yang gagal dalam temuduga Sektor Awam dan juga kajian
atas beribu-ribu orang melalui web/blog kami (peratusan ini hanyalah
berdasarkan dari pemerhatian dan kajian kami).

Sebab – Sebab Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan

Sebelum anda mula membuat persiapan untuk menghadiri temuduga, anda


perlu tahu dulu apakah sebab – sebab calon gagal dalam temuduga. Terdapat
banyak punca yang menyebabkan calon gagal dalam temuduga tersebut.
Di sini kami hanya senaraikan punca-punca yang utama sahaja yang tidak
sepatutnya anda lakukan nanti:

1. Langsung tidak membuat persediaan rapi atau persediaan yang


dibuat acuh tak acuh saja

Ramai menganggap apabila menerima panggilan temuduga,


mereka hanya perlu dapatkan info berkenaan soalan-soalan yang
bakal ditanya, dan mencari info-info di internet tanpa membuat
membuat persediaan dalaman dan juga luaran. Lebih 2 tahun
pemerhatian yang kami lakukan, kami dapati % mereka yang
berjaya dalam temuduga adalah mereka membuat persediaan
rapi untuk menghadapi temuduga. Mereka tidak bergantung
sepenuhnya pada nasib. Mereka berusaha keras untuk menghadapi
temuduga ini. Full komitmen! Anda bagaimana?

2. Tidak berpakaian mengikut syarat yang dinyatakan

Ini walalupun asas, masih ramai tak menyedari kepetingannya.


Bukan saja cara berpakaian yang betul, tapi kaitan pemakaian
calon dengan impressi daripada panel penemuduga dan juga
berhubung keyakinan diri juga perlu diketahui. Tahukah anda,
dengan pemakaian yang hebat, anda bukan saja mampu memberi
pengaruh pada panel penemuduga tapi mampu memberi pengaruh
besar pada keyakinan anda, ketenangan anda, dan juga kehebatan
anda.

18
3. Bersikap pasif ketika proses temuduga dijalankan

Ada calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga


dijalankan. Mereka banyak melihat lantai berbanding melihat muka
penemuduga, mereka jawab sepatah apa yang ditanya oleh
penemuduga, dan tiadanya body language dalam percakapan.

4. Datang lewat ketika hari temuduga

Haiyooo! Datang lewat di hari temuduga? Tidur lewat? Bahaya tu!


Walaupun anda dapat menjawab semua soalan yang ditanya, tapi
penemuduga ada pandangan negatif buat anda. Pertama, anda
kurang komitmen dengan kerja yang dipohon. Kedua, mungkin akan
bersikap sedemikian sekiranya diterima berkhidmat kelak. Ingat tu!

5. Dokumen – dokumen yang diperlukan tidak lengkap

Ada juga tidak membawa dokumen yang diperlukan semasa


temuduga. Jadi, bagaimana pendaftar/penemuduga
mengesahkan akan maklumat kelayakan anda mengikut apa yang
anda isikan pada borang permohonan. Jika sijil anda hilang, cuba
cari dokumen sementara yang boleh bagi sokongan pada dokumen
yang hilang. Jangan hadir kosong sahaja.

6. Tidur lewat di malam sebelum hari temuduga

Tidur lewat, sudah pasti tak cukup tidur. Di hari temuduga mulalah
pening-pening kepala dan juga ’mata panda’ akan terserlah.
Dan apabila tidak cukup tidur, ianya akan membawa kesan pada
prestasi semasa temuduga. Gagal memahami soalan, gagal
memberikan jawapan, nampak tak bermaya – itulah biasanya yang
terjadi. Nak minta kerja tapi tak cergas, bagaimana tu?

7. Tidak benar-benar mengetahui tentang jawatan yang dipohon

Hadir temuduga tanpa mengkaji berkenaan jawatan yang dipohon


adalah satu kesilapan terbesar! Anda nak sesuatu pekerjaan, tapi
anda tak tahu langsung berkenaan kerja tersebut. Ini sering terjadi
apabila calon disoal berkenaan tugasan-tugasan bagi jawatan yang
dipohon. Dari sini, panel boleh tahu anda serius inginkan/minat

19
dengan kerja yang dipohon atau tidak. Awal-awal lagi jika anda dah
kantoi, anda mungkin akan ditolak oleh panel.

8. Buta tentang perkembangan isu semasa

Ini macam katak di bawah tempurung. Apa-apa perkembangan


semasa langsung tidak tahu. Apa yang terjadi pada orang sekeliling
tak tahu. Apa peristiwa besar berlaku di Malaysia tak tahu. Ibarat
anda duduk dalam dunia sendiri sahaja. Jadi bagaimana anda
akan diambil bekerja yang mana jawatan dalan sektor kerajaan
memerlukan anda sentiasa peka terhadap isu semasa terutamanya
berkenaan kerjaaan.

9. Tidak jujur ketika menjawab soalan yang dikemukakan

Antara aspek yang terpenting dinilai dalam temuduga kerja


kerajaan adalah kejujuran. Ramai calon yang sangka dapat jawab
semua soalan, mereka boleh berjaya. Tidak sama sekali! Kejujuran
adalah antara nilai yang diambil kira juga. Adakah anda menipu?
Adakah anda bermain akal? Kejujuran ini lebih kepada perkara yang
baik, bukan jujur mendedahkan perkara yang buruk. Kejujuran anda
untuk berkhdimat dalam kerajaan dinilai, kejujuran anda membuat
persiapan temuduga dinilai dan sebagainya. Tahukah anda, ada
ramai kawan anda yang tidak dapat menjawab semua soalan
temuduga yang ditanya tapi mereka berjaya dipilih. Apa sebabnya?
Di sinilah ’cara’ kejujuran dinilai. Bukan dinilai dari jawapan yang
diberikan sahaja, tapi dari impressi wajah, nada suara, bahasa badan
dan pelbagai lagi.

Itulah di antara punca-punca utama yang menyumbangkan kegagalan


semasa temuduga kerja kerajaan. Tetapi anda jangan risau, dalam bab
berikutnya anda akan ditunjukkan penyelesaian bagi setiap kegagalan yang
telah dilakukan oleh mereka yang lalu. Yang anda perlu tahu, persediaan
sebelum hari temuduga amatlah penting dan anda juga perlu tahu ilmu dalam
memikat hati ahli panel temuduga. Kesemuanya akan ditunjukkan dalam bab
berikutnya. Jika ada sesiapa katakan bahawa temuduga ini tidak perlu buat
persediaan, dan hanya perlu serah pada nasib saja, mereka silap. Abaikan
kata-kata orang yang seolah-olah cepat mengalah itu....

20
Satu Cerita...

Setahun yang lalu, kami telah ’bersembang’ dengan seorang pakcik yang
berjawatan Ketua Penolong Pengarah di satu jabatan kerajaan. Beliau ni
pernah jadi panel penemuduga. Apa lagi, kami terus mencungkil rahsianya.

Soalan cepu emas kami kepadanya:

Apakah kriteria yang paling diambil berat oleh penemuduga sepanjang


proses temuduga selain ’performance’ calon?

Jawapannya : Sebenarnya selain daripada ’performance’ calon semasa


temuduga, terdapat beberapa kriteria khas yang dinilai oleh panel
penemuduga. Penilaian ini sangat jarang diketahui oleh orang ramai. Penilaian
seperti ini juga tidak ada dalam temuduga sektor swasta. Apakah kriteria-
kriteria tersebut? Kami rumuskan apa yang diceritakan kepada kami.

1. Latar belakang calon

Biasanya, jika anda pernah ditemuduga, pasti pernah ditanya


mengenai latar belakang anda seperti ibu bapa anda, pekerjaan
mereka, bilangan adik beradik, tempat tinggal anda dan lain-lain.
Nampak mudah je soalan seperti itu bukan? Akan tetapi, jawapan
anda sebenarnya juga mampu membawa impak yang besar
dalam kejayaan temuduga anda.

Tahukah anda bahawa pihak panel pemilihan akan lebih bertoleransi


dengan mereka yang datang dari keluarga susah, dari kampung
atau pedalaman, bilangan adik-beradik yang ramai dan lain-lain.
Sebenarnya pihak kerajaan amat mengambil berat akan kesusahan
hidup rakyatnya. Ini turut dinilai. Katakan anda dari keluarga yang
susah, dan prestasi temuduga anda adalah sangat bagus, anda
berpeluang cerah untuk berkhidmat di sektor awam.

21
2. Status Calon

Kita sering mendengar bahwa calon wanita yang telah berkahwin


memang sukar mendapat tempat di sektor awam. Ini tidak benar
sama sekali! Tapi, memang sering juga anggapan-anggapan
seperti ini wujud dalam diri calon hasil daripada cerita-cerita khabar
angin oleh rakan-rakan mereka.

Pada pemerhatian kami, tiada masalah dengan status perkahwinan.


Ianya tidak menghalang dari seseorang calon untuk mendapatkan
kerja di sektor awam. Sudah terbukti ramai kakitangan awam dari
golongan wanita yang telah berkahwin berjaya memasuki sektor
awam. So, don’t worry, be happy. Tiada diskriminasi dalam pemilihan
calon.

p/s: Semasa menaip ayat ini, ada dapat satu email dari seorang
akak yang mengandung 7 bulan bagitau dia dapat kerja tetap
di sektor awam. Rezeki anak dalam kandungan..

3. Umur Calon

Kebanyakan umur calon yang dipanggil temuduga adalah mereka


yang berumur bawah 30 tahun. Kenapa? Padahal syarat umur
untuk memasuki sektor awam adalah berbeza mengikut jawatan. Ada
yang sampai umur 50 tahun kelayakan had umurnya (bukan semua
jawatan. Tapi ramai yang terpilih dalam kerja kerajaan terdiri dari
mereka yang berumur 20-an.

Jawapannya adalah kerana mereka yang berada di bawah umur ini


lebih ramai yang memerlukan kerja dan tercari-cari kerja yang sesuai
dengan mereka. Mereka yang berumur atas 30 tahun biasanya
telah memiliki kerjaya yang stabil dan tetap. Jadi, keutamaan lebih
diberikan kepada golongan ini.

Dan percentage mereka yang berumur atas 30 tahun yang apply di


sektor kerajaan adalah kecil peratusannya. Untuk makluman, ada juga
kami dapat testimonial dari pembaca – pembaca ebook yang lepas
yang menyatakan mereka berjaya mendapatkan kerja walaupun
berumur 35 tahun ke atas. Yang berumur 30 – 35 tahun ramai juga

22
berjaya mendapat kerja di sektor awam.

p/s: Ada akak tu bagitahu yang umur dia dah 40 tahun bila dapat
masuk kerajaan.

Apapun, rahsia-rahsia di atas kami katakan tadi adalah tidak 100% tepat.
Ini telah dibuktikan oleh pemberi – pemberi testimonial pembeli ebook ini
yang terdahulu. Yang kami sampaikan Itu adalah berdasarkan keterangan dari
pakcik yang pernah jadi panel penemuduga tersebut. Apa yang kami
perhatikan ramai juga yang tidak menepati ciri-ciri di atas yang terpilih dalam
temuduga kerja kerajaan ini. Apapun kami berpegang teguh kepada prestasi
seorang calon itu juga yang menentukan kejayaan temuduga tersebut. Kami
syorkan kepada mereka yang bakal ditemuduga ini ”buatlah persediaan yang
terbaik semasa temuduga” dan tips-tips di atas boleh dipergunakan dan
diperalatkan untuk menguatkan kejayaan semasa temuduga kelak.

23
PERSEDIAAN SEBELUM
HARI TEMUDUGA
Baik, tanpa berlengah lagi, kita terus ke bab yang ditunggu-tunggu oleh semua
pembaca ebook ini iaitu apakah persediaan yang patut anda buat setelah
menerima surat panggilan temuduga daripada jabatan/kementerian kerajaan.

TINDAKAN PERTAMA

Ini adalah bahagian yang terpenting yang sering dipandang ringan oleh
kebanyakan calon yang bakal menghadiri temuduga. Tahukah anda apakah
tindakan pertama yang patut anda ambil setelah menerima surat panggilan
temuduga?

Baca dan fahami surat temuduga

Ya! Baca dan fahami surat panggilan temuduga sehingga selesai ke helaian
terakhirnya….Ini sememangnya kerja mudah bukan? Tetapi inilah yang sering
diabaikan oleh kebanyakan kita.

Tahukah anda mengapa kami katakan ini merupakan tindakan pertama


yang patut anda ambil? Sebabnya adalah supaya anda mengetahui dan
memahami apa dokumen-dokumen yang diperlukan semasa hari temuduga
tersebut. Adakah dokumen-dokumen tersebut ada dalam ‘fail holder’ anda…
atau anda tertinggalkannya di kampung… ataupun hilang… terutamanya sijil
SPM, Diploma ataupun Ijazah anda.

Jika tertinggal di kampung, dapatkannya dengan segera. Jika anda


bertangguh masa untuk mendapatkannya, kami risau anda akan kesuntukan
masa pada masa akan datang. Jika ianya hilang pula, sila berhubung dengan
pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil tersebut dengan segera.
Minta mereka mengeluarkan sijil terbabit dengan kadar yang segera. Jika
tidak sempat juga menjelang hari temuduga tersebut, dapatkan
pengesahan bertulis dari mereka supaya memaklumkan pengeluaran sijil
anda sedang dalam proses.

Sering terjadi kes di mana sijil-sijil penting ini tidak dibawa oleh calon-calon
semasa hari temuduga. Kesudahannya proses pertama pada hari temuduga
tersebut berlaku kecacatan kerana setiap dokumen yang anda bawa akan
disemak dan ditandakan terlebih dahulu semasa pendaftaran pada senarai
yang ada pada tangan pendaftar. Lagi banyak anda tertinggal dokumen yang
diperlukan, lagi banyak tanda (X) yang akan ditulis pada ‘list’ tersebut.

25
Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL
dan SALINAN PHOTOSTAT seperti berikut :-

1. Kad Pengenalan;

2. Sijil Kelahiran;

3. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang


mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan
Ibu/Bapa (jika berkenaan);

4. Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);

5. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan


SPM (jika berkenaan);

6. Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan


Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;

7. Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa


Persekutuan (jika berkenaan);

8. Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran
Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

9. Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);

10. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan


bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat
(jika berkenaan); dan

11. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi,


Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi
calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai
sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

26
Buat salinan fotokopi

Sebaiknya buatlah sekurang-kurangnya 3 salinan bagi kesemua dokumen


yang diminta. Asingkan bagi ketiga-tiga salinan tersebut. Pastikan salinan
fotokopi tersebut adalah tidak kotor dan rosak. Anda perlu membuat salinan
dokumen yang diperlukan saja seperti yang dinyatakan dalam surat panggilan
temuduga tersebut.

Dapatkan Pengesahan bagi Setiap Salinan Fotokopi

Setiap salinan dokumen yang telah anda fotokopi tadi perlu disahkan oleh
pihak yang berkenaan seperti ketua kampung, Pegawai Kerajaan, atau
mana-mana yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga. Jangan
menipu sudah! Dengan mengesahkannya sendiri!!!

Susun Dokumen Mengikut Turutan

Anda perlu menyusun setiap dokumen asal dan juga salinannya mengikut
turutan yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga. Salinan fotokopi
dokumen asal kemudiannya dikepilkan dengan kemas dan kemudian
dimasukkan dalam sampul surat yang bersesuaian saiznya. Manakala salinan
asal (original) dokumen hendaklah dimasukkan dalam ‘fail holder’.

Anda perlu gunakan ‘fail holder’ yang baru..lagi bersih, kemas dan sedap mata
memandang. Fail holder juga amat penting peranannya. Jika fail holder anda
kotor dan buruk, apakah persepsi daripada panel penemuduga nanti? Takut
anda dianggap sebagai seorang yang pengotor pula...

Simpan Dokumen Di Tempat Yang Selamat

Adalah perlu menyimpan segala dokumen yang diperlukan semasa hari


temuduga nanti di tempat yang selamat. Ini adalah mengelakkan ianya
daripada hilang, rosak, dicuri, kebakaran atau apapun. Jika perlu, anda boleh
menyimpan dokumen tersebut dalam laci yang berkunci. Ini adalah bertujuan
bagi menjamin keselamatan dokumen-dokumen penting yang amat
mustahak ini.

27
Menyediakan ‘Resume’

Resume perlu disediakan dengan teliti untuk diserahkan pada panel


penemuduga semasa hari temuduga nanti. Jangan sesekali mengab-
aikan kepentingannya! Resume anda akan menerangkan secara ringkas
tentang diri anda dari mula anda lahir sehinggalah anda datang pada hari
temuduga tersebut. Jadi, anda perlu menyediakan satu resume yang begitu
menarik dan ringkas untuk dilihat dan dibaca oleh para panel temuduga nanti.
Apa ciri-ciri yang perlu ada dalam resume:

1. Ringkas tapi padat.


2. Kemas dan bersih.
3. Bergambar warna - bersaiz passport.
4. Dicetak di atas kertas yang berkualiti (gloss paper).

Ini ciri-ciri yang disyorkan oleh kami. Anda mungkin boleh membuat lebih baik
dari apa yang dinyatakan ini. Seperkara lagi, kami cadangkan gambar untuk
resume hendaklah berbentuk pasport dengan gambar anda memakai kot dan
tali leher bagi lelaki dan bertudung/rambut diikat dan juga memakai kot bagi
wanita. Ini menunjukkan betapa professionalnya anda.

Contoh resume ada dilampirkan bersama dalam pakej ebook ini. Sila rujuk
fail yang bertulis Template Resume. Anda boleh mengambilnya sebagai
panduan untuk meyediakan resume anda sendiri. Apa yang kami sediakan
hanyalah contoh. Anda mampu untuk menyediakan resume yang lebih baik
dari apa yang kami berikan.

Ok, sekarang anda perlu “rileks”


Ambil masa dalam 5 –10 minit untuk minum kopi/teh dulu.
Bukannya apa, ianya adalah untuk memberi kesegaran pada anda.

28
TINDAKAN KEDUA

Langkah menyediakan dokumen dah selesai. Kini tibalah saat yang paling
penting untuk anda. Apakah saat itu? Nak tahu? Teruskan pembacaan anda…

Kenali Dan Fahami Jawatan Yang DiPohon

Ya, itulah yang perlu anda ketahui terlebih dahulu. Jika anda tidak mengenal
dan memahami jawatan yang anda pohon dengan sebenar-benarnya, kami
meramalkan masalah besar akan melanda anda semasa hari temuduga nanti.

Anda bukan saja perlu mengetahui tentang maklumat mengenai jawatan


yang dipohon saja, malah anda juga perlu mengetahui segala informasi
berkenaan organisasi ataupun jabatan berkaitan dengan jawatan yang
dipohon. Sebagai contoh, anda akan disoal mengenai apakah peranan
yang bakal anda laksanakan sekiranya anda berjaya memegang jawatan
tersebut, apakah fungsi dan peranan jabatan/organisasi, carta organisasi
bagi jabatan/kementerian dan bermacam-macam lagi. Sejarah mengenai
jabatan/organisasi juga pernah ditanya tau!! Kami ulangi lagi, apa yang anda
patut tahu berkenaan jawatan yang anda pohon:

• Tugas-tugas jawatan
• Gred jawatan
• Jabatan jawatan yang dipohon
• Tangga Gaji/Elaun
• Sejarah jabatan/jawatan

Nota : maklumat ini anda boleh rujuk semasa anda melihat iklan permohonan.
Contohnya, laman web SPA, anda boleh rujuk kelayakan/info jawatan. Atau
anda juga boleh tahu dengan melawat laman web jabatan/kementerian
berkenaan.

Jika boleh, cuba anda lihat berapa banyak kekosongan yang ditawarkan
bagi jawatan tersebut serta berapa ramai calon yang bakal dipanggil untuk
temuduga bagi jawatan tersebut. Maklumat ini anda boleh
memperolehinya di laman web kementerian/jabatan tersebut ataupun
anda boleh menghubungi kementerian/jabatan tersebut secara langsung
untuk bertanya.

Contohnya, anda boleh rujuk laman web SPA seperti di bawah:


http://domino.spa.gov.my/online/index.php

29
Anda juga perlu mengkaji juga sejauh mana kesesuaian kelayakan anda
dengan jawatan yang dipohon. Adakah sijil anda sesuai dengan jawatan yang
dipohon? Adakah jawatan yang dipohon memerlukan sijil kelayakan anda?
Apakah syarat – syaratnya? Jadi, anda kaji dahulu.

Sumber-sumber yang boleh membantu:

• Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.

• Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai


jabatan, firma dan perpustakaan.

• Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

• Internet - web jabatan/kementerian yang berkenaan, blog, forum,


ebook

Minat ?

Adakah anda betul-betul berminat dengan jawatan yang dipohon? Pastikan


anda berminat dengan jawatan yang dipohon. Ini berkenaan masa depan
anda! Jika anda langsung (100%) tidak berminat dengan jawatan yang
dipohon, eloklah jangan pergi temuduga tersebut. Sekiranya anda
berjaya dengan temuduga tersebut sekalipun, masalah akan timbul ketika
anda bekerja kelak. Mungkin anda tidak komitmen dan tidak
bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan kelak!

Oleh sebab itulah kami pernah katakan sebelum ini bahawa anda perlu
mengisi borang permohonan online dengan berhati-hati. Sebagai contoh,
sekiranya anda memohon 5 jawatan yang berbeza dalam borang tersebut,
pastikan anda memilih jawatan yang paling anda minati sebagai pilihan
pertama dan diikuti dengan pilihan yang seterusnya.

“Seseorang yang berjaya adalah mereka yang


melakukan apa yang diminatinya”

Jika anda 100% mempunyai minat dengan jawatan yang dipohon, maka
semakin tinggilah kebarangkalian anda untuk berjaya dalam temuduga itu
nanti. Jadi, kenali dan fahami minat anda. Kalau ada minat, semua kerja pun
akan menjadi...

30
Perancangan dan Persediaan

Perancangan sangat diperlukan dalam apapun kerja yang hendak dibuat.


Orang selalu berkata ”Gagal Merancang Adalah Merancang Untuk Gagal”.
Ini bermakna, sebarang kerja yang dibuat tanpa perancangan terlebih dahulu
kesudahannya akan mencapai kegagalan. Sebagai contoh, kontraktor yang
ingin membina sebuah bangunan.

Adakah bangunan tersebut boleh dibina tanpa apa-apa perancangan yang


teliti? Sudah tentu mustahil bukan? Apa yang diperlukan kontraktor adalah
adalah perancangan yang teliti melibatkan sumber kewangan, pekerja,
jentera, sumber elektrik, air dan lain-lain.

Begitu juga dengan persiapan sebelum menghadiri temuduga. Anda juga


perlu merancang dengan teliti bagi mendapatkan hasil yang
memberangsangkan kelak. Perancangan yang dibuat tidak perlu terlalu
“detail” sangat. Apa yang anda perlu lakukan adalah lakarkan perancangan
anda dalam bentuk carta aliran (yang ada anak panah tu). Susun mengikut
turutan dan masa.

Cuba anda fikir, untuk temuduga nanti, apa yang perlu dan akan anda
lakukan sebagai persediaan. “List” kan kesemuanya terlebih dahu-
lu di atas kertas. Kemudian, susun kesemuanya mengikut turutan dan
kepentingannya.

Perancangan yang disyorkan adalah berdasarkan 3 perkara utama iaitu:

1. Masa yang tinggal menjelang hari temuduga.


2. Tindakan-tindakan penting yang perlu anda DAHULUKAN.
3. Sumber-sumber informasi yang perlu anda perolehi.

Kami syorkan, satu jadual senarai tindakan yang patut anda lakukan disediakan
seperti di bawah. Dan anda perlu berdisiplin dalam mematuhi jadual yang
telah disediakan. Tanpa disiplin, apa yang dirancang tidak akan menjadi
kenyataan.

31
Sebagai gambaran, cuba anda lihat jadual di bawah:

Dengan membuat jadual perancangan seperti ini, anda menjadi lebih


berdisiplin dan persediaan yang rapi dapat dilaksanakan. Pastikan tindakan
terakhir yang telah disenaraikan dalam jadual perancangan ini diselesaikan
selewat-lewatnya 2 – 3 hari sebelum hari temuduga. Ini adalah kerana
jika anda ada terfikir idea-idea ataupun tindakan yang baru, anda boleh
lakukannya dalam tempoh tersebut (waktu kecederaan).

“Setelah perancangan dibuat, kini bermulalah proses persediaan anda.


Apa yang patut anda lakukan? Senang saja, lihat jadual yang telah anda
bina tadi. Patuhi dan laksanakan tindakan yang telah dirancang
mengikut turutannya!”

32
TINDAKAN KETIGA

Di sini, bermulalah langkah-langkah yang amat penting yang perlu anda


lakukan sebagai persediaan bagi menghadiri temuduga kerja kerajaan. Mari
baca seterusnya…

Jadikan Diri Sebagai Orang Berilmu

“Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda – Tuntutlah Ilmu


Sehingga Ke Negeri Cina...”

Dari sabda tersebut kita dapat menyedari betapa perlunya kita menuntut
ilmu pengetahuan tidak kira di mana-mana jua kita berada pun. Jadi, dalam
menghadapi temuduga nanti, anda perlu melengkapkan diri anda dengan
ilmu temuduga terlebih dahulu. Tanpa ilmu temuduga yang secukupnya,
tempanglah langkah anda sewaktu sessi temuduga nanti.

Tahukah anda bahawa penemuduga biasanya berminat dengan calon yang


mempunyai kepekaan dan keperihatinan terhadap persekitaran hidup
masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi,
pentadbiran serta politik?

Jadi, apa yang patut anda lakukan bagi persediaan mencari ilmu temuduga
ini? Mari kita ikuti langkah-langkah yang kami syorkan pada anda semua...

Langkah 1 – Baca akhbar (berbentuk fizikal atau online)

Surat khabar sangat penting sebagai media penghantaran maklumat sejak dulu
lagi hinggalah kini. Anda malas baca ‘paper’ ? Inilah masa untuk anda perlu
berubah!! Orang-orang muda terutamanya remaja biasanya kurang berminat
untuk mengetahui isu - isu semasa yang sedang berlaku, terutamanya yang
menyentuh bab politik dan ekonomi kerana ianya membosankan dan tidak
seseronok majalah-majalah hiburan atau sukan. Namun, untuk hari
temuduga anda, cuba korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas
bersarapan di pagi hari, ambil masa baca suratkhabar. Tidak rugi. Di
samping membuat persediaan temuduga, anda juga dapat menambah ilmu
pengetahuan.

33
Anda boleh membaca Berita Harian, Utusan, NSTP, dll. Akhbar seperti ini
mengandungi bermacam-macam maklumat yang mungkin berguna kepada
anda kelak. Biasanya soalan-soalan penemuduga bagi kerja kerajaan banyak
ditanya berdasarkan isu-isu semasa yang dibangkitkan dalam akhbar.

Satu tips mudah : Anda perlu baca tajuk yang penting saja. Jangan baca
kesemuanya. Kami risau tidak mempunyai masa yang cukup saja! Yang perlu
anda baca adalah:

1. Berita utama di muka hadapan.


2. Isu semasa.
3. Berita dunia.
4. Dan rencana-rencana yang berguna terutamanya mengenai
Negara Malaysia.
5. Politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai
kaitan dengan jawatan anda jika ada.

Berita sukan, kes bunuh ke, dan yang lain-lain tu tidak perlu anda baca.
Ini akan menjimatkan masa anda. Tapi jika anda ada masa yang lebih tiada
masalah untuk anda membacanya..

Langkah 2 – Duduk Depan TV jam 8.00 malam

Kenapa kami suruh anda duduk di depan TV pada jam 8.00 malam? Hahaha...
Tahukah anda pada masa tersebut hampir semua siaran TV menyiarkan berita.
Berita-berita tersebut adalah berita terkini. Tonton TV3 ke, TV1 ke, TV9 ke,
Astro Awani ke...mana-mana yang anda minat.

Anda akan mendapat banyak informasi terkini dan penting hanya dengan
duduk di depan TV saja. Tapi jangan tengok aje, dengar dan faham betul-
betul! Dari jam 8.00 malam sehinggalah jam 8.45 malam..Berita sukan tu tak
perlu tengok pun takpe…(kecuali ada sukan besar seperti bola, badminton).
Pernah calon ditanya soalan sebegini semasa temuduga ” Siapakah penjaring
terbanyak dalam kejohanan bolas sepak piala AFF 2010?)

34
Langkah 3 – Bertanya

Langkah ini senang…Apa-apa yang anda tidak tahu atau musykil, anda boleh
menanyakannya kepada orang yang lebih mengetahuinya. Cuba bertanya
kepada rakan-rakan, ayah dan ibu ke, sesiapa sahaja yang anda boleh tanya..
Mungkin mereka dapat membantu anda.

Sebagai contoh, katakan anda kurang faham mengenai sistem pilihanraya di


Malaysia ni. Apa yang perlu anda buat adalah cuba anda tanyakan hal tersebut
kepada ayah anda. Ayah anda lebih makan garam dari anda, pasti dia
mengetahuinya. Tak rugi mendapatkan ilmu dengan bertanya.

Teringat satu lirik lagu ”Malu bertanya kawan, nanti sesat jalan pulang”. XPDC...

Langkah 4 – Layari Internet

Internet adalah lombong segala sumber informasi! Segala informasi yang ada
anda boleh perolehi melaluinya. Jadi, apabila anda ingin mengetahui apa-apa
maklumat yang anda inginkan, dapatkan bantuan internet. Kalau di rumah
tiada sambungan internet, anda boleh pergi cyber cafe yang menyediakan
perkhidmatan internet. Ataupun pergi mana-mana tempat yang ada WIFI!

Mengenali dan Memahami Diri Sendiri

Proses ini tidak kurang pentingnya. Cuba kenali dan fahami kelebihan dan
kelemahan diri kita sendiri terlebih dulu sebelum hari temuduga. Kenali
samada anda jenis orang yang banyak cakap ke, pendiam ke, penipu ke, jujur
ke, bercita-cita tinggi atau lain-lain lagi. Jika anda seorang:

1. Pendiam – Pendiam sedikit tu tak mengapa, tapi jangan terlalu


pendiam. Semasa temuduga anda perlu banyak cakap bukannya
mendiamkan diri. Jika anda memang pendiam, inilah masa untuk anda
berubah! Tahukah anda bahawa dengan banyak bercakap, anda akan
menyelamatkan diri anda sendiri semasa temuduga nanti. Bagaimana?
Berdasarkan pengalaman calon – calon yang lalu, panel temuduga
biasanya sering menanyakan pelbagai soalan kepada mereka yang
kurang bercakap ini. Ini adalah kerana mereka memperolehi pelbagai
idea untuk menanyakan bermacam-macam soalan apabila melihat
calon yang ditemuduga oleh mereka banyak mendiamkan diri saja.

35
Jadi, untuk menghabiskan masa yang diperuntukkan, mereka akan
menanyakan soalan bertubi-tubi.

2. Kemahiran Bertutur/komunikasi – Banyak cakap je tapi ‘omong


kosong’ tidak berguna juga. Pastikan anda mampu untuk bertutur
dengan baik, teratur dan lancar. Untuk membolehkan anda mempunyai
kemahiran ini, pastikan anda cukup ilmu di dada terlebih dahulu.
Lengkapkan diri anda dengan informasi. Apabila anda telah memiliki
banyak informasi, ianya akan memudahkan anda untuk menjadi
‘orang yang banyak bercakap’. Yela kan, dah tahu, senang je nak
‘goreng’…jika anda rasa anda kurang dari segi kemahiran ini, tidak
mengapa..Berlatihlah, lama-lama anda akan memiliki juga kemahi-
ran ini. Jika boleh, dapatkan buku yang menerangkan secara khusus
mengenai kemahiran ‘public speaking’.

3. Bercita-cita tinggi dan bersemangat – Inilah yang dicari-cari oleh


panel temuduga! Mereka sukakan orang yang bercita-cita tinggi,
bersemangat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Ini kerana orang
sebegini mampu membuat perubahan dan kemajuan dalam bidang
yang akan disertai oleh mereka. Jika anda bersikap seperti ini, para
panel temuduga akan tercengang melihat anda..Mudah-mudahan..

4. Pandai Berlakon – Ini tidak bermakna anda perlu menjadi seorang


pelakon hebat seperti Tom Cruise. Pandai berlakon ini bermaksud
anda perlu berlakon hanya di depan para penemuduga anda saja.
Ini adalah bertujuan untuk menutup sebarang kelemahan dan
kekurangan anda di hari temuduga tersebut. Sekiranya anda seorang
yang pendiam, inilah masa bagi anda untuk berlakon menjadi seorang
yang ‘kepoh’ (suka bercakap). Berlakon hanya untuk 30 – 45 minit saja
bukan lama pun. Untuk menjadikan diri anda pandai berlakon, anda
perlu praktis di rumah terlebih dahulu. Tujuannya untuk menyorokkan
apa yang negatif pada diri anda!

5. Kejujuran – Kejujuran juga amat penting dan dinilai semasa


temuduga. Anda perlu menjawab soalan dengan jujur. Jangan menipu,
nanti anda juga yang susah nanti. Sebagai contoh, jika anda tidak
tahu akan jawapan bagi soalan yang ditanya (soalan berbentuk fakta),
katakan saja anda kurang pasti akan jawapannya. Atau anda memang
langsung tak tahu? Jawablah dengan jujur! ”Maaf tuan, kami tidak tahu
jawapan bagi soalan yang tuan tanyakan.” Tahukah anda, bahawa

36
ramai juga calon yang tak berjaya menjawab soalan yang ditanyakan,
tapi berjaya dalam temuduga? Ya ramai! Sebabnya mudah sahaja!
Mereka jujur. Tapi ini bukan bermakna anda tidak tahu jawab semua
soalan. Soalan yang killer-killer sahaja. Usah pusing sana sini dalam
memberikan jawapan jika anda sendiri tak tahu jawapannya.

6. “Think positive” – Berfikiran positif dan terbuka akan membuatkan


diri anda sentiasa tenang dalam menghadapi apapun situasi. Jadi
sentiasalah berfikiran positif. Anda juga akan memperolehi
kebaikannya. Buangkan sangkaan-sangkaan buruk seperti kerisauan,
ketakutan, kecuakan, gugup dan lain-lain mulai sekarang. Bayang-
kan diri anda sedang mencapai kejayaan, ataupun saat-saat gembira
bagi anda. Bayangkan kekasih anda pun boleh juga. Saat yang
menggembirakan juga tu!

Ketahui Soalan-Soalan Jangkaan

Terdapat bermacam-macam soalan yang bakal ditanya oleh panel


penemuduga nanti. Adakah anda boleh menjangkakan soalan-soalan
tersebut? Adalah penting untuk anda menjangkakan soalan-soalan tersebut
kerana dengan berbuat begini, anda akan lebih bersedia. Apa yang perlu anda
lakukan adalah:

1. Fikirkan soalan apa yang sering ditanya oleh panel temuduga.. Setelah
anda dapat menjangkakan soalan-soalan tersebut, anda senaraikan
kesemuanya.

2. Kemudian, tuliskan jawapannya! Mana tahu jikalau soalan yang ditanya


semasa temuduga nanti anda sudah ada jawapannya!

3. Seterusnya, berlatihlah untuk menjawab soalan tersebut dan sentiasa


memperbaiki jawapan anda jika anda masih kurang yakin.

Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang bakal ditanya oleh
panel penemuduga kelak? Tidak boleh! Salah tu, anda sebenarnya boleh
meramalkan soalan yang bakal ditanya semasa temuduga nanti. Di sini kami
berikan beberapa tips khusus bagaimana untuk meramalkan soalan yang bakal
ditanya oleh penemuduga.

37
Tips 1 – Ketahui dan fahami apakah bidang kerja anda sekarang dengan
sebenar-benarnya. Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering
bertanya mengenai pengalaman kerja anda. Jika boleh, mereka akan
menyoal anda habis-habisan mengenai hal kerjaya semasa anda. Kadang-kala
soalan-soalan yang ditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit
untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah
markah penilaian temuduga dengan mudahnya. Contoh soalan yang mungkin
ditanya:

• Sejak bila anda bekerja, dan adakah anda gembira dengan kerja
semasa anda?

• Sebutkan peranan anda dalam syarikat tempat anda bekerja.

• Kenapa anda minta kerja kerajaan, padahal gaji anda sudah besar?

Tips 2 – Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am. Ini adalah
merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga.
Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering
menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahui
bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda
sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca
akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk
menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh
penemuduga. Contoh soalan yang ditanya:

• Malaysia lawan Indonesia semalam berapa kosong?

• Mengapakah harga minyak masak dan gula naik mendadak?

• Mengapakah Hosni Mubarak mampu ditumbangkan oleh rakyat


dengan hanya tunjuk perasaan?

Tips 3 - Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja


kerajaan. Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan
temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan
anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri
temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Manatahu
jikalau soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya kepada
anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya.

38
Jika anda rujuk laman web www.kerja-kerajaan.com/blog, anda akan
dapat ketahui pengalaman ramai kawan-kawan yang telah menghadiri
temuduga kerja kerajaan samada lulus ataupun gagal. (memang kami
sediakan blog itu untuk tujuan ini..hehehehe)

Tips 4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga. Haha, tips ni agak


istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai
seorang panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang panel,
apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil
seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah anda
akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya,
kebolehannya, dan lain-lain. Ini boleh anda bayangkan…

Disini kami tuliskan beberapa soalan utama yang sering ditanya oleh
penemuduga:

• Please introduce yourself in English...

• Apakah pekerjaan anda sebelum ini dan sila terangkan secara ringkas..

• Kenapa anda berminat dengan jawatan yang dipohon ini?

• Apa yang anda akan sumbangkan sekiranya anda dipilih untuk


jawatan ini?

• Apakah peranan dan fungsi jabatan ini (organisasi ataupun jabatan)

• Apakah tugas-tugas yang bakal anda pikul kelak (berkenaan jawatan


yang dipohon)

39
Tingkatkan Penguasaan Dalam Bahasa Inggeris (Short Technique)

Dewasa ini, tidak dapat kita nafikan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris
amat penting. Anda memang lemah dalam bahasa Inggeris? Jangan risau…
Biasanya panel penemuduga tidak akan menanyakan 100% dalam bahasa
Inggeris . Apa yang perlu anda buat adalah:

1. Fahami ‘basic grammar’ – anda perlu dapatkan buku–buku grammar


yang asas…Seperti grammar untuk pelajar sekolah rendah..Tak perlu
anda mendapatkan buku yang advance Grammar, nanti anda juga
yang pening. Mungkin disebabkan anda telah lama meninggalkan
zaman persekolahan, jadi ianya menyebabkan penguasaan English
anda menjadi kurang baik. Lebih-lebih lagi jika anda memang tidak
pernah menggunakannya dalam kehidupan seharian. Jadi, apa yang
perlu dilakukan adalah anda perlu “review” kembali basic grammar
yang pernah anda belajar dahulu. Buku panduan yang ada dwi bahasa
iaitu English dan bahasa Melayu adalah lebih baik untuk anda.
Grammar ni penting kerana jika grammar anda teruk, lintang pukang la
perbualan anda kelak..Baca dan pelajari dari Present Tense hinggalah
ke apa-apa tense lagi yang ada dalam buku Grammar tersebut.

2. Baca English Newspaper – Anda dapatkan senaskhah akhbar


berbahasa Inggeris setiap pagi. Jika anda selalu menaiki LRT, di stesen
LRT tersebut ada menyediakan akhbar Inggeris secara percuma.
Ianya tidak mengandungi banyak sangat helaian. Jadi, anda boleh
habis membacanya dengan cepat. Jika anda tidak faham akan makna
ayat tertentu dalam akhbar tersebut, anda boleh cari maknanya dalam
kamus. Kalau hari-hari anda amalkan, lama-kelamaan anda akan
biasa juga dengan bahasa Inggeris walaupun tidak banyak. Akhbar
berbahasa Inggeris ini digunakan sebagai ‘tool’ dalam panduan
ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman anda dalam
bahasa tersebut. 30 minit sehari dah ok!

3. Tonton English Movie – Tonton movie pun boleh tingkatkan


penguasaan bahasa Inggeris tau! Bermacam-macam movie anda
boleh tonton melalui Pc anda mahupun VCD/DVD player. Tapi
pastikan English Movie yang anda tonton tu memiliki subtitle
English juga. Sambil mendengar dialog dalam movie tersebut, anda
juga boleh melihat subtitle di bahagian bawah skrin. Secara tidak
langsung, ini akan membantu anda lebih memahami pemahaman dan
sebutan bahasa Inggeris anda. Cubalah, belum try belum tahu, sudah
try hari-hari mau :-)
40
4. Dengar lagu Inggeris - Ya, dengan mendengar lagu Inggeris juga
dapat membantu kita untuk menguasai bahasa ini. Biasanya ayat-
ayat yang digunakan dalam lagu adalah mudah dan santai. Ini akan
membantu anda mengikuti sebutannya. Tapi jangan dengar lagu metal
rock atau lagu yang laju – laju sebutannya. Sudah pasti tak boleh nak
diikuti. Cadangan – dengar lagu jiwang, lagu hip hop ke yang mana
sebutannya adalah jelas.

P/s: Kami syor dengar lagu Maher Zain ke, Celine Dion ke :)

5. Bercakap BI dengan kawan – kawan - ramai antara kita segan untuk


berbual – bual dalam bahasa inggeris bersama rakan – rakan. Jika kita
cakap BI, takut rakan – rakan gelakkan kita pula. Usah segan! Anda
boleh berbual – bual dalam bahasa Inggeris secara berjenaka dengan
mereka. Tak kisah la ayatnya tunggang-langgang…Ini banyak
membantu.

6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni pun cara belajar juga ni. Akan
tetapi, pastikan anda bercakap dalam bilik anda sendiri yang bertutup.
Bukan apa, takut jika dilihat orang. Takut dikatakan anda ‘tidak sihat’
pula. Dengan cara ini, anda boleh melihat gaya, mimik muka, dan juga
mendengar sebutan Inggeris anda dengan teliti, kemas dan efektif.
Jika anda rasa kurang berpuas hati dengan penyampaian anda, anda
boleh memperbaikinya lagi. Sehari dilakukan 15 – 30 minit pun sudah
cukup.

Itu hanyalah serba sedikit yang dapat kami syorkan untuk anda. Jika
anda memiliki banyak lagi cara yang lebih praktikal, silakan...

41
Menguruskan Nota

Adalah penting bagi anda yang bakal menghadiri temuduga menguruskan


nota-nota ataupun apa yang anda tulis sebelum ini dengan kemas dan teratur.
Jika anda memandang ringan tugas ini, apa yang ditakuti nanti adalah:

1. Anda kelam – kabut untuk mencari nota yang diperlukan apabila


memerlukannya.

2. Nota anda bercampur aduk, dimana nota mengenai satu – satu


perkara tercampur dengan yang lain dan anda blur memikirkan
“betul ke apa yang aku baca dalam bab ni”.

3. Anda kekurangan masa untuk menyemak ataupun membaca


kembali apa yang anda tulis sebelum ini kerana masih tercari-cari
nota yang anda tulis.

Apa yang perlu anda buat adalah:

1. Highlight tajuk utama bagi setiap nota yang anda tulis.

2. Tulis nota yang berlainan bab/bahagian pada mukasurat yang


berlainan.

3. Jika boleh, buat cover muka depan bagi setiap bab/bahagian yang
anda tulis. Supaya senang anda mencarinya nanti lebih-lebih lagi jika
nota yang anda tulis memang banyak!

4. Sub tajuk bagi setiap bab juga perlu dihighlight dengan warna
yang berbeza bagi memudahkan kerja anda nanti.

5. Untuk menyedapkan mata anda membaca, kami syorkan anda


gunakan pen yang berlainan warna. Banyak warna lagi seronok untuk
membacanya dan tidaklah berat je mata nak membacanya kelak.
(tapi jangan terlalu banyak warna – 3 warna sudah memadai)

Tidak rugi anda menguruskan nota persediaan temuduga anda dengan


cara ini. Ianya boleh digunakan berulang kali sekiranya anda dipanggil
temuduga yang lain pada masa - masa akan datang. Dan anda boleh
pinjamkannya kepada rakan anda termasuk awek/pakwe anda..:)

42
Belajar Dengan Menulis

Kebanyakan orang suka membaca, tetapi belum tentu suka menulis. Tahukah
anda bahawa orang berjaya adalah orang yang banyak membaca dan
menulis? Mengapa kita perlu menulis? Apa yang patut anda tulis bagi

1. membuat persediaan untuk pergi temuduga nanti :


Tulis Matlamat Anda - Berapa ramaikah daripada kita menulis
matlamat kita di atas kertas? Tidak ramai bukan? Ramai yang
bercakap je untuk mencapai matlamat masing-masing. Untuk
berjaya dalam temuduga kerja kerajaan, apa yang perlu anda
lakukan adalah tuliskan matlamat anda di atas kertas ataupun di
mana-mana bahagian yang selalu anda lihat. Tuliskan ayat ini “aku
pasti lulus temuduga itu dan akan bekerja dengan kerajaan” di
mana-mana anda suka. Anda boleh menulisnya di dalam diari, di
atas meja, dalam handset, di dinding ataupun mana-mana la yang
sering anda lihat. Kat cermin muka paling bagus kot… Kan hari-hari
kita gunakannya. \o/ Dengan berbuat begini, anda akan sentiasa
mengingati matlamat anda iaitu untuk lulus temuduga nanti. Setiap
masa anda akan ingat akan matlamat anda dan anda akan sentiasa
mempersiapkan diri anda untuk menghadapinya.

2. Tulis Short Note – apa-apa yang anda belajar atau anda baca,
buat satu nota pendek. Catatkan apa-apa yang penting saja. Ini
perlu dilakukan bagi menjimatkan masa anda di waktu yang lain
kelak. Short note ini sudah memadai sekiranya anda menulisnya
dalam buku 555 je… supaya senang anda membawanya ke
mana-manapun. Apabila ada nota pendek ni, anda boleh
membacanya di manapun anda berada. Ketika tunggu bas ke,
dalam bas ke, kat kedai kopi ke, semuanya tidak menjadi masalah
bagi anda.

3. Lukis Peta Minda – Anda pernah belajar melukis peta minda semasa
bersekolah dulu? Pasti guru anda pernah mengajarnya. Peta Minda
merupakan teknik belajar yang telah diasaskan oleh pakar pelajaran
sejak tahun 1960 an lagi. Ianya telah dimajukan dan dipopularkan
penggunaannya oleh Tony Buzan seorang ahli fikir dan juga pakar
motivasi sekitar tahun 80 an lagi. (lama dah tu..). Pakar motivasi
terkenal di Malaysia, DATO’ Dr Haji Fadzilah Kamsah sendiri pun
amat mementingkan penggunaan peta minda ini.

43
 

Gambar di atas: Contoh peta minda

Kepentingan Peta Minda tidak perlu dinafikan lagi. 15-20% tahap ingatan
dapat ditingkatkan melalui penggunaan Peta Minda. Peta Minda yang menarik
menggabungkan warna-warna dan juga cabang-cabang yang sesuai, hasil dari
percambahan fikiran.

Peta Minda membantu anda menyalurkan idea secara lebih terancang dan ter-
susun. Bermula dari idea utama, idea-idea sampingan dikembangkan melalui
percambahan cabang-cabang dan juga perwakilan melalui warna.

Petua membuat peta minda:

1. Pada bahagian tengah lukis tajuk dengan huruf besar.


2. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama
(maksimum tujuh cabang).
3. Bahagikan cabang kepada cabang kecil - fakta terperinci.
4. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat contoh KAEDAH, JENIS.
5. Semua fakta di dalam huruf BESAR.
6. Jangan fikir dimana hendak letakkan cabang / fakta, buat saja
ketika idea datang.

Ok, sekarang rileks…Ambil masa dalam 30 minit untuk


menonton TV sebentar. Tonton la cerita kartun ke, cerita lawak
ke...cerita seram jangan.....:)

44
TINDAKAN KEEMPAT

Interview Test

Tahukah anda dengan membuat ujian temuduga (berlakon) ianya akan


membantu anda dalam temuduga kelak? Tahukah anda bagaimana hendak
melakukan ujian temuduga ini? Senang saja… Mengapakah teknik ini perlu
dilakukan oleh anda? Ini adalah untuk menjadikan diri anda:

1. Menjadi lebih berani semasa temuduga nanti

2. Menghilangkan gugup bila bercakap

3. Dapat memperbaiki kekurangan diri dari segi tingkah laku


mahupun penampilan

4. Menjadikan anda sebagai “pelakon yang hebat”. Tapi bukan artis ye...

5. Panel temuduga akan kagum dengan anda.

Untuk melakukan ujian simulasi ini, beberpa teknik kami syorkan. Terpulang
pada anda untuk mencuba mana satu. Mahu cuba semuapun lagi bagus!

1. Teknik 1 – Berlakon seorang diri (imaginasi)

Bagaimana melakukannya? Begini….Anda pakai pakaian seperti


hendak pergi temuduga. Pastikan anda keseorangan dalam bilik.
(Teknik ini perlu dilakukan dalam bilik anda yang sunyi – tiada
gangguan). Bayangkan anda melangkah ke dalam bilik anda seperti
melangkah ke dalam bilik temuduga. Kemudian, di dalam bilik
anda bayangkan anda berhadapan dengan 2 atau 3 orang panel
penemuduga. Dalam teknik ini anda memegang watak sebagai
calon temuduga dan juga panel penemuduga. Mulakan watak anda
sebagai panel penemuduga dengan menanyakan soalan-soalan yang
anda jangkakan (Sebaiknya soalan ini disediakan terlebih dahulu oleh
anda). Dan selepas soalan ditanya, anda bertukar pula menjadi calon
temuduga untuk menjawab soalan tadi. Lakukannya berulang kali
sehingga tamat sesi temuduga. Ianya perlu dilakukan dengan serius
bagi membiasakan diri anda dengan situasi temuduga. Ia mungkin
tak perfect tapi anda berjaya meletakkan diri anda dalam situasi
temuduga yang sebenar.

45
2. Teknik 2 – Berlakon bersama rakan-rakan

Bagi teknik ini, anda perlu mendapatkan bantuan rakan-rakan anda


lebih kurang 2 – 3 orang untuk menyertai lakonan ini. Bincang dan
maklumkan dengan mereka terlebih dulu bahawa anda memerlukan
bantuan mereka untuk menjadi para panel penemuduga dalam
lakonan tersebut. Sediakan senarai soalan di atas kertas dan berikan
kepada mereka. Minta mereka menambah beberapa soalan mereka
sendiri selain dari soalan yang anda telah sediakan. Dan mulakan sesi
temuduga seperti sesi yang sebenarnya, dan dalam keadaan serius.
Jangan main-main tau! Tak menjadi pula nanti.

3. Teknik 3 - Ujian Simulasi = Sebenar

Kali ini, sesi temuduga dijalankan seperti keadaan yang sebenarnya.


Sediakan meja, kerusi dan apa-apa keperluan yang sepatutnya. Cara
ini lebih kurang dengan teknik 2 tadi. Cuma ianya dilakukan lebih
teratur dan persis keadaan sebenar semasa temuduga nanti.
Sediakan list soalan kepada rakan-rakan anda yang menjadi panel
penemuduga. Mereka sendiri akan memilih atau menggubah soalan
yang akan ditanya kepada anda. Kali ini markah akan diberikan.

Cara permarkahan adalah berdasarkan 70% daripada hal umum/


akhlak/sikap/pengetahuan am dan 30% adalah soalan berkaitan
teknikal/bidang anda. Para penemuduga juga akan dipecahkan
kepada 2 pihak iaitu seorang dari SPA dan seorang lagi menjadi
panel penemuduga dari Jabatan/agensi jawatan yang dipohon.
Mulakan sesi temuduga. Apabila tamat dalam masa 30 – 45 minit,
markah akan dinilai secara keseluruhannya oleh rakan anda yang
berlakon menjadi panel penemuduga tadi. Kemudian, anda lihat
berapakah markah yang dinilai dari sesi temuduga tadi. Sebaiknya
rakan anda yang menjadi penemuduga tersebut perlu bersikap jujur
dalam menilai anda.

Jeng, jeng, jeng… Tamat sudah lakonan anda! Tak kira apa jua teknik yang
anda gunakan, yang penting anda telah melakukannya. Kajilah diri anda!
Adakah anda sudah cukup bagus dari segi lakonan anda, atau anda perlu
memperbaiki diri anda lagi...

46
Menjaga Keselamatan dan Kesihatan Diri

Menjaga kesihatan dan keselamatan diri amat penting menjelang hari


temuduga anda. Kesihatan yang terbaik amatlah diperlukan semasa hari
temuduga tersebut. Sekiranya anda bermasalah dalam soal kesihatan semasa
sesi temuduga tersebut, dikhuatiri ianya akan mempengaruhi penilaian atau
markah yang diberikan. Anda perlu cergas, sihat dan kuat semasa temuduga
nanti. Ini akan menambahkan semangat anda. Di sini kami berikan beberapa
tip yang anda boleh praktikkan:

1. Bersenam paling kurang 15 minit sehari – anda boleh berjoging ke,


naik turun tangga ke, main bola ke..ikut suka anda nak guna apa cara
untuk bersukan. Macam kami, kami akan ‘workout’ di gym (dulu la)
pada setiap hari untuk tempoh 1 jam hingga 2 jam. Bila kita bersenam,
aliran darah menjadi lancar dan badan akan sentiada rasa cergas.

2. Menjaga makan dan minum – jangan terlalu banyak makan dan


jangan pula makan terlalu sedikit . Makan makanan berkhasiat dan
seimbang. Sayuran dan buah-buahan perlu diambil banyak pada
setiap hari. Makan kismis 7 biji setiap hari pun bagus, bagus untuk
meningkatkan daya ingatan anda.

3. Jauhkan diri daripada aktiviti lasak dan merbahaya – Aktiviti


seperti jungle trekking, olahraga, climbing dan aktiviti lain yang
berisiko perlu dielakkan sepanjang tempoh ini (tempoh pantang).
Ini adalah kerana aktiviti tersebut sangat mudah mendatangkan risiko
kecederaan pada tubuh anda. Selepas temuduga, apapun yang ingin
anda nak buat tidak menjadi masalah.

4. Jangan merokok dan minum arak – merokok dan arak boleh


menyebabkan kesan yang buruk pada diri anda. Bagi anda yang kaki
merokok tu, berhentilah! Tak boleh? Kurangkanlah tabiat tu. Bukannya
apa, nanti dikhuatiri anda akan terbatuk-batuk pula di depan
penemuduga nanti. Lagipun nafas anda akan berbau busuk.
Manatahu “haruman mulut” anda boleh sampai ke hidung
penemuduga. Termuntah pula diorang nanti. Hehehe...

47
5. Pandu cermat dan jangan merempit – Pandu kereta tu berhati-hati.
Malang sentiasa tidak berbau! Ingatlah insan yang tersayang..Opps,
yang 1st Tuhan Yang Maha Esa! Dan yang terakhir ingatlah temuduga
anda. Bukan apa, kami takut jika berlaku kemalangan je. Tak boleh
pula anda menghadiri temuduga..Satu lagi buat mereka yang suka
merempit tu, buanglah tabiat buruk tu. Tak kemana perginya bakat
merempit tu. Menyusahkan orang je. Kalau setakat menyusahkan diri
sendiri tidak mengapalah kan…Ini menyusahkan bangsa dan Negara.
Lagipun, memang tak layak bagi mereka yang suka merempit
menyertai sektor awam.

Ketahui Lokasi Temuduga

Adalah penting bagi anda untuk mengetahui lebih awal sebelum hari
temuduga lagi lokasi di mana anda akan ditemuduga. Sila lihat alamat
yang diberikan dalam surat panggilan temuduga dengan teliti. Kemudian,
beberapa hari sebelum hari temuduga, anda perlu pergi ke alamat tersebut.
Ini adalah supaya anda dapat menaksir atau “survey” terlebih dahulu samada
senang atau susah bagi anda untuk ke sana.

Jika anda bercadang menaiki kereta, anda perlu mengkaji tahap kesibukan
jalan, parking, dan laluan yang akan dilalui. Jika anda menaiki motosikal pula,
anda juga perlu mengkaji seperti anda menaiki kereta dan juga keadaan
cuaca. Jika hujan, bermasalah lah anda nanti.

Cuba perhatikan cuaca dalam masa seminggu dua sebelum temuduga,


adakah hujan? Jika hujan takkan anda menunggang motor pula pada hari
temuduga nanti. Kelak buruk padahnya...

Jika anda bercadang menaiki pengangkutan awam contohnya teksi, kami


nasihatkan anda tempah (booking) dulu dengan pemandu teksi tersebut.
Dapatkan pemandu teksi yang benar-benar tahu lokasi yang ingin anda
tujui. Dapatkan no phone pemandu tersebut dan buat “appointment”
dengannya. Cara ini lagi mudah, jika boleh, pagi-pagi sebaik saja anda keluar
dari rumah, pakcik drebar teksi sudah menunggu anda! Terpulanglah pada
anda untuk menggunakan pengangkutan yang mana satu, bas ke, LRT ke.
Pastikan semuanya memudahkan anda! Nak naik kapal terbang pun boleh!

48
Persediaan Sehari Dua Sebelum Temuduga

Malam sebelum hari temuduga, apa anda buat? Adakah anda pergi melepak
dengan kawan-kawan di kedai kopi? Sebenarnya pada malam ini anda perlu
berkurung di rumah..Satu malam je. Selepas temuduga nanti ikut suka anda
nak pergi kemana pun. Apakah yang patut anda lakukan bagi menjamin
kejayaan temuduga anda keesokkan harinya? Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Ambil Cuti – Jika anda bekerja, anda perlu mengambil cuti rehat!
Mohon cuti awal-awal lagi, bukan tunggu sehari dua sebelum
temuduga baru memohon cuti. Kenapa anda perlu ambil cuti? Ini
adalah untuk membebaskan fikiran anda daripada bebanan tugas
di pejabat ataupun di tempat kerja anda. Anda hanya perlu
fikirkan soal persiapan terakhir temuduga anda sahaja. Jika anda
masih memikirkan soal kerja atau tugas anda lagi, serabut otak
anda pula. Jadi, tenang-tenangkan diri anda, relakskan minda anda,
rehatkan badan anda...

2. Sediakan Pakaian Untuk Temuduga – lebih kurang pepatah yang


berbunyi “sediakan payung sebelum hujan” Apa yang anda perlu
pakai masa temuduga nanti? Ikuti panduan seterusnya.

Bagi Calon lelaki

Tali leher (tie) – wajib ada ni! Jangan tidak memakai tie pula semasa
temuduga nanti. Kepada sesiapa tidak pakai tie, adalah %
kebarangkalian anda untuk gagal dalam temuduga tersebut
terutamanya bagi anda yang memohon jawatan yang memerlukan
kelayakan diploma ataupun ijazah. Inilah yang diberitahu oleh
seorang rakan kami yang menjadi panel penemuduga di sebuah
jabatan kerajaan.

Baju kemeja lengan panjang – jangan pakai baju lengan pendek!


Bukannya apa, tidak manis dipandang orang. Kalau tangan anda
berbulu lebat ke, ada parut besar ke, ada penyakit kulit ke, tak sudi
pula panel penemuduga memandang anda. Hahahaha. Gurau je!
Sebenarnya dengan memakai baju berlengan panjang, anda lebih
kelihatan lebih kemas, segak, kacak dan bergaya.

49
Dan satu lagi, pastikan warna baju yang anda pakai tu berwarna
cerah dan tidak berjalur/ berbelang - seeloknya putih kosong.
Kenapa? Cuba anda lihat orang-orang hebat seperti PM kita, Dato
Sri Najib yang biasanya memakai kemeja berwarna putih.

Memakai Seluar “Slack” – Seluar slack ataupun seluar yang


kasual anda perlu memakainya! Jangan sesekali memakai JEANS!
Kami rasa tak pernah orang membuat sebegini. Tapi kami pernah
diberitahu ada calon yang memakainya (calon bagi jawatan
rendah – sokongan). Walaupun anda memohon jawatan sebagai
kerani am, pekerja am , jangan sesekali memakai seluar jeans.
KELAK BURUK PADAHNYA…

Pakai Kot/blazer – Ini adalah khusus bagi mereka yang


memohon dengan sijil diploma ataupun Ijazah. Tahukah anda
dengan memakai kot anda telah mendapat markah free sebanyak
5 %. (ini yang diberitahu oleh seorang penemuduga kepada
kami). Dengan memakai kot, anda kelihatan lebih professional,
lebih kacak, bergaya, dan yang paling penting anda nampak
lebih berkeyakinan. 1st impression dari penemuduga adalah
“WOW! Hebatnya calon ni”. Awal-awal lagi sewaktu anda mula
melangkah masuk ke dalam bilik temuduga, anda telah berjaya
memikat hati dan perhatian para penemuduga. Tidakkah dengan
hanya memakai kot ianya secara tidak langsung telah membantu
anda semasa temuduga nanti? Daripada tinjauan ataupun
“survey” yang kami lakukan berdasarkan daripada 50 orang
yang memakai kot semasa temuduga, lebih 90% telah berjaya
lulus temuduga tersebut! Jadi, anda pun perlu pakai kot. Jika tiada,
pinjam dengan rakan-rakan ataupun anda boleh menyewanya.

Kasut – Pastikan kasut anda kasut hitam dan berkilat. Jangan


pakai kasut sport pula. Kasut anda bertali atau tidak terpulang pada
anda sendiri. Mengikut fesyen terkini, kami perhatikan sukar untuk
menjumpai orang pakai kasut kulit hitam bertali lagi. Mungkin
lagi mudah mengenakan kasut yang tidak bertali ini berbanding
dengan kasut yang bertali.

50
Rambut – rambut perlulah digunting kemas, pendek dan rapi. Jika
pendek pun elakkan stail “cacak-cacak” . Nanti panel menganggap
anda seperti kurang “matang” je. Selain itu, elakkan daripada
mewarnakan rambut anda. Anda perlu ingat yang anda bakal
menghadiri temuduga, bukannya seperti mahu pergi berpesta
ataupun berdisko.

Keperluan lain – pakai tali pinggang yang gelap, stoking dan


apa-apa lagi yang patut.

Bagi Calon Wanita.

Baju lengan panjang – Tidak kisah anda berbaju kurung ke


kemeja ke, yang penting MESTI berlengan panjang. Yang
beragama Islam tu memang wajib bagi anda untuk menutup
aurat. Bagi mereka yang bukan Islam, kami syorkan anda memakai
baju kurung. Cantik dan menawan! Kami tambah lagi - anggun!
Kami perhatikan semasa beberapa kali menghadiri temuduga
kerja kerajaan, dimana yang bukan Islam majoritinya memakai
baju kurung. Memang menawan! Baju kebaya jangan pakai! Risau
kami. Bukannya apa, dirisaukan panel penemuduga asyik
memerhati susuk badan anda pula..gurau je.

Seluar slack @ skirt, kain sarung – Yang memakai baju kurung


tu memang sesuai. Sekali pakej dengan bajunya. Akan tetapi
bagi mereka yang memakai baju kemeja, takkan la anda
memakai kain baju kurung pulak. Anda perlu memakai skirt
ataupun seluar. Kalau pakai skirt tu, jangan singkat ataupun terlalu
labuh atau kembang sehingga boleh menyapu kekotoran di
lantai. Jika anda memakai skirt, pastikan ianya tidak melebihi paras
tumit anda. Jika anda memakai seluar pula, pastikan ianya kasual.

Pakai Kot/blazer – SAMA SAHAJA DENGAN CALON


TEMUDUGA LELAKI! Ini adalah khusus bagi mereka yang
memohon dengan sijil diploma ataupun Ijazah. Sila baca di
bahagian lelaki ye di muka surat sebelum ini, sama saja. Malas nak
ulang ayat yang sama :).

51
Kasut – Kami nasihatkan anda supaya jangan memakai kasut
bertumit tinggi. Bukannya apa, nanti menyukarkan anda hendak
berjalan dan ianya juga mampu mengeluarkan bunyi bising.
Pakai saja kasut yang “flat” tapaknya dan pastikan kasut anda
MENUTUP kaki anda. Berkenaan dengan warna pula, kasut yang
bewarna gelap adalah paling disyorkan.

Keperluan lain – pakai tali pinggang sekiranya berbaju kemeja,


stoking dan apa-apa lagi yang patut. Jam tangan juga perlu
anda memakainya, nampak bergaya dan menarik. Penemuduga
menganggap anda sebagai seorang yang mementingkan masa.

Anda juga boleh rujuk panduan pemakaian untuk menghadiri


temuduga kerja kerajaan yang disediakan oleh pihak SPA seperti
gambar di bawah ini.

Rujuk laman web SPA.

52
Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi
lelaki dan kemas disikat bagi perempuan. Pastikan pakaian anda
digosok, dilipat dan disimpan di dalam almari. Dan satu lagi,
sembur minyak wangi yang sedang - sedang baunya (tidak
terlalu kuat dan tidak juga terlalu nipis baunya) pada pakaian
anda. Kalau semua dah wangi, barulah segar ketika pergi
temuduga nanti. Kalau anda tak percaya, cuba anda tanya pada
Dato’ Dr Fazilah Kamsah...

3. Sediakan Dokumen Untuk Temuduga – Sediakan dokumen yang


diperlukan seperti yang dibincangkan pada bab awal ebook ini. Kali
ini anda hanya perlu semak semula dokumen anda. Manatahu kalau-
kalau dokumen anda rosak digigit tikus atau lipas. Semak semula
dokumen-dokumen tersebut. Jika perlu, susun semula dokumen
tersebut dalam file holder anda. Dan seterusnya masukkan ke dalam
beg yang akan anda bawa ke tempat temuduga nanti.

4. Susun nota – Sebelum ini kami ada menerangkan bagaimana


membuat nota ringkas anda, bukan? Kini, anda perlu menyemak dan
meyusun semula nota yang anda tersebut. Susunnya mengikut bab
dan bahagian.

5. Baca nota – Anda perlu membuat review dan baca semula nota yang
telah disusun tadi. Bacanya mengikut turutan dari mula hinggalah ke
tulisan yang terakhir. Dengan membuat sebegini, fikiran anda akan
melayang kembali ke masa anda menulis nota tersebut (flashback).
Ianya akan memudahkan lagi anda mengingati semula apa yang anda
tulis sebelum ini. Bacanya berulang kali jika anda mahu. Biasanya
tempoh masa yang diambil untuk membaca semula nota ringkas ini
adalah jauh lebih menjimatkan berbanding semasa anda mula-mula
membaca nota yang lengkap (informasi /nota yang anda mula-mula
baca sebelum menulis nota ringkas ini). Sambil baring pun boleh baca..

6. Jaga Makan-minum – Makan minum anda juga perlu dijaga.


Jangan sesekali anda membeli makanan dari kedai/restoran yang
diragui tahap kebersihannya. Ini adalah bagi mengelakkan anda dari
keracunan makanan. Kebanyakan daripada kita ni suka membeli
makanan dari warung tepi jalan. Akan tetapi adakah selamat makanan
tersebut dari pencemaran? Jika anda sakit perut, siapa yang akan
susah? Anda sendiri juga akan susah. Ketika makan pula, perlu juga
anda beringat. Jangan makan terlalu banyak dan jangan pula terlalu

53
sedikit. Jangan minum kopi, teh ke ataupun minuman yang
mengandungi kafien yang tinggi. Kami risau anda tidak boleh tidur
je malam nanti. Dan sebagai tambahan lagi, makanan berlemak juga
perlu dikurangkan.

7. Minta Restu Ibubapa – tahukah anda, bahawa restu daripada ibubapa


anda akan membawa seribu keberkatan pada anda. Ibubapa
mana yang tidak ingin anaknya berjaya. Jadi, minta restu daripada
mereka. Jika anda tinggal berasingan dan berjauhan, gunalah
handphone anda untuk bercakap dengan mereka. Jangan kedekut
sangat nak “call” mereka. Kita ni biasanya kalau “call” awek/pakwe tak
kisah pun berapa banyak habis duit, akan tetapi kalau nak call orang
tua kita sendiri, berat je nak keluar duit..

8. Rehatkan diri anda – setelah semua hal sebelum ini sudah


diselesaikan, nilah masa untuk anda tenangkan dan rehatkan diri anda.
Anda boleh menonton TV, baring-baring, main video game, yang
penting santai...

9. Berdoa memohon kejayaan – sebelum tidur tu, berdoalah kepada


tuhan memohon untuk kejayaan anda. Yang penting anda sudah
berusaha, selebihnya serahkan pada Tuhan. Jika boleh, bagi yang
beragama Islam anda boleh melakukan Solat Hajat.

10. Tidur Awal – setelah berdoa kepada Tuhan, tidurlah awal. Jangan
fikir apa-apa dah. Yang penting - TIDUR. Kami syorkan anda boleh
mula berbaring di kamar anda untuk tidur selewat-lewatnya pada
jam 10.00 malam. Kenapa awal sangat? Kita ni apabila baring-baring
nak tidur tak semestinya kita boleh tidur dengan cepat bukan?
Mungkin anda perlu ambil masa untuk melelapkan mata, lagi-lagi
bagi mereka yang jenis susah nak tidur awal. Tidur yang cukup amat
diperlukan supaya anda lebih bertenaga dan cergas lagi cerdas pada
hari esoknya. Pada jam 6.00 pagi atau lebih awal anda perlu bangun
dah daripada tidur. Ok la, pergilah tidur. oooppppssss terlupa
pulak kami nak ingatkan. Setkan “alarm” atau jam loceng untuk
menggerakkan anda keesokkan paginya. Pesan juga kepada rakan-
rakan anda, ataupun keluarga anda supaya mengejutkan anda.
Selamat malam...

54
SEMASA
HARI TEMUDUGA
Kini, sampai juga saat yang ditunggu-tunggu oleh anda. Saat yang begitu
mendebarkan, menakutkan dan macam-macam lagi. Rasa seperti mahu
meletup-letup dada anda bukan? Rileks..Bukankah anda sudah membaca
ebook ini. Keyakinan anda akan naik lebih 100% semasa melangkah ke
dalam bilik temuduga nanti. Apapun, kami akan berikan panduan berguna
untuk anda mengenai apakah yang patut anda buat dan apakah yang patut
anda elakkan semasa hari temuduga nanti. Jadi, tanpa berlengah lagi, kita
mulakan dengan bangun dari tidur dulu. Yela kan, setiap hari kita semua
bermula dengan bangun tidur.

SEWAKTU BERSIAP

Bangun Tidur

Pukul berapa anda bangun dari tidur? Adakah anda biasanya bangun pada
pukul 6.30 pagi? Kami sudah ingatkan anda untuk setkan alarm sebelum
tidur. Seeloknya bangunlah sebelum azan Subuh lagi. Ketika ini suasana
sangat nyaman, anda boleh menghilangkan “kemamaian/blur” anda dengan
udara yang bersih dan nyaman ini. Tak percaya? Cubalah anda lakukan!
Anda boleh melakukan sedikit senaman ringan sebelum mandi. Gerakkan leher
secara perlahan-lahan, goyang pinggang, lari setempat ke… paling malas pun
anda boleh menggeliat. Menggeliat pun satu senaman juga.

Sesudah mandi, solat subuh (bagi yang muslim) dan berdoa minta
ditunjukkan jalan oleh Allah dan diberikan kejayaan dalam temuduga nanti.
Kemudian sesudah memakai pakaian yang disediakan awal sehari sebelum
ini, bersarapanlah. Sarapan adalah WAJIB bagi mereka yang bakal
menghadiri temuduga supaya anda rasa bertenaga dan lebih cergas bila
berhadapan dengan panel penemuduga nanti. MAKAN JANGAN BANYAK,
dan minumlah air suam segelas dua. Ini akan lebih menyegarkan anda.

Wangian.

Anda perlu mengelakkan memakai bau-bauan atau wangi-wangian yang


kuat baunya. Cukup sekadar untuk menghindarkan bau peluh anda, kerana
bau-bauan yang kuat ini boleh mengakibatkan markah anda mungkin
ditolak seandainya penemuduga tak tahan menghidu bau perfume anda
sewaktu proses temuduga dijalankan.

56
Lihat Beg Anda

Mengapa kami suruh anda melihat beg anda? Ya anda perlu melihatnya.
Beg itulah yang akan anda bawa ke tempat temuduga nanti. Segala
dokumen penting terkandung di dalam beg itu. Bukankah anda telah isikan file
holder anda dalam sehari sebelum hari temuduga… Buatkan satu ‘check-list‘
ringkas supaya tiada dokumen yang tertinggal melainkan yang tertinggal
adalah tapak kaki anda saja. Hehehehehe...

Sebelum ini, pernah terjadi kes di mana calon temuduga tertinggal beg
miliknya yang mengandungi dokumen-dokumen yang diperlukan oleh
pegawai pendaftar yang bertugas. Kesudahannya, calon tersebut terus pulang
hampa kerana dia adalah orang pertama yang akan ditemuduga! Tanpa
dokumen-dokumen yang diperlukan, macamana pula beliau akan
ditemuduga kan? Jadi, isikan apa-apa yang penting dalam beg anda. Isikan
gula-gula pun “ok” juga. Untuk menghilangkan rasa mengantuk sementara
menunggu giliran anda untuk ditemuduga.

Bertolak Awal

Adalah penting untuk anda tiba di tempat temuduga awal sejam dari
masa yang dinyatakan di surat panggilan temuduga. Pandai-pandailah
bagaimana untuk hadir awal di tempat temuduga tersebut. Jika anda menaiki
kereta sendiri, bertolaklah awal mengikut perancangan awal yang dinyatakan
sebelum ini (rujuk bab awal ye). Jika anda tiba awal, ada kemungkinan anda
untuk menjadi orang pertama yang akan ditemuduga.

Lagi cepat anda dipanggil ditemuduga, lagi bagus. Biasanya penemuduga


bersemangat ataupun berada dalam keadaan mood yang baik kepada
orang yang pertama ditemuduga pada hari tersebut. Ini akan meningkatkan
keberangkalian untuk anda lulus dalam temuduga tersebut. Dengan
datang awal, anda juga dapat membiasakan diri anda dengan suasana dan
persekitaran di tempat temuduga. Ini akan mengurangkan rasa debar anda.

p.s: dulu kami dan beberapa rakan yang lain pun merupakan orang
pertama yang ditemuduga, dan juga orang pertama keluar dari tempat
temuduga. Syok….Tengok orang lain belum mula lagi kami dah boleh pulang
awal...

57
APABILA TIBA DI TEMPAT TEMUDUGA

Tenangkan Diri

Proses menenangkan diri anda apabila tiba di tempat temuduga adalah


perlu dilakukan. Bagaimana caranya? Senang saja, ikuti tips-tips di bawah:

1. Pergi ke tandas – buang air kecil jika perlu.

2. Basuh muka – ini akan menyegarkan wajah anda. Jika memakai


make-up ataupun bedak, sekadar basuhkan mata anda saja dengan
air sudah cukup. Ini dilakukan jika anda rasa masih kurang segar/
mengantuk. Ini boleh dilakukan jika anda mengantuk, letih.

3. Berbual – bertegur-sapalah dengan calon-calon temuduga yang


lain. Anda boleh bekenalan dengan mereka. Manatahu anda bakal
sepejabat dengan mereka kelak. Ini juga akan mengurangkan rasa
nervous anda semasa ditemuduga nanti.

4. Bernafas dengan dalam – sedut nafas panjang-panjang, kemudian


lepaskan dengan perlahan-lahan. Baru lapang rasanya dada anda.

5. Baca doa ataupun ayat Qur’an – bacalah ayat penenang hati


atau ayat-ayat lain yang anda tahu. Baca dengan perlahan. Elakkan
daripada membaca doa dengan suara yang kuat. Ketika temuduga
dahulu, kami baca ayat Seribu Dinar. Semoga Allah akan membantu
anda. (bagi yang muslim)

6. Matikan handphone anda – Ini penting dilakukan sejak awal-awal


lagi apabila anda tiba di pusat temuduga. Jangan sampai handphone
anda berbunyi sewaktu sesi temuduga. Sebaiknya, simpan handphone
anda dalam beg yang dibawa bersama.

58
Daftar Awal

Apabila dipanggil oleh pendaftar, datang kepadanya dengan segera. Berikan


dokumen yang lengkap (original dan fotokopi) dan susun dokumen tersebut
mengikut apa yang diminta. Pegawai yang bertugas akan menandakan
samada dokumen anda mencukupi atau tidak di atas satu senarai
penandaan dokumen. Jika dokumen yang dikehendaki tiada, alasan perlu
dinyatakan di dalam senarai tersebut. Biasanya, anda akan dipanggil oleh
pegawai tersebut, seorang demi seorang. Selepas itu, anda akan diberikan
semula dokumen yang telah disemak dan dicop/disahkan itu untuk dibawa
ke bilik temuduga. Nombor bilik temuduga akan dimaklumkan kepada anda
selepas proses pendaftaran ini selesai. Dan anda juga akan diberi nombor
giliran untuk ditemuduga samada anda mungkin orang pertama, kedua
ataupun yang seterusnya.

Menunggu di luar Bilik Temuduga

Anda perlu menunggu di luar bilik temuduga terlebih dahulu sebelum


dipanggil masuk. Jadi tunggulah dengan sabar ye..Anda akan dipanggil
mengikut giliran. Apabila tiba giliran anda, loceng akan berbunyi dan
anda boleh masuk ke dalam bilik temuduga. Semasa menunggu tu, anda
perlu menenangkan diri anda sekali lagi. Tarik nafas panjang-panjang dan
lepaskan dengan perlahan-lahan. Baca doa-doa penenang hati. Dan fikirkan
anda BOLEH melakukannya! Dan satu lagi fikirkan diri anda adalah YANG
TERBAIK!

Dan tidak lupa, pastikan keadaan pakaian anda berkeadaan baik di mana tali
leher diikat dengan kemas, butang kot anda dipastikan betul. Bahaya jika
tersilap pasang butang, butang yang atas anda pasang di bahagian bawahnya.

Jika anda orang yang kedua ataupun seterusnya yang akan ditemuduga,
cubalah curi-curi tanya pada mereka yang telah ditemuduga sebelum anda.
Tanyalah siapa nama panel penemuduga tersebut, soalan-soalan yang
ditanya.

59
SEMASA SESI TEMUDUGA

Masuk Ke Dalam Bilik Temuduga

Apabila loceng dibunyikan, baru anda boleh melangkah masuk ke dalam bilik
temuduga tersebut. Akan tetapi sebelum itu, pastikan anda mengetuk pintu
terlebih dahulu. Ketuk lebih kurang 2 – 3 kali. Apabila melangkah masuk,
berjalan dengan tegak dan kemas. Jangan terlalu cepat ataupun terlalu
lambat. Steady jer…Dan ingat! Apa yang dilihat oleh panel pada pertama kali
anda memasuki bilik temuduga adalah, pakaian anda dan perlakuan anda.
Jadi berhati-hatilah. Tanggapan Pertama Akan Menjadi Tanggapan Yang
Berkekalan.

Apabila dekat dengan panel penemuduga, berikan salam ataupun ucapkan


selamat sejahtera kemudian barulah bersalaman dengan mereka. Jika boleh,
ucaplah “Assalamualaikum/salam sejahtera Tuan/Puan...”

Ini akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga. Semasa
berhadapan dengan mereka, anda perlu pandang mata mereka dan senyum.
Senyum tu kan satu sedekah. Dengan berbuat begini, penemuduga anda
akan menjadi “cair” semasa sesi temuduga nanti. Tambahan lagi jika anda
memang memiliki senyuman menawan seperti Lisa Surihani ataupun Pretty
Zinta (heroin cerita Hindustan). Dan seterusnya, berikan fail anda kepada panel
penemuduga, satu file holder anda dan satu lagi dokumen fotokopi yang
telah disahkan pada awal pendaftaran tadi. Biasanya, panel penemuduga yang
akan meminta terlebih dahulu dokumen – dokumen ini daripada anda.

Apabila Duduk

Selepas itu, jangan sesekali duduk di atas kerusi yang sediakan jika tidak
diminta duduk oleh panel penemuduga. Berdiri tegak di hadapan kerusi
tersebut sehinggalah disuruh duduk oleh mereka. Nak duduk pun ada
caranya. Jika di depan anda tiada meja, pergerakan anggota badan lebih
perlu kita awasi kerana selalunya, panel akan melihat keseluruhan tingkah laku
anda. Ikuti tips-tips di bawah:

1. Ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.

60
2. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang
disediakan itu.

3. Duduk dengan sopan! Rapatkan kaki anda, belakang badan


disandarkan tegak pada kerusi dan tangan dirapatkan disisi (jangan
keraskan tangan pula).

4. Anda dilarang sama sekali untuk menyilangkan kaki anda. Ini adalah
bertujuan untuk menunjukkan rasa hormat anda kepada panel
penemuduga.

5. Pastikan butang kot di bahagian bawah (butang ketiga tak silap


kami) dibuka semasa anda duduk. Semasa berjalan butang ini perlu
dikacipkan.

6. Jika di depan anda ada meja, elakkan daripada meletakkan beg atau
tangan di atas meja itu. Beg seeloknya letak di bawah. Hanya fail atau
dokumen tertentu sahaja yang diletakkan di atas meja.

7. Duduk dengan badan tegak apabila berhadapan dengan panel


penemuduga.

8. Pandang “direct” kepada panel anda. (eye contact amatlah


diperlukan)

9. Senyum… Senyum itu menawan. Kan comel tu...........

Apabila Berkata-kata

Formalkan bahasa. Contohnya, jika ditanya siapakah perdana menteri kita?


Jangan jawab “Datuk Najib!”. Jawablah dengan sopan dan penuh formal
(skema la ni). Jangan cakap loghat negeri. Tak kira loghat Kedah ke, Klate
Nogori ke. Dan jangan campur adukkan bahasa Melayu dan Inggeris. Jika
ditanya dalam bahasa Melayu, jawablah dalam bahasa Melayu dan jika ditanya
dalam bahasa Inggeris, jawablah dalam bahasa Inggeris.

61
Perkenalkan Diri

Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal


anda. Soalan / arahan pertama adalah “sila perkenalkan diri anda” ataupun
“please introduce yourself”. Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya
memang mudah, akan tetapi adakah jawapan anda berikan memang ingin
didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila ditanya
soalan ”kacang” ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan
perihal kehidupannya seolah-olah panel penemuduga itu hendak berkenalan
sangat dengannya.

Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan


perihal keluarga anda sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh
penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang anda pelajari semasa di
universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda, TIDAK KIRA
APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI.
Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah
yang diberi oleh panel penemuduga tadi. (contoh soalan dan jawapan boleh
dirujuk di Modul Seterusnya bagi Pakej RLTKK ini)

Apakah tugas / kerja anda sebelum ini?

Ini merupakan soalan yang wajib akan ditanya oleh panel. Mereka ingin tahu
apa kerja anda dan bagaimana anda bekerja. Mereka akan bertanya secara
detail mengenai kerja anda tersebut. Mungkin mereka akan bertanya
lebih mendalam ataupun cuba mengaitkan kerja anda dengan isu semasa.
Ataupun mereka mencadangkan satu masalah melibatkan kerja anda, dan
anda diminta memberi pandangan ataupun penyelesaiannya. Jadi, anda perlu
bijak menjawab soalan tersebut dengan pengalaman dan pengetahuan yang
anda miliki.

Kami beri satu contoh: katakanlah anda seorang jurutera awam yang
bekerja di Syarikat A di tapak projek di di Ipoh. Dalam berita baru-baru ini
melaporkan satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berhampiran
kawasan projek anda dan telah meranapkan beberapa buah rumah. Panel
akan menanya bagaimanakah anda akan memastikan yang projek anda tidak
berisiko berdasarkan kejadian tersebut. Gunakanlah kerbijaksanaan dengan
kreatif untuk menjawab soalan tersebut.

62
Satu tips dari kami, jika boleh, anda perlu ceritakan bidang tugas anda lebih
dari 10 minit sehinggalah diminta berhenti oleh panel. Senaraikan tugas
anda terlebih dahulu, dari yang sebesar-besarnya sehinggalah yang sekecil-
kecilnya. Ini akan membuatkan panel kagum dengan anda kerana anda
mampu melakukan berbagai tugas yang diamanahkan. Selain itu juga,
dengan penerangan panjang lebar sebegini, ianya akan mengurangkan
soalan yang akan ditanya oleh panel dan sekaligus mempercepatkan sesi
temuduga selesai.

Dan tips tambahan lagi, semasa anda menerangkan tugas/tanggungjawab


anda, ceritakan:

• Tempoh masa berapa lama anda telah berkhidmat

• Tugas yang paling mencabar yang anda pernah buat

• Kesusahan semasa anda melaksanakan kerja anda

Tak tahu Jawapan?

Ada masa-masanya anda tidak dapat menjawab soalan yang diberikan


oleh panel penemuduga. Usah gelabah, tenangkan diri anda, seolah-olah
anda memang mengetahui jawapannya walaupun sebenarnya anda tidak
mengetahuinya. Mari ikuti tips-tips di bawah ini:

1. Jika soalan yang ditanya berbentuk fakta, jangan sesekali anda


menipu! Cuba anda kaitkan soalan yang diberikan dengan apa-
apa yang berkaitan dengannya jika ada. Jika anda langsung tidak
tahu, katakan saja anda anda kurang pasti ataupun anda pernah
mendengarnya tetapi sudah lupa. Sebagai contoh, anda ditanya
“Boleh anda beritahu berapakah jumlah penduduk Malaysia pada
tahun 2010?. Anda ingat-ingat lupa akan jawapan yang tepat. Jadi
katakan begini “kalau tidak silap saya pada beberapa tahun yang
lepas penduduk Malaysia adalah seramai 23 juta orang”. Jawapan
tersebut adalah lebih baik daripada mendiamkan diri langsung.
Sekurang-kurangnya anda berani mencuba.

63
2. Jika soalan berbentuk pendapat, berikanlah pendapat yang baik.
Walaupun ianya tidak tepat, panel penemuduga sebenarnya ingin
menguji kebolehan anda memberikan pandangan dan mengolahnya.

3. Jika soalan dalam bentuk teknikal, memang sukar bagi anda


untuk menjawabnya sekiranya anda masih kurang pengalaman/fresh
graduate. Akan tetapi tidak mengapa, katakan saja anda memang
tidak mengetahuinya kerana belum menempuhinya. Akan tetapi jika
anda mempunyai cadangan, anda boleh mencuba menjawabnya
dengan mengatakan “Walaupun saya kurang pasti, saya cuba
menjawabnya…” dan teruskan dengan jawapan anda.

Selalunya panel lebih gemar bertanyakan soalan yang mencapah, maksudnya


yang memerlukan anda memberi pandangan, bukan soalan yang mempunyai
jawapan ‘betul’ atau ‘salah’. Jadi, anda tidak perlu risau kerana yang dinilai
bukan betul atau tidak jawapan anda, tetapi bagaimana anda menyusun dan
memberi jawapan itu. Dan dari sini jugalah anda akan dinilai akan kejujuran
anda. Tahukah anda, ramai juga calon yang tak berjaya menjawab semua
soalan yang ditanya tapi berjaya mendapat jawatan yang dipohon? Inilah
kuasa KEJUJURAN...

Pertanyaan Mengenai Politik

Kami ada menerangkan dalam bab sebelum ini supaya anda peka dengan
isu semasa tidak terkecuali isu politik. Sekiranya anda ditanya mengenai
politik di Malaysia, maka jawapan anda perlulah memihak kepada pihak
kerajaan yang memerintah. Senang jawab begini “kami menyokong
kerajaan yang memerintah sekarang”.

“Mengapa kami perlu memilih anda?”

Ini merupakan soalan yang popular yang sering ditanya oleh panel
penemuduga . Masa inilah anda perlu “market”kan diri anda sendiri. Ambil
peluang terbaik ini. Ceritakan:

• Kelayakan anda
• Kebolehan bekerjasama anda
• Senang berurusan dengan anda

64
Dan lain-lain lagi yang bagus tentang anda yang boleh me”market”kan diri
anda berbanding dengan orang lain.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini
bukan? Tapi, cuba anda menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti anda
teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-

“Apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji diri sendiri, nanti orang
kata masuk bakul angkat sendiri”.

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab soalan seperti ini. Ada
yang menjawab begini:

”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat”

”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya rasa saya layak.
Bukannya senang nak dapat CGPA tinggi ni di universiti”

” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama juga seperti saya minta ni,
jadi saya memang dah tahu macamana kerjanya”

” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan ini, dari zaman saya
sekolah lagi”

dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang tepat yang diberikan


oleh calon.

Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang
tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk
jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.

65
Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya? Jadi jawapan anda seharusnya
begini;

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana...”:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang


tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian yang sesuai
kepada sesuatu masalah yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap keyakinan dan jati


diri yang jitu, serta berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu
menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong


ahli-ahli pasukan yang untuk mencapai sesuatu visi dan misi yang
seterusnya mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan
saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang yang menjalankan


tugas secara teratur. Di mana setiap kali melakukan tugasan besar,
saya akan merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya
berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG ADALAH
MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali, saya seorang pekerja yang berdedikasi dan


mempunyai keinginan yang membara untuk mencapai visi saya dan
jabatan/kementerian ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon
terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh – contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan


sesuainya anda untuk jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu
menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang kami berikan.

66
Sanggupkah anda ditugaskan ke mana-mana yang diperlukan?

Soalan ini memang biasa ditanya kerana sebagai seorang penjawat awam
anda boleh ditempatkan di mana-mana daerah, negeri sekalipun yang mana
diperlukan. Apa yang perlu anda buat adalah, jawab saja anda sanggup!
Tidak semestinya anda dihantar jauh-jauh. Manatahu jika ada rezeki anda
boleh ditempatkan di tempat anda sendiri. Sesiapa yang mengatakan tidak
sanggup atau berkata ”boleh kot”, maka bolehlah dia mengucapkan selamat
tinggal kepada kerjaya dalam sektor awam.

Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja

Ini soalan yang amat sering ditanya dalam mana-mana temuduga. Setiap
alasan yang anda berikan adalah amat penting untuk panel menilai cara
pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan
pastinya banyak membantu. Seorang bekas panel penemuduga pernah
memaklumkan bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan
yang baik dalam soalan ini. Malah ada calon pernah memberikan jawapan ini:

“Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun
sebenarnya”

Kata-kata sebegini adalah satu kesilapan besar dalam temuduga. Seolah-olah


anda kurang berminat dengan jawatan yang dipohon. Jangan cakap begitu
ye...

Sessi Seterusnya

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus:

1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.

2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara


tangan semasa bercakap

3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.

4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.

5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama panel penemuduga. Jadi, renung-renungkanlah.

67
Mengapa Nak Kerja Kerajaan?

Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang
menghadiri temuduga bagi sektor awam.

Adakah jawapan anda seperti ini?

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya terjamin berbanding kerja
swasta.”

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ayah saya juga kerja di sektor awam”

” Saya datang je temuduga ini, manatahu ada rezeki”

”Banyak kelebihan jika saya dapat kerjakerajaan ini. Cuti banyak!”

” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja swasta tak dapat, ni saya
cuba la pula di sektor awam”

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan


cepuemas ini. Adakah salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK,
tapi kurang tepat atau kurang sesuai.

Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini?
Sebenarnya, untuk soalan ini, bermacam-macam jawapan boleh diberikan
oleh anda. Contoh – contoh jawapan yang disyorkan adalah seperti berikut:

”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:

1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam adalah


merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya
dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan
memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan


cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi dibantu dengan
sokongan dan dorongan dari keluarga saya terutamanya dari
ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki
kerjaya di sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat

68
diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya
dapat berbakti untuk negara.

3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan


berterusan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu
terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi
dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan
penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai
bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini
bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan
saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan
yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke


peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki
sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang
seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam
itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini


memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga
saya. Biarlah orang berkata”kerja kerajaan ini gaji sikit je
”tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko
dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang
berlaku di sektor swasta sebelum ini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan


pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan
diberikan termasuklah kelebihan – kelebihan lain seperti
kenaikan gaji, kenaikan pangkat, cuti bersalin, cuti tahunan,
KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini
memberikan galakan kepada kami untuk memasuki sektor
awam.

Bagaimana dengan jawapan – jawapan yang kami syorkan tersebut? Anda


bersetuju? Jika anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding
jawapan ringkas yang diberikan sebelum ini.

69
Kelemahan Calon Semasa Menjawab Soalan

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan calon bumiputera kita dalam


hal ini. Antaranya :-

• Tidak yakin dengan jawapan. Sebenarnya terdapat 3 jenis soalan


dalam temuduga, yang pertama soalan bentuk fakta, soalan
berbentuk pendapat dan soalan teknikal. (ada dibincangkan
sebelum ini). Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas,
bukan fakta; keyakinan adalah amat penting. Keyakinan itu perlu
ditunjukkan melalui cara dan intonasi percakapan, impressi wajah
dan sedikit pergerakan tangan. Seringkali calon kurang yakin ketika
memberikan jawapan apabila ditanya soalan – soalan sebegini.
Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,

“Awak sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini”

• Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang.


Semasa sesi temuduga, calon perlu menunjukkan minat untuk
menyumbang dan minat untuk belajar jika diterima ke dalam sektor
awam. Jadi, tunjukkannya, dan bukannya sekadar berkata “Ya,
mungkin” dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak
bermotivasi. Contoh: Sekiranya saya dapat diterima masuk ke jawatan
ini, saya akan berusaha untuk memajukan, mengurus dengan lebih
baik, dan..bla, bla, bla..... Kebanyakkan panel temuduga ingin
melihat bagaimana bakat calon untuk diperkembangkan kelak.
Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai
pengalaman kerja 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan
dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat
yang mampu membawa kemajuan.

• Merendah diri. Benar, merendah diri/pemalu adalah satu sifat


yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu
menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri
dalam bentuk melampau dan ‘over’ tetapi cukup sekadar
menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatan
yang dipohon.

70
• Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan
selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda
dalam sebuah temuduga. Anggap anda sedang berbual dengan
rakan-rakan atau keluarga anda saja. Dengan beranggapan seperti
itu, anda akan lebih tenang semasa temuduga tersebut.

AKHIR TEMUDUGA

Biasanya apabila masa dirasakan cukup, panel penemuduga akan


menamatkan temuduga tersebut. Akan tetapi sebelum itu panel biasanya
akan bertanya “anda ada apa-apa soalan?”. Kebanyakan daripada calon
tidak mengambil peluang ini untuk bertanya soalan. Cubalah anda tanya
mengenai peluang anda dalam sesi temuduga yang sudah selesai tadi.
Gunakan juga peluang itu untuk bertanya tentang pekerjaan/kementerian
tersebut. Tunjukkan kita komited dalam mengejar kerjaya di sektor awam.

Ini juga mampu merubah markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi.
Sesudah itu bersalaman dan ucapkan terima kasih pada panel penemuduga.
Katakanlah “kalau ada rezeki kita berjumpa lagi.”

71
SELEPAS
TEMUDUGA
Temuduga dah selesai. Sudah pasti ianya satu kelegaan buat anda. Tak perlu
fikir – fikir untuk membuat persiapan temuduga lagi. Apa yang penting,
selepas tamat saja temuduga, cubalah ambil rehat. Tenangkan minda
anda semula selepas membuat bermacam – macam persiapan untuk
menghadapinya sebelum ni. Akan tetapi, adakah selepas tamat temuduga
anda tidak perlu berbuat apa-apa lagi? Salah sebenarnya, apa yang perlu
anda buat adalah:

Bedoa kepada Tuhan

Anda telah mencuba yang terbaik, hasilnya serahkan sahaja kepada Tuhan
yang menentukannya. Berdoalah semoga anda memperoleh kejayaan dan
seterusnya memperolehi kerja yang diidam-idamkan. Dengan ini juga, ianya
akan memberikan lebih ketenangan dalam jiwa anda.

Bila Keputusan Temuduga Keluar?

Biasanya keputusan temuduga akan dikeluar dan dimaklumkan dalam


tempoh sebulan atau lebih selepas tarikh temuduga. Jadi, apabila genap
sebulan atau lebih, anda boleh mula menyemak keputusan temuduga anda.
Ianya boleh dilakukan dengan:

1. Menyemak keputusan online di internet

Ini merupakan langkah yang mudah untuk menyemak keputusan


temuduga anda. Adakah anda berjaya atau gagal? Akan tetapi,
kadang kala, keputusan secara online ini dikemaskini agak lewat
sedikit. Mungkin ianya lewat 1 hari, 2 hari atau seminggu. Akan
tetapi, usah risau! Keputusan temuduga tetap akan dikeluarkan.

2. Menghubungi jabatan/kementerian

Ya, dengan menghubungi pihak berkenaan, anda akan mendapat


keputusan temuduga anda lebih awal. Mungkin anda tahu
lebih awal walaupun keputusan online masih belum dipaparkan.
Jika anda mahu keputusan temuduga dengan cepat, inilah caranya.
Akan tetapi, ada juga masa pihak yang dihubungi tidak memberikan
jawapan keputusan temuduga anda di atas sebab – sebab tertentu.

73
3. Menunggu surat makluman keputusan temuduga.

Sukar menggunakan internet? Atau tiada talian telefon? Anda


boleh saja menunggu keputusan temuduga anda diposkan ke
alamat anda. Tapi sebenarnya anda tidak boleh menunggu surat
sampai ke pintu rumah anda. Bukan apa, dikhuatiri surat anda
sangkut di pejabat pos ke, hilang ke, lewat sampai ke. Jadi,
cuba semak online atau hubungi pihak yang berkenaan untuk
mengetahui keputusan temuduga anda dengan lebih awal.

Keputusan Temuduga – Lulus? Gagal? Simpanan?

Inilah masa yang memang paling ditunggu – tunggu oleh calon yang telah
hadir temuduga kerja kerajaan. Di sinilah penentuannya. Biasanya, keputusan
temuduga dari kerajaan persekutuan akan terbahagi kepada 3 keputusan iaitu:

1. Berjaya – Tahniah! Anda telah berjaya mendapatkan kerja yang


anda idam – idamkan selama ini. Biasanya keputusan berjaya ini
samada tetap atau kontrak. Jika status kontrak sekalipun, anda
tetap juga akan diserapkan ke lantikan tetap. Bersiap sedialah untuk
melaporkan diri ke tempat kerja baru anda. Biasanya, anda akan
diberikan surat panggilan melapor diri dalam masa 1 bulan atau
lebih dari keputusan temuduga dikeluarkan. Apapun ianya
bergantung kepada jabatan/kementerian yang akan anda masuk
nanti. Tunggu surat panggilan lapor diri. Jika tidak terima surat
lapor diri, sila call pihak berkenaan dengan segera. Usah diam saja!
Dirisaukan orang lain dah start kerja, anda masih duduk di rumah
tertunggu – tunggu panggilan lapor diri.

Semasa ini jugalah anda perlu merancang bagaimana untuk:

• Berhenti kerja semasa – maklumkan pada bos, buat surat


siap – siap untuk resign. Ini penting supaya tugas semasa anda
dapat diselesaikan dengan baik dan tidak menyusahkan bos
anda.

• Bagaimana dengan keluarga anda? Adakah ianya


mempengaruhi keluarga anda? Adakah anda perlu berpindah
nanti? Saya nasihatkan anda lapor diri dan lihat di manakah
anda akan ditempatkan nanti.

74
• Sediakan wang belanja untuk tempoh 3 bulan. Apabila anda
mula masuk ke dalam sektor awam, paling lama anda akan
menerima gaji pertama selepas 3 bulan. Jadi, be prepare....
Sekarang paling cepat bulan ke-2 anda bekerja baru anda akan
terima gaji pertama anda.

• Mula mencari tempat tinggal baru – sekiranya sudah


diberi penempatan kerja. Bergantung di mana anda akan
ditempatkan.

• Bagaimana untuk sesuaikan diri dengan tempat dan


persekitaran kerja yang baru – ini tak penting sangat pun...
Pandai bawa diri sudah la.

2. Calon Simpanan - ini adalah mereka yang telah menghadiri


temuduga di SPA dan mendapat result sebagai calon simpanan.
Ini bermakna mereka tidak gagal 100% dalam temuduga yang
dijalankan, tetapi masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh
dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan
pekerjaan di sektor awam.

INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya. Calon simpanan ini


akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang
telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan
yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la
walaupun dah berjaya temuduga..

Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon


simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah
menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga
menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah
alkisahnya….

Atau ada kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap


masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan
mereka yang berstatus ‘calon simpanan’ diberikan kerja serta -
merta ataupun terdapat keperluan kakitangan yang segera di
jabatan/kementerian tertentu.

75
Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan
ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu
dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri
untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak. Jika mereka
dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah
diucapkan. Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam
dengan status TETAP atau Kontrak SPA. Kedua-dua status ini
adalah baik untuk mereka di mana kedua-duanya berjaya
memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan
ditukarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.

Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah


dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki….
Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada
peluang selepas tempoh tersebut tamat.

Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah
lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk
mereka. Pada pandangan kami, peluang calon simpanan ini untuk
diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%.

Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan


samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari
peluang kerja yang lain. Mereka boleh menghadiri mana – mana
temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun
swasta. Usah berharap 100% untuk diterima memasuki sektor awam
dalam masa menunggu tersebut. Kadang kala, jika mereka bernasib
baik, mereka berjaya mendapatkan jawatan di sektor awam yang
lain. Jika perlu mengemaskini borang permohonan SPA semula, sila
kemaskinikan. Tiada masalah..

Itulah serba sedikit mengenai calon simpanan. Jika anda mendapat


keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah
satu kejayaan juga buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggil
melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Dan simpan
result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh
digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain
masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan
tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa
akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel yang

76
menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata “Wah!
Calon ini dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…
Bolehla tolong sikit…”.

3. Gagal – Ini bermakna anda memang gagal dalam temuduga


tersebut. Terimalah kenyataannya. Usah kecewa, lain masa cuba
lagi. Sekali gagal bukan bermakna anda akan gagal lagi buat
selama – lamanya. Cuba perbaiki diri anda lebih lagi. Dan cuba
baca ebook ini berulang kali dan praktikkan apa yang dipelajari.

”Jadikan kegagalan itu sebagai satu batu loncatan


ke arah kejayaan yang sebenarnya”

Salah Anggapan Calon-Calon Penemuduga..

Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa


temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga tersebut sekiranya kita:

1. Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma


mahupun Sijil

Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai


CGPA 4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah
mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung
kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma
membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita
untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika kita memiliki keputusan
yang cemerlang sekalipun, akan tetapi jika tidak “perform”
semasa sesi temuduga, kita juga boleh gagal. Ramai calon yang
beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja
kerajaan, termasuklah kami sebelum ini...heheheheh

2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap Semasa Temuduga

Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita


semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita?
Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau
tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk

77
padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang
penting adalah, setiap apa yang kita ucapkan haruslah berkaitan
dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga bukannya
jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “chances” Untuk Lulus


Temuduga

Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di


atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya
menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga,
tidak semestinya kita akan lulus temuduga tersebut walaupun kita
ditemuduga dalam 30 - 45 minit. Semuanya bergantung kepada
kualiti persembahan temuduga tersebut samada dari segi
kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri kita, kelayakan
kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain lagi.

4. Ada Surat Sokongan/Kabel

Sekiranya kita memiliki kabel ataupun orang dalam, tidak dinafikan


kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga.
Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini
berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan
kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja
kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga
kita menggelabah dan gagal menawan hati panel penemuduga.

Daripada pemerhatian kami, kebanyakan calon yang berjaya


dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri
tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang kami
tahu, melalui temuduga persekutuan, boleh dikatakan tiada calon
yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut
sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun,
cuba kita fikirkan, kita mahukan pekerjaan yang tetap secara halal
dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat
pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

78
5. Senang Je Soalan Yang Ditanya.

Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yang ditanya kita


akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat
menjawab soalan tetapi berjaya dalam temuduga tersebut.
Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun
kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya..Jika soalan
ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5?
Adakah anda jawab - Najib? Fikir-fikirkan lah cara anda menjawab
yang sesuai...

6. Panel Penemuduga Sukakan Saya

Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah


pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu...Ini semua
taktik je..Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga
memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan
ceria. Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar
disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la
gembira sangat yer...

Tidak salah kita beranggapan bahawa kita akan berjaya berdasarkan dengan
anggapan-anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini akan membuatkan kita
lebih bersemangat dan berfikiran positif selalu.

Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak jika keputusan yang
keluar adalah mengecewakan!! Frust menonggeng pula kita kan..Jadi
walau apapun, kita hendaklah membuat yang terbaik untuk sesi temuduga
tersebut dan jangan lupa berdoa kepada tuhan semoga kita akan
memperoleh kejayaan dalam temuduga tersebut.

79
Tips – tips motivasi

Tidak dapat dinafikan bahawa motivasi amat penting di kala menghadapi


temuduga ini. Dari tinjauan yang dibuat, ramai calon temuduga bagi
kerja kerajaan lemah motivasinya semasa menghadiri temuduga,
terutamanya bagi mereka yang baru saja menamatkan pengajian samada di
sekolah mahupun di universiti. Temuduga tersebut merupakan temuduga
yang pertama dihadapi mereka. Sudah tentu mereka merasa takut, bimbang,
gugup, dan bermacam-macam lagi perasaan negatif yang melanda fikiran.
Mereka risau:

• Jika tidak dapat menjawab soalan yang ditanya

• Jika soalan yang ditanya terlalu teknikal

• Panel menanyakan soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya

• Panel bertanya mengenai pengalaman mereka dalam bidang pekerjaan


padahal mereka langsung tiada pengalaman bekerja

• Tidak dapat bercakap seperti seorang pemidato yang hebat yang


menggunakan ”body language”

• Takut dimarahi oleh panel penemuduga jika menjawab salah

• dan bermacam-macam lagi perasaan negatif yang lain

Menghilangkan rasa nervous /gugup/gemuruh

Bagaimana ingin menghilangkan rasa nervous atau gugup/gemuruh


semasa menghadiri temuduga kelak. Apa yang anda perlu buat sekiranya
nervous adalah:

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga,


pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan
pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa - fokus. Ia akan
meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya


panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa
yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan
jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda
untuk sesi yang seterusnya.
80
3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas
perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga.
Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan
menjadi lebih bersemangat.

4. Bagi yang beragama Islam, kami syorkan anda untuk membaca ayat
Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda
setelah anda bertaqwa kepadanya.

5. Lagi satu tips kami, semasa temuduga, bayangkan panel


penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan
anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks
dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

6. Dan tips akhir dari kami, apabila menjawab soalan tegakkan


badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel
penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih
bersemangat dan lebih yakin.

81
PENUTUP
Itu sajalah yang dapat kami kongsikan untuk anda manfaatkan apabila anda
menghadiri temuduga bagi permohonan kerja kerajaan kelak. Apa kami
sampaikan ini hanya merupakan panduan kepada anda. Ebook ini
disediakan khas bagi mereka yang benar-benar berminat untuk
berkhidmat dengan kerajaan dan akan membantu mereka yang akan
ditemuduga .

Apapun, kami hanya menyampaikan, Tuhan yang menentukannya. Bacalah


ebook ini berulang kali semoga anda mendapat manfaat darinya. Apa yang
dibaca hendaklah dipraktikkan supaya ianya memberikan kesan kepada anda.

Bagi anda yang membaca ebook ini, fikirkanlah hala tuju dan masa depan
anda. Ke manakah akan anda pergi? Jangan memikirkan kerjaya di sektor
swasta sebagai pilihan utama. Yang penting anda berminat bekerja dengan
kerajaan, dan keuntungan yang bakal anda perolehi daripadanya.

Sekian saja daripada kami, salam sukses kepada anda.

- Tim Infokerjaya

82
RAHSIA RESUME KERJA
• Membantu anda membina resume kerja langkah demi
langkah.
• Menerangkan proses sesebuah resume dipilih untuk
ke temuduga.
• Dimuatkan dengan 20 soalan temuduga daripada
resume kerja anda.
• Terus ke www.ResumeKerja.com

RAHSIA BIJAK TEMUDUGA


• Membantu persediaan temuduga anda.
• Bagaimana menyediakan mental yang kuat sebelum
hadir ke temuduga?
• Mempunyai 1 ebook utama dan 5 komponen penting
persiapan untuk temuduga.
• Dan Banyak lagi yang menarik di halaman rasmi
www.RahsiaBijakTemuduga.com

PANDUAN KERJAYA JURURAWAT


• Anda berminat menjadi Jururawat?
• Menerangkan langkah demi langkah memohon jururawat
kerajaan dan swasta.
• Diterangkan terperinci dalam 7 modul utama.
• Kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang murni
dan lumayan.
• Layari ke www.KerjayaJururawat.com

RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN


 

• Anda berminat dengan kerjaya di sektor kerajaan?


Pakej ini khas untuk anda.
• Panduan terperinci untuk persediaan menghadapi
temuduga kerajaan. Anda tidak gugup lagi!
• Rahsia dan teknik lulus temuduga dibongkarkan di dalam
ebook ini. Tiada rahsia lagi yang tersembunyi.
• Terus ke www.Kerja-Kerajaan.com

Forum Blog Facebook Instagram

www.SembangKerjaya.com www.RujukanKerjaya.com Tim Infokerjaya Tim Infokerjaya


 

Anda mungkin juga menyukai