Anda di halaman 1dari 66

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 2

AMARAN
AMARAN : Jika anda membuat pembelian ebook ini
daripada seller di Shopee, ini bermakna anda membuat
pembelian secara TIDAK SAH. Sila hubungi kami di
support@rujukankerjaya.com untuk membuat aduan
salahlaku seller dan menerima ganjaran sewajarnya.

Pembeli sah daripada Tim Infokerjaya akan menerima


update PERCUMA 3 tahun dan tips sulit tambahan.
Pastikan anda pembeli sah di laman jualan rasmi
dan bukan di SHOPEE/LAZADA/MUDAH.MY

3 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


RAHSIA
KEJAYAAN
DAN KEGAGALAN
CALON TEMUDUGA
Kisah-Kisah Motivasi Yang Pasti Memotivasikan

WWW.KERJA-KERAJAAN.COM

EDISI 2020
DISCLAIMER
Hakcipta Terpelihara.
E-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan
Tiada mana-mana bahagian dari kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk
e-book ini boleh diterbitkan
semula atau dipindahkan kepada
mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa
apa-apa bentuk atau melalui cara sekalipun. E-book ini ditulis sebagai panduan persediaan
apa-apa cara, elektronik atau kepada anda yang bakal menghadapi temuduga di sektor
mekanikal termasuk fotostat,
rekod, atau apa-apa sistem kerajaan sepenuhnya. Panduan di dalam ebook ini tiada kena
penyimpanan dan pengeluaran mengena dengan maklumat sulit atau pendedahan rasmi
maklumat kepada pihak kedua,
tanpa kebenaran bertulis daripada daripada pihak tertentu. Isi kandungan dikumpul, disusun dan
penerbit. ditulis semula bertujuan untuk memudahkan calon temuduga
dalam persediaan mereka menghadapi temuduga di sektor
Had Liabiliti.
kerajaan. Panduan lengkap “Rahsia Lulus Temuduga Kerja
E-book ini diterbitkan dengan Kerajaan” ini telah terbukti membantu mereka yang
sebaik mungkin bagi tujuan
pembelajaran. Usaha sedaya menghadiri temuduga kerja kerajaan..
upaya telah dilakukan untuk
memastikan maklumat di dalam
buku ini tepat dan benar. Penulis
dan penerbit tidak akan
bertanggungjawab kepada
mana-mana
kumpulan
individu
yang
atau
mengalami AMARAN
kerugian disebabkan oleh
maklumat di dalam e-buku ini.
• Ebook ini adalah hakmilik penuh dan diterbitkan
sepenuhnya oleh Infokerjaya PLT (LLP0003706-LGN).
© 2020 Infokerjaya PLT
Edisi Januari 2020
• Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula
naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya
menyalahi Akta Hak Cipta.
• Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman
web www.Kerja-Kerajaan.com, sila laporkan kepada kami
melalui email support@rujukankerjaya.com dan ganjaran
sewajarnya akan diberikan kepada anda.
• Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip
penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami
yang akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan
dengan kami.
KISAH 1
Terima kasih sebab sudi memilih saya untuk berkongsi pengalaman.
Sebenarnya dari tahun 2004 sehingga 2008 boleh dikatakan setiap tahun
saya tercalon dalam senarai panggilan temuduga sektor kerajaan. Ada
kalanya boleh dikatakan 3 kali panggilan kerajaan untuk temuduga
dalam tempoh 1 tahun.

Selepas saya graduate pada tahun 2004, saya cuba untuk memohon
jawatan yang bersesuaian dan berkelayakan dengan saya. Namun setiap
kali yang saya hadiri, ianya akan memberikan keputusan yang
mengecewakan hati saya. Walaupun begitu, saya tidak pernah berputus
asa sungguhpun pernah tidak tidur selama 24 jam semata-mata membuat
persediaan untuk menghadiri temuduga yang diadakan di Putrajaya...

Saya cuba dan terus mencuba sehingga saya pernah terfikir untuk
bekerja sebagai tukang sapu pun jadilah asalkan ianya dibawah sektor
kerajaan. Mana la tau rezeki saya disitu. Sampai di satu tahap di mana
saya mula berasa kecewa dengan sektor kerajaan yang saya rasakan
lebih mengutamakan ‘orang dalam’ berbanding orang luar.

Lama kelamaan saya mengambil keputusan untuk bekerja dalam sektor


kerajaan juga tetapi dalam kategori kerja orang yang tak pandang iaitu
kerja di rumah orang-orang tua, anak-anak kurang upaya kerana kerja begitu
lebih sesuai dengan naluri saya dan saya tak kisah dengan berapa gaji pun
yang saya terima asalkan saya mencapai kepuasan dalam bekerja.

Walaupun begitu, saya masih tidak berjaya lulus juga temuduga yang saya
hadiri untuk jawatan tersebut. Bayangkan la… saya yang berusaha buatkan
surat untuk saya dan “member” untuk memohon jawatan guru PDK daerah.
Saya sendiri yang hantarkan surat tersebut. Selepas setahun baru saya dapat
pangilan untuk temuduga untuk jawatan tersebut.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 6


Member saya yang tadi dapat juga tapi tidak mahu pergi menghadiri
temuduga tersebut. Akan tetapi, saya paksa juga dia untuk pergi ke
tempattemuduga tersebut. Mana tau ada rezeki dia. Ternyata rezeki dia,
memang betul dia yang dapat. Saya betul-betul “down” ketika itu.
Tuhan saja yang tau ketika itu.

Padahal yang berusaha keras adalah saya, bukannya rakan saya! Saya
dari JB turun ke Muar semata-mata menghadiri temuduga tu, pujuk
membernya lain…tapi takpela... tu namanya takde rezeki sungguhpun
saya sudah berusaha.

Pada penghujung tahun 2007, saya dapat pangilan temuduga JM. Saya
bercadang untuk sambung belajar memandangkan JM akan diserapkan
terus ke dalam sektor kerajaan selepas tamat tempoh belajar. Keputusan
temuduga amat memberansangkan dan saya amat bertuah sekali tapi
malangnya saya mengandung. Jadi saya terpaksa menolaknya.

Jadi sehingga sekarang panggilan temuduga tidak saya terima


sungguhpun telah mengemaskini borang permohonan SPA 8. Di dalam
hati ini, saya masih mengharapkan dapat bekerja dalam sektor kerajaan.
Alasan saya menolak permohonan JM bukan lah suka-suka saja.

Akan tetapi bersebab. Tidak pernah sekalipun saya tidak menghadiri


temuduga yang diberikan pada saya. Jauh, penat, tiada duit sekalipun,
saya tetap pergi menghadiri temuduga tersebut kerana saya
mengharapkan masih ada peluang yang cerah untuk masa depan saya.
Sehingga sekarang saya masih bekerja dalam sektor swasta yang
menggunakan sijil SPM sedangkan saya mempunyai Diploma.

Tidak mengapa la… selagi tuhan belum kata itu rezeki saya, saya
terima seadanya. Ujian dari tuhan saya terima dengan hati terbuka... panjang
betul pengalaman saya yang nak dikongsikan, itu pon diringkaskan
mana yang patut. Ada lagi sebenarnya, tapi tak per la, buat pengalaman
bersama, hehe... Wassalam.

Ira, KL

7 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 2
Salam sejahtera juga, terima kasih. Anyway, I’m fine, thanks. I hope you
so... Saya ada berita gembira. Semalam kakak saya SMS... keputusan
temuduga telah ada di tangan kakak saya, dan... this is what i am waiting
for the long time! Saya telah berjaya dalam temuduga kali ke-3 ini. Ini
semua berkat dorongan dari pihak keluarga dan tidak dinafikan berkat
dari membaca ebook saudara, terima kasih yaaaa.

So... Saya nak kongsi lah ni. Pagi-pagi buta saya dah bangun, bersiap
pagi untuk temuduga. Temuduga bermula jam 8 pagi, tapi saya bersama
dengan emak dari kampung keluar rumah jam 6:30 pagi. Naik kereta ye.
Jarak dari kampung dengan jarak tempat temuduga adalah 1 jam, kalau
laju 45 minit je, hehe…

Sebaik saja masuk ke tempat menunggu, nama saya dipanggil. Saya


adalah merupakan calon yang pertama mengikut nombor giliran. Mungkin
saya yang paling tua kot. Hehehe... Bila loceng pertama untuk masuk
bilik penemuduga dibunyikan, tiba-tiba, calon lain pula yang masuk
dulu. Sepatutnya saya. Jadi, saya pergilah bertanya kepada seorang
kakak yang mengurus para calon. Dan dia cakap ada kesilapan, dan dia
akan berikan nombor giliran yang baru.

Tidak berapa lama selepas itu, seorang penemuduga lelaki keluar dari bilik
temuduga. Dia pelik kot, nama kat senarai dia lain dan nama calon
yang masuk lain. Akan tetapi kakak pengurus tu cakap betul. Penemuduga
masuk semula ke dalam bilik temuduga. Akan tetapi, selang 30 saat
selepas itu, dia keluar semula dan bertanya kepada kakan si pengurus
tadi... hehehe... Finally kakak pengurus mengaku kesilapannya. Calon yang
masuk tadi keluar. Kakak tu ckp... “Wah, semangat betul calon ni.” Hehe-
he... saya senyum saja. So kakak tu tengok nama saya ada pun, dan suruhlah
saya masuk...

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 8


Tok! Tok! Tok! 3x saya ketuk pintu... “Masuk.” Penemuduga menjemput
masuk. Saya masuk dan terus ucapkan terima kasih sambil tersenyum.
Ada dua penemuduga di sana. Saya letak sijil-sijil fotostat dengan yang
asli pada penemuduga apabila diminta. Setelah disuruh duduk barulah
saya duduk. Saya perkenalkan diri seperti yang diminta dengan menyebut
sekali keputusan SPM (diminta oleh penemuduga). Dengan sedikit latar
belakang keluarga, saya jawab sejujur-jujurnya.

Selepas itu penemuduga wanita bertanya “Minat bahagian jururawatya?”


Saya pun jawap “Sangat-sangat minat puan.” Selepas itu puan tersebut
(sebenarnya berjawatan sister) bertanya soalan-soalan berkaitan kesihatan.
Antaranya tugas-tugas jururawat, apa jenis-jenis imunisasi yang perlu
diberi pada bayi dan ibu hamil dan persediaan-persediaan yang saya
buat untuk menghadiri temuduga.

Sejujurnya, semua soalan tersebut saya jawap sekadar yang saya tahu,
selebihnya saya memohon maaf kepada penemuduga kerana kurang
pastijawapannya. Apabila saya menjawap dengan jawapan kurangpasti,
puan tersebut menyatakan bahawa saya sebenarnya tidak berminat
dengan jawatan tersebut. Pada waktu itu lah saya benar-benar
menyatakan rasa kesal kerana tidak tahu, tapi benar-benar berminat
untuk tahu, dan memohon supaya diberi peluang untuk belajar
sekiranya terpilih.

Setelah itu beralih pula kepada pihak tuan penemuduga, dia bertanya
siapa pengarah kesihatan. Saya jawap... tapi malangnya jawapan saya
salah. Penemuduga berkata nama yang saya sebutkan tu adalah
pengarah yang berkhidmat pada 2 tahun yg lalu... hehehehe... Saya
kata “Maaf.”

Pada masa akhir sesi, penemuduga berkata... ”Ok lah, saya tak ada soalan
nak tanya lagi, ada apa-apa cik nak kata sebelum keluar?” Ha... ni lah
peluang yg sering saya abaikan dalam temuduga pertama dan kedua
hulu... jawapan saya :

9 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


”Saya sedar banyak orang berminat untuk jawatan ini. Dan jika diberi
peluang saya akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki
kelemahan dan cuba berusaha menjadi yang terbaik. Tolonglah
tuan, ini temuduga saya kali ketiga, sebelum ini saya berdepan
dengan kegagalan tapi saya tetap berusaha. Harap tuan dan puan
dapat menerima saya kali ini...dan terima kasih kerana meluangkan
masa tuan dan puan untuk menemuduga saya.”

Puan tersebut melihat saya... dan berkata “Ok.” Jadi saya pun keluar...
semasa berjalan keluar tu... saya terdengar tuan penemuduga tu bercakap
”Dah lah tu nanti meleret-leret pula...”

p/s: Sejujurnya ini merupakan temuduga yang paling teruk saya


menjawap soalan temuduga. Sebelum ni temuduga yang pernah
saya hadiri, biasanya saya dapat menjawab soalan dengan baik.
Sehingga saya rasa saya tak perlukan part last untuk berkata-kata.

Tetapi sekarang baru saya faham. Keperibadian lebih mereka utamakan.


Mereka mencari calon yang merendah diri, sanggup mengakui kelemahan
diri sendiri, dan ada kesungguhan... anyway, thanks for your ebook... tak
sia- sia kan? Dan saya harap perkongsian saya ini juga bermanfaat untuk
rakan-rakan yang lain.

Nandini

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 10


KISAH 3
Salam sejahtera dan terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih
kerana menghantar e-book yang amat berguna pada saya. Di sini saya
ingin berkongsi pengalaman saya semasa mengahadiri temuduga kerja
kerajaan di bawah (SPA) sebanyak dua kali pada tahun 2008 untuk
jawatan pembantu penerangan dan pembantu tadbir pekeranian. Semasa
menghadiri temuduga untuk jawatan pembantu penerangan, soalan-soalan
yang ditanya tentang jawatan tersebut.

Tetapi saya tidak berjaya. Pada kali ke-dua saya menghadiri untuk
temuduga pembantu tadbir pada oktober 2008. Penemuduga menanya
beberapa soalan kepada saya.

SOALAN 1
Sila terangkan tugas-tugas anda di tempat kerja anda sekarang.

SOALAN 2
Tentang Bendera Malaysia dimana soalan tersebut terdapat di ebook
yang bertajuk “Skema soalan dan jawapan kerja kerajaan No. 25.”

• Berapakah jalur yang terdapat di bendera Malaysia?


• Apakah warna pertama dan akhir pada jalurnya?
• Bintang.
• Warna pada bendera Malaysia.

SOALAN 3
Di dalam fail, saya menyimpan satu sijil Komuniti Bistari larian untuk
kemerdekaan ke-50 untuk tahun 2007.

Soalan ke-3 ditanya dari sijil tersebut. Larian untuk kemerdekaan ke


berapakah dan slogannya? Tetapi rakan temuduga yang lain mendapat
soalan yang sama tetapi ditukar sedikit. Kemerdekaan yang ke berapakah
pada tahun 2008.

11 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


SOALAN 4
Bilakah waktu pejabat untuk kerajaan?
Saya memberi jawapan 8.00 pagi - 5.00 ptg.
Sebenarnya ada 3 waktunya iaitu : 8.00 pg – 5.00 ptg, 7.00 pg – 4.00 ptg
8.30 pg – 5.30 ptg

SOALAN 5
Dimanakah letaknya ibu pejabat-pejabat kerajaan? Wilayah Persekutuan?
Putrajaya? Labuan?
Soalan ini merujuk kepada jawatan yang saya sandang sebagai kerani
bahagian aduan.

SOALAN 6
Apakah website untuk membuat aduan terus kepada Perdana Menteri
kita yang selalu ditunjukkan di TV1.

“www.WakafUntukPM.com”

Inilah pengalaman saya yang dapat dikongsikan. Selain itu Ebook ini
baru sahaja saya miliki. Oleh itu, selepas membaca ebook saya sedang
membuat persiapan untuk temuduga yang akan datang. E-book ini
amat berguna pada saya, selain itu soalan di e-book ini pernah ditanya
semasa temuduga.

Sekian terima kasih, Oleh

Santhirai, Rembau, Negeri Sembilan

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 12


KISAH 4
Ini terjadi pada salah seorang kawan saya tu, nama dia Ed (bukan nama
sebenar) yang sekarang ini dapat kerja dalam sektor kerajaan. Pada
2 tahun lepas dimana dia mendapat surat temuduga di Negeri Sembilan
untuk jawatan yang dipohon 4 orang sahaja ditemuduga tapi terdapat
2 kekosongan.

Pada hari temuduga tersebut salah seorang yang ditemuduga tak dapat
hadir dan orang tersebut adalah salah seorang anak kepada pengawai
yang bekerja disana. Selepas ditemuduga, kawan saya diberi keputusan
dan salah seorang pengawai disana memberitahu bahawa jika bukan
disebabkan anak pengawai tu tak dapat hadir kawan saya tak kan lulus
temuduga itu, kerana mereka akan ambil orang yang ada “pengaruh” disini.

Saya nak bagitahu macam ni ke cara kerajaan memilih pekerja dan


macam mana dengan orang yang lebih berpengetahuan? Sekian, terima
kasih. Kalau encik berminat untuk share cerita saya ini kepada orang
ramai untuk tujuan iktibar saya sungguh berbesar hati.

Oleh,
Asma, Banting, Selangor

13 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 5
Assalamualaikum... Saya sebenarnya dah banyak kali inteview kerja
kerajaan. Last saya kena panggil inteview SPA tahun lepas bulan 2 kalau
tak silap saya. Tapi yang tu ujian bertulis untuk jawatan penerbit
rancangan B17. Tapi saya gagal kerana tidak mencapai markah lulus yang
di kehendaki.

Sejak dari hari tu saya dah tak dapat apa-apa panggilan dari SPA. Saya
pun memperbaharui SPA saya lagi. Saya juga berusaha mengisi setiap
borang yang ada dalam www.my.gov punya website. Oleh kerana saya
sedang bekerja sebagai pembantu tadbir di salah sebuah syarikat swasta
yang menjalankan kerja-kerja telekomunikasi so saya banyak terdedah
dengan internet. Memang hari-hari saya akan buka laman web kerja
kerajaan. Sebab tu la saya berminat beli ebook tu.

Saya rasa saya patut baca buku tu sebab minat saya cenderung
untuk bekerja sebagai penjawat awam. InsyaAllah kalau tahun ni saya
di panggil oleh SPA untuk inteview apa-apa jawatan pun saya akan
mempraktikan apa yang di tulis dalam ebook itu. Saya pasti Allah akan
mengabulkan doa saya untuk mendapat pekerjaan dalam kerajaan.

Lagi pun ibu saya sudah berapa kali suruh saya mintak kerajaan. Itu adalah
doa ibu saya. Memandangkan saya pun belum berkahwin, saya tak kisah
di mana pun tempatnya. Janji kerajaan... doakan untuk saya semoga
dapat inteview kerajaan tahun ni.

Sekian,
Jamil, Kuantan, Pahang

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 14


KISAH 6
Assalamualaikum.... Ini bukan kali pertama saya menghadiri temuduga
kerajaan, tidak silap saya masuk yang terbaru ini 2 kali.

Pada 5/05/2009 saya baru sahaja menghadiri satu temuduga di ipoh


perak. Saya tak pasti samada dapat atau pun tak dapat. Saya mempunyai
masalah gugup dan cepat mengelabah sekiranya di temuduga. Pada hari
itu saya memakai baju kurung berwarna hijau pucuk pisang dan bersolek
sederhana, apabila tiba giliran saya ditemuduga, saya lihat penemuduga
itu merenung mata saya... ini membuat kan saya menjadi tidak keruan.

Beberapa soalan yang ditanya oleh penemuduga bukan lah susah tetapi
kerana kegugupan saya membuatkan semua yang saya baca dan
praktikkan di rumah tidak dapat saya lakukan semasa itu. Selepas
temuduga selesai terasa ingin sekali lagi ditemuduga. Minta maaf
kerana saya tak dapat berikan soalan temuduga disini, mungkin lain kali
kerana saya sibuk. InsyaAllah lain kali saya akan email kan apakah soalan
semasa saya ditemuduga itu.

Sekian saja dari saya,


Sweet, Cheras, KL

15 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 7
As’kum, kat sini saya nak share pengalaman skit. Mane la tau dapat komen
ape-ape yang patut.

JAWATAN
PEGAWAI PENGUATKUASA N41
Untuk: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

1st Interview
Lokasi : Kuantan
Masa : 8.30 AM
Ujian Fizikal: Pemeriksaan kesihatan (weight, height), lari satu stadium
(400M kot), pumping, kawad (individu).

Siapa yang lulus ujian fizikal boleh pergi ke next step. Ujian fizikal habis
lebihkurang pukul 1.40 PM. Pukul 2.30 ditetapkan untuk mula interview.
Tapi malangnya dah pukul 3.30 pun interview tak mula lagi. Erm… saya ni
kalau lambat sangat makan & tensen mula la rasa pening. Pastu, name
10 org dipanggil masuk kedalam dewan.

Alangkah terkejutnye saya rupa-rupanya ada ujian bertulis, kami tak


diberitahu dalam surat. Ujian tu pula ada mengenai ikrar jabatan
kerajaan, dll. Saya mana pernah kerja GOV. So, mana la tau pasal
semua tu. Selesai ujian, baru start interview ramai-ramai (dalam 5 orang).
Saya yang pertama kena introduce diri dlm B.I then penemuduga bagi
soalan untuk saya.

Penemuduga: “Kami tidak begitu berminat nak ambil perempuan


jadi pegawai penguatkuasa sebab kami risau tak sampai sebulan
dalam latihan dah nak letak jawatan.”

Saya: “Maaf tuan, saya tidak setuju dengan pandangan tuan. Lihat sahaja
bilangan calon pada hari ini. 60% adalah perempuan dan kebanyakan
melepasi ujian fizikal tadi.”, Pastu terus je penemuduga menyampuk.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 16


Penemuduga: “Jadi awak rasa mampu untuk dapat jawatan ni?”

Saya: “Saya yakin tuan dengan latihan dan kursus yang bakal
diberikan oleh kementerian, perempuan dapat bekerjasama
dengan lelaki dengan lebih baik.”

Interview saya tamat dalam jam 6.15 PM. Itupun sebab nama saya bermula
huruf yang awal, yang nama Z tak tau la habis pukul berapa.

2nd Interview
Lokasi : K.L (setelah berjaya 1st interview).

Temuduga bersama Dato’ (CEO) & 2 penemuduga lain. First kena


introduce diri. Bila saya cakap satu ayat mesti Dato’ akan mencelah. So,
ayat-ayat yang saya atur kat rumah sebelum ni dah berterabur sebab kene
ikut apa yg disoal, hehe… Lepas tu Dato’ beri soalan secara
menyeluruh... so, kt sini sape yang pantas menjawab agaknye mendapat
markah cemerlang, huhu...

Tajuk yang dibincangkan ialah rasuah. Dalam group saya ada seorang
ni yang asyik die aje yang nk jawab dulu dan terlalu pantas. Sedangkan
saya baru nak keluarkan idea-idea, lagi pun soalan memang tak
dijangka. Contoh soalan Dato’, “Saya sebagai CEO & mengadakan majlis
perkahwinan anak saya.

Ada seorang wakil dari Alam Flora memberikan sumbangan wang


seperti kebiasaan org melayu buat setelah hadiri kenduri. Wakil
tersebut beri saya RM1000. Wajarkah saya menerima wang tersebut?”
So, kami pun beri alasan masing-masing. Tapi mesti ada sahaja bantahan
& tentangan dari Dato’, dan banyak lagi la soalan yg diajukan.
Tapi yang pasti tidak ada skit pun soalan yang menyentuh tentang Akta,
Misi, Visi, Objektif, latarbelakang seperti dalam website.

Habis je interview saya macam dah dapat agak mesti tak berjaya.
Sebabnya Dato’ kurang beri tumpuan kat saya masa tu. So, hari ini
saya baru mendapat result TIDAK BERJAYA. Itulah serba sedikit
pengalaman saya...

Dania, Temerloh, Pahang


17 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
KISAH 8
Salam. Saya Alhamdulillah, sihat. Pengalaman tu memang banyak dah,
tapi untuk sektor kerajaan ni baru sekali, sejak 2001 apply SPA, baru
sekali dapat tawaran temuduga... (bulan 11 2008), itu pun kandas,
memang rasa kecewa yang teramat sangat time tu, yelah kawan-kawan
dapat apesal saya tak dapat, sedangkan bila tanya apa benda soalan
yang mereka dapat tu, tak la susah sangat macam yang saya dapat , but
anyway I’m still try, now umur dah 27 tahun... tak tau sampai bila
nak bertahan supaya tak putus asa. Thanks u advice but sometimes
cam tak dapat terima, persoalan sering bermain di minda, sekarang ni
malas nak fikir-fikir pasal ni... just wait la, if ada rezeki Alhamdulillah,
if not pasrah je, sebenarnya tak tau camne nak story, yelah hati dah
tawar, mood pun kantoi. Doa dan tawakkal je sekarang ni.

Aisyah, KB, Kelantan

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 18


KISAH 9
Assalamu’alaikum dan Salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang
bergelar pembaca.

Saya pun ada pengalaman interview dengan kerajaan gak. Lepas habis
belajar kat Universiti saya ada register dengan SPA. Lepas 5 bulan baru
dapat surat suruh pergi interview di Jabatan Kerja Raya kat Jalan
Cenderasari, Kuala Lumpur. Saya dapat jawatan Pembantu Teknik
(Elektrik). Kebetulan plak saya dah kerja dengan syarikat swasta yang
ada kene mengena gak la dengan jawatan yang saya nak gi interview ni.

Saya ada masa 2 minggu untuk buat persediaan. Banyak juga usaha
yang saya buat untuk dapatkan maklumat tentang soalan-soalan
yang mungkin akan ditanya pasal kerja ni. Maklumlah sebenarnya saya
langsung tak ada pengalaman interview secara formal ni. Kerja yang
saya dapat sebelum ni pun interview dia cam gitu-gitu je, sijil pun
tak yah bawak.

Otaikan... Ok lah berbalik ngan persediaan yang saya buat, hari-hari


lepas habis waktu kerja saya akan buat research guna internet kat
office. Tapi masa tu memang tension la sebab mana ada orang buat
ebook pasal temuduga kerajaan cam sekarang. Lepas tu saya ada
gak tanya ngan senior-senior satu tempat kerja kot-kotlah diaorang
pernah ada pengalaman. Tapi diaorang pun tak pernah dapat peluang
gi interview ngan GOV cam saya ni. Nasihat dia orang ialah pakai
kemeja, pakai kasut, sijil susun kemas-kemas, berlatih cakap depan
cermin. Ringkasnya, pengetahuan tentang apa oalan-soalan yang selalu
ditanya dan macam mana nak jawab soalan saya tak dapat.

Sebabkan saya sibuk bekerja, saya letak ketepi dulu masalah tu. Malas
nak peningkan kepala. Hari interview tu saya sampai awal 10 minit
sebelum pukul 8. Sampai-sampai tu terkejut betul sebab dah ada

19 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


lebih kurang 30 orang tengah tunggu turn nak interview. Jawatan
yang sama lak tu. Hee risaunya. Masa tunggu giliran tu, saya tanya
sorang demi sorang orang yang keluar dari bilik tu “Cam mana, dia
orang tanya apa?”. Majoriti jawab diaorang tanya pasal dasar
kerajaan & dasar perindustrian negara. Sebabkan saya ni kurang
pengetahuan am, saya tanyala jawapannya sekali. Kebayakan yang
gi interview ni pernah dapat interview ngan GOV lebih dari sekali.
Yang tengah berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya pun ada.

Masa tiba turn saya, saya ketuk pintu tu. Lepas dia cakap masuk
baru saya masuk. Dalam tu ada 2 orang interviewer, lelaki & perempuan
yang sebaya dengan mak ayah saya. Soalan pertama, sila perkenalkan
diri anda dan ceritakan pengalaman kerja anda. Lepastu dia betul-betul
tanya saya pasaldasar kerajaan & dasar perindustrian negara. Nasib
baik saya dah ada jawapan. Saya rasa jawapan yang saya bagi tu
memang paling bagus pernah saya jawab. Lancar betul. Tak ada
gagap langsung.

Tapi tu lah, masa saya tengah bercakap tu saya perasan mata


interviewer perempuan tu tengah bergerak ikut lenggok tangan saya.
Pastu kaki saya pula bergoyang-goyang. Hati mula rasa tak sedap. Takkan
nak gerak tangan, nak goyang kaki masa bercakap tak boleh kot? Soalan
yang terakhir dia tanya “Kenapa awak nak jawatan ni sebab gaji yang
kita nak tawarkan ni rendah berbanding jawatan yang awak ada
sekarang?”. “Eemm, sebab ayah saya cakap kerja dengan kerajaan
ni bagus, terjamin masa depan. Saya ni anak sulung.

Saya nak bantu keluarga saya”. Tu la jawapan ikhlas saya. Mungkin


dia rasa jawapan saya menyentuh hati, maka dia tanya lagi satu
soalan “Apa kata-kata terakhir awak sebelum kita tamatkan sesi ni?”.
Saya jawab, saya harap saya dapat kerja ni & yang lain tu saya ulang
balik ayat yang sama macam saya pernah cakap tadi “Ayah saya cakap
kerja ngan kerajaan ni bagus...”.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 20


Sebelum saya keluar dari bilik, interviewer tu ada cakap calon yang
berjaya boleh cek kat website SPA dalam masa 2 minggu. Lepas
tu minggu saya buka website, nama saya takde pun. Moral of the
story, masa bercakap janganlah banyak gerakkan tangan & kaki
sebab ia bukan sahaja memenatkan anda malah memenatkan mata
interviewer juga... renung-renungkanlah.

Shukor, KL

21 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 10
Sebenarnya saya dah lama kerja kat jabatan kerajaan. Sejak tahun
2004 lagi. Tujuan saya beli ebook ni pun sekadar nak menambahkan
ilmu di dada, tak rugi kan? Mana tau ada peluang lagi baik, betul tak?

Saya dulu masuk kat tempat kerja sekarang ni tanpa menggunakan


sebarangKABEL pun. Hasil usaha sendiri dengan sekali apply sahaja
dan dengan izin ALLAH swt., padahal orang lain yang mintak kerja
kat situ sampai 3, 4 kali pun masih tak dapat-dapat lagi.

Saya rasa, antara tip-tip supaya berjaya dalam proses temuduga


kerja (tak kira kerja kerajaan atau swasta) adalah kita perlu petah
bercakap (maksudnya bercakap isi-isi yang berkaitan je laa), jujur dan
yakin dengan jawapan yang diberikan, perwatakan dan penampilan
diri semasa temuduga.

Saya sendiri telah melalui banyak temuduga sebelum ini di sektor


perkilangan dan kerajaan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Dan
saya akan mengkaji semula apa yang menyebabkan temuduga saya
gagal dan memastikan perkara tersebut tidak berulang.

Pengalaman kerja juga memainkan peranan yg penting. So jangan


malu-malu menceritakan pengalaman anda yang anda rasa tidak
berguna TAPI mungkin penemuduga tertarik dengannya dan
menyebabkan panel penemuduga berminat untuk memberikan anda
kerja tersebut, mana tahu. Dan yang paling penting jangan sekali-kali
putus asa. Usaha sehingga berjaya.

Mayang, KL

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 22


KISAH 11
Assalamualaikum. Nama saya Diba (nama sebenar dirahsiakan). Saya
merupakan pelajar di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan
sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan. Walaupun begitu,
saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan telah
mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak. Mungkin ini
merupakan satu kerugian bagi saya, tetapi saya ada alasan saya
tersendiri mengapa saya menolak jawatan tersebut.

Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti biasa,


saya mengisi semua borang termasuk UPU, IKBN dan tidak
ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan keputusan
yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh dibanggakan
(3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya
telah diterima untuk menyambung pelajaran ke program matrikulasi
panggilan kedua selama setahun.

Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan dengan


mendapat CGPA 2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk mengisi
borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya berjaya
melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut sekarang.
Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat surat panggilan
temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan.Tarikhnya adalah
pada hari rabu dan hari isnin minggu yang berikutnya saya terpaksa
mendaftar ke IPTA.

Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin


meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya tidak
pernah menghadiri temuduga. Berikut adalah sesi temuduga yang
saya alami.

23 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung putih
serta berkasut tutup penuh dan bersolek ala kadar sesuai dengan
imej saya. Dengan hanya membawa sebuah fail, saya duduk
menunggu giliran untuk ditemuduga sambil ditemani arwah ayah.
Sebaik sahaja nama saya dipanggil, saya masuk dengan perasaan
berdebar-debar sambil memberi salam kepada penemuduga.
Setelah dibenarkan duduk, barulah saya melangkah untuk duduk.

Penemuduga : Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.


Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya seperti
nama penuh, adik beradik, nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, tempat
asal, taraf pendidikan.

Penemuduga: Sebutkan rukun negara.


Alhamdulillah saya dapat menghafalnya. Penemuduga bertanya kepada
saya, “Dah ada orang bagitau yer...?” Saya hanya menjawab ringkas,

“Kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di televisyen...” Mereka


hanya tersenyum dengan jawapan saya.

Penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?


Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa itu
ialah Sultan Perlis, tapi saya tetap mencuba, saya tidak dapat
menjawabnya, dengan sopan saya meminta maaf.

Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan dalam


akaun, tetapi saya jujur mengatakan saya tidak pernah mendengar
kerana saya tidak mengambil subjek akaun.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 24


Penemuduga : Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara
masa kini?
Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan pertanian
sebagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian di negara kita. Saya
hanya manjawab ala kadar berdasarkan pembacaan saya dan saya juga
mendengar pendapat mereka tentang isu ini. Saya juga tudak
membangkang pendapat mereka sebaliknya hanya mengangguk dan
mendengar pendapat mereka. Saya hanya bersuara apabila ditanya.

Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya hanya


berkata,”Saya tiada soalan untuk ditanyakan, tetapi, saya amat
berharap saya akan diterima untuk jawatan ini. Saya akan berusaha
untuk menjalankan tugas walaupun saya tiada pengalaman untuk
menguruskan akaun. Saya akan bertanya pada mereka yang lebih
pengalaman supaya saya dapat menjalankan tugas dengan baik.
terima kasih.”

Itu sahaja yang saya ucapkan.

Diba, Kedah

25 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 12
Salam hormat Encik untuk pengetahuan saya merupakan lulusan universiti
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Atas. Grad
pada 2002, start pada tu tiap-tiap tahun saya renew permohonan
dalam perkhidmatan awam. Bayangkan encik, dalam tujuh tahun ni
saya berhempas pulas mendapatkan kerja yang bersesuaian tapi
tak berjaya. Impian saya nak berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Tapi sampai sekarang belum dapat, saya sabar dan mencuba lagi.
Selama ni memohon hanya dua kali ditawarkan temuduga. Jawatan
Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir. Saya prepare untuk
setiap temuduga, tapi kat mana silapnya, saya tak tau... saya sedih,
keluarga susah mak dan ayah cuma pesawah padi yang dah uzur.

Duit dah banyak habis... beli borang, setem, fotostat sijil-sijil dan
macam- macam lagi. Setiap iklan dalam paper saya mohon. Hanya
tuhan yang tahun penderitaan emosi saya selama 7 tahun ni. Sekarang
ni saya menganggur kerana tiada pekerjaan, sempat bekerja sebagai
kerani di kedai kecil. Pendapatan pun cukup-cukup makan adalah dalam
RM500.00 sebulan.

Bila gagal dua kali temuduga, ianya merupakan kesan yang besar bagi
saya, seminggu saya macam diawang-awangan. Stress... tak dapat
menerima hakikat ni... walhal semua saya dah study apa yang akan
ditemuduga nanti. Saya akur akhirnya mungkin tiada rezeki. Encik,
sejak saya study lagi cita-cita saya nak berkhidmat dalam sektor
awam kerana persaingan yang sungguh sengit dikalangan lulusan ijazah
untuk mendapatkan kerja. Saya juga memohon jawatan yang
mensyaratkan kelulusan STPM.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 26


Saya berdoa supaya semangat saya tak padam untuk memohon dalam
perkhidmatan awam. Sayu dihati ni, emak saya menangis melihat
keadaan saya kerana sejak dari sekolah lagi saya berhempas pulas
belajar, sanggup bersusah payah demi pelajaran bila berjaya nanti nak
tolong keluarga... tapi sampai sekarang ni saya tak mampu. Jadi untuk
pengetahuan cik, saya adalah diantara lulusan ijazah yang merasai betapa
perit dan maungnya bila gagal dalam temuduga. Semoga encik dapat
memberi dorongan atau kata nasihat yang perlu saya lakukan sekarang.
Terima kasih.

SHIDA, Alor Setar, Kedah

27 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 17
Di sini saya ingin menceritakan pengalaman dan kejayaan saya tentang
temuduga yang saya hadiri tempoh hari. Mungkin kisah ini terlalu
panjang tapi ia bermakna buat saya.

Sejak saya memiliki line internet dirumah, memang saya gemar


melayari internet, tapi bab yang positif la. Selepas Saya tamat exam
stpm, hati saya terpanggil untuk mencari pekerjaan di internet. Lalu
saya cari lah laman web kerja kerajaan, manalah tau ada jawatan kosong
yang ditawarkan, sebab saya memang inginkan kerja di Sektor Awam.

Cari punya cari, saya terpandang satu tajuk yang Saya kira sangat
menarik iaitu e-book rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Saya
berkata, wah! Ini sudah bagus... Mengenangkan saya pun tidak ada
pengalaman dan pengetahuan tentang interview dalam sektor awam,
maka saya pun klik pada tajuk tersebut, bila dikaji, saya nak memiliki
e-book 2 untuk dibuat rujukan. Saya pun membelinya dengan melalui
beberapa proses.

Setelah saya memiliki e-book tersebut, saya baca dari awal hingga
habis, sehingga paham. Oh lupe pulak, satu hal lagi, sebelum ini
saya dah banyak send resume di tempat-tempat kerja samada sektor
awam dan swasta. Selang 3 minggu Kemudian, saya dapat panggilan
dari Regency Specialist Hospital. Mereka menawarkan jawatan Data
Entry Clerk kepada saya. Saya pun apa lagi terus setuju la. Esoknya
saya pergi interview di hospital tersebut. Pakaian saya, gaya saya, cara
percakapan saya semuanya saya ikut daripada E-book lulus temuduga
SPA tersebut. Kiranya saya dan bersedia dari awal, ini semua berkat dari
saya membaca E-book tersebut.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 28


Semasa diinterview, saya disoal dalam bahasa Inggeris. Antaranya
seperti please introduce your personal in English, what you can do if
you get this job. Lebih kurang cam tu la soalannye, pulak tu saya tak
boleh berbahasa Inggeris dengan cekap tapi saya cuba menjawab
soalan mereka dengan tenang, senyuman dan yakin. Kadang-kadang
kena gelak juga dengan mereka. Mungkin salah kot bahasa Inggeris
saya tapi tak pe lah asalkan saya tak diam membisu. Masa selesai
interview tu saya cakap la, thanks, hope we can meet again at other
time, hehe… hentam saja lah.

Selang 3 hari, saya dapat panggilan sekali lagi dari Regency Specialist
Hospital. Akhirnya jawatan Data Entry Clerk jatuh di tangan saya. Berjaya
juga akhirnya. Opss... lupa nak cakap, masa saya pergi interview ade
4 orang calon lain masa tu.

Emm... saya sekarang ni dalam office, kebetulan ada masa terluang.


Kerja pun dapat diselesaikan awal. So, saya ambil peluang ini untuk
menceritakan pengalaman saya. Kalau e-book ini saya tak baca atau
tak ada, mungkin saya tak dapat pekerjaan sekarang ini. Yelaa... mungkin
pakaian saya ikut suka hati, tak tau adab-adab sebelum, semasa dan
selepas interview... Betol tak???

So, saya nak ucapkan terima kasih kerana menyediakan e-book ini. Saya
rasa semua orang yang belum dapat pekerjaan tapi kelulusan bagus
patut memiliki e-book Ini untuk dibuat rujukan. Sekian terima kasih dan
selamat maju jaya sesiapa yang membaca kisah ini. Tapi dengan syarat...
setelah memiliki e-book ini, anda perlu baca banyak kali sehingga
faham. Tak da maknanya kalau beli tapi tak baca tak paham dan
tak praktikkan. K bye..

Ina, Labuan

29 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 14
Saya turut bersimpati dan harap cik Shida bersabar mungkin itu ada
dugaan hidup kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Seperti
dia, saya juga seorang yang diketegorikan orang miskin. Saya terpaksa
menanggung pembelajaran sendiri dengan kerja sambilan dan hanya
cukup untuk menampung kehidupan apatah lagi dengan kehidupan
di bandar KL.

Ayah saya hanya penoreh getah dan tidak mampu menampung


adik-beradikkami yang ramai. Hanya saya seorang yang merantau ke
Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dan berusaha berkerja
sambilan untuk menampung kehidupan sendiri dengan harapan
mendapat perkerjaan yang lebih baik selepas tamat pengajian kelak.

Saya juga terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada di Sabah.


Walaupun ayah saya tidak dapat mengirim duit untuk perbelanjaan
saya tetap kuat dan tabah untuk mencari rezeki disini. Tapi saya tidak
pernah salahkan ibubapa saya malah harapan saya suatu hari nanti saya
dapat memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.

Saya juga berasa tertekan bila saya tamat pengajian nanti adakah nasib
saya sama dengan garaduan-garaduan lain apatah lagi saya hanya taraf
diploma landscape sahaja. Tapi dengan adanya nasihat dan panduan saya
rasa saya lebih tenang menghadapi kemungkinan dan sentiasa berdoa
kepada Tuhan.

Sue, Semporna, Sabah

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 30


KISAH 15
Dari seorang peguam syarie (nama dirahsiakan).

Salam.... Terima kasih ya atas email yang berguna tu. Saya pun ada
satu pengalaman temuduga yang nak dikongsi ni. Ok ceritanya
macam ni...Pada tahun 2006, bulan 10 saya baru jer habis praktikal
kat Penjara Pengkalan Chepa pada bulan tersebut juga saya
kehilangan ibu tersayang, Al-Fatihah. Habis praktikal saya kahwin dan
ikut suami ke Kuala Terengganu.

Dalam bulan 12, 2006 saya di panggil temuduga untuk jawatan


Penolong Pegawai Syariah. Tempat temuduga di Kelantan. SUK
Kota Bharu. Hari ditemuduga tu saya pakai baju kurung warna kuning
lembut, tudung warna hitam dan kasut penuh. Saya datang temuduga
ni tak der persiapan langsung. Masa tengah menunggu giliran tu,
adala saya tengok ciri-ciri Islam Hadhari. Sampai giliran saya dipanggil,
Ya Allah... berdebarnya... tapi masih cool lagi.

Soalan yang pertama di tanya mcm biasa... background kita. Lepas tu


masukisu semasa...bab hal keluarga... isu kahwin dan bercerai... Lastnyer
bila penemuduga bertanya ”Macam mana nak masuk kerja kerajaan
sedangkan BI saya tak lulus dalam SPM...” Lantas saya menjawab la...
memang dalam sijil saya tak lulus... tapi saya boleh bercakap BI... lantas
mereka menyuruh saya bercakap dalam BI... so, saya tunjukla kebolehan saya...

Selepas daripada itu, siap la sessi temuduga saya antara ramai-ramai


yang ditemuduga, sayalah yang paling lama ditemuduga. Alhamdulillah...
bulan 4,2007 saya berjaya dipanggil untuk jawatan tersebut. Sekarang
saya bekerja sebagai peguam syarie. Itulah pengalaman saya semasa
ditemuduga. Apa yang penting kita mesti berani mempertahankan
hujah kita.

Peguam syarie (nama dirahsiakan).

31 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 16
(Versi asal dikekalkan - versi dialek Sabah.)

Helo. Selamat petang, saya orang Sabah. Tinggal pedalaman dan


kebanyakan anak kampung saya bekerja kampung. Mungkin masa saya
tu bilangan anak kampung saya jarang dapat sambung belajar sampai
degree. Mungkin saya salah seorang yang bertuah. Ini pengalaman saya
ketika di interview.

Selepas sahaja saya tamat pengajian di UMS Kota Kinabalu dalam


degree akaun selama 4 tahun. Saya menjalani pratikal ketika semester
terakhir. Saya pratikal selama 3 bulan dan diserapkan sebagai permanent
staff di audit firm sebagai tax consultant sebab saya senang dengan
kerja ni. Lagi pun semasa semester break ketika di UMS pun saya selalu
buat part time di company ni jadi saya rasa mereka terus mangambil
saya. Saya suka dan senang dgn kerja ini. Senior manager yg bagus dan
partner (big boss) yang concern dengan welfare pekerja.

Saya juga ada memohon jawatan kerajaan Gred 41 dengan rezeki


Tuhan saya di panggil exam untuk memasuki skim 14 jawatan Gred 41.
Saya seorang sahaja yang lulus dari antara coursemate saya yang
sama-sama apply jawatan berkaitan. Tidak lama kemudian saya dipanggil
untuk first temuduga jawatan penguasa kastam W41. Saya memang
excited dan buat persiapan rapi seperti cari carta organisasi jabatan, cara
kerja kastam, apa yang kastam buat, tugas- tugas kastam.

Awal pagi saya datang interview ketika itu saya masih kerja dengan
audit firm swasta. Time interview tu, saya orang pertama diinterview
dan saya sangat nervous sebab saya punya fizikal adalah yang paling
kecil sebab anggapan saya kastam hanya mau mereka yg tegap, tinggi,
kuat. Dalam hati saya berbisik, tak apalah saya sudah sampai baik
teruskan sahaja.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 32


Ketika masuk saya ketuk pintu bagi salam selamat pagi. Saya tak
duduk terus selagi dia tak benarkan saya duduk saya tidak duduk.
Pastu dia bagi duduk and suruh perkenalkan diri dlm bahasa Inggeris.
Saya jawab dengan senyuman. Ketika wakil jabatan kastam tanya
saya soalan- soalan yang pelik- pelik.

Saya jawab berdasarkan apa yang saya kaji sahaja. Dan dengan saya
tak sangka-sangka panel tu soal saya dan dia pula yang jawab sendiri.
Saya just mengangguk sahaja dan seolah- seolah sesi temuduga tu
macam jadi berbual antara kawan tapi saya tak lebih-lebih. Sebab saya
juga ingin tahu bidang tugas kastam. Bila saya habis interview, kawan
selepas saya bagitahu saya berada di dalam bilik interview dekat 45 minit.

Selepas interview tu saya selalu pigi church and bawa dalam doa
semoga disitu rezeki saya. Syukur Tuhan, saya di panggil untuk lapor diri
di akademi akmal Melaka pada 27 julai 2008, dengan secara kasarnya
saya sudah berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia hampir 8 bulan
dan bertugas sebagai Penguasa Kastam W41 di stesen Sandakan.

Biarlah kita jauh di pedalaman sekalipun, kalau kita berusaha dan


tekad pasti disitu rezeki kita. Saya bersyukur sangat-sangat. Even fizikal
kita kecil jangan lah kita rendah diri, mesti kita ada kekuatan dalaman
lain yang orang tegap atau kuat ada. Mungkin kita pandai membawa
diri ketika interview, mudah terima nasihat dan pandangn ketika panel
memberi soalan yang kita tahu nak jawab.

John, Sabah

33 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 17
Assalamuailaikum semua... maaf saya dah lama tak baca email yang
dikirimkan, sebenarnye saya sibuk dengan kerja. Disini saya ingin
berkongsipengalaman saya menghadiri temuduga saya pada bulan
lepas. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana banyak memberi
tips kepada saya, dan sudi memberikan saya meminjam dahulu buku,
saya akan bayar kepada nanti. Maaf lewat bayar kerana saya ada
sebab-sebab tertentu.

Nama saya Awin. Saya nie orang susah. Selepas saya tamat SPM,
saya tidak lagi melanjutkan pelajaran saya kerana saya ingin membantu
ayah saya. Walaupun saya tamat SPM tapi pelbagai saya dah lakukan
sebelum saya menunggu keputusan SPM saya bekerja sebagai pembantu
kantin di sebuah sekolah tapi apa yang menyedihkan saya, semasa saya
bekerja di kantin tersebut saya perna dihina oleh seorang guru.

Berbagai hinaan diberikan, tapi dia tak memahami situasi saya pada
masa tu, sepatutnye guru itu berbangga ngan saya, sekurangnye saya
tidak melakukan benda yang tidak berfaedah. Selepas itu, keputusan
SPM saya diumumkan. Saya mendapat keputusan yang memuaskan.
Berbagai peluang telah sampai kepada saya untuk melanjutkan pelajaran
saya. Tetapi saya terpaksa menolak kerana saya ingin membantu ayah
saya, lagi pula ayah sakit pada masa itu.

Selepas saya mendapat keputusan SPM, saya terus mengisi borang


SPA. Pada masa dulu borang kena beli. Setahun saya menunggu saya
tidak dipanggil untuk temuduga, tapi saya tidak putus asa, saya tetap
berusaha untuk mengisi borang tersebut. Saya bekerja sebagai
operater pengeluaran di sebuah kilang. Cukup la untuk menampung
keluarga saya. Selama 7 tahun saya mengisi borang SPA, pada bulan
lepas saya dipanggil temuduga untuk pertama kalinya. Saya begitu
seronok bila dipanggil untuk temuduga.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 34


Sebab dah lama saya tunggu peluang nie. Setiap hari saya berdoa agar
diberi ketenangan semasa temuduga tersebut, setiap hari jugak la saya
melakukan sembahyang hajat. InsyaAllah kalau diberi rezeki adalah
rezeki saya. Lagipun result belum keluar lagi. Semasa saya menghadiri
temuduga tersebut, saya memakai baju kurung biru. Orang kata serba
biru la. Sampaikan penemuduga memuji saya, hehe... hilang la sikit
kekalutan saya pada masa itu.

Saya bersyukur kerana penemuduga itu tidak la garang seperti saya


dengar sebelum nie. Soalan yang diberikan diluar jangkaan saya. Ada
juga dia tanyakan saya soalan selingan yg tidak ada dalam fakta, hehe...
Tetapi saya jawap jugak. Oleh kerana saya orang taiping, dia tanyakan
saya tentang restoran doli yg famous di Taiping. Saya cuba juga
menjawab soalan dia. Mungkin dia nak tengok cara kita menjawab
atau ingin kemesraan kita tehadap layanan kita.

Dia hanya bertanya perdana menteri ke-6 dan slogan beliau. Saya
menjawab dengan tenang nasib baik saya dah menghafal, hehe... Dan
penemuduga itu banyak berborak ngan saya. Entah la saya pun tak
pasti saya akan lulus ataupun tidak. Saya berharap doa saya termakbul
untuk bekerja di sektor awam ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kerana banyak memberi dorongan kepada saya dan tips-tips
yang diberikan.

Masrini, Johor

35 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 18
Terlebih dahulu saya mohon maaf sebab lambat reply email. Untuk
pengetahuan, saya masih lagi bkerja di company swasta dekat
10 tahun sudah. Dalam tempoh itu juga saya tidak pernah beputus
asa untuk memohon kerja di jabatan kerajaan tapi sampai sekarang
masih belum ada rezeki lagi... Bulan 11 tahun lalu (2008) saya ada
pergi temuduga di SPP dan baru-baru nie saya hanya layak sebagai
“CALON DALAM SIMPANAN” memang confirm tidak dapat la kan...?

Lagi pun saya ada baca pihak kerajaan hanya ambil yang lepas
sekolah atau umur mereka yang masih di bawah umur 30-an, sedang kan
saya sudah berumur 32 tahun. Memang harapan agak tipis, lagi satu
saya juga ada dengar kalau salah satu suami atau isteri kerja kerajaan
peluang untuk dapat pun susah kan? Untuk pengetahuan Jamulludin,
suami saya bekerja di jabatan kerajaan. Dalam tempoh 12 tahun
saya mencuba nasib sampai la sekarang hanya berjaya ketahap
TEMUDUGA sahaja...

Kalau di fikiran balik kos perbelanjaan dan masa terbuang begitu


sahaja kan, tapi apa boleh buat nasib belum ada. Mungkin sampai pencen la
saya di sektor swasta nie, hehehe...Banyak kali juga dipanggil temuduga
ada 5 kali la, tapi semuanya tidak berjaya. Sabar la didada. Sakit hati
juga tengok kawan kerja di sektor kerajaan tapi boleh buat tidak ada
siapa yang boleh membantu kan...? Sekarang nie mcm saya sudah
ambik keputusan untuk tidak mencuba lagi sebab umur pun sdh
lanjut. Ok la... Bye.

Hasnah. Johor Bahru, Johor

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 36


KISAH 19
Wa’alaikummussalam. Saya disini sihat belaka, saya harap saudara pun
sihat juga disamping keluarga tersayang. Saya baru selesai temuduga
hari ni, terasa lega sedikit dari bebanan. Selepas temuduga kali saya
berasa gembira dan seronok sangat. Pertama sekali saya nak ucapkan
sekali lagi terima kasih telah memberi sokongan kepada saya dalam
menghadapi temuduga kerajaan.

Setelah mempraktikkan segala tips-tips e-book semasa temuduga,


saya lebih berkeyakinan semasa temuduga tak pernah saya mendapat
keyakinan seperti ini sebelum membaca e-book. Semua soalan-soalan
yang ditanya penel saya jawab dengan tenang, releks cool je. Standard
soalan perkenalkan diri, ape lagi saya bagi die buah pukul yang petama
saudara Jamal ajar le.

Cerita nama semua latar belakang pastu saya masuk ayat sejak dari
kecil saya membentuk kejayaan bla, bla… sampai habis cerita
pengalaman, bam, bom, bam, bom. Pastu die plak tanye saya
soalan-soalan dari pengalaman kerja saya, saya jawab semua die tanye.
Saya kena soalan rukun negara, pastu die suruh saya terangkan maksud
keluhuran perlembagaan wah… panik juga di buat nye tapi saya jawab
ape yang saya mampu dan selebih saya sambung, saya minta maaf
saya kurang pasti tuan.

Sampai yg terakhir, merupakan ribuan diluar sana, bla bla… sampai


habis. Saya lihat penemuduga senyum dan macam berminat dengan
saya. Selebihnye saya tawakal. Saya hampir giveup dulu sebab tengok
statistik 2600 nak pakai 12 orang memang giler saingan, tapi memberi
semangat kepada saya, saya kuatkan semangat dan cuba buat yg terbaik,
banyak tu pengalaman temuduga saya kali ni saya betul-betul
bersedia. Saya telah pun berusaha ape yang termampu selebihnya
saya berserah kepada Allah. Ape pun insyaAllah jika result die keluar
saya akan cuba kongsi. Sekian, terima kasih.

Alia, Terengganu

37 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 20
Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sewaktu
menghadiri temuduga. Mungkin pengalaman saya ini mampu
menambah maklumat ebook saudara. 4 tahun dulu saya adalah
salah seorang ribuan di luar sana yang mengganggur. Apalah yang
hendak di banggakan, berbekalkan segulung Diploma dalam bidang
Kejuruteraan Komputer dan CGPA hanya 2.52 sahaja! Memang mustahil
saya nak dapat kerja.

Saya pernah menghadiri temuduga Sektor Awam sebanyak 4 kali, kali


terakhir baru saya dapat setelah saya dapat rahsia dari kawan baik saya.
Kawan baik saya bernama Sharina, anak kepada seorang pegawai
atasan tentera, ibunya juga seorang pegawai tinggi kerajaan berkhidmat
di Kem Jabatan Kerajaan. Sharina mmg seorang yg pandai, CGPA 3.25,
dan keistimewaan yg ada pada sharina adlah dia seorang yg petah
berkata2 dan mampu membuat org terkedu apabila berhujah.

Jadi, tidak mustahil jika sharina boleh dpt keje, kabel besar kan? Tapi
dia menafikan sekeras2 nya, dia tidak menggunakan kedudukan yg
ada pada ibu dan ayahnya untuk medapatkan kerja sehinggakan setelah
dia dapat, ibubapa sharina terkejut kerana mereka pun sendiri tidak tahu
bila anak mereka menghadiri temuduga.

APA RAHSIA Sharina PADA SAYA?

Saya melangkah masuk, berpakaian kemas baju kurung warna ungu,


serba unggu, saya fikir ungu itu warna lembut dan itulah baju pertama
saya pakai kembali sewaktu melapor diri ke JPA. Saya hanya
bermekap ala kadar sahaja, Saya adalah calon yg ke 13, saya dtg lambat,
hari tu interbiu ada 15 calon. saya sampai pukul 7.30 pagi dan pukul
12.30 t/hari baru dipanggil masuk. Setiap calon disoal selama
20-30 minit tetapi saya hanya 15 minit sahaja, rasa mcm tak puas pulak.
Hehe...Sewaktu menghadiri temuduga, ini adlah sesi soalan antara
panel dan saya setelah apa yg diajar oleh sharina.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 38


Panel: Boleh Puan Sue ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang?

Panel : Baiklah, siapa nama sultan Perak?

Masa ini saya jawab penuh, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin
Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah Ghahrullah.

Masa tuh 2 org panel terkedu, dalam banyak2 calon saya yg jawab
panjang dan penuh. Saya selamba je jawab, tuan tak perlu soal saya
lagi sebab saya dah tanya kepada semua calon sebelum ini soalan yang
bakal di soal dan semua dah ada jawapan. Mereka ketawa.

(Soalan IT) Puan Sue, apa yg awak tahu mengenai system terbuka atau
open source?

Masa tuh saya blank sangat, tapi saya tetap maintain senyum dan cakap
“maaf tuan, saya pernah dengar tapi dah lupa”

Soalan pasal networking, saya terangkan mengenai LAN, MAN dan WAN.
Mengenai isu semasa, pasal perbentangan budget 2005. Saya cerita kan
apa yg saya tahu sehingga panel kata OK.

Last sekali, sewaktu dia beri saya peluang untuk bercakap sebelum
sesi tamat. Masa nih saya gunakan peluang sebaik mungkin, “Tuan, saya
adalah antara ribuan di luar sana yg mengharapkan dapat berkhidmat
di sektor awam. Saya sedar saya bukanlah pandai, terbaik tetapi jika
tuan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sektor awam ini, saya
akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan saya dan
belajar untuk jadi yg terbaik. Tiada satu pun manusia di dunia ini yg
terus jadi pandai tanpa berusaha dan terus belajar kan? Sewaktu saya
cakap nih, saya tenang dan tenung mata mereka dalam2.

Salah seorang drpd panel itu senyum pada saya dan berkata,
”terima kasih kerana menghadiri sesi temuduga ini, insyaallah saya
akan tolong kamu, semoga kita berjumpa lagi.

39 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


Saya melangkah keluar dengan satu perasaan yg lega dan saya yakin
saya dapat jawatan ini, betul setelah 4 bulan saya di tempatkan di
Jabatan Statistik,Putrajaya. Yg hairannya salah seorg kawan saya
turut serta menghadiri interbiu, CGPA dia 3.4 namun dia tak berjaya.

Kesimpulan yg saya dapat adalah tak semua yg memperolehi CGPA


tinggi mampu menjawat jawatan di Sektor Awam namun berbekalkan
keyakinan dan semangat yg tinggi mengatasi segalanya. Saya tidak
keberatan untuk berkongsi maklumat dengan saudara, jika ada apa
soalan boleh tanya lagi.

Salam hormat,
Puan Sue, Perlis

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 40


KISAH 21
Thanks di atas tips yg diberikan. Tahun lepas saya ada interview untuk
jawatan pustakawan di UPM, tapi jawapannya adalah dukacita & jika
dapat interview untuk tahun ini saya ingin menjawapnya dengan lebih
baik & yakin. Antara soalan yang saya rasa senang jawab tapi digelak
oleh penemuduga ialah :

1. Seperti Yang Kita Maklum, Library Upm Adalah Sebuah Library Bagus,
Bagaimanakah Cara Untuk Memantapkan Library Ini?

Saya jawab : Dengan menambahkan lagi koleksi buku/ membuat susun atur
meja supaya menjadi lebih menarik.

Penemuduga : Tak cukup lagi ke buku2 kat library ni?/ susunan atur kat library
tak menarik ke? (***dah dia tanya utk memantapkn lagi library, bila saya jawab,
dia membidas pulak...mmg saiko betullah.)

2. Mengapa Student Tak Berminat Datang Ke Library?

Saya jawab : Mungkin student suka belajar secara online, atau mencari
bahan/maklumat diinternet, lebih memudahkan....

Penemuduga : Di library pun ada internet... tapi tidak ramai yg


menggunakannya?

Saya jawab : Kebanyakkn student ada notebook, laptop sendiri...pkai


internet secara wiyerless...

41 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


3. Bagaimana Cara Untuk Menarik Minat Pelajar Datang Ke Library?
Saya Jawab : Tambah Koleksi Bahan-Bahan Bercetak & Elektronik,
Membuat Promosi, Ubah Suasana Persekitaran

Penemuduga : saya rasa library upm dah terbaik, tapi sambutan student tetap
kurang, penuh apabila student nak exam jer...(***bila saya jawab, tapi asyik
kena saiko & gelak jer...secara automatik saya tau saya akan gagal dlm intvw
ini. Jadi, bagaimana caranya saya dpt menjawab dengan lebih matang &
meyakinkan penemuduga? )

Sekian, terima kasih.

Muhammad, KL

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 42


KISAH 22
Pengalaman semasa menghadiri temuduga Pegawai Teknologi Maklumat
untuk JPS. Masa interview dulu saya ditemuduga oleh 3 orang ahli
panel terdiri daripada Senior Manager (dato), Human Resourse Manager
dan dari jabatan IT sebab jawatan yang dipohon Pegawai
Teknologi Maklumat.

Seingat saya pada waktu tu diduga oleh ahli penal satu (dato). Soalan
yang ditanya berkaitan tentang diri kita.. siapa nama? Tinggal dimana?
Course apa yang diambil? kalau yang sudah bekerja, berapa gaji?
Kenapa nak masuk agensi kerajaan? Yang ni kena betul-betul jawab
yang penting jawapan smart dan banyak lagi.

Panel ke -2 pula dari bahagian HR. Nama-nama menteri semasa


sangat penting kalau boleh hafal lagi baik. Masa disoal dulu saya
ditanya berkaitandasar-dasar utama kerajaan seperti DEB, Dasar
Pandang Ke Timur, Dasar Perindustrian. Ada yang dapat jawab dan
ada pula yang tak berapa confident. Isu-isu semasa sepanjang
temboh 2-3 minggu sebelum interview mesti tahu berkemungkinan
juga ditanya

Soalan seterusnya dari panel ke 3 dari jabatan IT. Masa saya dulu
nasib baik lah soalan yang ditanya tu simple jer seperti apa itu
database? apa perbezaan column dan row (tapi perlu diingat soalan
macam nie senang pun ada yang tak dapat jawab), kalau anda dapat
pos ni dan ditugaskan di lab komputer ape polisi yang anda akan
laksanakan? Apa peranan dan skop tugas anda sebagai pegawai
teknologi maklumat.

Perkara lain yang masa tu 2 orang daripada 3 orang panel minta saya
berbual dalam English tapi saya rasa depends on post la. Selain tu
pakaian, sikap perlu dijaga.

43 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


Pada pandangan saya 1st impression amat penting. Saya masih ingat
lagi masa dah tiba masa nk interview saya masuk lambat sebab
sibuk nak susun fail kat luar. Apa lagi kena sound kat panel Kerja last
minit katakan. tapi rezeki menyebelahi saya. Akhirnya saya berjaya
berjuga. Terima kasih saya ucapkan buat orang tua saya yang sentiasa
memberi sokongan pada saya.

Thanks,
Azlan, Kamunting, Perak

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 44


KISAH 23
Semasa temuduga selalunya dijalankan dalam dua bahasa, Kalau
diorang tanya dalam BM, jawab dalam BM tapi Kalau diorang tanya
dalam BI, mesti jawab dalam BI. Kebiasaan terdapat 2 atau 3 orang
panel yang menemuduga. Salah seorang daripada mereka adalah dari
JPA/ SPA dan seorang lagi dari Jabatan/ Kementerian yang terlibat.
Selalunya soalan pertama bagi yang nak jadi Pegawai Teknologi
Maklumat, Kenapa nak jadi PTM? kenapa nak kerja dengan kerajaan?
Soalan macam ni kena jawab dengan betul-betul dan ikhlas, tanya
pada diri sendiri kenapa?

Jangan sekali kali bagi jawapan yang bukan2 takut nanti memakan diri
sendiri. If the panel, impressed with your first answer, the later
question will be easy for you. Soalan seterusnya yang akan ditanya
adalah soalan yang berkaitan dengan pengetahuan am. Selalulah
baca utusan malaysia, ketahuilah situasi politik tempatan dan luar
negara serta perkembangan semasa tempatan dan dunia, ambil
tahu juga pasal islam hadhari, Projek Koridor, e-goverment, MSC,
Wawasan 2020, tentang kabinet malaysia, parlimen dan sebagainya.

Bahagian teknikal pula mereka akan tanya tentang ape yang kita
pelajari tapi tak adalah yg teknikal sangat. Apa-apa pun buat lah
persediaan yang rapi. Kalau tidak tahu atau tak pasti tentang soalan
yang dikemukakan jawab saja tak tahu jang sesekali mereka reka atau
belasah jer. nanti terbagi jawapan salah, nampat sangat kita tak bersedia
dan memalukan saja. biasanya mereka akan tanya pasal government
punya application atau basic IT question, e.g. HRMIS, eSPKB, ePerolehan,
camna nak setup basic networking, komponen sesebuah PC.

Ada juga soalan yang boleh dikatakan soalan bonus contohnya mereka
nak dengar kita punya pendapat, macamana kita nak berhujah,
sebagai contoh dia akan tanya asal mana? Siapa YB kawasan tu? Apa
sumbangan YB tu? Apa pendapat kita kalau YB kawasan kita dari pihak
pembangkang?

45 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


Apa pendapat kita kerajaan naikkan harga rokok? Sekian saja yang dapat
saya kongsikan bersama untuk rakan-rakan. Dan bila result keluar, saya
berjaya dalam temuduga tersebut!!

Hazman, Bangi

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 46


KISAH 24
Teringat lagi masa menghadiri sessi temuduga dulu. Macam–macam
temuduga saya hadiri sama ada agensi swasta atau kerajaan semua
saya hadir.Untuk mencuba nasib. Apa yang saya nak berkongsi disini
tentang sessi temuduga bagi agensi kerajaan. Kerana semasa temuduga
untuk jawatan pTD saya sekarang sebagai penjawat awam.

Saya rasa macam pegawai SPA (dato) je yang tanya semasa sessi
temudugatersebut dan 2 orang dari Jabatan terlibat. Saya akan
berkongsi sedikit sebanyak bentuk-bantuk soalan semasa sessi temuduga
saya dulu. Saya bahagikan kepada 2 iaitu ;

SOALAN TEKNIKAL
1. Apa itu SDLC.. sebutkan step2nya.

2. Sebutkan technique2 utk testing. Tapi masa tu ingat satu je. black box
testing dan explain kat mereka.

3. Beza portal dan website. Masalahnya hari2 buat ni tp terlupa. cuma


sempat bgtau portal website yg interaktif.lupa nak cakap patut bagi
tau portal tu gerbang dan ada byk aplikasi.

4. Penah dengar Prototyping? Apa beza dengan SDLC?

5. Isu propriety (ditanya oleh org SPA).. kebaikan keburukan guna sistem
yang tak perlu propriety macam OSS. Pastu tanya mana halatuju kita
kalau dilantik.. dan kenapa?

6. Dia tanya tau ke ISP? Tapi saya macam tak confident jer jadi saya tanya
balik Internet Service Provider ke? Dia gelak je kata bukan..
Information System Plan. Saya cakap je tak tau so dia tanya soalan lain.

47 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


SOALAN UMUM

1. Dia minta perkenalkan diri dalam BI, kenapa mohon jawatan itu.
Masa tu saya jawab apa yang terfikir jer. Harap-harap mereka terima.

2. Mereka tanya tentang gaji sekarang berapa? Tak kisah ke pasal gaji?
So saya cakap peluang untuk career advancement lebih cerah..dan
ada peluang utk sambung study. Ada pencen untuk hari tua,
disamping ada peluang menghadiri kursus percuma dan lebih
pentingkan kepuasan bekerja.

3. Makna FAM?.. Isu-isu terkini yang melibatkan FAM? Pandangan kita


bagaimana nak memajukan sukan bola sepak di malaysia di persada
antarabangsa?

Jadi, saya rasa itu sahaja yang dapat di kongsi.

Oleh

Nurazlina, Melaka

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 48


KISAH 25
Salam

Saya rasa terpanggil nak berkongsi pengalaman di interview. Masa


diinterview tu panel agak sempoi dan tidak terlalu formal sangat.
So saya akan gunakan peluang yang ada ntuk menjawab setiap
soalan yang dikemukakan degan teliti dan tenang. Dah hilang
rasa berdebar. Mulanya macam biasa introduce yourself. Apakah
persediaan yang dibuat? Kebetulan masa tu saya ada terbaca
pasal MOSTI.

Kemudian mereka terus ajukan soalan MOSTI untuk apa? Siapa


menteri MOSTI? Berikan 2 Projek besar MOSTI? tapi masa nie saya
tak sure.. nasiblah penemuduga bagi hint pasal angkasawan dan
bioteknologi. Satu lagi soalan yang sukar nak jawab tapi sebenarnya
tak yakin dengan jawapan. Mereka tanya projek besar yang terdapat
kat Johor? Tapi rasa- rasa projek besar kat Johor masa tu projek
Wilayah Pembangunan Iskandar. Banyak juga soalan susualan pasal
projek tu...

Ditanya lagi pasal FDI. Pasal pelaburan dan ekonomi Malaysia. Tapi
saya jawab tak tahu. Memang tak tahu pun..mereka bagi tahu maksud
Foriegn Direct Investment. So dapat juga info dan pengetahuan sikit.
Kali ni mereka tanya soalan pasal IT ,memandangkan saya programmer
yg buat web application, soalan2 dia how to improve gov website? then
tanya antara linux and window which 1 u prefer? then citer pasal
sistem- sistem yang tengah running sekarang. Walau bagaimanapun soalan
IT saya jawab dengan baik. Over confident pula. Tapi bab ekonomi
lemah sikit.. Bila result keluar, jawapannya adalah gagal. Kecewanya saya.

OK terima kasih

Siu Ling, Jelebu, NS

49 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 26
Kisah temuduga yang paling pendek tempohnya dan bersahaja
pernah dilalui. Bayangkan dalam 20 minit sahaja. Soalan banyak
berkisar tentang pengalaman kerja dan soalan-soalan yang menguji
minda. Kenapa nak berhenti kerja kalau syarikat stabil dan ada
peluang yang cerah kat sana?

Pasal IT . Mereka tanya soalan pasal wifi, virtual network n last skali
study case kalau aku jadi developer yg nak bangunkan sistem nak
pakai oss ke atau yg lisence punya software dan kenapa pilih tu. Setiap
soalan tu ada pro dan kontra so kena jawab degan smart la ikut
pengetahuan yang ada. Semua tu berakhir dengan keputusan berjaya!!
Rasa macam tak pecaya pun ada.

Sekian

Adli, Kota Bharu, Kelantan

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 50


KISAH 27
Salam saya first time apply kpli terus dapat...yang pasti saya tak pasti
laa diorang pilih bdasarkan kateria apa...tp pd masa interview tu,
mmg saya tengah mengajar. Jadi guru ganti.. kata cikgu-cikgu lama kat
sekolah tu, biasanya kalau ada pengalaman mengajar senang sikit
nak dapat. Kedua, pilihan subjek yang kita minta juga penting dalam
pemilihan tersebut contohnya subjek BI lebih diberi peluang berbanding
Matematik atau Sains.

Sebab kurang persaingan.. tapi semua tu bergantung kepada rezeki


janji usaha dengan giat dulu. Sebab tu satu sebab saya memilih subjek
BI sebagai pilihan saya. Pelatih yang diorang pilih selalunya untuk
mengisi kekosongan guru yang sedia ada. Saya attend interview untuk
DPLI, tak lepas pulak... KPLI berjaya pula..

Selain tu tips2 lain untuk attend interview . Confident..kemas...bila dah


masuk KPLI ni diorang tekankan tentang penampilan seorang guru... So,
maknanya biar pergi interview tu kena la nampak macam seorang guru.

Sekian disini sahaja. Thanks

Halimah, Kuantan, Pahang

51 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 28
Saya seorang PTD yang sedang berkhidmat di Kedutaan Malaysia di luar
negara. Teringat ketika saya masuk dalam perkhidmatan ini beberapa
tahun yang lalu. Saya nak flash back balik sesi interview pada
waktu tu. Saya orang ke tujuh daripada 10 orang peserta dan saya masuk
dalam bilik temuduga tepat jam 10.30 pagi. Saya hanya keluar satu
jam kemudian, iaitu sekitar 11.35 pagi. Untuk pengetahuan latar
belakang saya adalah bidang undang-undang Islam, jadi penemuduga
tersebut tertarik dengan bidang pengajian ini.

Soalan-soalan yang diberikan adalah berbentuk “ingin tahu” dan“


penyelesaian masalah”. Sebenarnya, dalam interview ini, calon perlu
bijak menggabungkan beberapa element kendiri seperti jujur, berilmu,
berkeyakinan, rendah diri dan berbagai lagi. Satu konsep PTD adalah
“walaupun tidak tahu mengenai sesuatu perkara, saya mungkin
mengetahui serba sedikit sahaja… bincanglah. Tetapi pada masa akan
datang saya akan cuba mencari maklumat mengenainya. Dalam temuduga
PTD, biasanya panel adalah orang-orang yang telah lama dalam
perkhidmatan awam. Hampir 20-30 tahun. Tidak seperti temuduga
jawatan yang lebih rendah seperti kerani dan EO.

Soalan-soalan dalam temudga PTD lebih berbentuk luas dan lebih ke


arah perbincangan, lebih kepada penyelesaian masalah.. Jika disoal
soalan yang yang direct seperti “apakah nama ibu negeri Mexico?”,
kalau tahu jawab lah. Kalau tidak, jawablah maaf yang saya tidak
mengetahuinya. Tapi lepas ini saya akan mencari jawapannya. Biasanya
soalan yang ditanya adalah “bagaimana untuk menyelesaikan masalah
pelajar nakal di sekolah?. Justeru, calon perlu banyak dalam fikiran
mereka solution daripada problem. Akhirnya, dalam temuduga ini,
berserah lah kepada Allah.

Kalau itu rezki kita, ia takkan lari ke mana. Sepanjang interview terbabit, saya
mendapat satu soalan yang amat berat. Panel bersoal tentang satu menifesto
pembangkang. Sebagai PTD, kita tidak boleh terikat kepada politik kepartian.
Jawablah secara akademik dengan melihat pro dan kontra dari segi

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 52


perlaksanaannya. Sebab dalam dunia ini, ada perkara itu baik tetapi
buruk akibat perlaksanaannya. Hati-hatilah lah. Effort kita 20% sahaja,
selebihnya 80% berserah lah kepada Allah s.w.t

Ahmad Husin, Mesir

53 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 29
Saya seorang pensyarah IT yang bertugas di Kolej Poly tech Mara
Kuantan.Saya nak berkongsi cerita kisah temuduga untuk jawatan
tersebut. Penemuduga 2 orang seorang lelaki dan seorang perempuan.
Interview tersebut dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Soalan-soalan penemuduga :

Tell about yourself?, your interest? dan yang ada kaitan. Dia tanya
jugak pengalaman mengajar kat tempat-tempat lain kalau ada.
Selain tu, skill untuk mengajar Java Programming ada ke tak ? Sebab
masa tu saya apply untuk mengajar Java. Tahap mana pengajian Java?
Skill lain selain Java? Nak masuk IT ke Multimedia? Projek IT yang
pernah buat ? Lepas tu kena ambik test bertulis semua background
soalan berkisar tentang kolej

Keputusan: Berjaya. Aku kat Kolej Poly tech Mara Kuantan sekang ni
mengajar Java Programming, Networking dan supervisor Project IT
students. Walaupun berjaya tapi saya rasa banyak silap sebab kurang
pengalaman interview. Preparation pun kurang sebab last minute.

Kekuatan saya cuma terletak pada keyakinan. Saya berjaya meyakinkan


diorang yang saya boleh mengajar Java Programming tanpa sebarang
masalah. Kebetulan transkrip pun ada tulis Java dapat A. Takde
masalah. Confident tu penting, tapi jangan sampai over confident.
Itu sahaja yang dapat dikongsi.

Abd Halim, Kuantan, Pahang

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 54


KISAH 30
Just nak kongsi pengalaman interview kat maktab perguruan kat Melaka
untuk course TESL oversea...TESL aku terbahagi kepada 4 bahagian :

PERTAMA
Ujian INSAK..untuk test sama ada cukup kriteria atau tak untuk jadi
cikgu ? Soalan diberi 135 dan dikehendaki jawab dalam masa 30 minit..
Soalan dia soalan logik .Contoh apa reaksi anda kalau kawan tegur
sikap anda?’

KEDUA
Adalah test berkumpulan..pada masa tu ada 4 orang je yg temuduga
pagi tu. Kami diberi paper yg ade 2 soalan untuk dibincang bersama...
soalan pasal internet, kegunaan dan faedah..

KETIGA
Individu..seorang demi seorang dipanggil. Sampai giliran saya tapi
macam sekejap jer dia temuramah, dia minta ceritakan latabelakang,
terangkan esai yang dibuat sebelum sessi temuduga, soalan peribadi,
nak di posting kat mana kalau dapat?

KEEMPAT
Penulisan (essei)..dia bagi paper mengandungi soalan
1. Tropical jungle
2. My favourite filmstar

Dari mula hingga ke akhir temuduga semuanya dalam BI. Dan masih
lagi menunggu keputusan. Ada rezeki dapat lah. Tawakal jer

Sha, Kedah

55 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


KISAH 31
Dibawakan khas oleh founder malaysiancareer.com. Salam kepada
semua pembaca.. Aku nak ceritakan pengalaman aku. Aku adalah
anak sulong dan macam anda semua aku begitu tertekan dengan
kehidupan aku yang masih belum ada kerja, dah banyak resume aku
hantar dan dan berpuluh-puluh salinan aku sah kan. Tapi nampaknya
semua itu tak membawa apa-apa erti.

Setelah lama mencari aku akhirnya telah diterima bekerja sebagai


budak pejabat di sebuah kolej swasta,, memang gembira sangat,
walupun aku cuma budak pejabat tetapi aku tidak di cop sebagai
penganggur. Aku sangkakan hidup aku telah berubah rupa-rupanya
tidak lagi.. setelah 3 bulan aku bekerja aku masih belum di bayar gaji,
mula-mula aku boleh terima, maklumlah kolej baru.. tapi selepas
3 bulan bekerja aku akhirnya dapat tahu yang kolej tempat aku
bekerja tidak diiktiraf. Bengang betul aku, dah lah gaji tak dapat, duit
hutang selama 3 bulan aku bekerja dah banyak.. apalah nasib aku…

Aku ceritakan kepada kedua orang tua ku, mereka tenang jer, tapi
aku tahu sebenarnya mereka mengharapkan anak mereka berjaya,
malah kalau boleh sudah tentu mereka ingin merasai duit gaji hasil
kerja anaknya walau pun seringgit.

Selepas itu banyak lagi kerja yang aku telah buat, kerja buruh
membuat bangunan (amat memeritkan), aku pernah buka kedai makan
tapi tak berjaya akhirnya tutup. Aku pernah kerja sebagai pelayan
kedai makan, kerja bagai nak rak, tapi memang tak berbaloi, kerja
12 jam dengan gaji RM350, malah banyak lagi kekecewaan
demi kekecewaan.

Akhirnya aku apa yang akihat disini aku bertekad untuk dapatkan
kerja kerajaan, kerana sekiranya aku mendapat kerja kerajaan semua
ini takkan berlaku.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 56


Aku tak pedulikan perasaan aku, aku letak ketepi perasaan malas,
putus asa, kecewa, semua aku lempar kan jauh-jauh, aku tak peduli
ada yang kata kerja kerajaan kena ada kabel, aku tak peduli
yang penting aku nak kerja kerajaan.

Maka bermulalah episod pengembaraan aku dalam mencari


kerja kerajaan, aku menghadiri kursus atau taklimat, malam buku yang
berkaitan dengan temuduga atau apa saja yang berkaitan aku
dapatkan. Aku pejamkan mata memecahkan tabung yang aku
simpan, aku dah tekad untuk mohon jawatan kerajaan,, dah resume
aku hantar,

SPA aku isi, guru besar dengan rumah aku dah jemu tengok muka
aku yang selalu buat pengesahan sijil, aku tak peduli, aku gunakan
segala maklumat yang aku dapat sebagi persiapan menghadiri
temuduga. Dan saat itu telah tiba, aku telah dipanggil temuduga
buat pertama kalinya. Apa yang aku buat ialah bermula malam
sebelum temuduga segalanya telah siap, semua panduan di dalam
buku yang aku beli semua ku ”tick” menandakan aku telah lakukan.

Akhirnya aku telah mendapat kerja kerajaan, antara perkara yang


paling bermakna bagi diri aku ialah aku berjaya menjawat jawatan
dalam sektor awam. Aku masih ingat lagi apa bila aku memberitahu
kedua orang tua ku yang aku dapat tawaran bekerja di dalam sektor
awam, mereka menangis gembira, sehingga aku sendiri menitis air
mata kegembiraan, rasanya inilah kali pertama aku membuat sesuatu
yang bermakna buat ibuku, buat ibu yang mengandungkan aku
selama 9 bulan.

Dek kerana itu aku berjanji pada diri aku akan sentiasa
menggembirakan mereka, dan aku juga ingin membantu mereka
yang masih mencari kerja seperti aku dahulu, kerana itu lah aku telah
menyediakan maklumat jawatan kosong kerajaan untuk aku kongsikan
kepada semua.

57 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


Aku ingin mereka di luar mampu menggembirakan ibu bapa mereka,
kerana kegembiraan ini amat bermakna buat semua. Buat mereka yang
masih mencari kerja berusahalah lagi tanpa pedulikan perasaan kita
selagi belum berjaya.

Ikhlas dari saya

Rizal
http://malaysiancareer.com/

(Saudara Rizal adalah pemilik blog Malaysiancareer.com yang telah banyak memberi sumbangan
kepada mereka yang ingin memasuki kerjaya di sektor awam)

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 58


KISAH 32
PENGALAMAN PERTAMA

Kisah temuduga saya bermula pada tahun 2006 lagi, iaitu semasa
saya berada di tahun akhir pengajian di universiti. Kisahnya begini,
saya dimaklumkan oleh pihak university bahawa satu temuduga terbuka
dianjurkan oleh pihak swasta di universiti saya. Saya pun apalagi, pergola
mencuba nasib dengan tanpa membuat apa-apa persediaan pun.

Semasa ditemuduga dengan panel 2 orang tu, saya ditanya kenapa


apply jawatan yang ditawarkan padahal bidang adalah berlainan!
Memang betul pun, jawatan yang di offer untuk kilang, saya ni
kejuruteraan awam. Hehehe.. sebenarnya saya nak cuba nasib je dan
merasai pengalaman ditemuduga. Memang susah juga temuduga pertama
saya ni. Saya ditanya 100 % dalam English. Maka terkontang-kantinglah
saya menjawabnya dengan broken English dengan fasihnya.

Jawab selagi boleh jawab! Dia tanya kenapa saya minta kerja padahal
saya boleh menyambung study kerana pointer saya ketika tu kira
cemerlang. Saya katakan, saya ingin merasai pengalaman bekerja dan
jika ada peluang kelak, saya akan sambung belajar ke peringkat lebih
tinggi. Setelah habis temuduga saya bersalam lah dengan panel
temuduga tersebut. Saya memang tak harap pun saya akan berjaya
temuduga tersebut, Cuma saya ingin mencari pengalaman saja. Dan
seperti yang dijangka, memang saya tidak mendapat apa-apa khabar
berita langsung dari syarikat terbabit.

Saya gagal la jawabnya!

59 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


PENGALAMAN KEDUA

Kerjaya saya bermula sebagai YES Trainee (Young Executive Scheme)


yang dianjurkan oleh UEM Builders, iaitu sebuah syarikat gergasi dalam
industri pembinaan di Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan
PLUS Highway, Jambatan Kedua Pulau Pinang dan banyak lagi projek
mega yang lain. Yang ni saya tak lalui temuduga kerana direkomenkan
oleh rakan dan juga berdasarkan result ijazah.

Selepas dua bulan, saya dipanggil oleh JKR untuk temuduga bagi
jawatan Jurutera Awam J41 secara kontrak dan saya berjaya dalam
temuduga tersebut. Kisah temuduga saya tu begini, setelah menerima
panggilan untuk menghadiri temuduga, saya pun preparelah dalam masa
4 hari tak silap saya. Saya buka internet, cari maklumat mengenai JKR,
KKR, RMK – 9, isu semasa dan lain-lain. Semasa temuduga ramai juga
yang datang tak silap saya, adalah seramai 600 orang rasanya (keseluruhan
hari temuduga).

Semasa temuduga seperti lazimnyalah, saya memakai tali leher dan


kemejadengan kemas. Semasa temuduga, panel saya adalah 2 orang
pegawai besar dan salah seorang daripada mereka bergelar Dato’.
Soalan pertama, saya disuruh perkenalkan diri dalam English. Saya
dengan lancarnya pun bersembang la dalam English mengenai diri saya.
Memang saya sudah jangka soalan ini akan ditanyakan. Soalan
berikutnya saya ditanya apa visi dan misi JKR, apa projek-projek besar
JKR yang sedang dibina, RMK9 disuruh terangkan satu persatu, projek
akhir tahun, pengalaman bekerja (teknikal) dan lain-lain. Dan soalan
terakhir yang ditanya adalah kenapa saya nak kerja kerjajaan. Kesemuanya
saya berjaya jawab dengan lancar dan tenang. Mungkin disebabkan
persediaan yang saya lakukan kot.

Beberapa minggu selepas itu keluarla result, dan jawapannya adalah


saya berjaya! Maka bermulalah kerjaya saya sebagai penjawat awam.
Saya juga telah berkahwin ketika itu dan isteri saya ditinggalkan di Besut
kerana dia bekerja di sana sementara saya di KL.. Pada setiap hujung
minggu saya akan pulang ke Besut dan kembali bekerja pada hari Isnin
di KL.. Amat memenatkan...

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 60


PENGALAMAN KETIGA

Pada pertengahan tahun 2007, saya dipanggil temuduga Sektor Awam


bagi jawatan tetap sebagai Jurutera Awam yang bertempat di Pulau
Pinang. rakan-rakan saya yang juga Jurutera Awam (kontrak) lebih
kurang dalam 60 orang juga dipanggil temuduga tersebut. Saya memang
tidak membuat apa-apa persediaan pada masa itu. Anggapan saya
sebagai penjawat awam yang berstatus kontrak pasti akan berjaya dalam
temuduga tersebut. Saya pun pergila ke temuduga itu dengan langkah
yang sempoi je. Sudahla datang lewat, sijil-sijil semua tidak tersusun. Saya
dimarahi oleh seorang urusetia kerana lewat sejam dari masa yang
sepatutnya. Saya adalah orang yang terkahir ditemuduga dalam
8 orang calon.

Semasa diliran saya ditemuduga, saya pun diminta menceritakan


kerjaya saya sebagai pegawai kontrak di JKR. Memang saya tidak dapat
jawab kerana soalan-soalan teknikal yang ditanyakan sukar dijawab.
Apabila tiba giliran orang SPA bertanya soalan, dia cakap tak perlu dia
menanya soalan. Entah kenapa, dia tidak mahu menemuduga saya.
Memang singkat masa yang diambil dalam sesi temuduga tersebut. Akan
tetapi setelah keputusan temuduga tersebut keluar, alangkah kecewanya
saya, SAYA GAGAL! Malah lebih dari 80% rakan-rakan saya yang lain
turut mengalami nasib yang sama. Entah apa silapnya saya tidak tahu.

PENGALAMAN KEEMPAT

Pada tahun 2007 juga, saya memohon KPLI. Setelah lulus ujian Mtest
saya dipanggil untuk ditemuduga di Kuala Lipis. Memang saya buat
berbagai persediaan dan ini adalah pengalaman pertama saya
ditemuduga untuk jawatan guru. Kali ni juga saya agak lewat sedikit.

Sesi pertama temuduga adalah dalam perbincangan group. Kami


seramai 5 orang diberikan satu tajuk dan diminta membincangkan
bersama-sama. Panel penemuduga hanya memerhati dan mencatatkan

61 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


markah saja. Tajuk yang diberikan adalah mengenai bagaimana untuk
mengatasi gejala sosial di kalangan pelajar di sekolah. Bergilir-gilirlah
semua calon untuk memberikan pendapat masing-masing dalam
gaya tersendiri.

Kemudian sesi kedua, kami dipanggil untuk ditemuduga seorang demi


seorang. Awal-awal soalan saya tidak dapat jawab dah, kenapa saya
minta kursus Sains kerana saya tiada latarbelakang sains. Penemuduga
katakan bahawa saya tidak sesuai dengan subjek yang diminta. Seterusnya
soalan paling lama ditanya adalah ” kenapa anda mahu jadi guru”. Saya
jawablah apa yang dirasakan betul oleh saya. Mereka juga bertanya
kepada saya apakah pekerjaan saya buat masa itu.

Kali itu saya menipu. Saya katakan saya tidak bekerja dan hanya duduk
di kampung membantu orang tua di kedai. Memang terbelit lidah bila
ditanya detail kenapa saya tidak bekerja. Kenapa saya berhenti kerja
dan macam-macam lagi..Pada penghujung tahun result saya pun
keluar, dan jawapannya adalah gagal. ehehehe..gagal lagi saya.

PENGALAMAN KELIMA

Di samping memohon KPLI, saya juga memohon DPLI iaitu untuk kursus
rekacipta. Untuk temuduga kali ini, saya memang membuat persediaan
yang agak rapi lah. Saya baca isu-isu mengenai pendidikan di Internet,
akhbar, dan juga bertanya kepada rakan-rakan.

Semasa ditemuduga oleh dua orang panel wanita, salah seorang


berbangsaIndia saya ditanya berbagai-bagai soalan. Kali ini saya memang
jujur-sejujurnya. Mereka tanyakan saya, kenapa mahu jadi guru padahal
saya sudah memiliki kerjaya yang sangat bagus dan dipandang tinggi
oleh masyarakat iaitu Jurutera Awam. Diorang kata kerja guru ni tak
glamour. Jawapan saya adalah, saya mahu menjadi guru kerana saya
benar-benar berminat dengan guru, guru kerja mulia, dan bermacam-macam
lagi saya katakan pada mereka...

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 62


Kemudian, saya ditanya mengenai asas rekacipta. Saya jawab la ikut
suka mulut saya. Saya juga ditanya mengenai bagaimana untuk pasang
paip di rumah sendiri. Seterusnya saya disuruh mengajar di papan hijau
dengan menggunakan kapur tulis mengenai tajuk bebas berkenaan
rekacipta.Saya pun menggoreng la apa itu proses rekacipta. Memang
saya begitu bersemangat ketika itu. Sesudah itu saya ditanya pula
mengenai sistem pendidikan negara, isu-isu pelajar dan lain-lain. Ianya
diadakan dengan menggunakan bahasa English dan juga Bahasa melayu.
Campur-campur! Sesudah temuduga memang saya yakin bahawa saya
akan berjaya..

Dan pada hujung 2007, saya mendapat jawapan berjaya dalam


temuduga tersebut dan diminta mendaftar di UPSI untuk kursus DPLI
tersebut selama setahun.

PENGALAMAN KEENAM

Pada awal Februari 2008, kontrak saya hampir tamat. Saya sangat
runsing untuk mencari kerja. Sebenarnya, sebelum itu saya telah
berjaya temuduga untuk bidang perguruan iaitu DPLI (Diploma
Perguruan Lepasan Ijazah) pada Disember 2007, tetapi saya menolaknya
di saat akhir dimana saya telah meletak jawatan di JKR. Namun begitu
saya, menarik balik perletakan jawatan tersebut di saat-saat akhir
disebabkan terasa sayang meninggalkan profesion kejuruteraan ini.
Disebabkan tindakan yang diambil oleh rakan-rakan saya, alhamdulillah,
kontrak kami dilanjutkan sehingga Februari 2009 tetapi itu tidak
bermakna saya boleh duduk diam saja.

Saya mula mengisi/meng’update’ permohonan Sektor Awam saya


supaya dapat dipanggil untuk ditemuduga semula. Pada awal Jun 2008,
saya dikehendaki menghadiri satu kursus yang mana penceramahnya
adalah seorang penceramah kepada penemuduga-penemuduga ataupun
para panel dalam temuduga bagi pemilihan kakitangan awam. Kursus
tersebut dijalankan selama sehari sahaja, akan tetapi memberi impak
yang besar dalam diri saya bagi menghadapi temuduga akan datang.

63 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


Saya dan rakan-rakan seramai 60 orang didedahkan dengan rahsia demi
rahsia bagaimana untuk menghadapi temuduga Sektor Awam dengan
tepat, mudah dan yang sebenarnya. Terlalu banyak rahsia dan tips yang
diberikan dalam kursus yang singkat itu.

Setelah pulang ke rumah, semangat saya berkobar-kobar untuk


menyediakan diri bagi apapun temuduga bagi sektor awam. Saya
mengikut panduan yang telah ditunjukkan semasa kursus tersebut.
Semuanya diikuti. Akan tetapi saya memikirkan adakah cukup sekadar
apa yang saya perolehi semasa kursus tersebut. Tentulah tidak! Saya
mengambil bermacam-macam alternatif lagi bagi menyiapkan diri saya
sekiranya dipanggil temuduga.

Akhirnya pada 14 Oktober 2008, saya telah dipanggil temuduga oleh


Sektor Awam di KL. Setelah selesai temuduga tersebut, hati saya amat
tenang, ceria dan gembira walaupun keputusan temuduga masih lambat
untuk diketahui. Ini adalah disebabkan persediaan yang telah saya buat
sebelum hari temuduga tersebut.

Sehinggalah pada 19 November 2008, saya telah ‘call’ Sektor Awam


untuk bertanyakan keputusan temuduga saya. Dan jawapan yang
diterima amat menggembirakan hati saya, TAHNIAH! ANDA BERJAYA
BAGI JAWATAN TETAP. Saya amat gembira pada hari itu, dan semua
orang saya maklumkan berita gembira tersebut. Akan tetapi, malang
buat beberapa orang rakan seperjuangan saya. Ramai juga yang tidak
berjaya. Ada yang gagal dan ada yang bernasib baik hanya menjadi
calon simpanan sahaja. Saya amat bersimpati dengan mereka.

Saya dan rakan-rakan yang lain yang berjaya temuduga tersebut


kebanyakannya menggunakan persediaan yang hampir-hampir sama
untuk lulus temuduga tersebut. Apakah rahsia bagaimana kami semua
lulus dengan mudah temuduga Sektor Awam itu? Jawapannya adalah
terkandung dalam ebook yang anda baca ini.

Yang ikhlas,
Jamaluddin

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 64


RAHSIA RESUME KERJA
• Membantu anda membina resume kerja langkah demi
langkah.
• Menerangkan proses sesebuah resume dipilih untuk
ke temuduga.
• Dimuatkan dengan 20 soalan temuduga daripada
resume kerja anda.
• Terus ke www.ResumeKerja.com

RAHSIA BIJAK TEMUDUGA


• Membantu persediaan temuduga anda.
• Bagaimana menyediakan mental yang kuat sebelum
hadir ke temuduga?
• Mempunyai 1 ebook utama dan 5 komponen penting
persiapan untuk temuduga.
• Dan Banyak lagi yang menarik di halaman rasmi
www.RahsiaBijakTemuduga.com

PANDUAN KERJAYA JURURAWAT


• Anda berminat menjadi Jururawat?
• Menerangkan langkah demi langkah memohon jururawat
kerajaan dan swasta.
• Diterangkan terperinci dalam 7 modul utama.
• Kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang murni
dan lumayan.
• Layari ke www.KerjayaJururawat.com

RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN


• Anda berminat dengan kerjaya di sektor kerajaan?
Pakej ini khas untuk anda.
• Panduan terperinci untuk persediaan menghadapi
temuduga kerajaan. Anda tidak gugup lagi!
• Rahsia dan teknik lulus temuduga dibongkarkan di dalam
ebook ini. Tiada rahsia lagi yang tersembunyi.
• Terus ke www.Kerja-Kerajaan.com

Forum Blog Facebook Instagram

www.SembangKerjaya.com www.RujukanKerjaya.com Tim Infokerjaya Tim Infokerjaya

Anda mungkin juga menyukai