Tiada Jawapan Disediakan Untuk Soalan Di dalam Diskripsi Prima Tujuan soalan diberikan untuk menerangkan pecahan setiap seksyen. Untuk Soalan dan Jawapan, rujuk kepada naskhah "Contoh Soalan dan Jawapan setiap Seksyen"
FAktor kegagalan Utama Calon Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)
Legal Notice
Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta. Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email tipsptd@gmail.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk Assessment Center dan Temuduga di masa hadapan
Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.
Pendahuluan
UPDATE: VERSI INI SESUAI DAN RELEVAN UNTUK sesi peperiksaan 12 MEI 2012 sahaja Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah tambahan kepada ebook versi lama yang kali terakhir digunakan pada Febrauri 2012 yang lepas. Beberapa perubahan menyebabkan naskhah ini perlu kepada proses kemaskini. Selepas peperiksaan 12 Mei ini, naskhah ini pasti akan ada perubahan dan anda boleh abaikan naskhah ini dan dapatkan versi update selepas ini. Pakej rujukan ini diterbitkan atas dasar memberikan satu maklumat yang komprehensif sebagai wadah untuk semua calon melakukan persediaan yang rapi. Untuk peperiksaan PTD sebelum ini, setiap tahun secara kasarnya terdapat 2 kali peperiksaan bertulis tetapi tahun ini hanya sekali (12 Mei ini). Setiap sesi peperiksaan, puluhan ribu calon yang mengambil peperiksaan ini di seluruh negara. Tiadanya rujukan khusus yang boleh dijadikan persediaan sebelum menduduki peperiksaan adalah antara faktor kenapa calon GAGAL dalam peperiksaan ini dan betapa peningnya mendapat maklumat yang bercampur-baur dari internet. Kami yakin anda turut mengalaminya dan anda harus bersyukur kerana menjumpai laman tipsptd.com yang bakal mengenengahkan kepada anda bagaimana nak melakukan persediaan yang rapid an sekaligus LULUS dengan jayanya peperiksaan bertulis PTD ini nanti. Sekali lagi terima kasih dan tahniah untuk anda yang memilih untuk memiliki PRPBGred41 ini, dan jadikanlah http://tipsptd.com/blog sebagai rujukan utama untuk kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam. Pembelian anda ialah sebahagian dari sumbangan dalam memastikan kesinambungan maklumat percuma di blog tipsptd dan anda boleh jadikan blog tersebut sebagai rujukan masa-masa genting anda untuk Assessment Center dan temuduga nanti. Diharapkan juga Pakej Rujukan ini bakal membantu persediaan anda untuk LULUS dan melayakkan diri ke sesi yang seterusnya nanti. Penghargaan kepada semua Team Tips PTD dan juga editor, saudari Afraha Baiti binti Arif yang bertungkus lumus menyiapkan Pakej Rujukan ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat menyumbang kepada keputusan yang bagus anda semua dalam peperiksaan bertulis nanti. Anda boleh menulis dan berkongsi maklumat atau sebarang pertanyaan dengan kami melalui email tipsptd@gmail.com dan kami amat mengalu-alukan feedback dari anda. Salam kejayaan untuk anda dan selamat menduduki Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik! Pastikan anda membaca setiap helaian pakej ini kerana banyak tips dan strategi yang bakal anda ketahui. Jangan lupa, mulakan dengan bahagian Apa Yang Bakal ANDA Perolehi
Kenapa GAGAL?
Penerangan Format
Contoh Soalan
Pelan Tindakan
Senarai Semak
Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen adalah PERKARA penting yang kami DEDAH kan kepada anda. Anda akan tahu bentuk soalan dan bagaimana untuk anda bersedia. Link khas disediakan untuk rujukan. Sebab itu ia dinamakan DISKRIPSI PRIMA
Isi Kandungan
Tajuk Kenapa GAGAL Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen A v v v v v v v Pecahan 1 Pecahan 2 Pecahan 3 Pecahan 4 Pecahan 5 Pecahan 6 Pecahan 7 Mukasurat 7 10 13 16 18 19 22 25 27 28 30 33 34 37 41 42 45 47 48 50 51 53 54 56 57 59 60 61 62 64 Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 6
Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen B v v v v Pecahan 1 Pecahan 2 Pecahan 3 Pecahan 4
Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen C v v Contoh Teks Bahasa Melayu Contoh Teks Bahasa Inggeris
Tips Khas: Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik v Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam Seksyen D dan E
Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 11: Seksyen A v Sahsiah Diri
Ringkasan Keseluruhan seksyen Senarai Semak Kit Persediaan Senarai Isi Kandungan buku Malaysia Kita Penutup dan Doa
Kenapa GAGAL?
Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan calon-calon ujian bertulis ini tak kiralah PTD atau skim-skim yang lain. Anda boleh rujuk dalam ebook PERCUMA 27 Sebab kenapa Calon GAGAL Ujian PTD yang diedarkan secara percuma di blog http://tipsptd.com/blog Kenalpasti sebab gagal dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada anda. Anda harus baca ebook tersebut! Untuk tindakan pantas, kami senaraikan beberapa sebab penting yang mana antara lainnya, calon gagal sebab terlalu gemuruh! Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda hilang dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa exam lantas pulang awal sebab tak mampu lagi meneruskan exam tersebut. Kenapa mereka gemuruh? Kalau ianya memang satu symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada ubat. Ada beberapa ubat penenang yang anda boleh dapatkan di farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa panjang, kami sarankan anda mengambil ubat penenang yang merupakan tissue salt dari klinik perubatan homeopathy. Perubatan homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit lambat, tapi jika anda mengalami masalah gemuruh, eloklah mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada kesan sampingan berbanding ubat penenang yang dijual di farmasi. Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah disebabkan kecuaian calon tersebut. Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic jam lalu lewat ke tempat peperiksaan. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan lain-lain, tersilap masuk dewan peperiksaan, berada ditempat yang salah dan lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah persediaan fizikal yang perlu diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau sebelum peperiksaan, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya. Tolong ambil perhatian perkara ini kerana ianya penting dan selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat tulis ada, IC dan surat panggilan juga ada. Cuba tiba awal di pusat peperiksaan dan biarkan diri anda berasimilasi dengan suasana pusat peperiksaan tersebut. Amik nafas dalam-dalam dan cuba bermeditasi seketika. Bacalah doa-doa yang
anda belajar untuk menenangkan diri. Kami ada kongsikan doa di blog tipsptd untuk anda amalkan sebelum peperiksaan. Faktor kegagalan yang lain ialah anda terperanjat dengan soalan yang ditanya. Soalan terlalu banyak, diluar jangkaan, masa terhad dan sebagainya. Dalam kata lain ianya disimpulkan sebagai calon gagal sebab tak tahu format dan bentuk soalan yang bakal ditanya. Kami yakin setelah anda membaca nota Diskripsi Prima ini, masalah terkejut ini sudah tiada harapnya sebab anda tahu apa yang bakal anda lalui. Fahami dan tahu apa skop yang bakal ditanya juga jumlah soalannya supaya anda dapat bajet masa anda untuk peperiksaan ini. Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah lebih awal, tahu format, tahu skop yang bakal ditanya dan harapnya kejayaan menanti anda. Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam apa bidang sekalipun. Terlalu yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang ke satu natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang layak menduduki peperiksaan bertulis untuk skim PTD sahaja setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan calon yang dipanggil ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Jadi soalan yang dirangka ialah untuk menyingkirkan hampir 90% calon yang menduduki peperiksaan!! Anda akan dapati ada soalan yang tak masuk akal langsung seperti pengatahuan tentang jenis gendang kaum Penan dan sebagainya. Apa yang kami cuba sampaikan ialah tidak kiralah anda graduan kelas pertama ke kelas ketiga ke, anda tiada kelebihan masa itu. Anda perlu bersaing dengan semua orang yang dipanggil ke peperiksaan tersebut. Kebanyakan calon terlalu yakin dan pergi tanpa persediaan yang rapi. Kenapa anda harus jadi seperti mereka? Buat persediaan rapi, siapkan diri anda dengan maklumat yang diperlukan, hampir pasti anda bakal berada dalam kelompok yang bakal dipanggil ke PAC. Sekali lagi kami suka tegaskan, anda perlu bersedia, jangan pergi untuk sekadar mengambil peperiksaan sahaja, tapi pergi dengan persediaan yang rapi, ilmu penuh di dada dan untuk berjaya, bukan untuk menjadi calon kebanyakan! Faktor lain ialah, sangkut pada ujian Matematik. Tentang ujian Matematik, untuk graduan aliran Sains, tidak menjadi masalah utama, tapi untuk graduan aliran Sastera, ada sedikit masalah. Soalan bahagian ini sebenarnya tidak memerlukan anda memiliki kemahiran matematik yang tinggi, silibus nya Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 8
hanya sekadar matematik tingkatan 5 yang anda lulus dengan cemerlang 5-10 tahun yang lalu. Itu yang dinyatakan oleh pihak SPA, tapi bagi kami soalan hanya mencakupi silibus tingkatan 3, (campur, tolak, darab, bahagi, pecahan) dan tambahan kepada skil penyelesaian masalah. Yang selebihnya adalah analytical yang tak memerlukan anda membuat pengiraan langsung. Tak usah gelabah, anda baca soalan matematik tersebut dengan sedikit teliti dan kami pasti anda boleh menjawabnya. Jawab soalan dibahagian IQ dengan pantas dan luangkan lebih masa untuk bahagian matematik. Buatlah satu dua set ujian peperiksaan PMR dan cari beberapa soalan analitikal penyelesaian masalah dari internet. Tak susah, percayalah! Faktor lain ialah gagal menjawab soalan esei. Ini faktor kritikal, anda harus tahu isu semasa untuk menjawab soalan esei ini. Banyakkan membaca akhbar dan ambil peduli tentang isu-isu nasional sekarang. Luangkan masa menonton berita setiap malam mulai sekarang. Penting untuk anda mengetahui isu semasa, jangan main hentam sahaja dan akhirnya anda memberikan satu gambaran yang salah tentang isu tersebut. Sebolehnya kami tak nak membebel tentang isu ini, anda seorang graduan universiti, jadi anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan untuk memperkayakan diri anda dengan maklumat-maklumat ini. Dalam Diskripsi Prima ini dilampirkan juga bagaimana menulis esei dengan baik dan senarai tajuk-tajuk yang telah diperincikan mengikut kumpulan tertentu dan semua ini terserahlah kepada anda untuk ambil tindakan.
Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen
10
Ianya adalah pecahan berdasarkan pemerhatian dan feedback yang diterima oleh kami di tipsptd.com/blog sepanjang menyalurkan maklumat kepada pembaca-pembaca yang dahagakan maklumat mengenai peperiksaan PTD. Pecahan itu adalah sebagai panduan umum untuk memudahkan anda melakukan rujukan dan persediaan rapi dalam peperiksaan peringkat ini. Ianya bukanlah sesuatu yang rasmi, tetapi lebih kepada gambaran umum kepada anda. Dengan pembahagian ini, seharusnya anda akan jadi lebih jelas dan terarah dalam melakukan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan bertulis. Ramai yang menyatakan seksyen A ini adalah satu seksyen yang sengaja diadakan untuk memerangkap calon dan ianya sama-sekali tidak masuk akal kerana skop yang dirangkumi oleh seksyen ini terlalu luas. Bahkan dalam penghuraian seksyen ini oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri mereka menyatakan yang tiada rujukan khusus untuk persediaan seksyen ini. Dalam hebahan umum SPA menyatakan;
Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkaraperkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazahsiswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.
Tapi kami tetap berusaha untuk memudahkan anda dan kami akan tunjukkan melalui pemerhatian yang dibuat bagaimana soalan-soalan ini dibentuk sebenarnya dan bagaimana menyediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan seksyen A ini. Kami akan huraikan satu persatu pecahan bahagian yang telah dinyatakan sebelum ini beserta contoh-contoh soalan yang menggambarkan pecahan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan yang pecahan itu merupakan hasil pemerhatian kepada soalan-soalan yang lepas.
12
13
1. Berikut adalah syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 yang ditandatangani oleh Francis Light setelah meneliti tawaran dari Sultan Abdullah kecuali? a. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) harus melindungi Kedah b. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah c. SHTI hendaklah membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan d. SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang musuh e. SHTI boleh mengambil sebahagian kawasan lombong jajahan Kedah 2. Ketika Sultan Abdullah menyerang untuk mengambil semula Pulau Pinang, baginda mendapat bantuan dari banyak pihak seperti; a. Temasek b. Acheh c. Riau d. Raja Thai e. British 3. Kenapa Kedah menjadi tarikan UTAMA British? a. Kedudukan strategik Kedah di laluan antara timur dan barat b. Sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun untuk perdagangan dengan China c. Banyak barang dagangan di negeri Kedah yang dibawa dari Negara luar Seperti China d. Perkembangan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot di
Kepulauan Melayu e. Untuk dijadikan Pelabuhan persinggahan dan Pengkalan tentera 4. Penentangan Mat Salleh di Sabah pada tahun 1897 adalah rentetan peristiwa percubaan berunding pada tahun 1897 dengan Gabenor
a. Cukai yang tidak wajar b. Pembahagian kuasa jajahan daerah yang tidak adil c. Pengambilan hak penduduk keturunan Bajau dan Suluk d. Penindasan dan kekerasan pegawai SBUB e. Penguatkuasaan lesen perhutanan yang membebankan penduduk 5. Penentangan Dato Bahaman adalah disebabkan faktor.. a. Perlucutan gelaran oleh Hugh Clifford yang menjatuhkan maruah beliau sebagai orang besar jajahan b. Larangan mengutip cukai di daerah Temerloh c. Pembinaan Balai Polis di Lubuk Teruap yang merupakan kawasan Dato Bahaman d. Konflik kesetiaan kepada Raja e. Sultan Ahmad seperti dikuasai oleh British dan meminta bantuan Dato Bahaman 6. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Kebangsaan? 7. Perjuangan menuntut kemerdekaan melalui mata pena juga merupakan satu firqah yang berkesan yang menyumbang kepada kebangkitan
rakyat. Bagaimana ianya bermula? 8. Apakah Ibrahim yang Haji diperjuangkan Yaakob yang oleh Kesatuan Melayu Muda mereka pimpinan tersisih
akhirnya
menyebabkan
dalam pembentukan Tanah Melayu? Semua 10 soalan tersebut adalah soalan contoh yang merangkumi pecahan Sejarah Malaysia dalam Seksyen A. Harus diingatkan anda diberi pilihan jawapan yang hampir dan anda perlu berhati-hati dalam memilih jawapan. Pilihan jawapan selalunya 5 (a-e) berdasarkan format terdahulu, tetapi untuk kali ini tidak mustahil ada parubahan. Anda harus cepat dan pantas menjawab soalan-soalan ini. Jadi sebolehnya anda sediakan diri anda dengan pengetahuan yang komprehensif meliputi Sejarah Malaysia.
15
3. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai: a. Penubuhan ASEAN b. Penubuhan kawasan aman, bebas, dan berkecuali di Asia Tenggara c. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN d. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan
Kerajaan mereka ke atas Sabah e. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara Negara-negara ASEAN 4. Perlembagaan boleh dipinda dengan syarat tertentu yang antaranya sokongan 2/3 ahli dewan rakyat. Antara kepentingan pindaan
Perlembagaan yang harus dihayati: a. Mengikut kesesuaian idealogi kerajaan semasa b. Membuang mana-mana perlembagaan yang dianggap berat sebelah c. Membentuk satu pembaharuan yang menyeluruh d. Melindungi kepentingan rakyat e. Supaya tiada percanggahan dengan dasar dan polisi baru 5. Bidang pentadbiran Negara adalah yang berikut kecuali: a. Ekonomi b. Sosial c. Agama d. Keselamatan e. Pendidikan 6. Setiap kementerian di kerajaan Pusat mempunyai agensi-agensi yang mempunyai bidang kerja di bawah skop kerajaan pusat. Bagaimana pulak keadaan agensi di negeri-negeri? 7. Berikut adalah langkah carta alir dalam perlaksanaan Pilihanraya Umum yang betul.
17
8. Yang
manakah antara
yang
betul
dalam penyusunan hierarki kuasa dalam badan perundangan Negara? 9. Kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai peranan yang berbeza dalam beberapa aspek tetapi juga mempunyai senarai tugasan bersama. Manakah antara berikut termasuk dalam senarai tugasan bersama? 10. Komanwel ditubuhkan berdasarkan idea yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggotai oleh Negara-negara Dunia Ketiga dan tujuan utamanya ialah: Jangan lupa juga untuk melihat kembali struktur kementerian yang dirangka di bawah pentadbiran Dato Seri Najib beserta menteri-menteri yang bertanggungjawab. Di samping itu beri perhatian yang lebih mengenai jabatan-jabatan negeri dan juga tugasan kerajaan tempatan. Apakah bidang tugas kerajaan negeri dan apakah hak eksklusif kerajaan negeri yang tidak boleh ada campur tangan dari kerajaan pusat secara umumnya. Untuk bahagian pentadbiran kerajaan pusat, ambil maklum tentang perjalanan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan bagaimana fungsi kedua-dua dewan dalam melancarkan pentadbiran.
18
menyelesaikan masalah-masalah yang dilaporkan melalui Penghulu Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 19
kerajaan dalam mengukuhkan sistem subsidi minyak? a. Memansuhkan subsidi terus kepada minyak tetapi membayar rebat b. Memperkenalkan prima c. Memperkuatkan kawalan penyeludupan minyak oleh Negara jiran d. Mengkaji semula kaedah pemberian subsidi minyak Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 20 penggunaan minyak RON95 sebagai penggunaan
e. Menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif bahan bakar 3. Isu graduan menganggur adalah sesuatu yang dipandang serius oleh kerajaan bahkan kerajaan telah merangka dan melancarkan pelbagai pelan dalam menangani masalah ini. Antara berikut yang manakah bukan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah pengangguran: a. Gesaan kepada industri supaya mewujudkan skim latihan
sementara untuk meningkatkan kualiti modal insan b. Latihan keusahawanan kepada graduan c. Menggalakkan graduan menyertai industri kecil melalui
peruntukan melalui agensi-agensi seperti MARA dan TEKUN d. Mengkaji semula silibus universiti supaya melahirkan graduan yang diperlukan oleh industri e. Menyediakan kemahiran 4. Apakah tujuan utama Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 10 Mac 2009 yang lalu? 5. Antara perkara penting yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan medium penambahan nilai melalui kursus-kursus
Ekonomi ialah Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan. Apakah pakej lain yang diperkenalkan yang bersangkutan dengan pendidikan
Negara? 6. Isu H1N1 yang melanda Negara ditangani dengan baik dan dalam kawalan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah
21
pengisytiharan zon bebas kecuali: a. Kesesuaian kawasan b. Penyediaan kemudahan infrastruktur c. Populasi penduduk d. Langkah-langkah keselamatan bagi membenteras pelarian cukai e. Menentukan Pihak Berkuasa Zon dan keperluan berkaitan 2. Pengagihan kepada 3 anggaran bahagian perbelanjaan utama iaitu persekutuan tanggungan 2009 dibahagikan 11.6%,
sebanyak
pembangunan sebanyak 25.9% dan bekalan sebanyak 62.5%. Berapakah sebenarnya angka yang dianggarkan untuk urusan ini: a. RM207,899 juta b. RM107,899 juta c. RM307,899 juta Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 22
d. RM97,899 juta e. RM407.899 juta 3. Menteri Kewangan mempunyai bidang kuasa menambah dan mengeluarkan lebih peruntukan di bawah akta perbekalan, tetapi kebiasaannya peruntukan awal sudah memadai bagi setiap kementerian. Antara senarai kementerian di bawah, yang manakah mendapat peruntukan yang paling tinggi pada 2009? a. Kementerian Kesihatan b. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan c. Kementerian Pelajaran d. Kementerian Pengajian Tinggi e. Kementerian Pertahanan 4. Dasar Bioteknologi Negara yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi masih diteruskan oleh Dato Seri Najib Tun Abd Razak dan ianya memfokuskan 9 Inisiatif Utama. Yang manakah antara
berikut tidak termasuk dalam 9 Perkara tersebut: a. Pembangunan Bioteknologi Pertanian b. Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi c. Pembangunan Modal Insaniah d. Pembangunan Bioteknologi Perangkaan Molekular e. Pembangunan Bioteknologi Industri 5. Langkah mengukuhkan integriti pentadbiran Negara dilakukan dengan begitu proaktif antaranya mengekang dan membendung gejala rasuah. Antara langkah penting yang diambil kerajaan ialah: a. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menggantikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) b. Penubuhan Polis Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 23 Suruhanjaya Diraja bagi menilai tahap integriti
c. Pelantikan anggota SPRM yang bebas dan telus yang dipersetujui oleh majoriti ahli Dewan Rakyat d. Mempercepatkan urusan siasatan yang melibatkan rasuah terutama yang berprofil tinggi e. Memberi jaminan keselamatan kepada pemberi maklumat 6. Belanjawan tahun 1998 dalam keadaan ekonomi dan politik yang
kurang stabil telah mengemukakan 4 strategi utama. Manakah antara berikut tidak termasuk dalam strategi tersebut: a. Memperteguhkan asas ekonomi dan menstabilkan pasaran kewangan b. Mengekalkan pertumbuhan mapan c. Meneruskan proses deregulasi dan liberalisasi ekonomi d. Menghentikan besar e. Meneruskan menyeluruh 7. Pelan Induk Perindustrian Negara (PIP) 1986-1995 beberapa di bawah di Dasar bawah agenda sosial bagi pembangunan yang lebih sementara projek-projek yang menelan belanja
menggariskan
matlamat
sektor
perkilangan
sebagai
pemangkin
pertumbuhan
perindustrian Negara b. Menggalakkan sepenuhnya penggunaan sumber asli Negara c. Mengukuhkan tahap penyelidikan dan pembangunan d. Penubuhan dana khas untuk merancakkan perindustrian Negara e. Pembinaan asas tenaga mahir melalui R&D
24
a. Tun Mohamed Azmi Mohamed b. Tun Syed Sheikh Hassan Barakbah c. Tun Syed Ahmad Nasir d. Tun Abdul Hamid Omar e. Tun Abdul Hamid Mohamad 4. Bilakah Malaysia menjadi tuan rumah sukan Komanwel? a. Mei, 1998 b. Jun, 1998 c. Julai, 1998 d. Ogos, 1998 e. September, 1998 5. Di manakah ibu pejabat Sekretariat ASEAN? a. Jakarta, Indonesia b. Kuala Lumpur, Malaysia c. Singapura d. Bangkok, Tahiland e. Bandar Seri Begawan, Brunei 6. Singapura bersama Tanah Melayu pada tahun 1963 ketika gabungan Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia tetapi selepas itu keluar dari Malaysia dan menjadi Negara Republik. Tahun berapakah peristiwa itu berlaku? a. 1964 b. 1965 c. 1966 d. 1963 e. 1968
26
Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen
28
Seperti pada huraian sekyen A, kita akan pergi kepada analisis yang lebih mendalam tentang bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan contoh dan tips bagaimana untuk anda melakukan persediaan. Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi kami, bahagian ini adalah satu bahagian yang paling menyeronokkan. Untuk sesi sehingga 2009 - 2012, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini.
29
1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut: Peguambela: Yang dituduh tidak bersalah kerana dia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku Jururawat: Jika anda makan ubat ini 3 kali sehari, anda akan sembuh dengan segera Profesor Ekonomi: Keadaan inflasi di Malaysia akan berkurangan dalam masa 2 tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang Penganggur: Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong
Jawapan: D Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 30
memutuskan peguambela
secara sudah
muktamad pasti
adalah
hakim. anak
Tambahan
pula,
menyebelahi
guamnya.
Kenyataan
jururawat juga tidak boleh diterima kena jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi yang atau boleh ramalan diterima sahaja. kerana Hanya ia kenyataan satu
penganggur
sahaja
adalah
2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan Pada tujuan suatu coklat melarikan hari Y harta itu daripada ke kedai dan yang dan telah
mempunyainya. mengambil
telah tidak
pergi
sebungkus
dengan
membayar
memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tetapi sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah:
a. Tidak bersalah kerana dia sanggup membayar coklat tersebut. b. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya. c. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran d. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dia
mengambil coklat itu dengan sengaja. e. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf.
Jawapan: C Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, melarikan harta itu daripada yang mempunyainya. Dengan itu Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 31
Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C. 3. Ali perlu menyiapkan tugasan sekolahnya. Ali menjadikan Pak Mat sebagai responden. Pak Mat memelihara kambing, ayam, arnab dan lembu.
Ali: Pak Mat, berapa ekor binatang peliharaan Pak Mat? Pak Mat: Tak banyak..Adala 60 kaki kambing, 20 kaki ayam, 40 kaki arnab, 80 kaki lembu.
4. Terdapat 4 profesyen; pemaju perumahan, pengedar, pengilang dan peruncit. Terdapat 4 nama, yang setiap satunya tidak berturutan dengan profesyen tadi: Jamal, Jamil, Mazlan, Razali. Jamal dan pengedar adalah tidak sehaluan dgn peruncit. Mazlan dan pengilang adalah sehaluan dengan Razali. Peruncit dan Jamil adalah adik beradik kepada pemaju perumahan. Soalan: Siapakah Razali?
Agak mengelirukan bukan? Sekali lagi, tip yang penting ialah anda garis atau tulis semula isi penting semasa membaca soalan. Ianya penting kerana anda tak punya masa yang panjang untuk berfikir. Kami sarankan anda mencuba set soalan melalui laman web di bawah. Ianya dalam bahasa Inggeris tetapi amat berguna untuk menajamkan potensi pemikiran pantas anda. Soalan-soalan di dalam web tersebut ringkas tetapi cukup membuatkan anda untuk berfikir. Jadi objektif latihan ini ialah mengaktifkan daya pemikiran logik anda semula. Layari;
32
http://www.scribd.com/doc/17020656/IQ-Test
Kebiasaannya, ianya mencakupi pengiraan, congakan dan unjuran melalui data yang diberikan. Contohnya, anda diberikan satu situasi pembayaran cukai tahun ini berserta peratusan yang perlu dibayar dan anda disuruh mengira berapa jumlah yang harus dibayar untuk tahun seterusnya pula. Untuk memudahkan pemahaman anda, di sini disertakan antara contoh soalan dalam bahagian ini yang menguji aspek bagaimana anda menginterpretasi data; Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :Kadar cukai Di Malaysia
0 - 5000 2,500 @ 6% + 2,500 @ 9% 5,000 - 7,500 5,000 + 2,500 12% 7,500 - 10,000 7,500 + 2,500 15% 10,000 - 15,000 10,000 + 5,000 20% 15,000 - 20,000 15,000 + 5,000 25% 20,000 - 25,000 20,000 + 5,000 30% 25,000 - 35,000 25,000 + 10,000 35% 35,000 - 50,000 35,000 + 15,000 40% = 150 = 225 = 375 = 300 = 675 = 375 = 1,050 = 1,000 = 2,050 = 1,250 = 3,350 = 1,500 = 4,800 = 3,500 = 8,300 = 6,000
33
50,000 - 75,000
75,000 - 100,000
1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah A. RM 815 B. RM 825 C. RM 820 D. RM 1,050 Jawapan - B
2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?
3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?
A. RM 3,000 B. RM 5,000 C. RM 3,500 D. RM 4,500 E. RM 4,750 Jawapan - C Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 34
Contoh soalan di atas ialah soalan yang diedarkan oleh pihak SPA dan bertujuan memberikan gambaran awal bagaimana sebenarnya ianya disoal. Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudah bersedia?
Bagi bahagian matematik ini, mengikut 'feedback' yang diterima kebiasaannya soalan di bahagian tengah adalah soalan yang agak sukar atau agak melengahkan masa. Anda hanya akan membazirkan masa jika bersungguh-sungguh ingin menyelesaikan semua soalan mengikut turutan. Sebaiknya, selesaikan semua soalan yang ringkas dan mudah terlebih dahulu. Kami yakin yang anda tidak akan kesuntukan masa namun jika ini berlaku, operasi tembakan rawak boleh dijalankan. Tapi biarlah ianya menjadi senjata terakhir anda! Apa yang penting untuk seksyen ini ialah minda anda haruslah cekap mengira. Berikut adalah contoh soalan dalam pecahan soalan matematik bagi seksyen B; 1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut a. 28 b. 49 c. 56 d. 62 e. 64 Jawapan: A Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 35
Pengiraan: Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28 2. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus? a. 27 b. 30 c. 33 d. 36 e. 37 Jawapan: A 3. Guru-guru dan ibubapa di SMKA Arau mengutip derma kilat untuk mangsa gempa bumi Indonesia mengikut nisbah 5:9. Ibubapa telah mengutip sebanyak RM4500. Kirakan jumlah derma yang dikutip. a. b. c. d. e. RM2000 RM2500 RM5000 RM7000 RM9000
4. Jarak antara pekan M dengan pekan N ialah 200KM. Sebuah bas meninggalkan pekan M dan tiba di pekan N pada jam 11.20 a.m dengan laju purata 80km/j. Pada pukul berapakah bas itu meninggalkan pekan M? a. b. c. d. e. 8.30 a.m 8.50 a.m 9.30 a.m 9.50 a.m 10.10 a.m
5. Cari median bagi taburan nombor ini: |23|25|23|23|24|25|24|25| a. b. c. d. e. 23.5 24 24.5 25 25.5 Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 36
7. Jadual di bawah menunjukkan nilai pembolehubah x dan y untuk fungsi y=2x2 3x - 2. Carikan nilai p x y a. b. c. d. e. -2 1 2 3 0 -1 P 0 -2 1 -3 2 0
8. x(x-2y)-(y-x)2 = a. y2 b. 2x2-y2 c. 2xy-y2 d. -2xy-y2 e. y2-x 9. Husna mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan. a. 2.05 b. 5.55 c. 8.45 d. 10.55 e. 9.65 10. Bundarkan 309628 kepada ribu yang hampir a. 309000 b. 309600 c. 310000 d. 310600 e. 310028 Tak susah bukan? Kebanyakannya boleh dicongak dengan mudah dan sebahagiannya memerlukan anda melakukan sedikit pengiraan dan selebihnya berkaitan konsep matematik yang asas. Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 37
Sekali lagi disarankan, anda cuba set-set soalan matematik PMR dan SPM bukan untuk belajar semula, tetapi mengasah balik kecekapan anda dalam matematik. Benda seperti ini bila ditinggalkan dan kita pula selalu dengan penggunaan kalkulator akan membuatkan daya congakan kita sedikit tumpul. Jadi tajamkan semula dengan melihat set-set soalan peperiksaan.
1. Manakah antara lima binatang di bawah sangat berbeza dari empat ekor yang lain? a. Kuda b. Rusa c. Kangaroo d. Lembu e. Monyet
2. Apakah
nombor
yang
seterusnya
selepas
susunan
ini:
|144|121|200|81|64| a. 17 b. 19 c. 36 d. 49 e. 50
38
3. Afraha suka 400 tetapi tidak suka 300; dia suka 100 tetapi tidak suka 99; dia suka 3600 tetapi tidak suka 3700. Yang mana satu dia suka?
39
40
Harap anda dapat gambaran bagaimana soalan dalam pecahan terakhir seksyen B iaitu Pemerhatian dan Logik. Anda boleh lakukan sedikit latihan untuk jenis soalan ini di website di bawah. Luangkan sedikit masa anda untuk lakukan latihan;
http://www.iqtestforfree.com/ http://www.quickiqtest.net/
Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 41
peperiksaan. Untuk format 2010, soalan ditambah dari 20 soalan menjadi 40 soalan. Untuk kali ini, ianya dijadikan 20 soalan sahaja. Anda diberikan masa 35 minit untuk menjawab soalan-soalan dalam seksyen ini. Sekali lagi formatnya untuk tahun 2012 seperti yang dimaklumkan oleh pihak SPA; Tempoh: 35 minit Jumlah Soalan: 20 soalan
Dalam bahagian ini anda akan diberikan petikan esei dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap esei pula kebiasaannya mengandungi antara 300 400 patah perkataan. Untuk yang sebelum ini, pembahagian soalan adalah soalan pengertian esei dan pemindahan maklumat manakali baki soalan adalah mengenai kemahiran tatabahasa dan kosa kata. Semua soalan adalah berpandukan esei yang diberikan dan jangan sesekali menggunakan logik akal anda dalam bahagian ini. Untuk memudahkan anda, kami cerakinkan apa yang perlu anda grab semasa membaca esei tersebut;
1. Objektif esei tersebut 2. Penerangan atau buah fikiran penulis yang berkait terus dengan tajuk esei tersebut 3. Kandungan esei tersebut secara kolektif sama ada merujuk kepada sesuatu isu dan dinyatakan dengan sinis 4. Pendirian penulis dalam mengolah tajuk tersebut 5. Isi penting yang dinyatakan secara khusus melalui perenggan Seksyen C: Contoh soalan untuk Bahasa Melayu dan Inggeris Esei Bahasa Melayu Takhta juga menjadi pemerintah atau pemutus mengenai sesuatu perkara. kerajaan. Raja mempunyai kata
Baginda kadang-kadang mewakilkan kuasa itu kepada Memanda Menteri atau Bendahara dan kadangkala menjalankan tugas pemerintahan itu oleh baginda sendiri. Di sini timbulnya istilah Kerajaan yang berasal dari konsep raja yang bekerja. Takhta juga menjalankan peranan sebagai bahan pengadilan, tempat tiap-tiap kes itu dijalankan di hadapan raja di dalam istana, dan rajalah yang menjadi hakim dan memberi kata putus. Sejarah Melayu telah menunjukkan bahawa Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat baginda sebagai hakim. Kemudian, Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 43
baginda menyesal di atas hukuman itu. Nasib Hang Tuah tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan oleh Bendahara. Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat itu tidak dilaksanakan secara berkesan oleh seseorang raja, maka tugas itu telah diserahkan dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya. Dalam konteks moden, ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh Parlimen sebagai badan membuat undang-undang pemerintah atau Kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman sebagai badan pengadilan. Di negara kita, takhta masih kekal sebagai satu simbol lambang perpaduan, sebagai tempat memohon belas kasihan dan pengampunan, dan sebagai gedung pengurniaan bintang-bintang kehormatan. Sejarah telah menunjukkan juga bahawa setengah-setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu kepada 240 buah dalam abad ke dua puluh hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta. Takhta Merak Kayangan di Iran dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takhta, kononnya Takhta Merak Pahlavi tidak melebihi kuasa yang ada padanya. Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya penasihat-penasihat istana ini adalah terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat. Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemaraan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya. 1.Mengikut penulis : A. Raja-raja pemerintah harus diberi kuasa penuh. B. Raja-raja pemerintah patut dihapuskan. C. Raja-raja pemerintah patut menyerah balik kuasa. D. Raja-raja pemerintah patut hanya bertugas sebagai penaung dan pemerintah dibuat oleh rakyat sendiri. Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 44
E. Raja-raja pemerintah patut berkecuali. Jawapan - D 2.Mengikut pendapat penulis, Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka kerana A. Sultan mempunyai kuasa yang penuh. B. Sultan juga bertindak sebagai hakim. C. Hang Tuah telah melakukan kesalahan. D. Hang Tuah mencemar Sultan. E. Hang Tuah telah menderhaka. Jawapan - B 3.Mengikut pendapat penulis, kejatuhan institusi Raja-raja pemerintah adalah disebabkan A. Raja B. Raja C. Raja D. Raja E. Raja Jawapan yang zalim. tidak mendengar kata rakyat. yang tidak peka. tidak tahu memerintah. telah diberi salah nasihat oleh penasihat-penasihat istana. - E
Esei Bahasa Inggeris Wanted urgently : a national energy policy. An Inventory of Malaysias resource, both conventional and non conventional. A projection of national energy needs for the century. Energy is one of the major issues of the moment and will continue to be for a long time vet particularly for the developing countries, Malaysia included. The countrys known oil reserves are estimated at only about a billion barrels. It is expected, therefore, to become a net oil importer in about six or seven year. The fact that a Cabinet Committee on energy exists to deal with policy issues in this area surfaced again recently. In fact the committee was set up in 1978 but it has operated in such a low key that it is scarcely heard of or from. Likewise the second tier committee of officials which is charged with making recommendations to Ministers and to oversee the implementation of their decisions seem to have led an equally shadowy existence. This suggest the status of energy has yet to be raised to that of a major policy concern, even though pronouncements by top leaders such as The Prime Minister fully reflect their awareness of the seriousness Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 45
of the problems that loom ahead. Take the Fourth Malaysia Plan for example. After pouring over the 400 odd pages document, the reader will find it difficult to resist the conclusion that the energy dimension has not been given an adequate treatment, although it is obvious that no country in todays circumstances can set out a framework for development without it. The long discussion on an appropriate economic strategy for the 1980s does not refer to energy even in passing while the chapter under which energy has been dumped together with utilities is silent about plans diversifying the energy base. If one is looking for specific details about the four-fuel strategy announced by The Prime Minister several months ago and reiterated by A Cabinet Minister more recently, one will be disappointed. Nothing is said about a master plan for the use of gas in the country, expected to be prepared by World Bank by World Bank experts. Nor about the prospects for using local coals for power generation and what of the progress of the studies undertaken by West German consultants in Sarawak? These were aimed at determining the feasibility of harnessing the vast hydro potential the Pelagus rapids and the Balui river and the feasibility of a submarine cable system for transmitting power to Peninsular Malaysia 600 or so miles across the South China Sea. 4.In this passage the author : A. Is optimistic that Malaysia can solve its future energy problem. B. Is pessimistic about Malaysias future energy situation. C. Is of the opinion that the government is not very concerned with future energy problem. D. Feels that there must be a greater effort by the government to study the future energy supply and demand. E. Is pessimistic about the capability of Malaysia to solve its energy problem. Correct Answer - D
5.According to the author as, as far as future needs of energy are concerned, the immediated step to be taken by the government is : A. B. C. D. E. To To To To To drill more oil. use hydro power from Pelagus and Balui. carry out a national energy resources survey. use the coal resources. use oil resources. Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 46
Correct Answer - C 6.According to the author of one is interested to know details about Malaysias future energy situation A. One must read the Fourth Malaysia Plan. B. One must read the Prime Ministers recent announcement. C. One cannot find detail anywhere. D. One has to see the Cabinet Committee Report. E. One has to see the Annual Economic Report. Correct Answer C
Contoh doalan diatas adalah soalan yang merangkumi 'kemahiran memindahkan maklumat dan kefahaman esei. Ianya sebenarnya menguji kemahiran anda memahami esei tersebut dan memindahkan maklumat dengan betul. Ianya lebih kepada skill baca dan paham. Anda tidak akan menghadapi masalah dalam seksyen ini, apa yang perlu ialah baca dengan teliti dan jawab dengan cepat. Ada calon yang leka membaca dan akhirnya masa tidak mencukupi. Cepatkan pembacaan anda! Untuk bahagian kosa kata dan tatabahasa, soalan-soalan asas kemahiran 'grammar' dan lain-lain merangkumi baki soalan dan rasanya ianya bukanlah satu masalah besar untuk graduan universiti seperti anda!
47
Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen
Penerangan Format
Seksyen ini menghendaki anda mengarang sebuah esei dari 3 tajuk pilihan yang diberikan. Anda hanya perlu pilih satu sahaja. Anda diberikan masa 60 minit untuk menyiapkan esei tersebut dan ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sejak tahun 2009. Sekali lagi formatnya untuk Mei 2012 ini; Tempoh: 60 minit Jumlah Soalan: 3 soalan Pilih 1 sahaja Panjang esei: 300 hingga 500 perkataan sahaja
Seksyen ini menguji penguasaan Bahasa Melayu anda dan tujuan utama ialah melihat bagaimana anda melontarkan idea. Tajuk-tajuk yang diberikan selalunya menggalakkan anda memberi pandangan dan pemikiran terhadap masalah atau isu yang ditimbulkan. Selain itu ianya juga menguji kepekaan anda terhadap sesuatu isu ataupun lebih senang dikatakan ianya berkaitan dengan isu semasa. Jika anda tahu isu yang dinyatakan, anda akan lebih mudah merangka dan mula mengarang.
Sedikit tip dari kami, menulislah dengan menggunakan idea yang anda dapat dari pembacaan sumbersumber prima ataupun yang selari dengan kehendak pemerintah. Anda boleh melakukan counter argument jika nak, tapi sebaiknya susunlah isi-isi anda dengan penuh tersusun dan ianya melambangkan kebijakan dan bukan emosi anda. Antara contoh soalan esei yang PERNAH KELUAR;
Kesesakan lalulintas di Malaysia terutama di Bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur sentiasa menjadi masalah kepada penduduk. Bincangkan cara-cara menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas. Wabak H1N1 yang melanda Negara ketika ini mencetuskan satu fenomena yang mencemaskan. Bagaimana membendung penularan wabak penyakit berjangkit seperti? Cadangkan langkah yang perlu diambil untuk pemuliharaan khazanah Negara yang menjadi nadi Malaysia terutama dalam industri Pelancongan. meningkatkan dan identiti
49
Bioteknologi merupakan cabang baru yang mampu membina ekonomi Negara seperti yang dibuktikan oleh Netherland. Dengan kepercayaan dan potensi itu, bagaimana Dasar Bioteknologi yang dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan diteruskan oleh Dato Seri Najib dapat menyumbang ke arah peningkatan ekonomi Malaysia? Apakah kesan Bajet 2008 kepada pembangunan modal insan Negara? Antara peranan penting yang dimainkan oleh media ialah untuk memupuk integrasi nasional. Bincangkan bagaimanakah unsur-unsur integrasi nasional ini dizahirkan dalam rancangan di media elektronik dan beri contoh yang sewajarnya. Peningkatan kadar jenayah di Malaysia amat membimbangkan. Bincangkan cara-cara mengurangkan kadar jenayah di Malaysia. Konsep e-kerajaan dibangunkan selari dengan perkembangan dan pelancaran Multimedia Super Coridor (MSC). Bagaimana membina kesedaran rakyat tentang kemudahan ini dan bagaimana ianya menyumbang kepada keberkesanan perkihidmatan ini kepada rakyat. Dengan perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan e-mel bukan sahaja dapat diakses melalui komputer tetapi juga melalui telefon bimbit dan televisyen. Hal ini meningkatkan nilai komersil internet dan emel dalam perniagaan siber. Bincangkan kesan-kesan penggunaan internet dan e-mel secara meluas ini.
50
Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen
Seksyen ini menghendaki anda mengarang sebuah esei dalam Bahasa Inggeris dari 3 tajuk pilihan yang diberikan. Anda hanya perlu pilih satu sahaja. Anda diberikan masa 60 minit untuk menyiapkan esei tersebut. Yang membezakannya dari Esei Bahasa Melayu ialah jumlah perkataannya kurang sedikit dari esei Bahasa Melayu. Ringkasan formatnya;
Tempoh: 60 minit Jumlah Soalan: 3 soalan Pilih 1 sahaja Panjang esei: 200 hingga 300 perkataan sahaja
Objektif utama selain apa yang disebut dalam seksyen esei Bahasa Melayu ialah ianya untuk menguji kemahiran Bahasa Inggeris anda kerana itu adalah satu kekuatan yang perlu ada kepada seorang pegawai Perkhidmatan Awam lebih-lebih lagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Tip bagaimana menulis dan generate idea akan diterangkan selepas ini. Apa yang penting ialah anda cuba tulis dan tunjukkan kemahiran menulis dalam berbahasa Inggeris anda berada pada tahap yang baik. Jangan lupa etika melontarkan idea dan seperti yang telah disebutkan, biarkan idea itu selari dengan hasrat kerajaan dan jangan melawan arus. Satu point contradiction mungkin boleh dimasukkan dalam perenggan counter argument untuk menunjukkan yang anda sentiasa terbuka.
Contoh soalan esei Bahasa Inggeris adalah seperti berikut; The Government is taking the problem of corruption seriously and they are taking steps to eradicate it. Discuss the measures the Government has taken to deal with this problem.
52
What preventive measures have the Government taken with regard to natural disasters such as landslides and flooding?
The
stimulus
package
announced
by
the
Government
has
had
positive effect on the country. How has this made an impact on our country's Human Capital development? The standard of sport in the country is unsatisfactory. Discuss on what are the measures that can be taken to improve the
standard? The Malaysian governmenrt is tackling the problem of unemployment by introducing various schemes and programmes for unemployed
graduates. What else do you think that can be done to tackle this problem?
Untuk menulis esei dengan baik, anda harus merancang bagaimana flow esei anda. Tapi terlebih dahulu, anda kena faham dan tahu tajuk yang anda pilih berdasarkan isu yang anda sendiri pernah baca dan maklumi. Pilih tajuk berdasarkan apa yang anda tahu dan bukan apa yang anda suka. Kemudian mulalah merancang penulisan anda. Mulakan dengan sesi brainstorming menggunakan teknik 5 Wives, 1 Husband iaitu What, Why, Where, Who, When, dan How. Kami perincikan ianya seperti di bawah; Contoh soalan; Bagaimana anda melihat isu penderaan pembantu rumah yang hangat diperkatakan pertengahan tahun ini yang melibatkan hubungan MalaysiaIndonesia? Bincangkan.
What : Apakah masalah sebenarnya, contoh kes (Nirmala Bonat etc) Where: Di mana ianya berlaku? When: Bila masalah ini berbangkit? Who: Melibatkan siapa? Menteri luar? Why: Punca Masalah penderaan ini, salah agensi? Majikan? How: Penyelesaian Masalah penderaan ini, perlu kepada akta baru?
Setelah itu rancang pemerengganan esei anda. Hal ini sangat penting dan ianya menunjukkan yang anda seorang yang kemas dan teratur. Jika boleh dicadangkan sistem pemerengganan yang ideal; Perenggan 1: Pendahuluan Perenggan 2-4: Isi dan huraian + contoh Perenggan 5: Counter argument Perenggan 6: Penutup Peruntukkan 10 minit awal untuk merangka esei anda supaya ianya kemas dan teratur. Tunjukkan kematangan anda semasa melontarkan idea dalam perenggan counter-argument dalam perenggan khas sebelum penutup yang menunjukkan anda terbuka untuk perbincangan dan rasional dalam menerima pendapat.
54
Kalau nak dibicarakan isu-isu yang perlu diberi perhatian, boleh dikatakan tidak mampu untuk disenaraikan, terlalu banyak dan terlalu umum. Anda harus berusaha sendiri ke arah itu. Tapi diharapkan supaya penyenaraian ini memberikan sedikit impak terhadap persediaan anda. Isu Sukan o Mutu bolasepak o Pingat Emas Olimpik (Pingat Emas Pertama Malaysia) o Piala Thomas o Masalah kewangan persatuan sukan Isu Pendidikan o NKRA Pendidikan o Jumlah subjek SPM o Bantuan Kewangan untuk pelajar (di bawah GTP) Isu Politik o Perhimpunan haram o Kesepaduan kerajaan pusat dan negeri o Pemansuhan ISA Isu Kesihatan o Selsema burung o Selsema babi o Kawalan kemasukan pintu sempadan o Mutu perkhidmatan kesihatan Isu Sosial o Along o Isu perkauman o Masalah remaja o Rokok tegar o Penderaan pembantu rumah Isu Nasional o Mutu pengangkutan awam o Masalah banjir o Kesesakan trafik o Isu kadar tambang bas dan teksi o Isu minyak o Kenaikan harga barang o 1Malaysia Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 55
Isu Dasar luar o Keamanan di Indonesia o Pelancongan lumpuh kerana H1N1 o Dasar luar Amerika di bawah Barack Obama Isu ekonomi o Pakej rangsangan ekonomi o Bajet untuk GTP o Keadaan ekonomi serantau Isu alam sekitar o Jerebu o Pencemaran alam sekitar o Pencemaran sungai o Peruntukan khas kempen Recycle Ini adalah antara isu-isu yang yang boleh diberi perhatian. Semudahnya anda lakukan
penyenaraian mengikut kategori seperti di atas, jadi pembacaan suratkhabar dan berita anda akan menjadi lebih spesifik dan pengumpulan maklumat anda akan menjadi lebih tersusun. Satu lagi pastikan yang esei anda nanti berdasarkan sumber-sumber prima yang selari dengan hasrat kerajaan. Anda boleh membaca pendapat umum dari bloggers tapi anda harus ingat yang pendapat dalam esei lebih kepada fakta dan huraian yang berpadanan dengan polisi dan kehendak kerajaan. Anda boleh rujuk dari sumber-sumber di bawah untuk isu-isu nasional;
http://www.iim.com.my/index.php (Integriti Malaysia) http://www.malaysia.gov.my/ (Semua isu penting Negara, Bioteknologi etc) http://www.pmo.gov.my/ (Koleksi ucapan, dasar, menteri etc) http://www.1malaysia.com.my (Laman web integrasi 1Malaysia) Kami telah memilih beberapa tajuk penting dan nota disediakan untuk anda bersama Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik yang anda miliki ini. Mudah-mudahan ianya memudahkan persediaan anda. Tetapi oleh sebab isu semasa ini satu skop yang luas, kami sarankan agar anda membuat sedikit homework atau cuba baca akhbar setiap hari mulai sekarang. Masih belum terlambat untuk anda memulakan langkah ini!
56
Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen
57
E. Sangat Tidak Setuju Bagi kertas sahsiah diri, soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan dinilai. Saya selalu katakan dan banyak kali juga diutarakan oleh penulis Team Tips PTD yang anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang.
59
Buku sejarah PMR & SPM Buku Malaysia Kita Pengajian AM Akhbar http://www.malaysia.gov.my/
60 soalan 45 minit
-BDaya Menyelesaikan Masalah Penyelesaian masalah Menginterpretasi Data Soalan Matematik Pemerhatian dan logik
45 soalan 40 minit
-C-
20 soalan 35 minit
Objektif Esei Penerangan atau buah fikiran penulis yang berkait terus dgn esei Kandungan esei secara kolektif merujuk kepada sesuatu isu secara sinis Pendirian penulis Isi khusus melalui perenggan Akhbar dan Berita
3 pilih 1 60 minit
Senarai Semak
Anda perlu semak semua kelengkapan anda untuk menduduki peperiksaan yang penting ini untuk mengelakkan sebarang masalah nanti. 1. Pastikan anda bawa kad pengenalan dan surat panggilan peperiksaan 2. Pastikan pensel, pen dan pemadam yang dibawa adalah betul-betul mencukupi untuk keseluruhan peperiksaan pada hari tersebut. Jangan berharap agar calon lain akan meminjamkan alat tulis mereka kepada anda. Bawa juga kelengkapan lain yang dirasakan perlu. 3. Kelengkapan peribadi anda seperti pakaian solat dan lain-lain menadangkan ianya akan dilakukan sepanjang hari dari pagi sehingga petang 4. Bekal makanan supaya anda tidak kalut mencari makanan tengah hari. Tiada makanan dari pihak SPA dan kemungkinan cafe/kantin sesak dan anda akan buang masa sekiranya anda menunggu lama untuk membeli makanan disamping menambahkan kekalutan anda. 5. Survey dahulu di mana letaknya pusat peperiksaan anda (jikalau boleh sebelum hari peperiksaan) dan pastikan anda sampai 15 - 20 minit sebelum peperiksaan bermula bagi mengelakkan sebarang kelewatan. 6. Gunakan masa untuk memenuhkan butiran diri serta hitamkan butiran diri pada kertas OMR bagi memastikan anda punya lebih banyak masa terluang selepas itu. 7. Mengikut pengalaman yang lepas, anda tidak boleh menggunakan kalkulator, jadi bersedialah untuk itu. Beri perhatian kepada 7 perkara ini dan mudah-mudahan anda tidak tertinggal barang penting dan menjawab soalan dengan tenang dan yakin tanpa gangguan yang menyebabkan anda kalah sebelum bersilat.
61
Kit Persediaan
v Antara tujuan utama diperincikan setiap seksyen adalah memudahkan anda membuat persediaan. Contohnya seksyen A, jika anda membuat persediaan membuta tuli, anda tak akan dapat cover semua jenis soalan dan mungkin anda akan tertinggal bahagian-bahagian yang penting. Sama juga untuk setiap seksyen yang lain. v Sebagai tindakan segera, dapatkan buku Malaysia Kita atau rujukan Pengajian Am untuk menyiapkan diri anda dengan soalan seksyen A. v Jika anda gagal mendapatkan buku itu di pasaran, kami senaraikan tajuk-tajuk yang terkandung dalam buku tersebut di mukasurat seterusnya dengan tujuan anda tahu maklumat apa yang perlu anda cari sama ada melalui internet atau buku-buku yang lain yang ada dalam simpanan anda. v Jadikan jadual Ringkasan pada mukasurat 59 itu sebagai rujukan dalam anda menyiapkan diri anda untuk menjawab soalan kertas peperiksaan ini. v v Jangan lupa layari semua link yang telah diberi untuk rujukan tambahan. Dalam pakej ini disertakan nota-nota isu semasa yang komprehensif mencakupi 4 sektor utama. Baca dan ambil tahu semua maklumat itu. Tiada jaminan soalan mengenai isu itu akan ditanya, tapi sedikit sebanyak akan membantu sekiranya ada soalan-soalan yang berkaitan. Ianya dirangka dengan memilih tajuk-tajuk spesifik yang anda tak boleh guna logik akal, bahkan memerlukan fakta. Jadi penuhkan benak kepala anda dengan fakta-fakta yang diberikan. v Kami yakin anda akan tersenyum bila melihat soalan-soalan nanti dan percayalah, rasa cuak, nervous anda akan hilang sama sekali di dewan nanti kerana anda dah tahu bagaimana formatnya, anda dah sediakan diri anda dengan rapi dan terperinci atau dengan kata lain, anda tahu apa yang calon lain tidak tahu! Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 62
63
Sistem pemerintahan Malaysia Sistem kerajaan berparlimen Susunan jentera pentadbiran kerajaan persekutuan Sistem pentadbiran kerajaan negeri Agensi-agensi kerajaan Perlaksanaan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan Kaedah kecemerlangan mutu perkhidmatan awam Tatatertib dalam perkhidmatan awam Etika perkhidmatan awam Malaysia Pembaharuan pentadbiran untuk pembangunan negara
Bab 5: Pengurusan ekonomi Malaysia Struktur ekonomi Malaysia Perkembangan ekonomi negara selepas merdeka Dasar ekonomi baru Strategi ekonomi selepas tahun 1990 Sistem dan dasar belanjawan negara Malaysia Cabaran semasa ekonomi Malaysia Ekonomi Malaysia tahun 1999 Bab 6: Rancangan pembangunan negara dan dasar-dasar utama negara Malaysia Rancangan pembangunan Malaysia lima tahun Dasar pembangunan nasional Dasar perindustrian negara Dasar pensyarikatan Malaysia Dasar penswastaan Dasar pertanian negara Bab 7: Sistem pendidikan dan perpaduan negara Malaysia Sejarah pendidikan negara Malaysia Dasar pendidikan kebangsaan Struktur dan falsafah pendidikan negara Konsep perpaduan dan integrasi nasional Masalah perpaduan di Malaysia Mengekalkan perpaduan Bab 8 : Dasar luar negara Malaysia Pertahanan dan keselamatan negara Malaysia Ancaman terhadap keselamatan negara Langkah-langkah keselamatan Dasar luar negara Malaysia Malaysia dan hubungan serantau Malaysia dan politik antarabangsa Dimensi baru dasar luar Malaysia Bab 9 : Negara Malaysia hari ini Malaysia di bawah kepimpinan Dr. Mahathir Malaysia melangkah ke hadapan Malaysia menuju ke era teknologi maklumat Malaysia dalam arena antarabangsa Ekonomi Malaysia hari ini Malaysia pada ambang globalisasi Malaysia pada tahun 1998
Jadi untuk yang tidak memiliki buku ini, semak pengetahuan anda melalui tajuk-tajuk ini, sekiranya anda tidak tahu, cari di internet tentang maklumat yang berkaitan! Pencarian anda semestinya lebih terarah dengan adanya tajuk-tajuk yang disenaraikan tadi. Salam kejayaan untuk anda! Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 64
Penutup
Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan anda lebih keyakinan untuk menduduki peperiksaan bertulis kemasukan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 12 Mei 2012 nanti. Ambil tindakan dan mulakan langkah anda secepat mungkin. Lagi cepat anda bermula, lagi cepat anda yakin pada diri anda. Gunakan sepenuhnya semua sumber rujukan yang diberikan dan yakinlah dengan melakukan itu anda sudah SERATUS LANGKAH melebihi calon-calon yang lain! Akhir sekali untuk yang beragama Islam, percaya pada rezeki yang dikurniakan olehNya kerana kadangkala usaha yang bersungguh-sungguh tanpa tawakkal dan percaya pada kurniaanNya pun, tidak akan membawa apa-apa makna. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan penuh harapan. Cubalah sebaik mungkin dan semoga berjaya! Jangan lupa juga tawakal dan berserah kepada Tuhan. Anda harus sedar semuanya datang dari Allah dan yang penting sepanjang peperiksaan bertulis ini ialah ketenangan, kelancaran dan buah fikiran yang datang mencurah-curah. Bacalah doa-doa dan ayat quran terpilih untuk tujuan itu. Antara amalan biasa yang selalu dibaca untuk menenangkan diri dan bersesuaian dengan peperiksaan ini ialah;
Surah Al-Inshirah Doa dipermudahkan Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki
Salam kejayaan untuk anda semua!! Sukses selalu dari Team Tips PTD. Layarikan blog tipsptd di http://tipsptd.com/blog untuk perkongsian terbaru dan berkongsi pengalaman dan pendapat dengan rakan-rakan yang lain. Kami menanti anda di sana! Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 65