Anda di halaman 1dari 21

1.

PERSOALAN KAJIAN
Etika pelajar dalam menaiki kenderaan awam, terutamanya bas di sekitar UKM ini menjadi
fenomena dan perbualan oleh sesetengah individu, bukan sahaja pelajar tempatan, malah
pelajar asing yang menetap di UKM juga.
Antara persoalan yang mencetuskan idea untuk mendalami kajian ini adalah :

Di manakah letaknya sikap toleransi pelajar terhadap penumpang-penumpang bas


yang lain?
Tanggungjawab pelajar tehadap sensitiviti kebersihan kawasan pesekitaran?

Justeru, persoalan-persoalan di atas mendorong kepada aspek dan pemahaman


yang lebih mendalam mengenai tajuk kajian. Perkara yang ingin dirungkaikan dalam
kajian ini adalah mengenai kaitan antara EQ dengan IQ dalam slot kehidupan seseorang
individu. Hal ini demikian kerana, pepatah yang mengatakan masyarakat berminda kelas
pertama bagaikan masih terawang-awang apabila masyarakat sewenang-wenangnya
mengikut emosi dalam setiap tindakan.
Banyak contoh yang boleh dilihat, antaranya pengabaian etika ketika menaiki
kenderaan awam, membuang sampah sesuka hati, merokok di tempat yang dilarang, malah
golongan terpelajar seperti mahasiswa universiti juga tidak terkecuali. Program-program
berbentuk kerohanian juga banyak dianjurkan untuk mendidik emosi masyarakat,
terutamanya generasi Y. Namun, penyertaan mereka sekadar mencukupkan syarat. Justeru,
persoalan yang ingin dikaji adalah :

Sejauh manakah pelajar UKM menitikberatkan nilai-nilai murni dengan keperluan


pembelajaran masa kini?
Kredibiliti pelajar sebagai mahasiswa universiti dipandang serong?
Kemampuan individu untuk berjaya atas tiket kemahiran intelektual (IQ) sematamata?

2.0

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau pemikiran pelajar dalam menitikberatkan
kecerdasan emosi (EQ) seiring dengan kecerdasan intelektual (IQ). Persoalan-persoalan
seperti nilai-nilai murni dalam keperluan pembelajaran masa kini, tanggapan masyarakat
terhadap mahasiswa, kejayaan individu atas tiket ketinggian IQ semata-mata dan juga
tekanan emosi pelajar mendorong kepada tujuan kajian ini dilakukan.
Nilai murni yang dipraktikkan dalam kehidupan pelajar sangat dititikberatkan atas
faktor keperluan industri yang memerlukan pekerja berkemahiran IQ dan juga EQ. Antara
nilai murni yang ingin dikaji ialah :
1.
2.
3.
4.

Nilai murni hormat-menghormati terutamanya terhadap pemandu bas.


Nilai bertegur-sapa sesama warga UKM.
Nilai menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian.
Nilai prihatin.

Perkara ini dikaji kerana Kemahiran EQ dan kemahiran IQ merupakan dua perkara
yang sangat berbeza. Kebanyakan individu khususnya pelajar hanya memberi tumpuan
kepada aspek IQ melebihi aspek EQ sedangkan kedua-dua perkara ini sepatutnya diberi
perhatian secara sama-rata sekiranya ingin menjadi seorang individu yang cemerlang.

3.0

BATASAN KAJIAN
2

Kajian IQ dan EQ ini dibataskan terhadap para pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Hal ini demikian kerana, individu-individu ini adalah pelajar baharu yang
merasai suasana kampus di UKM dan kebanyakannya adalah berbeza daripada suasana
tempat tinggal sebelum ini. Emosi pelajar-pelajar ini adalah kurang stabil dalam
penyesuaian suasana baharu. Jadi, respon mereka juga harus dititikberatkan dalam analisis
kajian ini.
Selain itu, responden-responden dari Kolej Pendeta Zaba mendominasi kajian ini
dan selebihnya terdiri daripada Kolej Ibu Zain dan Kolej Dato Onn. Kolej pendeta Zaba
merupakan kolej yang terletak di Lingkungan kedua dan merupakan kolej paling jauh
antara kolej-kolej lain di UKM. Begitu juga dengan Kolej Ibu Zain yang dikelilingi oleh
hutan dan pergerakan penghuni-penghuni kolej ini juga terbatas, terutamanya pada waktu
malam kerana ketiadaan bas yang meredah hutan untuk menelusuri masuk ke kolej
kediaman mereka. Oleh hal yang demikian, faktor lokasi kolej-kolej ini menyebabkan
kajian ini difokuskan terhadap penghuni-penghuni kolej tersebut kerana hal ini juga berkait
rapat dengan emosi responden-responden tersebut. Selain itu, kami juga meluaskan skop
kajian kami dengan menjalankan kaji selidik di beberapa fakulti yang terpilih iaitu Fakulti
Kejuruteraan dan Alam Bina serta Fakulti Sains dan Teknologi.

4.0

KAEDAH KAJIAN
3

Semasa menjalankan kajian ini, sumber-sumber berilmiah dan berkualiti adalah sangat
penting dalam penentuan hasil kajian yang bakal diperoleh. Justeru, kaedah kajian yang
dipilih adalah bersumberkan resensi kepustakaan dan juga berdasarkan borang soal selidik
yang diedarkan.
Kajian ini dilakukan melalui kaedah resensi kepustakaan. Hal ini bemaksud,
sebahagian daripada maklumat dan data yang diperoleh adalah melalui pencarian bahan
sama ada sumber primer mahupun sekunder. Sumber-sumber ini didapati di Perpustakaan
Tun Sri Lanang. Bahan-bahan tersebut juga boleh didapati dalam bentuk artikel, jurnal,
mikrofilem, video, internet dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sumber yang digunakan
dalam kajian ini adalah melalui internet. Malah, sumber artikel dan jurnal juga didapati
secara atas talian memandangkan teknologi masa kini yang semakin canggih. Jurnal dan
bahan ilmiah ini masing-masing boleh didapati dengan melayari Google Scholar dan juga
Google Books.
Borang soal selidik juga telah diedarkan kepada 90 orang pelajar UKM mulai 12
hingga 31 Oktober 2014 dalam kalangan pelajar tahun satu di Kolej Pendeta Zaba, Kolej
Dato Onn dan Kolej Ibu Zain. Borang soal selidik juga diedarkan di Fakulti Sains dan
Teknologi, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

5.0

KAJIAN LEPAS
4

Golongan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sudah sinonim dimata masyarakat
sebagai aset negara yang bakal menentukan hala tuju serta wawasan negara kerana mereka
merupakan asset semulajadi negara yang akan memimpin dalam segenap aspek (Rosli,
Diana & Norizzati). Oleh itu, graduan yang bakal dihasikan mestilah dilengkapi dengan
persediaan IQ dan EQ yang seimbang.
Persediaan EQ amat penting untuk bakal graduan kerana perlunya
kebergantungan pelajar kepada EQ bagi menghasilkan prestasi kerja yang optimum lantas
mempengaruhi perkembangan organisasi (Keat). Selain itu, ini juga kerana peranan EQ
yang mendominasi dalam menentukan prestasi kerja sebanyak 80% berbanding IQ yang
hanya 20 peratus (Kirch, Tucker & Kirch, 2001; Martinez, 1997).
Hasil kajian mendapati perkembangan emosi pelajar mempengaruhi
perkembangan intelek pelajar. Ini boleh dilihat menerusi penulisan artikel Asmawati (2010)
tentang dapatan hasil kajian Khadijah Zon. Menurut pandangan guru-guru pelatih
Universiti Sains Malaysia, kebersihan fizikal pelajar mempunyai korelasi yang erat dalam
pembentukan jati diri pelajar. Menerusi Dime Experiment (Kristjan, 2010) pula
menunjukkan bahawa suasana yang positif mampu mewujudkan sikap ingin membantu
orang lain
Sehubungan dengan itu, institusi pendidikan memainkan peranan yang penting
dalam membentuk perkembangan emosi pelajar. Kekerapan pensyarah berinteraksi dengan
pelajar membuatkan mereka orang yang paling akrab dengan pelajar yang secara tidak
langsung memudahkan untuk membentuk moral pelajar (Mohamad Khairi & Asmawati,
2010). Menurut Robiah Sidin (1998), IPT pada era ini perlu berperanan dalam melatih
dan menghasilkan pelajar yang berkualiti dan bermoral serta memenuhi ciri-ciri keperluan
industri masa. Pendekatan pendidikan moral yang bergantung kepada pembelajaran teori
juga berkait dengan pembangunan dan pembentukan moral pelajar (Chander, Wan Hasmah,
Fauziah & Munimah, 2014). Pihak universiti dianggap telah gagal dalam mendidik nilai
moral pelajar apabila banyak masalah moral berlaku seperti penyalahgunaan dadah,
keganasan serta kurangnya nilai kesantunan. Persepsi ini dinyatakan oleh Terrence
Sandalow (1991):
The belief is widespread that universities have failed to attend adequately to the
moral development of their students,
Di Malaysia, kajian Indeks Belia Malaysia oleh Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia telah mengemukakan bahawa ada 9 aras petanda
kesejahteraan belia. Menurut Hamzah, Suandi, Krauss, Hamzah & Tamam (2014), 9 aras
tersebut termasuklah pembangunan diri, hubungan sosial, identiti, potensi diri, masa
lapang, kesihatan, pengaruh media, sifat individualistik dan kedudukan kewangan. Dalam
Kajian oleh Rosli (2013), antara program-program yang boleh dilaksanakan oleh pihak
universiti bagi membangunkan nilai moral pelajar seperti yang dicadangkan oleh ialah:
1. Program penasihat akademik dan sahsiah pelajar
2. Program mentor mentee
5

3. Felo luar kampus


4. Aktiviti dengan kerjasama polis
5. Program motivasi oleh ikon masyarakat dengan penekanan unsur nilai murni dan
keagamaan.
Kesimpulannya, pembentukan nilai murni pelajar perlu ditekankan dalam sistem
pendidikan di Malaysia.

6.0

PERKEMBANGAN EQ DAN IQ DALAM PENDIDIKAN


6

Dalam mengharungi arus persaingan globalisasi ini, masyarakat semakin bijak dalam
mengatur jalan hidup untuk mendapat hasil yang sangat memuskan di kemudian hari.
Malah, kanak-kanak yang berumur seawal 4 tahun sudah diajak untuk ke taska lantaran
menginginkan sesuatu yang lebih dalam diri anak masing-masing. Walau bagaimanapun,
hal ini dianggap sangat tidak relevan kerana zaman kanak-kanak mereka telah dirampas,
lantas tidak ada kemahiran yang dibina sejak kecil dan tiada sesuatu yang boleh dikenang.
Kebanyakan masyarakat memandang enteng terhadap perkara ini, namun
sebenarnya kemahiran emosi, atau lebih mudah dipanggil EQ boleh dibina dan dididik
dalam diri seseorang sejak kecil. Jadi, yang dikejar adalah bukan kemahiran intelektual
semata-mata, malah golongan terpelajar ini haruslah dilengkapi dengan nilai-nilai murni
dan slot-slot emosi yang membawa kecemerlangan.
Menurut Salovey & Mayer (1993), 80% kejayaan seseorang adalah dari
kemahiran emosi yang terbentuk dalam diri dan hanya 20% sahaja kejayaan tersebut
adalah dari kemahiran intelektual. Justeru, kemahiran emosi seperti disiplin diri, tabah
menghadapi situasi negatif dan juga daya kreatif sangat mudah dibentuk dalam diri
seseorang sejak kecil, dan bukannya menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat-pusat
pembelajaran. Apabila meningkat dewasa dan menjadi mahasiswa mahasiswi universiti,
masyarakat sekeliling sudah tetapkan dalam minda dan sedia tahu bahawa pelajar-pelajar
ini sudah pasti memiliki kemahiran intelektual yang tinggi kerana berjaya menjejakkan
kaki ke menara gading. Justeru, perkara yang dipandang oleh masyarakat adalah emosi dan
etika mahasiswa tersebut dalam menangani masalah-masalah kritikal. Oleh hal yang
demikian, kajian ini dijalankan agar dapat merungkai faktor yang membawa para pelajar
ini terlalu obses dalam mengejar akademik dan meninggalkan kemahiran emosi jauh di
belakang.

6.1

Definisi
Kemahiran intelektual (IQ) atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Intelectual Quotient
merujuk kepada kepintaran minda yang dimiliki oleh seseorang individu. Manakala
kemahiran emosi (EQ) atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Emotional Quotient
ditakrrifkan sebagai keupayaan seseorang itu dalam menyelesaikan masalah dan konflik
yang melanda diri mereka.
Ramai individu telah mengutarakan pandangan mereka mengenai IQ secara lebih
terperinci. Salah seorang ialah Young (1996). Menurut Young, IQ ditakrifkan sebagai
suatu subset dari kecerdasan sosial yang merujuk kepada kebolehan seseorang meneliti
emosi atau perasaan dirinya atau orang lain, membezakan emosi ini dan menggunakannya
sebagai panduan membentuk suatu cara berfikir dan membentuk tindakan.
Definisi EQ juga ditakrifkan dengan lebih terperinci oleh Goleman (1995).
Goleman telah memandang luas aspek EQ yang mengandungi beberapa ciri-ciri seperti
memahami emosi sendiri (knowing one's emotions), kebolehan mengendalikan emosi
7

(managing one's emotion), memotivasikan diri (motivating oneself), menyedari emosi


orang lain (recognizing emotions in others) dan mengendalikan hubungan sillaturrahim
dengan orang Iain (handling relationships).
6.2

Ciri-ciri Kemahiran emosi


Setiap manusia dikurniakan dengan perasaan-perasaan halus dalam jiwa masing-masing.
Perasaan-perasaan itu merangkumi aspek marah, degil, suka, benci, iri hati, teruja dan
sebagainya (Hamid, M. A. A., 2005). Setiap individu itu pasti dapat merasai apa yang
terlintas di hatinya. Justeru, terpulang kepada individu itu sendiri dalam mengendalikan
emosi yang merajai hatinya. Hadis sahih seperti yang diriwayatkan oleh Sayidah
Syafiyyah binti Huyay, bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Syaitan (Jin) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah
yang mengalir dalam tubuhnya. Sebagaimana berjalannya syaitan dalam tubuh seseorang,
begitu juga mengalirnya emosi yang mempengaruhi akal dan tindak tanduk.
Ciri-ciri kemahiran emosi yang seharusnya terbentuk dalam diri seseorang adalah
bergantung kepada situasi semasa yang sedang dihadapi (Tim Beranda Agency, 2009).
Antaranya, kemahiran seseorang dalam mengawal tindakannya apabila menghadapi situasi
cemas seperti lambat ke tempat kerja mahupun ke kuliah. Pada waktu ini, tahap hormon
adrenalin seseorang dikatakan meningkat ke suatu tahap. Pada masa yang sama, kadar
degupan jantung akan meningkat lalu mempengaruhi keputusan dan tindakan yang bakal
diambil oleh seseorang. Oleh hal yang demikian, seorang pelajar yang cemelang dari segi
EQ pasti bijak menguruskan masa dengan baik. Walau menghadapi situasi cemas sekali
pun, seseorang itu seharusnya bijak menangani masalah tersebut tanpa melibatkan
keselamatan masyarakat sekeliling.
Selain itu, ciri-ciri lain yang boleh dikenalpasti adalah keupayaan pelajar dalam
mengawal emosi apabila menghadapi tekanan pelajaran dan bebanan tanggungjawab
dalam jawatan yang disandang. Jadi, disiplin masa adalah penting dalam pembahagian
tugasan sebagai pelajar dan juga sebagai pemimpin dalam sesebuah persatuan. Apabila
sesebuah persatuan itu dipimpin oleh individu yang berintelektual dan pandai mengawal
emosi, maka perjalanan organisasi tersebut akan berjalan lancar. Pada kebiasaannya,
pelajar yang aktif akademik dan aktiviti sosialnya adalah pelajar yang cemerlang. Pada
waktu pagi, jadualnya dipenuhi dengan kuliah dan waktu petang pula dihabiskan dengan
proses melengkapkan kertas kerja. Pelajar tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk
menyiapkan tugasan kuliah terlebih dahulu sebelum menghadiri aktiviti-aktiviti kolej
mahupun persatuan.
Kebersihan luaran juga dipandang sebagai suatu ciri dalam kemahiran pengurusan
emosi. Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah suasana kebersihan tempat tinggal
dan juga kebersihan di tempat belajar. Tempat yang bersih didapati menyebabkan
suasana pembelajaran seseorang menjadi lebih efektif. Sekiranya meja pelajar juga sudah
bersemut, melekit dan dipenuhi dengan sampah sarap, lalu tahap konsentrasi mahasiswa
8

atau mahasiswi tersebut akan terbantut kerana konsentrasi tersebut sudah terbahagi
kepada dua, iaitu antara penumpuan terhadap pelajaran dengan penumpuan terhadap
faktor-faktor sekeliling. Oleh hal yang demikian, pelajar juga harus belajar mengawal
tekanan dan emosi dalam pelajaran agar masa yang ada tidak hanya diruang lingkupkan
terhadap akademik sahaja, malah persekitaran juga turut dititikberatkan.

6.3

Faktor-faktor Pengabaian Pengurusan Emosi


Pengabaian terhadap pengurusan emosi adalah bergantung kepada situasi dan
kepentingan peribadi masing-masing. Seperti yang telah dibincangkan, masyarakat pada
era globalisasi ini hanya melihat pada daya intelektual dan keuntungan semata-mata.
Masyarakat kurang didedahkan dengan etika dalam kehidupan. Sekiranya ada, hanya
segelintir sahaja yang memandang kepada aktiviti-aktiviti ke arah pembentukan emosi
dan akhlak. Contohnya, Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang dilancarkan pada 11
Januari 2005 mendapat sambutan yang hangat di peringkat sekolah. Namun, apabila
mencapai tahap pengajian tinggi, mahasiswa mula lupa tentang kempen-kempen yang
dianjurkan seperti ini. Bukan itu sahaja, amalan bertegur sapa antara pelajar dengan guru
yang biasa dipraktikkan pada zaman sekolah seakan pudar apabila masuk ke alam
universiti. Alasannya, pelajar tidak dapat mengenalpasti rupa pensyarah atas faktor cara
pemakaian yang hampir serupa.
Faktor kekangan masa juga turut menjadi alasan bagi kebanyakan pelajar di
Universiti Kebangsaan Malaysia yang lewat untuk ke kuliah ataupun ke tempat-tempat
perjumpaan. mereka akan bertindak tergesa-gesa dengan berebut-rebut menaiki bas tanpa
menghiraukan penumpang yang ingin turun terlebih dahulu, bertolak-tolak di tangga
malah ada yang mengambil inisiatif untuk tidak hadir ke tempat yang sepatutnya dituju.
Pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa, better late than never. Biar lambat sekali
pun, asalkan pelajar mendapat informasi yang ingin disampaikan walaupun sedikit. Oleh
hal yang demikian, pelajar harus bijak mengawal emosi agar tidak menyusahkan dan
membahayakan keselamatan orang lain.
Selain itu, pengabaian emosi juga adalah disebabkan oleh faktor tekanan. Hal ini
merujuk kepada tekanan pelajaran dan bebanan tanggungjawab dalam jawatan yang
disandang. Menurut akhbar Sinar Harian (November, 2013), seorang pelajar UKM
jurusan perubatan dipercayai membunuh diri kerana tidak tahan dengan suasana tekanan
di tempat belajar dan ingin menukar kos, namun tidak depersetujui oleh kedua-dua ibu
bapanya. Kejadian ini berlaku ketika cuti semester apabila Aivern Loo ditemui meninggal
dunia kerana menggantungkan dirinya pada gril tingkap di bilik ibu bapanya. Oleh hal
yang demikian, pelajar haruslah bijak dalam mengawal emosi dan tidak sewajarnya
memendam masalah seorang diri. Keluar melakukan aktiviti riadah dan juga
mendapatkan nasihat daripada pakar merupakan antara jalan yang terbaik untuk
menangani situasi seperti ini.
9

Kebersihan luaran juga dipandang sebagai suatu ciri dalam kemahiran pengurusan
emosi. Umum mengetahui bahawa kehidupan seorang pelajar tidak lari daripada sistem
peperiksaan dan juga kertas kerja yang bertimbun. Jadi, apabila seseorang itu terlalu
fokus dalam menguruskan akademik masing-masing tanpa menghiraukan aktiviti-aktiviti
yang berlaku di persekitaran mereka, adalah tidak relevan sekiranya kebersihan bilik dan
tandas di kolej kediaman masing-masing dipandang serius. Sebelum melangkah ke
kuliah, sudah tentu pelajar tergesa-gesa untuk bersiap, terutamanya pada waktu pagi.
Bukan sahaja di bilik tidur, malah kebersihan tandas di aras masing-masing uga
dipandang sebelah mata oleh sesetengah warga kolej. Apabila melihat tandas tersumbat
dan digenangi dengan air, kebanyakan pelajar hanya berdiam diri dan menunggu tukang
cuci untuk membersihkannya. Hal ini demikian kerana, perkara yang penting bagi
mereka adalah bersiap-siap membersihkan diri dan seterusnya melangkah ke bilik untuk
melaksanakan kertas kerja masing-masing. Sekiranya orang luar datang membuat lawatan
ke kolej masing-masing, justeru taraf pelajar sebagai mahasiswa mahasiswi universiti
hanya akan dipandang sebelah mata oleh masyarakat luar.

6.4

Kaitan EQ dengan IQ individu


Kemahiran dalam mengawal emosi berkait rapat dengan kemahiran intelektual. EQ dan
IQ haruslah saling bekerjasama dalam kawalan minda seseorang. Berdasarkan buku yang
ditulis oleh Mohd. Azhar Abdul Hamid:
kedua-dua fungsi EQ dan IQ terletak pada kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri.
Kedua-dua fungsi hemisfera ini saling saling bekerjasama antara satu sama lain bagi
memperoleh hasil pemikiran dan emosi yang berkesan .
Justeru itu, fungsi EQ sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada fungsi IQ kerana
kedua-duanya saling bekerjasama dalam menentukan kecemelangan seseorang.
Emosi yang stabil adalah penting untuk berfikir secara kritis. Oleh hal yang
demikian, emosi yang terganggu sedikit sebanyak akan mencacatkan hasil yang bakal
diperoleh kelak. Individu tersebut berada dalam keadaan resah gelisah dan tertekan
sehingga tidak tahu tindakan yang sewajarnya diambil. Oleh hal yang demikian, dewasa
ini banyak kes yang melibatkan gangguan mental dalam kalangan pelajar, lantas
membawa kepada kes bunuh diri dan juga pembunuhan sekeluaga lantaran perkara yang
difikirkan oleh individu tersebut sudah melebihi batas yang seharusnya. Justeru, emosi
yang tidak stabil merencatkan pemikiran dan kemahiran intelektual seseorang.
Nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab dan bertimbang rasa merupakan salah
satu daripada amalan kemahiran emosi kerana mengaitkan EQ seseorang dengan IQ yang
dimiliki. Hal ini demikian kerana, nilai-nilai murni ini telah dipelajari dalam subjek
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sejak di bangku sekolah lagi. Sekiranya nilainilai murni ini diamalkan sepanjang masa, maka kemahiran IQ yang dibina dalam diri
dianggap mencapai suatu tahap yang memberangsangkan kerana amali yang dilakukan,
10

sejajar dengan teori yang dipelajari. Sungguh pun seseorang itu memiliki IQ yang sangat
tinggi, namun tidak semestinya individu tersebut memilik EQ yang selaras dengan IQ
yang dimilikinya. Justeru, seseorang yang mempunyai tahap EQ yang tinggi diyakini
bijak dalam hal ehwal akademiknya juga.

6.5

Kaedah Meningkatkan EQ seiring dengan IQ


Beberapa langkah telah dikenalpasti dapat meningkatkan kemahiran emosi dalam diri
seseorang. Antara langkah tersebut adalah menyedari emosi orang lain, mengendalikan
hubungan silaturrahim dengan orang lain, hubungan kerjasama dan juga kaedah
penyelesaian konflik (Hamid, M. A. A,. 2005). Langkah-langkah ini bukanlah boleh
dikuasai dalam masa yang singkat kerana memerlukan amalan secara konsisten dalam
pelaksanaannya. Justeru, penerapan disiplin ilmu dalam kalangan anak-anak sejak kecil
adalah sangat penting dalam melahirkan graduan dan juga warganegara yang beinovasi
tinggi. Masyarakat harus berani melakukan perubahan dengan tidak hanya memberikan
didikan IQ kepada anak-anak.
Kaedah yang dinyatakan dalam buku tersebut mengatakan bahawa individu itu
haruslah menyedari emosi masyarakat di sekitarnya. Terdapat banyak situasi yang boleh
diserap daripada hasil pemerhatian di UKM, antaranya adalah sikap toleransi pelajar
dalam memberi tempat duduk kepada penumpang bas lain yang lebih memerlukan. Selain
pelajar dari dalam negara, pelajar daripada luar negara juga diserap masuk untuk belajar
di UKM. Jadi, dalam kalangan pelajar-pelajar asing tersebut ada segelintir bilangan yang
sudah mendirikan rumah-tangga dan mempunyai anak yang masih kecil. Segelintir
daripada golongan tersebut terpaksa mengendong anak ketika menaiki bas. Justeru,
pelajar juga haruslah mengambil kira perasaan golongan tersebut yang harus bersusahpayah menahan daya tekanan di dalam bas sambil mengendong anak masing-masing.
Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak lagi situasi yang menyebabkan tekanan terhadap
emosi orang lain seperti perasaan tukang cuci tandas di setiap kolej apabila pelajar
dengan sengaja tidak mengendahkan kekotoran di depan mata. Sikap pentingkan diri
perlu dihakis dalam pelbagai situasi agar dapat menjamin keharmonian hubungan
masyarakat setempat khususnya

11

7.0

DAPATAN KAJIAN
Kajian berkaitan IQ dan EQ ini dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia melibatkan
pelajar tahun satu. Bahagian A adalah data Demografi responden berdasarkan borang soal
selidik yang telah diedarkan kepada 90 orang pelajar UKM mulai 12 hingga 31 Oktober
2014 dalam kalangan pelajar tahun satu. Dari segi kaum, 83.3 peratus adalah kaum
Melayu, 6.7 peratus kaum India, 3.3 peratus kaum Cina dan 6.7 peratus adalah daripada
lain-lain kaum. Selain itu, 83.3 peratus responden beragama Islam, 6.7 peratus beragama
Hindu, 3.3 peratus beragama Buddha dan 6.7 peratus daripada lain-lain agama.
Responden terdiri daripada pelajar yang tinggal di beberapa kolej terpilih, iaitu
41.2 peratus responden adalah dari kalangan penghuni Kolej Pendeta Zaba, 23.3 peratus
Kolej Dato Onn, 33.3 peratus Kolej Ibu Zain dan 2.2 peratus adalah daripada lain-lain
kolej, seperti Kolej Ibrahim Yakub, Kolej Rahim Kajai, Kolej Keris Mas dan Kolej
Aminuddin Baki.
Responden terlibat juga terdiri daripada pelajar tahun satu di beberapa fakulti,
iaitu 35.6 peratus responden adalah daripada Fakulti Sains dan Teknologi, 22.2 peratus
pula daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, 21.1 peratus daripada fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan serta 21.1 peratus daripada lain-lain fakulti. Selain itu, sebanyak
54.9 peratus responden tidak memegang sebarang jawatan dalam sesebuah aktiviti
persatuan. Selebihnya, hanya 45.1 peratus responden bergiat aktif dan bertanggungjawab
memegang peranan dalam kelab atau persatuan masing-masing, seperti Ahli
Jawatankuasa Kerohanian, Pengerusi Kelab Protokol, Timbalan Exco Sukan Kelab
Ekonomi dan juga Ahli Jawatankuasa Biro ICT.
Bahagian B dalam kajian ini berkaitan maklum balas responden tentang situasi
semasa di sekeliling responden. Secara keseluruhannya, dapatan kajian pada bahagian B
adalah seperti berikut:
Jadual 1: Peratusan pendapat peribadi responden.
Butiran

(1) Sinki dan tandas di kolej sentiasa


tersumbat.
(2) Saya sering melihat tuala wanita disumbat
ke dalam lubang tandas.
(3) Saya melaporkan kekotoran tandas kepada
tukang cuci.
(4) Saya membiarkan sahaja air bertakung
selepas mencuci pakaian.
12

Tidak
setuju
(%)
24.4

Kurang
setuju
(%)
17.8

Tidak
pasti
(%)
12.2

Setuju Sangat
setuju
(%)
(%)
36.7
8.9

35.6

20.0

22.2

20.0

2.2

37.8

18.9

25.6

15.6

2.2

65.5

15.6

12.2

5.5

1.1

(5) Saya selalu terlupa untuk flush tandas


selepas mengggunakannya

86.7

11.1

2.2

0.0

0.0

(6) Saya tidak mengutip sampah yang melekat


pada penapis di bilik air.
(7) Saya bertindak membuang rintangan
seperti kayu ataupun sampah yang
membahayakan pengguna jalan raya
(8) Saya sentiasa mengucapkan terima kasih
kepada pemandu bas.
(9) Saya memberi ruang kepada penumpang di
dalam bas untuk keluar terlebih dahulu.
(10) Saya memberi ruang kepada golongan
OKU dan juga warga emas untuk duduk.
(11) Saya sering membuang sampah melalui
tingkap kereta.
(12) Saya memandu di lorong kecemasan
walaupun tidak mempunyai sebarang
kepentingan.
(13) Saya memandu sambil memasang radio
dengan kuat.
(14) Saya mengotorkan tempat duduk di
panggung wayang dengan sisa makanan.
(15) Saya menjerit dengan kuat di panggung
wayang kerana terlalu teruja dengan cerita
yang ditayangkan.
(16) Pelajar bertegur sapa dan memberi salam
kepada pensyarah di UKM adalah perkara
yang biasa dilihat.
(17) Pinggan dan cawan dibiarkan sahaja di atas
meja setelah selesai makan walaupun
besen telah disediakan.
(18) Saya meletakkan semula buku yang telah
dibaca di rak
yang betul.

37.8

15.6

28.9

15.6

2.1

11.1

6.7

31.1

24.4

23.4

3.3

5.6

20.0

53.3

17.8

0.0

1.1

15.6

56.7

26.6

0.0

1.1

4.4

52.2

42.3

71.1

18.9

6.6

3.4

0.0

77.8

11.1

7.8

3.3

0.0

53.3

15.6

14.4

13.3

3.4

72.2

17.8

5.5

3.3

1.1

70.0

12.2

12.2

4.4

1.2

11.1

17.8

38.9

26.7

5.5

48.9

22.2

14.4

13.3

1.2

2.2

1.1

10.0

55.6

31.1

13

Berdasarkan jadual 1, berikut adalah pecahan-pecahan graf yang dirangka berdasarkan


butiran-butiran dalam borang soal selidik:
(1) Sinki dan tandas di kolej sentiasa tersumbat.
Graf 1: Kebersihan bilik mandi di kolej kediaman

Keadaan Sinki dan Tandas di Kolej Tersumbat


35
30
25

Keadaan Sinki dan Tandas Tersumbat

20
15
10
5
0

Tidak setuju

Kurang setuju

Tidak pasti

Setuju

Sangat setuju

(7) Saya bertindak membuang rintangan seperti kayu ataupun sampah yang
membahayakan pengguna jalan raya.
Graf 2 : Keprihatinan pelajar terhadap keadaan jalan raya.

Sikap Prihatin Pelajar Terhadap Keadaan Jalan Raya


35
30
25
20
15
10
5
0

Pelajar bertindak membuang


rintangan seperti kayu
ataupun sampah yang
membahayakan pengguna
jalan raya

14

(8) Saya sentiasa mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas.


Graf 3: Nilai berterima kasih dalam diri pelajar.

Kekerapan Ungkapan Terima Kasih dalam Kalangan Pelajar


60
50
40

Pelajar sentiasa
mengucapkan terima kasih
kepada pemandu bas

30
20
10
0

(12) Saya memandu di lorong kecemasan walaupun tidak mempunyai sebarang


kepentingan.
Graf 4: Peratusan penyalahgunaan lorong kecemasan.

Penyalahgunaan Lorong Kecemasan


90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Pelajar menyalahgunakan
lorong kecemasan tanpa
sebarang kepentingan

15

(16) Pelajar bertegur sapa dan memberi salam kepada pensyarah di UKM adalah perkara yang
biasa dilihat.
Graf 5: Nilai bertegur sapa dalam diri pelajar.

Kekerapan Pelajar Bertegur-sapa di Antara Warga Universiti


45
40
35
30
25
20
15
10
5
0

Kekerapan pelajar bertegur-sapa antara warga universiti

Tidak setuju

Kurang setuju

Tidak pasti

Setuju

Sangat setuju

(17) Pinggan dan cawan dibiarkan sahaja di atas meja setelah selesai makan walaupun besen
telah disediakan.
Graf 6:Sikap tanggungjawab dalam diri pelajar.

Pelajar Membiarkan Pinggan dan Cawan di Atas Meja Setelah Selesai Makan
60
50
40
30
20
10
0

Pelajar membiarkan pinggan


dan cawan di atas meja
setelah selesai makan

16

PERBINCANGAN
Gambaran IQ pelajar dalam kajian ini dibuat melalui soalan yang telah dikemukakan pada
bahagian C, iaitu berkenaan kekerapan seseorang pelajar yang dijadikan sebagai tempat
rujukan akademik oleh rakan-rakan sekuliah. Hampir separuh responden, iaitu 42.2
peratus responden tidak pernah dijadikan sebagai tempat rujukan oleh pelajar-pelajar lain
untuk bertanyakan soalan. Hal ini adalah berdasarkan beberapa faktor seperti kurang
pengetahuan dalam subjek tersebut, tutorial yang diberikan oleh pensyarah tidak lengkap
dan juga kurang kemahiran interaksi untuk memberi penerangan berkenaan topik yang
disoal. Selebihnya, 57.8 peratus responden dijadikan sebagai rujukan sekiranya tidak
memahami sesuatu topik ataupun terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam
tutorial yang diberi oleh pensyarah. Hal ini demikian kerana, golongan ini bijak dalam
pengurusan masa dan sering membuat perbincangan secara berkumpulan agar dapat
bertukar-tukar pendapat. Hal ini menggambarkan nilai EQ yang tinggi dalam kalangan
pelajar. Justeru itu, EQ yang mantap mampu untuk meningkatkan IQ seseorang melalui
pengurusan masa yang efektif dan konsisten serta keterbukaan dalam penerimaan idea
dan pemahaman yang berbeza.
Tahap EQ responden juga diuji dengan situasi ragut terhadap seorang makcik di
sebuah pusat beli-belah. Berdasarkan keseluruhan jawapan yang diberikan, 100 peratus
dari kalangan reponden bertindak melalui perantaraan. Perantaraan yang dimaksudkan
adalah melalui pihak yang lebih berkuasa seperti polis, pengawal keselamatan dan juga
kelompok masyarakat di sekitar tempat kejadian. Hal ini dikaitkan dengan faktor umur
responden, iaitu antara 17 hingga 20 tahun. Keadaan ini menggambarkan bahawa tindakan
yang diambil oleh responden adalah bersesuaian dengan faktor umur yang masih muda
dan kurang keberanian untuk bertidak dan berhadapan dengan peragut itu sendiri. Terdapat
responden yang bertindak menenangkan perasaan si mangsa. Hal ini juga menggambarkan
nilai EQ yang baik kerana responden itu sendiri bukan sekadar memiliki bersimpati
dengan nasib si mangsa, malah mempunyai nilai empati terhadap kemalangan yang
berlaku.
Graf pada soalan (1) menggambarkan keadaan sinki dan tandas di kolej yang
sentiasa tersumbat. Keadaan ini menyumbang sebanyak 45.6 peratus bilangan yang setuju,
iaitu lebih tinggi daripada bilangan yang tidak setuju. Hal ini menunjukkan bahawa
kebersihan sangat kurang dititikberatkan dalam kalangan pelajar atau penghuni kolej yang
terpilih kerana mencatatkan kadar peratusan yang agak tinggi, iaitu hampir 50 peratus. Hal
ini mencemarkan imej warga kolej sebagai mahasiswa dan mahasiswi universiti yang
dianggap hebat IQ dan juga mentalitinya oleh sebahagian besar masyarakat di luar sana.
Hal ini berpunca daripada sikap tidak ambil peduli oleh pelajar itu sendiri kerana terlalu
17

leka dan taksub dengan tugasan kuliah dan juga aktiviti sosial. Secara tidak langsung, ini
menggambarkan tahap EQ yang rendah dalam kalangan pelajar. Kelancaran proses
menuntut ilmu berkait rapat dengan kebersihan. Oleh hal yang demikian, pembelajaran
yang efektif mampu dicapai melalui tahap kebersihan yang maksimum.
Berdasarkan graf pada soalan (8), bilangan responden yang mengucapkan terima
kasih kepada pemandu mencatatkan peratusan tertinggi, iaitu 71.1 peratus, hasil daripada
bilangan responden yang bersetuju dan sangat setuju. Hal ini menunjukkan bahawa lebih
separuh daripada responden di Universiti Kebangsaan Malaysia ini mempunyai nilai
moral yang tinggi dan tidak mencampur adukkan tekanan di tempat belajar dengan
kehidupan sosial di luar. Justeru, keadaan ini juga menggambarkan bahawa pelajar-pelajar
UKM masih mempunyai nilai EQ yang memuaskan. Walau bagaimanapun, masih terdapat
sebilangan kecil pelajar, iaitu 8.9 peratus yang tidak mengucapkan terima kasih kepada
pemandu-pemandu bas. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurang penerapan
budaya berterima kasih. Selain itu, kebanyakan responden tersebut telah mewakilkan
sebahagian pelajar lain untuk untuk menyampaikan ucapan tersebut. Hal ini disebabkan
faktor jarak dan kedudukan pelajar tersebut yang jauh daripada pemandu bas.
Graf (12) menunjukkan kosong peratus responden menggunakan lorong
kecemasan tanpa kepentingan peribadi. Hanya sebilangan kecil, iaitu 3.3 peratus yang
menggunakannya tanpa sebab-sebab munasabah. Oleh kerana kajian ini melibatkan pelajar
tahun satu yang yang dikatakan mempunyai emosi yang tidak stabil dan berdarah panas,
namun hasil kajian menunjukkan tahap EQ responden berjalan seiring dengan tahap IQ
yang dimiliki. Hal ini demikian kerana, peraturan jalan raya dipatuhi dengan sebaik
mungkin walaupun menghadapi gangguan emosi seperti kesesakan lalu lintas. Terdapat
juga dalam kalangan pengguna jalan raya yang gemar memandu dengan kadar kelajuan
yang tinggi lalu menggunakan kemudahan lorong kecemasan ini untuk melampiaskan
kepuasan memandu yang dianggap tidak kena pada tempatnya. Hal ini termasuklah 3.3
peratus responden seperti yang telah dinyatakan, 7.8 peratus responden pula tidak yakin
sama ada mahu menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan utama ataupun tidak. Hal
ini juga boleh menggambarkan tahap EQ yang rendah kerana responden tidak mempunyai
pendirian yang tetap untuk menghalang emosi dan keinginan diri daripada menggunakan
lorong kecemasan.
Penerapan nilai moral dan beragama adalah sangat memuaskan dalam kalangan
pelajar yang terdiri daripada 83.3 peratus responden beragama Islam, 6.7 peratus
beragama Hindu, 3.3 peratus beragama Buddha dan 6.7 peratus daripada lain-lain agama
seperti Kristian. Hal ini dapat digambarkan melalui sikap toleransi pelajar dalam memberi
ruang dan tempat duduk kepada penumpang yang lebih memerlukan, seperti golongan
kurang upaya. 0 peratus responden mencatatkan tindakan yang bertentangan daripada
situasi tersebut. Hal ini demikian kerana, pelajar telah dididik dengan nilai dan asas agama
yang kukuh sejak kecil. Tambahan pula, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
diterapkan dalam silibus pendidikan sejak sekolah rendah menawarkan nilai-nilai
kesopanan yang lumayan dalam pembentukan jati diri setiap pelajar. Bak kata pepatah,
18

alah bisa tegal biasa. Rutin harian pelajar pada masa lalu membentuk EQ mahasiswa
pada hari ini.

8.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepentingan pelajar dalam menitikberatkan nilai EQ adalah seiring


dengan IQ. Hal ini bergantung kepada situasi-situasi tertentu dan kebanyakannya
menunjukkan tahap EQ yang tinggi dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat
situasi yang menggambarkan kekurangan nilai EQ dalam kalangan pelajar, contohnya,
situasi seperti keadaan sinki dan tandas yang sentiasa tersumbat. Nilai menjaga kebersihan
kurang dipraktikkan dalam diri setiap individu. Hal ini demikian merujuk kepada sikap
pentingkan diri sendiri dan bergantung harap kepada orang lain dalam setiap perkara.
Selain itu, tahap disiplin pelajar sangat rendah dalam pelaksanaan nilai-nilai tersebut. Oleh
hal yang demikian, mahasiswa dan mahasiswi perlu peka dengan emosi diri dan
masyarakat sekeliling kerana hal tersebut juga menyumbang kepada kejayaan dan
kecemerlangan individu.
Walau bagaimanapun, kredibiliti pelajar sebagai mahasiswa dan mahasiswi
universiti masih tetap terpelihara dan tidak dipandang serong. Hal ini demikian kerana,
tahap EQ yang tinggi dalam kalangan pelajar dapat dilihat dalam banyak situasi seperti
kekerapan penggunaan ucapan terima kasih, pemilihan penggunaan lorong kecemasan,
etika di dalam kenderaan awam serta komunikasi dan perhubungan yang baik antara
pensyarah dengan pelajar. Dalam hal ini, pelajar mampu untuk berfikir secara rasional
kerana telah dididik dengan nilai hormat-menghormati, toleransi dan prihatin sesama
manusia. Oleh hal yang demikian, boleh disimpulkan bahawa kepentingan EQ dalam
kehidupan pelajar di UKM dititikberatkan dan berjalan seiring dengan kepentingan IQ.

19

9.0

BIBLIOGRAFI

Tim Beranda Agency. 2009. Melejitkan Kecerdasan Emosional Buah Hati. Elex Media
Komputido.
Hamid, M. A. A. 2005. EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS Professional.
Sandalow, T. 1991. The Moral Responsibilities of Universities. In T. Dennis L. Moral Values and
Higher Education: 163-164. United States of America: State University of New York
Press.
Kirch, D. Tucker, M. & Kirch, C. 2001. The Benefits of Emotional Intelligence In Accounting
Firms. (Jurnal elektronik)
Kristjan, K. 2010. The Self and Its Emotion. New York: Cambridge University Press.
Martinez, M. 1997. The Smarts That Count. In HR Magazine: 71-78.
Mohamad Khairi, O. & Asmawati, S. 2010. Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan
Nilai. - SEA Journal of General Studies II(123).
Robiah, S. 1998. Pemikiran Dalam Pendidikan. Fajar Bakti.
Rosli, Z., Diana, J., & Norizzati, A. L. 2013. Kupasan, Perbincangan dan Gadangan
Pelaksanaan Program di.
Chander, V., Wan Hasmah, W. M., Fauziah, M., & Munimah, S. 2014. Domain Approach: An
Alternative Approach in Moral Education. Mlayasian Online Journal of Educational
Science Volume 2, Issue 4, 1.
Dally, K., Clement, N., & Toomey, R. 2011. Values Pedagogy and Student Achivement:
Contemporary Research Evidence. New York: Springer Science & Business Media.
Hamzah, S. R., Suandi, T., Krauss, S. E., Hamzah, A., & Tamam, E. 2014. Youth hedonistic
behaviour: moderating role of peer attachment on. International Journal of Adolescence,
420.

20

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/6489-kempen-kempen-anjuran-kerajaanmalaysia.html

10.0

LAMPIRAN

Mahasiswa UKM membantu meratakan jalan raya yang berlubang di Kolej Pendeta Zaba.

21

Anda mungkin juga menyukai