Anda di halaman 1dari 16

Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain.

n. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal, anda membenarkan orang lain memanipulasi diri dan perasaan anda.

Agresif

Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah sederhana. Minat anda untuk menganalisis adalah di tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.

Analitikal

Autonomi
Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran.

Bersandar
Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama yang individu mempunyai autoriti. Anda selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus anda tuju. Skor Sederhana (40 70 %) Menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan yang anda adalah individu yang suka berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak bergantung kepada orang lain.

Ekstrovert
Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda adalah individu yang sosial. Anda suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk bersendirian. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Umumnya, tahap sosial anda adalah sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda adalah individu yang kurang atau tidak sosial. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada situasi kerja bersendirian atau satu sama satu.

Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada di tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda tidak merasa selesa denga perkara-perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran.

Intelektual

Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja bersendirian atau satu sama satu. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang sosial.

Introvert

Kepelbagaian
Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikan peluang-peluang untuk pengalamanpengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Anda adalah seorang yang adventures. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah di tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda lebih sukakan situasi-situasi pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasisituasi dan pengalaman-pengalaman baru.

Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah di tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai.

Ketahanan

Kritik Diri
Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang mendapat skor antara 60% hingga 70% dikatakan mendapat faedah daripada kaunseling individu. Sementara, individu yang mendapat skor lebih daripada 70% dikatakan sangat memerlukan kaunseling individu. Skor Sederhana (40 60 %) Dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinya. Skor Rendah (1 30 %) Biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain.

Mengawal
Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan seperti Pengurus, Pentadbir awam, Peguam, Pegawai tentera, Ahli politik dan lain-lain. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan anda adalah di tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain.

Menolong
Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan, dan membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain. Individu lebih memfokuskan kepada diri sendiri.

Sokongan
Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait personaliti menolong menunjukkan anda adalah individu yang sangat mementingkan diri.

Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain.

Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang. Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda beradadi tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan anda lebih suka kepada aktivitiaktiviti yang tidak berstruktur dan tidak berulangulang.

Struktur

Pencapaian
Skor Tinggi (70 99 %) Menunjukkan anda adalah individu yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.

Skor Sederhana (40 70 %) Menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana. Skor Rendah (1 40 %) Menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya

Penipuan
Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan ke dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998.

Anda mungkin juga menyukai