Anda di halaman 1dari 16

AUTONOMI

TAHAP Rendah SKOR 1-40%

Individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.
TAFSIR Anda lebih suka menerima arahan orang lain, akur kepada peraturan dan mempunyai sifat kebergantungan yang tinggi. Anda mempunyai ciri-ciri autonomi pada tahap sederhana dari segi keakuran, kebebasan, berdikari dan mengawal aktiviti harian. Anda suka kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan, sangat berdikari dan yakin dalam membuat keputusan.

Sederhana

40-60%

Tinggi

60-99%

KREATIF
Individu yang berkebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan idea baru dan asli
TAHAP Rendah SKOR 1-40% TAFSIR Anda lebih suka menggunakan daripada menghasilkan sesuatu. Anda kurang menggunakan daya imaginasi tetapi selesa menggunakan idea yang sedia ada. Anda mempunyai ciri-ciri kreatif pada tahap sederhana.

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

Anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi, banyak idea, boleh menghasilkan karya kreatif yang original dan tidak suka kerja yang berstruktur.

AGRESIF
Individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani

dan tidak suka dimanipulasi. Tidak menghiraukan perasaan orang lain dalam mencapai matlamat diri.
TAHAP
Rendah

SKOR
1-40%

TAFSIR
Anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda. Anda seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama anda tetap menjaga hati dan perasaan orang lain. Anda seorang individu yang agresif. Anda berani dan suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

EKSTROVERT
TAHAP SKOR

Individu suka berinteraksi, bekerja dan berada dengan orang ramai.


TAFSIR

Rendah

1-40%

Anda seorang yang introvert, pemalu, suka bersendirian, kurang selesa berada dalam majlis keramaian dan bercakap di khalayak ramai.
Anda bersederhana dalam pergaulan sosial: berpada-pada dalam menjalin hubungan dengan persekitaran.

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

Anda seorang yang peramah, suka bergaul (out-going), bekerja dalam kumpulan, suka menghadiri majlis keramaian, yakin bercakap di hadapan orang ramai dan bersikap positif.

PENCAPAIAN
Individu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi

untuk menyelesaikan masalah. Mahukan kejayaan dan suka persaingan walaupun banyak halangan.
TAHAP Rendah SKOR 1-40% TAFSIR Individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan, status dan kuasa dalam kerjanya. Motivasi individu berada pada tahap sederhana.

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

Individu adalah seorang yang bermotivasi tinggi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.

KEPELBAGAIAN
Individu dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri

dalam pelbagai situasi. Sukakan pengalaman yang pelbagai ke arah perubahan berterusan.
TAHAP Rendah SKOR 1-40% TAFSIR Anda sangat suka situasi yang tenang, stabil dan selamat. Suka dengan aktiviti yang rutin dan tidak sukakan perubahan. Anda mempunyai tahap kepelbagaian yang sederhana. Anda seroang yang kurang fleksibel, sederhana anjal dan mengambil masa untuk melakukan perubahan. Anda seorang yang suka kepada perubahan dan perkara-perkara baru. Kerja-kerja rutin sangat membosankan anda.

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

INTELEK
Individu berminat kepada aktiviti yang memberi cabaran

dari aspek intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah.
TAHAP Rendah SKOR 1-40% TAFSIR Anda berminat kepada aktiviti yang berstruktur, berkemahiran dan praktikal. Anda juga suka membaca bahan-bahan hiburan dan tidak ilmiah. Anda mempunyai tahap sederhana dari segi aktiviti yang mencabar minda, ilmu pengetahuan, akademik dan ilmiah. Anda suka kepada aktiviti yang mencabar minda dan berbentuk keilmuan, mempunyai daya ingin tahu yang tinggi.

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

KEPIMPINAN
Individu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.
TAHAP Rendah Sederhana SKOR 1-40% 40-60% TAFSIR Anda lebih suka menjadi pengikut daripada memimpin. Anda mempunyai tahap kepimpinan yang sederhana. Hanya boleh memimpin kumpulan-kumpulan kecil. Anda mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi, tegas, bijak membuat keputusan dan suka menjadi ketua. Anda juga mempunyai inisiatif, daya penggerak yang tinggi dan boleh mempengaruhi orang lain.

Tinggi

70-99%

STRUKTUR Individu suka kepada perkara yang teratur, kemas,


terperinci dan mengikut peraturan.
TAHAP Rendah SKOR 1-40% TAFSIR Anda lebih suka kepada aktiviti yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang. Anda tidak suka kepada peraturan yang rigid. Struktur anda berada di tahap sederhana. Anda seorang yang anjal, fleksibel dan boleh berubah pada tahap sederhana. Anda suka kepada perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kerja yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

RESILIEN
Individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.
TAHAP Rendah SKOR 1-40% TAFSIR Anda mepunyai daya ketahanan yang rendah dari aspek fizikal, mental dan emosi, mudah mengalah, manja, mudah putus asa, cepat bosan dan menangguhkan kerja. Ciri-ciri ketahanan psikologi anda adalah pada tahap sederhana. Anda mempunyai daya ketahanan yang tinggi dari aspek fizikal, mental dan emosi serta akan menghabiskan semua tugasan yang diberi. (semangat juang yang tinggi, berjiwa kental, ikhtiar bersungguh-sungguh dan berkobar-kobar.)

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

MENOLONG
TAHAP Rendah

Individu berkecenderungan untuk menunjukkan rasa empati, kasih sayang dan suka memberi bantuan kepada orang lain.
SKOR 1-40% TAFSIR Anda kurang prihatin terhadap emosi dan keperluan orang lain. Lebih memfokus kepada diri sendiri. (Tidak peduli, tidak kisah persekitaran, tidak sensitif) Ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana. (Simpati dan penglibatan dalam aktiviti kebajikan di tahap sederhana) Anda mempunyai sifat empati yang tinggi, prihatin, peka, mudah menghulurkan bantuan secara sukarela dan rela berkorban.

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

ANALITIKAL
Individu yang suka membuat pemerhatian dan

menganalisis, sebelum membuat keputusan. Membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti.
TAHAP Rendah SKOR 1-40% TAFSIR Anda adalah individu yang praktikal (anda bukan orang yang berorientasi teoritikal), tidak suka menganalisis dan kurang peka terhadap persekitaran. Tahap kepekaan dan pemerhatian anda terhadap persekitaran adalah sederhana. Anda seorang yang teoritikal dan praktikal. Anda seorang yang peka terhadap persekitaran, suka membuat pemerhatian, analisis diri sendiri, orang lain dan persekitaran.

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

KRITIK DIRI
Individu yang tidak stabil dari aspek emosi dan psikologi.

Mempunyai anggapan bahawa orang lain adalah lebih baik.


TAHAP Rendah SKOR 1-40% TAFSIR Anda seorang yang sangat yakin. Adakala terlalu yakin dan berkecenderungan untuk menganggap diri selalu betul. Anda seorang individu yang stabil dari aspek emosi dan psikologi. Anda seorang yang muhasabah diri, kenal pasti kekuatan dan kelemahan serta sentiasa mempertingkat kemajuan diri. Anda sering berasa rendah diri, bimbang,rasa bersalah, resah dan cemas terhadap apa yang dilakukan. Individu yang mendapat skor melebihi 80% dicadangkan berjumpa kaunselor.

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

WAWASAN
Individu yang berpandangan jauh, memiliki daya imaginasi yang

tinggi,, memikirkan idea-idea yang tidak terfikir oleh orang lain, berani mengambil risiko, bijak membuat keputusan, optimis dan berkarisma.
TAHAP Rendah SKOR 1-40% TAFSIR Anda tidak mementingkan perancangan masa hadapan, hala tuju, visi dan misi. (Biar masa tentukan saya) Anda selesa dan berpuas hati dengan pencapaian dan keadaan semasa. (Matlamat dan objektif setakat ada sahaja, tiada enthusiasm: anda individu berjaya) Anda mempunyai daya imaginasi dan citacita yang tinggi, serta dapat menjangkau pandangan yang jauh. Anda mempunyai hala tuju, visi dan misi yang jelas, tetap dan konsisten. (Saya yang menentukan masa : anda individu yang cemerlang)

Sederhana

40-60%

Tinggi

70-99%

KETELUSAN
Menunjukkan ketelusan dalam memberi maklum balas terhadap item ujian.
SKOR TAFSIR

50-99%

Anda tidak telus ketika memberi maklum balas terhadap item-item ujian. Dapatan tret personaliti anda tidak menepati personaliti diri anda.

Anda mungkin juga menyukai