Anda di halaman 1dari 40

SIDEK PERSONALITY INVENTORY

PENTAFSIRAN UJIAN MUHAMMAD TARMIZI BIN KASIM KAUNSELOR UNIT PERHUBUNGAN STAF BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN

IPS (INVENTORY PERSONALITY SIDEK)


What ? Who ? Why ? How ?

What/Apa itu IPS

Ujian untuk mengenalpasti ciri-ciri atau tret personaliti individu. Format jawapan ya atau tidak Item-item yang terkandung dalam ujian akan menerangkan ciri-ciri personaliti 15 skala atau 15 tret personaliti dengan 150 item 1 skala penipuan dengan 10 item

15 Trait Personaliti

Agresif Analitikal Autonomi Bersandar Ekstrovert Intelektual Introvert Kepelbagaian

Ketahanan Kritik Diri Mengawal Menolong Sokongan Struktur Pencapaian

Who/Tanggungjawab

Diasaskan oleh Dr Sidek Bin Md Noah, Pensyarah UPM berdasarkan Teori Holland. Pentafsiran dilakukan oleh Kaunselor dan Psikologis yang berkelayakan Sesuai untuk manusia normal

Why/tujuan

Kenal diri dengan lebih mendalam Penempatan Kerjaya Memahami diri dan orang lain Mengurangkan jurang prasangka dll

How/bagaimana

Disarankan menyelesaikan ujian dalam 20-30 minit Jujur Menyelesaikan 160 item Melalui proses pentafsiran dengan mereka yang layak.

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil IPS


Borang jawapan mempunyai 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan 15 tret personaliti dengan 1 skala penipuan. 10 lajur menerangkan setiap tret diwakili 10 item. Fokus pengiraan kepada jawapan ya

PENTAFSIRAN PROFIL IPS


15 TRAIT PERSONALITI

AGRESIF
Individu terlalu kritikal terhadap orang lain , tegas berani dan tidak suka dimanipulasi

PENTAFSIRAN PROFIL AGRESIF

Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda.
Skor sederhanan (40-70%) menunjukkan anda adalah orang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakkan hal , anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan orang lain dijaga Skor tinggi(70-99%) menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal hati dan perasaan orang lain tidak begitu penting tetapi hajat dan matlamat anda adalah utama

ANALITIKAL
Trait personaliti yang menunjukkan individu sangat sensitif kepada persekitaran , suka buat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat keputusan

PENTAFSIRAN PROFIL ANALITIKAL

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain , diri sendiri ataupun situasi. Suka buat pemerhatian , penyelidikan dan analisis. Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri analitikal anda adalah sederhana. Minat untuk menganalisis adalah ditahap sederhana. Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah indivdu yang praktikal . Anda tidak berminat untuk mengkaji yang tersirat.

AUTONOMI
Trait yang menunjukkan individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya

PENTAFSIRAN PROFIL AUTONOMI

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian. Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciriciri autonomi anda adalah ditahap sederhana. Skor rendah (1-40%) pula menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran

BERSANDAR
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka bergantung kepada orang lain dan memerlukan orang lain dalam membuat keputusan.

PENTAFSIRAN PROFIL BERSANDAR

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda bergantung kepada orang lain. Dalam membuat sesuatu keputusan , anda selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama individu yang berautoriti. Anda selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus anda tuju. Skor sederhana (40-70%) menggambarkan tahap pergantungan anda ditahap sederhana. Skor rendah (1-40%) menunjukkan yang anda adalah individu yang suka berdikari . Dalammembuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak bergantung kepada orang lain.

EKSTROVERT
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka dikelilingi , berinteraksi , dan bekerja dengan orang ramai.

PENTAFSIRAN PROFIL EKSRTROVERT

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang suka bersosial. Anda suka berinteraksi dan dikelilingi oleh ramai orang tetapi tidak selesa sendirian. Skor sederhana (40-70%) menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Umumnya tahap sosial adalah sederhana Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda dalah individu yang kurang atau tidak sosial. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Selesa dalam suasana kerja bersendirian atau satu sama atu.

INTELEKTUAL
Trait personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual

PENTAFSIRAN PROFIL INTELEKTUAL

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda suka aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas dengan aktivitiaktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti yang berulang-ulang. Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada ditahap sederhana Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda merasa tidak selesa dengan perkara-perkara yang bersifat teoritikal . Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur ,praktikal,dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya kerja-kerja berkemahiran

INTROVERT
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka mengelak situasi-situasi yang akan memaksa mereka berkomunikasi di samping suka bersendirian menyelesaikan sesuatu tugas.

PENTAFSIRAN PROFIL INTROVERT

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja bersendirian atau satu sama satu. Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah ditahap sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang sosial.

KEPELBAGIAN
Trait personaliti yang menunjukkan individu dapat menghayati berbagai-bagai situasi bagi mendapatkan pengalaman yang baru ke arah perubahan berterusan

PENTAFSIRAN PROFIL KEPELBAGAIAN

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikan peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Anda seorang yang adventures. Skor sederhana (40-70%) anda ditahap sederhana Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih sukakan situasi-situasi pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi-situasi dan pengalaman baru.

KETAHANAN
Trait personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas

PENTAFSIRAN PROFIL KETAHANAN

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi . Anda akan menghabiskan semua tugas yang dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu. Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah ditahap sederhana Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengetepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepet bosan, dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai.

KRITIK DIRI
Trait personaliti yang menunjukkan individu tidak stabil dari segi emosi dan psikologi

PENTAFSIRAN PROFIL KRITIK DIRI

Skor (60-99%) menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang dilakukan atau tidak percaya ia boleh mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang mendapat skor antara 60%70% dikatakan mendapat faedah dengan kaunseling individu manakala individu yang mendapat skor lebih 70% dikatakan sangat memerlukan kaunseling individu. Skor 40%-50% biasanya dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinya Individu yang mendapat skor rendah iaitu antara 1%-30% biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain.

MENGAWAL
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.

PENTAFSIRAN PROFIL MENGAWAL

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin dari dipimpin. Selalunya memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepimpinan seperti pengurus , pentadbir awam, peguam, pegawai tentera, ahli politik dan lain-lain. Skor sederhana (40-70%) di tahap sederhana Skor rendah (1-40%) anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin . Kerjaya utama yang berkaitan adalah setiausaha, pramugari, akauntan, dll

MENOLONG
Trait personaliti yang dikaitkan dengan individu berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati , kasih sayang juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain.

PENTAFSIRAN PROFIL MENOLONG

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda dalah individu yang mempunyai keinginanuntuk mencurahkan simpati , kasih sayang ,memberi bantuan, dan membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain. Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciriciri menolong ditahap sederhana Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain. Individu lebih memfokus kepada diri sendiri.

SOKONGAN
Trait personaliti yang menunjukkan individu memerlukan perhatian , simpati, dan ingin dikasihi.

PENTAFSIRAN PROFIL SOKONGAN

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait personaliti menolong menunjukkan anda adalah individu yang mementingkan diri. Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap sederhana. Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain.

STRUKTUR
Trait persoanaliti yang menunjukkan individu suka kepada kekemasan , kebersihan, serta perkara-perkara berstruktur , berulang-ulang dan terperinci.

PENTAFSIRAN PROFIL STRUKTUR

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkara-perkara berstruktur , rutin, dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan , peraturan, ketelitian,dan berulangulang. Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda berada ditahap sederhana. Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang.

PENCAPAIAN
Trait personaliti yang menunjukkan individu bermotivasi , mahukan status yang tinggi dan suka persaingan

PENTAFSIRAN PROFIL PENCAPAIAN

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat. Skor sederhana (40-70%) menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana Skor rendah (1-40%) menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.

PENIPUAN
Skala ini khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk tidak jujur dalam meberikan jawapan dan dengan itu profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai.

Anda mungkin juga menyukai