Anda di halaman 1dari 14

Persiapan sebelum hari temuduga :

 Cetak semua surat yang dia suruh cetak tu


 Lengkapkan borang maklumat diri (pastikan gambar siap dilekat kat borang tu! jangan tangguh lepastu
pagi hari temuduga dah sampai baru nak tangkap gambar. habis kau lagi bertambah nervous nanti) //
surat perakuan ipg dan sekolah.
 Lengkapkan apa yang diminta -surat beranak -kad pengenalan -slip spm -sijil berhenti sekolah -segala sijil
penghargaan dan penyertaan yang kau ada masa sekolah dulu(aku letak sijil masa sekolah menengah je)
PHOTOSTAT DAN SAHKAN sijil tu. Better bagi guru besar lah sahkan.
 Susun dokumen original bermula dari surat beranak hingga sijil sijil korang dalam clear folder.
 Susun dokumen photostat, kepilkan semua dan letak la dalam satu clear file (ayah aku kata jangan letak
dalam sampul surat maybe nampak tak profesional kut idk)
 Buat la research pasal isu semasa dan bidang korang pilih tu (sebagai persediaan je. time aku, inteviewer
tu tak tanya pun pasal KSSR/REKTOR IPG/MENTERI PEND/PBS/KBAT/FALSAFAH/ semua ni kehkeh syukur.
 Siapkan baju apa nak pakai, tudung apa nak pakai, kasut apa.
 Letak segala file kau dalam beg.

Hari temuduga tu aku bangun pukul lima. Walaupun malam tu aku tak boleh tidur. Bukan sebab nervous tapi aku kan
imsonia sejak dah berhanti kerja ni luls. Siap mandi pakai baju solat.Salam ibu.
Maka pukul 6 bertolaklah aku dan ayah ke IPG Bahasa Melayu di Lembah Pantai KL. Alhamdulillah jalan tak jam jadi
hati pun tenang. Dalam hati zikir banyak banyak.Sambil dengar kata semangat dari ayah dan hadap phone baca sikit
sikit pasal pendidikan.Sarapan dalam kereta je, ayah dah siap belikan kek n air mineral.Okaylah buat alas perut. Pagi
pagi ni nak makan berat berat mahu cari tandas je karang.

Sampai sana dalam pukul 7. Dalam pukul 7.30 pegawai kat sana suruh bakal bakal cikgu semua naik ke atas untuk
dengar taklimat ringkas. Ibu bapa semua tunggu di bawah. Haa masa ni entah kenapa aku macam tenang je hee.
Sebab datang awal kut sempat duduk rileks dulu. Haritu masa UKCG aku lambat so berdebar nak pecah jantung sebab
macam fikir weh kau datang lambat weh nanti orang tu cakap apa ni nak jadi cikgu tak tepati masa. lol

Naik atas dia bagi taklimat.Suruh susun sijil ikut urutan. Dan dia tanya siapa yang tak photostat, siapa yang tak bawa
sijil asal, siapa yang tak lekat kan lagi gambar. Jadi jangan jadikan diri anda tergolong di situ.Ceyy.Hahah sedia awal
awal la. Sebab masalah masalah ni nanti confirm boleh buat kau nervous!

Pukul 8 kitaorang disuruh bergerak ke bilik temuduga masing masing. Bilik ni ikut subjek. Aku bimbingan dan
kaunseling dapat bilik B. Sebenarnya dekat surat tawaran ada tulis sesi temuduga.
Sesi 1 - 9.00 a.m
Sesi 2 - 11.00 a.m
Sesi 3 - 2.00 p.m
Sesi 4 - 4.00 p.m
Aku dapat sesi 4. Tapi masa pergi bilik temuduga tu penemuduga tu susun balik nama semua. Disebabkan ada orang
yang tak datang jadi course ni hanya ada 3 sesi dan aku sesi ke-3. Penemuduga tu suruh yang sesi 3 tunggu di depan
bilik tu pukul 1.30 jangan lambat!

Dah habis pembahagian sesi.Membawa lah diri aku dan kawan baru guwe faiqah hehe ke bawah.Duduk bawah
sembang sembang pastu bincang bincang sikit dan seterusnya mereput.Hahah lama wehh nak menunggu adui.
Semangat yang marak pun macam tinggal bara je. Tapi still membara gitu.

Untuk mengahadiri temuduga, calon perlulah bersedia awal dan mengikuti tips asas
temuduga. Tips asas temuduga telahpun kami keluarkan sebelum ini sila rujuk tajuk
dibawah :

 TIPS SEBELUM MENGHADIRI TEMDUGA

 SOALAN RAMALAN MENGHADAPI TEMUDUGA

 KESILAPAN SEMASA TEMUDUGA

 CARA BUAT RESUME DAN CONTOH RESUME TEMUDUGA

Tips Temuduga Bimbingan Dan Kaunseling


Perkara asas adalah anda perlulah bersedia dan maklum dengan tips asas temuduga.
Sebenarnya menghadiri temuduga ini tipsnya subjektif kerana ia bergantung kepada
bagaimana penemuduga mahukan dan fokus penemuduga dalam sesi yang bakal
berlangsung. Ada penemuduga yang sentiasa mengubah dan menggubal soalan baru dan
berlainan demi menghasilkan kualiti dalam pencariannya. Namun demikian, beberapa tips
boleh dikongsi berdasarkan pengalaman saya dan pengalaman rakan lain mungkin dapat
membantu.

Penemuduga
Secara asasnya kebanyakan sesi temuduga mempunyai lebih dari 2-3 orang. Setiap orang
akan memegang 1-2 peranan atau fokus markah/ pemilihan, kebiasaanya fokus
penemuduga ialah :

 Personaliti/ pemakaian
 Pengetahuan am / Pendidikan
 Pengetahuan Kaunseling
 Penyelesaian masalah/ Tajuk bebas
 Kemahiran komunikasi

Personaliti

Dalam pemarkahan personality, cara pemakaian dan Atitude/ sikap diambilkira.


Berpakaianlah kemas dan sopan seperti yang ditetapkan.Selain itu, perwatakan perlulah
seperti seorang pembimbing dan pendidik.Tinggalkan semua fesyen pelik, tinggalkan
tingkahlaku negative anda.

Soalan

 Sila perkenalkan diri anda?


 Asal dari mana?
 Anak ke berapa ?
 Senarai IPTA yang dimohon?
 Tips : Ceritakan nama,umur, pointer, minat anda, jawatan yang pernah disandang
semasa belajar, kemahiran dan kelebihan

Pengetahuan am/ Pendidikan


Untuk aspek ini pengetahuan am dan pengetahuan pendidikan ( Ijazah pendidikan ) diuji,
soalan-soalan isu terkini, pentadbiran Negara, mengenai Malaysia banyak ditanya. Jika
bakal ijazah pendidikan anda mungkin ditanya hal pendidikan, dasar, dan maklumat
penting pendidikan.Maklumat penting pendidikan boleh anda cari dan bertanya guru anda.

Soalan

YB Dato’ Seri Mahdzir Bin KhalidMenteri

TIMBALAN Menteri?

YB Dato' P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanTimbalan Menteri Pendidikan

YB Senator Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Menteri &

 Isu terkini?

Mengharmonikan 
pendidikan pada 2018


GURU perlu memiliki kesabaran tinggi sejajar dengan tanggungjawab mereka untuk mendidik
dan bukan sekadar mengajar murid. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

SYED ANUAR SYED MOHAMAD


05
2 Januari 2018 12:00 PM

TAHUN 2017 telah pun melabuhkan tirainya.Kedatangan 2018 masih diraikan oleh kebanyakan
kita. Pada masa sama, ada yang sedang melaksanakan azam baharu dan ada pula berkira-kira
untuk melangsaikan azam lama pada tahun baharu. Sesetengahnya pula tidak mahu mengambil
tahu apa-apa, sama ada tahun baharu atau tahun lama.

Dari segi realitinya, tidak ramai mengambil sikap sebagai perakam atau penganalisis peristiwa
yang telah ditinggalkan dalam lipatan sejarah sebagai satu pengajaran untuk membentuk peristiwa
baharu yang lebih indah.Bagi mereka, peristiwa yang ditinggalkan tidak perlu difikirkan lagi
kerana kebanyakan sejarah itu dinilai dan dilihat daripada sudut negatif.

Dalam bidang pendidikan misalnya, 2017 meninggalkan peristiwa suka duka yang menarik
perhatian umum.Tahun lalu dilihat sebagai antara tahun yang mencatat beberapa ‘peristiwa
gempar’ yang memerlukan penelitian dan penilaian oleh banyak pihak bagi memastikan sistem
pendidikan yang digubal mampu melahirkan generasi TN50 sebagaimana diimpikan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kejadian murid dikenakan tindakan selepas menyorok pada waktu solat di sebuah sekolah di
Kajang, Selangor misalnya menarik perhatian umum sehingga menjadi satu polemik yang
mengheret banyak pihak untuk memperkatakannya.Wajarkah tindakan guru terhadap pelajar yang
‘culas’ solat dikatakan keterlaluan?

Seseorang yang realistik akan melihat perkara tersebut dari sudut positif kerana itu bukan sahaja
pendidikan, malah adalah perintah Yang Maha Esa. Tindakan meletakkan dosa di bahu guru yang
mahu melihat murid-nya menjadi anak syurga di luar kebiasaan.

Begitu juga dengan kisah seorang murid yang berkejaran sesama sendiri lalu terjatuh di hadapan
seorang guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang, turut menarik perhatian umum.Kedua-dua kisah
tersebut akhirnya mengheret kedua-dua guru berkenaan ke mahkamah.Sehingga kini, nasib guru-
guru terbabit masih belum diputuskan.

Nama Azizan Manap atau Cikgu Azizan bukannya satu nama besar tetapi tiba-tiba meletup se-
telah dituduh mengasari seorang muridnya yang dipercayai mempunyai masalah disiplin, iaitu di-
kaitkan dengan perbuatan menghidu gam.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tersebut didakwa dengan sengaja menyebabkan
kecederaan di pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan perhimpunan sekolah-
nya pada pukul 7 pagi, 6 April.

Beliau bagaimanapun dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban daripada
tuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit
kesalahan.

Demikianlah antara beberapa peristiwa yang mencuri perhatian umum sepanjang 2017 yang kita
tinggalkan.Apakah pengajaran di sebalik peristiwa tersebut?

Wajarkah guru bertindak demikian dipersalahkan sepenuhnya walaupun ada kalanya tindakan
diambil ke atas murid bermasalah mungkin melebihi batas SOP ditetapkan?

Apakah ibu bapa pada zaman ini terlalu memanjakan anak sehingga mereka tidak boleh diambil
tindakan langsung oleh pihak sekolah walaupun anak mereka mempunyai masalah disiplin?

Apakah yang akan berlaku sekiranya guru-guru tidak mahu lagi mengambil tahu mengenai murid-
murid di sekolah memandangkan selama ini begitu banyak ‘perkara baik’ dilakukan guru
walaupun tidak termaktub dalam SOP seorang guru?

Sebagai contoh, apabila seorang murid sakit di sekolah, adalah memadai guru menghubungi ibu
bapa murid untuk datang mengambil anak mereka di sekolah tanpa guru berbuat apa-apa.

Pada masa ini, hampir keseluruhan guru mengambil tindakan membantu murid sedemikian,
termasuk menghantar murid berkenaan ke hospital walaupun itu tidak terkandung dalam SOP
guru.

Kenapakah perkara baik sedemikian tidak dilihat oleh orang ramai, khususnya ibu bapa? Inilah
antara isu yang perlu diteliti dan diambil kira oleh kedua-dua pihak demi kepentingan dan masa
depan generasi muda yang akan mengisi gagasan TN50 yang diilhamkan Najib.

Tindakan membawa guru sedemikian ke mahkamah bukanlah penyelesaian terbaik


sebenarnya.Tindakan tersebut merugikan banyak pihak.Dalam hal ini, ibu bapa perlu bersikap
terbuka dan bijaksana dalam menangani isu-isu tindakan guru di sekolah terhadap anak mereka,
apatah lagi terhadap pelajar bermasalah.

Kebijaksanaan ibu bapa sangatlah dituntut memandangkan tanggungjawab guru sebenarnya


adalah mendidik dan bukannya sekadar mengajar.Perkara ini wajar difahami.

Walaupun begitu, pada waktu sama, guru pula perlu memiliki kesabaran tinggi dan tidak terlalu
menurut emosi ketika mengambil tindakan terhadap murid bermasalah. Perkara ini jika diolah
dengan baik dan matang akan mewujudkan keadaan yang bukan sahaja harmoni antara guru
dengan ibu bapa, malah akan memberikan sumbangan besar dalam melancarkan tugas dan
tanggungjawab guru di sekolah. Kesepakatan pihak-pihak berkenaan sewajarnya menjadi tuntutan
yang tidak boleh diragukan.

Jika kita benar-benar ingin melihat lahirnya generasi TN50 yang sarat dengan gagasan dan
membentuk sahsiah generasi muda pada masa depan, toleransi antara ibu bapa dengan pendidik
dalam institusi pendidikan mesti diberikan perhatian dan keutamaan.
Sehubungan itu, 2018 harus diisi dengan peristiwa-peristiwa yang lebih baik dengan menjadikan
2017 sebagai satu pengajaran paling berguna.Realitinya, 2018 mestilah dijadikan tahun ‘harmoni
pendidikan’ dengan menggabungkan peranan guru dan ibu bapa agar kedua-dua pihak ini
bergerak seiring dengan arus perubahan dan cabaran semasa.

Penulis juga mengharapkan agar Kementerian Pendidikan menubuhkan satu jawatankuasa khas
bagi menyemak undang-undang yang mungkin telah lapuk dan tidak relevan dengan semangat
TN50 seperti Pekeliling Bil 8/1983 mengenai bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar di
samping mengkaji secara serius cadangan kod etika untuk ibu bapa agar guru dapat melaksanakan
tugasnya tanpa bimbang risiko yang menanti seperti kes Cikgu Azizan.

Bersama-samalah kita membina azam baharu pada tahun baharu ini dengan mengisi ruang yang
tersedia dengan sesuatu yang benar-benar baharu. Semoga tahun baharu memberikan ilham untuk
kita berfikir cara yang baharu.

PENULIS ialah Presiden Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan.

 Artikel
Penuh: HTTP://WWW.UTUSAN.COM.MY/RENCANA/UTAMA/MENGHARMONI
KAN-8232-PENDIDIKAN-PADA-2018-1.584829#IXZZ5CQKUXV2C
© Utusan Melayu (M) Bhd
 Pengarah Pendidikan?

 SENARAI KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA ( KPPM )

 PEJABAT PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH


Aras 10, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Telefon(EXT) :088-537001
Sabah Faks :088-234828
Jalan Punai Tanah, Likas Kota Kinabalu,
Sabah E-mel
88450 :maimunah.suhaibul@moe.gov.my
KOTA KINABALU

PEJABAT PENGARAH PENDIDIKAN


Nama Jawatan Telefon No.Ext Detail
YBHG. DATUK HAJAH PENGARAH
088-
MAIMUNAH BINTI SUHAIBUL PENDIDIKAN 0
537001
maimunah.suhaibul@moe.gov.my NEGERI SABAH
PUAN PHYLLIS JOHN SETIAUSAHA 088-
0
phyllis@moe.gov.my PEJABAT 537001
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

KETUA JABATAN
Nama :

Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul

Pendidikan :

1. Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1983)
2. Diploma Pendidikan - Universiti Malaya (UM) (1985)
3. Sarjana Pengurusan Pendidikan - Universiti Malaysia Sabah (UMS) (2008)

Pengalaman Perkhidmatan:

1. Guru Penolong di SMK Taun Gusi (1985-1990)


2. Pengetua di SMK Usukan (1991-1996)
3. Pengetua di SMK Sikuati (1996-1998)
4. Pengetua di SMK Usukan (1998-2005)
5. PPG Kota Belud (2005-2006)
6. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2006-2008)
7. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2009-2009)
8. Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2010-2016)
9. Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2016 - sehingga kini)

Kurniaan:

1. PINGAT BINTANG SETIA KINABALU (BSK) (1993)


2. TOKOH MAAL HIJRAH (2010)
3. AHLI MANGKU NEGARA (AMN) (2015)
4. PANGLIMA GEMILANG DARJAH KINABALU (PGDK) GELARAN DATUK (2016)

 Negeri Sabah mempunyai keluasan 73,620 km persegi. Keluasan tersebut hampir menyamai 9 buah
negeri termasuk dua buah Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia yang berkeluasan
keseluruhan 73,711 km persegi. Dengan kedudukan geografinya yang luas, berbukit bukau, berpulau
dan bersungai, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan
dalam usahanya untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid di negeri ini.
 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah merupakan organisasi perkhidmatan pengurusan pendidikan.
Perkhidmatan pengurusan pendidikan berkenaan dilaksanakan oleh sepuluh (10) Sektor dan dua
puluh empat (24) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Di samping itu, tiga (3) bahagian yang lain yang
berkaitan, iaitu Bahagian Audit Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah dan Bahagian
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri

 Dasar pendidikan?

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Latarbelakang

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat
Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk
mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara.Atas kesedaran inilah lahir
satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran, 1957.Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang
menghasilkan Laporan Rahman Talib.Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran, 1961.

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat
untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini
telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Rasional

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan
pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan
berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada
negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini
mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka,
ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem
pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-
matlamat sendiri.

Objektif

Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah
untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan
secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada
Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai
menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga
rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.

Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan
bidang tugasnya ditetapkan.Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan
secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan
berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Ini menjadi satu
matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

Strategi Pelaksanaan

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan
seperti berikut:

(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang


utama;
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah;
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada
kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru
ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

(i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui


penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;

(j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di


peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;

(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;

(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata


pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi
pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan
memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras
dengan pertambahan kanak-kanak.Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian
dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar
Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku
Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian
Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

Penutup

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat


masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian
adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi
bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya.Oleh itu
dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari
segi kualiti.Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif
dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari
kerja.Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara
aktif.

 PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia



 Tips : Rujuk kakitangan pendidikan

Pengetahuan Kaunseling

Untuk aspek ini anda akan ditanya hal berkaitan kaunseling. Walaupun anda bukan pernah
belajar kaunseling sebelum ini, soalan ini sebenarnya ingin menguji sejauhmana anda tahu
dan faham tentang kaunseling pada asasnya.Aspek ini penting bagi mengetahui
sejauhmana minat anda dalam kaunseling kerana sekiranya anda berminat seharusnya
anda tahu sedikit sebanyak tentang sesuatu perkara walaupun anda tidak pernah belajar
sekalipun.

Soalan

 Apa yang anda tahu pasal kaunseling?

Definisi Bimbingan dan Kaunseling


PROF.H4CK3R / OGOS 27, 2008
Bimbingan dan Kaunseling

Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh
kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan
menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika
Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi
jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak
semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari
sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah
penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba
memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien
memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi.
Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang
dihadapinya.

kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup
dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka
tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang
berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang
beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis
tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat
oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan
kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan
bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher
menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan
kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan
kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu
untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu
memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Definisi Bimbingan

• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan
usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu
matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan
dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan
• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing
dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Pendekatan Bimbingan
Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis
Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan
aktiviti-aktiviti kaunseling.
• Guru ini tidak digelar kaunselor

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada
semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui
aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling
kelompok.
• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality

 Kenapa berminat untuk ambil kos ni?


 Apa Etika Kaunseling?

Etika dalam Kaunseling


Apa itu etika?

Merupakan garis panduan yang dipersetujui oleh badan yang mentadbir bagi memastikan tahap kualiti, produktiviti
dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberikan penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion...

Kesimpulannya, etika kaunseling bermaksud satu set tingkah laku dan tanggungjawab kaunselor yang telah
digariskan terhadap klien, rakan sejawat, masyarakat dan negara...

Mengapa etika itu penting?

Etika ini amat penting bagi memastikan kaunselor mengamalkan dan mempraktikkan etika seperti yang telah
digariskan bagi melindungi hak kedua-dua pihak sama ada kaunselor serta klien...

Antara ciri-ciri etika yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut:

1. Kesukarelaan
2. Borang persetujuan
3. Kerahsiaan
4. Pembuat keputusan
5. Sosiobudaya
6. Tempoh dan cara penyimpanan maklumat


 Apakah ciri-ciri kaunselor?

 Apakah beza motivator dan kaunselor?
 Adakah kita boleh buat/ bantu keputusan untuk klien?
 Apa itu klien?
 Apa itu kaunselor?
 Perbezaan Kaunseling dan Psikologi?
 TIPS : Anda perlu tahu apa maksud empati, penerimaan tanpa syarat, Proses
menolong, Jelekit dalam kaunseling, teraputik, ekspresi, Kaunseling, Nasihat,
Tingkahlaku, Stereotaip, Prajudis, Obsesi, Stress, Dipresi, Psikologi, Nasihat,
Peneguhan dan ganjaran, ketulenan, kongruen, konfrontasi, terapi, Peranan
kaunselor dan klien, Celik Akal, dan banyak lagi ( boleh google istilah kaunseling
atau istilah psikologi )

Penyelesaian Masalah/ Tajuk bebas

Untuk fokus ini anda akan diberikan satu contoh kes atau masalah untuk anda analisis dan
terangkan cara anda bertindak. Huraian anda haruslah tidak lari dari konsep sebenar
sebagai seorang kaunselor atau seorang pengamal kaunseling.

Soalan

 Sekiranya anda berada dalam situasi pelajar ingin bunuh diri? Apa yang anda
lakukan untuk bantunya?
 Bagaimana untuk mendisiplinkan pelajar yang mempuyai masalah tegar?
 Bagaimana untuk menghentikan ketagihan penagih dadah?
 Apa pendapat anda tentang bercinta diusia awal remaja? Bagaimana anda bertindak
untuk membantu?
 Buli di sekolah kerap berlaku pada pelajar anda, bagaimana anda mengatasinya?
 TIPS : Jangan anda menyuruh atau membuat keputusan untuk klien, jawapan
terbaik adalah anda membantu klien bagaimana mendapat idea peyelesaian, bonus
bagi mereka yang tahu teori kaunseling seperti teori tingkahlaku, personality
individu, Teori Pemusatan Klien, teori rasional emotif terapi dan banyak lagi. Teori ini
cukup anda faham 1 sahaja secara ringkas dan anda tahu bagaimana untuk kaitkan
dalam menyelesaikan masalah yang diberi/ ditanya.

Anda mungkin juga menyukai